You are on page 1of 5

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman


TUGASAN KERJA KURSUS
PROGRAM :
PISMP-PJJ (PPG) Matematik Pendidikan Rendah
KURSUS :

Tarikh Mula

MTE3143
Aplikasi Matematik

13/2/2016

NAMA PELAJAR :
SEMESTER :
AMBILAN :

Tarikh
Serah

2 (Tahun 4)
Feb 2013

Tugasan 1: 20/2/2016 (Interaksi ke-2)


Tugasan 2: 12/3/2016 (Interaksi ke-3)
Tugasan 3: 26/3/2016 (Interaksi ke-4)

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan.
2. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden.
3. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi.
4. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi.
5. Memilih idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus dalam kehidupan seharian.
Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2, 4, dan 5.

Objektif Kerja Kursus


Pelajar melaksanakan tugasan yang ditentukan bagi mencapai objektif berikut:
1. Meneroka dan memahami aplikasi matematik dalam teknologi moden
4. Mengaplikasi kriptografi dan kod pembetulan ralat dalam simulasi penghantaran dan
penerimaan mesej
2. Menunjukkan pemahaman konsep beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus

Komponen Penilaian Kerja Kursus


Kerja kursus ini mengandungi komponen-komponen berikut
No.
1.
2.
3.

Komponen Penilaian Kursus


Tugasan 1: Penyiasatan Aplikasi Matematik dalam Tek. Moden
Tugasan 2: Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat
Tugasan 3: Penyiasatan Idea-idea Kalkulus

Wajaran
25%
50%
25%

Penerangan Komponen Tugasan


Tugasan 1: Penyiasatan Aplikasi Matematik dalam Teknologi Moden
Matematik mempunyai banyak aplikasi dalam aktiviti manusia seharian. Dalam tugasan ini anda akan
menyiasat bagaimana matematik digunakan dalam teknologi moden.
Secara khusus, anda dikehendaki
(a)

(b)

mengenal pasti satu bidang teknologi moden yang melibatkan aplikasi matematik (misalnya
rangkaian komputer, TMK, telefon pintar, Internet, kad pintar/kredit, barcode/QR code,
perbankan atas talian, telekomunikasi, dsb)
menyiasat bagaimana kandungan matematik digunakan untuk merealisasikan teknologi
tersebut

Anda perlu mendokumentasikan kesemua hasil penyiasatan anda dalam satu laporan bertulis, tidak
melebihi 1000 perkataan.

1/3

Tugasan Kerja Kursus MTE3143

Tugasan 2: Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat


(Tugasan ini melibatkan dua konsep utama: kriptografi & kod pembetulan ralat)
Keperluan untuk merahsiakan mesej (encryption) dalam penghantarannya telah wujud sejak manusia
mula berkomunikasi antara satu sama lain. Keperluan ini menghasilkan pelbagai sifer klasik dan
akhirnya mewujudkan bidang kriptografi moden yang digunakan secara meluas sekarang.
Dalam masa yang sama, keperluan untuk memastikan mesej yang dihantar dapat diterima dengan
tepat juga amat penting khasnya di zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Dari keperluan ini
maka lahirlah pelbagai kod pembetulan ralat.
Dalam tugasan ini, anda akan mensimulasikan penghantaran dan penerimaan mesej dengan
mengaplikasikan kriptografi serta teknik pembetulan ralat.
1.

Penghantaran Mesej
Secara khusus anda dikehendaki

2.

(a)

memilih satu kaedah enkripsi mesej samada kod klasik (Bab 2) atau kriptografi moden
(Bab 3, m/s 55-62) dan satu kod pembetulan ralat (Bab 3, m/s 31-55) yang dibincangkan
dalam Modul bacaan kursus ini. Buat rujukan tambahan tentang kedua-dua kaedah dan
terangkan pengoperasiannya secara ringkas dalam laporan anda nanti.

(b)

menyediakan satu plaintext ringkas (15 hingga 20 huruf/angka dalam Bahasa Malaysia)
yang hendak disampaikan kepada pihak penerima. Lakukan enkripsi terhadap plaintext
tersebut dengan menggunakan kaedah enkripsi yang anda pilih di (a) untuk menghasilkan
ciphertext iaitu mesej rahsia anda. Kemudian tukarkan ciphertext ini kepada kod binari
dengan menggunakan kod pembetulan ralat yang anda pilih di (a).

Penerimaan Mesej
Anda akan menerima satu mesej dalam bentuk katakod binari yang dihasilkan melalui proses (b)
di atas. Dari mesej ini, anda akan mendapatkan kembali plaintext yang asal dengan
menyongsangkan proses (b) di atas. Secara khusus anda dikehendaki
(a)

mengesan dan membetulkan sebarang ralat (yang sengaja diwujudkan sebagai contoh
gangguan penghantaran mesej) yang terdapat pada kod binari yang anda terima itu, dan
seterusnya mendapatkan ciphertext yang terkandung di dalamnya.

