You are on page 1of 6

Laporan dan Kajian R&D 18 Mei 2010 : Maklumbalas Pegang Anjing

Jabatan Agama Islam Selangor

MAKLUMBALAS BERKAITAN HUKUM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING DAN


KEPEKAAN UMAT ISLAM TERHADAP MAKANAN HALAL

1.

PENDAHULUAN

Tulisan ini dikemukakan untuk tatapan awam sebagai menjawab aduan awam berkaitan
tindakan seorang wanita Melayu memegang anjing dan isu kepekaan masyarakat Islam
terhadap kepentingan mengambil sumber makanan halal lagi baik.

2.

LATAR BELAKANG
2.1.

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor


(JAIS) telah menerima aduan awam mengenai satu artikel dalam Akhbar
The Star bertarikh 24 April 2010 (Sabtu) menyiarkan seorang wanita Melayu
yang giat aktif menyertai secara sukarela satu pertubuhan menyelamatkan
binatang terbiar seperti anjing iaitu Society for the Prevention of Cruelty to
Animals (SPCA). Aktiviti seorang wanita Melayu Islam memegang seekor
anak anjing telah menimbulkan isu kurang senang di kalangan pembaca
akhbar tersebut.

2.2.

Pengadu iaitu Nora mendakwa Akhbar The Star dianggap telah menghina
Islam melalui aktiviti yang telah dilakukan oleh seorang wanita Melayu
Islam. Bertitik tolak dari itu, penjelasan lanjut diketengahkan menjurus
kepada isu orang Islam memelihara anjing, isu berpegang kepada sesuatu
mazhab di samping kepekaan orang Islam termasuk golongan saudara baru
terhadap pengambilan makanan halal terutamanya di hotel-hotel.

3.

PENJELASAN

BERKAITAN

HUKUM

ORANG

ISLAM

MENYENTUH

MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk


dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan

Laporan dan Kajian R&D 18 Mei 2010 : Maklumbalas Pegang Anjing


Jabatan Agama Islam Selangor

najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.

3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie


adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.
3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (Kitab al-Halal wa alHaram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi
S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : Barang siapa yang memelihara
anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari
pahalanya berkurangan satu qirot. Erti qirot hanya Allah sahaja yang
mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

4.

PENJELASAN ISU ORANG ISLAM MENGAMBIL JALAN MUDAH TERHADAP


SESUATU MAZHAB (BERKAITAN MENYENTUH ANJING / MEMELIHARA
ANJING)

4.1 Pada umumnya para ulama berpendapat bahawa orang awam diharuskan
berpindah-pindah mazhab dengan syarat-syarat yang tidak menyimpang

Laporan dan Kajian R&D 18 Mei 2010 : Maklumbalas Pegang Anjing


Jabatan Agama Islam Selangor

daripada al-Quran dan al-Hadith. Ini kerana dalam kes-kes tertentu ulama ulama Mazhab ini berbeza mengenai perkara yang furu' (cabang) dan
bukan perkara asas. Bahkan Imam-Imam Mazhab juga tidak memaksa
pengikutnya hanya berpegang kepada pegangannya sahaja.

Lazimnya

mereka berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang empat kerana ada
sesuatu kesulitan (masyaqqah) dan ada juga yang berpindah mazhab
secara berterusan atau secara sekejap sahaja (kemudian kembali semula
ke mazhab asal) adalah diharuskan.
4.2 Isu berpindah-pindah mazhab adalah dibenarkan dengan syarat tidak
berlaku talfiq yang diharamkan (berlaku perkara yang tidak diiktiraf oleh
ulama Islam). Apakah yang dimaksudkan dengan talfiq? Talfiq di sini
bermaksud diharamkan mengumpulkan atau menghimpunkan pendapat
ulama di dalam satu masalah. Jika dihimpunkan dua atau tiga pandangan
ulama dalam satu masalah, para pelopor mazhab tidak membenarkan dan
tidak diakui oleh mazhab tersebut. Contoh, menghimpunkan cara
mengambil wuduk mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki dalam satu
ketika adalah tidak dibenarkan. Contoh lain yang lebih mudah difahami.
Bolehkah dalam satu waktu seseorang itu memakai tiga jenis pakaian
tradisional iaitu Cina, Melayu dan pakaian Panjabi. Ketiga-tiga pelopor
pakaian tradisional tersebut tidak mengiktiraf cara pemakaian baju
tradisional tersebut.
4.3 Memahami Mazhab Syafie secara umum adalah suatu kewajipan bagi yang
berpegang dengan mazhab tersebut. Adapun isu yang timbul dalam
masyarakat Islam masa kini ialah mereka tidak mendalami serta memahami
sesuatu mazhab itu. Sehingga apabila timbul sesuatu kesulitan, mereka
terus berpindah ke sesuatu mazhab (Hanafi) contohnya, tanpa memahami
dengan lebih mendalam. Akibatnya mereka terperangkap dalam kekeliruan
dan kejahilan di antara dua mazhab tersebut. Situasi ini tidak dibolehkan
sama sekali dalam konteks bermazhab.

