You are on page 1of 22

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II

HBIS 2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS 2103
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II

NAMA

NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

NO MATRIK

791206135060001

NO KAD PENGENALAN

791206-13-5060

NO TELEFON

019-8915001

E-MEL

noridah612@oum.edu.my

NAMA PENSYARAH

ENCIK RUSLI BIN CHE MOOD

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

SEMESTER

MEI 2015

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

Isi Kandungan

Muka surat

1.0 PENDAHULUAN

2.0 BUKTI-BUKTI KEKUASAAN ALLAH MELALUI KEJADIAN ALAM.

2.1 Penciptaan alam semesta

3-5

2.2 Kejadiaan Siang Dan Malam

6-7

2.3 Penciptaan Orbit

8 - 10

2.4 Penciptaan Atmosfera

10 - 11

3.0 DALIL NAQLI DAN AQLI BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT

4.0 CARA-CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT.


5.0 KESIMPULAN

6.0 LAMPIRAN PERSEDIAAN MENGAJAR

RUJUKAN

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

11-13

14-16
17

18-21

22

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

KERTAS KERJA
BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT
DAN
CARA MENSYUKURI NIKMAT-NYA
1.0 PENDAHULUAN
Ketakwaan kepada Allah adalah kunci kepada kebahagiaan dan jalan menuju
kejayaan di dunia dan akhirat.Dengan ketakwaan yang jitu Allah SAW mengajak
hamba-hamba-Nya berpikir dan mengamati tanda-tanda kebesaran-Nya yang telah
Dia ciptakan. Merenungi tentang ciptaan-Nya yang sempurna dan agung yang
menunjukkan betapa agung dan mulianya pencipta makhluk-makhluk tersebut. Dalam
Kitab Suci Al-Quran terdapat banyak bukti dan penjelasan yang teliti akan
kesempurnaan atas segala mahkluk yg di cipta.Kejadiaan alam yang begitu sistematik
membuktikan bahawasanya dunia dan alam semesta ini sudah semesti ada pengatur
atau penciptanya.
Al-Qudrah adalah perkataan Arab yang maknanya dalam bahasa kita ialah 'kuasa"
atau "daya upaya" atau "mampu" atau boleh juga kita maknakan sebagai "boleh".
Misalnya, kita berdaya upaya berpuasa atau mampu berpuasa dan sebagainya.
Manakala maksud sifat Qudrah bagi Allah swt ialah bahawa Allah swt berkuasa
ataupun berupaya mengadakan sesuatu yang sepatutnya ada, dan berupaya atau
berkuasa mentiadakan sesuatu yang sepatutnya tiada. Dengan pengertian yang lain,
Allah swt berkuasa menghidupkan dan mematikan. Allah swt juga berkuasa
memiskinkan dan mengkayakan. Allah swt berkuasa. memuliakan dan menghinakan,
serta berkuasa juga menyakitkan dan menyihatkan atau menyembuhkan. Dan Allah
swt juga berkuasa untuk membuat seseorang itu pandai dan membuatkan seseorang
itu menjadi bodoh. Ertinya, Allah swt berkuasa berbuat apa saja. Apa saja yang swt
kehendaki, berupaya Dia lakukan. Inilah yang menjadi keyakinan kita atau pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita tidak boleh menyimpan walau sedikit pun keraguan.
Andaikata ada sedikit sahaja waham atau dicelah oleh zan, maka seseorang itu jatuh
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

syirik atau kafir atau pergi kepada murtad. Jadi, hendaklah kita kuatkan sungguhsungguh keyakinan kita terhadap Qudrah Allah ini. Ertinya, bagi apa saja di atas
sesuatu itu iaitu siapa saja sama ada manusia atau haiwan atau kayu-kayan atau
malaikat, dan apa saja sama ada di atas langit atau di bumi, di dunia 'atau di Akhirat,
Allah swt berkuasa di atas semuanya; sama ada mengadakan atau mentiadakan.
2.0 BUKTI-BUKTI KEKUASAAN ALLAH MELALUI KEJADIAN ALAM.
2.1 Penciptaan alam semesta
Allah swt menciptakan alam ini dengan begitu sistematik menyebabkan segala
planet-planet beredar mengelilingi matahari pada orbitnya dengan jarak yang telah
ditentukan. Bumi yang berada pada jarak 149,680,000 kilometer dari matahari misalnya,
akan berada paling dekat dengan matahari pada 2 Januari setiap tahun yakni pada jarak
147.1 juta kilometer. Dan berada paling jauh daripada matahari yakni 152.6 juta
kilometer pada tarikh 2 Julai setiap tahun.Asal usul alam semesta diterangkan dalam AlQur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi.( Surat al-An'aam:101.)

