You are on page 1of 12

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

LAPORAN PERKHEMAHAN KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR DI PUSAT KO-KOKURIKULUM


1.0 PENGENALAN
Budaya masyarakat penyayang seharusnya diwujudkan demi menjamin keharmonian sesebuah
komuniti. Bersesuaian dengan hasrat untuk melahirkan insan pelajar yang bersemangat penyayang,
bertimbang rasa dan bertoleransi, program perkhemahan ini merupakan pemangkin kearah
pencapaian tersebut. Selain itu, program ini berbentuk perkhemahan sambil belajar bertujuan
mendekatkan pelajar kepada alam di samping menimba pengalaman dalam menyertai aktiviti luar
dan sedar tentang pentingnya alam kepada mereka.
2.0 NAMA PROGRAM
Perkhemahan Kesedaran Alam Sekitar Sk.Pengkalan Raja 2014
3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
i.

Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman

ii.

bersama-sama rakan dan jurulatih.


Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit masing-masing di

iii.
iv.
v.

didalam aktiviti yang bakal dijalankan.


Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian dan berfikiran matang

4.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan melalui program perkhemahan ini, pelajar-pelajar dapat :
1. Lebih mesra alam dan menghayati keindahan alam.
2. Belajar mengendalikan aktiviti luar.
3. Melaksanakan aktiviti mengikut ketetapan masa.
4. Pengurusan aktiviti yang berwawasan, bermuafakat dan bermusyawarah.
5. Melakukan pembahagian tugas, semangat bekerjasama, perhubungan serta komunikasi yang
berkesan sesama pelajar.
5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
Hari

: Sabtu hingga Isnin

Tarikh

: 24, 25 dan 26 Mei 2014

Tempat

: Pusat Ko-Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Jurulatih

: Pusat Ko korikulum Negeri Johor cawangan Pontian.

6.0 JAWATANKUASA INDUK


Penaung 1

: Puan Hajah Ainon Binti Abdul Rahman ( Guru Besar SKPR )

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

Penaung 11

: En. Abdul Latif Bin Ahmad ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran )

Penasihat

: Puan Naziah Binti Zailani ( Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Penyelaras

: En. Suardi bin Jasmin( Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum )

Pengerusi

: En. Ismali Bin Ismail ( Penyelaras Unit Beruniform )

Setiausaha

: Puan Suriani Binti Kaskon.

Bendahari

: Encik Mohd .Nazmi Bin Yazid

7.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI


Kem Komandan
: Encik Bachok bin Ibrahim
Peralatan
: En. Ismali bin Ismail
En. Mohd Najib bin Abu Jamal
Ustaz Nazaruddin bin Yusro
Makanan

: Puan Siti Rohayati binti Ahmad Sidek


Puan Samzatul Hazurah binti Samat
Puan Puspa binti Rosdi
Puan Siti Hawa binti Sohod
Puan Epipah binti Bachok
Puan Nor Aziah binti Ibrahim
Ustazah Sharifah Syuhada binti Syed Esa

Keselamatan

: Encik Mohd Najib Bin Abu Jamal


Puan Farawahida binti Zainal

Kecemasan

: Puan Noriati binti Zainon


En. Nazaruddin Bin Yusro

Juruacara malam kebudayaan : Puan Samzatul Hazurah binti Samat.


8.0 SASARAN PENYERTAAN
a) Program ini adalah mensasarkan kepada pelajar tahap 2 iaitu pelajar tahun 4 dan 5
seramai 42 orang peserta.
a) 8 orang guru dan 5 orang dari Pusat Ko-Kurikulum
9.0 BAYARAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 50 (Lima Puluh Ringgit Sahaja). Bayaran ini adalah
untuk menampung perbelanjaan seperti:
i)

Yuran kemasukan ke Pusat Ko-Kurikulum ( Makan, minum, aktiviti dan sijil.

ii)

Pengangkutan.

iii)

Alat tulis

iv)
v)
vi)
vii)
viii)

