You are on page 1of 22

1.

PENGENALAN

Esei ini akan membincangkan berkaitan Revolusi Amerika (1775 - 1783) dan
Revolusi Perancis (1787 - 1799) dalam konteks melihat perbandingan diantara dua
revolusi ini. Esei ini juga akan melihat beberapa perkembangan yang berlaku diantara
kedua Revolusi. Ideologi adalah sebagai idea utama yang digunakan untuk
menyatupadukan rakyat disamping membantu mereka mengatur perjuangan untuk
mencapai revolusi. Ini dapat dilihat secara jelas melalui pengaruh peristiwa-peristiwa
perubahan sosial di Eropah dan di Amerika Utara sehingga mengakibatkan
penjelmaan ideologi-ideologi yang berpengaruh.

1.1

PENGENALAN REVOLUSI AMERIKA

Pada lazimnya peperangan dengan pihak luar dilihat boleh mencetuskan kontroversi
dan perpecahan di dalam sesebuah negara. Bagi negara Amerika Syarikat (AS),
peperangan telah memberikan satu impak positif kepada negara tersebut sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Di AS, peperangan telah menukar sesebuah
bangsa menjadi sebuah negara.1 Melalui Revolusi Amerika, ia sebenarnya telah
menghasilkan bangsa Amerika.
Revolusi Amerika Syarikat menyebabkan terbentuknya negara Amerika
Syarikat. Ini kerana sebelum tahun 1820-an, AS pernah menghadapi ancaman
keselamatan daripada tiga kuasa besar Eropah iaitu British dari kawasan utara dan
timur, Perancis di kawasan barat dan Sepanyol di kawasan selatan namun ancaman
tersebut telah berjaya diselesaikan secara ketenteraan dan perjanjian yang
ditandatangani seperti Perjanjian Rush-Bagot dan Doktrin Montroe. Tetapi, AS masih
lagi menghadapi ancaman yang utama iaitu Orde Lama Eropah kerana rakyat Amerika
pada ketika itu berasakan tidak wujudnya kebebasan, hak sama rata, demokrasi dan
kedaulatan undang-undang kerana kebanyakan negara Eropah dikuasai oleh
pemerintahan beraja, bangsawan dan saki baki sistem feudal.2 Revolusi Amerika
sebenarnya satu manifestasi semangat rakyat Amerika dalam menyokong usaha untuk
1 Henrich Von Treitschke
2 Samuel P.Huntington. Bab 6 Kebangkitan, Kemenangan & Kehakisan, Cabaran Kepada
Identiti Nasional Amerika

menggalakkan perubahan demokratik di Eropah dan menganggap pemerintahan yang


zalim, sistem pemerintahan beraja, bangsawan dan penindasan terhadap kebebasan
dan hak individu adalah sebagai musuh rakyat Amerika.
Apabila Benua Amerika ditemui, ia menarik begitu banyak bangsa di Eropah
untuk membangunkan koloninya. Bangsa-bangsa yang pernah membangunkan koloni
di benua tersebut, seperti Sepanyol, Perancis, dan Inggeris. Penjajahan Inggeris di
Amerika bermula bahagian utara bermula kedatangan John Cabot (1497) beserta
sejumlah penjelajah Inggeris lainnya. Di benua baru tersebut, John Cabot telah
memperolehi hak mengelola beberapa bidang tanah yang kemudian berkembang dan
meluas menjadi koloni. Pada tahun 1763, daerah di Amerika yang menjadi wilayah
kekuasaan Inggris telah mencapai tiga belas koloni yang masing-masing memiliki
pemerintahan sendiri.

2.2PUNCA DAN FAKTOR REVOLUSI AMERIKA


Menurut Alan Heimert, Sarjana Harvard menyatakan bahawa faktor politik,
ekonomi dan fahaman bergabung untuk mencetuskan Revolusi Amerika. Antara faktor
fahaman itu ialah liberalisme Locke, rasionalisme Gerakan Kesedaran dan fahaman
republican Whig. Paling penting ialah sumber agama revolusi Amerika, terutamanya
ketika Kesedaran Besar zaman 1730-an dan 1740-an yang dipimpin oleh George
Whitefield telah berjaya mengerakkan rakyat Amerika supaya mengabdikan diri
kepada agama, Melalui kesedaran tersebut, ia sebenarnya telah mencorakkan
semangat nasionalisme Amerika melalui dorongan mubaligh-mubaligh Kristian.
Bermula di gereja-gereja, semangat rakyat Amerika terbentuk melalui kesatuan
pejuang hak rakyat. Sehubungan itu ia telah menyatukan rakyat Amerika, bermula
dengan tiupan semangat nasionalisme berbanding dengan semangat kedaerahan
sebelum ini. Menurut John Adams 1818, revolusi sudah berada dalam fikiran dan hati
rakyat sebelum perang bermula lagi dengan perubahan yang berlaku dalam sentimen
agama kerana rakyat Amerika ketika itu sangat kuat berpegang pada agama dan
hampir semuanya menganuti agama Kristian. Peneroka abad ke 17 juga mendirikan
komuniti mereka di Amerika ketika itu atas sebab agama. Revolusi yang
diperjuangkan dilihat menerusi kacamata agama dan kitab Injil di mana kitab tersebut

