You are on page 1of 83

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1

PENDAHULUAN

Bidang pendidikan amat penting dalam dunia yang semakin mencabar kini.
Pendidikan merupakan proses untuk mengubah seseorang individu itu bagi
membolehkannya menyesuaikan diri dari segi fizikal, mental, emosi, moral dan
kerohanian mengikut situasi semasa. Dengan pendidikan seseorang individu itu dapat
menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang kehidupan seperti sosial, ekonomi, politik
dan sebagainya. Menurut Omardin Ashaari (1996), dalam proses kehidupan
pendidikan terikat kepada tekanan masyarakat dan ini dapat disesuaikan dengan
keadaan semasa, selain daripada tekanan dan keperluan sejagat. Segala yang
diperlukan ini dapat diperoleh melalui pendidikan secara formal mahu pun tidak
formal. Selaras dengan itu, soal pendidikan formal diberi keutamaan.
Menurut Omardin lagi sekolah adalah sebagai sebuah institusi yang memberi
pendidikan secara formal. Dalam masyarakat moden, pendidikan dan sekolah
merupakan sebuah kilang yang memerlukan ramai orang yang berkemahiran dalam
pelbagai jurusan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam masyarakat sekarang
memerlukan pelajar menghabiskan masa yang lama di institusi pendidikan seperti
sekolah rendah, sekolah menengah, maktab dan universiti. Ini kerana apabila pelajar
berada di sekolah, kecerdasan mental serta emosi akan terbentuk sedikit demi sedikit
sehinggalah ke peringkat di mana pelajar boleh berfikir secara matang.

2
Proses pendidikan sebenarnya telah berlangsung sejak manusia itu dilahirkan
hinggalah ke akhir hayat mereka (Tajul Ariffin dan Nor Aini 2002). Tujuan
pendidikan sebenarnya adalah untuk melahirkan masyarakat yang terdidik dalam
pelbagai jurusan kehidupan. Dengan itu, masyarakat yang bakal dilahirkan akan
menjadikan mereka matang berfikir secara logik. Berlandaskan tujuan itu, matlamat
pendidikan negara tertumpu kepada aspek seperti individu, sosial, ekonomi, politik,
pemodenan dan kefahaman antarabangsa. Menurut Atan Long (1984), pendidikan
adalah sebagai satu aset dan juga pengantara ke atas pembaharuan sosial,
perkembangan manusia, alat pembangunan dan kemajuan negara, pemupuk perpaduan
dan integrasi nasional. Pendidikan berlangsung seumur hidup yang mana ia adalah
proses yang berterusan bagi mengembangkan personaliti seseorang individu secara
menyeluruh serta memupuk bakat-bakatnya.
Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang
terdidik dari segi intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Ini bertepatan dengan apa yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan adalah berpusatkan
kepada pelajar dan bersifat lebih menuruti prinsip perkembangan psikologi manusia.
Dalam usaha untuk mencapai hasrat ini, para pelajar diwajibkan ke sekolah untuk
mendapatkan ilmu, menguasai kemahiran, mendapatkan latihan dan juga menyertai
pelbagai kegiatan ko-kurikulum sekolah dan kegiatan kemasyarakatan. Melalui
pelbagai kegiatan itu, para pelajar dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan dan
mencurahkan bakti serta memainkan peranan mereka dengan cergas kepada
masyarakat. Menurut Bredemier, 1978 yang dipetik oleh Mohd Salleh Lebar dalam
Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia (1992) mengatakan bahawa
peranan sekolah terhadap pelajar mempunyai kesan yang sahih.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa fungsi, antaranya
melahirkan insan kamil. Ini banyak bergantung kepada kebijaksanaan pihak sekolah.
Dengan asuhan dan pendidikan yang diperoleh dari sekolah akan membolehkan para
pelajar menyesuaikan diri dengan perubahan yang akan dihadapi dalam kehidupan
bermasyarakat. Sekolah juga dapat memupuk para pelajar agar berakhlak, berlemah
lembut, berbudi pekerti dan berhemah tinggi dan mulia. Dasar pendidikan negara amat
menekankan soal berakhlak mulia kerana tanpa akhlak yang mulia akan pincang

3
sistem masyarakat. Akhlak yang sempurna akan dapat menangkis kejadian jenayah
berat daripada berleluasa (Omardin 1996).
Namun begitu sejak kebelakangan ini, segelintir pelajar tidak menunjukkan
akhlak yang diinginkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagaimana yang
akan disebutkan di bawah, terdapat beberapa kejadian yang membabitkan pelajar
terlibat dalam kegiatan jenayah, jelas memperlihatkan kepada kita kegiatan mereka
tidak berlandaskan kestabilan emosi dan mental. Dalam memastikan proses membina
perkembangan kestabilan dan kecerdasan emosi, ia memerlukan kombinasi beberapa
komponen kecerdasan emosi. Annamalay (2000) telah menggariskan beberapa
komponen utama kecerdasan emosi yang dapat dilihat dari pelbagai segi :
a. Kemampuan mengenal pasti dan melahirkan perasaan.
b. Kesedaran tentang perhubungan antara pemikiran, perasaan dan reaksi.
c. Kemampuan membuat keputusan, bertanggungjawab terhadap reaksi sendiri
dan berhati-hati terhadap akibat yang mungkin terjadi.
d. Kemampuan mengenal pasti apabila hati dikuasai oleh minda.
e. Kemampuan memimpin perkataan sendiri dan mengenal pasti aspek negatif,
memperkecil mesej apabila dizahirkan.
f. Kemampuan menguruskan rasa takut, kebimbangan, marah dan kesedihan.
g. Bersedia terhadap perhubungan dan tahu bila perhubungan tersebut selamat
untuk dimulakan dengan pendekatan perasaan sendiri.
h. Kemampuan empati kepada orang lain.
i. Mengetahui teknik menangani tekanan dan meningkatkan latihaan mental,
kaedah memandu arah khayalan dan ketenangan.
j. Kemampuan membezakan antara apa yang seseorang itu perkatakan dengan
apa yang anda tunjukkan serta nilai terhadap sesuatu isu.
k. Kemampuan menegaskan apa yang lebih penting.
l. Kemampuan menangani konflik tanpa bertindak secara agresif.
m. Kemampuan menerima diri sendiri seadanya, berbangga dengan kekuatan
sendiri dan mengenal pasti kelemahan diri.
n. Kemampuan berperanan dalam komuniti atau kumpulan.

4
Semua komponen di atas menjelaskan bahawa individu yang mempunyai
kecerdasan emosi yang stabil adalah individu yang berupaya mengawal perasaan dan
tindakan sendiri, memiliki ketahanan diri bagi merealisasikan matlamat hidup, dapat
menguruskan perasaan negatif dengan bijak serta menjalinkan hubungan dengan
individu lain (Liew 2001). Menurut Annamalay lagi, kecerdasan emosi merupakan
resepi atau menu utama bagi membina kejayaan dalam hidup. Ia sebenarnya telah
terbentuk sejak dari awal kanak-kanak sehinggalah berkembang secara beransur-ansur
melalui alam persekolahan yang mana pada peringkat ini pelajar berada di peringkat
remaja.
Menurut Goleman (1998), kecerdasan emosi berkembang seiring dengan
proses pembelajaran dan ia akan berterusan sepanjang hayat. Namun begitu ia akan
dipengaruhi oleh pengalaman dan penampilan yang jika diabaikan akan memberi
kesan yang tidak baik kepada pelajar. Justeru itu pelajar yang berada di peringkat
remaja khususnya perlu mengambil berat akan kecerdasan emosi mereka kerana jika
diabaikan akan membawa ke arah kerugian sama ada pada diri sendiri, masa depan
mahu pun keluarga. Kajian yang akan dijalankan ini adalah tertumpu kepada pelajar di
peringkat sekolah menengah yang mana pada tahap ini mereka masih mencari identiti
sendiri.
1.2

PERMASALAHAN KAJIAN

Pelajar sebenarnya keliru dengan apa yang dilakukan. Konflik peribadi yang dikenali
sebagai krisis identiti sering dihubungkaitkan dengan perkembangan para remaja
terutama golongan pelajar di peringkat menengah. Tambahan pula dalam usia
meningkat remaja, pelajar masih mencari identiti hidup. Erikson, 1963 (dalam
Mahmood Nazar 2001) menyatakan bahawa para pelajar sering mengalami konflik
sosial di antara pengertian identiti diri dengan kekeliruan terhadap peranan yang ada
padanya. Inilah masanya mereka bertanyakan soalan-soalan seperti Siapakah saya,
Apakah tujuan hidup ini, Ke mana arah hidup dan pelbagai soalan lain yang amat
mengelirukan dirinya sendiri dan ibu bapanya. Persoalan-persoalan seperti inilah
menyebabkan pelajar menghadapi pelbagai jenis kerumitan dan masalah hidup bagi
mencari jawapan yang sesuai. Banyak yang memperoleh jawapan yang sesuai dengan
konsep diri tetapi ada segelintir yang akan tersesat.

Pada masa kini apa yang kita lihat adalah ramai pelajar terutama pelajar
sekolah menengah terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat seperti menagih dadah,
merogol, gengsterisme, vandalisme, pembunuhan dan sebagainya sedangkan apa yang
dikehendaki adalah kecemerlangan mereka dalam pelajaran serta ketinggian akhlak
dan budi pekerti. Kegawatan sosial ini sedang melanda negara kita dan masalah ini
semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara (Sohaimi Abdul
Aziz 1998).
Sejak kebelakangan ini, media massa mahu pun media elektronik banyak
menyiarkan masalah yang berkaitan dengan pelajar. Kalau disebut pelajar sudah tentu
berkaitan dengan bidang pendidikan. Dalam satu kejadian enam pelajar lelaki dari
sebuah sekolah menengah di Petra Jaya, Kuching telah ponteng sekolah dan sekaligus
merogol seorang pelajar tingkatan satu dari sekolah yang sama (Utusan Malaysia 3
Ogos 2002). Ini berkemungkinan pelajar tersebut mengalami tekanan dari segi mental
dan emosi serta desakan hati. Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan.
Menurut Hairunnaja (2003), remaja suka meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.
Selain itu ada lagi kes iaitu lima orang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah
di Bukit Rangin, Kuantan dipercayai telah memukul seorang pelajar sekolah yang
sama selepas waktu persekolahan. Akibatnya pelajar tersebut mengalami kecederaan
di kepala, lutut, tangan, dan kaki. Puncanya dikatakan sikap tidak puas hati tertuduh
terhadap mangsa yang dikatakan telah melanggar bahu salah seorang pelajar
berkenaan di sekolah (Utusan Malaysia 10 Ogos 2002). Hal ini mungkin disebabkan
oleh kurangnya sifat empati dalam diri masing-masing serta adanya sifat yang suka
memberontak.
Apabila

diperhatikan

contoh-contoh

kelakuan

pelajar

yang

tidak

mencerminkan emosi yang stabil ini banyak disiarkan di media massa seperti Berita
Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times, The Stars dan lain-lain ataupun media
elektronik seperti televisyen, radio, dan juga internet. Peristiwa-peristiwa ini bukan
lagi menjadi sesuatu yang luar biasa dalam masyarakat masa kini. Ini menimbulkan
pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat kerana bagi mereka pelajar sudah dididik
oleh guru di sekolah dan tidak mungkin perkara sedemikian akan berlaku. Bagi para

6
guru pula ini adalah satu cabaran yang besar bagi mereka kerana pihak yang
disalahkan sudah tentulah warga pendidik. Gejala sosial yang semakin serius ini
menandakan keruntuhan moral dan memang benar bukan semua pelajar terlibat dalam
hal seperti ini dan masih ramai lagi yang berada di landasan yang betul (Sohaimi
1998).
Ekoran daripada masalah-masalah berkaitan dengan pelajar tadi, timbul
persoalan apakah sebenarnya yang berlaku kepada pelajar-pelajar zaman sekarang.
Menurut Noraini (2003), pengaruh emosi dikatakan memainkan peranan yang penting
bagi menangani masalah ini. Ini kerana kebanyakan daripada tingkah laku pelajar
lebih dikuasai dan dipengaruhi oleh emosinya. Maka dalam hal ini kecerdasan emosi
lebih penting dan diperlukan bagi membentuk individu yang berjaya. Ini selari dengan
apa yang disarankan oleh Goleman (1998) bahawa 80% kejayaan seseorang adalah
bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) bukannya kecerdasan intelektual (IQ). Ia
juga menjadi penentu bagi menangani sesuatu permasalahan dengan lebih bijak dan
berkesan.
Kecerdasan emosi menjadi semakin penting ekoran dari ketidakstabilan emosi
yang melanda diri para pelajar dalam era globalisasi sekarang. Menurut Salovey dan
Mayer (1993) kecerdasan emosi adalah keupayaan seseorang mengendalikan
emosinya bagi mengatasi sesuatu masalah. Konsep ini menjelaskan bahawa seseorang
yang berupaya menjelaskan atau menyedari emosinya, memahami dan mengawal
emosinya dengan bijak dianggap mempunyai kecerdasan emosi.
Berdasarkan kes-kes salah laku pelajar yang tidak menunjukkan kecerdasan
emosi, pengkaji merasa terpanggil untuk mengkaji tentang domain-domain kecerdasan
emosi dan melihat sama ada terdapat perbezaan persepsi kecerdasan emosi para
pelajar dilihat dari segi jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta status
sosioekonomi (SSE) keluarga. Ini kerana pada masa sekarang pengkaji melihat
bahawa para pelajar tidak menitik beratkan aspek-aspek dalaman yang berkaitan
dengan rohani dan emosi. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana zaman remaja hanya
berlaku sekali dalam hidup dan haruslah dimanfaatkan supaya tidak menyesal di
kemudian hari. Pelajar juga seharusnya lebih peka terhadap aspek berkaitan
kecerdasan dan kesedaran emosi.

1.3

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat pandangan atau persepsi pelajar
terhadap kecerdasan emosi. Berdasarkan tujuan tersebut, berikut adalah objektifobjektif kajian :
1.3.1

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi mengikut lima domain
berdasarkan jantina.
2. Mengkaji perbezaan persepsi kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian,
pencapaian akademik dan SSE keluarga.
3. Melihat sama ada terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap
kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik dan SSE keluarga.
1.3.2

Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana persepsi pelajar tingkatan empat
terhadap kecerdasan emosi. Berdasarkan tujuan-tujuan kajian di atas, berikut adalah
persoalan-persoalan yang dibina untuk kajian ini :
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap lima
domain kecerdasan emosi berdasarkan jantina?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga?

8
5. Adakah terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi
berdasarkan pencapaian akademik dengan SSE keluarga.
1.4

HIPOTESIS NULL KAJIAN


1. Ho 1 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar
terhadap mengenali emosi sendiri berdasarkan jantina.
2. Ho 2 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar
terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian.
3. Ho 3 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar
terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik.
4. Ho 4 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar
terhadap kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga.
5. Ho 5 : tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap
kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik dan SSE
keluarga.

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian tentang kecerdasan emosi adalah penting kerana ia dapat memberi maklumat
dan pengetahuan mengenai komponen kecerdasan emosi yang perlu ada pada
seseorang. Kajian ini boleh bertindak sebagai pemangkin untuk memberi kesedaran
kepada pelajar terutamanya supaya mereka boleh berfikir dengan lebih rasional
tentang apa yang harus dilakukan pada usia yang dikategorikan sebagai remaja yang
mana pada tahap ini beberapa perubahan akan berlaku sama ada dari segi fizikal,
mental, kognitif mahu pun emosi.
Maklumat yang akan diperolehi daripada kajian ini diharap dapat membantu
para pelajar menyedari tentang kepentingan kecerdasan emosi ke atas diri mereka
sendiri terutama dari segi emosi. Memandangkan isu pelajar semakin diberi perhatian

9
gara-gara pengaruh yang tidak sihat melanda, jadi kecerdasan emosi amat
dititikberatkan supaya mereka memiliki sahsiah yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.
Kajian ini adalah untuk meneliti persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi.
Hasil dari kajian ini diharap akan dapat memberi sumbangan yang amat bermakna dari
segi pemahaman tentang bagaimana mengurus dan mengendalikan emosi dalam diri
setiap pelajar. Dunia sekarang memerlukan insan yang berkualiti terutama dari segi
akademik dan sahsiah. Guru juga perlu memantau setiap pelajar agar mereka tidak
terlibat dalam gejala yang tidak sihat. Pengaruh guru di samping penglibatan ibu bapa
dalam hal ini amat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar.
1.6

DEFINISI ISTILAH

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang digunakan iaitu :


1.6.1 Kecerdasan Emosi
Menurut

Salovey dan Mayer (1990), kecerdasan emosi adalah kemampuan atau

keupayaan seseorang mengendalikan perasaannya sendiri serta dapat memahami


perasaan orang lain bagi membuat penilaian dan perbandingan dan menggunakan
pengetahuan ini yang ada ke arah pemikiran dan tindakan yang betul. Istilah-istilah
seterusnya adalah berdasarkan lima domain yang akan digunakan dalam kajian ini
iaitu berdasarkan penjelasan Salovey dan Mayer (1990) :
a)

Mengenali emosi sendiri : Menyedari dan memahami


emosinya ketika emosi itu menguasai dirinya.

b)

Mengurus emosi sendiri : Mengenal pasti rangsangan yang


mencetuskan emosi negatif dan cara mengatasinya.

c)

Memotivasikan emosi negatif : Percaya diri sendiri


mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan serta
boleh mencabar fikiran yang mencetuskan emosi negatif serta menjadikan emosi

10
sebagai alat untuk meningkatkan keupayaan diri untuk berfikir, merancang dan
menyelesaikan. Orang-orang yang memiliki sifat ini cenderung lebih produktif dan
efektif dalam segala hal yang mereka lakukan.
d)

Mengenali emosi orang lain : Atau dengan kata lain empati,


boleh mengesan perasaan orang lain, boleh melihat

atau memahami sudut

pandangan orang lain dan boleh mencetus serta menyuburkan kemesraan dan
keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang.
e)

Mengendali perhubungan : Mengenali emosi orang lain


dapat dilakukan apabila seseorang itu memiliki keupayaan pengurusan kendiri dan
empati. Dua keupayaan ini akan membentuk kuasa interpersonal yang
mengizinkan seseorang itu mencorak dan membentuk pertemuan yang berlaku
menjadi sesuatu yang positif, memberi ilham kepada orang lain, menghasilkan
perhubungan yang akrab, mempengaruhi orang lain dan membantu orang lain
mendapatkan kebahagiaan atupun ketenangan.
Beberapa istilah yang telah dijelaskan tadi, kelima-lima domain kecerdasan

emosi akan digunakan dalam kajian ini bagi melihat perbezaan antara pembolehubahpembolehubah yang telah ditetapkan.
1.7

BATASAN KAJIAN

Antara batasan kajian adalah :


1. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat di sebuah
sekolah menengah di daerah Kota Bharu Kelantan. Dua aliran telah dipilih
iaitu aliran Sains dan Sastera. Pelajar lelaki terdiri dari 49 orang dan 51 orang
adalah pelajar perempuan. Oleh itu kajian ini hanya merujuk kepada populasi
pelajar di sebuah sekolah sahaja.
2. Kajian terhad kepada pelajar tingkatan empat sahaja kerana pengkaji tidak
bercadang untuk melihat faktor umur sebagai faktor yang mempengaruhi
kecerdasan emosi.

