You are on page 1of 73

FROM AZLITA MASAM MANIS

CHEESE PUDING
By: Along Roz
13g Jelly / Agar-Agar Powder
1 liter Water
120g Sugar
3 Eggs
120-150g Cheese Crackers - blend finely
1 tbsp Custard Powder
400ml Evaporated/Fresh Milk
200g Condensed Milk
50g Butter
Boil jelly powder with water until dissolved. Stir frequently.
Add in sugar & boil until dissolved.Stir frequently.
Beat egg until smooth & mix in cheese cracker & custard powder.
Add in milk & blend well.
Pour into jelly mixture & once boil, off the heat.
Add in butter & mix well.
Pour into a tin and let it set at room temperature.
Serve chilled.

PUDING TIRAMISU
Resepi Oleh : Citarasawan
Lapisan bawah
12 keping biskut lady fingers
~ untuk lapisan bawah ni boleh gunakan biskut lady fingers atau boleh guna kek span.
Untuk resepi kek span boleh rujuk di SINI
Resepi kek tu banyak, buat 1/2 adunan sahaja
2 sudu teh serbuk kopi segera atau Nescafe
Nescafe di bancuh dengan 50 ml air panas
Letakkan 1 keping lapisan kek di dalam springform pan
Basahkan lapisan kek dengan 1/2 bahagian air Nescafe ~ bakinya di simpan untuk
lapisan moca
Lapisan Moca

10 gm serbuk agar-agar
600 ml susu cair
80 gm gula halus
1/2 bahagian air Nescafe dari lapisan bawah
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes moca
Masukkan agar-agar, susu cair dan gula di dalamn periuk dan masak hingga gula dan
agar-agar larut.
Masukkan esen vanila
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 bahagian letakkan baki air Nescafe dan tambahkan 1 sudu teh pes moca
Tuang atas lapisan kek
Sejukkan di dalam peti ais
Lapisan atas
1/2 bahagian agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit serbuk koko
Panaskan semula 1/2 bahagian agar-agar
Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur dan kocok sedikit
Tuang di dalam agar-agar yang di atas dapur semula
Tutup api
Keluarkan agar-agar dari peti ais
Cakar-cakar atasnya atau cucuk-cucukkan atasnya dengan garfu
Tuang agar-agar telur tadi
Simpan semula di dalam peti ais hingga keras
Ayakkan serbuk koko di atasnya
Potong dan hidangkan dingin

PUDING KASTARD BUAH-BUAHAN


Di dalam resepi ini kita perlukan 1 keping kek yang nipis bersaiz 7 inc
Anda boleh menggunakan apa sahaja resepi kek yang sesuai. Untuk resepi kali ini ita
menggunakan resepi kek choc moist untuk lapisan dasar. Anda boleh dapatkan resepi
kek di SINI
Resepi itu agak banyak untuk sukatan puding yang sedikit. Oleh itu anda hanya buat
1/2 daripada adunan kek tersebut sahaja.
Bahan 1
1 keping kek span coklat atau kek coklat lembab.
Bahan 2
6 gm agar-agar serbuk

2 cawan air
150 gm gula
200 ml susu cair
1/2 cawan tepung kastard
1 sudu teh esen vanills
secubit garam
1/2 tin buah-buahan dalam tin fruitcoktail

Bila dah taburkan buah koktail kat atas puding tu tekan-tekan dia sikit biar dia
terbenam sikit di dalam puding.
Biarkan puding sejuk di luar dahulu. Bila dah sejuk baru masuk peti ais dan biarkan ia
dingin.

Kemudian barulah di potong dan di hidangkan


Mudah aje kan nak buat dia.. yang penting sedap , mudah dan ringkas.

