You are on page 1of 5

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU-ISU KEPELBAGAIAN

BUDAYA DAN BAHASA


WONG ELEEN
940501-08-5752
Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek
pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk
membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah
berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa
dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun
begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi
beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah
negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global.
Beberapa pihak terbabit bersama-sama untuk menangani isu-isu kepelbagaian
budaya dan Bahasa supaya negara kita dapat menjadi negara berbilang kaum yang aman
dan maju.
1.0

PIHAK SEKOLAH
Dalam sekolah, guru merupakan orang yang memainkan peranan yang amat

penting. Guru menyediakan sudut pembelajaran dan bacaan seperti sudut budaya, sudut
sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada
pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di
negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk
mewujudkan perpaduan kaum .
Guru juga perlu mengamalkan penerimaan dan layan yang adil kepada semua
murid. Guru perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu serta faham dengan
mendalam perasaan setiap murid. Guru menggalakkan murid untuk menerima dan
menghargai identiti setiap kaum.Murid dinasihati supaya menghormati perbezaan budaya
yang wujud seperti nilai, adat resam dan cara hidup dalam kalangan rakan sebaya.Guru
juga mengingatkan murid supaya menghargai keunikan budaya dan mempunyai kemahuan
untuk berkongsi persamaan dan sedia bekerjasama antara satu sama lain.

Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang
berbeza memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru harus
menggalakkan murid berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa yang standard dan
sama. Kesannya, semua murid yang berbilang budaya akan memperoleh peluang yang
sama rata untuk mengambil bahagian dalam aktiviti p&p.
Guru juga perlu merancang perancangan p&p yang rapi serta meletakkan
keutamaan terhadap tugasan bagi mencapai objektif pembelajaran murid yang berbagai
budaya. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan
tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan murid.
Guru perlu menggalakkan aktiviti pembelajaran yang melibatkan semua murid secara aktif.

2.0

INDIVIDU
Selain pihak luar memberi sokongan untuk menyelesaikan masalah kepelbagaian

budaya dan Bahasa, individu juga merupakan faktor yang amat penting untuk mengatasi
masalah kepelbagaian budaya dan Bahasa.
Murid perlu berupaya untuk menerima, memahami dan menghargai perbezaan yang
wujud antara kaum dalam kalangan rakan sebaya. Murid membentuk persefahaman yang
baik tentang cara hidup dan keberagaman yang wujud dalam konteks masyarakat majmuk
di Malaysia. Mereka perlu menerima perbezaan bererti mengakui setiap kaum mempunyai
keunikan dan keistimewaan.
Sentiasa bersedia untuk belajar. Murid perlu bersikap rajin dan berusaha dalam
sebarang pembelajaran dalam bilik darjah. Murid sendiri harus menghargai peluang untuk
mempelajari bahasa selain dari bahasa ibunda sendiri. Murid perlu bertekad dan rajin
belajar. Murid perlu banyak menggunakan bahasa tersebut semasa berkomunikasi dengan
rakan sebaya dalam kelas bagi meningkatkan kefasihan dalam penguasaan bahasa.
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Murid menunjukkan
pengetahuan dan pemahaman mereka tentang cara hidup, adat resam dan budaya kaum
lain berdasarkan pandangan, idea dan pemikiran yang diluahkan melalui tugasan dan aktiviti
pembelajaran. Murid juga bergaul dengan baik tanpa sebarang prasangka antara kaum.
Sentiasa mengamalkan sikap dan nilai yang baik. Murid perlu menghormati dan taat
kepada guru. Murid wajar bermoral, beragama dan berdisiplin. Murid perlu menuruti arahan
yang diberi oleh guru,contohnya melibatkan diri dalam aktiviti atau perbincangan kumpulan
dengan rakan yang berbagai budaya.

Mengamalkan nilai kasih saying dan hormat-menghormati antara rakan sebaya.


Murid sentiasa berkongsi kegembiraan dan menghulurkan bantuan antara satu sama lain.
Murid sentiasa menjalankan perbincangan tentang pembelajaran bagi meningkatkan
kemahiran masing-masing. Pergaduhan antara rakan sebaya dielakkan bagi mengeratkan
hubungan masing-masing.
3.0

KOMUNITI
Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat

kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu ( Rukun Tetangga 1975 ). Pada peringkat awal tujuan
rukun tetangga adalah untuk mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.
Mulai 1 Januari 1983 kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi
penekanan pada konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000, pendekatan
Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi mandat yang lebih luas iaitu
pembangunan masyarakat secara meluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional.
Skim Rondaan Sukarela adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin
sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975),
Pindaan 1988.
Skim ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai
Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin
sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh
kawasan Rukun Tetangga.
Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti
Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif di samping
dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.
Difusi adalah suatu proses menyebarnya unsur-unsur kebudayaan dari satu
kelompok ke kelompok lainnya atau dari satu masyarakat ke masyarakat lainnya. Dalam
Kamus Besar Bahasa Indonesia, difusi dinyatakan sebagai proses penyebaran atau
perembesan suatu unsur kebudayaan dari satu pihak kepada pihak lain. W.A. Haviland
menyatakan bahwa difusi adalah penyebaran kebiasaan atau adat istiadat dari kebudayaan
satu kepada kebudayaan lain. Proses difusi berlangsung menggunakan teknik meniru atau
imitasi. Meniru lebih mudah daripada menciptakan sendiri, terutama tentang hal-hal yang
baru.

Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim
perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung mengunjungi ke rumah
jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi akan mengunjungi ke rumah
orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha
menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu
datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina. Hal ini menunjukan etnik Cina begitu
mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu
tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah
semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik
sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami dan menghormati budaya
masing-masing.

4.0

NGO
Pertubuhan-pertubuhan yang diasaskan oleh golongan etnik sama ada pada

peringkat negara atau persatuan seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Peniagaan dan
Perusahaan Malaysia, Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia dan sebagainya perlulah dianggotai oleh pelbagai kaum untuk
mempercepatkan lagi proses perpaduan antara kaum.
Selain itu, RAKAN COP, ABIM, ALIRAN, MAJLIS BELIA MALAYSIA telah ditubuhkan
untuk menyelesaikan isu kepelbagaian budaya dan Bahasa.
RAKAN COP membolehkan polis dan masyarakat saling mengembeleng tenaga
dengan lebih berkesan memerangi jenayah dan apa jua masalah keselamatan.
ABIM mewujudkan perpaduan ummah dan memeperkukuhkan hubungan pelbagai
kaum dalam rangka membina integrase nasional, membina rupa budaya bangsa yang sihat.
SUHAKAM mempromosikan kesedaran dan pendidikan berkaitan hak asasi
manusia. Pertubuhan ini menasihatkan dan membantu Kerajaan merumuskan undangundang dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yang peru diambil.
ALIRAN adalah suatu gerakan yang bebas dan autonomi, serta tidak mempunyai
kaitan dengan mana-mana parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan atau persatuan
masyarakat awam. ALIRAN juga mengamalkan konsep bekerjasama secara aktif dengan
kumpulan lain mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan khusus.

Pertubuhan MBM menggalakkan penghormatan antarabnagsa, persefahaman antara


kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan belia.
5.0

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua

kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang
secara holistik dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh
Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat
patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara yang
cemerlang.
Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum


dan penilaian yang sama di semua sekolah.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu


dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.

Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam
semua mata pelajaran.

Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah


rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.

Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran juga telah memperkenalkan Rancangan


Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan
SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah:
i.

Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah

ii.

berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.


Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi

iii.

pelajar daripada tiga jenis sekolah.


Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama- sama
secara maksimum.

You might also like