You are on page 1of 19

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

JABATAN TENAGA MANUSIA


LOT 635, JALAN MAHANG,
09500 KARANGAN, KULIM
KEDAH

KERTAS PENERANGAN
KOD NAMA DAN
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

E-011-1 INDUSTRIAL ELECTRONICS

TAHAP / LEVEL

TAHAP 1

NO DAN TAJUK MODUL/


MODULE NO AND TITLE

M02 EQUIPMENT MEASUREMENT

NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN /TASK(S) NO
AND STATEMENT

02.01
02.02
02.03
02.04

OPERATE ANALOGUE/DIGITAL MULTIMETER


OPERATE SIGNAL/FUNCTION GENERATOR
OPERATE OSCILLOSCOPE
OPERATE TACHO GENERATOR

PERFORM MEASURING INSTRUMENT USING


APPROPRIATE TOOLS, EQUIPMENT AND MATCH OF
ACCURATE POWER RATING USING TEST INSTRUMENT
AND MANUAL CORRECTLY SO THAT:
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVE

1. THE MEASURING TECHNIQUE CAN BE


PERFORMEDAS
REQUIRED BY SPECIFICATION.

NO KOD / CODE NO

2. THE EQUIPMENT AND POWER RATING IS


CONFIRMED WITHIN TOLERANCES AS SPECIFIED IN
OPERATION MANUAL.
Muka: 01 Drp: 19
E-011-1/M02 IS1

TEMPAT :

TEMPOH :

Pengajar :

TAJUK : MULTIMETER
TUJUAN :
Multimeter adalah satu alat pengukuran dan pengujian yang penting dalam bidang elektronik. Adalah
penting untuk pelatih mempelajari tentang multimeter ini. Pelajar akan didedahkan cara pemilihan dan
cara membaca skala pada multimeter dan tahu langah-langkah keselamatan yang betul semasa
menggunakan multimeter. Kertas penerangan akan menerangkan tujuan tersebut.

ISI KANDUNGAN
LE 2 USE MULTIMETER

TASK 02.01 Identify type of meter

No. & TAJUK PENGALAMAN


PEMBELAJARAN

LE 2 Use Multimeter

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 02.02 - Identify type of meter

Code No : E-011-1/M02 IS1

Muka : 3 drp 19

PENERANGAN :
Kertas penerangan ini akan menerangkan bagaimana caranya membaca skil yang terdapat pada
multimeter sama ada voltan AC atau DC. Dikertas penerangan ini juga akan menerangkan langkahlangkah keselamatan sama ada semasa digunakan atau semasa penyimpannya supaya multimeter
kita tidak cepat rosak atau tahan lebih lama lagi penggunaannya.
a)

Skil bacaan menyukat voltan AC :

Skil Warna Merah

1000
250
100
10

Rajah 1

A
C
V+

Code No:

Muka : 4 drp 19

E-011-1/M02 IS1

Garisan yang berwarna merah adalah digunakan untuk bacaan menyukat voltan AC sahaja iaitu voltan
ulangalik seperti yang keluar daripada janakuasa atau dari pin plug di rumah kita. Disebelah kiri dan
kanan sekali ini ditanda dengan huruf AC. Jadi kita hendak menyukat voltan AC mestilah
menggunakan sekil yang berwarna merah sebagai bacaan. Sekil bacaan untuk menyukat AC
mengandungi 3 peringkat iaitu angka 0 hingga 10, 0 hingga 50 dan 0 hingga 250. Angka-angka ini
tercatit di atas sekil bacaan tersebut.

1000
250
100
10

A
C
V

Rajah 2

Jika hendak menyukat voltan AC yang nilainya di antara 10 hingga 50 volt, bolehlah meletakkan range
ke angka 50. Untuk bacaannya bolehlah menggunakan sekil bacaan dari 0 hingga 50. Contoh katakan
jarm penunjuknya menunjukkan angka di garisan diantara 30 hingga 40, maka bacaan meter tersebut
ialah 35V, rujuk rajah (3)
Begitulah seterusnya dengan sukatan yang lebih besar, jika hendak menyukat 50V hingga 250V, kita
meletakkan pada range 250 dan sekil bacaan dibaca diantara 0 hingga 250.