11
1.8

KERANGKA KONSEPTUAL

Dalam kajian ini, kerangka konseptual kajian akan berdasarkan teori kecerdasan
emosi oleh Salovey dan Mayer (1990). Kecerdasan emosi adalah pembolehubah
bersandar, manakala faktor latar belakang responden seperti jantina, aliran pengajian,
pencapaian akademik dan SSE keluarga adalah pembolehubah bebas dan menjadi
faktor yang ingin dikaji berdasarkan persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi. Lima
domain yang disarankan oleh Salovey dan Mayer yang akan digunakan ialah
mengenali emosi sendiri iaitu keupayaan untuk menyedari emosinya ketika emosi
menguasai diri; mengurus emosi sendiri iaitu keupayaan seseorang mengendalikan
emosi; memotivasikan emosi negatif iaitu meningkatkan keupayaan diri untuk berfikir
dan menyelesaikan masalah; mengenali emosi orang lain pula adalah kebolehan untuk
membaca makna-makna bukan verbal manakala mengendali perhubungan adalah
kebolehan pengurusan kendiri.
Sehubungan dengan itu, kerangka konseptual ini dapatlah digambarkan seperti
rajah 1.1. Berdasarkan kerangka konseptual berikut, faktor demografi seperti jantina
akan dikaji sama ada terdapat perbezaan atau tidak menurut persepsi pelajar lelaki dan
pelajar perempuan terhadap domain-domain kecerdasan emosi. Seterusnya faktor
aliran pengajian pelajar yang terdiri dari aliran Sains dan Sastera. Kebiasaan para
pelajar yang berlainan aliran akan menunjukkan reaksi yang berbeza terhadap sesuatu
hal maka dalam kajian ini akan dikaji bagaimana persepsi mereka terhadap kecerdasan
emosi secara keseluruhan sama ada menunjukkan perbezaan atau tidak. Selain itu,
faktor pencapaian akademik pelajar diambil kira dalam menentukan persepsi mereka
terhadap kecerdasan emosi. Dalam kajian ini akan dikaji tentang bagaimana persepsi
pelajar yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah terhadap kecerdasan emosi.
Terakhir adalah faktor SSE keluarga yang juga dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
SSE tinggi, sederhana dan rendah. Kajian ini juga ingin melihat bagaimana persepsi
pelajar dalam tiga kategori tersebut melihat kecerdasan emosi sama ada menunjukkan
perbezaan atau sebaliknya. Simbol anak panah yang ditunjukkan adalah untuk
menggambarkan bagaimana berlakunya satu proses transisi antara faktor-faktor
demografi yang mewujudkan impak terhadap kecerdasan emosi.

12

Latar belakang

Kecerdasan Emosi

- Jantina

- Mengenali emosi sendiri

- Aliran pengajian

- Mengurus emosi sendiri

- Pencapaian akademik

- Memotivasikan emosi negatif

- SSE keluarga

- Mengenali emosi orang lain


- Mengendali perhubungan

RAJAH 1.1 : Kerangka konseptual kajian


1.9

RUMUSAN

Secara keseluruhannya kajian ini ingin melihat persepsi pelajar terhadap kecerdasan
emosi berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang telah ditentukan dalam
persoalan-persoalan kajian yang telah dijelaskan. Kajian ini bertujuan untuk melihat
betapa pentingnya kecerdasan emosi dikaji kerana ia semakin mendapat tempat di
dalam bidang pendidikan. Lantaran itu ramai yang mengatakan IQ tidak lagi menjadi
penyumbang kepada kecerdasan emosi yang tinggi kerana tidak semestinya orang
yang mempunyai IQ yang tinggi itu mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi.
Dalam kajian ini kajian tentang kecerdasan emosi dijalankan ke atas pelajar sekolah
menengah sebagai batasan kajian.

13
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN
Bahagian dalam bab ini akan membincangkan tentang tinjauan literatur yang
mengutarakan aspek remaja iaitu pelajar dan perkembangan emosi di kalangan mereka
serta kajian berkaitan kecerdasan emosi. Selain itu akan dijelaskan kecerdasan emosi
menurut pakar. Kajian tentang kecerdasan emosi lebih banyak dijalankan di luar
negara. Ini kerana hampir semua bahan rujukan adalah daripada luar negara.
2.2 REMAJA DAN KONSEP KECERDASAN EMOSI
Dalam kajian ini, pelajar yang terlibat berumur 16 tahun iaitu mereka berada di
tingkatan empat. Ini bermakna mereka berada di peringkat remaja. Di sini pengkaji
ingin menjelaskan sedikit tentang siapa remaja kerana pada peringkat inilah emosi
mereka menjadi bertambah matang seiring dengan peningkatan umur mereka. Secara
umumnya remaja ialah seorang anak muda yang beransur-ansur berkembang menjadi
orang dewasa, mulai matang berfikir dalam menilai perkara baik atau buruk, betul
ataupun salah. Remaja juga sering dikaitkan dengan istilah Arab iaitu akil baligh,
yang bererti cukup umur. Menurut Maznah dan Siti Noor (2002), permulaan baligh
diiringi peningkatan dalam pertumbuhan dan perkembangan saiz badan, bentuk badan,
komposisi badan, organ reproduktif, ciri sekunder jantina, dan sistem respiratori. Pada
masa inilah mereka akan mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani dan
emosi. Biasanya umur mereka sekitar 12 hingga 21 tahun.
Waktu remaja juga sering dikatakan satu masa yang amat kompleks. Ini kerana
semua perubahan fizikal, emosi dan personaliti harus mereka fahami dengan teliti
supaya masalah tersebut dapat diatasi (Mahmood Nazar 2001). Konsep emosi harus
diberi penekanan kerana pada masa inilah mereka lebih cenderung bertindak mengikut
kata hati. Emosi adalah satu perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan

14
ketakutan akan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta
menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek
emovere yang membawa maksud untuk keluar. Lantaran itu emosi akan ditonjolkan
keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh
ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan
beberapa perubahan proses fisiologi diri dan psikologi (Mahmood Nazar 2001).
Emosi bagi Mayer, Caruso dan Salovey (1999) adalah peristiwa dalaman yang
menyelaraskan subsistem psikologi termasuk tindak balas fisiologi dan kesedaran
minda. Menurut Corsini (1994) ada dua sifat emosi sama ada positif atau negatif yang
mana nilai positif atau negatif itu bergantung kepada diri seseorang individu. Emosi
juga merupakan integrasi di antara fisiologi dan psikologi serta gabungan antara
tindakan fisiologi dan rasional terhadap situasi. Emosi juga dikatakan sebagai
perasaan atau pengalaman perasaan yang bersifat subjektif, namun emosi dilihat dan
dapat dikawal oleh otak.
Pada peringkat ini remaja sering dikaitkan dengan emosi sama ada emosi
mereka dalam bersifat membina atau merosakkan sahsiah. Dalam kehidupan mereka,
emosi atau perasaan memainkan peranan yang sangat besar, kadang-kadang perasaan
itu lebih berpengaruh daripada fikiran kerana mereka inginkan kebebasan. Ini kerana
mereka mengalami perubahan yang mendadak dalam beberapa aspek kehidupan
terutamanya pertumbuhan fizikal yang memerlukan penyesuaian diri. Maka dalam hal
inilah remaja perlukan kecerdasan emosi supaya jati diri mereka akan terbentuk.
Kecerdasan emosi dalam konteks ini adalah kemampuan atau kebolehan seseorang
mengenal pasti, memproses dan mengurus emosi sendiri dan orang lain (Mayer,
Caruso & Salovey 2000).
Menurut Rohaty (1998) keremajaan merupakan masa di mana remaja
bertambah sosial atau berpeluang membina dan melaksanakan kemahiran-kemahiran
sosial mereka. Tetapi di sebalik menjadi individu yang cekap bersosial dan
mempunyai ramai rakan sebaya, keremajaan menandakan satu ketika hidup remaja itu
kerap mengalami kesunyian. Pada masa yang sama, daya pemikiran mereka belum
cukup matang untuk berfikir secara rasional, logik dan objektif. Jadi, kebanyakan
daripada tingkah laku remaja lebih dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi. Kecerdasan

15
emosi amat diperlukan kerana ia dikatakan ada hubung kaitnya dengan aspirasi remaja
kerana kecerdasan mempunyai pelbagai tafsiran dan pengertian.
Menurut Binet (dalam Rohaty 1998), kecerdasan merupakan pemikiran,
kebolehan menyesuaikan diri kepada persekitaran khususnya persekitaran baru.
Remaja yang lebih cerdas dikatakan akan lebih menyedari keupayaan dirinya serta
lebih peka kepada tahap aspirasi mereka dan sedar akan halangan-halangan yang
boleh menjerumuskan mereka ke lembah kegagalan. Dalam hal ini kecerdasan tidak
semestinya membawa kepada pencapaian akademik yang tinggi atau prestasi
akademik yang cemerlang tetapi kecerdasan emosi haruslah ditekankan kerana remaja
yang cerdas intelektualnya tidak semestinya mempunyai tahap kecerdasan emosi yang
tinggi juga. Kedua-duanya haruslah seimbang kerana ia akan mempengaruhi
kecekapan seseorang.
2.3

KONSEP KECERDASAN EMOSI

Dalam mendefinisikan kecerdasan, ia adalah istilah yang sering diperkatakan tetapi


tidak pula menepati pengertian yang sebenarnya. Bagi masyarakat umum, kecerdasan
dihubungkan dengan keupayaan mental seperti pencapaian akademik, status dalam
hierarki pekerjaan, berjaya di dalam bidang-bidang yang diceburi dan kecerdasan
minda melakukan proses kognitif seperti

mengira dan menyelesaikan masalah

(Sohaimi 1998).
Manakala aspek emosi pula tidak memerlukan seseorang itu berpangkat tinggi
atau berpelajaran tinggi untuk mencapainya. Ianya dapat dicapai melalui perhubungan
yang mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain, serta
menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Selain itu kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan atau kemampuan untuk belajar,
mengingati, memanipulasikan simbol, yang kesemuanya adalah kaedah tradisional
(Sternberg & Ruzgis 1994). Mengikut Kamus Oxford Fajar (2001), kecerdasan
diertikan sebagai kuasa belajar, faham dan taakul serta kebolehan mental.
Dalam kajian ini kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan
sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat perbandingan di

16
antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat
ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu (Young 1996). Maka di bawah
akan dijelaskan pengertian dan konsep kecerdasan emosi menurut para pakar.
2.4 KECERDASAN EMOSI MENURUT PAKAR
2.4.1 Kecerdasan Emosi Menurut Salovey Dan Mayer
Kecerdasan emosi menurut Salovey dan Mayer (1990), adalah kemampuan atau
keupayaan seseorang mengendalikan perasaannya sendiri dan memahami perasaan
orang

lain

bagi

membuat penilaian

dan

perbandingan lalu menggunakan

pengetahuan ini ke arah pemikiran dan tindakan yang betul. Walaubagaimanapun, ia


bukan hanya kemampuan seseorang mengendalikan perasaannya sendiri tetapi ia
adalah berhubung dengan kemampuan mengawal perasaan orang lain.
Konsep kecerdasan emosi pertama kali dikemukakan oleh ahli psikologi Peter
Salovey dari Universiti Harvard dan John Mayer dari Universiti New Hampshire,
Amerika Syarikat pada tahun 1990 bagi menerangkan tentang kualiti memahami
perasaan sendiri, empati terhadap perasaan orang lain dan menyalurkan emosi
bertepatan dengan kehidupan. Manakala Goleman pula menjadi orang pertama
menjadikan penyelidikan sains tingkah laku untuk melihat hubungan antara emosi dan
mental iaitu membincangkan emosi sebagai satu bentuk kecerdasan berorientasikan
biologikal (Lim 1997).
Sebenarnya kecerdasan emosi bukan konsep baru kerana sejak dari tahun 1920
lagi seorang ahli psikologi terkemuka Thorndike telah mencadangkan supaya
kebolehan untuk memahami orang lain dan bertindak dengan bijak dalam hubungan
antara manusia perlu dititikberatkan dalam pendidikan. Cadangan ini adalah konsep
kecerdasan emosi. Pada mulanya cadangan ini disambut baik tetapi pada tahun 1960,
konsep itu mula diabaikan dan dianggap sebagai konsep yang tidak praktikal kerana
dipengaruhi oleh teori-teori IQ dan buku-buku tentang darjah kecerdasan (Goleman
1995). Akhirnya pendidikan kognitif lebih dititikberatkan berbanding dengan
pendidikan

afektif.

Implikasinya

kecenderungan

ini

kurang

berjaya

untuk

menghasilkan generasi yang berakhlak mulia dan yang bersepadu dari segi jasmani,

17
emosi, rohani, intelek dan sosial. Lantaran itu wujudlah pelbagai gejala sosial di
kalangan remaja dan dewasa.
Menurut Mayer dan Salovey (1993) dan Goleman (1995), kecerdasan emosi
dilabelkan menerusi penampilan emosional. Kecerdasan emosi adalah berbeza
daripada kecerdasan umum di mana kecerdasan emosi lebih menggambarkan
kecerdasan sosial yang meliputi kemampuan memahami dan menguruskan diri
sendiri. Kecerdasan emosi sebenarnya berkait dengan kecerdasan umum yang
membentuk keupayaan, tetapi ia agak berbeza dari segi mekanisme dan manifestasi.
Mekanisme didasari oleh emosionaliti, pengurusan emosi dan sebahagian daripada
neurologikal. Manakala, manifestasi termasuklah kekuatan pengaruh verbal yang
mempengaruhi emosional dan lebih kepada transmisi maklumat keseluruhannya
melalui pengaruh emosional.
Salovey dan Mayer mengasaskan konsep kecerdasan emosi daripada gagasan
Thorndike yang merujuk kecerdasan sosial sebagai keupayaan mempengaruhi diri
sendiri dan orang lain secara dalaman, menggerakkan tingkah laku dan tindakan yang
sepatutnya berdasarkan maklumat asas. Bagaimanapun, Patton (dalam Lim 1997)
menegaskan bahawa kecerdasan emosi tidak terbentuk dengan mudah tetapi melalui
proses pembelajaran dalam kehidupan. Dengan mengambil kira pelbagai perspektif,
Mayer dan Salovey (1997) telah meluaskan definisi kecerdasan emosi berasaskan
lima kategori atau domain utama, iaitu :
1. Mengenali emosi sendiri
Mengenali emosi sendiri adalah amat penting dalam kehidupan seharian. Antara
kemahiran-kemahiran yang diperlukan

adalah sebagaimana dijelaskan oleh

Sohaimi (1998) :
a.

Mengenal pasti jenis-jenis emosi dan ciri-cirinya melalui ekspresi


wajah.

b.

Melabelkan emosi dan rangsangannya.

c.

Mengenal pasti emosi yang positif dan negatif.

d.

Memahami kepentingan emosi serta memberi peluang kepada diri


supaya mengalaminya.

18
e.

Memberi perhatian dan penilaian kepada tindakan, iaitu membezakan


di antara tindakan yang berasaskan fikiran dengan emosi.

f.

Ikhlas kepada diri sendiri.

