You are on page 1of 29

Pusat Pengajian Diploma

DAC21003 Hidraulik
Projek Akhir - Hakisan Pantai

Nama pelajar :1. Muhammad Aimi bin Jalaluddin


AA140320
2. Muhammad Hafizan bin Mohd Noor
AA140052
3. Muhammad Shahrul Amran bin Masrom
AA140955
4. Muhammad Farhan Aimran bin Mohd Zailani
AA140248
5. Tengku Daeng Dinie Afiq bin Tengku Daeng JoharAA140315

Lecturer Name : En. Khairul Zaman bin Abdul Malek

2 DAA Session 2015/2016


Seksyen 01
ISI KANDUNGAN

Kandungan

Muka

surat
1.0
2.0

Penghargaan
Pendahuluan

02
03 -

3.0

04
Perbincangan Tajuk
3.1 Hakisan pantai

05 -

4.0
5.0
6.0
7.0

3.2

08
Punca punca hakisan pantai

09 -

3.3

13
Akibat hakisan pantai

14 -

3.4

17
Langkah - langkah mengatasi hakisan pantai

18 - 21
Kesimpulan
Cadangan
Rujukan
Lampiran

22
23
24
25 - 27

1.0

PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Alhamdulillah, kami merafakkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami


sekumpulan menyelesaikan tugasan projek akhir bagi kursus DAC21002
Hidraulik ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada Encik Khairul Zaman bin Malek, Pensyarah kursus
Hidraulik, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami.
Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan
tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini,
begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di
negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.
Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu
pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.
Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa
menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Terimalah serangkap
mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan
yang terus-menerus"

2.0

PENDAHULUAN
Pantai merupakan daratan yang landai atau bertebing tinggi yang

menghadap ke laut. Pantai merupakan pemisah antara daratan tanah dan


laut yang terbentang luas. Pantai adalah zon kawasan yang terletak di
antara tikas air pasang dan tikas air surut ombak. Apabila berlakunya air
pasang pada waktu malam, pesisiran pantai akan tertutup oleh air laut.
Manakala pada waktu siang, daratan akan kelihatan semula kerana air
surut. Pantai juga boleh didefinisikan sebagai satu jaluran linear daratan
yang terdiri daripada timbunan bahan mendak dan peroi seperti pasir,
lumpur, kulit kerang dan keladak yang berasal dari sungai.
Terdapat beberapa jenis pantai, antaranya ialah pantai curam,
pantai landai dan pantai paya. Pantai curam terbentuk akibat pukulan
ombak yang kuat ke dinding bukit sehingga membentuk satu kawasan
yang curam kesan daripada hakisan ombak laut. Pantai landai pula adalah
hampir rata dengan permukaan laut, tidak mempunyai bentuk tetap dan
sering berubah akibat agen pemendapan dan agen hakisan. Pantai paya
pula adalah kawasan pantai berlumpur yang mempunyai sentimen
berbutir halus, mengandungi campuran tanah selut dan bahan-bahan
organik. Pantai paya berbeza dengan pantai berpasir kerana sifat
kejeleketannya.
Terdapat beberapa bentuk muka bumi yang ada di sekitar kawasan
pantai. Antaranya ialah tebing tinggi, tanjung, teluk, gerbang laut, batu
tunggul, gua, tunggul sisa, lagun, beting pasir dan berbagai-bagai lagi.
Bentuk muka bumi ini terhasil daripada pelbagai proses alam semula jadi
antaranya ialah hakisan ombak atau hakisan pantai. Bentuk muka bumi
yang terhasil ini mempunyai kepentingan-kepentingan dan fungsi
tersendiri. Sebagai contoh, tebing tinggi berperanan sebagai tapak rumah
api dan juga kawasan tumpuan pelancongan.
Kawasan pesisiran pantai merupakan kawasan berpotensi dan
menerima tekanan pembangunan yang kuat terutamanya pembangunan
berkaitan dengan pelancongan, perindustrian dan pertanian (perikanan).
Pembangunan ini sering dikaitkan dengan penurunan kualiti alam sekitar
3

dan ekosistem kawasan berkenaan. Di antara sumber kawasan pesisiran


yang unik dan penting ialah pantai, pulau, muara sungai, hutan bakau,
perairan pantai, hutan pantai dan lain hidupan yang berkaitan.
Penggunaan sumber-sumber ini perlu dirancang dan dikawal agar dapat
digunakan secara optimum dan berkekalan, dapat meningkatkan nilai
estetika, menjaga keselamatan, meningkatkan pembangunan sektor
pelancongan, meningkatkan ekonomi penduduk kawasan dan pelbagai
lagi.

