You are on page 1of 1

Yang Dihormati Pengerusi Majlis, yang berusaha, Guru Besar SK Kampung

Simunul, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi.


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Saya mengucapkan terima
kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis yang penuh bersejarah ini.
Pelantikan saya sebagai Ketua Pengawas pada tahun ini merupakan satu amanah
yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab.
Hadirin yang dikasihi,
Saya dan rakan-rakan yang baru dilantik berjanji untuk melaksanakan
tugas menguatkuasakan undang-undang dan disiplin di sekolah. Kami akan
memastikan agar semua murid mematuhi segala peraturan yang sedia ada. Di
samping itu, saya mengharapkan kerjasama daripada guru-guru dan semua
murid supaya kita dapat melaksanakan tugas masing-masing. Tanpa kerjasama
anda semua, saya yakin sekolah kita akan dipandang serong oleh orang lain.
Saya seru kepada anda semua, marilah kita bersatu hati.
Guru-guru dan rakan yang disayangi,
Sekiranya kita mahu berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum, aspek
disiplin mesti diutamakan. Hanya mereka yang berdisiplin sahaja akan berjaya
dengan cemerlang. Sesuatu perkara jika dilakukan dengan sambil lewa, hasilnya
kurang berjaya. Jadi, kita tingkatkanlah tahap disiplin masing-masing. Sebagai
insan yang bergelar manusia, kita pasti melakukan kesilapan. Tegur dan bantulah
jika kami tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Bimbingan kalian
akan dijadikan panduan buat saya dan rakan-rakan pengawas. Sebelum
mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf jika ucapan tadi menyinggung
mana-mana pihak.

Terimalah serangkap pantun daripada saya,


Waktu pagi makan keria,
Minumannya pula air soya,
Tugas ini tugas mulia,
Apa yang dikata akan dikota.

You might also like