You are on page 1of 3

Elemen Protokol

Definisi protokol :

Istilah 'protokol' berasal daripada bahasa Greek yang mencantumkan dua kata dasar,
iaitu protos yang bermaksud 'yang pertama' dan kolla yang bererti 'pelekat'. Ini
bermakna, protokol itu pada asalnya membawa maksud 'pelekat yang pertama', iaitu
suatu 'tanda taraf' atau 'status' yang membuktikan kesahihan undang-undang pada
zaman Greek.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat : 1. surat-surat rasmi bkn keputusan
perundingan (persetujuan dll); 2. peraturanperaturan dlm istiadat rasmi (menyambut
tetamu-tetamu negara dll).
Protokol juga didefinisikan sebagai bentuk upacara dan etiket yang dipatuhi oleh
para diplomat dan ketua-ketua negara; salinan pertama suatu perjanjian atau dokumendokumen lain sebelum ia disahkan.
Istilah protokol berubah-ubah dari segi penggunaan. Pada suatu ketika, protokol
dimaksudkan sebagai surat cara atau surat rasmi yang asal, berkenaan keputusan
perundingan, atau persetujuan dalam perjanjian. Kemudian protokol merujuk pada
tatasusila diplomatik.
Di Perancis, protokol merupakan rumusan etiket atau tatasusila yang harus dipatuhi
oleh ketua negara dalam upacara tertentu, hubungan dengan duta dan ketua negara asing
dan sebagainya.
Daripada Larouse Illustrated International Encyclopedia and Dictionary, protokol
dapatlah difahahamkan sebagai :
Suatu susunan keutamaan dalam pangkat dan status dan juga prosedur yang betul
dalam pertukaran diplomatik dan dalam upacara negara.
Dengan itu, 'protokol' pada masa kini membawa maksud peraturan-peraturan yang
diterima oleh semua pihak sama ada dalam hubungan antarabangsa, hubungan harian
dalam masyarakat atau dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi atau tidak rasmi.

Dua Puluh Satu Elemen Protokol dalam Pengendalian Majlis Formal


Memandangkan penggunaan protokol ini amat penting dalam pengendalian sesuatu
majlis formal, maka disenaraikan di bawah ini elemen penting protokol yang perlu
diketahui oleh seseorang yang mengendali atau menguruskan majlis formal.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.

Susunan keutamaan Persekutuan dan Negeri;


Anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan dan negeri;
Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan;
Cara menyediakan senarai jemputan bagi sesuatu majlis mengikut amalan
protokol;
Penyediaan kad jemputan dan penulisannya;
Susunan tempat duduk bagi pelbagai majlis;
Susunan tempat duduk bagi majlis jamuan makan;
Susunan dan pengibaran bendera;
Susunan majlis dalam dewan dan luar dewan mengikut protokol;
Protokol dalam pengacaraan majlis formal;
Penyambut tetamu dalam majlis formal;
Fungsi pegawai protokol, pegawai pengiring dan pegawai perhubungan;
Menu dan pemilihannya untuk jamuan ringan;
Penggunaan bahasa istana atau bahasa diraja;
Penggunaan lagu kebangsaan;
Pemasangan gambar orang-orang kenamaan di dinding;
Pakaian bagi pelbagai majlis;
Pemakaian anugerah darjah kebesaran;
Protokol dalam urusan menandatangani surat perjanjian;
Program dan atur cara pentadbiran; dan
Protokol dalam menghadiri pelbagai majlis.

_______________________________________
Rujukan :
Mokhtar Mohd. Tohar & Ahmad Fawzi M. Basri, 2007. Protokol di Malaysia. Kuala
Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 4.
Mokhtar Mohd. Tohar, 2008. Protokol dan Etiket dalam Pengurusan dan Menghadiri
Majlis. Kuala Lumpur; Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN). Hlm. 1 & 6

You might also like