Aktiviti pembangunan pesisiran pantai jika tidak dirancang dan


dikawal dengan berkesan akan mengundang beberapa kesan dan akibat.
Antaranya ialah peningkatan paras air laut dalam jangka masa panjang,
pencemaran dan penurunan kualiti air dan berlakunya hakisan pantai.
Kawasan pantai akan mengalami satu masalah yang sangat ketara dan
melibatkan kos yang tinggi untuk membendungnya iaitu hakisan pantai.
Mengikut sumber dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak 73
kawasan pantai di Malaysia sedang mengalami hakisan yang kritikal.

3.0

PERBINCANGAN TAJUK
3.1

HAKISAN PANTAI

Penghakisan ialah

proses

penanggalan

pengangkutan zarah atau

dan

butiran tanah dan batu dari

permukaan bumi melalui tindakan proses semula jadi seperti angin atau
aliran air, dan kemudiannya diangkut dan termendap di kawasan yang
lain.
Sementara hakisan adalah proses semula jadi, aktiviti manusia telah
meningkatkan kadarnya lagi (dari 10-40 kali) dan ia berlaku secara global.
Hakisan

berlebihan

mendatangkan

masalah

seperti pengurungan,

pengurangan produktiviti pertanian akibat dari degradasi tanah, enapan


jalan air, dan keruntuhan ekologi akibat daripada kehilangan nutrien pada
lapisan atas tanah. Hakisan air dan tanah kini menjadi dua sebab utama
degradasi tanah; digabungkan, ia bertanggungjawab untuk 84% kawasan
terdegradasi menjadikan hakisan berlebihan salah satu yang signifikan
dalam masalah alam sekitar global yang dihadapi kini
Pantai adalah sebuah bentuk geografi yang terdiri dari pasir, dan
terdapat di daerah pesisir laut. Kawasan pantai menjadi batas antara
daratan dan perairan laut. Panjang garis pantai ini diukur mengelilingi seluruh pantai
yang merupakan kawasan wilayah suatu negara.
Menurut pembetulan PBB tahun 2008, Indonesia merupakan negara
berpantai terpanjang keempat di dunia selepas Amerika Syarikat (AS),
Kanada dan Rusia. Panjang garis pantai Indonesia tercatat sebanyak
95.181 km.
Garis

pantai

adalah

bahagian laut dan daratan pada


tertinggi. Garis

laut

hakisan pantai oleh

boleh

batas
saat

berubah

pertemuan
terjadi air

kerana

hentaman gelombang laut

berkurangnya keluasan daratan.


5

antara
laut pasang

adanya lelasan,
yang

iaitu

menyebabkan

Ada

beberapa

mengamankan

garis

langkah penting yang boleh dilakukan dalam


pantai

seperti

pemecah

gelombang

dan

pembangunan tumbuh-tumbuhan di pantai.


Untuk mengatasi lelasan / penggerusan garis pantai dari gelombang
/ ombak boleh digunakan pemecah gelombang yang berfungsi untuk
memantulkan kembali tenaga gelombang. Pelbagai cara yang ditempuh
untuk menyelesaikan gelombang di antaranya dengan menggunakan
tumpukan tetrapod yang diperbuat daripada konkrit pada jarak tertentu
dari garis pantai.

Hutan bakau dapat membantu mengatasi gelombang serta sekali


gus bermanfaat untuk kehidupan binatang serta tempat berkembang
biak ikan -ikan tertentu. Hutan bakau di sebahagian besar pantai Utara
sudah hilang kerana manusia, yang pada gilirannya akan menggerus
pantai. Terumbu karang juga merupakan pemecah gelombang alami,
sehingga sangat perlu untuk dilestarikan dan dikembangkan dalam
mempertahankan garis pantai.
Hakisan pantai adalah penyingkiran pantai atau mendapan bukit
pasir oleh tindakan ombak, arus pasang surut, arus gelombang, saliran
atau angin kencang. Gelombang yang dihasilkan oleh ribut dan angin
menyebabkan hakisan pantai, yang boleh mengambil bentuk kerosakan
jangka panjang mendapan pasir dan batu, atau semata-mata pengagihan
atau pembentukan semula mendapan pasir pantai. Kajian hakisan dan
pengagihan mendapan terkenal sebagai morphodynamics pantai. Ia
mungkin disebabkan oleh tindakan hidraulik, lelasan, kesan dan kakisan.
Di kawasan pantai bukan berbatu, hakisan pantai memberi kesan
pada pembentukan batu di kawasan pantai yang mengandungi lapisan
batu atau zon patah dengan pelbagai rintangan kepada hakisan. Kawasan
yang lebih lembut terhakis dengan lebih cepat dari keras, yang biasanya
mengakibatkan bentuk bumi seperti terowong, jambatan, tiang, dan tiang.
6