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 5 drp 19

1000
250
50
10

A
C
V

Rajah 3
Bagi sukatan yang lebih daripada 250V, kita mestilah menggunakan pada range 1000 dan bacaannya
bolehlah menggunakan sekil 0 hingga 10 tetapi tiap-tiap angka mestilah dikali dengan 100. Contoh
katakan sedang menyukat voltan AC dan jarum penunjuk berada diangka 6, maka bacaannya ialah
600Volt (6b x 100) = 600) Rujuk rajah (4)

1000
250
100
10

AC
V
+

Rajah 4

Code No:

Muka : 6 drp 19

E-011-1/M02 IS1

MENYUKAT VOLTAN AC
Contohnya katakan kita hendak menyukat voltan AC yang keluar dari plug-plug rumah. Mula-mula OFF
kan suis plug tersebut dahulu untuk menjaga keselamatan diri, pusingkan range pada angka 250 dan
kemudian cucukkan punca wire merah meter ke bahagian yang bertanda L pada plug tersebut atau
di sebelah kanan plug ,punca wire hitam meter ke bahagian yang bertanda Natau sebelah kiri plug
.Rujuk rajah{5}.selepas itu onkan suis tersebut jarum meter akan bergerak kekanan di dalam
lingkungan 240V. Mestilah berhati-hati semasa menyukat voltan AC supaya tidak terkena tangan kita.

Plug
Susi Tutup dan
Buka

1000
250
100
10

A
C
V+

Rajah 5

SKIL BACAAN MENYUKAT VOLTAN DC :


Garis pertama yang berwarna hitam adalah digunakan untuk bacaan menyukat voltan DC sahaja.
Voltan DC adalah dari bateri-bateri kering dan basah, di sebelah kanan dan kiri ada ditandakan dengan
huruf DC (berwarna hitam).
Skil bacaan untuk menyukat voltan DC mempunyai 3 peringkat juga iaitu 0 hingga 10, 0 hingga 50 dan
0 hingga 250. Sila rujuk rajah (I). Jika hendak menyukat Voltan DC mestilah pada range yang
bertanda angka 10, 50, 250 dan 1000 yang berwarna hitam mengikut beberapa banyak nilai yang
hendak disukat.

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 7 drp 19

D
C
V

1000
250
100
10

+
Rajah 6

Jika menyukat voltan DC yang bernilai 10 volt kebawah, maka pusingan pada range 10, jika menyukat
voltan diantara 10 hingga 50 volt maka pusingkan pada range 50, jika menyukat voltan diantara 250
hingga 1000 volt maka pusingkan pada range 1000.
Rujuk rajah (ii)
Bacaan meter bagi Rajah 6
Adalah 400V kerana jarum
Penunjuk meter menunjukkan
Angka 4 x 100 = 400VDC

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 8 drp 19

DC
V

1000
250
100
10

+
Rajah 7

MENYUKAT VOLTAN DC :
Untuk menyukat voltan bateri sama ada bateri radio transistor atau bateri kereta kita hendaklah
meletakkan punca wire meter berwarna hitam ke tempat yang bertanda Negatif (-) dan wire meter yang
berwarna merah ke tempat yang bertanda Positif (+). Selepas itu pusingkan range meter pada angka
yang berwarna hitam sama ada angka 10, 50, 250 atau 1000 mengikut beberapa banyak voltan yang
hendak disukat. Rujuk Rajah 8, bacaannya adalah 10VDC kerana jarum meter menunjukkan pada
angka 10 (rujuk line nombor 2)

Code No: E-011-1/M02

Muka : 9 drp 19

IS1

DC
V

1000
250
100
10

Rajah 8

SKIL BACAAN ARUS ELEKTRIK TERUS (DC):


Jika hendak menyukat arus terus, bolehlah menggunakan sekil bacaan seperti bacaan voltan DC tetapi
range meter mestilah dipusingkan kepada mA DC. Jika hendak menyukat arus DC range bolehlah
dipusingkan pada 50uA, 2.5mA, 25mA atau 0.25A. Rujuk rajah (I), contoh katalah kita guna range
pada 25mA dan jarum meter menunjukkan nombor 150 dan bacaannya adalah 15mA.

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 10 drp 19

DC
V

1000
250
100
10

+
Rajah 9

MENYUKAT ARUS TERUS (DC) :


Adalah diingatkan kebanyak meter boleh menyukat arus DC dimana diperolehi daripada voltan DC. Ini
kerana arus DC adalah lebih rendah daripada arus AC. Oleh itu di dalam bidang elektronik hanya arus
DC yang digunakan.
Untuk menyukat arus DC sesuatu litar dengan menggunakan meter adalah berlainan caranya dengan
menyukat voltan DC. Contoh katakan kita hendak menyukat beberapa banyak arus yang mengalir
melalui R2. Rujuk rajah (ii). Pusingkan range pada 50uA, 2.5mA, 25mA atau 0.25mA. Contoh kita
gunakan range 2.5mA, selepas itu putuskan rangkaian R2 tersebut lalu sambungkan meter seperti di
rajah (ii). Jarum meter menunjukkan pada angka 200 dan bacaannya adalah 2mADC. Begitu
seterusnya apabila kita menyukat sesuatu rangkaian / litar pengaliran arus DC iaitu terpaksa
memutuskan dahulu rangkaian / litar tersebut. Diantara rangkaian / litar yang terputus sambungkan
kedua-dua punca talian meter.

