You are on page 1of 17

TEORI HUMANIS

Disediakan oleh:
HOOI YEE YAN
SOH CHIN YI
TEE PEI JING

KONSEP HUMANIS
Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah
manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik.
Setiap individu akan berkembang secara
semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah
sesuai.
Oleh itu, guru perlu mengikut keperluan pelajar,
membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan
yang bermakna.
Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa
pembelajaran manusia bergantung kepada
emosi dan perasaan masing-masing.

Konsep Humanis
(Sambungan)
Menurut Teori Humanistik, tujuan belajar
adalah untuk memanusiakan manusia.
Proses belajar dianggap berhasil jika murid
memahami lingkungannya dan dirinya sendiri.
Setiap individu adalah berbeza, dan
mempunyai cara belajar yang berbeza. --Carl
Rogers
Strategi dalam proses PdP hendaklah
dirancang dan disusun mengikut kehendak
dan perkembangan emosi murid.

Konsep Humanis
(Sambungan)
Setiap individu mempunyai potensi
dan keinginan untuk mencapai
kecemerlangan kendiri. --Carl Rogers
Guru hendaklah menjaga kendiri
murid dan memberi bimbingan
supaya potensi mereka dapat
dikembangkan.

CIRI-CIRI KHUSUS MAZHAB


HUMANIS
Pengalaman dan psikologi manusia
berlainan dengan haiwan.
Kajian tingkah laku manusia
merangkumi proses dalaman yang
subjektif serta tingkah laku luaran.

TOKOH TEORI HUMANIS

Carl Rogers
(1902 1987)

Abraham
Maslow (1908
1970)

TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS


(1902 1987)
Mengasaskan teori Client-Centred Thearpy
Lima faktor menjadikan manusia sihat dan
dapat berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan:
1. Keterbukaan kepada pengalaman
2. Cuba menikmati kehidupan yang
dialaminya.
3. Menghargai diri sendiri.
4. Mengamalkan kebebasan
5. Menjadi individu yang kreatif.

CARL ROGERS
Kreatif menurut Carl Rogers Individu
yang bebas akan mempunyai rasa
tanggungjawab dan cuba menyumbang
kepada insan dan makhluk yang ada di
persekitarannya.
Sumbangan dalam pelbagai bentuk dalam
bidang seni, sains dan lain-lain
berlandaskan rasa sayang sesama insan
serta ingin melakukan yang terbaik dalam
bidang yang mereka ceburi

Carl Rogers (Sambungan)


Kreativiti merupakan suatu proses
berpunca dari tindakan individu ke
atas sesuatu perkara, objek atau
bidang.
Tindakan ini memberikan keunikan
dan menampakkan kelebihan
individu tersebut termasuk dalam hal
menggunakan bahan dan alat bagi
menangani sesuatu peristiwa atau
kejadian.

TEORI PEMBELAJARAN ABRAHAM


MASLOW (1908 1970)
Motivasi wujud dalam diri individu
berdasarkan keperluan demi
kelangsungan kehidupan.
5 keperluan manusia Maslow
Paling asas. Berbentuk fitrah demi
meneruskan kelangsungan kehidupan.
a) Fisiologi
b) Keselamatan
c) Kasih sayang
Akan difikirkan setelah
keperluan asas dipenuhi
d) Penghargaan
e) Kesempurnaan diri

HIERARKI ABRAHAM
MASLOW

TEORI KEPERLUAN
MASLOW
Ciri-ciri individu yang mencapai kesempurnaan
diri:
- Boleh memahami hakikat sebenar.
- Mempunyai pemikiran tersendiri.
- Boleh menerima diri, orang lain dan alam
semula jadi.
- Boleh mengikut aliran masa tetapi tidak
kehilangan identiti sendiri.
- Mempunyai falsafah hidup dan moral sendiri.
- Mempunyai minat meluas terhadap pelbagai
aktiviti sosial.

PERANAN PENDIDIK DALAM


PENDEKATAN HUMANISME
Menciptakan iklim belajar.
Memenuhi kebutuhan belajar peserta
didik.
Membantu mengungkapkan emosi
peserta didik.
Membantu belajar peserta didik.

IMPLIKASI TEORI HUMANIS


DALAM AMALAN BILIK DARJAH
Membentuk suasana bilik darjah yang
kondusif
menjalankan aktiviti-aktiviti agar muridmurid berasa seronok, gembira dan
harmonis dan selamat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti tersebut.

Guru dapat memupuk nilai penghargaan


kendiri di kalangan pelajar serta
memberi motivasi dan peneguhan yang
sesuai.

Guru hendaklah membantu pelajar


mengambil bahagian dalam kerja kumpulan
terutama pembelajaran koperatif dengan
tujuan membina kemahiran sosial dan afektif.
Mengimbangkan komponen intelek dan emosi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru hendaklah menjadi role model dan
menunjukkan contoh yang baik.
Guru hendaklah bersifat penyayang untuk
memenuhi keperluan kasih sayang.
Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan
fikiran dengan pelajar

TEORI HUMANIS DALAM PDP


PENDIDIKAN SENI VISUAL
Penuhi keperluan asas
pelajar

Memupuk nilai
penghargaan kendiri
serta memberi
peneguhan yang
sesuai.

Merancang aktiviti PdP


mengikut kebolehan
pelajar.

Memupuk nilai motivasi


diri.

Tidak menghalang
minat murid.

Melibatkan murid
secara aktif dalam
aktiviti PdP.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like