Juga lelasan yang biasa berlaku di kawasan di mana terdapat angin kuat,
pasir longgar, dan batu-batu yang lembut. Tiupan juta butiran pasir tajam
mencipta kesan pembagasan pasir. Kesan ini membantu untuk
menghakis, batu licin dan menggilap. Takrif lelasan pengisaran dan
memakai jauh permukaan batuan melalui tindakan mekanikal batu atau
pasir lain zarah.
Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat dan
mengancam penduduk pantai serta mengakibatkan kerugian sepanjang
garis pantai, Kerajaan telah menjalankan Kajian Hakisan Pantai
Kebangsaan dari bulan November 1984 hingga bulan Januari 1986 dan
hasil kajian ini menunjukkan bahawa daripada 4,809 kilometer garis
pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami hakisan.
Untuk menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat
Kejuruteraan Pantai dalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun
1987 untuk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pantai di seluruh
negara.
Berdasarkan Kajian Hakisan Pantai Kebangsaan 1986, garis pantai
Malaysia dikelaskan ke dalam tiga kategori hakisan berdasarkan ancaman
terhadap kemudahan di pesisir sedia ada dengan nilai ekonomi besar
ditakrifkan seperti berikut:

Kategori 1:
Garis pesisir yang pada masa ini berada dalam keadaan hakisan dan
tempat kemudahan atau infrastruktur berasaskan pesisir berada dalam
bahaya keruntuhan atau kerosakan langsung.
Kategori 2:
Garis pesisir yang terhakis pada kadar di mana harta benda awam
dan tanah pertanian yang bernilai akan menjadi terancam dalam tempoh
5 hingga 10 tahun melainkan tindakan pemulihan diambil.
Kategori 3:
7

Garis pesisir yang belum dimajukan mengalami hakisan tetapi


dengan tiada akibat atau kerugian ekonomi yang kecil jika dibiarkan.

Gambar di atas menunjukkan hakisan di Pantai Tok Jembal semakin


menghampiri ke jalan raya.

Kesan Hakisan Pantai

Orang ramai melihat Jalan Teluk Lipat yang ditutup akibat mengalami
hakisan ombak dan semakin membimbangkan di Pantai Peranginan Teluk
Lipat, Dungun, Terengganu

3.2 PUNCA-PUNCA HAKISAN PANTAI


Hakisan pinggir pantai merujuk kepada proses penghausan,
pengukiran dan pemindahan bahan di kawasan pinggir pantai disebabkan
oleh faktor-faktor semula jadi dan manusia.
Faktor Semula Jadi :1. Ombak
Hakisan pantai boleh berlaku dengan giatnya apabila ombak yang
menyerang pinggir pantai adalah jenis ombak yang bertenaga seperti
ombak ribut atau tsunami.
9

Jenis Ombak :

Ombak pembinasa - kadar hakisan tinggi, damparan yang kuat dan

unduran yang kuat, puncak ombak tinggi jarak ombak pendek.


Ombak pembina kadar hakisan rendah, damparan yang kuat tapi
unduran yang rendah, puncak ombak rendah jarak ombak panjang

2. Pendedahan Pantai
Pantai yang terdedah tanpa perlindungan seperti beting, tanjung
atau benteng akan mengalami kadar hakisan yang tinggi kerana ianya
lebih terdedah kepada ombak dari kawasan tengah laut secara terbuka.
Faktor Manusia :1. Pembalakan & Penebangan Hutan Bakau
Aktiviti ini menyebabkan kestabilan pinggir pantai berkurang. Hal ini
kerana akar pokok bakau berperanan mencengkam dan memegang tebing
pantai daripada hakisan ombak . Oleh itu, aktiviti penebangan pokok
bakau menyebabkan kawasan hutan bakau berkurangan dan menjadikan
hakisan kawasan pinggir pantai berlaku dengan lebih giat.
2. Perlombongan Pasir
Aktiviti perlombongan pasir yang berleluasa menyebabkan pinggir
pantai hilang titik keseimbangan. Pergerakan pasir akan berlaku secara
besar-besaran kerana secara semula jadinya pasir kawasan pinggir pantai
akan mencari titik keseimbangan yang baru.
3. Pembinaan
Pembinaan hotel dan jeti di kawasan pinggir pantai melibatkan
kerja-kerja pengorekan yang melonggarkan struktur tanah. Oleh itu,
struktur tanah yang longgar akan mudah dihakis oleh agen-agen hakisan
pantai. Pembinaan juga melibatkan proses penebangan tumbuhan yang
terdapat di pinggir pantai. Lantas, mendedahkan pinggir pantai kepada
serangan ombak yang seterusnya menyebabkan hakisan berlaku dengan
giat. Contoh pembinaan :
Pelabuhan - Tempat kapal-kapal berlabuh yang dilengkapi peralatan
pengendalian kargo seperti kren dan jengkaut untuk kegunaan
dalam memindahkan barang.

10

Marina - Tempat untuk bot-bot kecil berlabuh dan juga tempat untuk

nelayan mengumpulkan hasil tangkapan.


Jambatan - tempat untuk menghubungkan dua kawasan yang
digunakan kenderaan darat.