10

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 11 drp 19

FUNGSI MULTIMETER
Multimeter merupakan satu meter yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti ammeter
untuk menyukat arus, ohmeter untuk menyukat rintangan dan voltmeter untuk menyukat voltan.
Multimeter masa kini berbentuk meter digit, iaitu menggunakan paparan berdigit sebagai
menggantikan jarum penunjuk. Bacaan meter mudah dibaca kerana paparan menunjukkan angka
bacaan secara terus

11

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 12 drp 19

MENYUKAT RINTANGAN
Berikut adalah cara menggunakan multimeter untuk menyukat rintangan pada julat ohm ().
1. Apabila menyukat rintangan pastikan komponen yang diuji tidak bersambung dengan komponen lain.
Komponen yang bersambung selari dengan komponen lain tidak dapat memberi bacaan yang betul
ketika diuji.
2. Buka satu daripada hujung sambungan komponen apabila menyukat nulai rintangan. Ketika ini
pastikan punca bekalan dimatukan.

Rajah 10
3. Pilih julat paling rendah dan laraskan pelaras sifar ohm. Kemudian sambungkan dawai uji merentasi
perintang. Jika jarum meter bergerak tidak bergerak, tukarkan julat ke pilihan lain sehingga jarum
menunjukkan bacaanya.
4. Apabila jarum menunjukkan bacaan setelah ditukar kepada julat lain, lakukan pelarasan sifar ohm
sekali lagi untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat.
5. Darabkan bacaan pada skala dengan pemilih julat.
Contoh : Bacaan pada skala meter 25 dan julat pemilih pada x 100
Bacaan sebenar ialah 25 x 100 = 2500 ohm atau 2.5k.

12

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 13 drp 19

MENGUJI DIOD
Pemilihan julat meter pada kedudukan ohm boleh digunakan untuk menguji komponen lain seperti diod
dan LED

1. Diod mengalir arus pada satu arah sahaja. Letakkan pemilihan julat pada x 10. Kemudian
sambungankan dawai uji merentasi diod. Meter akan menunjukkan bacaan tinggi seperti pada
Rajah 9.19.

2. Jika kedudukan diod diubah seperti pada rajah 9.20, bacaan akan menunjukkan nilai rendah. Jika
kedua-dua bacaan yang ditunjukkan ketika menguji diod seperti Rajah 9.19 dan 9.20 ini
menunjukkan keadaan normal.

13

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 14 drp 19

MENGUJI TRANSISTOR
Transistor merupakan diod bercantum dalam satu bekas. Ia boleh diuji sama seperti menguji diod.
Berikut adalah menguji transistor.
1. Menguji kebocoran
Pilih julat x 10 dan sambungkan dawai uji kepada pengeluar dan pemungut. Semak bacaan meter
dan kemudian tukarkan dawai uji terbalik. Sekali lagi semak bacaan meter. Kedua-dua bacaan yang
ditunjukkan oleh meter adalah tinggi. Jika kedua-dua bacaan rendah, ini menandakan kebocoran
diantara pengeluar dengan pemungut, iaitu tanda kerosakan pada transistor.

2. Menguji transistor-normal
Setkan julat kepada x 1K (x 1000). Kemudian sambungkan dawai uji ke kaki tapak (base)
transistor dan satu lagi ke pengeluar (emetor) dan kemudian ke pemungut (collector). Keduadua langkah akan memberi bacaan meter yang lebih kurang sama iaitu bacaan tinggi atau
bacaan rendah.

14

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 15 drp 19

Tukarkan dawai uji seperti langkah di atas dan lakukan pemeriksaan yang sama. Bacaan kedua-duanya
seakan-akan sama. Jika bacaan pada langkah pertama tinggi maka bacaan pada langkah kedua rendah
atau sebaliknya.
Jika bacaan ujian seperti di atas, ini bermakna transistor berada dalam keadaan normal.

