You are on page 1of 10

BAB 3: KETURUNAN &

VARIASI
3.1: Pembahagian Sel

Semua organisma hidup menjalani proses pertumbuhan & pembiakan.


Setiap organisma terdiri daripada berjuta-juta sel.
Sel-sel ini akan membiak melalui pembahagian & mewariskan gen kepada
sel-sel anak.

Kromosom, Gen & DNA

Gen ialah unit asas pewarisan yang


menentukan ciri-ciri individu.
Gen membawa maklumat keturunan dari
satu generasi ke generasi yang
berikutnya.
Gen terdapat dalam molekul panjang
yang dikenal sebagai asid
deoksiribonukleik (DNA).

Kromosom terletak
dalam nukleus,
membawa maklumat
yang menentukan ciriciri yang ada pada kita.
Setiap kromosom
terdiri daripada
molekul panjang yang
dikenal sebagai asid
deoksiribonukleik
(DNA).

Mitosis

Mitosis ialah proses pembahagian sel soma,


iaitu satu sel matang akan membahagi
kepada dua sel anak yang sama.
Proses mitosis berlaku pada sel soma, tetapi
tidak berlaku pada sel pembiakan.
Sel anak mempunyai kandungan genetik yang
sama seperti induk.
Sel anak mempunyai bilangan kromosom yang
sama seperti induk.

Kepentingan mitosis

a)

b)
c)

Menembah bilangan sel semasa


tumbesaran.
Menggantikan sel yang mati/ rosak.
Membaiki organ yang tercedera.

Meiosis

Meiosis ialah proses pembahagian sel yang


menghasilkan gamet.
Gamet mengandungi bilangan kromosom
separuh daripada bilangan kromosom sel
induk.
Gamet hanya dihasilkan oleh organ
pembiakan seperti testis & ovari bagi haiwan
manakala bagi tumbuhan adalah dalam anter
& ovul.

Kepentingan Meiosis

Sel anak mempunyai bilangan kromosom yang


sama seperti induk apabila persenyawaan
berlaku.
Anak yang dihasilkan dapat meningkatkan
variasi genetik apabila pindah silang berlaku.
Anak yang dihasilkan akan mempunyai ciri
yang berbeza/ variasi dalam kalangan
mereka.

You might also like