You are on page 1of 6

Soalan Lazim

(Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian 03-8886 7000 / 1800-88-6000)


1.
Apakah SPRM dan bagaimanakah SPRM ditubuhkan?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM adalah
sebuah badan tunggal dan bebas yang mengendalikan kes-kes
yang berkaitan dengan rasuah serta merupakan tunggak utama
dalam inisiatif anti-rasuah di Malaysia. SPRM telah ditubuhkan
pada Januari 2009, menggantikan agensi sebelumnya - Badan
Pencegah Rasuah (BPR) mengikut akta yang baru digubal iaitu
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Peranan SPRM adalah untuk membasmi rasuah, penyalahgunaan
kuasa dan penyelewengan di Malaysia dengan fungsi yang
berdasarkan kepada prinsip Bebas, Telus dan Profesional dalam
melaksanakan tugasnya.
2.
Apakah itu rasuah?
Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada
memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang
tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan
suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas
seseorang itu.
Sebagai contoh, seorang kontraktor memberikan hadiah
berbentuk jam tangan berharga kepada seorang pegawai
Kerajaan bagi meluluskan projek kepada syarikatnya.
3.

<p> Jenis-jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya


Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?</p>
Berdasarkan ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan
rasuah yang utama iaitu:
a.
b.
c.
d.

Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]


Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
4.

Apakah kesalahan Meminta/Menerima rasuah?


Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima
satu suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perkara.
CONTOH: Baharudin bin Ahmad (YDP Majlis Perbandaran Kangar)
dituduh meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor
berkaitan projek pembangunan perumahan di Padang Besar,
Perlis seluas lebih kurang 10 ekar. Sebagai balasan, beliau
menjanjikan proses kelulusan dan bantuan dalam kelicinan
perjalanan projek tersebut.
Rasuah berupa wang tunai sebanyak RM30,000.00, cek tunai
bernilai RM30,000.00, dan satu golf set jenis Mizuno berharga
RM2,500.00 yang diterima daripada kontraktor.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dan denda
berjumlah RM1.925 juta
5.

Apakah kesalahan Memberi suapan?


Mana-mana orang secara rasuah menawar/memberi satu suapan
kepada pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan atau
tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal pegawai
awam tersebut.
CONTOH: Sibu - Seorang kontraktor dijatuhkan hukuman lapan
bulan penjara dan denda RM25,000 kerana memberi rasuah
berjumlah RM1,500 kepada Pegawai Pengurusan Perhutanan,
Sandum Hitam. Rasuah itu diberi supaya Sandum
mempercepatkan proses permohonan Permit To Enter Coupe.
Kesalahan dilakukan di pejabat Perhutanan Kawasan Daerah Sibu.
6.
Apakah kesalahan mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18
ASPRM 2009]
Mana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (resit,
invoice) yang mempunyai butiran matan palsu dengan niat untuk
memperdayakan prinsipal (pejabatnya).
CONTOH: SHAH ALAM - Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan
Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md.
Salleh dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh
Mahkamah Sesyen di atas tuduhan memperakui invois
pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600 pada
sekitar tahun 1999.
Md. Saberi didakwa membuat perakuan penerimaan barangan
bertarikh 24 Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2
AP berharga RM138,600 telah diterima dalam keadaan
memuaskan sedangkan ianya tidak dibekalkan.

Hakim turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik


syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, 48,
atas kesalahan bersubahat mengeluarkan invois tersebut.
7.
Apakah kesalahan Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan
menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau
mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara
di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
8.
Apakah hukuman bagi kesalahan rasuah?
Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan
didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau
RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
CONTOH:
Jika A menerima rasuah sebanyak RM5,000. Maka hukumannya
penjara dan dendan sebanyak RM25,000 (RM5,000 x 5).
Jika B menerima rasuah sebanyak RM1,000. Maka hukumannya
adalah penjara dan denda RM10,000 (Ini kerana RM1,000 x 5
hanya bersamaan RM5,000. Oleh itu, diambil nilai RM10,000 iaitu
nilai minimum bagi denda)
9.
Adakah suapan rasuah hanya berbentuk wang sahaja?

Suapan rasuah boleh jadi dalam bentuk wang tunai, hadiah,


bonus, undi, perkhidmatan (seperti seks), jawatan, upah, diskaun,
pinjaman dan sebagainya.
10.
Di dalam pemilihan melalui tender, adalah jelas tentang
peraturan pengisytiharan dan keluar daripada mesyuarat
pemilihan jika seseorang pegawai yang terlibat itu mempunyai
kepentingan. Bagaimana pula dengan masalah pemilihan melalui
proses sebutharga?
Di dalam pemilihan melalui sebutharga, peraturan-peraturan
seperti dalam pemilihan tender juga perlu dipatuhi. Sekiranya
seseorang pegawai itu mengetahui bahawa ada sebutharga yang
dikemukakan kepadanya adalah terdiri dari orang yang
mempunyai kepentingan dengannya, maka hendaklah beliau
mengisytiharkan diri dan membiarkan keputusan pemilihan
dilakukan oleh orang lain.
11.
Apakah punca utama penjawat awam mengambil rasuah? Adakah
disebabkan gaji yang kecil atau sebaliknya.
Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
sememangnya ada menjalankan kajian terhadap perlakuan
rasuah di kalangan penjawat awam. Kajian mendapati punca
pendapatan atau penetapan tangga gaji yang kecil dan rendah
bukannya punca utama atau satu-satunya punca mengapa
penjawat awam mengambil rasuah.
Di antara punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah di
kalangan penjawat awam adalah kecenderungan mereka untuk:a. mempunyai gaya hidup di luar kemampuan,
b. sikap tamak dan haloba,
c. wujudnya ruang dan peluang untuk melakukan perbuatan

rasuah,
d. tahap integriti yang rendah di kalangan pegawai terbabit.

You might also like