You are on page 1of 4

KAEDAH NASYID DALAM MENGHAFAZ DOA IFTITAH TAHUN 3

DI SJK CHUNG HUA NO 2

Oleh :

NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI


Universiti Terbuka Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid tahun 3 dalam
meningkatkan kemahiran menghafaz doa iftitah dan seterusnya untuk melihat adakah
kaedah nasyid ini dapat menarik dan mengekalkan minat murid untuk belajar
matapelajaran pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan
Chung Hua No 2. Kumpulan sasaran dalam kajian ini adalah seramai 5 orang yang
terdiri daripada murid tahun 3. Kajian ini dijalankan terhadap penggunaan kaedah nasyid
yang dilaksanakan oleh penyelidik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung di dalam kelas .
Kajian ini merupakan salah satu inovasi yang dilakukan kearah mengkaji
keberkesanan menggunakan kaedah nasyid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk mata pelajaran pendidikan islam .Pembelajaran mata pendidikan islam
dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan
mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang menghiburkan dan
menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang disediakan
oleh guru. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penggunaan audio, video,
power point dan sebagainya membantu untuk menarik perhatian murid semasa proses
pengajaran berlangsung. Guru yang bijak perlu mengenalpasti kaedah yang boleh
meransang minat murid untuk menyukai matapelajaran sekolah rendah agar
pembelajaran menjadi lebih berkesan, antaranya ialah menggunakan elemen lagu
berbentuk nasyid.

BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Abdul Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah Nachippan (2008). Psikologi Pendidikan
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abdul Halim Tamuri et al. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan JAPIM.

Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi: Satu
Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.

Boon Pong Ying et al (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

Buku Panduan Kursus Transformasi Pendidikan Islam Tahun 3 (2011). Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Buku Prosiding, Konvensyen Kajian Tindakan 2009. Sektor Pengurusan Akademik. Jabatan
Pelajaran Perak.

Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 3 (2012). Kementerian Pelajaran


Malaysia.

Hajah Mariah bt Mansur, et.al (2010). Panduan Mudah Jawi. PEKDIS Malaysia Cawangan
Johor. Johor Darul Takzim.

Khalid bin Johari. (2003). Penyelidikan dalam pendidikan : Konsep dan prosedur. Selangor
Darul Ehsan: Pearson Malaysia.

Mak Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Nasir Arsyad et al. (2011). Pendidikan Islam Tahun 2-Buku Teks. Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nik Hassan Bin Seman (2006), Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap
Kemahiran Menulis Jawi (Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah).

You might also like