4. Pendalaman Kawasan Pinggir Pantai


Aktiviti untuk mendalamkan kawasan pinggir pantai dengan tujuan
pembinaan akan mengubah jenis ombak menjadi lebih besar. Ombak yang
bertenaga akan terhasil akibat proses pendalaman tersebut dan akan
menyebabkan hakisan berlaku dengan giat.
Cara Hakisan Pantai.
1. Hidraul
Perkara ini berpunca daripada tindakan ombak atau air laut itu
sendiri. Ombak atau air laut menghempas pinggir pantai yang berbatu
menyebabkan berlaku rekahan atau retakan pada batu tersebut. Semasa
damparan, ombak atau air laut akan mengasak dan kemudian
memampatkan udara yang terdapat dalam rekahan tersebut. Semasa
unduran ombak (backwash), udara yang dimampatkan dicelah-celah
rekahan tadi dilepaskan dan berlaku proses pengembangan dan
penguncupan mengakibatkan retakan dan rekahan tersebut bertambah
besar dan lama kelamaan memecah dan meruntuhkan batuan pinggir
pantai tersebut.
2. Larutan
Proses hakisan secara larutan berlaku secara kimia di mana air laut
bertindak melarutkan batuan yang terdapat di pinggir pantai seperti
dolomite dan batu kapur.

3. Geselan/Lelasan
Hal ini berlaku disebabkan tindakan bahan-bahan yang dibawa oleh
ombak. Bahan-bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir, batu lada dan
sebagainya menggesel batuan pinggir pantai
4. Lagaan
Bahan-bahan yang dibawa oleh ombak berlaga atau berlanggar
sesama sendiri sehingga pecah dan menyebabkan hakisan berlaku .
11

Agen-agen hakisan pinggir pantai


1. Ombak
Wujud akibat tindakan geseran dengan permukaan laut
Terbahagi kepada dua jenis iaitu ombak Pembina (pemendapan dan
ombak pembinasa)

2. Tsunami
Terbentuk apabila berlakunya gempa bumi, letusan gunung berapi,

gelinciran dan tanah runtuh di dasar laut.


Mempunyai kuasa tindakan hakisan yang kuat.

3. Arus atau hanyutan pesisir pantai


Terhasil daripada kesan perubahan tiupan angin atau biasan angin
lazim serta kesan daya koriolis atau putaran bumi.

Jenis Arus: Arus seret membawa bahan-bahan dari pinggir pantai ke luar melalui

bahagian sebelah bawah air laut hakisan meningkat


Arus tempur membawa bahan-bahan dari pinggir pantai yang berteluk

ke luar pantai hakisan meningkat.


Arus pesisir pantai terbentuk oleh ombak yang datang ke pantai secara
menyerong. Sebahagian daripada tenaga dan lajakan ombak akan
berubah haluan dan menyusuri sepanjang pantai. melengkapkan
proses hakisan.

4. Pasang surut
Terbentuk hasil daya tarikan graviti bulan dan matahari ke atas

permukaan air laut.


Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis, mengangkut dan
memendapkan bahan di kawasan pinggir pantai.

5. Cerun pantai
Pantai yang curam menyebabkan ombak pecah berhampiran dengan
pesisiran pantai tenaga ombak tinggi hakisan meningkat.

6. Angin
Bertindak di zon luar pesisir yang tidak dicapai oleh tikas air pasang.
Angin boleh mengangkut, memendap dan memusnahkan bentukbentuk muka bumi yg terdapat di zon luar pesisir.

12

Faktor mempengaruhi proses geomorfologi Pinggir Pantai.


1. Halaju angin
Menentukan saiz dan kekuatan ombak. Tiupan angin perlahan
membolehkan ombak pembina terbentuk untuk memendapkan
muatannya. Angin kencang menghasilkan ombak pembinasa yang
bertindak menghasilkan hakisan.
2. Orientasi pantai
Pantai yang terdedah secara langsung kepada serangan ombak
seperti kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia akan mengalami
kadar hakisan yang kuat semasa Monsun Timur Laut. Pantai yang
terlindung pula akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi
kerana di kawasan ini halaju ombak menjadi perlahan.
3. Kedalaman air
Kawasan pantai yang dalam mengalami kadar hakisan yang tinggi.
Kawasan pantai yang cetek pula mengalami pemendapan yang tinggi
kerana ombak kehilangan tenaga akibat geseran dengan dasar pantai.
4. Faktor Geologi
Meliputi jenis dan ketahanan batuan serta struktur cerun tersebut.
Pantai yang terbentuk oleh batuan yang keras tahan di hakis ombak
dan pantai itu berbentuk tanjung. Pantai yang berbatuan lembut,
mudah terhakis dan ia akan membentuk teluk.
5. Kualiti dan kuantiti bahan
Jika Ombak membawa muatan yang keras seperti batu kerikil dan
batu tongkol maka kadar hakisan pantai akan meningkat kerana bahan
tersebut bertindak sebagai alat penghakisan yang berkesan. Jika
ombak membawa batuan yang lembut dalam kuantiti yang banyak
seperti batu lada, kulit-kulit kerang dan siput serta pasir laut akan
mempengaruhi pemendapan di pantai berkenaan.
6. Pertembungan arus laut dengan arus sungai
Pertembungan kedua-dua arus ini selalunya berlaku di muara.
Kedua-dua arus kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan-bahanya
di dasar muara berkenaan. Kadar pemendapan bergantung kepada
kuantiti bahan yang di bawa oleh kedua-dua arus.
13

