You are on page 1of 6

Soalan 2(a) Petikan Sajak

Dia lelaki bergelar perkasa

sambil melibas cemeti durjana

dengan cemeti keberanian di tangan

dia melampar muslihat

rembat angkuhnya memacu takut

aku penyelamat maruah

menghalau kuda-kuda di padang

berjuang atas dasar kebenaran

berebutan memburu kandang.

menentang semua kebobrokan

Rumput dan jerami terhidang

Dia lelaki sang gembala kuda

adalah kanun janji kesetiaan

hanya mengenal pantas tunggangan

dimamah rakus kala lapar

tanpa membaca keletihannya

tak peduli nasib diri setelah kenyang

dia lelaki sang gembala kuda

jadi tunggangan memburu rakan.

hanya tahu mengejar kehebatan


tanpa menghitung kesakitannya

Dia lelaki punya kuasa

dan kuda-kuda itu ditunggangi

sesekali suaranya lebih gempita

ditunggangi dan ditunggangi!

daripada ringkik kuda sekandang


pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan

MOHD HASHIM OTHMAN


Antalogi Jaket Kulit KIjang dari Istanbul,
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

meranduk lumpur di paya penindasan

Muka|1

(i)

Apakah yang dilakukan oleh penjaga kuda dalam rangkap pertama sajak?
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi oleh


gembala kuda dalam pekerjaanya?
[3 markah]

(iii)

Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas?


[4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Prosa Tradisional


Setelah habislah dikenalinya segalam empunya, maka titah raja. Hai segala kamu sekalian,
hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, Sebahagi akan
orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksama.
Maka sembah orang itu, Daulat tuanku, mana titah patik junjung.
Maka sembah Laksamana, Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang
maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam
pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.
Maka titah baginda, Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?
Maka sembah mereka itu, Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi
Allah dan RasulNya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian. Masing-masing pun
memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta sebahagi.
Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula, yang sebahagi itu didermakan
pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada
penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun
habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana, barang sesuatu bicara,
jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka akan kararlah.
Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa
Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari
daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga,
sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap
membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Demikianlah pekerjannya.

(Dipetik daripada prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan, dalam antologi


Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Nyatakan tema prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan.


[2 markah]

(ii)

Berikan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan?


[3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, sebagai seorang pemimpin mengapakah kita perlu


bersikap rasional dalam membuat keputusan?
[3 markah]

Soalan 2(c) Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia,
harganya sekitar RM500.00. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua
yang berjaya menjualnya kepada Shahmeem, Jaket kulit itu telah membawa kepada
Shahmeem yang berjaya menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah membawa
kegembiraan kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus
yang dingin.
Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada
orang lain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu
aku kunjungi di tanah air? Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa
mengalami kerugian. Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke itu. Aku rela
menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya
juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah. Aku berharap
agar bakal pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit itu sisa orang dan tidak berasa
bongkak.
Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket itu kepada manamana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang
telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.
(Dipetik daripada cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i)

Apakah tema dalam cerpen Kulit Kijang dari Istanbul?


[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu melindungi haiwan-haiwan eksotik


seperti kijang?
[3 markah]

(iii)

Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen dan dua persoalan
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut?
[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata hubung di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata
nama khas.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Agar
Ketika
Apabila
Sekalipun
Sekiranya
Sementara
[6 markah]

(b) Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat di bawah.


(i)
(ii)
(iii)

Datuk Musa Al-Khalili dari Jeddah telah merasmikan majlis musabaqah.


Pasukan polis marin telah diarah meronda kawasan perairan itu oleh Ketua Polis
Negara.
Resipi masakan popular itu dicipta oleh Datuk Fadzli untuk peminat-peminatnya.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap

ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)

Pemuda itu ditangkap oleh polis kerana bawa barang larangan yang di seludup
dari negara Thailand
Pendapat orang ramai kebanyakkannya menyebelahi pemimpin yang dituduh
berfahaman komunism itu.
Kemasukan murid pra-sekolah dibuat oleh jawatankuasa pilihan sekolah yang
terlibat.
[6 markah]

(ii)
(iii)

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i)

Plumbum hasil dari penggunaan petrol berplumbum merupakan satu daripada


sumber utama pencemaran sekitar alam.
Masalah hakisan tanah di hutan berlaku akibat pelbagai faktor-faktor seperti
pembalakan dan pembinaan jalan hutan bagi larian keluar masuk kenderaan
pengangkutan.
Allahyarhamah P.Ramlee merupakan seniman yang termasyhur sekali di
Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara.
[6 markah]

(ii)

(iii)

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.


(i)

Ayah melarang abang berkawan dengan Husin yang kelihatan baik itu kerana
baru-baru ini Husin telang ditangkap kerana mengedar dadah.

(ii)

Peperangan yang berlaku antara kedua-dua buah negara itu merugikan dan
menyusahkan rakyat mereka.

(iii)

Jasa dan pengorbanan ketua kampung itu tetap diingati sampai bila-bila.
[6 markah]

Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang anda kaji.
(i)

Jelaskan dua unsur kejutan kepada pembaca yang digunakan oleh pengarang
novel yang anda pelajari?
[7 markah]

(ii)

Terangkan dua contoh nilai tanggungjawab yang terkandung dalam novel


tersebut?
[8 markah]

You might also like