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat
tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam
bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi
benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta
telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal.
Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan
paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan
alam semesta.
Bumi tidak akan lebih dekat daripada jarak itu kerana ini akan menyebabkannya
panas dan terbakar. Bumi juga tidak akan lebih jauh daripada itu kerana ini akan
menyebabkannya sejuk dan membeku. Siapa yang menetapkan jarak ini?Sudah
semestinya Allah SWT.
Bukan itu sahaja malah kadar oksigen, nitrogen dan karbon dioksida dalam udara
juga tetap. Juga pasang surut air laut, kemunculan komet-komet, gerhana bulan dan
matahari serta terbit dan tenggelamnya matahari pun telah terjadual dengan tetap dan
tepat. Hingga dengan itu kita boleh membuat jadual masuk waktu solat, bukan sahaja
untuk tahun ini juga untuk tahun-tahun yang akan datang.
Menurut ilmu pengetahuan modern mahupun melalui ilmu astronomi, baik yang
berdasarkan pengamatan mahupun berupa teori, dengan jelas menunjukkan bahawa pada
suatu saat seluruh alam semesta masih berupa 'gumpalan asap' iaitu komposisi gas
yang sangat rapat dan kalis pandang, Mengikut standart astronomi moden dalam buku
The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, [ hal.
94-105],perkara ini merupakan sebuah prinsip yang jitu dan tiada keraguannya Para
ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru dari peninggalan
'gumpalan asap' yang membentuk
bintang-bintang yang berkilauan yang kita lihat di malam hari. Kejadiaan alam ini
bertepatan dengan firman Allah di dalam Al Qur'an:

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,..
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

(Al Fushshilat, Ayat 11)


Karena bumi dan langit di atasnya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain)
terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa
matahari dan bumi dahulu merupakan satu kesatuan. Kemudian mereka berpisah dan
terbentuk dari 'asap' yang homogen ini. Allah telah berfirman:

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu
keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.
(Al Anbiya, 21:30)

2.2 Kejadiaan Siang Dan Malam

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam
dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan
supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah
Kami terangkan dengan jelas.
(Al-Israa' - Ayat 12)
Apabila matahari muncul, bulan dengan rela berundur. Apabila malam bertandang, siang
beransur hilang. Semuanya tunduk kepada satu perintah daripada Tuhan Yang Maha
Agong. Bayangkan, betapa besarnya kuasa Allah S.W.T. yang mengatur dan menyusun
seluruh alam ini.
Allah S.W.T. berfirman :

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang
Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk
usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada
sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa
yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan
kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat
kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
( Al-Baqarah : 255)

2.3 Penciptaan Orbit


Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan
bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di
falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik
tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha


Perkasa dan maha Mengetahui.
(Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian
astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak
dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam
satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh
17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet
dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta
adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan
di dalam Al-Qur'an;

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan


(Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir
200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planetplanet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini
bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya
'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang
sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak
juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi
juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbitorbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini
yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini
atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa,
dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu
yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi
dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal
ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu
-kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
2.4 Penciptaan Atmosfera

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7
lapisan;

Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia
berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha
Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiaptiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang
cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan
yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
(Surah Fusilat; 12)
Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk
kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan
tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7
lapisan.Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai
lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini
telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat. Berdasarkan kajian saintifik yang
telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;
Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan,
lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan
kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera,
manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan
ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan
mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera.
Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960
km.
Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera
sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam AlQur'an.Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada
tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain,
Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan
tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap
lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan
di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi
pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya,
dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang
memusnahkan.Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah
dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera. Ini adalah satu
penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan
teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun
dahulu.
3.0 DALIN NAQLI DAN AQLI BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT
Dalil ini adalah dalil yang diwahyukan oleh ALLAH SWT sendiri atau merupakan
pengesahan daripada ALLAH swt sendiri mengenai kekuasan-Nya. Dalil-dalil yang
bersandarkan Al-Quran ini merupakan dalil yang lebih tepat daripada dalil akal. Dalil ini
sama sekali tidak boleh kita sangkal kesahihannya. Sekiranya kita tolak bermakna aqidah
kita juga akan rosak.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

10

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

Firman ALLAH: Yang haq (benar) itu datang dari Tuhanmu, janganlah kamu termasuk
dalam orang yang ragu.
(Ali Imran: 60)
Dalil Naqli Sifat Qudrah yang menunjukkan ALLAH SWT bersifat Qudrah terkandung
di dalam surah Al Waqiah:

KAMI-lah yang berkuasa menetapkan mati di kalangan kamu.