2. Mengurus emosi sendiri


Antara kemahiran-kemahirannya yang diperlukan adalah :
a.

Mengawal keinginan atau kemahuan.

b.

Mengenal pasti rangsangan yang mencetuskan emosi negatif dan cara


mengatasinya.

c.

Bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan.

d.

Memahami kekuatan dan kelemahan diri dan bila perlu menukar strategi.

e.

Membuat pertimbangan, berupaya mengambil kira baik dan buruknya sesuatu


kemahuan sebelum bertindak.

f.

Toleransi, sanggup bertolak ansur, sabar serta dapat mengawal diri bagi
mengelak berlakunya pertelingkahan.

g.

Meditasi.

3. Memotivasikan emosi negatif


Kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi memotivasikan emosi negatif adalah
seperti berikut :
a.

Proaktif, iaitu boleh mencabar fikiran yang yang menimbulkan emosi negatif.

b.

Keyakinan, iaitu percaya kepada diri sendiri serta mempunyai keupayaan


untuk melaksanakan tugas.

c.

Optimis, iaitu menaruh harapan terhadap usaha-usaha yang dilakukan.

d.

Ketahanan mental.

e.

Berani mencuba.

4. Mengenali emosi orang lain


Kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi mengenali emosi orang lain adalah :
a. Empati, iaitu dapat merasai dan mengetahui apa yang dirasai oleh orang lain.
b. Bertolak ansur.
c. Menghormati pandangan orang lain.
d. Sensitif.
e. Memberi perhatian kepada orang lain secara jujur dan ikhlas.

19
f. Jangan mengkritik dan menghukum tanpa bukti.
g. Menguasai komunikasi bukan verbal (bahasa tubuh atau badan).
h. Tahu menjangka emosi orang lain.
5. Mengendali perhubungan
Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam mengendali
perhubungan secara terkawal :
a. Lebih prososial, iaitu mudah menyesuaikan diri di khalayak ramai.
b. Berkomunikasi dengan cara yang betul, iaitu banyak mendengar daripada
bercakap.
c. Lebih demokratik dalam berurusan dengan orang lain.
d. Hindari daripada dijangkiti emosi orang lain.
e. Elakkan individualisme kerana ia adalah bahaya.
f. Menghormati ibu bapa, ahli keluarga, jiran, guru, pemimpin dan institusi sosial.
g.

Berhemah tinggi, iaitu berbudi bahasa dan beradab di dalam pergaulan.


Namun begitu menurut Schutte et al. (1998), model asal Salovey dan Mayer

(1990) didapati merangkumi pelbagai dimensi perkembangan emosi semasa.


Tambahan pula kebanyakan dimensi model kecerdasan yang lain boleh diintegrasikan
ke dalam model ini. Kecerdasan emosi mengandungi 3 kategori kebolehan yang
paling utama iaitu mentafsir emosi, mengawal emosi dan menggunakan emosi dalam
menyelesaikan masalah. Berdasarkan 3 kategori tersebut, kelima-lima domain sudah
merangkumi apa yang dimaksudkan didalamnya. Sehubungan itu, kemahirankemahiran yang telah disebutkan di atas, menunjukkan ia adalah amat penting dalam
pembentukan kecerdasan emosi. Kemahiran-kemahiran ini sebenarnya tidak mudah
diperolehi kerana ia tidak wujud secara semula jadi, sebaliknya ia perlu dipelajari dari
kecil lagi.
2.4.2

Kecerdasan Emosi Menurut Goleman

Goleman merupakan orang yang mempopularkan konsep kecerdasan emosi. Beliau


melihat kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengenal pasti perasaan sendiri
dan perasaan orang lain, memotivasi diri sendiri dan kemampuan menguruskan emosi
dengan cara yang terbaik serta membentuk perhubungan (Goleman 1998).

20

Model kecerdasan emosi yang diketengahkan oleh Goleman adalah bertitik


tolak daripada model kebolehan yang dipelopori oleh Mayer dan Salovey. Goleman
membahagikan kecerdasan emosi kepada lima domain yang telah dikenal pasti iaitu
kesedaran kendiri, kawalan kendiri dan motivasi kendiri adalah termasuk dalam
kemampuan peribadi atau personal manakala empati dan menangani hubungan
diterangkan sebagi kecekapan sosial (Goleman 2001). Antara domain-domain
tersebut :
1.

Kesedaran kendiri
Merupakan salah satu kemahiran emosional yang melibatkan perasaan serta
mengetahui perasaan dalam satu-satu situasi. Ia juga penting dalam satu-satu
perhubungan antara pemikiran, perasaan dan tindakan (McCluskey 2000).

2.

Kawalan kendiri
Kebolehan menangani perasaan marah, takut, kesedihan, dan kebimbangan yang
melampau mengikut cara yang bersesuaian dan seimbang. Individu yang sentiasa
riang akan lebih berkeyakinan terhadap kebolehan yang ada pada mereka
(Kavanagh & Bower 1985; Salovey & Birnbaum 1989).

3.

Motivasi kendiri
Menurut Goleman (1998), motivasi kendiri adalah menggunakan kehendak utama
hati dalam menggerakkan dan memandu seseorang untuk mencapai tujuan dan
matlamat, membantu dalam mengambil inisiatif serta bersungguh-sungguh dalam
memperbaiki diri; dan tetap tabah apabila menghadapi masalah dan kekecewaan.

4.

Empati
Boleh mengesan perasaan orang lain, melihat atau memahami sudut pandangan
orang lain dan boleh mencetus, menyuburkan kemesraan serta keserasian dengan
individu dari latar belakang yang berbeza (Goleman 1998).

5.

Menangani hubungan
Merupakan kemahiran sosial yang membantu seseorang itu berinteraksi secara
berkesan dengan orang lain.

21

2.4.3

Kecerdasan Emosi Menurut Reuven Bar-On

Menurut Bar-On, Emotional Quotient Inventory (EQ-i) adalah instrumen yang telah
dibina dan digunakan untuk menyelidik konsep kepada fungsi emosi dan sosial.
Antara faktor-faktor yang dikaji oleh EQ-i dan didapati menyumbang kepada
keberkesanan fungsi emosi dan sosial adalah :
a. Mengesan faktor yang berkaitan dengan fungsi emosi dan sosial.
b. Mentakrifkan faktor-faktor tersebut sejelas mungkin.
c. Membina instrumen psikometrik yang menyelidik faktor-faktor yang terlibat.
d. Membiasakan dan menghadkan instrumen yang terlibat berdasarkan budaya.
Berikut adalah komponen utama kecerdasan emosi dan sosial menurut Bar-On
(2000) :
a. Penilaian diri (Self-Regard)
Pokok utama kesedaran emosi dan kesefahaman.
b. Kesedaran emosi (Emotional Self-Awareness)
Merupakan batu asas terhadap model konseptual kecerdasan emosi dan sosial.
c. Ketegasan dan kesungguhan (Assertiveness)
Mendapati mereka yang mengalami tekanan jiwa sukar untuk mempamerkan
perasaan mereka lantaran rasa malu atau takut dengan reaksi yang bakal diterima.
d. Kesefahaman (Empathy)
Kajian mendapati menurunkan kesefahaman boleh menjadi faktor penting kepada
tingkah laku anti sosial dan agresif yang memerlukan tindakan pemulihan.
e. Hubungan interpersonal (Interpersonal Relationship)
Mengemukakan hubungan antara kemampuan mengambil berat emosi dengan
membina serta mengekalkan hubungan interpersonal. Keinginan memberi dan
menerima hubungan perasaan bukan saja bergantung kepada sikap mengambil
berat tetapi kemampuan memahami hati dan perasaan.

22

f. Pengurusan stress atau tekanan (Stress Tolerance)


Pengurusan stress yang lemah akan memberikan tekanan. Simptom-simptomnya
adalah sukar membuat pilihan dan gangguan fizikal.
g. Kawalan kehendak (Impulse Control)
Penemuan menunjukkan tentang penerimaan sikap agresif seseorang serta
kemampuan dan mengawal tingkah laku tidak bertanggungjawab serta
bermusuhan.
h. Ujian realiti (Reality Testing)
Kebolehan mengesan dengan tepat dan memahami perasaan adalah bergantung
kepada ketepatan ujian.
i. Kebolehan penyesuaian (Flexibility)
Dapatan kajian menyatakan individu dengan skor yang rendah gemar bersikap
tegas dalam pemikiran dan tingkah laku. Ini menunjukkan individu ini tidak
fleksibel dalam hal tertentu.
j. Penyelesaian masalah (Problem Solving)
Adalah penting untuk memahami emosi dalam usaha menyelesaikan masalah yang
lebih bersifat semula jadi.
k. Optimis
Optimistik memainkan peranan sebagai terapi psikologi kerana individu yang
optimis sentiasa berfikiran positif.
l. Kesedaran diri (Self-Actualization)
Faktor ini dianggap sebagai pemandu kejayaan kerana ia adalah satu cara
meningkatkan tingkah laku bijak dengan memberikan motivasi bagi melakukan
yang terbaik.
m. Kegembiraan dan keceriaan (Happiness)

23
Dianggap sebagai barometric semula jadi. Dengan adanya kegembiraan ia
memandu kita ke arah perkara yang sepatutnya dilakukan.
n. Berdikari (Independence)
Keupayaan berdikari berkait rapat dengan tingkah laku kecerdasan emosi dan
sosial. Ia juga bergantung kepada faktor persefahaman, pengurusan stress, ujian
realiti dan penyelesaian masalah.
o. Tanggungjawab sosial (Social Responsibility)
Berdasarkan kajian lepas, tanggungjawab sosial adalah faktor penggalak kepada
keberkesanan kerja. Faktor ini termasuklah menghormati orang lain, kesetiaan
kepada organisasi dan matlamatnya.
Berdasarkan 15 komponen Bar-On tersebut, kecerdasan emosi dan sosial
merupakan gabungan keseimbangan emosi, personaliti serta sosialisasi. Ini sedikit
sebanyak mempengaruhi keupayaan dan keberkesanan dalam menghadapi kehendak
dan tekanan semasa. Berdasarkan pendapat-pendapat pakar yang telah dijelaskan,
pengkaji akan mengambil satu konsep kecerdasan emosi iaitu berdasarkan pendapat
Salovey dan Mayer (1990) untuk dijadikan sumber dalam kajian ini. Ia akan meliputi
kelima-lima domain yang telah dijelaskan sebelumnya.
2.5

KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI

Manusia yang dilahirkan mungkin cerdas dan cerdik, bertuah dan mengetahui
bermacam-macam perkara tetapi tidak selalunya berakhlak mulia (Hasan 1983).
Sehubungan dengan itu, emosi sangat bermakna dalam kehidupan mereka ketika
mengambil keputusan untuk membuat sesuatu perkara. Biasanya, tidak ada sama
sekali keputusan yang diambil oleh manusia selaras dengan pemikiran rasionalnya. Ini
kerana seluruh keputusan manusia itu dipengaruhi emosi mereka. Jika diperhatikan
keputusan-keputusan dalam kehidupan manusia, ternyata keputusannya lebih banyak
ditentukan oleh emosi daripada kepintaran akal.
Dalam huraian yang mudah, orang-orang yang memiliki kecerdasan emosi
yang tinggi ini mempunyai perwatakan yang positif dan daya kepimpinan yang tinggi.

24
Mereka boleh mengawal emosi supaya tunduk kepada akal. Hasilnya akan lahirlah
kebijaksanaan, satu perwatakan positif yang tidak boleh diukur dengan kertas ijazah
(Mingguan Malaysia 4 Januari 2004). Oleh itu kecerdasan tidak akan bererti apa-apa
apabila emosi berkuasa.
Masyarakat sering memandang seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi
sudah pasti berjaya dalam kehidupan dan kerjaya. Tetapi hakikatnya tidak sedemikian.
Ini

kerana IQ yang tinggi tidak semestinya dapat menjamin kejayaan apabila

seseorang itu mudah dikuasai oleh emosi. Dengan IQ sahaja belum tentu menjanjikan
kebahagiaan. Sebaliknya orang yang IQ sederhana mampu pula mengurus emosinya
dengan baik dan lebih berjaya daripada orang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi
gagal membendung desakan emosinya (Sohaimi 1998).
Menurut Dow (1999) IQ pada dasarnya tidak dapat diubah selepas peringkat
kanak-kanak, manakala EQ pula dapat diajar dan dipelajari. Oleh sebab itulah
kecerdasan emosi ataupun EQ semakin mendapat perhatian sekarang terutama sekali
di dalam bidang pendidikan. Menurut Goleman (dalam Elias et al. 1997) terdapat
keutamaan saling perkaitan antara emosi, pemikiran dan tindakan yang menjelaskan
kepentingan kecerdasan emosi bagi mencapai kejayaan dalam pendidikan,
kekeluargaan, persahabatan, kerjaya, komuniti dan warganegara yang menekankan
keperluan pelajar memiliki sepenuhnya kemahiran sosial, emosional dan akademik
yang mendorong pembentukan nilai keikhlasan, kesetiaan dan tanggungjawab.
2.6 KAJIAN BERKAITAN
Dalam sub topik kajian, pengkaji akan mengaitkan dengan faktor-faktor yang ingin
dikaji terhadap kecerdasan emosi serta pendapat dari kajian orang lain berkaitan
kecerdasan emosi.
2.6.1

Faktor Jantina

Jantina memainkan peranan penting dalam segala hal. Sehubungan itu perbandingan
antara lelaki dengan perempuan dalam mengekspresikan emosi dianggap berbeza.
Masalah disiplin pelajar mengundang pelbagai perspektif di kalangan guru, ibu bapa,

25
masyarakat, dan sebagainya. Ini menimbulkan tanda tanya kenapa hal ini harus terjadi.
Kadang-kadang hal ini timbul disebabkan cara dan gaya seorang guru sewaktu
mengajar yang boleh menimbulkan impak kepada pelajar tersebut sama ada dia
menyukai gurunya atau tidak. Dalam kajian ini faktor jantina akan dikaji untuk
melihat sama ada terdapat perbezaan antara persepsi kecerdasan emosi pelajar
berdasarkan lima domain iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri,
memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendali
perhubungan.
Mc Ewen dan Stellar (1993) menyatakan bahawa jantina boleh mempengaruhi
kecerdasan emosi. Menurutnya lagi, remaja lelaki lebih melibatkan diri dalam
kegiatan gejala sosial jika dibandingkan dengan remaja perempuan. Seterusnya Block
(1995) mengatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan
perempuan dalam aspek EQ dan IQ. Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa lelaki
yang mempunyai tahap IQ yang tinggi memiliki tahap intelektual yang luas dari segi
keupayaan. Perempuan yang mempunyai tahap IQ yang tinggi walaupun berkeyakinan
tinggi terhadap keintelektualan diri dan berani mencuba dengan gigih dalam bidang
yang diceburi namun cenderung mengalami kebimbangan, rasa bersalah dan teragakagak untuk menunjukkan kemarahan mereka secara terus terang apabila berlaku
percanggahan pendapat.
Begitu juga dengan kajian oleh Bar-On (dalam Goleman 1998) terhadap 1000
individu lelaki dan perempuan. Secara puratanya responden perempuan lebih sedar
tentang emosi mereka di mana ia menunjukkan lebih empati dan lebih cenderung
dalam interpersonal. Manakala responden lelaki lebih berkeyakinan, optimis, lebih
mudah menyesuaikan diri dan dapat menguruskan tekanan dengan lebih baik.
Sementara itu kajian oleh Liew et al. (1999) mendapati 79.1% murid perempuan
mempunyai kecerdasan emosi yang memuaskan apabila dibandingkan dengan muridmurid lelaki (65.6%). Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid sekolah rendah.
Walaupun mereka berada di sekolah rendah tetapi sudah menampakkan beberapa
perbezaan dari segi jantina. Menurut Liew lagi, mereka yang mempunyai kecerdasan
emosi yang memuaskan ini kerana dapat mengawal perasaan dan tindakan sendiri,
mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta mudah menjalin persahabatan dengan
orang lain.