memainkan peranan dalam pembentukan budaya di Amerika melalui penganut


Protestan yang bersatu disebalik prinsip Scriptura Sola (Kitab Injil semata-mata).
Rakyat Amerika selalu melihat musuh dan sahabat mereka dari segi fahaman.
Pada tahun 1745 semasa pemerintahan Raja George II telah dicabar oleh Charles
Stuart (Young Pretender atau Penuntut Takhta Muda) dalam pemberontakan yang
berpunca daripada isu tradisi kekeluargaan, kelompok etnik dan keagamaan. Tiga
dekad kemudiannya, pemberontakan Amerika yang berbeza sama sekali telah
memasukkan faktor ideologi ke dalam politik moden. Menurut Ahli Sejarah Jerman,
Jurgen Heideking menyatakan bahawa pada tahun 1776 yang menjadi kriteria untuk
menentukan identity nasional adalah ideology dan bukannya kelompok etnik, bahasa
atau agama. Ini menjadi faktor kepada timbulnya perasaan benci rakyat Amerika yang
menganggap orang Inggeris sebagai musuh. Orang Inggeris telah dianggap sebagai
mengamalkan pemerintahan yang zalim, sistem pemerintahan beraja, bangsawan,
penindasan terhadap kebebasan dan hak individu. Raja George III didakwa cuba
mendirikan pemerintahan zalim yang berkuasa mutlak di Amerika.
Pentadbiran British di bawah George Grenville di London Bagi tujuan untuk
mendapatkan sumber perbelanjaan pasukan tentera British di koloni-koloni, Grenville
sekali lagi memperkenalkan satu akta yang dikenali sebagai Quartering Act of 1765
yang mensyaratkan kemudahan kediaman dan keperluan tertentu kepada tenteratentera British disediakan oleh koloni. Ini menyebabkan perasaan tidak puas hati pihak
koloni dengan pengenalan akta tersebut, terutamanya koloni New York yang terpaksa
menempatkan sejumlah besar tentera British berbanding koloni-koloni lain.
Grenville juga telah meluluskan Stamp Act of 1765 pada tahun yang sama
bertujuan untuk mengenakan cukai setem ke atas pergerakan (kiriman) semua suratsurat atau dokumen-dokumen dan lesen pembelian arak, suratkhabar, sijil pelajaran
dan lain-lain lagi. Undang-undang mahkamah ketenteraan juga dikenakan ke atas
pesalahnya. Walau bagaimanapun, pihak koloni-koloni tidak bersetuju dengan akta
ini, malah memulaukan penjualan setem tersebut. Pihak koloni di Amerika telah
melancarkan protest mereka terhadap pengenalan akta setem tersebut. Pada bulan
Oktober 1765, semasa diadakan kongres (Stamp Act Congress) oleh 9 koloni di New
York telah meluluskan satu Declaration Of Rights And Grievances terhadap dasar
kerajaan kolonial. Dalam deklarasi tersebut, antara keputusan yang diluluskan ialah

menuntut pihak kerajaan kolonial menghapuskan pengadilan mahkamah ketenteraan


laut, akta gula dan akta cukai dengan alasan bahawa pihak kerajaan kolonial di
London tidak mempunyai hak untuk mengenakan sebarang peraturan ke atas kolonikoloni di Amerika memandangkan ketiadaan perwakilan di Parlimen.
Semasa kongres Akta Setem sedang berjalan di New York, rakyat di kolonikoloni mula merancang beberapa tindakan penentangan terhadap dasar pemerintahan
kerajaan kolonial British. Kaum wanita mula memulau keperluan teh, pakaian dan
lain-lain yang diimport daripada Great Britain. Manakala kaum lelaki bersiap sedia
untuk melancarkan sebarang bentuk penentangan secara fizikal demi memperjuangkan
hak kebebasan masyarakat koloni Amerika. Beberapa peristiwa buruk berlaku ekoran
tunjuk perasaan rakyat koloni Amerika, misalnya penahanan gabenor di Boston dan
beliau dipaksa membaca sendiri surat perletakkan jawatannya di khalayak umum,
membakar rekod-rekod kes di Mahkamah Tentera Laut dan sebagainya. Pada bulan
Mac 1766 kerajaan Kolonial British telah menghapuskan Akta Setem. Sebaliknya
telah meluluskan Akta Deklaratori (Declaratory Act) yang memberi hak penuh kepada
pihak kerajaan kolonial British untuk membuat undang-undang ke atas koloni-koloni
di Amerika. Penghapusan Akta Setem telah disambut dengan meriah oleh masyarakat
koloni, malah mereka segera membina tugu raja George III (1760-1820) di New York.
Pada awal tahun 1773, Lord North telah memperkenalkan satu akta bagi
memberi kuasa monopoli perdagangan teh di koloni-koloni Amerika kepada Syarikat
India Timur Inggeris yang menghadapi masalah kewangan ketika itu. Ini telah
menyebabkan kebangkitan penduduk koloni Amerika untuk menentang peraturan baru
tersebut. Mereka bukan sahaja memaksa ejen-ejen syarikat meletak jawatan malah
sama ada merampas teh untuk disimpan ataupun merampas kapal-kapal dagang teh.
Pada 16 Disember 1773 di Boston, sekumpulan penduduk koloni Amerika yang
menyamar sebagai bangsa pribumi Indian keluar ke pelabuhan dan menenggelamkan
3 buah kapal dagang teh dan menyebabkan 15 ribu paun nilai bekalan teh telah
dibuang ke dalam laut. Peristiwa ini dikenali sebagai The Boston Tea Party.
Menjelang tahun 1774, setiap koloni di Amerika telah menubuhkan
Committees of Correspondence untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka
mengenai hak kebebasan rakyat Amerika terhadap ancaman kerajaan kolonial British
manakala Penjajah British telah meluluskan beberapa peraturan baru yang meletakkan

koloni-koloni Amerika di bawah pemerintahan tentera British. Peraturan-peraturan


baru ini adalah lebih keras hingga dikenali sebagai Intolerable Acts oleh koloni-koloni
Amerika. Antara isu kontroversi yang berlaku ialah perlantikan ketua kommander
Jeneral Thomas Gage sebagai gabenor baru di Massachusetts.
Rakyat Amerika mula menubuhkan pasukan tentera di setiap bandar untuk
menghadapi ancaman tentera British. Pada 18 April 1775, sebelum menawan
Concord, tentera British terlebih dahulu telah menawan bandar Lexington. Semasa
hendak meninggalkan bandar Concord, pasukan tentera kolonial Amerika telah
menyerang balas dan mengakibatkan ramai tentera British terkorban, Pertempuranpertempuran besar yang berlaku sepanjang Revolusi Amerika ialah :2.2.1

19 April 1775 The Battles of Lexington and Concorde

2.2.2

10 May 10 1775 The Siege of Fort Ticonderoga, New York

2.2.3

6 Jun 1775 The Battle of Bunker (Breeds) Hill

2.2.4

26 Disember 1776 The Battle of Trenton, New Jersey

2.2.5

3 Januari 1777 The Battle of Princeton, New Jersey

2.2.6

11 September 1777 The Battle of Brandywine, Pa.

2.2.7

4 Oktober 1777 The Battle of Germantown, Pa.

2.2.8

7 Oktober 1777 The Battle of Saratoga, New York

2.2.9

28 Jun 1778 The Battle of Monmouth, New Jersey

2.2.10 29 Disember 1778 The Capture of Savannah, Ga.


2.2.11 29 Mac 1780 The Siege of Charleston, S.C.
2.2.12 8 Ogos 1780 The Battle of Camden, S.C.
2.2.13 1 Januari 1781 The Battle of Cowpens, S.C.
2.2.14 10 Oktober 10, 1781 The Battle of Yorktown, Va.

