You are on page 1of 20

MURID& ALAM BELAJAR

(EDU 3103)
GALAH PANJANG
Ahli Kumpulan :
Faiznur Aini bt Fauzi
Siti Rohaya bt Sidi Ahmad
Siti Syazwani bt Hashim @
Kasim
Sharifah bt Saad
Ilham bt Ab. Rahim
1
SOALAN
Pilih satu permainan tradisional,
demontrasi cara permainan dan
bincangkan kepentingannya kepada
perkembangan (kanak-kanak)
• Intelek
• Sosioemosi
• Fizikal
2
PENGENALAN
• Galah Panjang ialah permainan
tradisional yang dimainkan diluar rumah.
• Permainan ini bukan sahaja dimainkan
oleh kanak-kanak sahaja tetapi juga
dimainkan sebagai pertunjukan di pesta-
pesta kebudayaan yang kadangkala
dipertontonkan untuk pelancong oleh
golongan dewasa.

3
Sambungan…
• Permainan ini tidak dimainkan secara individu,
tetapi dengan dua kumpulan.
• Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan
bertahan.
• Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak
kurang dari seramai empat orang dan
kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain
sahaja.
• Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan
dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah
sebagai awak-awak sahaja.
4
Sambungan…
• Tugas ketua kumpulan adalah sebagai
mengawasi setiap penyerang yang masuk dan
keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang
garisan permulaan, garisan tengah dan garisan
disekeliling gelanggang.
• Manakala awak-awak hanya menjaga garisan
melintang di dalam gelanggang.
• Sebelum permainan dimulakan undian secara
wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua
pasukan.

5
Sambungan….
• Siapa yang menang akan menjadi
pasukan penyerang.
• Penetapan pengiraan bertukar
giliran akan ditentukan terlebih
dahulu, samada hanya dengan cuitan
ke badan pemain atau dengan
menangkap pemain.

6
GELANGGANG PERMAINAN

7
Sambungan..
• Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan,
samada di atas tanah, kawasan bertar atau
bersimen dan di atas padang.
• Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi,
tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter
lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang
gelanggang antara tiga hingga empat meter.
• Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak
terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap
pasukan.
8
Sambungan…
• Sebagai penanda garisan, akan digunakan
tepung atau tali jika dimainkan di atas
padang.
• Cat juga boleh digunakan sekiranya
gelanggang simen.
• Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan
melorekkan garisan tersebut di atas
tanah sahaja.
 
9
CARA BERMAIN
• Sejurus sebelum permainan dimulakan,
ketua pasukan penyerang akan menepuk
tangan ketua pasukan bertahan di petak
kepala gelanggang.
• Ini menandakan permainan sudah
dimulakan dan awak-awak boleh mula
menyerang, samada secara individu atau
beramai-ramai.

10
Sambungan….
• Setiap pemain hendaklah melepasi semua
garisan hingga ke garisan belakang sekali dan
kembali semula hingga ke garisan hadapan
tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan.
• Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan
bertahan maka pasukan itu dikira mati.
• Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu
pasukan yang bertahan akan jadi pasukan
penyerang dan sebaliknya.

11
PERATURAN PERMAINAN
• Kesemua pemain pasukan penyerang akan
dikira mati jika salah seorang dari
mereka dicuit oleh pemain pasukan
bertahan.
• Pemain pasukan penyerang tidak boleh
berundur kebelakang setelah melepasi
garisan gelanggang, ia dikira mati yang
akan menyebabkan pertukaran
kedudukan pasukan.

12
Sambungan…
• Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat
pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
• Pasukan penyerang dikira menang jika salah
seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua
garisan hingga kembali ke garisan permulaan.
• Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan
permainan akan dijalankan semula.
• Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata
tertinggi akan dikira memenangi perlawanan
tersebut.
 
13
KEPENTINGAN PERMAINAN
GALAH PANJANG

14
INTELEK
• Kepentingan permainan galah panjang
kepada perkembangan kanak-kanak dari
segi perkembangan intelek ialah menguji
kebijaksanaan kanak-kanak.
• Hal ini kerana jika pihak yang menempuh
gelanggang mempunyai kebijaksanaan
menempuh gelanggang, maka mereka
boleh menang dengan mudah.

15
Sambungan…
• Selain itu, permainan ini juga
menguji kepakaran kanak-kanak
sebagai seorang ketua untuk
mengawal gerakan anak buah bagi
pihak yang mengawal gelanggang.
• Minda kanak-kanak menjadi sihat
dan cerdas.

16
FIZIKAL
• Dari perkembangan fizikal pula kepentingan
permainan galah panjang adalah dapat
menyihatkan tubuh badan kanak-kanak. Hal ini
kerana melalui permainan ini kanak-kanak akan
berpeluh seterusnya menjadikan badan
mereka sentiasa sihat.
• Selain itu, permainan ini juga juga dapat
menjadikan fizikal kanak-kanak berkembang
dengan cergas iaitu kanak-kanak dapat
bergerak dengan pantas dan teratur.
17
SOSIOEMOSI
• Manakala dari segi perkembangan sosioemosi,
kepentingan permainan galah panjang ialah
menjadikan fikiran kanak-kanak berkembang
dengan bebas tanpa masalah. (memberi kerehatan
kepada otak setelah penat belajar dll).
• Menjadikan kanak-kanak mempunyai emosi yang
stabil dan sentiasa riang kerana kanak-kanak akan
berasa seronok dan gembira melalui permainan ini.
• Selain itu, permainan ini juga melatih kanak-kanak
supaya patuh kepada arahan ketua.

18
Sambungan…
• Melalui permainan galah panjang
kanak-kanak akan dapat bergaul
dengan kanak-kanak lain dan boleh
membina sikap berkerjasama dalam
kumpulan.
• Kesimpulannya, permainan galah
panjang memberi kesan yang positif
terhadap sosioemosi kanak-kanak.

19
20

You might also like