26

Kajian oleh Su Mee Nguk (2000) ke atas 38 pelajar perempuan dan 32 pelajar
lelaki tingkatan empat menunjukkan terdapat perbezaan kecerdasan emosi. Ini
menunjukkan emosi seseorang memang berubah dan mengikut jantina. Bagi Teh
(2001), kajiannya menunjukkan min kecerdasan emosi di kalangan pelajar perempuan
(121.88) lebih tinggi berbanding pelajar lelaki (117.59). Apabila dilihat hasil-hasil
yang telah didapati dari penyelidik lain menunjukkan terdapat perbezaan kecerdasan
emosi antara lelaki dan perempuan. Bertepatan dengan kajian Multi-Health Systems
(1997) ke atas 4,500 lelaki dan 3,200 perempuan di Kanada dan Amerika
menunjukkan bahawa perempuan mempunyai hubungan interpersonal yang tinggi
berbanding lelaki. Bagi lelaki pula mereka berkebolehan dalam mengendalikan
tekanan emosi dengan lebih baik.
2.6.2

Faktor Aliran Pengajian

Dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memilih sama ada mereka ingin memasuki
aliran Sains, Sastera, Perdagangan dan sebagainya. Ini bergantung kepada keputusan
mereka di dalam peperiksaan. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat bagaimana
persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi apabila dibandingkan dengan pelajar
aliran Sains dan Sastera. Adakah terdapat perbezaan persepsi bagi pelajar dua aliran
ini kerana dari pemerhatian pengkaji pelajar dari aliran yang berbeza biasanya
mempunyai tanggapan yang berbeza juga tentang sesuatu perkara. Begitu juga dengan
manusia yang mempunyai aliran pemikiran yang berbeza, mereka akan bertentangan
pendapat apabila membincangkan tentang sesuatu perkara.
Satu kajian yang menunjukkan perbezaan antara aliran pengajian adalah kajian
oleh Su (2000) ke atas 36 pelajar aliran Sains dan 34 pelajar aliran Sastera di Sekolah
Menengah Bantuan St. Anthony, Sarikei Sarawak mendapati bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan dalam kecerdasan emosi mengikut aliran pengajian. Ini
menunjukkan aliran pengajian memberi impak kepada kecerdasan emosi.
Kajian Teh (2001) juga mendapati kecerdasan emosi pelajar adalah bergantung
kepada aliran pengajian. Pelajar dari aliran yang berlainan mempunyai skor

27
kecerdasan emosi yang berlainan juga. Ini menunjukkan aliran pengajian memberi
kesan kepada pelajar.
2.6.3

Faktor Pencapaian Akademik

Kajian kecerdasan emosi dan prestasi yang dijalankan oleh Noriah et al. (2001) ke atas
60 pelajar remaja berumur 14 hingga 16 tahun menunjukkan hubungan yang positif
antara kecerdasan emosi dan prestasi. Ini bermakna semakin meningkat umur
seseorang semakin meningkat kestabilan emosi mereka, maka semakin baik
pencapaiannya. Hal ini diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam bidang akademik
terutamanya. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin melihat persepsi kecerdasan
emosi di kalangan pelajar mengikut pencapaian akademik. Walau bagaimanapun
pengkaji hanya ingin mengkaji remaja berumur 16 tahun saja kerana tidak bercadang
membandingkan antara umur. Menurut Asmah Bee dan Iran Herman (1995) pada
tahap ini keseluruhan pemikiran mereka telah hampir terbentuk kerana struktur
kognitifnya telah matang dan jarang berubah. Pada masa inilah interaksi remaja
dengan agen sosialisasi terbina bagi menunjuk ke arah pembelajaran, kejayaan dan
kecemerlangan dalam semua bidang kehidupan.
Banyak kajian yang menunjukkan bahawa seseorang yang mempunyai
kecerdasan emosi yang tinggi adalah orang yang lebih baik dalam kerjaya, akademik
dan keluarga (Elisabeth & Lennart 2003). Kecerdasan emosi juga dapat meningkatkan
gred atau pencapaian pelajar (Living 1997). Pelajar yang mempunyai kecerdasan yang
tinggi lebih mempunyai keyakinan diri kerana tekanan ujian dan peperiksaan tidak
memberi kesan yang banyak kepada mereka. Mereka dapat melakukan ujian dengan
baik dan dapat mengendalikan kejadian yang berlaku dalam kehidupan mereka.
Menurut Funderstanding (1998) yang telah membincangkan tentang kajian
yang dilakukan oleh pakar-pakar kecerdasan emosi mengatakan bahawa kesihatan
emosi adalah dasar bagi pembelajaran yang lebih efektif. Menurut laporan National
Center for Clinical Infant Programs , elemen yang paling penting untuk kejayaan
pelajar di sekolah adalah pengetahuan bagaimana pelajar itu belajar (understanding
how to learn). Kandungan utama bagi pengetahuan ini adalah seperti berikut :
1. Keyakinan.

28
2. Keinginan untuk mengetahui.
3. Kawal diri.
4. Keupayaan menggabung.
5. Keupayaan berkomunikasi.
6. Keupayaan bekerjasama.
Semua sifat di atas adalah aspek penting dalam kecerdasan emosi. Ini
menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dapat meramalkan kejayaan seseorang pada
masa hadapan. Selain itu mereka yang selalu ceria dapat menerima lebih banyak
maklumat dan lebih efektif berbanding dengan mereka yang sering tidak berpuas hati
dalam melakukan sesuatu kerja (Funderstanding 1998).
Kajian oleh Su (2000) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara
kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Skor kecerdasan emosi pelajar
mempunyai hubungan positif yang lemah dengan pencapaian akademik tetapi masih
mempunyai kebarangkalian yang signifikan, iaitu dengan aras 0.037 (p< 0.51). Dalam
hal ini, boleh dikatakan bahawa pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang
tinggi tidak semestinya mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi.
2.6.4

Faktor SSE Keluarga

Dalam hal ini, pengkaji ingin melihat sama ada SSE keluarga mempengaruhi
kecerdasan emosi atau sebaliknya. Goleman (1995) melaporkan hasil tingkahlaku
positif di kalangan pelajar berstatus sosio rendah dan pertengahan yang telah
menyertai program pembelajaran sosial dan emosi (SEL) di Amerika Syarikat.
Hasilnya terdapat perbezaan antara pelajar yang menyertai program SEL berbanding
pelajar di sekolah kawalan iaitu mereka lebih bertanggungjawab, lebih asertif, lebih
sedia membantu, lebih mudah memahami orang lain, lebih prihatin dan mempunyai
kemahiran resolusi yang tinggi.
Seterusnya kajian Teh (2001), menunjukkan hasil ujian korelasi tidak
menunjukkan perkaitan yang signifikan antara SSE dengan kecerdasan emosi remaja
(r=0.02, p>0.05). Ini memberi pengertian bahawa SSE tidak mempengaruhi
perkembangan kecerdasan emosi remaja. Sebaliknya kajian Lempers et al. 1997

29
(dalam Teh) menyatakan bahawa tekanan ekonomi menyebabkan ibu kurang memberi
tumpuan serta sokongan terhadap anak dan secara tidak langsung emosi anak akan
tertekan. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tekanan ekonomi dan
kecerdasan emosi.
2.7

RUMUSAN

Kecerdasan emosi perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan ia semakin


mendapat tempat di kalangan penyelidik dan masyarakat. Ini kerana kecerdasan emosi
dapat diajar dan dipelajari, tetapi tidak pada IQ. Hal ini disebabkan seseorang yang
mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi akan dapat mengawal dan
mengendalikan sebarang urusan dengan lebih teratur dan hidup mereka akan lebih
bermakna walaupun IQ-nya hanya sederhana. Dalam bab ini telah dijelaskan tentang
kajian-kajian kecerdasan emosi yang telah dijalankan sama ada di dalam atau luar
negara. Dalam bab ini juga telah dijelaskan dari faktor apakah kecerdasan emosi ingin
dikaji. Ini kerana bidang pendidikan perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana ia
berkaitan dengan perkembangan remaja terutama di peringkat menengah.

30

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN

Penyelidikan yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan emosi di
kalangan pelajar berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik dan SSE
keluarga. Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian,
responden kajian, instrumen yang digunakan, pembolehubah kajian, kajian rintis,
tatacara kajian dan tatacara penganalisisan data.
3.2

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik. Pengkaji
menggunakan soal selidik sepenuhnya untuk menguji hipotesis-hipotesis yang
dikemukakan. Soal selidik ini ditadbirkan sekali sahaja. Pengkaji memilih pendekatan
kuantitatif kerana data lebih mudah diperolehi melalui soal selidik kajian. Menurut
Singgih (2002) pendekatan kuantitatif merupakan data yang dinyatakan dalam bentuk
angka. Ini kerana statistik hanya boleh memproses data yang berbentuk angka.
Borang soal selidik pula adalah satu alat penyelidikan yang sering digunakan
dalam kajian tinjauan. Tujuan utama borang ini ialah bagi mendapatkan maklumat
tentang latar belakang responden (T. Subahan et al. t.th). Dalam penyelidikan ini, soal
selidik digunakan oleh pengkaji untuk mengukur kecerdasan emosi pelajar tingkatan
empat di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu Kelantan.
3.3

RESPONDEN KAJIAN

Responden kajian dipilih secara rawak daripada pelajar tingkatan empat dari dua
aliran iaitu aliran Sains dan Sastera di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu

31
Kelantan. Bilangan responden adalah 100 orang, yang mana seramai 50 orang dari
aliran Sains dan 50 orang dari aliran Sastera.
Rasional pengkaji memilih pelajar tingkatan empat sahaja adalah kerana
pengkaji tidak bertujuan untuk membuat perbandingan mengikut umur dan pada
peringkat ini (16 tahun ke atas) mereka lebih matang dan sistematik dalam
menghadapi masalah. Pengkaji hanya ingin melihat persepsi kecerdasan emosi serta
perbezaannya berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta SSE
keluarga pelajar.
3.4

INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini akan digunakan instrumen kajian berupa soal selidik kecerdasan
emosi pelajar.
3.4.1

Soal Selidik Kajian

Soal selidik kajian mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan B.


Bahagian A :
Terdiri dari 4 item tentang biodata atau latar belakang pelajar iaitu :
a. Jantina
b. Aliran pengajian
c. Pencapaian akademik (PMR)
d. SSE keluarga
Dalam kajian ini, pencapaian akademik seorang pelajar dirujuk kepada
keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelumnya. Pencapaian
dalam konteks ini membawa maksud kemampuan pelajar untuk mendapat skor yang
baik dalam peperiksaan yang didudukinya. Secara keseluruhannya, pemberian gred
yang diskor dalam PMR iaitu : A=5, B=4, C=3, D=2, dan E=1. Purata dikira dengan
mencampurkan jumlah markah yang dapat dan dibahagikan dengan bilangan subjek
yang diambil. Min skor menjulat dari 1.0 hingga 5.0, kemudian min skor telah

32
dikategorikan kepada tiga tahap iaitu Tinggi (3.31 hingga 5.0), Sederhana (1.71
hingga 3.30) manakala Rendah (1.00 hingga 1.70). Berikut ditunjukkan pencapaian
akademik pelajar dalam bentuk jadual.
JADUAL 3.1 : Pencapaian akademik pelajar berdasarkan skor min
Min skor

Interpretasi

1.00 hingga 1.70

Rendah

1.71 hingga 3.30

Sederhana

3.31 hingga 5.00

Tinggi

Sumber : Ubah suai daripada Teh (2001)


SSE keluarga pula telah dibahagikan kepada tiga kategori pendapatan iaitu :
1) Rendah (Kurang dari RM 1000 )
2) Sederhana (RM 1000 hingga RM 2500)
3) Tinggi (RM 2500 ke atas)
Menurut Marimuthu (1983), status sosioekonomi atau kelas sosial sebagai
indeks secara keseluruhan tentang latar belakang sosial, sama ada merujuk kepada
pekerjaan sahaja atau gabungan antara pekerjaan, pendapatan dan taraf pendidikan
bapa atau ketua keluarga. Maka dalam kajian ini pengkaji cuma mengklasifikasikan
purata pendapatan keluarga sahaja sebagaimana pembahagian di atas.
Bahagian B :
Bahagian ini adalah soal selidik kecerdasan emosi diubahsuai daripada Teh (2001).
Menurut Teh, soal selidik yang digunakan tersebut berdasarkan kepada Model
Konseptual EQ Salovey dan Mayer (1990) yang meliputi domain mengenali emosi
sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi
orang lain dan mengendalikan perhubungan. Dalam kajiannya tentang Pengaruh
kecerdasan emosi (EQ) dan amalan keibubapaan ibu terhadap EQ remaja, Teh telah
menjalankan kajian terhadap pelajar tingkatan empat iaitu yang berumur 16 tahun

33
yang telah disesuaikan dengan soal selidik kecerdasan emosi Schutte et al. Ujian
kecerdasan emosi mempunyai 33 item yang terdiri daripada domain berikut :
1. Mengenali emosi sendiri (item B1.1 hingga B1.7)
2. Mengurus emosi sendiri (item B2.1 hingga B2.8)
3. Memotivasikan emosi negatif (item B3.1 hingga B3.5)
4. Mengenali emosi orang lain (item B4.1 hingga B4.7)
5. Mengendali perhubungan (item B5.1 hingga B5.6)
Pelajar dikehendaki menjawab setiap item berdasarkan lima kategori berdasarkan lima
Skala Likert iaitu :
1.

Sangat Tidak Setuju (STS)

2.

Tidak Setuju (TS)

3.

Tidak Pasti (TP)

4.

Setuju (S)

5.

Sangat Setuju (SS)


Skor kecerdasan emosi dihitung dengan menjumlahkan skor-skor item bagi

kesemua 33 item tersebut pada skala. Oleh itu, skor maksimum bagi kecerdasan emosi
adalah sebanyak 165, manakala skor minimum pula ialah 33. Item yang bernombor
B3.5, B4.1 dan B4.7 adalah item negatif yang perlu dikod semula iaitu 1=5, 2=4, 3=3,
4=2, dan 5=1. Skor untuk item negatif ini akan diterbalikkan seperti berikut :
1. Sangat Setuju (SS)
2. Setuju (S)
3. Tidak Pasti (TP)
4. Tidak Setuju (TS)
5. Sangat Tidak Setuju (STS)
Antara contoh item-item negatif adalah seperti berikut :
a)

Apabila menghadapi sesuatu masalah, saya


berputus asa kerana saya percaya bahawa saya akan gagal (item B3.5).

b) Saya berasa sukar untuk memahami mesej bukan lisan (non-verbal) orang lain
(B4.1).
c) Adalah sukar bagi diri saya untuk memahami perasaan orang lain (B4.7).

34

3.4.2

Pembolehubah Kajian

Dalam kajian ini terdapat dua pembolehubah iaitu pembolehubah bebas (tidak
bersandar) dan pembolehubah bersandar. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah
jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik berdasarkan keputusan PMR serta SSE
keluarga. Pembolehubah bersandar pula ialah kecerdasan emosi pelajar yang diperoleh
melalui instrumen yang digunakan oleh Teh (2001).
3.5 KAJIAN RINTIS
Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar tingkatan empat di salah
sebuah sekolah di negeri Selangor. Ia bertujuan untuk menentukan soalan dalam
borang soal selidik ini mudah difahami serta sesuai atau tidak bagi pelajar. Selain itu
bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Para pelajar tidak
mengalami sebarang masalah ketika menjawab soalan kerana ia telah disesuaikan dan
diubahsuai ayat mengikut kesesuaian bahasa. Wiersma (2000) berpendapat bahawa
item-item dalam soal selidik ini perlu dicuba terlebih dahulu ke atas sekumpulan kecil
dalam kajian rintis sebelum digunakan untuk kajian sebenar.
Kajian

rintis

dijalankan

bertujuan

untuk

menguji

kesahan

dan

kebolehpercayaan alat kajian. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan instrumen


kecerdasan emosi ini iaitu 0.7868, menunjukkan kebolehpercayaan yang sederhana
tinggi dan menunjukkan bahawa item-item yang dikemukakan itu boleh diterima dan
dipercayai. Menurut Zaidatun dan Mohd Salleh (2003), nilai maksimum bagi pekali
kebolehpercayaan ialah 1. Sekiranya nilai tersebut kurang dari 0.6, maka bolehlah
dianggap instrumen yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah.
3.6

TATACARA KAJIAN

Langkah-langkah berikut telah diambil bagi melancarkan proses kajian ini :


1. Menyediakan proposal kajian dengan soal selidik.

35
2. Pengkaji memohon kebenaran membuat penyelidikan daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
setelah mendapat kelulusan dari penyelia.
3. Setelah mendapat kelulusan tersebut, pengkaji memohon kebenaran daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
4. Surat rasmi dikeluarkan untuk mendapat kebenaran kajian di sekolah berkaitan
melalui kebenaran pengetua sekolah.
5. Membuat temu janji dengan pihak sekolah untuk mentadbir soal selidik.
6. Soal selidik ditadbir dengan bantuan seorang guru kepada para pelajar. Mereka
diberitahu terlebih dahulu tatacara menjawab soal selidik serta segala maklumat
yang diberikan adalah rahsia, hanya untuk kajian sahaja.
7. Segala data dari soal selidik dikumpul dan diproses dengan menggunakan kaedah
SPSS iaitu Statistical Package for the Social Science versi 11.5.
8. Analisis data dan laporan akhir penyelidikan dibuat.
3.7 TATACARA PENGANALISISAN DATA
Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5.
Statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi.
3.7.1

Analisis Deskriptif

Analisis secara deskriptif iaitu akan memberi gambaran awal terhadap bilangan
sampel, jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta SSE keluarga. Selain itu
analisis deskriptif meliputi min dan peratusan persepsi pelajar terhadap kecerdasan
emosi secara berdasarkan yang diutarakan oleh Salovey dan Mayer (1990).
3.7.2

Menguji Hipotesis

Bagi menguji hipotesis-hipotesis yang telah dibina, analisis statistik inferensi


digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara
pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Dalam kajian ini akan dijelaskan tentang
ujian-ujian yang akan digunakan bagi menguji hipotesis-hipotesis tersebut.