2.3

KESAN REVOLUSI AMERIKA


Pada bulan Mei 1775, mesyuarat kedua yang dijanjikan telah berlangsung di

Philadelphia. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh 4 tokoh veteran dan terpenting,
iaitu George Washington (perang) dari Virginia, Benjamin Franklin (politik) dari
Philadelphia, John Adams (peguam terkenal) dari Massachusetts, dan Thomas
Jefferson (peguam) dari Virginia. Memandangkan belum wujudnya pasukan tentera
Amerika yang rasmi atau formal, maka kongres ini mengisytiharkan kaum petani dan
pedagang yang sedang mengepung bandar Boston sebagai pasukan tentera gabungan
kolonial-Amerika (Army of the United Colonies).
Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat adalah dokumen penting dalam
sejarah Amerika Syarikat. Ia ditulis pada tahun 1776 dan menjelaskan bahawa
Amerika Syarikat bukan lagi koloni Great Britain. Sebelum tahun 1776, Amerika
Syarikat tidak wujud sebagai sebuah negara. Pada masa itu hanya terdapat negerinegeri individu yang diperintah oleh Great Britain. Pada masa itu, ramai penduduk
Amerika yang tidak berpuas hati dengan penjajah British kerana perlu membayar
cukai dan dalam masa yang sama tidak mempunyai wakil di Parlimen. Mereka tidak
mahu tanah mereka menjadi koloni dan mahukan sebuah negara yang merdeka agar
mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu dan bukannya mengikut perintah
Great Britain yang ketika itu di bawah sistem monarki. Tindakan Great Britain melalui
akta-akta yang menyekat membuatkan koloni-koloni bersepakat untuk menubuhkan
sebuah kongres perjumpaan yang pertama telah diadakan pada 11 Jun 1776, di mana
hasil perjumpaan pertama tersebut sebuah jawatan kuasa dibentuk untuk mendraf satu
dokumen

yang

kemudiannya

dikenali

sebagai

Perisytiharan

Kemerdekaan.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh John Adams dari Massachusetts, Benjamin Franklin
(Pennsylvania), Thomas Jefferson (Virginia), Robert R. Livingston (New York) dan
Roger Sherman (Connecticut).
Draf perisytiharan kemerdekaan tersebut kebanyakan ditulis oleh Thomas
Jefferson yang menulis hak-hak rakyat dan tugas kerajaan. Perisytiharan
mengisytiharkan koloni sebagai negeri bebas dan merdeka. Kongres meluluskan
dokumen yang ditulis oleh Jefferson dengan sedikit pindaan. Mereka menggunakan

dokumen untuk mengisytiharkan kemerdekaan yang sebenarnya diumumkan pada 2


Julai 1776. Kelulusan dari kesemua ahli kongres hanya pada 4 Julai di Pennsylvania.
Versi ini ditandatangani oleh Presiden Kongres John Hancock dan Setiausaha Charles
Thomson. Thomas Jefferson yang mendapat jolokan Man of the people dan Sage of
Monticello akhirnya dilantik sebagai Presiden ke 3 AS iaitu dari 4 Mac 1801
sehingga 3 Mac 1809. Dokumen asal Perisytiharan Kemerdekaan yang ditulis oleh
Jefferson, bersama Perlembagaan Amerika Syarikat dan Undang-Undang Hak Asasi,
masih disimpan di Muzium Arkib Negara di Washington D.C. Semasa perisytiharan
kemerdekaan tersebut, Great Britain dan penduduk Amerika sudah pun terlibat dalam
perang yang dipanggil Perang Revolusi Amerika. Amerika telah menang dalam perang
tersebut dan pada 1783, Great Britain terpaksa mengakui dan mengesahkan
kemerdekaan Amerika Syarikat melalui Perjanjian Paris. 3 orang tokoh daripada
Amerika telah dihantar ke Paris, iaitu John Adams, Benjamin Franklin dan John Jay
untuk menandatangani perjanjian dengan Great Britain. Melalui perjanjian tersebut
Great Britain mengiktiraf kemerdekaan Amerika. Sempadan kerajaan Amerika telah
ditetapkan dari Florida di selatan, Mississippi di barat, dengan sempadan negara
Canada.
Manakala Deklarasi Kemerdekaan ditandatangani oleh seramai 56 orang.
George Washington merupakan Presiden Amerika Syarikat yang pertama memegang
jawatan daripada tahun 1789 sehingga 1797 dan juga dikenali sebagai Bapa
Kemerdekaan Amerika Syarikat. Sehingga hari ini, Perisytiharan Kemerdekaan
disambut setiap 4 Julai dan perisytiharan ini juga penting kerana ia menyatakan idea
yang mudah bahawa rakyat mempunyai hak-hak untuk hidup, kebebasan serta
kerajaan harus mendengar pendapat rakyat. Perkara-perkara inilah yang menjadikan
Amerika Syarikat sebuah negara demokrasi. Ibarat tiada demokrasi tanpa negara
Amerika, tiada demokrasi tanpa politik dan tiada parti tanpa kompromi dan moderat.3
Revolusi Amerika telah menggantikan status rakyat seseorang raja dengan
status rakyat sesebuah negara dan melalui pendemokrasian kerakyatan dan perbezaan
antara rakyat dan bukan rakyat mula wujud dalam konteks modennya. Kerakyatan
menghubungkan identiti individu dengan indentiti negara. Revolusi Amerika itu
sendiri telah menghasilkn bangsa Amerika. Budaya teras Amerika sehingga kini masih
3 Chapter 1, The Pattern Of American Politics. Parties and Politics In America

kukuh pada asas budaya peneroka pada abad ke 17 dan ke 18 ketika menubuhkan
masyarakat Amerika. Elemen budaya itu boleh ditakrifkan dengan pelbagai cara
termasuk melalui agama Kristian, nilai dan prinsip moral Protestan, etika kerja, bahasa
Inggeris, tradisi, undang-undang, keadilan dan batasan kuasa kerajaan, warisan
kesenian, kesusasteraan dan falsafah.
Daripada budaya teras ini, peneroka awal tersebut merumuskan mengenai
Rukun Amerika dengan mendukung prinsip kebebasan, kesamarataan, individualisme,
hak asasi manusia, kerajaan berperwakilan dan harta persendirian. Generasi Amerika
yang berikutnya diasimilasi ke dalam budaya teras tersebut tanpa mengubah asasnya.
Justeru itu, Amerika merupakan sebuah masyarakat koloni dalam erti kata sebuah
masyarakat dalam sebuah petempatan yang didirikan oleh sekumpulan orang yang
meninggalkan negara asal mereka di wilayah yang jauh. Deklarasi Kemerdekaan
sebagai manifestasi dari Revolusi Amerika juga merupakan satu sumber inspirasi
kepada semangat perjuangan bangsa Amerika.