T-Shirt.
Cenderahati.
Gambar.
First aid.
Perbelanjaan luar jangka

10.0 LAPORAN PERUNTUKAN TERPERINCI

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

PERKARA

BUTIRAN

JUMLAH

PENERIMAAN
RM 50 x 42 Peserta
= RM2100

Bayaran peserta
Dari Jabatan Alam Sekitar

RM 2000

Jumlah Penerimaan

RM 2100.00
RM 2000.00
RM 4100.00

PEMBAYARAN
Yuran kemasukan ke Pusat Ko-Kurikulum
( Makan, minum, aktiviti dan sijil

RM 1909

RM 1909

Pengangkutan

RM 550

RM 550.00

Alat tulis

RM 132

RM 132.00

Tshirt murid dan guru

RM 683

RM 683.00

First Aid

RM 100

RM 100.00

Cenderahati

RM 155

RM 155.00

Gambar

RM 71

RM 71.00

Perbelanjaan luar jangka

RM 500

RM 500.00

Jumlah pembayaran

RM 4100.00

11.0 TENTATIF PERKHEMAHAN


Sabtu 24 Mei 2014
MASA
1430 1500
1500 1630
1630 1700

1700 1730
1730 1845
1900 2000
2000 2230
2230 0530

PERKARA
Pengesahan pendaftaran
(depan lobi sekolah)
Bertolak ke tapak perkhemahan
Dijangka tiba
Taklimat oleh ketua perkhemahan
Agihan kumpulan
Kawad
Minum petang
Solat Asar
Mendirikan khemah
Mandi, makan malam
Solat Maghrib
Ceramah mengenai kesedaran Alam Sekitar.
Tidur

TINDAKAN
AJK pengesahan
pendaftaran
AJK pengangkutan
Ketua dan Pen.
Perkhemahan
Jurulatih Pusat KO
Daerah
AJK Ibadah
Jurulatih Daerah
AJK makanan
AJK Ibadah
Jurulatih Daerah

Ahad 25 Mei 2014


MASA
0530 0600
0600 0700
0700 0730
0730 - 0740
0740 0845
0845 1000

PERKARA
Bangun pagi, kemas diri
Solat
Senaman pagi
Sarapan pagi
Berkumpul di tapak perhimpunan Pusat KoKurikulum.
Aktiviti mula dijalankan

TINDAKAN
AJK Ibadah
Jurulatih Daerah
AJK makanan
Jurulatih Daerah

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

1000-1045
1050- 1120
1120-1230
1230 1400
1400 1630
1630 1730
1730 1900
1900 2000
2000 2230
2230 2300
0030 0530

Meredah hutan
Aktiviti merempuh halangan
Minum pagi
Wall Climbing.
Makan tengah hari dan solat
aktiviti berkayak dan keyakinan didalam air.
Minum petang
Solat
Latihan malam kebudayaan
Mandi dan makan malam
Solat maghrib
Persembahan malam kebudayaan
Minum malam
Solat Isyak
Tidur

AJK makanan
AJK makanan
AJK Ibadah
AJK makanan
AJK ibadah
AJK makanan
AJK Ibadah

Isnin 26 Mei 2014


MASA
0500 0600
0600 0700
0700 0730
0730 0830
0830 1030

1030 1100
1100 1230

PERKARA
Bangun tidur, kemas diri
Solat dan kuliah subuh
Senaman pagi
Sarapan pagi
Aktiviti pembentangan mengenai aktiviti
semasa di dalam hutan dan cara menjaga
alam sekitar.
Minum pagi
Refleksi