36
3.7.2.1 MANOVA
MANOVA adalah singkatan dari Multivariate analysis of variances yang merupakan
lanjutan dari ANOVA. MANOVA membolehkan kita menganalisis perbezaan antara
min berdasarkan pembolehubah bersandar yang lebih daripada satu (Zaidatun 2003).
Dalam kajian ini, ujian MANOVA digunakan bagi melihat perbezaan persepsi lima
domain kecerdasan emosi berdasarkan jantina.
3.7.2.2

Ujian-t

Ujian-t yang digunakan bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan
antara min dua kumpulan sampel yang tidak berkait (Zulkarnain Zakaria &
Hishamuddin 2001). Dalam kajian ini ujian-t digunakan bagi melihat perbezaan
persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian pelajar.
3.7.2.3 ANOVA 2 Hala
ANOVA 2 Hala adalah kaedah Simple Factorial yang paling mudah dan melibatkan
proses menganalisis varians bagi satu pembolehubah bersandar berdasarkan dua
pembolehubah tidak bersandar (Zaidatun 2003). Dalam kajian ini ANOVA 2 Hala
digunakan bagi melihat perbezaan antara persepsi kecerdasan emosi berdasarkan
pencapaian akademik pelajar dengan SSE keluarga. Seterusnya akan dilihat sama ada
terdapat kesan interaksi antara kedua-dua pembolehubah tersebut.
3.8

RUMUSAN

Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan bertujuan untuk
melihat perbezaan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berasaskan lima
domain yang dilihat dari aspek jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik dan
SSE keluarga di kalangan pelajar. Sampel kajian terdiri dari pelajar tingkatan empat
yang berumur 16 tahun. Dua aliran pengajian telah diambil iaitu aliran Sains dan
Sastera. Pencapaian akademik adalah berdasarkan keputusan PMR. Data dan
maklumat pelajar didapati dari maklumbalas terhadap soal selidik yang telah diedar
dan ditadbir dengan bantuan seorang guru kaunseling. Tumpuan telah diberikan dalam

37
proses pengumpulan dan penganalisisan data. Alat kajian berupa soal selidik latar
belakang pelajar dan ujian kecerdasan emosi. Seterusnya analisis data telah dijalankan
secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kemudian data diproses dengan
menggunakan pakej SPSS versi 11.5.

38
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

PENDAHULUAN

Bab ini akan membentangkan hasil analisis data kajian dan deskripsinya meliputi
profil responden pelajar diikuti dengan analisis tentang perbezaan persepsi kecerdasan
emosi pelajar berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik dan SSE
keluarga.
4.2

PROFIL RESPONDEN KAJIAN

Responden kajian terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat di sebuah
sekolah di daerah Kota Bharu Kelantan. Berdasarkan jadual 4.1, seramai 49 orang
(49.0%) adalah pelajar lelaki dan 51 orang (51.0%) adalah pelajar perempuan.
Majoriti responden seramai 68 orang (68.0%) adalah adalah dari SSE rendah, 26
orang (26.0%) dari SSE sederhana manakala 6 orang (6.0%) lagi dari SSE tinggi. Dari
segi pencapaian akademik pula, seramai 8 orang (8.0%) mendapat pencapaian rendah,
26 orang (26.0%) mendapat pencapaian sederhana manakala 66 orang (66.0%)
mendapat pencapaian tinggi. Responden kajian hanya terdiri dari pelajar dari satu
sekolah sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan kepada pelajar dari sekolah lain.

JADUAL 4.1 : Profil Responden Kajian

39
Latar belakang responden

Frekuensi

Peratus

Jantina

Lelaki
Perempuan

49
51

49.0
51.0

Aliran

Sains
Sastera

50
50

50.0
50.0

Pencapaian PMR

Rendah
Sederhana
Tinggi

8
26
66

8.0
26.0
66.0

SSE keluarga

Rendah
Sederhana
Tinggi

68
26
6

68.0
26.0
6.0

4.3 ANALISIS DESKRIPTIF


Sebelum membincangkan tentang hasil kajian berdasarkan statistik inferensi, pengkaji
ingin melihat secara deskriptif bagi lima domain setiap item kecerdasan emosi di
kalangan pelajar. Ini termasuk kekerapan yang menjawab sangat tidak setuju, tidak
setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju serta skor min yang diperolehi bagi setiap
item. Analisis ini juga akan mengukur min dan sisihan piawai bagi kelima-lima
domain kecerdasan emosi ini.
4.3.1

Skor Min Kecerdasan Emosi Berdasarkan Lima Domain

Berikut adalah jadual item yang dilihat secara deskriptif bagi aspek mengenali emosi
sendiri di kalangan pelajar. Dalam jadual 4.2 dan rajah 4.1, item yang mendapat skor
min tertinggi adalah item B1.3 (4.27). Ini menunjukkan bahawa para pelajar dapat
menilai peristiwa yang berlaku dalam diri mereka sama ada ia penting atau
sebaliknya. Seramai 45 orang mengatakan sangat setuju, 43 orang mengatakan
setuju, 7 orang mengatakan tidak pasti, 4 orang mengatakan tidak setuju dan 1
orang mengatakan sangat tidak setuju.
Manakala item yang mendapat skor min paling rendah adalah item B1.1
(3.26). Seramai 37 orang mengatakan tidak pasti, 35 orang mengatakan setuju, 15

40
orang mengatakan tidak setuju, 8 orang mengatakan sangat setuju dan 5 orang
mengatakan sangat tidak setuju.
JADUAL 4.2 : Skor Min Mengenali Emosi Sendiri.
No
B1.1
B1.2

B1.3

B1.4
B1.5
B1.6
B1.7

Item
Saya dapat menceritakan masalah
peribadi saya kepada orang lain pada
masa yang sesuai.
Apabila menghadapi masalah, saya
teringat masalah yang hampir sama
yang pernah saya hadapi dan
mengatasinya.
Sesetengah peristiwa dalam hidup
saya telah membimbing saya menilai
semula apa yang penting dan apa
yang tidak penting.
Emosi merupakan sesuatu yang
menjadikan hidup saya bermakna.
Saya menyedari emosi yang saya
alami.
Saya sedar kenapa emosi saya
berubah.
Saya mudah mengesan emosi yang
saya alami.

STS
5

TS
15

TP
37

S
35

SS
8

Min
3.26

37

47

10

3.59

43

45

4.27

12

35

31

17

3.43

35

49

13

3.70

38

39

15

3.59

12

43

24

15

3.30

4.4

4.2

4.0

3.8

3.6

Min

3.4

3.2
3.0
B1.1

B1.2

B1.3

B1.4

B1.5

B1.6

B1.7

Item-item Mengenali Emosi Sendiri

RAJAH 4.1 : Graf Skor Min Mengenali Emosi Sendiri


Jadual 4.3 dan rajah 4.2 menunjukkan persepsi pelajar terhadap aspek mengurus
emosi sendiri. Skor min yang tertinggi adalah bagi item B2.4 (4.44). Hal

ini

41
menunjukkan bahawa para pelajar berupaya mengatasi setiap masalah apabila diri
mereka berada dalam keadaan yang baik. Manakala skor min terendah adalah bagi
item B2.2 (3.18). Bagi item B2.4, didapati tiada seorang responden pun yang
menjawab tidak setuju. Kebanyakannya mengatakan sangat setuju iaitu seramai 56
orang, setuju seramai 34 orang, tidak pasti seramai 9 orang manakala sangat tidak
setuju hanya 1 orang sahaja. Secara keseluruhannya, kekerapan yang paling tinggi
adalah bagi skala tidak pasti manakala kekerapan yang paling rendah adalah skala
sangat tidak setuju.
JADUAL 4.3 : Skor Min Mengurus Emosi Sendiri
No
B2.1
B2.2
B2.3
B2.4
B2.5
B2.6
B2.7
B2.8

Item
Saya menyedari mesej bukan lisan
yang saya hantar kepada orang lain.
Apabila cara fikiran (mood) saya
berubah, saya terjumpa peluang
baru.
Apabila mengalami emosi positif,
saya tahu bagaimana untuk
mengekalkannya.
Apabila mood baik, saya dapat
mengatasi masalah dengan mudah.
Apabila mood baik, saya dapat
menghasilkan idea baru dengan
cepat.
Saya dapat mengawal emosi saya.
Saya menggunakan mood yang
baik untuk membantu diri saya
dalam menghadapi cabaran hidup.
Apabila berlaku perubahan emosi,
saya cenderung mengeluarkan ideaidea baru.

STS

TS

TP

SS

Min

12

40

38

3.30

14

51

18

12

3.18

41

33

19

3.63

34

56

4.44

17

41

40

4.18

2
2

8
6

42
21

35
39

13
32

3.49
3.93

51

28

3.28

42
4.6
4.4
4.2
4.0
3.8
3.6

Min

3.4
3.2
3.0
B2.1

B2.2

B2.3

B2.4

B2.5

B2.6

B2.7

B2.8

Item-item Mengurus Emosi Sendiri


RAJAH 4.2 : Graf Skor Min Mengurus Emosi Sendiri
Jadual 4.4 dan rajah 4.3 menunjukkan aspek memotivasikan emosi negatif. Dalam
aspek ini terdapat satu item negatif iaitu item B3.5. Skor yang ditunjukkan adalah
menunjukkan nilai yang sebaliknya. Terdapat dua item yang menunjukkan nilai min
yang sama iaitu item B3.1 dan item B3.4 (4.13). Tetapi apabila dilihat antara keduanya
menunjukkan item B3.4 menyatakan sangat setuju seramai 40 orang, 35 orang
mengatakan setuju, 24 orang mengatakan tidak pasti, hanya 1 orang mengatakan
sangat tidak setuju manakala tiada seorang pun yang mengatakan tidak setuju.
Secara keseluruhannya kekerapan yang paling tinggi adalah bagi skala setuju
manakala kekerapan yang paling rendah adalah skala tidak setuju. Skor min terendah
adalah pada item B3.5 (1.84). Walaupun mendapati nilai min rendah tetapi ini adalah
item negatif yang mana nilainya adalah sebaliknya. Ini menunjukkan pelajar memang
dapat memotivasikan diri mereka kerana mereka tidak akan berputus asa walaupun
menghadapi sesuatu masalah dalam hidup.

JADUAL 4.4 : Skor Min Memotivasikan Emosi Negatif

43

No
B3.1
B3.2
B3.3
B3.4

B3.5

Item
Saya jangka akan melakukan
dengan baik ke atas setiap
perkara yang saya cuba.
Saya menjangkakan perkara
yang baik akan berlaku.
Saya mencari aktiviti-aktiviti
yang dapat menggembirakan
saya.
Saya memberi motivasi kepada
diri
saya
dengan
membayangkan sesuatu yang
baik akan terhasil daripada
tugas yang saya lakukan.
Apabila menghadapi sesuatu
masalah, saya berputus asa
kerana saya percaya bahawa
saya akan gagal.

STS

TS

TP

SS

Min

21

39

38

4.13

52

30

12

3.46

49

43

4.33

24

35

40

4.13

46

33

14

1.84

4.5

4.0

3.5

3.0

2.5

Min

2.0

1.5
B3.1

B3.2

B3.3

B3.4

B3.5

Item-item Memotivasikan Emosi Negatif

RAJAH 4.3 : Graf Skor Min Memotivasikan Emosi Negatif

Jadual 4.5 dan rajah 4.4 menunjukkan aspek mengenali emosi orang lain. Terdapat dua
item negatif bagi aspek ini iaitu item B4.1 dan item B4.7. Bagi item B4.1 kebanyakan

44
pelajar menjawab tidak pasti iaitu seramai 48 orang, diikuti tidak setuju seramai 22
orang, setuju seramai 21 orang, sangat setuju 6 orang dan 3 orang menjawab
sangat tidak setuju. Skor min bagi item ini menunjukkan nilai terendah iaitu 2.95.
Item yang menunjukkan skor min tertinggi adalah item B4.4 (3.60). Seramai 43 orang
mengatakan setuju diikuti 30 orang mengatakan tidak pasti, 16 orang mengatakan
sangat setuju, 7 orang mengatakan tidak setuju dan 4 orang mengatakan sangat
tidak setuju. Kesimpulannya, kekerapan yang paling tinggi adalah bagi skala tidak
pasti. Skor min terendah pada item B4.1 (2.95). Berdasarkan item tersebut para
pelajar nampaknya tidak pasti tentang tahap pemahaman isyarat dari orang lain.
Dengan kata lain mereka kurang menunjukkan sikap peka terhadap apa yang ingin
orang lain sampaikan kepada mereka. Kekerapan yang paling rendah adalah bagi skala
sangat tidak setuju.
JADUAL 4.5 : Skor Min Mengenali Emosi Orang Lain.
No
B4.1
B4.2
B4.3
B4.4

B4.5
B4.6
B4.7

Item
Saya berasa sukar untuk memahami
mesej bukan lisan (non-verbal) orang
lain.
Sekali pandang mimik muka orang, saya
dapat mengecam emosi yang sedang
dialaminya.
Saya sedar akan mesej tanpa lisan yang
orang lain hantar kepada saya.
Apabila seseorang memberitahu saya
tentang sesuatu peristiwa yang berlaku
dalam hidupnya, saya rasakan seolah-olah
diri saya pernah mengalami peristiwa itu.
Saya dapat mengetahui perasaan orang
lain dengan sekali pandang pada muka
mereka.
Saya
dapat
mengetahui
perasaan
seseorang dengan berpandukan intonasi
suara orang itu.
Adalah sukar bagi diri saya untuk
memahami perasaan orang lain.

STS
3

TS
22

TP
48

S
21

SS
6

Min
2.95

11

42

35

11

3.44

13

44

31

3.26

30

43

16

3.60

54

25

3.16

33

43

3.36

34

24

28

3.02

45

3.8
3.6
3.4
3.2

Min

3.0
2.8
B4.1

B4.2

B4.3

B4.4

B4.5

B4.6

B4.7

Item-item Mengenali Emosi Orang Lain


RAJAH 4.4 : Graf Skor Min Mengenali Emosi Orang Lain
Jadual 4.6 dan rajah 4.5 adalah aspek mengendali perhubungan. Item tertinggi skor
min adalah pada item B5.5 (4.14). Ini menunjukkan para pelajar dapat menghargai
orang lain dengan cara memuji mereka tetapi perlu diingat bahawa perkara ini
mestilah penuh dengan keikhlasan. Seramai 51 orang menjawab setuju, 36 orang
menjawab sangat setuju, 7 orang menjawab tidak setuju, 5 orang menjawab tidak
pasti manakala selebihnya hanya 1 orang menjawab sangat tidak setuju. Item
terendah nilai min adalah item B5.3 (3.00). Seramai 40 orang mengatakan tidak
pasti, 25 orang mengatakan setuju, 21 orang mengatakan tidak setuju, 8 orang
mengatakan sangat tidak setuju manakala 6 orang mengatakan sangat setuju.
Kesimpulannya kekerapan yang paling tinggi adalah pada skala setuju manakala
kekerapan paling rendah adalah pada skala sangat tidak setuju.

JADUAL 4.6 : Skor Min Mengendali Perhubungan.

46

No
B5.1
B5.2
B5.3
B5.4
B5.5
B5.6

Item
Orang lain berasa senang untuk
meluahkan perasaan mereka kepada
saya.
Saya suka berkongsi emosi dengan
orang lain.
Saya mengatur rancangan / aktiviti
untuk orang lain menikmatinya.
Saya menonjolkan diri dalam gaya
yang dapat menunjukkan gambaran
yang baik kepada orang lain.
Saya memuji orang lain sekiranya
mereka melakukan sesuatu dengan
baik.
Saya membantu orang lain berasa
lega sedikit apabila mereka tidak
bersemangat.

STS

TS

TP

SS

Min

38

38

18

3.65

22

31

32

3.08

21

40

25

3.00

30

37

24

3.73

51

36

4.14

22

43

27

3.88

4.4
4.2
4.0
3.8
3.6
3.4

Min

3.2
3.0
2.8
B5.1

B5.2

B5.3

B5.4

B5.5

B5.6

Item-item Mengendali Perhubungan


RAJAH 4.5 : Graf Skor Min Mengendalikan Perhubungan

Dalam jadual 4.7 dan rajah 4.6 di bawah adalah min keseluruhan bagi setiap domain
kecerdasan emosi. Skor min mengurus emosi sendiri mencatatkan skor tertinggi di
antara kelima domain tersebut iaitu (m=29.43, sp=3.418). Ini menunjukkan bahawa

47
semua responden yang terlibat dalam kajian ini mempunyai skor yang tinggi dalam
domain tersebut. Manakala domain memotivasikan emosi negatif menunjukkan skor
min yang agak rendah berbanding dengan domain lain, ini dibuktikan dengan catatan
skor nilai min terendah (m=17.89, sp= 2.269). Skor ini menunjukkan perbezaan yang
agak ketara berbanding dengan empat domain kecerdasan emosi yang lainnya.
JADUAL 4.7 : Skor min keseluruhan domain dan sisihan piawai
Domain EQ
Mengenali emosi sendiri

Min
25.14

Sisihan Piawai
3.085

Mengurus emosi sendiri

29.43

3.418

Memotivasikan emosi negatif

17.89

2.269

Mengenali emosi orang lain

22.79

3.043

Mengendali perhubungan

21.48

2.876

32
30
28
26
24
22

Mean

20
18
16
D1

D2

D3

D4

D5

Domain-domain Kecerdasan Emosi

RAJAH 4.6 : Graf Skor Min Kelima-lima Domain Kecerdasan Emosi

Seterusnya akan dibincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan statistik inferensi


yang terdiri daripada MANOVA, ANOVA 2 Hala dan Ujian-t.