15

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 16 drp 19

3. Menguji transistor PNP dan NPN


Letakkan dawai uji negatif pada tapak dan dawai uji positif pada pemungut, kemudian
semak bacaan meter. Tukar kedudukan dawai uji positif ke pengeluar. Jika kedua-dua
bacaannya rendah, ini menunjukkan transistor adalah NPN.
Sambungkan dawai uji positif pada tapak dan dawai negatif pada pengeluar, semak bacaan
meter. Kemudian tukarkan dawai negatif ke pemungut. Jika kedua-dua bacaan meter
rendah, ini menunjukkan transistor jenis PNP.

16

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 17 drp 19

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN MULTIMETER :


1.

Apabila ingin menggunakan meter untuk menyukat sesuatu unit, mestilah berhati-hati semasa
menggunakan meter supaya tidak menjadi kerosakan pada meter tersebut. Langkah-langkah yang
perlu diperhatikan semasa menggunakan meter adalah seperti berikut:
Tiap-tiap meter mengandungi wire merah dan wire hitam sebagai talian untuk menyukat sesuatu unit.
Sebelum memulakan sesuatu sukatan, letakkan wire warna merah ke tempat yang bertanda positif
(+) dan wire hitam ke tampat yang bertanda Negatif (-). Hanya apabila menguji komponen Diod dan
transistor sahaja yang boleh menukarkan talian wire meter yang bertanda merah ke tempat Negatif
(-) dan wire meter bertanda hitam ke tempat Positif

2.

Tentukan terlebih dahulu apakah unit yang hendak disukat sama ada rintangan atau voltan dan
letakan rangenya di tempat yang betul dan sesuai.

3.

Letakkan atau pusingkan pada range yang besar sekali. Contohnya kita hendak menyukat voltan
DC, letakkan pada angka 1000 sekiranya tidak bergerak turunkan pada angka 250, sekiranya di
dapati masih jarum tidak bergerak lagi, turunkan pada angka 50, sekiranya masih tidak bergerak,
turunkan pada 10 hingga jarum meter bergerak di tengah-tengah sekil maka kita mudah
membacanya. Ini sekiranya kita tidak mengetahui nilainya.

4.

Sekiranya kita mengetahui nilainya, kita mestilah menggunakan range yang sesuai, Contohnya,
jika sesuatu point nilainya 8V, kita mestilah menggunakan range 10 yang sesuai bukannya 50.

5.

Apabila meletakkan punca meter ke tempat yang hendak disukat, berjaga-jagalah supaya talian
yang tidak bersalut tersalut terkena tangan kita. Harap pegang tempat yang bersalut sahaja.

6.
7.

8.

Apabila tidak menggunakan meter, tanggalkan kedua-dua talian meter tersebut di dalam kotak.
Di dalam meter tersebut ada 2 biji bateri, untuk menguji sama ada bateri tersebut boleh
digunakan atau tidak, letakkan punca-punca meter ke tempatnya dan cantumkan punca warna hitam
dan punca warna merah. Jika perhatikan jarum meter bergerak ke angka 0, ini bererti bateri yang
ada di dalam meter masih lagi boleh digunakan lagi. Jika jarum meter tidak sampai ke angka 0
walaupun telah dipusingkan kawalannya, ini bererti bateri di dalam meter tersebut telah lemah.
Untuk menggantikan bateri-bateri itu, harapkan buka skru yang terdapat di belakang meter tersebut
dan gantikan baterinya.
Jaga meter supaya tidak terhempas.

17

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 18 drp 19

SOALAN :
1.

Apakah kegunaan garisan yang berwarna merah yang terdapat pada multimeter?
____________________________________________________________________

2.

Berikan 3 skil bacaan untuk menyukat AC


i.____________________________
ii.____________________________
iii._____________________________

3.

Berikan 1 perbezaan di antara arus DC dan arus AC.


________________________________________________________________________

4.

Berikan 3 langkah menjaga keselamatan multimeter.


i.___________________________________________________________________
ii.___________________________________________________________________
iii.__________________________________________________________________

5. Nyatakan fungsi multimeter.

18

Code No: E-011-1/M02 IS1

Muka : 19 drp 19

6. Terangkan langkah-langkah menyukat perintang dengan multimeter.

7. Multimeter boleh digunakan untuk menguji?

RUJUKAN
1. Electronic Fundamentals and Circuit Devices, By Sloyd, Prentice Hall, Bab 3
2. Pengajian Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Tahun 2003, Mohd. Isa Bin Dris, m/s 31-34
3. Teknologi Elektronik, Membaca dan Menguji Komponen Elektronik, Md Nasir Abd Manan
Bab 9 halaman 42 49

19

You might also like