PAVLOVA ROLL
4
1
1
1
1

biji putih telur


cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
sudu besar tepung jagung
sudu teh esen vanila
sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Jika guna kertas minyak, sapukan sedikit minyak atau spray kertas dengan kek gris
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu
kepada 120-100C
*Tips memukul putih telur

Pastikan tiada sedikit pun telur kuning

Pastikan bekas bersih dari sebarang gris atau minyak

Sebelum memasukkan putih telur ke dalam mixer, sapukan sedikit cuka


masakan pada bekas mixer supaya semua lemak atau bahan gris terhapus.

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu


Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah
kaup balik.

Masukkan adunan dalam piping bag


Guna nozel bentuk bunga
Letakkan adunan atas baking paper secara memanjang
*Jika guna kertas minyak, sapukan sedikit minyak atau spray kertas dengan kek gris
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15

minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.


Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit,
sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Non Dairy Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa
Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental

Pavlova yang telah sejuk tadi, diterbalikkan atas sekeping kertas minyak
Letakkan whipping cream di atasnya
Untuk mengulung tak kisah nak guna jaluran melintang atau menegak, ikut keselesaan
Kemudian taburkan pula buah-buah yang telah dipotong tadi
Gulung pavlova dengan berhati-hati seperti membuat kek gulung
Taburkan lagi buah-buahan
Teruskan mengulung dengan kemas
Hendak mudah menggulung, gulung sekali dengan kertas minyak
Bungkus dengan kertas minyak dan simpan dalam peti ais sehingga krim mengeras
paling kurang 4 jam lebih elok semalaman.
Potong dan hiaskan dengan taburan markisa

MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM


CUSTARD
CREPE
By : Elaine's
140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam. Kemudian diayak
Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin
dan tak berketul-ketul
Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi
Kacau rata hingga sebati
Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi
adunan yang licin
Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla
Kacau adunan hingga rata
Kemudian tapis.
Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit
Sediakan kuali leper yang tak melekat
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali
Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar.
Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
Tak perlu di balikkan
Terus angkat
*Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik
Setiap lapisan 1 helai plastik
Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering
Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
* Dadar adunan senipis yang boleh.

Sekarang kita sediakan pula lapisan dasar mille Crepe.


Untuk lapisan dasar ni ita gunakan resepi asas kek span vanilla. Anda boleh gunakan
apa-apa sahaja resepi kek yang anda rasakan sesuai. Jika tak nak lapisan dasar pun
boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Untuk membuat kek dasar anda hanya perlukan 1/2 sahaja daripada resepi di bawah.

Terpulang samaada nak buat satu adunan atau 1/2 adunan kerana kita hanya akan
gunakan satu lapisan kek span yang nipis sahaja.

KEK SPAN VANILLA

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm susu tepung
70 gm butter dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sedikan loyang 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang.
Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga
sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
Keluarkan kek segera setelah masak
Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
Bila dah sejuk potong kek kepada 2 lapisan
Untuk resepi ni kita hanya gunakan 1 lapisan kek sahaja
Bila dah siap ketepikan kek dan crepe.
Sekarang kita nak mulakan pula proses untuk membuat filling dia pulak!
Untuk resepi filling ni, ia memerlukan custard dan whipping cream. Untuk Whipping
cream ita gunanakan Non Dairy Whipping Cream jenama Rich. Kalau nak guna jenama
lain pun boleh. Jadi sukatan yang ita perlukan untuk Non Dairy Whipping Cream Rich
kotak biru ni lain daripada Whipping cream yang lain. Biasa sukatannya 2:1
Kepada yang nak gunakan resepi Rich kotak biru boleh ikut sukatan ita iaitu ita
perlukan 550 ml whipping cream ni. Kalau guna jenama lain ikut sukatan dalam resepi
di bawah ye!
Mula-mula kita kena sediakan custard dahulu.
Jom kita semak resepi dahulu

VANILLA CREAM CUSTARD


By: Cookpad
Rujukan : Dailyclickclick
200 ml whipping cream (ita letak 550ml Non Dairy Whipping Cream Rich kotak Biru)

450 ml susu segar / susu cair


2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Untuk menyediakan custard ni kita boleh gunakan microwave atau pun kita masak atas
dapur. Hari ni ita tunjukkan cara masak atas dapur aje lah ye.

Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu
didih.
Kalau gunakan microwave panaskan susu selama 3 minit.

Angkat dari dapur dam masukkan tepung dan tepung jagung.


Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin
Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.
Kalau guna microwave, keluarkan daripada microwave dan tambahkan tepung dan
tepung jagung.

Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin


Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.


Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau hingga ia meletupletup.

Untuk yang menggunakan microwave, tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau
rata kemudian masukkan semula dalam microwave dan masak semula selama 3 ~ 5
minit lagi

Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla

Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.


Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin
Kalau guna microwave sama jugaklah prosesnya seperti di atas.
Kemudian biarkan castard kita ni benar-benar sejuk sebelum kita campurkan dengan
whipping cream.

Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk


Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga
sebati.
Jika menggunakan Whipping Cream Rich kotak Biru seperti di atas, campurkan sekali
dan terus putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin.
Bila dah siap sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk melapis crep kita ni. Apalagi
jom kita mulakan.

Mula-mula, kita potong dahulu kek kita kepada 2 keping.


Ambil sekeping dan letakkan atas lapik kek.
Kemudian ita sapukan permukaan kek dengan perahan jus lemon yang di campur
sedikit air.
Tujuannya untuk melembabkan kek dan mengelakkan cebisan kek melekat pada
cream.
Selepas tu kita sapukan cream custard kita tadi atas kek dan ratakan.
Ita suka masukkan cream dalam piping bag dan paipkan atas kek, ianya lebih mudah
dan ringkas.
Kemudian kita letakkan sekeping crepe kita tadi
Tekan-tekan sikit atasnya supaya cream di bawah rata
Kita letakkan lagi sekali cream custard
Begitulah yang harus kita lakukan proses berselang seli yang sama hingga habis crepe
kita tadi.
Simpan dalam peti ais supaya cream mengeras
* Sebelum masukkan dalam peti ais balut dahulu kek kita dengan plastik supaya crep
tidak kering
Selepas tu barulah kita deco kek kita tadi mengikut creativiti masing-masing.

MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM


CUSTARD
For crepes crust, there are 2 options. You can either choose the one by Elaine or by
Cookpad. I've choosen Elaine's.
CREPE
By : Elaine's
140g
20g
80g
500g
30g
4
1Tsp
Pinch

Cake flour
Corn flour
Caster sugar
Milk
Butter
Egg yolks
Vanilla Essence
of Salt

1. Combine cake flour and corn flour in a bowl.


2. Add in 1/2 of quantity of milk needed bit by bit as you incorporate it into the flour
with a whisk. Keep whisking until a smooth batter is obtained. Set aside.
3. In a separate bowl, whisk egg yolks and sugar with the remaining milk.
4. Pour #3 into #2 bit by bit whilst whisking.
5. Add in melted butter and mix till well combined.
6. Sieve mixture into a bowl.
7. Cover with cling wrap and allow to rest in the fridge for 30 minutes before using the
batter.
8. Heat a non-stick frying pan with medium high heat (Gas mark 5).
9. Once the pan is throughly heated, reduce heat to medium low (Gas mark 3).
10. Melt 1 tbsp butter in the heated frying pan and wipe off excess with a kitchen
tissue.
11. Using a ladle, spread pancake batter thinly onto the frying pan.
12. Once the pancake starts to "bubble" and the top surface of the pancake starts to
firm up, remove immediately from heat. There's no need to fry the other side of the
pancake.
13. Place pancake on a clean flat plate. Repeat process with remaining batter. While
stacking pancakes, make sure you separate each layer with greaseproof paper to make
sure they don't stick together. Allow pancakes to cool.
Vanilla Mille Crepe
By: Cookpad
Source : Dailyclickclick
Ingredients
Crepe