48
4.4

Analisis Inferensi

4.4.1

MANOVA

Berikut adalah analisis MANOVA bagi persepsi kecerdasan emosi dilihat dari lima
domain berdasarkan jantina. Berdasarkan hasil analisis tersebut, kesimpulan yang
dapat dibuat berdasarkan hipotesis null 1 akan dijelaskan mengikut sub-hipotesis
setiap domain :
1. Ho 1 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
lima domain kecerdasan emosi berdasarkan jantina.
Ho 1(1) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar pelajar
terhadap mengurus emosi sendiri berdasarkan jantina.
Nilai p adalah 0.199 iaitu lebih besar dari nilai 0.05 (p > 0.05; sp=3.085).

Ini

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek mengenali emosi
sendiri di kalangan pelajar berdasarkan jantina. Hasil kajian menunjukkan apabila
nilai p lebih besar, menunjukkan bahawa hipotesis null 1(1) diterima.
Ho 1(2) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
mengurus emosi sendiri berdasarkan jantina.
Nilai p adalah 0.089 iaitu lebih besar daripada nilai 0.05 (p > 0.05; sp=3.418). Ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi mengurus
emosi sendiri berdasarkan jantina. Oleh kerana nilai p lebih besar, maka hipotesis null
1(2) ini juga harus diterima.
Ho 1(3) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar

terhadap

memotivasikan emosi negatif berdasarkan jantina.


Nilai p adalah 0.046 iaitu lebih kecil daripada nilai 0.05 (p < 0.05; sp = 2.269). Ini
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi memotivasikan
emosi negatif berdasarkan jantina. Oleh kerana nilai p lebih kecil, maka hipotesis null
1(3) ini harus ditolak.
Ho 1(4) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
mengenali emosi orang lain berdasarkan jantina.

49
Nilai p adalah 0.043 iaitu lebih kecil daripada nilai 0.05 (p < 0.05; sp = 3.043). Ini
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi mengenali emosi
orang lain berdasarkan jantina. Oleh kerana nilai p juga lebih kecil, maka hipotesis
null 1(4) ini juga harus ditolak.
Ho 1(5) : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
mengendali perhubungan berdasarkan jantina.
Nilai p adalah 0.088 iaitu lebih besar daripada nilai 0.05 (p > 0.05; sp = 2.876). Ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi mengendali
perhubungan berdasarkan jantina. Oleh kerana nilai p lebih besar, maka hipotesis null
1(5) ini harus diterima.
JADUAL 4.8 : Keputusan Analisis MANOVA Bagi Kecerdasan Emosi Mengikut
Domain Berdasarkan Jantina.
.
Pembolehubah bebas

Min

Nilai F

Mengenali emosi sendiri


Mengurus emosi sendiri
Memotivasikan emosi negatif
Mengenali emosi orang lain
Mengendali perhubungan

15.783
33.816
20.457
37.739
24.059

1.670
2.952
4.097
4.208
2.966

4.4.2

Sisihan piawai
3.085
3.418
2.269
3.043
2.876

p
0.199
0.089
0.046
0.043
0.088

Ujian-t

Ho 2 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap


kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian.
Dalam jadual 4.9 di bawah, min kecerdasan emosi bagi pelajar aliran Sains adalah
1.62 manakala min kecerdasan emosi bagi pelajar aliran Sastera adalah 1.42. Ini
menunjukkan min kecerdasan emosi bagi pelajar aliran Sains adalah lebih tinggi
daripada min kecerdasan emosi pelajar aliran Sastera. Nilai-t adalah 2.022 manakala
nilai p adalah 0.046 iaitu lebih kecil berbanding 0.05 (p < 0.05). Apabila nilai p lebih
kecil daripada 0.05 ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara
persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi di kalangan pelajar aliran Sains dengan
pelajar aliran Sastera. Oleh itu, hasil kajian ini menolak hipotesis null 2.

50

JADUAL 4.9 : Ujian-t bagi persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan
aliran pengajian.
Aliran

Bilangan

Min

Sains

50

1.62

Sisihan piawai

Nilai-t

Nilai p

.490
2.022

Sastera
*p<0.05
4.4.3

50

1.42

.046*

.499

ANOVA 2 Hala

Dalam hasil kajian ini akan berdasarkan hipotesis-hipotesis berikut :


Ho 3 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik.
Ho 4 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap
kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga.
Ho 5 : tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan
emosi berdasarkan pencapaian akademik dengan SSE keluarga.
Dalam jadual 4.10 di bawah, nilai p bagi pencapaian akademik iaitu 0.039 (p < 0.05).
Ini menunjukkan nilai p lebih kecil daripada nilai 0.05, menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara persepsi kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian
akademik. Oleh itu, hasil dapatan menolak hipotesis null 3. Sementara itu nilai p bagi
SSE keluarga iaitu 0.430 (p > 0.05). Nilai p adalah lebih besar daripada nilai 0.05. Ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi kecerdasan
emosi berdasarkan SSE keluarga. Oleh itu, hipotesis null 4 harus diterima. Manakala
tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi
berdasarkan pencapaian akademik dengan SSE keluarga kerana nilai p lebih besar
daripada nilai 0.05 iaitu 0.620 (p > 0.05). Oleh itu hipotesis 5 harus diterima.
JADUAL 4.10 : Analisis ANOVA 2 Hala Bagi Persepsi Pelajar Terhadap Kecerdasan
Emosi Berdasarkan Pencapaian Akademik Dengan SSE Keluarga.
Sumber

Pembolehubah
bersandar

Df

51

Pencapaian akademik
SSE keluarga
Pencapaian akademik* SSE
*kesan interaksi

Kecerdasan emosi
Kecerdasan emosi
Kecerdasan emosi

2
2
1

3.353
0.852
0.247

0.039
0.430
0.620

Seterusnya akan dilakukan pula ujian Pos Hoc bagi pencapaian akademik. Ujian Pos
Hoc harus dijalankan ke atas pencapaian akademik kerana nilai p adalah lebih kecil
daripada nilai 0.05. Ujian ini ingin melihat pada bahagian manakah pencapaian
akademik berbeza. Hasil analisis ujian Tukey mendapati pasangan Rendah Tinggi dan
pasangan Tinggi Rendah mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap persepsi
kecerdasan emosi iaitu 0.044 lebih kecil daripada 0.05 (p < 0.05).
Bagi hasil analisis ujian LSD pula, pasangan Rendah Tinggi, Sederhana
Tinggi, Tinggi Rendah dan Tinggi Sederhana mempunyai perbezaan yang signifikan
terhadap kecerdasan emosi. Pasangan Rendah Tinggi (p = 0.017 < 0.05), Sederhana
Tinggi (p = 0.027 < 0.05), Tinggi Rendah (p = 0.017 < 0.05) dan Tinggi Sederhana (p
= 0.27 < 0.05). Ini menunjukkan persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berbezabeza mengikut pasangan pencapaian akademik pelajar.

JADUAL 4.11 : Ujian Pos Hoc Bagi Pencapaian Akademik Pelajar


Pencapaian
akademik
(1)

Pencapaian
akademik
(2)

Perbezaan
min

52
Tukey HSD

LSD

Rendah

Sederhana
Tinggi

-3.68
-8.56*

0.598
0.044

Sederhana

Rendah
Tinggi

3.68
-4.87

0.598
0.070

Tinggi

Rendah
Sederhana

8.56*
4.87

0.044
0.070

Rendah

Sederhana
Tinggi

-3.68
-8.56*

0.335
0.017

Sederhana

Rendah
Tinggi

3.68
-4.87*

0.335
0.027

Tinggi

Rendah
Sederhana

8.56*
4.87*

0.017
0.027

* Perbezaan min signifikan pada aras 0.05.


4.5

RUMUSAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian dalam bab 4 ini pengkaji menggunakan dua kaedah
statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan
untuk melihat profil responden berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian
akademik dan SSE keluarga dari segi bilangan dan peratus. Sementara itu statistik
deskriptif juga digunakan untuk melihat bilangan responden yang menjawab mengikut
lima skala Likert serta skor min kecerdasan emosi berdasarkan setiap item yang telah
dibahagikan kepada lima domain. Dalam menganalisis data secara statistik inferensi
pula pengkaji menggunakan tiga ujian iaitu MANOVA, ANOVA 2 Hala dengan ujian
Pos Hoc, dan Ujian-t. Daripada hasil analisis data yang telah diperolehi, menunjukkan
bahawa jantina, aliran pengajian dan pencapaian akademik memang mempengaruhi
persepsi kecerdasan emosi pelajar. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga.
BAB 5

53
PENUTUP

5.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini akan dinyatakan semula secara ringkas tujuan kajian, kaedah kajian
yang meliputi reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan
data penganalisisan data. Bab ini akan membincangkan tentang dapatan kajian
berasaskan analisis data, membuat rumusan serta saranan atau cadangan kepada para
pelajar, guru-guru, pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan penyelidikpenyelidik yang akan datang berhubung dengan kajian kecerdasan emosi di kalangan
pelajar.
5.2 RUMUSAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap
kecerdasan emosi berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta
SSE keluarga bagi pelajar tingkatan empat sahaja di sebuah sekolah menengah di Kota
Bharu Kelantan. Kajian ini berbentuk kaedah tinjauan.
Alatan kajian yang digunakan adalah soal selidik kecerdasan emosi yang
diukur dengan Emotional Intelligence Scale oleh Schutte et al. 1998 yang telah
diadaptasi dan digunakan oleh Teh (2001). Instrumen ini adalah berdasarkan konsepkonsep kecerdasan emosi oleh Salovey dan Mayer (1990). Ianya mengandungi
persepsi tentang penilaian atau pentaksiran emosi serta pengawalan emosi (Zeng &
Miller 2003). Soal selidik ini mengandungi 33 item yang mengandungi lima domain
tersebut iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi
negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendali perhubungan.
Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat dari dua
aliran dan dipilih secara rawak. Seramai 49 orang (49.0%) adalah pelajar lelaki dan
seramai 51 (51.0%) orang lagi adalah pelajar perempuan. Majoriti responden dalam
kajian ini iaitu seramai 68 orang (68.0%) adalah pelajar yang datangnya dari SSE

54
keluarga yang rendah. Seramai 26 orang (26.0%) adalah dari SSE keluarga sederhana
manakala 6 orang (6.0%) adalah dari SSE keluarga yang tinggi.
Selain itu

pencapaian akademik pelajar dilihat dari keputusan Penilaian

Menengah Rendah dan dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tinggi 66.0% (66
orang), sederhana 26.0% (26 orang) dan rendah 8.0% (8 orang). Data yang
dikumpulkan dalam kajian ini diproses dengan komputer menggunakan SPSS versi
11.5. Statistik yang digunakan adalah statistik desktiptif dan statistik inferensi.
Seterusnya akan dibincangkan perbincangan dapatan kajian.
5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Perbincangan dapatan kajian ini akan dijalankan mengikut persoalan kajian yang telah
dijelaskan sebelumnya. Dapatan kajian dibincangkan berasaskan kajian-kajian lepas,
teori-teori yang berkaitan dan juga penulisan-penulisan yang berkaitan kecerdasan
emosi. Menurut Salovey dan Mayer (1990), terdapat lima domain kecerdasan emosi
yang telah dikembangkan iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri,
memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain serta mengendali
perhubungan
Berdasarkan dapatan kajian, secara keseluruhannya boleh dikatakan bahawa
semua pelajar yang terlibat dalam kajian ini mengambil kira kelima-lima domain
kecerdasan emosi yang telah disebutkan tadi. Walau bagaimanapun secara keseluruhan
responden mempunyai nilai yang tinggi dalam domain mengurus emosi sendiri dan
diikuti oleh domain mengenali emosi sendiri, mengenali emosi orang lain dan
mengendali perhubungan. Sedangkan skor yang paling rendah terdapat pada domain
memotivasikan emosi negatif. Namun demikian dapatan kajian ini boleh disimpulkan
bahawa kelima-lima domain ini sangat penting dalam meningkatkan kecerdasan emosi
di kalangan pelajar.
Kecerdasan emosi berdasarkan jantina dilihat dalam lima domain. Beberapa
siri ujian hipotesis telah dilakukan bagi melihat kesignifikanan perbezaan kecerdasan
emosi dari kelima-lima domain tersebut. Pengkaji ingin melihat dengan lebih teliti

55
antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan bagaimana cara mereka menangani
kecerdasan emosi berdasarkan kelima-lima domain tersebut.
Hasil dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
persepsi kecerdasan emosi di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dengan nilai min
pelajar perempuan 1.67 dan min pelajar lelaki iaitu 1.37. Manakala nilai p adalah
0.002 (p < 0.05). Kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh McEwen dan
Stellar (1993). Begitu juga dengan kajian Teh (2001) yang menunjukkan min skor
kecerdasan emosi yang tinggi di kalangan pelajar perempuan (121.88) berbanding
pelajar lelaki (117.59). Kajian oleh Bar-On dalam Goleman (1998) juga menunjukkan
kecerdasan emosi responden perempuan lebih tinggi. Mereka lebih menyedari tentang
emosi mereka berbanding responden lelaki. Dalam kajian ini pelajar perempuan
nampaknya lebih mempunyai kecenderungan minat dalam menjawab soalan. Didapati
mereka lebih peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran mereka berbanding
pelajar lelaki yang lebih suka bersikap sambil lewa.
Domain mengenali emosi sendiri menunjukkan min sebanyak 25.14. Hasil
dapatan kajian menunjukkan min pelajar perempuan lebih tinggi berbanding min
pelajar lelaki walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi
mengenali emosi sendiri berdasarkan jantina. Pelajar perempuan nampaknya lebih
mengenali emosi mereka berbanding pelajar lelaki.
Dari segi mengurus emosi sendiri pula, hasil dapatan tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan tetapi min pelajar perempuan juga didapati lebih tinggi
berbanding min pelajar lelaki. Dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian yang
ditunjukkan oleh Levenson dan Ruef (1992) yang mengkaji tentang orang dewasa
iaitu di mana wanita lebih mudah menangani emosi berbanding lelaki. Hasil kajiannya
menyimpulkan bahawa walaupun sepasang suami isteri telah berkahwin selama 35
tahun atau lebih, perbezaan antara lelaki dengan perempuan masih ketara dari segi
menangani masalah emosi dan merenung masalah yang timbul. Lazimnya adalah
benar kerana perempuan lebih tinggi empatinya dan lebih baik dalam mengenal pasti
mesej yang ketara dan menggambarkan individu lain serta lebih berkemahiran
menguruskan emosi secara efektif berbanding lelaki (Lim 1997).

56
Bagi domain memotivasikan emosi negatif, hasil kajian mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan antara aspek memotivasikan emosi negatif di antara pelajar
lelaki dengan pelajar perempuan. Min pelajar perempuan iaitu 18.33 mengatasi min
pelajar lelaki iaitu 17.43. Ini menunjukkan pelajar perempuan lebih berkemahiran
memotivasikan emosi negatif berbanding pelajar lelaki. Ini disokong oleh pendapat
Lim (1997), yang mengatakan kaum perempuan yang dikurniakan ciri-ciri seperti
keibuan, empati dan lebih beremosi berkecenderungan mempunyai tahap kecerdasan
emosi yang lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Memotivasikan emosi negatif dalam
kajian ini bertujuan melihat bagaimana cara pelajar menangani masalah dalam diri
mereka. Jika mereka dapat mengharungi masalah yang timbul tanpa sebarang
kerumitan, mereka akan dapat mengatasinya tanpa sebarang kerumitan dan
menghadapinya dengan penuh kesabaran (Patton 1997)
Hasil dapatan bagi domain mengenali emosi orang lain menunjukkan bahawa
pelajar perempuan lebih mengenali dan menyedari tentang emosi orang lain
berbanding pelajar lelaki. Ini dibuktikan dengan nilai p iaitu 0.43 lebih kecil dari 0.05
(p < 0.05) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara domain tersebut
berdasarkan jantina. Kajian ini disokong pendapat Shaffer (1996) yang mengatakan
dapatan-dapatan kajian lain juga menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan lebih
mahir dalam menjalinkan persahabatan. Walaupun Shaffer mengkaji tentang kanakkanak tetapi ia boleh juga dikaitkan dengan remaja kerana ini adalah sebagai peramal.
Kanak-kanak juga akan membesar menjadi seorang remaja maka apabila mereka
mengenali emosi orang lain, maka kehidupannya akan lebih terarah hinggalah mereka
menginjak remaja dan dewasa.