1230 1300

Makan tengah hari


Majlis penutup

1530

Dijangka tiba di sekolah

TINDAKAN
AJK Ibadah
Jurulatih Daerah
AJK makanan
Jurulatih Daerah

AJK Ibadah
Jurulatih Daerah
Semua guru
AJK makanan
Semua guru
Jurulatih Daerah

12.0 LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR


BERSERTA GAMBAR
Tarikh : 24 Mei 2014 ( Hari Pertama )
Pelajar mula berkumpul di sekolah pada pukul 3.00 petang. Apabila semuanya telah barangbarang telah diangkat masuk ke dalam bas, guru-guru membuat semakan terakhir ke atas pelajarpelajar dan barang-barang yang diperlukan. Pada pukul 4.00 petang bas mula bertolak dan bas
sampai pada pukul 5.30 petang di Pusat Ko-Kurikulum.Sampai sahaja di sana pelajar-pelajar mula
mengangkat barang-barang mereka. Pelajar ini dikumpulkan di dewan dan diberikan taklimat oleh
pegawai di Pusat Ko-Kurikulum mengenai keadaan persekitaraan di pusat tersebut.
Setelah mendengar taklimat dari pegawai Pusat Ko-Kurikulum, pada pukul 6.00 petang pelajar
mula mendirikan khemah dengan bantuan guru. Setelah selesai memasang khemah, pelajar mula

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

mempersiapkan diri untuk makan malam. Setelah selesai makan malam, pelajar sekali lagi diberikan
taklimat oleh guru yang bertugas untuk memperingati mengenai disiplin semasa perkhemahan
ini.Pada pukul 7.15 malam hingga 8.45 solat dijalankan.
Selepas sahaja selesai solat Isyak, program yang telah dirancang dilaksanakan. 4 orang
pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah datang untuk memberikan ceramah mengenai
Kesedaran Alam Sekitar. Pelajar-pelajar didedahkan sebanyak mungkin untuk menerapkan betapa
pentingkan Alam Sekitar kepada mereka. Penceramah tersebut ialah Encik Harmanisham Bin Ishak.
Lebih kurang 2 jam ceramah berlangsung pelbagai aktiviti soaljawab yang dikemukakan. Lebih
kurang pukul 11.30 malam aktiviti ceramah selesai. Pada pukul 11.45 pelajar minum malam. Pada
pukul 12.00 tengah malam pelajar telah mengangkat khemah mereka ke dalam dewan kerana
dikhuatiri hujan akan turun. Pelajar tidur didewan pada pukul 12.15 pagi.Semuanya dalam keadaan
terkawal dengan lebih kurang 10 orang guru yang bertugas pada malam tersebut.
Tarikh : 25 Mei 2014 ( Hari Kedua )
Tepat pukul 5.30 pagi pelajar dikejutkan oleh guru yang bertugas untuk mempersiapkan diri
untuk solat Subuh. Selepas sahaja solat Subuh selesai, pelajar diberikan taklimat mengenai disiplin
dan keselamatan semasa perkhemahan ini berlangsung. Pada pukul 7.00 pagi senaman pagi
dijalankan. Pada pukul 7.30 pagi pelajar mula sarapan pagi. Pukul 7.45 pagi pelajar mula berkumpul
di tapak perhimpunan Pusat Ko-Kurikulum.pada pukul 8.00 pagi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
Johor datang untuk melihat perjalanan perkhemahan ini. Semua guru dan pegawai Pusat KoKurikulum diberikan taklimat oleh beliau. Selesai sahaja taklimat oleh pengarah, aktiviti mula
dijalankan.
Pegawai Pusat Ko-Kurikulum memberikan taklimat mengenai aktiviti yang akan mereka
hadapi.Pada pukul 8.45 pagi pelajar mula menjalankan aktiviti meredah hutan. Pelajar-pelajar telah
diberikan tugasan untuk membuat catatan sepanjang mereka melalui hutan tersebut. Pelajar telah
menggunakan modul hutan didalam aktiviti ini. Segala yang telah diarahkan didalam tugasan ini akan
dibentangkan pada hari terakhir perkhemahan ini nanti.
Lebih kurang 1 jam perjalanan meredah hutan pelajar telah sampai di jambatan gantung.
Lebih kurang 5 orang pelajar dilepaskan untuk berjalan di jambatan gantung tersebut. Pada pukul
10.00 pagi pelajar mula membuat aktiviti merempuh halangan. Dua orang pegawai dari Jabatan Alam
Sekitar membuat pemantauan bagi aktiviti ini.Semasa menjalankan aktiviti monkey rank seorang
pelajar telah jatuh, dan kami guru-guru dan pegawai Pusat Ko-Kurikulum membuat tindakan susulan.
Pelajar tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan. Aktiviti tamat pada pukul 10.45 pagi. Pelajar
mula menikmati minum pagi pada pukul 10.50 pagi.
Pada pukul 11.20 pagi, pelajar menjalankan aktiviti ketiga mereka iaitu Wall Climbing.
Pelajar-pelajar diberikan taklimat oleh pegawai Pusat Ko-Kurikulum dalam menjalankan aktiviti ini.
Pelajar-pelajar pada mulanya takut kerana melihat bangunannya yang tinggi tetapi apabila selesai
sahaja melakukan aktivti tersebut,ada yang merayu untuk membuat sekali lagi. Dua orang pegawai
dari Jabatan Alam Sekitar juga terlibat sama dalam menjalankan aktiviti ini.Aktiviti tamat pada pukul
12.30 tengahari.