7. Perbezaan tikas air pasang dan tikas air surut


Semakin besar beza maka zon yang boleh dihakis dan dimendapkan
menjadi semakin lebar. Tikas air pasang yang tinggi dan tikas air surut
yang rendah di muara akan mempengaruhi kelebaran bahan muatan
yang akan dimendapkan seterusnya kelebaran delta yang akan
terbentuk.

3.3

AKI
BAT
/IM
PLIKASI HAKISAN PANTAI

AKIBAT HAKISAN PANTAI


1. Merubah bentuk muka bumi
Hakisan pantai secara berterusan telah menyebabkan perubahan pada bentuk muka bumi
di pinggir laut dan menghasilkan pandang darat pinggir laut yang pelbagai rupa. Antara
bentuk muka bumi di pinggir laut yang terbentuk ialah tanjung dan teluk, cenuram dan
pelantar hakisan ombak, gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa, geo dan lohong
ombak.

14

Tanjung dan teluk

Tanjung dan teluk terjadi secara serentak. Tindakan ombak terhadap batuan yang tidak
sama kerasnya di kawasan pinggir laut yang terdedah menyebabkan hakisan ombak yang
tidak sama kadarnya. Ini jelas kelihatan bila batuan keras seperti granit dan batu kapur
berselang-seli dengan batuan lembut seperti pasir dan batu tanah liat. Batuan lembut akan
terhakis dengan cepat lalu menjadi serokan, anak teluk atau teluk. Batuan keras pula kekal di
tempatnya menjadi tanjung, atau tanjung tinggi. Kawasan yang terdiri daripada sejenis batuan
pun masih mempunyai bentuk-bentuk pantai yang tidak sekata disebabkan oleh perbezaanperbezaan dalam batuan itu sendiri. Oleh itu, Pulau Pinang yang terdiri daripada batu granit,
mempunyai banyak teluk-teluk dan tanjung. Kawasan teluk biasanya mempunyai air yang
tenang kerana terlindung daripada tiupan angin kencang dan sesuai untuk dijadikan
pelabuhan semula jadi.

Cenuram dan pelantar hakisan ombak

Biasanya tebing batuan yang curam di pinggir pantai menjadi cenuram. Kadar
pengundurannya bergantung kepada struktur geologi, iaitu perlapisan, rekahan serta daya
tahannya menerima pukulan ombak. Jikalau lapisan-lapisannya condong curam ke arah laut,
tebing-tebing tinggi yang terbina akan mempunyai bentuk bertangga-tangga yang dikenali
sebagai teres pesisir dan jikalau lapisannya condong hala ke daratan, cenuram ini akan lebih
tahan daripada dihakis oleh ombak. Laut akan membentuk satu takikan (notch) di kaki
cenuram. Takikan ini akan menjadi lebih besar hingga cenuram itu akhirnya runtuh. Semasa
cenuram itu mengundur ke darat maka terbentuklah satu dasar yang terhakis, yang dinamakan
pelantar hakisan ombak. Bahagian yang berhampiran dengan daratan akan terdedah pada
masa air surut dan pelantar ini bercerun landai menuju laut.
Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul
pada rekahan di tebing. Terbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun

15

tebing pantai semasa air pasang. Apabila batuan atau lekukan yang
terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk.

Gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa

Hakisan ombak di kaki cenuram yang terus-menerus berlaku akan mengorek lubang
di bahagian-bahagian yang lembut. Lubang yang besar terbentuk di cenuram dan di tebing
tanjung ini dinamakan gua. Contoh gua yang terjadi akibat daripada tindakan hihraul ini ialah
gua-gua di Pulau Langkawi. Apabila terdapat dua buah gua berdekatan dan sebelah
menyebelah pada sebuah tanjung dan gua-gua tersebut bertemu dan bercantum maka
terbentuklah sebuah gerbang laut. Contohnya, Batu Berkaki Tiga di Sabah. Hakisan ombak
yang selanjutnya akan meruntuhkan gerbang laut itu. Bahagian tanjung arah ke laut menjadi
tiang batu yang dinamakan batu tunggul. Lama-kelamaan batu-batu tunggul ini akan terhakis
juga. Batu-batu tunggul yang tegak ini akan terhakis menjadi tunggul-tunggul sisa yang
sedikit sahaja kelihatan di atas aras air laut.