Mereka juga mudah berkawan dan lebih senang

berkongsi perasaan dengan rakan sejantina berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Ini
sesuai dengan pendapat Nirenberg (1988), yang mengatakan untuk memudahkan
perhubungan dengan orang lain, adalah perlu bagi seseorang itu untuk mengetahui
emosi orang lain. Dengan yang demikian akan mempermudahkan seseorang itu
mendapat kawan.
Seterusnya domain yang terakhir adalah mengendali perhubungan. Hasil
kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar
terhadap domain ini. Walau bagaimanapun didapati min pelajar perempuan lebih
tinggi daripada min pelajar lelaki. Dalam kajian terdahulu, Dawley (1980)

57
mengatakan bahawa mereka yang dapat menangani perhubungan akan dapat
mempertingkatkan persahabatan dan hal ini akan mempertingkatkan kepuasan hidup
melalui ikatan sosial dan peningkatan taraf kesihatan serta kebahagiaan.
Kajian Landrey (1987) mengatakan bahawa individu yang dapat menangani
perhubungan melalui persahabatan secara umumnya akan memperlihatkan sikap
berpuas hati terhadap kehidupannya. Ini bertepatan dengan kemahiran menghormati
yang telah disebutkan di atas.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi
pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran pengajian. Didapati min
kecerdasan emosi bagi pelajar aliran Sains adalah tinggi iaitu 1.62 manakala min
kecerdasan emosi pelajar aliran Sastera adalah 1.42. Hasil dapatan kajian ini
menyokong kajian Teh (2001) dan Su (2000) sebaliknya kajian Noriah et al. (2002)
tidak menunjukkan perbezaan antara aliran pengajian.

Maka dalam kajian ini

menunjukkan bahawa skor kecerdasan emosi pelajar adalah bergantung kepada aliran
pengajian pelajar.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi
pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik. Sebagaimana
kajian Anderson (1992) yang mengatakan perkembangan sosial, emosi dan intelek
yang positif akan mempengaruhi pencapaian akademik yang tinggi. Pelajar yang tidak
dapat mengawal atau mengurus emosi dengan bijak semasa menghadapi tekanan
emosi atau kemarahan yang keterlaluan didapati tidak dapat menumpukan perhatian
dalam pembelajaran. Secara tidak langsung emosi akan mempengaruhi pencapaian
akademik.
Seterusnya hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi mengikut SSE keluarga.
Sebaliknya bagi Goleman (1995), melaporkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar berstatus sosioekonomi rendah dan pertengahan. Jadi, hasil
dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar dari SSE rendah, sederhana dan tinggi
mempunyai persepsi yang sama terhadap kecerdasan emosi.

58
5.4

KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap
domain kecerdasan emosi adalah

berbeza berdasarkan jantina. Hasil kajian juga

menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih tinggi nilai min kecerdasan emosi
berbanding pelajar lelaki. Manakala dari segi aliran pengajian, pelajar dari aliran Sains
mempunyai skor min kecerdasan emosi yang agak tinggi berbanding pelajar aliran
Sastera. Dapatan kajian ini dapat dirumuskan seperti dalam jadual yang ditunjukkan,
pengkaji akan menunjukkan dalam bentuk jadual supaya lebih nampak hasil dapatan.

JADUAL 5.1 : Keputusan hipotesis-hipotesis hasil dapatan kajian.

59

HIPOTESIS KAJIAN

KEPUTUSAN

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi


pelajar terhadap lima domain kecerdasan berdasarkan jantina.
1(1) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi
pelajar terhadap domain mengenali emosi sendiri berdasarkan
jantina. (MANOVA)

Ho 1(1) diterima.
(0.199, p>0.05)

1(2) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi


pelajar terhadap domain mengurus emosi sendiri berdasarkan
jantina. (MANOVA)

Ho 1(2) diterima.
(0.089, p>0.05)

1(3) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi


pelajar terhadap domain memotivasikan emosi negatif
berdasarkan jantina. (MANOVA)

Ho 1(3) ditolak.
(0.046, p<0.05)

1(4) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi


pelajar terhadap domain mengenali emosi orang lain
berdasarkan jantina. (MANOVA)

Ho 1(4) ditolak.
(0.043, p<0.05)

1(5) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi


pelajar terhadap mengendali perhubungan berdasarkan
jantina. (MANOVA)

Ho 1(5) diterima.
(0.088, p>0.05)

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi


pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran
pengajian. (Ujian-t)

Ho 2 ditolak.
(0.046, p<0.05)

3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi


pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian
akademik. (ANOVA 2 Hala)

Ho 3 ditolak.
(0.039, p<0.05)

4. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi


pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga.
(ANOVA 2 Hala)

Ho 4 diterima.
(0.430, p>0.05)

5. Tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar


terhadap kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik
dengan SSE keluarga.

Ho 5 diterima
(0.620, p>0.05)

Secara keseluruhannya, tahap kecerdasan emosi di kalangan pelajar berbeza mengikut


pembolehubah-pembolehubah tertentu iaitu berdasarkan jantina, aliran pengajian dan

60
pencapaian akademik. Manakala dalam dapatan kajian ini SSE keluarga tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kecerdasan emosi.
5.5 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini membawa kepada beberapa implikasi, di antaranya kepada para
guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan masyarakat
amnya.
5.5.1

Implikasi kepada para pelajar, guru, Kementerian Pendidikan dan


Jabatan Pendidikan Negeri.

1. Para pelajar perlu didedahkan tentang kepentingan kecerdasan emosi dan


kenapa kecerdasan emosi harus dipupuk ke dalam diri para pelajar.
Memandangkan dunia pendidikan sekarang memerlukan pelajar yang
berkualiti dari semua aspek maka kajian kecerdasan emosi ini diharap dapat
memberi sesuatu yang amat bermakna dan berkesan.
2. Kajian ini diharap dapat memberi kesan dan manfaat yang amat mendalam
kepada guru di mana sebelum memulakan tugas mendidik mereka menyedari
tentang kesedaran emosi dan kawalan kendiri bagi menghadapi cabarancabaran dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Selaras dengan konsep kecerdasan emosi yang semakin digembar-gemburkan
sekarang adalah diharapkan pihak Kementerian Pendidikan serta Jabatan
Pendidikan Negeri memberi perhatian yang sewajarnya dalam menangani
masalah yang berkaitan dengan para pelajar

terutama yang melibatkan

jenayah.
4. Pihak-pihak yang berkenaan perlu memperbanyakkan kursus-kursus yang
menitikberatkan kestabilan emosi serta meningkatkan kecerdasan emosi di
kalangan guru supaya dapat meningkatkan taraf profesion perguruan di
Malaysia.

61
5.5.2 Implikasi kepada masyarakat
Masyarakat pada masa kini boleh dikatakan amat bertuah jika dibandingkan dengan
masa sebelum merdeka dahulu. Sebahagian rahsia kejayaan Malaysia sekarang adalah
hasil daripada keutamaan yang diberikan dalam bidang pendidikan. Dengan
pendidikan dan ilmu sajalah masyarakat kita dapat meningkatkan taraf hidup mereka
dari segi kemahiran diri, keintelektualan dan kecerdasan emosi. Ini semua adalah aset
yang paling penting bagi membentuk masyarakat yang berkualiti.
Masyarakat terutama para pelajar merupakan sumber manusia, mereka juga
adalah pelaburan dan aset jangka panjang yang terpenting untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju. Justeru itu masyarakat haruslah prihatin dan sedar bahawa
dengan kestabilan dan kecerdasan emosi yang seimbang dan baik akan melahirkan
suasana yang aman dan damai.
5.6

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini dijalankan kepada 100 orang pelajar dari dua aliran di sebuah sekolah
sahaja. Ia dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan satu set soal selidik.
Antara cadangan-cadangan adalah :
1. Bagi penyelidik yang akan datang, adalah diharapkan agar kajian ini akan
mencetuskan ilham serta idea yang bernas untuk mengembangkan lagi konsep
kecerdasan emosi terutama di kalangan pelajar. Pengkaji mencadangkan agar
kajian berkaitan konsep kecerdasan emosi ini dikembangkan lagi dengan
meluaskan lagi tentang latar belakang pelajar, sebagai contoh di kalangan
pelajar yatim dengan yang mempunyai ibubapa, di kalangan pelajar bandar
dan luar bandar, di antara sekolah biasa dengan berasrama dan sebagainya.
2. Bilangan

sampel kajian yang lebih besar, disarankan supaya dapat

digeneralisasikan. Lokasi kajian hendaklah diperluaskan dan instrumen yang


digunakan harus dipelbagaikan, contohnya memasukkan temubual bagi
mendapatkan data sokongan.

62
5.7 RUMUSAN
Hasil kajian ini berdasarkan lima domain konsep kecerdasan emosi Salovey dan
Mayer iaitu mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi
negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendali perhubungan. Pengkaji hanya
mengkaji secara terperinci mengenai lima domain tersebut berdasarkan jantina sahaja
kerana ingin melihat sejauh mana peranan domain kecerdasan emosi tersebut
mempengaruhi jantina. Domain yang mempunyai perbezaan yang signifikan adalah
domain memotivasikan emosi negatif dan mengenali emosi orang lain. Ini
menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai persepsi yang
berbeza ke atas kedua-dua domain tersebut. Manakala dari segi aliran pengajian
memang pelajar aliran Sains mempunyai skor kecerdasan emosi yang tinggi
berbanding pelajar aliran Sastera. Ini mungkin kerana cara pemikiran pelajar sudah
berbeza mengikut aliran. Dari segi pencapaian akademik juga terdapat perbezaan
yang signifikan. Pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi, sederhana dan
rendah mempunyai persepsi yang berbeza terhadap kecerdasan emosi. Hasilnya adalah
persepsi kecerdasan emosi pelajar adalah mempengaruhi jantina, aliran pengajian
pelajar dan pencapaian akademik manakala SSE tidak memberikan perbezaan. Pelajar
yang mempunyai SSE tinggi, sederhana dan rendah mempunyai persepsi yang sama
terhadap kecerdasan emosi.

RUJUKAN
Asmah Bee & Iran Herman. 1995. Membina kesejahteraan remaja. Kajang : Tekno
Edar.

63
Anderson, B.E. 1992. Effects of daycare on cognitive and socio-emotional
competence of thirteen-year old Swedish children. Child Development 63 :
520-536.
Annamalay, S.D. 2000. Maximise your childs emotional intelligence. Singapura :
Times Books International.
Antara IQ dan EQ. 2004. Mingguan Malaysia. 4 Januari : 6
Atan Long. 1984. Pendidik dan pendidikan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.
Bar-On, R., Parker, J.D.A. 2000. The handbook of emotional intelligence : Theory,
development, assesment, and application at home, school, and in the
workplace. San Francisco : Jossey-Bass.
Block, J. 1995. On the relation between IQ, impulsity and delinquency. Journal of
Abnormal Psychology 10(4): 121-138.
Corsini, J. 1994. Encyclopedia of psychology second edition. New York : John Willey
& Sons Inc.
Dawley, Harold, H. 1980. Friendship. New Jersey : Prentice Hall.
Dow Jones & Company. 1999. Which intelligence is more important, cognitive or
emotional? (atas talian)
http://www.public.wsj.com/careers/resources/documents/19990629-astd.htm
(18 Julai 2003).
Elias, M.J., Bruene-Butler, L., Blum, L. & Schuyler, T. 1997. Social and emotional
learning program. Educational Leadership 54(8): 15-19.
Enam remaja disyaki rogol pelajar ditahan. 2002. Utusan Malaysia, 3 Ogos : 11
Engelberg, E., & Sjberg, L. 2003. Emotional intelligence, affect intensity, and social
adjustment. Personality and Individual Differences 30: 1-10
Funderstanding. 1998. Why do we need emotional intelligent? (atas talian)
http://homearts.com/depts/relat/Oleqqaf1.html (18 Julai 2003).
Goleman, D. 1995. Emotional intelligence. New York : Bantam Books.
Goleman, D. 1998. Working with emotional intelligence. New York : Bantam Books.

Goleman, D. 2001. An EI-based theory of performance. In Cherniss, C. & Goleman,


D. (Eds). The emotionally intelligent workplace : how to select for, measure,

64
and improve emotional intelligence in individuals, groups, and organizations.
San Francisco : Josse-Bass.
Hairunnaja Najmuddin. 2003. Memahami dan membimbing remaja nakal. Pahang :
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Hornby, A.S. 2001. Oxford Fajar advanced learners English-Malay dictionary. Terj.
Asmah Haji Omar. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hasan Langgulung. 1983. Psikologi dan kesihatan mental di sekolah-sekolah. Edisi
ke-2. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kavanagh, D.J. , & Bower, G.H. 1985. Mood and self-efficacy : impact of joy and
sadness on perceived capabilities. Cognitive Therapy and Research 9: 507525.
Landrey, Leslie Ellen. 1987. A study of friendship as it relates to job satisfaction.
Master of Science Tesis, University of Lamar.
Levenson & Ruef. 1992. Empathy : A physiological substrate. Journal of Personality
and Social Psychology 63(2): 103 - 108.
Liew, P.G.S., Gan, T.H., & Sia, P.W. 1999. Tahap kecerdasan emosi murid-murid
Tahun
Lima
di
kawasan
Miri.
(atas
talian)
http://www2.moe.gov.my/~mpsmiri/1eqnew.html (18 Julai 2003)
Liew, P.G.S. 2001. Keberkesanan program literasi emosi terhadap tahap kecerdasan
emosi kanak-kanak prasekolah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan MPS 4(1): 113.
Lim, J. 1997.You are smarter than you think. Female, Januari : 30-34.
Lima pelajar pukul pelajar lain ditahan. 2002. Utusan Malaysia, 10 Ogos : 25
Living. 1997. (atas talian) http://www.nw.com.au/~thomas/EQSchool.html (19 Julai
2003).
Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar psikologi : Satu pengenalan asas
kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Marimuthu, T. 1983. Social class and other correlative of educability : a review of
research Dlm. Khoo Phon Sai (pnyt.). Fikiran-fikiran mengenai pendidikan di
Malaysia. Hlm. 65-67. Fakulti Pendidikan Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mayer, J.D. & Salovey, P. 1993. The intelligence of emotional intelligence.
Intelligence 17(4): 433-442.

65
Mayer, J.D. & Salovey, P. 1997. What is emotional intelligence? In Salovey, P. &
Sluyter, D. (Eds). Emotional Development and Emotional Intelligence :
Educational Implications. New York : Basic Books.
Mayer, J.D., Caruso, D.R. & Salovey, P. 1999. Emotional intelligence meets
traditional
standards
for
an
intelligence.
(atas
talian)
http://www.eqi.org/fulltxt1.htm (18 Julai 2002).
Mayer, J.D., Caruso, D.R. & Salovey, P. 2000. Selecting a measure of emotional
intelligence : The case for ability scales. In R. Bar-On & J. D. A. Parker (Eds).
The handbook of emotional intelligence (pp. 320-342). San Francisco, CA :
Jossey-Bass.
Maznah Baba & Siti Nor Yaacob. 2002. Keibubapaan anak remaja. Dalam
Jayaletchumi Mottan, et al. (Ed.), Keluarga dan keibubapaan. Serdang :
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
McCluskey, A. 2000. Emotional intelligence in school.
http://www.connected.org/learn/school_html (10 Julai 2003).

(atas

talian)

Mc Ewen & Stellar, E. 1993. Stress and the individual : Mechanism leading to disease.
Archives of Internal Medicine 153.
Mohd Salleh Lebar. 2000. Pentadbiran Pendidikan Dan Pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur : Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd.
Multi-health
Systems
Inc.
1997.
(atas
hiles.com/researchGender.htm (18 Julai 2003).

talian)

http://www.pro-

Nirenberg, J.S. 1988. Getting through to people. New Jersey : Prentice Hall.
Noraini Ahmad. 2000. Kaunseling remaja. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Noriah Mohd Ishak, Ramlee Mustapha & Nor Rihah Mohd Nadzir. 2002. Personality
profiles of colledge students in technical and non-technical fields :
Implications for workforce readiness. International Journal of Vocational
Education and Training 10(2) : 61-72.
Noriah Mohd Ishak, Siti Rahayah Ariffin, Zuria Mahmud, Saemah Rahman &
Manisah Mohd Ali. 2001. Performance and emotional intelligence : A
correlational study among Malaysian adolescene. Paper presented in Learning
Conference 2001. Spetses, Greece, 10-12 Ogos
Omardin Ashaari. 1996. Pengurusan sekolah suatu panduan lengkap. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Patton, P. 1997. Emotional intelligence development from success to significance.
Singapore : SNP Publishing.

66
Rohaty Mohd Majzub. 1998. Memahami jiwa dan minda remaja. Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Roshiza Abdul Wahab. 2002. Kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran mengikut persepsi guru. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Shaffer, D.R. 1996. Developmental psychology : Childhood and adolescence (4th ed).
California : Brooks/Cole Publishing Company.
Salovey, P. , & Birnbaum, D. 1989. Influence of mood on health-relevant cognitions.
Journal of Personality and Social Psychology 57: 539-551.
Salovey, P. & Mayer, J.D. 1990. Emotional intelligence, imagination, cognition &
personality 9 : 185 - 211.
Schutte, N.S., Malouff, J.M., Hall, L.E., Haggerty, D.J., Cooper, J.T., Golden, C.J.,
Dornheim, L. 1998. Development and validation of a measure of emotional
intelligence. Personality and Individual Differences 25 : 167 - 177 (atas talian)
http://www.ergometrika.org/Volume3/Zeng-Miller.htm (10 Julai 2003).
Singgih Santoso. 2002. SPSS statistik parametrik. Jakarta : Penerbit PT Elex Media
Komputindo.
Sohaimi Abdul Aziz. 1998. Membentuk kecerdasan emosi kanak-kanak melalui
kesusasteraan kanak-kanak. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Sternberg, R.J. & Ruzgis, P. 1994. Personality and intelligence. Cambridge :
University Press.
Su Mee Nguk. 2000. Hubungan antara emotional intelligence / quotient (EQ) dengan
pencapaian akademik, jantina dan aliran pengajian pelajar tingkatan 4.
Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.
T. Subahan Mohd Meerah, Mohamed Amin Embi, Alias Baba & Nor Azizah Mohd
Salleh. Asas-asas penyelidikan tindakan (GB5212). Pusat Pengajian Jarak Jauh
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan. 2002. Pendidikan dan pembangunan manusia
pendekatan bersepadu. Selangor : As-Syabab Media.
Teh Fui Khim. 2001. Pengaruh kecerdasan emosi (EQ) dan amalan keibubapaan ibu
terhadap EQ remaja. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia.
Young,

C.A. 1996. Emotions and emotional


http://trochim.human.cornel.edu (9 Julai 2003).

intelligence.