4 eggs
1tbs sugar
a pinch of salt
500ml milk
200g all purpose flour.
1/2 tsp baking powder
2 drops vanilla
40g unsalted butter
filling
200ml whip cream
450ml milk
2 tbs flour
85g sugar
1 1/2 tbs cornstarch
4 egg yolks
2 tbs butter/margarine
vanilla essence
How-to (crepe)
1.sift flour+baking powder together. melt butter and put aside.
2.in a separate bowl, mix eggs + 250ml milk + sugar well. add the flour mixture and
amix well until combined. add in vanilla and the rest of the milk, combine.
3.add in melted butter and mix again. cover and let the batter rest inside the fridge
for 30minutes- 2 hours
4.heat a nonstick pan and slightly oil the surface. wipe any excess oil. pour in a ladle
full of your crepe batter and spread evenly as thin as possible. cook for 30 seconds and
flip the crepe upside down and wait for 10 secs. remove your crepe from the pan and
cover with a cling wrap to keep it moist.
5. repeat until you finish all the batter. you should get around 20 crepes. put the
crepes aside to let them cool down.
How- to (filling)
1. make the custard.
-using a heatproof bowl, heat milk in the microwave for 3 minutes. sift in cornstarch
and flour , add in sugar and quickly whisk well to avoid lumps . add the egg yolks
gradually and combine. put back the bowl of mixture into the microwave and reheat
until it gets bubbly. take out and whisk the batter and reheat again. repeat this 3
times for a total of 5 minutes. take out the bowl, and add in butter and vanilla and
mix well. leave it to cool .
2.in another bowl, beat cream at medium speed until cream starts to thicken,
continue to beat until you get a soft peak.
fold in the cream into the cooled custard until well combined.
Assembling the cake
lay one crepe on a cake base / flat plate and spread the custard filling evenly on the
surface. (not to thick) cover the filling with another crepe and repeat until you have
used all the crepe. put your cake in the fridge for 3-5 hours to let it set and serve it

cool. happy trying!


p/s the key to a good mille crepe is to have the crepes thinner than the cream layers.
so that your fork can nicely cut thru it. good luck!

SUP TULANG MERAH SINGAPURA


Mula-mula kita rebus tulang dahulu hingga empuk
Bahan Merebus Tulang
1 kg tulang lembu atau kambing ( kalau kambing bolehlah guna tulang gear box )
Air secukupnya untuk merebus daging
2 inc halia ~ di hiris kasar
2 batang serai ~ di ketuk
1 labu bawang putih ~ di belah 2
1 bungkus sup bunjut
Kaedah Merebus Tulang
Cuci tulang bersih-bersih
Masukkan ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya
Masukkan, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut dan rebus hingga daging pada
tulang empuk.
Bila dah empuk, keluarkan tulang, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut.
Asingkan tulang dari serai, halia, bawang putih dan sup bunjut tadi.
ketepikan

Sekarang kita sediakan bahan-bahan untuk rempah cili pula


Bahan Rempah Cili

a. Rempah Tumis
2
4
6
3

batang kulit kayu manis


kuntum buah pelaga
kuntum bunga cengkih
kuntum bunga lawang

b. Bahan Kisar Halus


10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai

1 inc halia
15 tangkai cili kering

c. Bahan Rempah
2
1
1
1

sudu makan serbuk ketumbar


sudu teh serbuk jintan manis
sudu teh serbuk jintan putih
sudu besar serbuk lada hitam

d. Bahan Sos
1 tin kecil tomato puree ( kalau tin besar tu guna dalam 1/2 tin)
2 sudu besar kicap manis
1/2 botol sos tomato ( botol kecil)
2 biji telur
1 buku gula melaka
2 kiub daging
1 cawan bawang goreng
sedikit pewarna merah
4 biji kentang ~ kentang di kupas kulit, potong bulat dan di goreng, kemudian
masukkan dalam blender dan kisar halus.