Geo dan lohong ombak

Walaupun gua telah terbentuk, hakisan ombak yang sekali-sekala memukul bumbung
gua cenuram boleh membesarkan rekahan-rekahan yang terdapat di dalamnya disebabkan
oleh mampatan udara di dalamnya. Sebuah lohong akan terbentuk dan akhirnya akan tembus
ke permukaan bumi di bahagian darat. Ombak memukul masuk ke gua-gua ini akan memaksa
air atau recikan-recikan air ataupun hanya udara sahaja keluar dari lubang itu . Lubang
lubang serupa ini dinamakan lohong ombak atau gloup (nama yang didasarkan kepada bunyi
air dalam lubang tersebut). Bila lohong-lohong ombak itu menjadi semakin bertambah besar
dan ombak terus bertindak, maka hal ini akan melemahkan lagi bumbung gua itu. Bila
bumbung gua itu runtuh sedikit demi sedikit maka satu serokan yang panjang dan sempit atau
corok terbina di pantai tersebut. Serokan-serokan itu dinamakan geo dan ada kalanya lebih
dari 30 meter dalamnya dan panjangnya begitu juga.

Lagun, beting pasir dan Tombolo.

Merupakan kesan pembentukan anak tanjung yang paling ketara.


Lagun ialah kawasan perairan yang terlindung oleh tetanjung (anak
tanjung). Merupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah teluk.
Beting pasir terbentuk sama ada selari dengan garisan pantai atau
16

bersudut tepat dengannya. Merupakan sejenis beting pasir yang bersudut


tepat dengan garisan pantai. Tombolo menyambungkan pulau kepada
daratan.

2. Merosakkan harta benda


Kerosakan harta benda juga merupakan akibat daripada hakisan pantai. Hal ini
sememangnya menjadi masalah utama khususnya bagi mereka yang tinggal berdekatan
pesisir pantai. Kehilangan harta benda akibat dihanyutkan oleh aliran sungai dan ombak
merupakan satu dilema yang terpaksa dihadapi khususnya para penduduk yang tinggal di
sekitar kawasan pesisir pantai. Sebagai contoh, hakisan yang berlaku di Kuala Kemaman
yang telah saban hari menghantui penduduk setempat.

3. Meragut nyawa
Tanpa kita sedari, hakisan pantai yang sering terjadi ini sebenarnya mampu meragut
nyawa jika tidak dibendung. Hal begini mungkin terjadi kerana arus deras ombak yang
mampu menolak dan menarik seseorang ke tengah laut. Perkara ini sangat merunsingkan dan
perlu diberi amaran kepada pengunjung khususnya pelancong. Kedalaman pesisir pantai yang
mungkin telah berubah amat berbahaya kerana dasarnya mungkin berubah kerana hakisan
yang berterusan. Hal ini sememangnya berbahaya khususnya anak-anak kecil. Dasarnya juga
menjadi licin dan berbahaya.
4. Mengganggu kegiatan ekonomi

17

Kegiatan ekonomi juga terganggu jika hakisan pantai ini berterusan kerana ia akan
menjadi lebih buruk khususnya pada musim tengkujuh. Hal sebegini sememangnya menjadi
masalah kepada nelayan yang menjadikan laut sebagai punca rezeki utama mereka. Kadar
bahan mentah iaitu ikan juga akan berkurangan di pasaran. Lubuk di mana ikan selalunya
banyak juga berubah dan perlu mencari lubuk ikan yang baru. Laut yang bergelora juga
membahayakan para nelayan yang mahu turun ke laut. Hakisan pantai ini juga telah
menyukarkan para nelayan membawa hasil tangkapan ke daratan. Bahan-bahan penambakan
yang diperlukan untuk projek tebus guna tanah akan diperoleh daripada pengeluaran pasir
kawasan luar pantai. Kegiatan ini akan mengubah dasar laut. Kesan seperti pengurangan
pasir, ombak besar dan penambahan tenaga ombak tinggi akan menyebabkan hakisan,
pemendapan dan kehilangan ekosistem marin.

18

3.4

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI HAKISAN PANTAI

1. Penanaman bakau.
Pokok bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan di muara sungai,
antara tempat pertembungan air tawar dengan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai
spesies antaranya termasuk spesies api-api, bakau kurap, perupat dan juga bakau berus. Hutan
bakau di Malaysia hidup subur di muara sungai dan delta yang terlindung.
Hutan bakau boleh bertindak sebagai sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana
akarnya yang berceranggah membantu mengukuh dan mengikat tanahdaripada hakisan
ombak, malah mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana daun dan sampah sarap yang
terperangkap pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan bakau
biasanya tumbuh rapat dan padat dan juga memiliki akar udara yang berceranggah menonjol
dari dalam air. Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air, dengan itu membenarkan
bendasing dan lumpur halus yang terapung dalam air untuk mendak membentuk kawasan
berlumpur. Proses ini mampu untuk menebus guna tanah dan menghasilkan pantai baru.
Hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai penampan tsunami kerana
sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh di persisiran kuala.