1.0PENGENALAN REVOLUSI PERANCIS


Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789 sehingga 1799 menandakan bahawa
kedatangan masyarakat kapitalis kelas pertengahan moden atau juga disebut sebagai
golongan bourgeois dalam membuat perubahan ke atas corak pemerintahan dan politik
perancis (Soboul 1975). Selain itu, revolusi ini juga dilihat sebagai satu kejayaan
penubuhan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara apabila berjaya
menamatkan sistem pemerintahan regim beraja kepada sistem pemerintahan yang baru
dimana rakyat mula berkuasa. Menurut Alexis de Tocqueville (1805-1859), revolusi
adalah menifestasi daripada golongan kelas pertengahan untuk menghapuskan sisasisa terakhir zaman pertengahan apabila sedar akan kepentingan sosialnya. Kemuncak
dalam kewujudan demokrasi liberal dan corak pemerintahan Republik selepas
revolusi, menambahkan satu dimensi yang penting dalam sejarah dunia yang harus
dilihat sebagai model klasik dalam revolusi bourgeois (Lucas 1973).

1.1

REVOLUSI PERANCIS: PUNCA DAN FAKTOR UTAMA

Semasa pemerintahan Raja Louis XV (1715-1774), Perancis telah terlibat dalam


peperangan selama tujuh tahun di benua Eropah dan di Amerika Utara. Peperangan ini
telah mengakibatkan Perancis mengalami kehabisan sumber dan khazanah negara.
Raja

Louis

XVI

(1774-1792)

yang

kemudiannya

telah

menaiki

takhta

walaubagaimanapun tidak mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pentadbiran


negara. Keadaan ekonomi yang mengalami kemelesetan ketika itu tidak dapat
dipulihkan oleh Raja Louis XVI. Petani-petani telah mengalami masalah besar kerana
tanaman mereka tidak menjadi dan mereka pula terpaksa menyerahkan apa sahaja
hasil yang diperoleh kepada tuan tanah. Peningkatan harga di pasaran telah
membuatkan rakyat pada ketika itu terbeban dan hidup dalam keadaan merana.
Disebabkan keadaan ekonomi yang semakin tertekan, Raja Louis XVI telah melantik
beberapa orang penasihat kewangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Bagaimanapun, cadangan-cadangan penasihatnya seperti megenakan cukai ke atas
golongan bangsawan dan badan agama sama sekali tidak diterima oleh golongan
berpengaruh.
Rusuhan mula dilakukan oleh rakyat di merata tempat akibat dari kelemahan
Raja Louis XVI mengurus tadbir negara ketika itu (Lucas 1973). Raja Louis XVI telah
melantik Jacques Neckar sebagai menteri kewangan. Raja juga merestui persidangan
dewan perundangan (Estate General) yang tidak bersidang selama 175 tahun. Jacques
Necker pula telah menjanjikan kebebasan kepada rakyat dan memberi peluang untuk
rakyat memberi pendapat mereka. Walaubagaimanapun, Necker telah meletakkan
jawatannya sebagai menteri kewangan pada tahun 1781 dan tindakan ini memberi
kesan yang bertambah buruk terhadap krisis kewangan Perancis (Soboul 1975).
Golongan cerdik pandai yang terdiri daripada individu-individu yang terpengaruh
dengan karya-karya pemikir seperti Rousseau, Voltaire dan Montesquie telah
mendesak supaya rakyat memiliki kuasa pemerintahan (kedaulatan). Golongan ini
telah menggunakan kesempatan dengan menerbitkan ratusan risalah mengenai
kelemahan sistem sosial dan politik pada masa tersebut. Dalam karya tersbut, mereka
telah membidas corak pemerintahan beraja dan pengaruh golongan bangsawan serta
badan agama. Mereka telah menegaskan bahawa golongan ini kurang prihatin tentang
masalah yang dihadapi rakyat. Mereka juga telah menyebarkan risalah-risalah
mengenai hak asasi dan kebebasan. Tambahan pula golongan radikal telah

mengedarkan risalah-risalah yang mencadangkan sistem raja diamsuhkan dan


digantikan dengan sistem republik (Thomson 1978).
Selain itu, Raja Louis XVI turut disifatkan oleh rakyat sebagai seorang lelaki
yang mulia dan mempunyai niat yang baik, namun sikapnya yang terlalu berhati-hati,
lemah dan teragak-agak dalam membuat keputusan membuatkan Raja Louis hampir
berputus asa sehingga gagal menggunakan kuasa yang dimilikinya dengan baik
sehingga rakyat merusuh akibat kelemahan sistem sosial dan politik pada masa
tersebut. Akhirnya Raja Louis XVI telah dikutuk dan dituduh mengadakan konspirasi
terhadap kebebasan awam dan kesejahteraan umum oleh perwakilan yang hadir
semasa konvensyen. Sebanyak 361 undian bersetuju untuk menjatuhkan hukuman
keatas Raja Louis XVI, 288 undi tidak bersetuju dan 72 perwakilan mengundi untuk
menangguhkan hukuman tersebut dari dijalankan. Akhirnya Raja Louis XVI telah
dibicarakan dan dijatuhi hukuman mati pada Januari 1793 melalui hukuman gilotin4.

1.2STRUKTUR MASYARAKAT PERANCIS ERA REVOLUSI


Masyarakat Perancis terbahagi kepada tiga kelompok yang dikenali sebagai Estate.
Pertama ialah badan agama Katolik (Clergy-1st Estate) yang memiliki kebanyakan
tanah (tanah wakaf) di negara tersebut. Kumpulan kedua, ialah golongan bangsawan
(Nobility-2nd Estate) yang juga mempunyai banyak tanah dan mereka hanya
membayar sedikit cukai sahaja. Kumpulan ketiga pula terdiri daripada peniagapeniaga yang kaya, pekerja mahir dan petani (3rd Estate) dan dikenakan cukai yang
tinggi berbanding dengan dua kelompok yang lain dan juga merupakan kumpulan
paling ramai dalam negara dengan jumlah yang melebihi 24 juta orang diakhir
pemerintahan Regime Ancien (Soboul 1975).

4 Gilotin menjadi alat untuk memperlaksanakan hukuman mati terhadap seseorang individu
tanpa mengambil kira pangkat dan kedudukan pesalah serta jenis kesalahan yang dilakukan.
Hukuman dijalankan adalah melalui mekanisme memenggal kepada menggunakan alat yang
direka daripada bingkai tinggi tegak dengan sebilah mata pisau besar dan bersudut digantung
padanya. Alat ini terkenal sebagai cara utama bagi pelaksanaan hukuman bunuh di negera
Perancis khususnya pada zaman Revolusi Perancis dan ia menjadi sebahagian daripada
budaya popular serta disanjung sebagai pembalas dendam oleh rakyat dan penyokong
Revolusi sebagai tanda mengutuk pemerintahan yang zalim.