(Al Waqiah: 60)
Di dalam ayat ini Allah SWT menegaskan dengan kata-kata "Kamilah yang
berkuasa..." Dengan itu bertambah yakinlah kita bahawa Allah SWT itu bersifat Qudrah
kerana ALLAH sendiri yang berkata demikian. Sebelum ini kita hanya membahaskan
secara akal saja. Jadi akal saja yang memberikan pendapat demikian dan akal saja yang
menentukan bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah. Tetapi oleh kerana melalui dalil naqli
ini Allah SWT sendiri yang berkata, maka ia lebih tepat lagi. Jadi ayat 60 dari surah Al
Waqiah ini adalah satu bukti yang kuat dan padu yang menunjukkan Allah SWT bersifat
dengan sifat Qudrah. Dalil ini tidak perlu lagi kita bahaskan kerana ia cukup jelas
ditegaskan oleh Allah swt. Kalau akal yang membuat penentuan, mungkin juga boleh kita
bahaskan tetapi kalau Allah swt sendiri yang memberi penegasan melalui ayat Al Quran,
ia tidak perlu lagi kita bahas. Ia wajib kita terima sepenuhnya kerana kalau kita tolak
bererti kita telah jatuh kafir. Kerana menolak walau satu saja daripada ayat-ayat Al Quran
bererti kita menolak semuanya. Sekiranya Allah SWT bersifat lemah, sudah tentulah
sesuatu dari pada alam ini tidak akan ada. Tentulah tidak akan ada langit, bumi, bintang,
bulan, matahari dan lain-lain. Maka ini membuktikan bahawa Allah swt tidak bersifat
lemah. Daripada dalil aqli ini, jelaslah membuktikan kepada kita bahawa tetaplah Allah
SWT itu bersifat Qudrah, dan kita pula wajib meyakininya. Jangan sedikit pun kita
meragui bahawa Allah SWT itu bersifat Qudrah kerana kalau kita ragu ataupun kalau kita
jahil, maka akan rosaklah aqidah kita. Dan kalau aqidah kita rosak, maka seluruh amal
kebajikan kita sudah menjadi sia-sia. Malah, kalau aqidah kita sudah rosak, ia akan
menjerumuskan kita ke dalam Neraka dan kekal abadi di dalamnya.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

11

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

4.0 CARA-CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT.


Mensyukuri nikmat dari Allah dan juga cara bersyukur kepada Allah adalah
merupakan sebahagian dari tanda keimanan kita kepada Allah Taala. Hakikat pengertian
syukur adalah menzahirkan nikmat dengan menggunakannya pada tempat dan sesuai
dengan kehendak pemberinya. Sedangkan kufur adalah sifat mazmumah dimana manusia
menyembunyikan dan melupakan nikmat.
Setiap muslim nescaya meyakini bahawa kurnia dari Allah Azza wa Jalla yang terbesar di
dunia ini adalah agama Islam. Seorang muslim akan senantiasa bersyukur kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala yang telah memberinya petunjuk ke dalam Islam dan mengikuti
ajaran Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam.
Definasi syukur dari segi bahasa adalah merupakan pujian bagi orang yang
memberikan kebaikan, atas kebaikannya tersebut (Al Jauhari). Sedangkan pengertian
bersyukur dalam agama adalah bahwasannya rasa syukur itu adalah menunjukkan adanya
nikmat Allah pada dirinya.Bersyukur melalui lisan, iaitu berupa pujian kepada Allah
SWT melalui pengucapan atas nikmat yang diberikan. Dengan melalui hati, berupa
persaksian dan kecintaan kepada Allah. Melalui anggota badan, berupa kepatuhan dan
ketaatan kepada Allah.
Ini adalah pengertian syukur menurut Ibnul Qayyim. Ketiga-tiga perkara tersebut di atas
adalah cara mensyukuri nikmat Allah SWT yang di gariskan
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