Laporan dan Kajian R&D 18 Mei 2010 : Maklumbalas Pegang Anjing


Jabatan Agama Islam Selangor

4.4 Berbalik kepada isu seorang wanita Melayu yang memberi pandangan
dibolehkan mengikut Mazhab Maliki ketika menyentuh anjing walaupun
terkena air liurnya, adalah bertentangan dengan prinsip berpindah mazhab
seperti yang dijelaskan di atas. Di dalam Kitab Majmu Fatawa, halaman
382 secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang perlu mengikut orangorang yang tertentu sama ada larangan dan cadangan, selain dari
Rasulullah S.A.W. Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka
kepada ulama dan bukan mengikut citarasa tersendiri berdasarkan
kecenderungan-kecenderungan tertentu yang tidak bertepatan dengan
Syarak. Jumhur ulama Islam membenarkan seseorang itu mengambil
keputusan atau pandangan seseorang Imam terhadap sesuatu perkara
yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih
tepat dalam hal-hal yang diselisihkan itu.
4.5 Sementara itu, Syeikh Abd al-Karim al-Khudayr mengatakan bahawa
seseorang itu tidak boleh menukar pendapatnya semata-mata kerana
sesuatu

pandangan

itu

menyenangkannya

atau

memilih

sesuatu

pandangan kerana rukhsahnya (keringanan) semata-mata. Sebaliknya umat


Islam boleh memilih sesuatu pandangan berdasarkan dalilnya yang terbaik
di kalangan yang lain atau pandangan yang lebih benar. (Lihat Majmu
Fatawa, halaman 23).
4.6 Sebagai penegasan berdasarkan kenyataan di atas, umat Islam tidak
dipaksa mengikut sesuatu pandangan sahaja tanpa mengetahui nas-nas
yang memerintahkan untuk melakukan demikian. Mereka dibenarkan
memilih pandangan (nas) yang lebih baik dari kalangan Imam (mazhab)
yang bersesuaian. Demikian juga umat Islam tidak boleh memilih sesuatu
pandangan mazhab kerana rukhsahnya / keringanannnya semata-mata.
Jika tidak membuat pemilihan, ikutilah Imam (pemimpin) yang lebih taqwa
dan berilmu pengetahuan. Umat Islam dilarang memilih pandangan yang
mudah dan sesuai dengan naluri tanpa melihat kepada nas-nasnya terlebih
dahulu.

Laporan dan Kajian R&D 18 Mei 2010 : Maklumbalas Pegang Anjing


Jabatan Agama Islam Selangor

5.

KEPEKAAN

ORANG

ISLAM

TERMASUK

GOLONGAN

SAUDARA

BARU

TERHADAP KEUTAMAAN MENGAMBIL / MEMILIH MAKANAN HALAL

5.1 Adalah menjadi kewajipan umat Islam memilih makanan yang diyakini dan
disahkan halal lagi baik termasuk premis makanan / restoran yang
menyelenggarakannya. Islam mengambil berat aspek pemakanan bukan
sahaja dari khasiatnya sahaja tetapi juga dari mana sumber asalnya dan
daripada apa serta bagaimana ianya dihasilkan bertepatan dengan konsep
halalan toyyiba (Surah al-Baqarah 2 : 168, Surah al-Maidah 5 : 88, Surah
al-Anfal 8 ; 69 dan Surah al-Nahl 16 : 114). Ini kerana, daripada makanan
yang dimakan akan menjadi darah daging dan memberi kesan kepada
perlakuan atau tindakan individu. Jika umat Islam tidak prihatin dalam soal
memilih jenis makan minum termasuk premis makanan yang disahkan
halal, dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam kerana
tidak menjaga status makanannya halal atau haram.

5.2 Sebagai sebuah agensi Kerajaan, Jabatan Agama Islam mempunyai


bidang kuasa untuk memberi penerangan dan dakwah dari semasa ke
semasa kepada umat Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa
berhati-hati dalam urusan pengambilan sumber makanan yang halal lagi
baik. Tidak terkecuali kepada golongan saudara baru yang dilihat perlukan
sokongan moral yang kuat daripada seluruh umat Islam. Namun, nasihat
dan teguran secara hikmah daripada orang ramai amat diperlukan dalam
pelbagai aspek supaya semua orang Islam dan termasuk golongan saudara
baru memahami aspek-aspek Syariah mengikut cara yang sebenar. Oleh
itu, perlu ditegaskan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan
kepada semua orang Islam untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah sama
ada melalui tulisan, secara lisan atau melalui teladan yang baik. Kerana
sesungguhnya kerja-kerja dakwah tidak hanya dibebankan kepada Jabatan
Agama Islam sahaja. Sebaliknya semua orang Islam berhak melaksanakan

Laporan dan Kajian R&D 18 Mei 2010 : Maklumbalas Pegang Anjing


Jabatan Agama Islam Selangor

usaha dakwah dengan apa cara sekalipun sehingga ajaran Islam tersebar
ke seluruh pelusuk alam.
6.

PENUTUP

Sebagai sebuah agensi agama yang menjaga kemaslahatan umat Islam di


Negeri Selangor, JAIS menggesa supaya:

6.1

Media massa dan media cetak khasnya Akhbar The Star untuk tidak
mengulangi paparan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti agama Islam
dan

yang

berkaitan

orang

Islam

secara

semberono.

Kerana

sesungguhnya tulisan yang boleh menimbulkan sensitiviti umat Islam tidak


menguntungkan semua pihak. Malah jika tidak dibendung, ianya boleh
menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

6.2

Para ulama yang mempunyai autoriti dalam mengemukakan pandangan


perlu dirujuk dalam menanggapi persoalan semasa dan tidak sewenangwenangnya setiap individu mengemukakan idea dan pandangan tanpa
berlandaskan nas atau keterangan yang tepat, jelas dan berwibawa lebihlebih lagi dalam hal-hal yang bersangkutan dengan taklid mazhab.

6.3

Umat Islam diingatkan berhati-hati dalam konteks pengambilan sumber


makanan yang halal lagi baik supaya menjamin kesihatan dan mendapat
keberkatan dalam hidup.

Disediakan oleh :
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Agama Islam Selangor

You might also like