Menurut Schwartz dan OConnor (2007) 97% daripada kumpulan ketiga yang
terdiri daripada pekerja mahir dan petani ini menguasai 65% tanah pada ketika itu.
Kumpulan pertama dan kedua (Clergy and Nobility) telah lama wujud dan menguasai
10% - 25% tanah sebelum ini namun kumpulan ketiga dilihat semakin berkembang
dan wujud dengan pesat hasil daripada peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli mereka
dalam kehidupan bernegara.

1.3

PILIHAN RAYA (Estates General 1789)

Raja Louis XVI telah bersetuju dengan permintaan golongan liberal supaya pilihan
raya diadakan dengan syarat yang agak terbuka. Pilihan raya telah diadakan pada pada
Januari sehingga April 1789 untuk memilih perwakilan yang akan ke Estate General.
Pilihan raya ini diadakan selepas 175 tahun Estate General tidak bersidang.
Bagaimanapun, piliha raya ini telah berlangsung dalam suasana ekonomi yang tenat
serta kelumpuhan pemerintahan dalam menangani masalah rakyat. Dalam masa yang
sama rakyat telah mengharapkan pemulihan dan penguasaan Estate General akan
digunakan dengan baik untuk mengatur tindakan bagi memulihkan hal sosioekonomi
negara. Seterusnya, pilihan raya yang diadakan pada 1789 ini juga telah menyaksikan
kemenangan rakyat yang telah memperoleh 600 buah kerusi berbanding 291 kerusi
daripada kumpulan bangsawan dan 300 buah badan agama. Selepas selesai pilihan
raya, Raja Louis XVI telah berharap ketiga-tiga kelompok (Estates) akan bersidang
secara bersaingan dan delegat-delegat pula akan meluluskan bantuan kewangan
kepada raja. Pada 5 Mei 1789, dewan perundangan (Estate General) telah secara
rasminya bersidang.
Keputusan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada gologan rakyat ini
didokong oleh pemimpin mereka yang berfahaman liberal (Brown 2007). Mereka
telah menyuarakan agar semua kumpulan dianggap berkuasa dan begitu juga dalam
hal meluluskan dasar. Mereka mengesyorkan supaya wakil-wakil dewan perundangan
atau delegat tidak lagi mengundi secara kumpulan tetapi secara individu bagi
mewakili diri sendiri. Mereka juga mendesak supaya semua ahli dewan perwakilan
bersidang dalam satu dewan sahaja dan bukan seperti dulu, iaitu bersidang secara
berasingan. Mereka juga mendesak supaya negara perlu diperintah berdasarkan

prinsip demokrasi yang rasional dan bukan oleh golongan yang mempunyai
keistimewaan. Walaubagaimanapun, desakan daripada kumpulan rakyat biasa ini
nyata tidak mendapat persetujuan daripada kumpulan lain dan raja pula telah berpihak
kepada kumpulan konservatif.
Seterusnya, sebaik sahaja dewan bersidang, ahli-ahli dewan perundangan telah
berpecah belah atas isu prosedur cara pengundian atas usul yang bakal diperkenalkan.
Menurut amalan parlimen pada ketika itu, kumpulan (Estate) mengundi atas usul
sebagai satu kumpulan, tiap-tiap satu kumpulan mempunyai satu undi. Nyata sekali
golongan bangsawan dan badan agama yang sealiran pendapat dengan mudah
mematahkan atau membatalkan usaha wakil rakyat biasa (3rd Estate). Keadaan ini
telah mendorong rakyat untuk bersatu padu mendesak agar amalan cara mengundi
secara kumpulan (Estate) diberhentikan. Mereka juga menghendaki tiap-tiap ahli
dewan perundangan diberi hak undi yang sama. Nyata hal ini membuatkan golongan
perwakilan rakyat telah menunjukkan bahawa mereka menerima idea beberapa ramai
pemikir yang mencadangkan penguasaan rakyat jelata (Cobb 1998). Mereka telah
bersuara secara lantang bahawa rakyat yang berdaulat perlu diberi hak yang sama rata.
Walaubagaimanapun, desakan rakyat kelihatan hanya sia-sia, hal ini kerana gabungan
kumpulan konservatif enggan bersidang bersama rakyat tamabah lagi, mereka dengan
mudah mematahkan usul yang dimajukan oleh rakyat kerana majoriti yang dimiliki di
dalam dewan dengan undi dua per tiga.
Dalam kebuntuan ini, wakil-wakil rakyat telah menunjukkan azam yang kuat
dan tidak mempedulikan tindakan kedua-dua estate yang lain. Wakil-wakil rakyat
telah memulakan persidangan mereka tanpa penyertaan kedua-dua kumpulan (First
Estate dan Second Estate) yang lain. Raja pula tidak selesa dengan peristiwa ini dan
mengarahkan dewan perundangan ditutup kerana ia perlu diabaikpulih. Wakil-wakil
rakyat bagaimanapun tidak mempeduli akan arahan penutupan ini dan telah bersidang
di lapangan tenis yang berhampiran pada Jun 1789 (Cobb 1998). Persidangan ini
kemudiannya meluluskan usul bahawa persidangan tersebut mewakili semua rakyat
dan oleh yang demikian persidangan tersebut dikenali sebagai Majlis Kebangsaan
(National Assembly).
Raja bagaimanapun cuba menggunakan pasukan tenteranya untuk menggugat
anggota Majlis Kebangsaan. Bagaimanapun rakyat telah melancarkan pemberontakan

pada 14 Juali 1789 dan pemberontakan ini telah merebak ke seluruh pelosok Perancis
dan disertai oleh rakyat yang inginkan kebebasan daripada terus dibelenggu
penguasaan oleh golongan elit tradisional (Qasim 2003).
1.4

