You are on page 1of 4

OUMM3203 (SAMPLE 3)

PART A / BAHAGIAN A
INSTRUCTIONS / ARAHAN
Part A contains FIVE questions. Answer ALL.
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA.
QUESTION / SOALAN

Marks / Markah

1. Differentiate between norms and beliefs in the organisational context.


Bezakan antara norma dengan kepercayaan dalam konteks organisasi.
(4)
2. Describe the main features of the Depression Era in the evolution of organisational social
responsibility.
Jelaskan ciri-ciri utama Era Kemelesetan dalam perkembangan tanggungjawab sosial organisasi.
(4)
3. Define corporate governance. State the organisations that support the best practices of
corporate governance in Malaysia.
Takrifkan tadbir urus korporat. Nyatakan organisasi-organisasi yang menyokong amalan terbaik
tadbir urus korporat di Malaysia.
(4)
4. Explain the meaning of discriminatory hiring of employees. Cite the natural law moralist view
towards this discriminatory practice.
Terangkan maksud diskriminasi dalam pengambilan kakitangan. Sebutkan pandangan ahli
moralis undang-undang semula jadi terhadap amalan diskriminasi tersebut.
(4)
5. List the moral obligations that constitute loyalty of employees to their employers.
Senaraikan kewajipan-kewajipan moral yang terkandung dalam kesetiaan kakitangan kepada
majikan mereka.
(4)

OUMM3203 (SAMPLE 3)

PART B / BAHAGIAN B
INSTRUCTIONS / ARAHAN
Part B contains THREE questions. Answer TWO ONLY.
Bahagian B mengandungi TIGA soalan. Jawab DUA SAHAJA.
QUESTION / SOALAN 1

Marks / Markah

a) Ethical codes are an organisations norms and beliefs as defined by top management and to be
followed by employees. However, in many cases these codes have not been entirely effective
in conveying the norms and beliefs to the employees.
Elaborate on the problems causing the ineffectiveness of ethical codes. Use suitable examples
to illustrate your answer.
(10)
b) Discuss the solutions that have been proposed in order to overcome the structural causes of
unethical behaviour in organisations.
(10)
(Total / Jumlah: 20)
a)

Kod etika adalah norma dan kepercayaan sesebuah organisasi mengikut definisi pihak pengurus
atasan untuk diikuti oleh kakitangan. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes kod-kod ini
tidak sepenuhnya berjaya menyampaikan norma dan kepercayaan tersebut kepada para
kakitangan.
Huraikan masalah-masalah yang mengakibatkan ketidakberkesanan kod-kod etika. Gunakan
contoh-contoh yang sesuai untuk mengilustrasi jawapan anda.

b)

Bincangkan jalan-jalan penyelesaian yang telah diketengahkan bagi mengatasi punca-punca


struktur kelakuan tidak beretika dalam organisasi.

OUMM3203 (SAMPLE 3)

QUESTION / SOALAN 2

Marks / Markah

In light of many controversial practices involving upper level managers, the management of
corporations has to be improved to meet the expectations of various stakeholders in society.
a) Compare between the shareholder perspective and the stakeholder perspective in
corporate governance.
(8)
b) Demonstrate how the components of corporate governance can help an organisation achieve
a higher level of integrity.
(12)
(Total / Jumlah: 20)
Memandangkan begitu banyak amalan kontroversi yang melibatkan pengurus peringkat atasan,
pengurusan syarikat perlu diperbaiki untuk menepati jangkaan berbagai pemegang kepentingan
dalam masyarakat.
a)

Bandingkan antara perspektif pemegang saham dengan perspektif pemegang kepentingan


dalam tadbir urus korporat.

b)

Tunjukkan bagaimana komponen-komponen tadbir urus korporat boleh membantu sesebuah


organisasi mencapai tahap integriti yang lebih tinggi.