2. Groin (benteng hakisan)

19

Benteng hakisan atau juga dikenali sebagai groin ialah struktur hidraulik tegar terbina
daripada persisiran lautan atau daripada tebing yang menggangu aliran air dan mengehadkan
pergerakan enapan. Benteng hakisan biasanya terletak serenjang dengan pesisir, menganjur
dari pesisir hadapan atau pantai ke dalam air.
Struktur groin dibina bagi menstabilkan pantai semula jadi atau yang telah ditambak
terhadap hakisan yang disebabkan olehpergerakan sedimen persisiran pantai. Groin hanya
berfungsi apabila terdapatnya pergerakan sedimen persisiran pantai. Groin merupakan
struktur yang tidak begitu lebar dan selalunya berbentuk lurus dan bersudut tepat dengan
garisan pantai. Kesan disebabkan oleh pembinaan struktur groin adalah berlakunya
penambakan pasir pantai atau sedimen pantai di bahagian hulu dan hakisan di bahagian hilir.
Kedua-dua proses ini berlaku pada jarak tertentu pada struktur groin berkenaan.

3. Penambakan pantai
Penambakan pantai juga dikenali sebagai penggantian pantai atau juga penambahan
pasir pantai yang merupakan penyelesaian struktur mudah bagi menangani masalah hakisan
pantai. Bahan tambakan seharusnya sama atau lebih besar saiznya dan juga ketumpatannya
berbanding bahan bahagian pantai sedia ada (semula jadi). Bahan tambakan ini dapat
melindungi bukan hanya pada pantai yang ditambak tapi juga di kawasan hilir dengan
menyediakan punca pasir di bahagian hulu. Tenaga ombak akan dapat diserap dengan
menambah lebar pantai yang ditambak.
Kerja-kerja penambakan pasir perlu disertai dengan pertemuan kawasan-kawasan
yang berpotensi untuk diambil sebagai sumber pasir. Kaedah ini amat digemari bagi

20

melindungi kawasan pantai berpasir dengan menyediakan sejumlah bahan bagi membolehkan
pantai itu mencapai tahap keseimbangan bagi tindakan ombak.

4. Pemecah ombak
Pemecah ombak dibina untuk mengurangkan tindakan ombak di kawasan belakang
pembinaan struktur berkenaan. Tindakan ombak dapat dikurangkan melalui pantulan dan
penyerapan tenaga ombak. Di kawasan pelabuhan, pemecah ombak dibina untuk
mewujudkan keadaan air yang tenang yang bertujuan untuk kapal berlabuh dan operasi
pemunggahan yang selamat serta melindungi kemudahan-kemudahan yang terdapat di
pelabuhan tersebut. Pemecah ombak juga dibina bagi menaik taraf pelayaran dan menghalang
pemendapan sedimen di muara sungai.
Pemecah ombak boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu bercerun dan pugak atau
bersudut tegak. Struktur bercerun dalam kebanyakan kes merupakan struktur lapis lindung
batu atau konkrit yang dibina dengan atau tanpa tembok penahan ombak. Struktur pugak
atau bersudut tegak dalam kebanyakan kes pula dibina dengan menggunakan konkrit blok
yang dipasang di atas lapis lindung batu.
Langkah Mengawal hakisan pantai :1. Langkah perundangan Melibatkan pelaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah
sesuatu sumber daripada mengalami kemusnahan. Cth Melalui Akta Perhutanan
Negara 1984 kawasan hutan bakau di gazetkan sebagai kawasan hutan simpan.

21

2. Pengurusan Strategik - Pengawalan penebangan hutan bakau. Cthnya menggunakan


kaedah tebangan memilih. - Penanaman semula tumbuhan pinggir pantai. Pembinaan benteng batuan dan tembok penahan untuk mencegah hanyutan pasir. Pembinaan daik untuk mencegah kemasukan air laut. - Pembinaan dinding konkrit di
cerun curam pinggir pantai
3. Kempen - kesedaran dalam kalangan masyarakat umum sentiasa dilakukan melalui
kempen, forum, usaha gotong-royong. - pendidikan alam sekitar sama ada secara
formal atau tak formal