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

Selesai sahaja pelajar menikmati makan tengahari pelajar berehat di khemah masing-masing.
Pada pukul 1.30 petang solat Zuhor selesai. Pelajar mula persiapankan diri untuk aktiviti seterusnya.
Pada pukul 2.00 petang pelajar mula menjalankan aktiviti berkayak dan keyakinan didalam air.
Sebelum aktiviti dijalankan pegawai dari Pusat Ko-Kurikulum memberikan taklimat mengenai disiplin
dan keselamatan mereka dalam menjalankan aktiviti. Pelajar kelihatan begitu seronok dalam
menjalankan 2 aktiviti ini. Selain itu pegawai dari Pusat Ko-Kurikulum memberi taklimat mengenai
tasik dan ilmu yang berkaitan dengan tasik, dan segala hidupan yang ada di dalam tasik tersebut.
Pada pukul 3.45 petang langit kelihatan mendung dan aktiviti tidak sempat untuk diselesaikan
kerana hari hujan dengan kilat dan guruh yang kuat. Semua pelajar dikumpulkan didalam
dewan.Setelah selesai solat Asar pelajar minum petang dan aktiviti didalam dalam dewan telah
dilakukan oleh pegawai Pusat ko-Kurikulum.Pada pukul 6.30 petang pelajar makan malam. Setelah
selesai makan malam, pelajar menguruskan diri untuk solat margrib.Apabila selesai sahaja solat
margrib, pelajar berlatih untuk aktiviti yang seterusnya iaitu malam kebudayaan. Tema untuk malam
kebudayaan iaitu Alam Sekitar. Selepas selesai solat Isyak, aktiviti malam kebudayaan bermula.
Setiap kumpulan memberikan persembahan mereka mengikut tema yang diberi.Malam kebudayaan
selesai pada pukul 11.45 malam. Pelajar minum malam pada pukul 12.00 tengah malam. Pelajar tidur
di dewan kerana khemah mereka dimasuki air. Segalanya dalam keadaan terkawal dengan 10 orang
guru yang bertugas pada malam tersebut.
Tarikh : 26 Mei 2014 ( Hari Ketiga )
Pada pukul 5.00 pagi pelajar mula mempersiapkan diri untuk solat subuh. Pada pukul 6.00
pagi solat subuh dijalankan. Pada pukul 7.00 pagi senaman pagi dijalankan di tapak perhimpunan.
Pada pukul 7.30 pagi sarapan pagi. Selesai sahaja minum pagi, pelajar diberikan taklimat mengenai
keselamatan dan disiplin semasa perkhemahan. Pada pukul 8.15 pagi pelajar mula menjalankan
aktiviti pembentangan mengenai aktiviti semasa di dalam hutan dan cara menjaga alam sekitar. Pada
pukul 9.00 pagi aktiviti dimulakan, setiap kumpulan membentangkan aktiviti mereka masingmasing.Dua orang pegawai Jabatan Alam Sekitar datang membuat pemantauan.Pada pukul 10.45
pagi aktiviti selesai. Pelajar-pelajar minum pagi. Pada pukul 11.30 majlis penutup dijalankan. Encik
Harmanisaham Bin Ishak membuat ucapan majlis penutup. Majlis berakhir pada pukul 12.00
tengahari. Pukul 1.00 petang semua pelajar menaiki bas dan pulang ke rumah.Sekian terima kasih.
GAMBAR AKTIVITI SEKITAR PERKHEMAHAN DIJALANKAN