e. Bahan Sayur-sayuran

2 biji kentang ~ kupas kulit dan di dadu


4 Biji Tomato ~ potong baji
1 batang lobak merah ~ potong panjang
3 pokok daun ketumbar
Daun ketumbar di hiris akarnya di bersihkan tanahnya dan masukkan sekali nanti
Ok dah siap dah semua bahan-bahan yang kita perlukan, sekarang boleh lah kita
mulakan proses memasak.
Kaedah menyediakan cili

Rempah cili kita dah pun siap, sekarang kita bolehlah mulakan proses untuk memasak
sup tulang merah pula
Kaedah menyediakan sup tulang merah

Dah pun siap sup tulang merah kita..

MOIST BANANA BROWNIES


Resepi Oleh : Kak Fida
Rujukan : My Resepi
BAHAN A
100 g coklat masakan
75 g mentega
BAHAN B
200 g pisang lecek
60 g gula perang ~ kurangkan ( bergantung kemanisan pisang)
1/4 sk garam
1 sk esen vanilla
BAHAN C
75 g tepung gandum
2 sb serbuk koko
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
BAHAN TABURAN
choc. chips
kacang walnut - cincang kasar

Satukan Pisang, gula perang, garam dan esen vanilla.


Kemudian di lenyek dengan senduk hingga bergaul sempurna.
Ketepikan

Satukan tepung , serbuk koko, soda dan baking powder.


Kemudian di ayak, ketepikan.

Satukan coklat masakan dan butter, kemudian cairkan secara kaedah double boiler.
Biarkan ia sejuk sebentar.
Kemudian satukan pisang yang di lenyek tadi ke dalam coklat masakan cair, kacau
rata.
Tuangkan tepung yang di ayak ke dalam adunan coklat dan pisang dan gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang ukuran 8x8 inc, yang di lapik kertas pembakar.
Ratakan
Taburkan choc cip, badam cincang atau walnut.
Bakar di dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal.
Bakar pada suhu 160C selama 25 ~ 30 minit
Angkat dan sejukkan atas redai setelah brownies di bakar sempurna
Tunggu brownies benar-benar sejuk barulah di potong.

RENDANG DAGING MINANG


Rujukan : Juadah Warisan Nenek
600 gm daging batang pinang
40 gm kerisik
4 helai daun limau perut ~ di siat-siat
2 helai daun kunyit ~ di mayang halus

garam dan gula secukup rasa


1/2 liter santan
1 keping asam keping
1 buku gula melaka
Bahan Kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 inc kunyit hidup ~ kisar
1 inc halia ~ kisar
2 batang serai ~ kisar
1/2 inc lengkuas ~ kisar
15 tangkai cili padi ~ kisar
Satukan semua bahan kisar di dalam kuali bersama santan dan masak sambil di kacau
rata
Bila dah didih masukkan daun limau perut dan daun kunyit
Masak hingga harum
Masukkan daging dan biarkan ia merenih dan daging empuk ~ jika tidak guna daging
batang pinang, daging hendaklah di rebus dahulu
Masaklah hingga kuah mendidih
Perlahankan api, masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa dan juga kerisik
Perlahankan api dan biarkan kuah masah hingga pekat
Sedia di hidangkan

SAMBAL ULEK
6 batang cili merah ~ di potong kecil
4 batang cili hijau ~ di potong kecil
6 tangkai cili padi
2 ulas bawang merah ~ di hiris
1 ulas bawang putih ~ di hiris
1/2 biji tomato ~ di hiris
1 batang serai ~ dihiris
1 inc halia di hiris
1 inc belacan
garam dan gula secukup rasa
4 biji limau kasturi
Tumiskan semua bahan dengan sedikit minyak ~ kecuali limau kasturi, garam dan gula
Kemudian tumbuk atau kisar halur
Perasakan garam dan gula
Perahkan air limau kasturi
Sedia untuk di hidangkan bersama ulam-ulaman, sayur bening atau masak lemak dan
nasi hangat.