QUESTION / SOALAN 3

Marks / Markah

a) Due to its serious consequences, you feel obligated to inform the local council of your
employer companys recruitment of child workers for its shoe factory.
Explain the specific conditions that must first be met before you can be morally justified to
take the abovementioned step. Provide the reasons for the necessity of each condition.
(10)
b) Outline the moral circumstances that would allow the company to impose disciplinary action
against an employee who has reported on the companys wrongdoing.
(10)
(Total / Jumlah: 20)
a)

Oleh kerana akibatnya yang serius, anda berasa bertanggungjawab memberitahu pihak majlis
tempatan mengenai pengambilan pekerja kanak-kanak oleh syarikat majikan anda untuk kilang
kasutnya.
Terangkan syarat-syarat spesifik yang mesti ditepati sebelum anda mempunyai justifikasi moral
untuk mengambil langkah seperti yang tersebut di atas. Berikan sebab-sebab bagi keperluan
setiap syarat.

b)

Gariskan keadaan-keadaan moral yang akan membenarkan sebuah syarikat untuk mengenakan
tindakan disiplin ke atas seorang kakitangan yang telah melaporkan salah laku syarikat.

OUMM3203 (SAMPLE 3)

PART C / BAHAGIAN C
INSTRUCTIONS / ARAHAN
Part C contains TWO questions. Answer ONE ONLY.
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU SAHAJA.
QUESTION / SOALAN 1

Marks / Markah

The higher management of Andalas Sdn. Bhd. is highly concerned over the deteriorating
productivity of the companys employees. Investigations conducted by a team of independent
health consultants revealed that the level of substance-abuse among the employees was high.
In view of the above findings, propose the approaches that can be adopted to properly identify
the companys potential as well as existing employees who are involved in such activities. Justify
each of your proposals with the moral precautions that need to be observed.
(Total / Jumlah: 20)
Pengurus atasan Andalas Sdn. Bhd. sangat bimbang mengenai produktiviti kakitangan syarikat yang
semakin merosot. Penyiasatan yang dilakukan oleh sepasukan pakar runding kesihatan bebas
menunjukkan bahawa tahap penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan kakitangan adalah tinggi.
Berikutan dapatan maklumat di atas, cadangkan pendekatan-pendekatan yang boleh diambil untuk
mengenal pasti dengan betul kakitangan syarikat berpotensi serta sedia ada yang terlibat dalam
aktiviti berkenaan. Justifikasikan setiap cadangan anda dengan syarat-syarat moral yang perlu
ditepati.
QUESTION / SOALAN 2

Marks / Markah

Top Wood Sdn. Bhd. (TW), which exports furniture to the European market, is facing difficulty to
repay its debt after a sudden fall in demand for its products. A downsizing exercise to be
implemented in stages over the next two years has been recommended by the firms top
management. The exercise shall commence upon completion of its annual staff performance
appraisal.
Argue whether firms such as TW has a moral obligation to always employ a minimum number of
people so as to maintain a satisfactory level of employment in society. Additionally, recommend
the fundamental guidelines to be observed to ensure an ethical employee appraisal process, and
the reasons for their necessity.
(Total / Jumlah: 20)
Top Wood Sdn. Bhd. (TW), yang mengeksport perabot ke pasaran Eropah, menghadapi kesukaran
membayar balik hutang setelah permintaan ke atas produknya tiba-tiba menurun. Satu langkah
pengurangan tenaga kerja untuk dilaksanakan secara berperingkat sepanjang dua tahun akan datang
telah disyorkan oleh pihak pengurus atasan. Langkah ini akan bermula apabila penilaian prestasi
tahunan kakitangan selesai.
Berikan hujah sama ada firma seperti TW mempunyai kewajipan moral untuk mengekalkan sejumlah
minimum kakitangan agar tahap pekerjaan dalam masyarakat dapat terus berada pada paras yang
memuaskan. Selain itu, cadangkan garis-garis panduan asas yang harus diikuti untuk memastikan
suatu proses penilaian kakitangan yang beretika, dan sebab-sebab bagi keperluannya.

END OF QUESTION PAPER/ KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like