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

DALAM PERJALANAN PERGI KE PUSAT KO-KURIKULUM


TAKL
MAT

MENGENAI KESELAMATAN
DAN DISIPLIN

MAKAN MALAM

SOLAT MAGHRIB DAN ISYAK

PERBINCANGAN KUMPULAN

PELAJAR MENDENGAR CERAMAH


DARI CERAMAH ENCIK HARMANISAHAM BIN ISHAK.PEGAWAI JABATAN ALAM SEKITAR

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

PELAJAR MENCATAT PERKARA YANG PENTING MENGENAI KEPENTINGAN ALAM SEKITAR


KEPADA DIRI MEREKA

TAKLIMAT TENTANG AKTIVITI HUTAN

PENERANGAN MENGENAI TUMBUHAN

MELALUI JAMBATAN GANTUNG DAN AKTIVTI LASAK

AKTIVITI KAYAK

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

AKTIVITI HALANGAN

AKTIVTI WALL CLIMBING

PENYERAHAN SIJIL OLEH


ECIK HARMANISHAM BIN ISHAK

PERASMIAN PENUTUP OLEH


ENCIK HARMANISHAM BIN ISHAK

PELAJAR MENUNJUKKAN BAKAT MEREKA MEMBENTANGKAN HASIL KERJA MEREKA.

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

13.0 KEKUATAN DAN KEKURANGAN PROGRAM


13.1 Kekuatan:
Kejayaan pelaksanaan

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012 kali ini amat bergantung

kepada elemen seperti berikut :


i) Peserta Perkhemahan
Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 4,5 dan 6 serta kebanyakkan daripadamereka
ini adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan keterampilan yang tersendiri. Oleh
yang demikian tidak ada masalah disiplin yang berlaku sepanjang perkhemahan ini berlangsung dan
kesemua mereka taat dan mengikut perintah yang diberikan.
ii) Kem Komandan / Pen. Kem Komandan
Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman dan berkarisma serta
bijak mengurus perjalanan perkhemahan , seseorang Kem Komandan perlu memiliki ketegasan
dalam memberi arahan dan mudah menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para
urusetia. Kem Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah
pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya dihadapan peserta.
iii) Urusetia yang berpengalaman
Perjalanan perkhemahan tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripadaurusetia yang mahir
dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankantugas dengan cemerlang bersama-sama
Kem Komandan dan semua pengerusi danahli jawatankuasa kerja.
iv) Kemudahan prasarana yang lengkap
Tempat

perkhemahan

dijalankan

sememangnya

lengkap

dengan

semua

kemudahanasas

terutamanya padang tapak khemah yang luas, punca air dan elektrik, tempat beriadah. Ini semua
dapatmembantu melicinkan perjalanan program.
v) Hubungan baik pihak sekolah dan Pusat Ko-Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan perkhemahan dan pihak jurulatih telah
banyak membantu melicinkan perjalan program terutamanya dalam aspek keselamatan peserta
perkhemahan, terutamanya pada waktu malam.
vi) Peruntukan perbelanjaan perkhemahan yang mencukupi
Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi perkhemahan seperti ini tidak dapat dijayakan dengan
licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yanghendak dijayakan memerlukan kos, oleh
yang demikian kejayaan perkhemahn kali ini juga banyak bergantung kepada peruntukkan.