(b)

selepas itu, lakukan dekripsi terhadap ciphertext itu untuk mendapatkan semula mesej yang
asal (plaintext).

Anda perlu mendokumentasikan kesemua hasil simulasi anda dalam satu laporan bertulis, tidak
melebihi 2000 perkataan.

Tugasan 3: Penyiasatan Idea-idea Kalkulus


Perkembangan pelbagai idea matematik adalah hasil dari usaha ahli-ahli matematik sepanjang zaman
berzaman. Dalam tugasan ini, anda akan mengulangi usaha-usaha beberapa orang ahli matematik
dalam menyiasat dan memperkembangkan idea-idea kalkulus berikut:
Idea 1.
Idea 2.
Idea 3.
Idea 4.

Penghampiran nilai oleh Archimedes


Penentuan luas bulatan oleh Archimedes
Paradoks Zeno dan Penyelesaiannya
Penyiasatan lengkung kubik oleh Newton

Secara khusus, anda dikehendaki mengulangi siasatan mana-mana dua idea dari senarai di atas seperti
yang dilalui oleh ahli-ahli matematik berkenaan. Buat satu rumusan ringkas mengenai sumbangan
setiap idea ahli matematik berkenaan terhadap sejarah perkembangan matematik. Dokumentasikan
hasil penyiasatan anda dalam satu laporan bertulis, tidak melebihi 1000 perkataan.

2/3

Tugasan Kerja Kursus MTE3143

Panduan Pelaksanaan
1.

Semua tugasan adalah berbentuk individu. Anda boleh berbincang sesama rakan tetapi hasil kerja
akhir hendaklah dibuat secara berasingan. Sebarang persamaan hasil kerja dengan pelajar lain yang
melebihi kebarangkalian kebetulan (probabilities of coincidence) akan dianggap telah melakukan
kesalahan plagiat. Kedua-dua pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut
peraturan yang berkuatkuasa.

2.

Semua tugasan hendaklah hasil penulisan sendiri. Sebarang teks dari rujukan yang sedia ada tidak
boleh diterjemah terus menggunakan apa-apa penterjemah termasuk Google Translate, atau disalin
bulan-bulat untuk dijadikan tugasan anda. Jika dikesan anda melakukannya, anda akan dianggap telah
melakukan kesalahan plagiat dan akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan yang
berkuatkuasa.

3.

Semua tugasan hendaklah ditaip menggunakan MS Word dengan spesifikasi berikut:


(a)
Fon Arial saiz 11 dan langkau 1.5 baris.
(b)
Format penulisan hendaklah mengikut garis panduan APA (http://www.apastyle.org/).
(c)
Setiap laporan hendaklah tidak melebihi bilangan perkataan yang ditetapkan.

4.

Semua laporan hendaklah diserahkan kepada pensyarah semasa sesi interaksi bersemuka mengikut
tarikh serah yang ditetapkan. Anda juga digalakkan menghantar salinan softcopy menerusi laman web
kursus di Schoology. Sebarang kelewatan akan menyebabkan anda kehilangan markah bagi tugasan
yang berkenaan.

5.

Anda boleh berbincang dengan pensyarah mengenai masalah atau kemusykilan yang dihadapi semasa
melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini. Walau bagaimanapun, penilaian tidak akan dibuat
terhadap hasil tugasan anda. Penilaian hanya akan dibuat selepas hasil tugasan diserahkan.

6.

Hasil tugasan yang cemerlang harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


(a)
Setiap keperluan dan spesifikasi tugasan dipatuhi sepenuhnya
(b)
Organisasi dan persembahan maklumat teratur, logikal dan koheren
(c)
Penerangan mengenai aspek aplikasi matematik adalah jelas, tepat dan menunjukkan
kefahaman yang mendalam
(d)
Penulisan laporan menepati gaya APA serta mengikut format penulisan akademik

7.

Hasil tugasan akan dinilai berdasarkan Rubrik Pemarkah Holistik seperti yang dilampirkan.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

(DR NG KOK FU)


Penyelaras Kursus

(CIK TEOH SOOI KIM)


Pakar Bidang (SME) Matematik

(PN. HJH NORHANA ABU BAKAR)


Ketua Jabatan Matematik

* Salinan tugasan untuk pelajar tidak memerlukan tandatangan.