12

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

Menurut Imam Al-Ghazali pula menjelaskan bahawa cara bersyukur kepada Allah SWT
terdiri daripada TIGA komponen, iaitu:
1. Syukur dengan Hati.
Syukur dengan hati dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang kita
peroleh, baik besar, kecil, banyak maupun sedikit semata-mata kerana anugerah dan
kemurahan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Segala nikmat yang ada pada kamu
(berasal) dari Allah," (QS. An-Nahl: 53)
Syukur dengan hati dapat mengantar seseorang untuk menerima anugerah dengan
penuh kerelaan tanpa menggerutu dan keberatan, betapa pun kecilnya nikmat
tersebut. Syukur ini akan melahirkan betapa besarnya kemurahan dan kasih
sayang Allah sehingga terucap kalimat tsana '(pujian) kepada-Nya.
2. Syukur dengan Lisan.
Ketika hati seseorang sangat yakin bahawa segala nikmat yang ia peroleh berpunca dari
Allah, maka spontan ia akan mengucapkan "Alhamdulillah" (segala puji bagi Allah).
Oleh itu, apabila ia memperoleh nikmat dari seseorang, lisannya tetap memuji Allah.
Sebab ia yakin dan sedar bahawa orang tersebut hanyalah perantara yang Allah kehendaki
untuk "menyampaikan" nikmat itu kepadanya.
"Al" pada kalimat "Alhamdulillah" berfungsi sebagi "istighraq" yang mengandung arti
keseluruhan. Sehingga kata alhamdulillah mengandung arti bahwa yang paling berhak
menerima pujian adalah Allah SWT, bahkan seluruh pujian harus tertuju dan bermuara
kepada-Nya. Oleh kerana itu, kita harus mengembalikan segala pujian kepada Allah.
Pada saat kita memuji seseorang kerana kebaikannya, hakikat pujian tersebut harus
ditujukan kepada Allah SWT
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

13

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

Sebab, Allah adalah Pemilik Segala Kebaikan.


3. Syukur dengan Perbuatan.
Syukur dengan perbuatan mengandung arti bahwa segala nikmat dan kebaikan yang kita
terima perlu dipergunakan di jalan yang diredhai-Nya. Misalnya untuk beribadah kepada
Allah, membantu orang lain dari kesulitan, dan perbuatan baik lainnya. Nikmat Allah
harus kita pergunakan secara proporsional dan tidak berlebihan untuk berbuat kebaikan.

5.0 KESIMPULAN
Jelaslah kepada kita bahawa seluruh alam ini sebenarnya menjadi tanda dan bukti
kepada kewujudan dan kekuasaan Penciptanya iaitu Allah Taala. Beruntunglah
manusia dan jin yang memanfaatkan mata hati dan mata akalnya untuk
menyaksikan bukti-bukti kewujudan dan kekuasaan Allah pada alam ini. Dari situ
kita akan menyedari bahwa seluruh alam ini tidak lain ialah nikmat anugerah
Tuhan kepada kita. Bumi dijadikan untuk kita berpijak dan bercucuk-tanam, awan
untuk kita beroleh hujan, langit untuk kita mengambil pelajaran, gunung-ganang
untuk kita tenangkan fikiran, hutan-hutan untuk kita manfaatkan hasilnya dan
sebagainya yang semuanya untuk kita. Alangkah pemurah dan pengasihnya Tuhan
kepada kita dengan segala nikmatNya itu. Apabila kita sudah menyedari hal yang
sedemikian, maka wajiblah untuk kita bersyukur kepada Tuhan dengan sebenarbenar bersyukur. Tidak cukup sekadar mendakwa diri bersyukur tanpa
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

14

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

membuktikan kesyukuran itu dengan hati, perkataan dan perbuatan.

Dengan

merenung dan menghayati kekuasaan Allah pada lautan sahaja sebenarnya sudah
cukup untuk membuatkan kita tersungkur bersujud penuh kesyukuran, belum lagi
kita meneliti bukti-bukti kebesaran Allah yang lain. Satu hal yang pasti, rasa
bersyukur itu pada hakikatnya adalah milik Allah. Dialah yang berkuasa untuk
mencampakkan rasa bersyukur itu kepada mana-mana satu makhluk-Nya. Sesiapa
yang dianugerahkan-Nya rasa bersyukur, jadilah dia hamba yang bersyukur.
Sesiapa yang tidak dianugerahi-Nya, tidaklah terpilih sebagai hamba yang
ebrsyukur. Oleh itu, di samping kita sendiri berusaha menjadi hamba yang
bersyukur, marilah kita bermohon kepada-Nya agar kita termasuk ke dalam
kalangan hamba-hamba-Nya yang dipilihNya untuk dianugerahkan rasa bersyukur
itu. Semoga Allah terus melimpahkan nikmatNya kepada kita di dunia ini, dan
berterusan pula sehingga ke akhirat nanti, iaitu sehingga mendapatkan syurgaNya. Amin ya Allah.
6.0 LAMPIRAN PERSEDIAAN MENGAJAR