REVOLUSI PERANCIS DAN PENJELMAAN IDEOLOGI

Ideologi merupakan sekumpulan doktrin, kepercayaan atau mitos dan ia berperanan


membimbing individu atau pergerakan sosial dan institusi sesuatu kelas mahupun
kumpulan dengan kepercayaan yang sistematik (Ramanathan 2013). Doktrin-doktrin
pula berpunca daripada pemikiran politik dan ia mempunyai satu rangkaian tindakan
sama ada untuk mengekalkan sesuatu corak sosial atau mendatangkan perubahan.
Revolusi Perancis pada tahun 1789 merupakan satu petanda yang penting
dalam sejarah penjelmaan ideologi (Sutherland 1989). Misalnya aliran konservatif
yang muncul sebagai kepercayaan politik dalam era Revolusi Perancis. Ini dibuktikan
apabila Edmund Burke (1729-1797) yang merupakan ahli Parlimen Britain telah
banyak mengkritik Revolusi Perancis dengan mengutarakan tema yang mendominasi
pemikiran aliran konservatif (Takiyuddin 2011). Sebelum Revolusi Perancis, negaranegara Eropah dikuasai oleh golongan tuan tanah, badan agama, iaitu gereja dan raja
yang berfungsi sebagai penaung mereka. kebanyakan petani tidak memiliki tanah
sendiri dan mereka bergantung kepada penaung mereka iaitu tuan tanah. Semua
perusahaan terikat dengan sistem feudal yang menguntungkan golongan tuan tanah,
badan gereja dan raja. Rakyat ketika itu tidak mempunyai sebarang suara atau daya
untuk menukar pengaruh atau genggaman dari golongan tersebut.
Perubahan sosial akibat daripada Revolusi Industri5 abad ke-17 dan abad ke-18
telah mengakibatkan penghijrahan minda golongan yang dahulunya terikat dengan
sistem feudal, kini mula mempersoalkan penguasaan golongan bangsawan dan raja ke
5 Revolusi industri telah mengakibatkan penciptaan baharau dan telah mendatangkan
kemajuan yang pesat dalam proses penghasilan barangan. Proses perindustrian ini telah
mengurangkan penggunaan tenaga manusia di kawasan desa kerana penggunaan jentera telah
memudahkan kerja-kerja yang dahulunya diusahakan oleh ratusan pekerja. Ini bererti ramai
pekerja telah kehilangan pekerjaan dan mereka sanggup behijrah ke kawasan yang
mempunyai banyak peluang pekerjaan sehingga berlaku perpindahan pekerja dari desa ke
kawasan bandar dimana kilang-kilang baharu dibina untuk mengeluarkan barang keperluan
secara besar-besaran.

atas penguasaan negara akibat daripada tekanan yang dialami oleh mereka. Golongan
pencabar yang berpegang kepada fahaman liberalisme telah mendapat sokongan
daripada rakyat sehingga menggalakkan mereka untuk menyuarakan tuntutan agar
perubahan diperkenalkan. Antara perkara yang dituntut mereka adalah agar rakyat
biasa diberi peluang mengemukakan kepentingan mereka melalui badan perwakilan.
Namun demikian, tuntutan golongan ini tidak mudah diterima oleh kuasa tradisional,
iaitu raja dan golongan bangsawan serta tuan tanah, iaitu golongan yang beraliran
konservatif yang menguasai dewan perundangan.
Demikian peranan ideologi dalam mencorakkan penerimaan sekumpulan nilai dan
menyingkirkan sekumpulan nilai yang lain. Kemunculan ideologi politik muncul
sebagai kepercayaan yang dapat meyakinkan manusia untuk memperkenalkan
pembaharuan dan menyingkirkan amalan dan kepercayaan lama.

3.0

PERBANDINGAN DIANTARA REVOLUSI AMERIKA DAN


REVOLUSI PERANCIS

Perbandingan akan dilakukan dengan melihat beberapa sudut aspek, iaitu faktor
tercetusnya revolusi, kelahiran ideologi, perubahan sosial dan politik, hak mengundi
dan kelahiran deklarasi.

3.1

PERBANDINGAN FAKTOR TERCETUSNYA REVOLUSI

Pada tahun 1763, pihak British telah menguatkan kuasa mereka di Amerika Utara
ekoran kekalahan pasukan tentera Perancis serta puak orang asli (Native Indians).
Seterusnya, kerajaan British telah menempatkan sebuah pasukan tentera secara
berkekalan di Amerika Utara dan meminta panduduk di sana membiayai pasukan
tersebut. Seiring dengan tindakan ini, kerjaan British tanpa merujuk kepada rakyat nya
di Amerika Utara telah mula menguatkuasakan beberapa akta yang diluluskan di
Parlimen England.
Rakyat Amerika pada waktu ini telah dikenakan pelbagai cukai baharu sebagai
tindakan untuk menampung perbelanjaan peperangan yang berlaku antara Britain
dengan Perancis (Thomson 1978). Peraturan-peraturan baharu yang diperkenalkan
semuanya bersifat berat sebelah kepada peniaga dan pengusaha dari negara asal

Britain dan rakyat tempatan telah merasakan mereka dipinggirkan. Tambahan pula
pihak British telah menguatkuasakan sekumpulan dasar yang mengenakan pelbagai
cukai ke atas barangan yang datang dari Britain. Lama kelamaan rakyat Amerika mula
marah ekoran tindakan ini dan mereka mula menyatakan bantahan dan enggan
membayar cukai kerana mereka tidak diberi perwakilan di Parlimen Britain.
Seterusnya, wakil-wakil dari 13 buah negeri telah bersidang dan meluluskan
satu usul yang menuntut hak dan kuasa kepada negeri-negeri berkenaan. Mereka juga
telah membuat usul bahawa tanah jajahan mesti diberi proses perwakilan di Parlimen
dan menolak kuasa Parlimen Britain untuk membuat undang-undang yang melibatkan
tanah jajahannya di Amerika. Ekoran dari usul ini juga, 13 buah tanah jajahan telah
menubuhkan dewan perwakilan secara sendirian dan seterusnya memecat semua
pegawai British daripada jawatan pentadbiran. Hal ini bererti tanah-tanah jajahan
mentadbirkan negeri mereka secara sendiri. Mereka juga memutuskan untuk
memulaukan semua barangan keluaran British.
Ekoran peristiwa ini, kerajaan British mula mengambil langkah tegas dan
berpendirian untuk menangkap mereka yang bersifat melawan. Rakyat tanah jajahan
pula telah menyiapkan diri mereka untuk menghadapi sebarang cabaran. Pada Jun
1775, Revolusi Amerika tercetus apabila tentera British diserang di beberapa tempat
oleh pasukan pejuang kemerdekaan.
Pengalaman yang berbeza bagi Revolusi Perancis iaitu penyebaran idea baharu
merupakan suatu faktor yang amat utama dalam perbincangan nya. Seperti yang telah
dihuraikan di peringkat awal esei, kelemahan sistem pentadbiran beraja menjadi punca
utama pemberontakan rakyat. Namun penyebaran idea revolusi sebenarnya dipelopori
oleh idea baharu yang dikenali sebagai Enlightenment atau Kesedaran. Pergerakan ini
pernah disifatkan sebagai revolusi intelektual dan dikaitkan dengan ahli fikir seperti
Rene Desacartes (1596-1650), Charles de Secondat Montesquieu (1689-1755),
Voltaire dan Rousseau di Pernacis dan beberapa lagi. Namun demikian, wujud
perdebatan yang menyangsikan adanya kaitan pemikiran Kesedaran dengan faktor
pencetus Revolusi Perancis. Cobban (1968) menekankan bahawa Revolusi Perancis
sebenatnya dimulakan oleh golongan bangsawan yang tidak bersimpati terhadap idea
Kesedaran. Unsur dikatator dan ganas yang kemudiannya lahir pada masa Revolusi
Perancis juga bercanggah dengan semangat Kesedaran.