22

4.0

KESIMPULAN
Hakisan pantai berlaku akibat proses semula jadi yang tidak dapat

dielakkan di antara daya semula jadi yang saling bertindak di persisiran


pantai seperti ombak, angin, arus dan pasang surut. Selain dari itu
sesetengah kejadian hakisan pantai berlaku akibat daripada aktiviti
pembangunan di sepanjang persisiran pantai seperti tebus guna laut,
pengorekan, perlombongan pasir laut, penebangan hutan paya bakau dan
pembinaan struktur-struktur yang mengganggu keseimbangan dinamik
pantai.
Faktor-faktor atau punca-punca berlakunya hakisan pantai perlu
dititikberatkan agar isu ini tidak berkembang serius menjejaskan landskap
serta penumpuan kepada kepentingan ekonomi. Faktor-faktor yang
berlaku berpunca daripada tindakan manusia perlu sentiasa di pantau
agar tidak keterlaluan. Begitu juga faktor semula jadi perlu di pantau dan
di awasi agar tidak berisiko tinggi mengancam alam serta manusia.
Daripada kajian yang dijalankan jelas menunjukkan keadaan hakisan
semakin bertambah dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini. Pengawalan
dengan sistem pengawalan yang sesuai hendaklah di ambil kira dalam
mereka bentuk sistem pengawalan. Keberkesanan reka bentuk hendaklah
mengambil kira kaedah yang paling berkesan sekali dalam pembinaan
pengawalan.
Kekuatan ombak hendaklah diberi perhatian. Arah pergerakan
ombak yang membawa sedimen , tinggi, tempoh, pembalikan, pembiasan
dan lain-lain perlu di ambil kira. Kepentingan ekonomi di sesuatu kawasan
juga perlu diambil kira dalam mereka bentuk. Kawasan yang dimajukan
seperti kawasan kampung dan pertanian perlu dikawal dahulu sebelum
kawasan lain di kawal.
Negara kita bukanlah negara yang maju dan mampu mendirikan
struktur binaan yang berkos tinggi. Oleh itu, pengurusan berkaitan
hakisan ombak ini perlulah dititikberatkan soal kos. Pemeliharaan
fenomena hakisan pantai amatlah perlu diberi perhatian serius agar
keunikan dan kepentingannya berterusan dan dapat di rasai oleh generasi
yang akan datang.

23

5.0

CADANGAN
Perbincangan di atas berkaitan hakisan pantai yang secara

utamanya berpunca daripada proses semula jadi iaitu ombak dan


berpunca daripada tindakan manusia melalui pesatnya pembangunan di
kawasan pantai. Sehubungan dengan itu, hal ini amatlah perlu dititik
beratkan oleh semua pihak bagi memelihara ekosistem kawasan pantai
dan kepentingan-kepentingannya kepada kehidupan sejagat.
Pihak-pihak yang mempunyai kuasa dan kepakaran dalam bidang ini
seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlulah memulakan langkah
melindungi dan memelihara pantai serta menguatkuasakan pengurangan
aktiviti-aktiviti atau kegiatan yang boleh mendorong kepada hakisan
pantai. Melalui langkah-langkah mengelakkan berlakunya hakisan pantai
seperti perbincangan di atas seperti menguatkuasakan undang-undang
dan mengenakan denda yang berat kepada mereka yang menjalankan
kegiatan yang melanggar undang-undang.
Seterusnya memperkukuh binaan-binaan yang boleh mengelakkan
berlakunya hakisan pantai seperti pembinaan tembok pemecah ombak,
groin, benteng penghalang ombak dan pelbagai lagi. Selain itu, kesedaran
dalam diri penduduk masyarakat juga perlu diperdalam agar keselesaan
alam juga dipelihara bukan sahaja keselesaan manusia.
Akhir sekali, kawasan pantai berperanan dan berpotensi luas dalam
pelbagai bidang. Hal ini amatlah perlu dipupuk dalam diri setiap lapisan
masyarakat agar kawasan pantai terpelihara.

24

6.0

RUJUKAN

1. http://wwwcikgunikmie.blogspot.my/2009/10/geomorfologi-pinggirpantai.html
2. http://www.water.gov.my/our-services-mainmenu-252/coastalmanagement-mainmenu-279/activities-mainmenu-184?lang=my
3. http://www.water.gov.my/about-us-mainmenu-243/divisions/coastalmainmenu-800?lang=my
4. http://pagarmuseh.blogspot.my/2012/08/kuliah-12-pinggir-pantaikonsep-dan.html
5. http://forum.mygeoportal.gov.my/smanre/interface/definition.php?
char=H
6. http://geografifizikalpengajianam.blogspot.my/2009/02/pinggirpantai.html

25

7.0

Hakisan Pantai Mengikut Negeri


Negeri

inang

r
bilan

anu
n
buan
k

LAMPIRAN

Panjang Pantai (km)

Bilangan Pantai Terhakis


20
148
152
230
213
58
73
492
271
244
71
59
1035
1743
4,809

Peratus Hakisan %
8
20
15
10
20
7
9
29
22
22
11
6
25
19
223

Sumber Data: JPS, 2009


Tarikh Kemaskini : 25 Mac 2013

26

27

28

You might also like