KACANG RUGGET
Resepi Oleh : Hasue
Rujukan : Aleen Aireish
Bahan-bahan
500gm kcg tanah
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
1 cawan air
2 biji cili merah / cili kering
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Mula-mula kita bersihkan kacang dahulu.


Cuci bersih dan toskan airnya hingga kering.
Lepas tu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili
Ketepikan

Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup
rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi
Gaul semua bahan hingga rata.
tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna
Lepas tu kita masukkan kacang tanah yang kita dah cuci dan toskan tadi
Gaul rata

Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan
masak
Kacau senantiasa supaya kacang tak melekat-lekat dan tidak hangus
Bila dah kekuningan angkat dan toskan minyaknya
Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.
* ingat ya guna api sederhana, takut nanti luar dah hangus tapi kacang dalam masih
tak masak.

KUAH KACANG
by: Dayang Jack
300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai*
1/2 inci halia *
3 cm lengkuas*
1/2 inci belacan bakar*
1 batang serai (diketuk)
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
2 sudu makan gula merah/gula melaka
garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
air secukupnya
Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai
hingga wangi.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak
menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.
Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang
tanah pd satu masa.
kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb.
untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan

TOFEE CHEESE CAKE


by : Epicurious

Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan
Biskut di hancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut, antara biskut Oreo dan
biskut Marie atau sebaliknya.
Satukan biskut dan mentega
Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak
Padatkan biskut dalam loyang
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja, atau pada sekeliling loyang juga
Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang
sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang ya. Biarkan ia sejuk dalam loyang

Cheese Cake
250 gm krim cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata
Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit
Bakar guna api atas dan bawah

Caramel
1 1/2 cawan gula ~ ita kurangkan
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega
Masak gula, air dan lemon hingga keperangan
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat
Biarkan ia suam
Tuangkan atas cheese cake tadi
Simpan dalam peti ais hingga dingin
Hiaskan dengan coklat Tofee

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


By: Yatie

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.
Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg
telah diayak dan gaul sebati.

Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.


Penyediaannya
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna
aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan
kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

JELLY KELAPA GULA MELAKA


1 peket agar-agar serbuk
3 liter air kelapa muda daripada 4 biji kelapa muda, boleh tambah air jika kurang
Isi kelapa muda
Gula secukup rasa
1 helai daun pandan di simpul
1/2 buku gula Melaka
Campurkan air kelapa muda bersama gula dan daun pandan ke dalam periuk dan
masak hingga aga-agar dan gula melarut
* air kelapa cepat kering kalau dimasak, kalau air kurang tambah lagi air supaya
tekstur jeli lembut.
Ambil 1/3 bahagian dan masak bersama gula Melaka
Baki jeli kelapa yang putih pula di masukkan isi kelapa muda dan masak hingga air
mendidih
Tuangkan lapisan jely gula Melaka ke dalam bekas cawan
Tunggu ia mengeras sebentar
Kemudian tuang pula jely kelapa
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES


250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil
Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian
keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.

Biarkan ia sejuk sebentar


90 gm tepung
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu
Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama
15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.
5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang
Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc.
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan
menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur
dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan
tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
* ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan
sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk
memotong brownies dengan segera.

KEK LAPIS SURABAYA


By: Kak Wan

Lapis Vanila
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula caster
70 gm tepung Hong Kong

30 gm susu tepung
200 gm mentega cair
2 sudu kecil ovellete
2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu teh cream of tatar
Sediaka 2 buah loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C
Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan
berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu sedikit demi sedikit dan berselang
seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Bahagikan adunan vanila kepada 2 bahagian.
Tuangkan ke dalam 2 loyang yang berasingan berukuran 8X8 inc
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak
sempurna.

Lapis Coklat
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung HongKong
15 gm serbuk koko
10 gm susu tepung
100 gm mentega cair
1/2 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh ovellete
1/8 sudu teh cream of tatar
Sediaka sebuah loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.