J.M. Thompson (1965) menekankan faktor sosioekonomi dalam penulisannya.


Thompson berpendapat bahawa rakyat Perancis tidak menghendaki ahli falsafah untuk
menyatakan bahawa keadaan buruk di negara mereka adalah akibat daripada
pengabaian terhadap hak asasi manusia. Ini kerana ia telah jelas melanggar
Pengisytiharan Hak-hak manusia dan Warganega yang dikutip daripada rungutan pada
1789.
3.2

KELAHIRAN IDEOLOGI

Revolusi Amerika lebih merupakan perjuangan kemerdekaan daripada belenggu


penjajahan Britain (Sutherland 1989). Namun demikian, perjuangan kemerdekaan
nyata sekali dipengaruhi oleh karya-karya pemikir seperti Rousseau yang
mengesyorkan ideologi demokrasi langsung yang dikuasai sepenuhnya oleh rakyat. Di
samping itu, sumbangan pemikiran Jefferson, Madison dan Montasquieu semuanya
mencorakkan pemerintahan republik di Amerika Syarikat. Misalnya idea kesamaan,
menghormati hak asasi awam, liberalisme dan pengasingan kuasa semuanya
termaktub dalam perlembagaan Amerika.
Sebaliknya, Revolusi Perancis pula menamatkan penguasaan golongan
aristokrasi dan sistem pemerintahan monarki (Cobban 1968). Ia juga membangkitkan
unsur radikalisme, iaitu pendirian yang tegas mengenai sesuatu isu serta menamatkan
orde sosial yang lama dan menggantikannya dengan yang baharu. Revolusi Perancis
nyata sekali menguasai rakyat jelata dan membolehkan corak pemerintahan republik
seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, terdapat juga
persaingan untuk mendapatkan kuasa dalam kalangan ahli politik era revolusi
sehingga akhirnya terpaksa mengharapkan kuasa angkatan tentera untuk mengawal
keadaan. Pada November 1799, Napoleon Bonaparte telah dilantik sebagai ketua
tenter. Napoleon sepanjang 5 tahun selepas itu telah memahkotakan dirinya sebagai
Maharaja Perancis dan detik ini menandakan tamatnya Revolusi Perancis. Nyata
pergolakan yang muncul sepanjang revolusi merupakan fasa percubaan ideologi
sosialisme dan demokrasi.

3.3

PERUBAHAN SOSIAL DAN POLITIK.

Nyata sekali, Revolusi Amerika telah mendatangkan beberapa perubahan sosial dan
politik. Antara yang penting ialah kuasa pemerintahan berada di tangan rakyat jelata
dan bukan lagi dikuasai sepenuhnya oleh golongan aristokrasi. Kedua, semua rakyat
mempunyai kuasa yang sama dan pernyataan ini telah menyamaratakan semua rakyat,
dan seterusnya menghauskan sistem perhambaan dan pemberian hak yang adil kepada
wanita. Sistem perhambaan di Amerika ketika itu akhirnya dihapuskan pada tahun
1863. Wanita dan semua lapisan rakyat diberi hak yang adil secara berperingkat.
Deklarasi Kemerdekaan juga telah menandakan permulaan pelantikan perwakilan
berdasarkan sistem pengundian yang terbuka.
Menurut cara ini, semua rakyat berhak memilih wakil rakyat mereka untuk
bersidang di dalam dewan perwakilan bagi membuat undang-undang untuk semua
lapisan masyarakat. Revolusi Amerika juga telah mempengaruhi banyak tanah jajahan
menuntut kemerdekaan. Ia juga mengilhmkan rakyat menuntut kebebasan daripada
penguasaan golongan raja dan bangsawan terutamnaya di Eropah.
Revolusi Perancis bagaimanapun memperlihatkan kewujudan kelab-kelab
politik dalam memperlihatkan kegigihan yang hebat daripada golongan lawan (Qasim
2003). Mereka kebanyakannya bergerak atas semangat melancarkan propaganda bagi
menerangkan kepada kaum pekerja matlamat revolusi dan falsafahnya. Mereka juga
memberikan komen dan dengan cara ini mereka telah mendekatkan diri mereka dan
mewujudkan sosialisasi politik terhadap kaum pekerja dan memajukan pergerakan
revolusioner. Antara kelab yang wujud adalah seperti Persatuan Persaudaraan Lelaki
dan Wanita, Persatuan Golongan Miskin, Persatuan Golongan Miskin, Persatuan
Sahabat Kebenaran dan Persatuan Pencinta Undang-Undang.
Selain itu, sistem cukai yang baru juga diperkenalkan. Cukai telah dikutip
secara terus dan kadarnya dikira agar ia berpadanan dengan harta milik seseorang itu.
Sistem kehakiman juga disusun semula. Segala gelaran dan darjat feudal dihapuskan.
Semua rakyat membahasakan diri mereka sebagai citoyen (Thompson 1978). Dalam
bidang ekonomi, sistem ekonomi bebeas diperkenalkan. Perniagaan secara kecilkecilan diberikan galakan yang khusus oleh pemerintah. Segala ini merupakan
lambang order baru. Namun begitu, perlu diingat bahawa perubahan sosial yang
berlaku seperti penghapusan hak keistimewaan feudal dan sistem pembayaran cukai

ini bukanlah merupakan idea Majlis Kebangsaan yang asli, tetapi ia lebih kepada
desakan rakyat dan tindakan sendiri oleh para petani (Qassim 2003)

3.4

HAK MENGUNDI

Di Amerika, selepas Revolusi Amerika atau Peperangan Kemerdekaan menentang


Britain pada tahun 1776, hak mengundi juga tidak diberikan kepada semua orang.
Sebaliknya, hak mengundi hanya diberikan kepada golongan berharta. Golongan kulit
hitam yang masih menjadi hamba langsung tidak diterima dalam pemikiran politik.
Berbeza dengan perkembangan politik ekoran Revolusi Perancis yang telah
memberi kesan dalam memperluas hak mengundi di kalangan rakyat memang sudah
merupakan sesuatu yang radikal dalam konteks zaman itu. Namun begitu, sesuatu
yang lebih radikal ialah peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Perancis
selepas revolusi yang memperuntukkan hak mengundi kepada semua rakyat Perancis
tanpa batasan harta.