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN


Tarikh/ Hari
:Isnin
Kelas
: 4 UNGU
Masa
: 9.45 10.15 pagi
Bil Pelajar
: 30 orang
M/ Pel
: Akidah
Tajuk
: Kesan positif beriman dengan Allah bersifat Qudrat
Objektif
: Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Membaca dalil naqli Allah Maha Berkuasa daripada
surah Al Baqarah ayat 20.
2. Menyenaraikan kesan positif bagi orang yang percaya
Allah Maha Berkuasa.
3. Menjelaskan perbuatan dan percakapan yang
bertentangan dengan kepercayaan Allah Maha
Berkuasa.
Pengetahuan Sedia Ada

: Murid-murid telah mengetahui bahawa wajib percaya

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

15

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

bahawa Allah Maha Berkuasa.


Konsep

: Mempercayai bahawa Allah Maha berkuasa dan mencontohi


keperibadian Rasulullah yang terpuji.
Nilai
: Pemaaf, rendah diri dan hormat menghormati.
Kemahiran
: Bercerita dan berfikir
Bahan
:
1.Komputer
2. Pemancar LCD
3.Papan putih/ marker pen
4.CD
5.Buku teks
6.Lembaran kerja

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran


Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Set Induksi
(3 minit)

Catatan

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Gambar

Memberi

Menjawab

Beriman

binatang
(lembu)

salam dan

salam dan

dengan

meminta

membaca doa.

Allah

Lampiran 3

murid
membaca

Melihat

doa.

gambar yang

Menunjukkan
gambar
binatang
kepada muridmurid dan

ditunjukkan
dan
mendengar
penerangan
daripada guru.

menerangkan
tentang
kekuasaan
Allah yang
mempunyai
pelbagai
kelebihan dan
manfaat yang
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

16

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

boleh
diperolehi
daripadanya
Contoh- susu,
daging, kulit
dan
sebagainya.

Perkembangan
Langkah 1
(6 minit)

Dalil naqli Allah

Menunjukkan

Membaca

Kemahiran

Maha Berkuasa

slaid dan

dalil Allah

membaca

membacakan

Maha

dalil naqli.

Berkuasa

-Surah Al
Baqarah ayat 20.

dengan betul
dan fasih.
Langkah 2
(10 minit)

Kisah

Memperdenga

Mendengar

Kemahiran

Kekuasaan

rkan kisah

cerita guru

bercerita

Allah.
Lampiran 4

Nabi

dengan penuh

Muhammad

penghayatan.

Mencari isi
penting

s.a.w bertajuk
Kesan positif
beriman dengan

Langkah 3
(6 minit)

Berkomuni

Kekuasaan

kasi

Allah.

Allah Maha

dengan

Berkuasa.

guru.

Perbuatan dan

Menerangkan

Memahami

Berinterak

percakapan
yang

tentang

dan

si dengan

perbuatan dan

mendengar
penerangan

guru dan

bertentangan
dengan

percakapan
yang

kepercayaan

bertentangan

Allah Maha

dengan hukum

Berkuasa.

syarak dan
memberikan

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

rakan

guru serta
Bersoal

bersoal jawab.

jawab
Hukum
syirik
17

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

contohcontohnya.

Penutup
(5 minit)

Latihan bertulis.
Lampiran 6

Meminta

Menjawab

Kemahiran

murid

soalan latihan.

membaca

menjawab

dan

soalan latihan

Memikir dan

objektif.

menjawab

Lampiran 5
Mengedarkan
lembaran

menulis

soalan

Kemahiran

berdasarkan

berfikir

gambar yang
diberikan.

kerja tentang
kelebihan
ciptaan Allah.

Refleksi : a) 21/30 murid dapat membaca dalil naqli Allah Maha Berkuasa daripada
Surah Al Baqarah ayat 20 dengan betul dan lancar.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

18

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

b) Sekiranya di beri peluang, saya ingin menambah waktu untuk


menerangkan tentang perkara syirik yang terdapat dalam kehidupan
seharian masyarakat Islam sekarang khususnya murid-murid.
3036 Patah perkataan

RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim , Resam Uthmani
Hamka.( 2002 ). Falsafah Hidup.Singapura : Pustaka Nasional
Imam Habib Abdullah Hadad. ( 2005 ).Nasihat agama dan wasiat iman.
Singapura : Pustaka Nasional
M.Quraish shihab. ( 2000 ).Tafsir al-Ghazali.Johor Baharu : Perniagaan
Jahabersa.
Mohd Suki , Mohd Nadzmi dan Rijaluddin. ( 2003 ).Buku Teks Tingkatan Dua.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

19

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

20

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH II


HBIS 2103

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

21

You might also like