10

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

13.2 Kekurangan:
Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut :
i)Kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugas
Khemah dan bilik penginapan untuk urusetia dan juga guru bertugas tidak mencukupi.Ini
menyebabkan mereka terpaksa tidur di ruang terbuka. Perkara iniseharusnya diatasi segera tetapi
tidak ada tindakan sehingga perkhemahan tamat.
ii)Khemah rosak
Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Ianya terpaksa digantikan
semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalahdan merugikan masa peserta.
iii)Kemudahan rawatan kecemasan
Walaupun ada urusetia bahagian ini namun disebabkan kekurangan pegawai. Bagikes-kes
kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus kehospital Diharapkan moga
pada perkhemahan yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa perkhemahan
ini berlangsung.
iv) Makan dan minum pegawai tidak mencukupi
Pegawai yang lewat tiba duntuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan malam tidak dapat
makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana pihak Jawatankuasa Makanan hanya
menghidangkan makanan mengikut jumlahguru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak
menyediakan makanan seperti mana jumlah yang ditempah.
v)Tandas dan bilik air yang jauh
Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan tandas kerana ia
terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya telah mengganggu aktiviti-aktiviti lain.Apa
yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambiltindakan untuk diatasi agar
perkhemahan yang bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya dapat dilaksanakan dengan
cemerlang.

14.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :


Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam pelaksanaan
perkhemahan bersepadu unit beruniform, dikemukakan beberapacadangan untuk penambahbaikan
program berkenaan pada masa akan datang.
i)

Bagi sekolah yang terpilih dalam program Kem Kesedaran Alam Sekitar di berikan taklimat
oleh Jabatan Alam Sekitar mengenai modul-modul yang akan digunakan. Ini membolehkan
pihak sekolah menyediakan peralatan yang dicadangkan oleh Jabatan Alam Sekitar dalam
aktiviti tersebut. Ini membolehkan aktiviti mengikut kehendak Jabatan Alam Sekitar.

ii)

Kami mencadangkan pihak Jabatan Alam Sekitar memberi kursus kepada guru-guru
mengenai ilmu-ilmu yang berkaitan penggunaan modul hutan dan sungai. Ini membolehkan
pihak sekolah menerapkan kepada pelajar-pelajar di sekolah nanti.

11

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SKPR CEMERLANG 2014

iii)

Tempat penginapan urusetia dan guru bertugas perlu disediakan secara berpusat,iaitu
berhampiran dengan tapak perkhemahan. Bilangan khemah dan bilik mestilah mencukupi dan
dapat menampung keperluan dalam satu-satu masa.

iv)

Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlumembuat


pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah mengenaplasti khemah
yang rosak dan tidak sesuai digunakan.

v)

Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurang-kurangnya


seorang pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak perkhemahan dalam
satu-satu masa. Ini bertujuan memberikan pertolongan bantu mula dan bantuan segera
sekiranya berlaku sebarang kes. Maka tidak perlulah Kem Komandan terpaksa menghantar
peserta terus ke hospital/klinik.Juga diharapkan moga pada perkehamhan yang akan datang
urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa perkhemahan ini berlangsung.

vi)

Bilik-bilik air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan perkhemahan
untuk mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke bilik air dan tandas yang
agak jauh. Ini dapat menjimatkan masa dan melicinkan perjalanan perkhemahan.

15.0 PENUTUP
Segala program yang djalankan berjalan dengan lancar. Pegawai-pegawai Pusat Ko-Kurikulum
memberikan satu inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk cintakan alam sekitar dan semangat supaya
berani dalam menempuh pelbagai rintangan. Selain itu pelajar dan diserapkan dengan sikap disiplin
dan keselamatan diri mereka sendiri. Sekian terima kasih.
Disediakan oleh ,

(PUAN SURIANI BINTI KASKON)


Setiausaha Perkhemahan Kesedaran Alam Sekitar,
SK Pengkalan Raja.

12

You might also like