(atas

talian)

Zeng, X.F. & Miller, C.E. 2003. Examination of measurements of emotional


intelligence. (atas talian)

67
http://www.ergometrika.org/Volume3/Zeng-Miller.htm (20 April 2003)
Zaidatun Tasir & Mohd Salleh Abu. 2003. Analisis data berkomputer : SPSS 11.5 for
windows. Kuala Lumpur : Venton Publishing (M) Sdn Bhd.
Zulkarnain Zakaria & Hishamuddin Md. Som. 2001. Analisis data menggunakan
SPSS Windows. Skudai Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI PELAJAR

68
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN
Kepada para pelajar yang dikasihi sekalian.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama para
pelajar dalam menjawab soal selidik ini. Borang soal selidik ini merupakan alat kajian
bagi memenuhi syarat Sarjana Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia 2003/2004.
Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Jawapan yang
diberikan tidak mempunyai nilai betul atau salah. Semua pilihan jawapan adalah
diterima. Justeru itu perbincangan dengan rakan sebelah tidak perlu. Kejujuran dan
ketelitian para pelajar sekalian dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan adalah
sangat diharapkan. Untuk pengetahuan para pelajar sekalian, semua jawapan yang
diberikan adalah dirahsiakan dan hanya untuk kegunaan penyelidik sahaja. Akhir
kata, penulis mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada para pelajar di atas
kerjasama yang diberikan. Semoga pembelajaran para pelajar diberkati dan dirahmati
Allah swt.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_____________________
FEIZAH BINTI MOHD ZAIN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

69
No. responden :
BORANG SOALSELIDIK

BAHAGIAN

SILA ISI DAN TANDAKAN ( ) MAKLUMAT DI BAWAH :

JANTINA

: LELAKI ( )

TINGKATAN

PEREMPUAN ( )
/

ALIRAN

: ..........................................................................................
KEPUTUSAN PMR

: A( ) B (

) C (

) D (

) E (

SSE KELUARGA
SEBULAN

1) Kurang dari RM 1000


2) RM 1000 hingga RM 2500
3) RM 2500 ke atas

70

BAHAGIAN

Arahan :
Sila baca dengan teliti dan fahamkan ayat / kenyataan yang diberikan. Kemudian
bulatkan jawapan yang paling menepati diri anda. Sila jawab dengan jujur dan apa-apa
maklumat akan dirahsiakan, hanya untuk kegunaan penyelidik

sahaja. Tolong

pastikan anda menjawab semua soalan.


Skala yang diberikan adalah seperti berikut :
1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju
Bahagian B(1) MENGENALI EMOSI SENDIRI
1) Saya dapat menceritakan masalah peribadi saya
kepada orang lain pada masa yang sesuai.

2) Apabila menghadapi masalah, saya teringat


masalah yang hampir sama yang pernah
saya hadapi dan mengatasinya.

3) Sesetengah peristiwa dalam hidup saya telah


membimbing saya menilai semula apa yang
penting dan apa yang tidak penting.

4) Emosi merupakan sesuatu yang menjadikan


hidup saya bermakna.

5) Saya menyedari emosi yang saya alami.

6) Saya sedar kenapa emosi saya berubah.

7) Saya mudah mengesan emosi yang


saya alami.

Bahagian B(2) MENGURUS EMOSI SENDIRI

71
1) Saya menyedari mesej bukan lisan yang saya
hantar kepada orang lain.

3) Apabila mengalami emosi positif, saya tahu


bagaimana untuk mengekalkannya.

4) Apabila mood baik, saya dapat mengatasi


masalah dengan mudah.

4.

5) Apabila mood baik, saya dapat menghasilkan


idea baru dengan cepat.

6) Saya dapat mengawal emosi saya.

7) Saya menggunakan mood yang baik untuk


membantu diri saya dalam menghadapi
cabaran hidup.

8) Apabila berlaku perubahan emosi,


saya cenderung mengeluarkan
idea-idea baru.

2) Apabila cara fikiran (mood) saya berubah,


saya terjumpa peluang baru.

Bahagian B(3) MEMOTIVASIKAN EMOSI NEGATIF


1) Saya jangka akan melakukan dengan baik
ke atas setiap perkara yang saya cuba.

2) Saya menjangkakan perkara yang baik


akan berlaku.

3) Saya mencari aktiviti-aktiviti yang dapat


menggembirakan saya.

4) Saya memberi motivasi kepada diri saya


dengan membayangkan sesuatu yang
baik akan terhasil daripada tugas
yang saya lakukan.

5) Apabila menghadapi sesuatu masalah,


saya berputus asa kerana saya percaya
bahawa saya akan gagal.

72
Bahagian B(4) MENGENALI EMOSI ORANG LAIN
1) Saya berasa sukar untuk memahami mesej
bukan lisan (non-verbal) orang lain.

2) Sekali pandang mimik muka orang, saya


dapat mengecam emosi yang sedang
dialaminya.

4.

3) Saya sedar akan mesej tanpa lisan yang


orang lain hantar kepada saya.

4) Apabila seseorang memberitahu saya tentang


sesuatu peristiwa yang berlaku dalam
hidupnya, saya rasakan seolah-olah diri
saya pernah mengalami peristiwa itu.

5) Saya dapat mengetahui perasaan orang lain


dengan sekali pandang pada muka mereka.

6) Saya dapat mengetahui perasaan seseorang


dengan berpandukan intonasi suara orang itu.

7) Adalah sukar bagi diri saya untuk memahami


perasaan orang lain.

Bahagian B(5) MENGENDALI PERHUBUNGAN


1) Orang lain berasa senang untuk meluahkan
perasaan mereka kepada saya.

2) Saya suka berkongsi emosi dengan


orang lain.

3) Saya mengatur rancangan / aktiviti untuk


orang lain menikmatinya.

4) Saya menonjolkan diri dalam gaya yang


dapat menunjukkan gambaran yang baik
kepada orang lain.

4.

5) Saya memuji orang lain sekiranya mereka


melakukan sesuatu dengan baik.

6) Saya membantu orang lain berasa lega sedikit


apabila mereka tidak bersemangat.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


PENGAKUAN

73

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

5 APRIL 2004

________________________
FEIZAH BINTI MOHD ZAIN
P23908

74
PENGHARGAAN
Pertama sekali, syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan rahmat dan keredhaan-Nya
hasil penyelidikan ini dapat diselesaikan.
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih kepada penyelia saya yang amat dikasihi iaitu Puan Khadijah Abdul
Razak yang selalu bersabar di atas karenah saya dalam menyiapkan projek ini. Segala
bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan begitu berharga sekali kerana daripada
situlah ianya dapat mengajar saya betapa pentingnya teguran dan nasihat.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah Fakulti
Pendidikan, kakitangan Pusat Sumber dan Makmal Multimedia Fakulti Pendidikan
dan tidak lupa kepada warga kerja di pejabat Fakulti Pendidikan.
Seterusnya ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar (EPRD) Damansara, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pengetua dan
Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa (1) serta Cikgu
Kamaruzaman (SMKPC 1) yang masih ingat penulis sebagai bekas pelajarnya di
sekolah rendah, juga staf pejabat terutama Puan Noraini Ayub yang banyak
membantu.
Penghargaan yang teristimewa untuk Ayahanda Hj. Mohd Zain bin Husin, pendorong
semangat serta ibunda Hjh. Zaharah bt. Hasan, yang terlalu memahami. Pengorbanan
dan jasa kalian amat bermakna sekali bagi anakanda. Tak lupa kepada Along & Abe
Mad yang baik, Abe Lie & K. Shima, Julani & Noorul serta adik-adik tersayang Nor,
Nina, Mayah, Faris, Aiman, Amirah dan Firdaus. Kalian telah menceriakan hidupku.
Kejarlah ilmu walau nyawa kalian jadi taruhan. Semoga adik-adik semua berjaya di
dunia yang fana dan di akhirat yang kekal.
Terakhir sekali penghargaan kepada seluruh rakan-rakan seperjuangan yang terlibat
secara tidak langsung. Tidak lupa kepada Kak Noli yang setia membantu, Syafrimen
yang banyak mengajar, Ani yang baik serta Roziah. Semoga penghasilan kertas projek
ini menjadi satu himpunan ilmu yang bermakna.

75
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan kecerdasan
emosi berdasarkan jantina, aliran pengajian, pencapaian akademik serta status
sosioekonomi (SSE) keluarga. Kajian ini melibatkan lima domain kecerdasan emosi
berdasarkan konsep Salovey dan Mayer (1990) iaitu mengenali emosi sendiri,
mengurus emosi sendiri, memotivasikan emosi negatif, mengenali emosi orang lain
dan mengendali perhubungan. Sampel kajian masing-masing terbahagi kepada 50
orang pelajar dari aliran Sains dan Sastera di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu
Kelantan. 49 orang adalah pelajar lelaki dan 51 orang pelajar perempuan. Satu set soal
selidik telah digunakan dalam kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan
kaedah statistik deskriptif iaitu min dan peratus bagi melihat kecerdasan emosi
berdasarkan lima domain. Kaedah statistik inferensi iaitu ujian MANOVA, Ujian-t dan
ANOVA Dua Hala juga digunakan dalam kajian ini. Ujian MANOVA digunakan
untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara lima domain
kecerdasan emosi berdasarkan jantina. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan bagi domain memotivasikan emosi negatif dan mengenali emosi orang
lain berdasarkan jantina. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan aliran
pengajian. Manakala keputusan ujian ANOVA Dua Hala menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi
berdasarkan pencapaian akademik. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi
persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi berdasarkan SSE keluarga. Hasil dapatan
juga menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi antara persepsi pelajar terhadap
kecerdasan emosi berdasarkan pencapaian akademik dengan SSE keluarga. Implikasi
kajian ini ialah para pelajar perlu didedahkan betapa pentingnya kecerdasan emosi
dalam diri mereka bagi mempertingkatkan pembelajaran di sekolah serta kejayaan
pada masa hadapan dalam pelbagai bidang kehidupan.

76
EMOTIONAL INTELLIGENCE AMONG FORM FOUR
STUDENTS : A SURVEY STUDY
ABSTRACT
The purpose of the study is to identify whether there is any emotional intelligence
differences on gender, educational streams, academic performance and family
socioeconomic status (SES). This study on emotional intelligence is based on the
concept of Salovey and Mayer (1990). There are five domains involved in this concept
such as knowing emotion, managing emotion, motivating negative emotion, knowing
ones emotion and handling relationship. The sample comprised of two equal group of
50 secondary students from Science and Arts stream respectively. The students
involved are from a secondary school in Kota Bharu Kelantan. In term of gender, there
are 49 boys and 51 girls. A set of questionnaire is used in this study. The data is
analyzed using the descriptive statistics method in term of mean and percentage. The
data is also analyzed using the inferential statistics such as MANOVA test, t-test and
2-Way ANOVA. MANOVA test is used to find out whether there is any significant
differences among the five domains of emotional intelligence. The results show that
there is significant difference in term of knowing the emotion and motivating negative
emotion based on gender. The t-test result show that there is a significant difference in
emotional intelligence perception based on family SES. Results of this study reveal
that there are no interaction effect between academic performance and family SSE.
Implications from the study show that students should be exposed to be importance of
emotional intelligence in improving the learning process in school as well as in
various fields of life in future.

77
KANDUNGAN
HALAMAN
PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

ABSTRAK

iv

ABSTRACT

KANDUNGAN

vi

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

xi

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1

Pendahuluan

1.2

Permasalahan Kajian

1.3

Tujuan Kajian
1.3.1 Objektif Kajian
1.3.2 Persoalan Kajian

7
7
7

1.4

Hipotesis Null Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

1.6

Definisi Istilah
1.6.1 Kecerdasan Emosi

9
9

1.7

Batasan Kajian

11

1.8

Kerangka Konseptual

11

1.9

Rumusan

12

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

14

2.2

Remaja Dan Konsep Kecerdasan Emosi

14

2.3

Konsep Kecerdasan Emosi

16

2.4

Kecerdasan Emosi Menurut Pakar


2.4.1 Kecerdasan Emosi Menurut Salovey & Mayer
2.4.2 Kecerdasan Emosi Menurut Goleman
2.4.3 Kecerdasan Emosi Menurut Reuven Bar-On

17
17
21
22

2.5

Kepentingan Kecerdasan Emosi

2.6

Kajian Berkaitan
2.6.1 Faktor Jantina
2.6.2 Faktor Aliran Pengajian
2.6.3 Faktor Pencapaian Akademik

26
26
27
28

78
2.6.4

Faktor SSE Keluarga

30

2.7

Rumusan

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pendahuluan

31

3.2

Reka bentuk Kajian

31

3.3

Responden Kajian

33

3.4

Instrumen Kajian
3.4.1 Soal Selidik Kajian
3.4.2 Pembolehubah Kajian

33
33
36

3.5

Kajian Rintis

36

3.6

Tatacara Kajian

37

3.7

Tatacara Penganalisisan Data


3.7.1 Analisis Deskriptif
3.7.2 Menguji Hipotesis
3.7.2.1 MANOVA
3.7.2.2 Ujian-t
3.7.2.3 ANOVA 2 Hala

37
37
38
38
38
38

3.8

Rumusan

39

BAB 4

30

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pendahuluan

40

4.2

Profil Responden

40

4.3

Analisis Deskriptif
4.3.1 Skor Min Kecerdasan Emosi Berdasarkan
Lima Domain

41

4.4

Analisis Inferensi
4.4.1 MANOVA
4.4.2 Ujian-t (Independent Samples T Test)
4.4.3 ANOVA 2 Hala

50
50
51
52

4.5

Rumusan

54

BAB 5

PENUTUP

5.1

Pendahuluan

55

5.2

Rumusan Kajian

55

41

79
5.3

Perbincangan Dapatan Kajian

56

5.4

Kesimpulan Dapatan Kajian

60

5.5

Implikasi Dapatan Kajian


5.5.1 Implikasi Kepada Para Pelajar, Guru, Kementerian
Pendidikan Dan Jabatan Pendidikan Negeri
5.5.2 Implikasi Kepada Masyarakat

62

5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

63

5.7

Rumusan

64

RUJUKAN

65

LAMPIRAN
A-

Borang soal selidik serta instrumen yang digunakan

B-

Surat kebenaran menjalankan kajian daripada Pengarah Bahagian


Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kuala Lumpur

C-

Surat dari pengkaji memohon kebenaran daripada JabatanPendidikan


Negeri Kelantan

D-

62
63

Surat kebenaran menjalankan kajian daripada Pengarah Jabatan


Pendidikan Negeri Kelantan

SENARAI SINGKATAN
EQ
Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient)
EQ-i

Emotional Quotient Inventory

IQ

Kecerdasan Intelek (Intelectual Quotient)

SSE

Status Sosioekonomi (Socioeconomic Status)

SENARAI JADUAL

80

NOMBOR

HALAMAN

3.1

Pencapaian akademik pelajar berdasar skor min

34

4.1

Profil responden kajian

41

4.2

Skor min mengenali emosi sendiri

42

4.3

Skor min mengurus emosi sendiri

43

4.4

Skor min memotivasikan emosi negatif

45

4.5

Skor min mengenali emosi orang lain

46

4.6

Skor min mengendali perhubungan

48

4.7

Skor min keseluruhan domain dan sisihan piawai

49

4.8

Keputusan Analisis MANOVA bagi kecerdasan emosi


mengikut domain berdasarkan jantina

4.9

51

Ujian-t bagi persepsi pelajar terhadap kecerdasan emosi


berdasarkan aliran pengajian

52

4.10 Analisis ANOVA 2 Hala bagi faktor pencapaian akademik


dengan SSE keluarga terhadap kecerdasan emosi

53

4.11 Ujian Pos Hoc bagi pencapaian akademik pelajar

54

5.1 Keputusan hipotesis-hipotesis berdasarkan hasil dapatan kajian

61

SENARAI RAJAH

81
NOMBOR

HALAMAN

1.1- Kerangka konseptual kajian

12

4.1- Graf skor min mengenali emosi sendiri

42

4.2 - Graf skor min mengurus emosi sendiri

44

4.3 - Graf skor min memotivasikan emosi negatif

45

4.4 - Graf skor min mengenali emosi orang lain

47

4.5- Graf skor min mengendali perhubungan

48

4.6 Graf skor min kelima-lima domain kecerdasan emosi

49

KECERDASAN EMOSI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN


EMPAT : SATU KAJIAN TINJAUAN

82

FEIZAH BINTI MOHD ZAIN

PROJEK PENYELIDIKAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2004

83

You might also like