You are on page 1of 2

Tajuk : Evaluation on Social Internship Program of Iain Sultan Thaha Saifuddin Jambi

Students: Using Context, Input, Process and Product Model (CIPP Model)
Jurnal ini membincangkan penilaian Program Latihan Amali Sosial (Kukerta) di
Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia. Model yang
digunakan untuk menilai program ini ialah model CIPP oleh Stufflebeam (1967). Model ini
menilai dari segi konteks, input, proses dan produk penilaian.
Populasi kajian ini ialah semua pelajar Institut Agama Islam Negeri (IAIN)
Sulthan Thaha Saifuddin Jambi yang terlibat dalam Program Latihan Amali Sosial (Kukerta).
Sampel dipilih menggunakan persampelan rawak berdasarkan lokasi Kukerta. Seramai 8
orang pelajar dipilih dari Desa Lubuk Terap Kecamatan Merlung Kabupaten Tanjungjabung
Barat, 11 orang pelajar dari Desa Tunas Baru Kecamatan Sekernan, 17 orang pelajar dari
Desa Sengerti Kecamatan Sekernan Muara Jambi dan 15 orang pelajar dari Kelurahan
Simpang III Sipin Kecamatan Kotabaru Jambi. Jumlah keseluruhan sampel ialah 51 orang.
Kajian ini adalah kajian kualitatif. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah kajian
tindakan penyertaan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian dan temu
bual. Soal selidik yang digunakan ialah untuk memperoleh data mengenai perkaitan antara
penggunaan sistem kajian tindakan penyertaan dalam Kukerta dan mengkaji sama ada
pelaksanaan program ini selaras dengan tujuan yang diharapkan. Pemerhatian bertujuan untuk
melihat pelaksanaan program ini oleh pelajar. Temu bual pula dilaksanakan untuk
mendapatkan data yang lebih tepat dan khas untuk Lembaga Pelaksanaan Kukerta serta
masyarakat yang terlibat.
Pemboleubah tidak bersandar ialah perancangan program oleh pihak universiti,
keadaan di lapangan, bimbingan sebelum pelaksanaan dan pengetahuan mengenai sistem
Kukerta. Pembolehubah bersandar ialah pelaksanaan terhadap rancangan sistem Kukerta.
Dapatan kajian boleh difokuskan kepada empat bahagian. Dari segi penilaian konteks,
Kukerta mempunyai kekurangan dan kelemahan dalam mengenalpasti keperluan pelajar dan
memenuhi tujuan program. Dari segi penilaian input, Kukerta mempunyai kelemahan
daripada pihak pelajar dan penyelia latihan praktikal. Pelajar dan penyelia perlu diberi
pendedahan berkaitan sistem kajian tindakan penyertaan terlebih dahulu sebelum
melaksanakannya. Dalam konteks penilaian proses, pelajar kekurangan aktiviti yang relevan
dengan keperluan pelajar dalam merealisasikan program ini. Dalam konteks penilaian produk
pula, program ini tidak memberikan hasil yang signifikan sama ada dari segi fizikal atau

bukan fizikal. Program ini masih boleh diteruskan dengan beberapa penambahbaikan dan cara
pelaksanaannya perlu dikaji semula.

You might also like