3.5

KELAHIRAN DEKLARASI

Revolusi Amerika tercetus apabila tentera British diserang di beberapa tempat oleh
pasukan pejuang kemerdekaan. Revolusi ini telah memberi kesan kepada Amerika
dalam pelbgai perkara. Pada tahun 1776, wakil-wakil badan perwakilan tanah-tanah
jajahan bersidang dalam Majlis Perwakilan dan deklarasi kemerdekaan telah
diluluskan. Majlis tersebut telah mengisytiharkan bahawa tiga belas tanah jajahan
British kini bebas dan merdeka. Majlis ini juga telah melantik George Washington
sebagai ketua pasukan tentera. Dibawah kepimpinan beliau, pasukan tentera revolusi
telah mencapai kemenangan selepas berperang selama enam tahun (Palmer 1959).
Pada September, 1782, Britain telah mengakui iltizam dan kekuatan rakyat
Amerika dan memberi mereka kemerdekaan. Perjanjian Paris yang termetrai antara

Britain dengan pihak revolusioner seterusnya telah mewujudkan Amerika Syarikat 6.


Seterusnya Deklarasi Kemerdekaan (Declaration of Independence) diperkenalkan dan
ia telah memandu pemerintahan negara Amerika. Antara pernyataan yang penting
deklarasi ini adalah, semua rakyat memunyai hak yang sama dan mempunyai hak
terhadap nyawa (mereka), kebebasan dan peluang mendapatkan kebahagiaan.
Bagi Revolusi Perancis, kesan revolusi adalah apabila Majlis Kebangsaan
(National Assembly) pada 4 Ogos 1789, meluluskan satu usul yang menamatkan
sistem feudal negara Perancis (Cobban 1968). Walaubagaimanapun, Raja Louis XVI
pula enggan mengiktiraf usul tersebut. Rakyat pula secara terbuka telah membantah
tindakan raja ini dan kejadian tersebut telah memaksa raja untuk menerima hakikat
bahawa beliau tidak lagi berkuasa seperti dahulu. Usul tersebut telah dikuatkuasakan
dan telah memberi kesan kepada golongan elit dan bangsawan apabila segala
keistimewaan yang dinikmati oleh mereka dihapuskan. Tanah kepunyaan badan
agama katolik telah dihakmilikkan oleh negara dan kemudian diagihkan kepada
sesiapa sahaja yang berupaya membelinya.
Revolusi Perancis turut memberi kesan kepada struktur pemerintahan negara.
Pentadbiran negara telah disusun semula mengikut bahagian-bahagian yang tertentu.
Badan pentadbiran dan badan kehakiman di semua peringkat disayaratkan supaya
dianggotai oleh orang yang dipilih dalam kalangan rakyat biasa. Namun apa yang
lebih penting ialah tindakan Majlis tersebut meluluskan satu Deklarasi Hak Asasi
Manusia (The Decalaration of The Right of Man). Menurut deklarasi tersebut, semua
rakyat mempunyai taraf yang sama dan berhak diberi layanan yang sama. Rakyat pula
berkuasa dan bukan lagi raja, kerabat atau golongan bangsawan.
Nyata sekali deklarasi ini menandakan detik-detik penamatan sistem
pemerintahan beraja di Perancis. Lebih penting lagi, deklarasi tersebut menyatakan
kuasa pemerintahan dipegang oleh wakil rakyat yang dipilih. Kesan deklarasi ini juga
telah mengihamkan perjuangan demokrasi di seluruh dunia.

6 Sebagai syarat perjanjian, Amerika Utara pula dibahagikan kepada dua, kawasan utara tasik
besar menjadi tanah jajahan British (British North American Territories) dan semua kawasan
di selatan (hingga ke Florida) dan semua kawasan di tebing timur Sungai Missisipi telah
menjadi tanah naungan Amerika Syarikat (Jensen 1968).

4.0

KESIMPULAN

Rumusannya, kedua-dua revolusi ini telah memberi kesan yang besar dalam sejarah
kehidupan berpolitik disampung mencorak ideologi-ideologi tertentu. Ideologi
revolusi digunakan bukan sahaja untuk membenarkan segala tindakan pemerintahan,
tetapi juga untuk mencorakkan tabiat rakyat sesebuah negara. Revolusi nyata sekali
berkisarkan persoalan asas kehidupan manusia, disamping mematuhi arahan
bernegara. Pada umumnya, Revolusi Perancis dilihat sebagai titik sejarah yang
penting dalam perkembangan masyarakat Barat. Tidak keterlaluan juga Revolusi
Perancis dikatakan lebih penting daripada Revolusi Amerika (1775) dan Revolusi
Inggeris (1688). Ia dianggap sebagai garis pemisah diantara peraturan lama dengan
peraturan baru. Kerana dengan berlakunya Revolusi Perancis, feudalisme telah diganti
dengan sistem masyarakat terbuka. Selain itu, ia juga dikatakan sebagai permulaan
peringkat kemerosotan pengaruh dan kedudukan agama dalam sistem pemerintahan
dan pemikiran. Sebaliknya, pengaruh pemikiran dan falsafah yang menegaskan atau
menyanjungi sepenuhnya keupayaan akal manusia, mula bertapak dan membiak.
Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika juga dilihat telah dicetuskan atas prinsip
menuntut keadilan dan mencari kesempurnaan hidup manusia. Kepercayaan agama
yang dianggap karut dan pemerintahan raja yang dianggap zalim dilihat oleh para
penentang status quo sebagai penghalang untuk mencapai matlamat kesejahteraan
kehidupan manusia.

RUJUKAN
Cobban, A. 1968. Aspects of the French Revolution. London: Cape.
Soboul, Albert. 1975. The French Revolution. New York: Vintages Book
Howard G. Brown. 2007. Ending the French Revolution: Violence, Justice, and
Repression from the Terror to Napoleon. Charlottesville and London: University Press
of Virginia
Thompson, J.M. 1965. Louis Napoleon and The Second Empire. Oxford: Basil
Blackwell.
_______. Thomson, David. 1978. Eropah Sejak Napoleon. Terj. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
C.Wright Mills. 1967. The Power Of Elite. New York : Oxford University Press Muhd
Nur Iman Ramli, 2012. Fail Sulit Presiden Amerika. Batu Caves: PTS Millenia Sdn
Bhd
Samuel P.Huntington. 2008. Siapa Kita? Cabaran Kepada Identiti Nasional Amerika.
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Clinton Rossiter. 1971. Parties and Politics In America. London : Cornell University
Press.
Furet, F. Democracy and Utopia. Journal of Democracy. 9.1 (1998): 65
Lucas. Nobles, Bourgeois and the Origins of the French Revolution. Past & Present
no. 60 (1973): 84
Jensen, Merrill. The founding of a nation: A history of the American Revolution
Oxford University Press, 1968
Palmer, R.R.. The age of democratic revolution: A political history of Europe and
America 1760-1800. 1959. Princeton University Press

Sutherland. Introduction. French Historical Studies 16.2 (1989): 259


Qasim Ahmad. 2003. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Dewan
Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

You might also like