Panaskan oven 170C


Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, coklat emulco, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan
berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu dan serbuk koko, sedikit demi
sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang berukuran 8X8 inc
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak
sempurna.
Untuk Melapis
Jam secukupnya
Boleh juga guna filing blueberry atau strawberry
Letakkan sekeping kek vanila. Sapukan jam atau filling di atasnya.
Lapiskan puladengan lapisan kek coklat dan sapukan juga dengan jam atau filling tadi.
Akhiri dengan selapis lagi lapisan kek vanila.
Potong tepi dan kemaskan kek.

STEW DAGING
by: Raidah
source : Hana
Bahan-bahan
500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah
1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.
Cara-cara
Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai.
Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15
minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan
tepung gandum, kacau rata.
Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak

selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20


minit).
Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau
sehingga sayuran empuk/lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan
dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

RESEPI PES BAWANG


by: Raidah
Bahan-bahan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga
garing. Angkat.
Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga
masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

PUDING JAGUNG BERKARAMEL


Bahan karamel
3 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
Bahan Puding
150 gm tepung kastard
400 gm / 1 tin jagung manis daam tin
150 gm gula
700 ml air
400 m susu cair
1 sudu teh pes jagung
secubit garam
Masak gula dalam periuk kecil hingga ia keperangan
Tanbahkan air dan kacau hingga ia berkaramel ~ berhati-hati semasa proses ini
Kemudian tuangkan karamel dalam acuan
Dalam periuk berasingan, satukan semua bahan puding
Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga ia pekat dan likat.
Tuangkan dalam acuan yang telah di letakkan karamel tadi
Sejukkan dalam peti ais

TIRAMISU MILLE CREPE


Crepe Mentega Perang
90 gm mentega
720 ml susu cair
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung kek
45 gm gula kaster
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Cairkan mentega dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau hingga mentega
keperangan, jangan sampai hangus.
Dalam satu bekas satukan tepung dan garam, kemudian di ayak
Masukkan 1/2 daripada susu ke dalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin
dan tak berketul-ketul
Di dalam bekas berasingan, satukan telur, gula dan baki 1/2 susu tadi.
Kacau rata hingga sebati
Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi
adunan yang licin
Tambahkan mentega perang dan esen vanilla
Kacau adunan hingga rata

Masukkan adunan dalam blender dan kisar halus


Kemudian tapi
Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
Sediakan kuali leper yang tak melekat
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali
Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar
Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
tak perlu di balikkan
Terus angkat
Buat sehingga habis
Setiap crepe dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan crepe kering
Biarkan crepe sejuk sepenuhnya
Kek Span Coklat
5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau
sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan
Kita hanya guna satu lapisan sahaja anggaran 1~ 1.5 cm
~ atau boleh buat 1/2 daripada adunan kek ini.
Vanilla Cream Kastard
550 ml Whipping Cream base jenama Rich kotak biru
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula kastor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Sedikit coklat susu di sagat


Biskut lady Finger secukupnya
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar
Bila ia dah meletu-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti
ais hingga ia dingin
Masukkan kastard dan whipping cream base ke dalam mangkuk pemutar hingga adunan
kental

Cara menyediakan Tiramisu


Ambil sekeping kek span coklat dan letakkan atas lapik kek
Sapukan atas kek dengan sedikit air nescafe untuk melembabkan kek
Kemudian letakkan vanilla cream kastard di atasnya dan ratakan
Taburkan parutan coklat susu diatasnya

Letakkan sekeping crepe


Tekan-tekankan permukaannya supaya rata
Kemudian letakkan cream kastard lagi dan ratakan
Ulang proses yang sama sehingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan vanilla cream kastard
Susunkan biskut lady finger di sekeliling kek
Ikat dengan ribon jika suka
Hias atas kek dengan taburan buah-buahan dan parutan coklat susu
Simpan kek dalam peti ais semalam sebelum di potong.

You might also like