3/3

Rubrik Pemarkahan Holistik


TUGASAN KERJA KURSUS

MTE3143 Aplikasi Matematik


PISMP-PJJ (PPG) K3 Ambilan Feb 2013

Sesi Jan-Mei 2016

Skala
25 markah

Skala
50 markah

Amat
Cemerlang
(A+)
90 100

22.5 25.0

45.0 50.0

Kandungan
- menunjukkan pengetahuan matematik yang amat luas dan tepat
- kandungan menepati semua keperluan tugasan
- organisasi maklumat yang amat sistematik
Aplikasi Matematik
- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik amat
sesuai
- penerangan aplikasi matematik yang amat jelas dan tepat
Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat
- penerangan kaedah kriptografi dan kod amat jelas dan amat tepat
- penghasilan ciphertext dan katakod amat tepat
- pemulihan ciphertext dan plaintext amat tepat
Penyiasatan Idea Kalkulus
- penyiasatan idea amat menyeluruh dan tepat
- rumusan sumbangan amat relevan
Kamahiran Rujukan
- pembacaan yang sangat luas dan rujukan yang amat relevan
- laporan amat menepati format APA serta penulisan akademik

Cemerlang
(A dan A)
75 89

18.8 - 22.4

37.5 - 44.9

Kandungan
- menunjukkan pengetahuan matematik yang luas dan tepat
- kandungan menepati semua keperluan tugasan
- organisasi maklumat yang amat sistematik
Aplikasi Matematik
- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang
sesuai
- penerangan aplikasi matematik yang jelas dan tepat
Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat
- penerangan kaedah kriptografi dan kod jelas dan tepat
- penghasilan ciphertext dan katakod tepat
- pemulihan ciphertext dan plaintext tepat
Penyiasatan Idea Kalkulus
- penyiasatan idea menyeluruh dan tepat
- rumusan sumbangan relevan
Kamahiran Rujukan
- pembacaan yang luas dan rujukan yang relevan
- laporan menepati format APA serta penulisan akademik

Kepujian

15.0 - 18.7

30.0 - 37.4

Kandungan
- menunjukkan pengetahuan matematik yang memuaskan
- kandungan menepati keperluan tugasan
- organisasi maklumat yang sistematik
Aplikasi Matematik
- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang
sesuai
- penerangan aplikasi matematik yang memuaskan
-

Gred

(B+, B dan
B)
60 74

Deskriptor

(bersambung...)

1/2

Rubrik Pemarkahan MTE3143


Gred

Skala
25 markah

Skala
50 markah

Deskriptor
...sambungan

Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat


- penerangan kaedah kriptografi dan kod yang memuaskan
- penghasilan ciphertext dan katakod mengandungi sedikit kesilapan
- pemulihan ciphertext dan plaintext mengandungi sedikit kesilapan
Penyiasatan Idea Kalkulus
- penyiasatan idea memuaskan
- rumusan sumbangan relevan
Kamahiran Rujukan
- pembacaan yang memuaskan dan rujukan yang relevan
- laporan menepati format APA serta penulisan akademik
Lulus
(C+ dan C)
50 59

12.5 - 14.9

25.0 - 29.9

Kandungan
- menunjukkan pengetahuan matematik yang terhad
- kandungan menepati sebahagian keperluan tugasan
- organisasi maklumat yang kurang sistematik
Aplikasi Matematik
- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang
kurag sesuai
- penerangan aplikasi matematik yang kurang jelas dan kurang tepat
Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat
- penerangan kaedah kriptografi dan kod kurang tepat/kurang jelas
- penghasilan ciphertext dan katakod mengandungi banyak kesilapan
- pemulihan ciphertext dan plaintext mengandungi banyak kesilapan
Penyiasatan Idea Kalkulus
- penyiasatan idea kurang menyeluruh dan kurang tepat
- rumusan sumbangan kurang relevan
Kamahiran Rujukan
- pembacaan yang terhad dan rujukan yang kurang relevan
- laporan kurang menepati format APA serta penulisan akademik

Gagal
(C, D+, D
dan F)
0 49

0.0 - 12.4

0.0 - 24.9

Kandungan
- menunjukkan pengetahuan matematik yang rendah
- kandungan kurang lengkap dan tidak menepati keperluan tugasan
- organisasi maklumat yang tidak sistematik
Aplikasi Matematik
- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang
tidak sesuai
- penerangan aplikasi matematik yang tidak jelas dan tidak tepat
Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat
- penerangan kaedah kriptografi dan kod tidak tepat/tidak jelas
- penghasilan ciphertext dan katakod tidak tepat
- pemulihan ciphertext dan plaintext tidak tepat
Penyiasatan Idea Kalkulus
- penyiasatan idea tidak menyeluruh atau tidak tepat
- rumusan sumbangan tidak relevan
Kamahiran Rujukan
- kurang atau hampir tiada rujukan atau pembacaan
- laporan tidak menepati format APA serta penulisan akademik

2/2

You might also like