You are on page 1of 14

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT

KM 31, JALAN NAKA, 06350 POKOK SENA,


KEDAH DARUL AMAN.
TEL / FAX : 04-7851055

Mesyuarat Panitia Matematik Kali-1, 2016


Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

19.01.2016
Selasa
1.30 petang
Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Pn. Zuraidah binti Borhan


Pn. Rozidah binti Noran
Pn. Hasiroh binti Hashim
En. Mohd Yusuf bin Yaakob
En. Kamal Husni bin Ahmad Badri
Pn. Nahaliza binti Nayan
Pn. Rahayu binti Hamzah
Pn. Azizah binti Osman
Pn. Noremi binti Saari

Tidak Hadir:

Guru Besar
PK Pentadbiran
PK HEM
PK Kokurikulum
Ketua Panitia
Setiausaha Panitia
AJK
AJK
AJK

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT


KM 31, JALAN NAKA, 06350 POKOK SENA,
KEDAH DARUL AMAN.
TEL / FAX : 04-7851055

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KE-1, 2016


AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI
1.0

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.


Pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar kerana sudi menghadiri mesyuarat
Panitia Matematik Kali Pertama, 2016. Begitu juga kepada semua guru-guru ajk Panitia
Matematik di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program panitia pada
tahun lepas dan kehadiran pada mesyuarat pada kali ini.

1.1

Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pentadbiran di atas perlantikan beliau
sebagai Ketua Panitia bagi tahun 2016.

1.2

Pengerusi mengalu-alukan semua guru yang terpilih untuk mengajar Matematik tahun ini.
Beliau juga berharap semoga semua ahli dapat bekerjasama dalam mengembelingkan tenaga
dan buah fikiran bagi memacu dan meningkatkan prestasi pencapaian Matematik sekolah tahun
ini. Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan
lancar dan jayanya .
Tindakan: Makluman

AGENDA 2 : UCAPAN GURU BESAR (PENASIHAT)


2.1

Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas perlantikan semua Ahli
Jawatankuasa Panitia Matematik 2016 dan berharap kerjasama dapat diteruskan, seterusnya
meningkatkan lagi pencapaian subjek matematik pada tahun ini.

2.2

Guru Besar juga mengharapkan agar Panitia Matematik dapat menghayati dan merealisasikan
VISI (Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera) dan MISI sekolah(Melahirkan
Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara). Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas komitmen dan
kerjasama semua guru dalam merealisasikan motto sekolah(Melangkah kehadapan, Memacu
kecemerlangan).

2.3

Guru Besar mengingatkan guru-guru panitia terhadap tugas dan tanggungjawab guru mata
pelajaran. Panitia juga perlu ada focus untuk meningkatkan pencapaian Matematik dari segi :
i. Peratus lulus
ii. Gred Purata peperiksaan
iii. Bilangan murid mendapat gred A
iv. Mengurangkan murid yang gagal.

2.4

Guru Besar turut mengingatkan panitia tentang elemen yang ditegaskan oleh PPD dan JPN
iaitu;
2.4.1
Pemantauan Kurikulum Berkualiti(PKB) diteruskan seperti biasa.
2.4.2
Headcount perlu realistik dan bermakna.
2.4.3
Guru-guru perlu memberi perhatian pada PdP Abad 21dan mengaplikasikan secara
optimum.

2.4.4
2.4.5
2.4.6
2.4.7
2.4.8
2.4.9

Guru Besar memaklumkan bahawa satu program yang dinamakan Semarak MMI
khusus untuk mengisi jadual ganti guru yang berkualiti akan dilaksanakan tahun ini.
Pemantauan secara berkala oleh pentadbir akan dijalankan dari masa ke semasa.
Guru Besar mengingatkan kepada semua ahli supaya pemprosesan data dan maklumat
yang tepat mestilah dibuat dan Guru Besar perlu mengesahkan maklumat tersebut
sebelum dihantar ke PPD atau JPN.
Guru Besar meminta supaya semua AJK Panitia Matematik dapat memfokuskan PdP
kepada 4M(membaca, mengira, menulis dan menaakul). Bersikap adil kepada semua
murid dan mengamalkan budaya penyayang dalam PdP.
Guru Besar mengingatkan panitia agar sentiasa mengemaskini maklumat dan data
untuk memudahkan pengisian SKPM versi 2003 dan versi 2010 apabila dilaksanakan.
Guru Besar mengingatkan mengenai 5 Prioriti DTP iaitu: kehadiran murid, disiplin
murid, kehadiran guru, kualiti guru dan kualiti kepimpinan.
Kualiti murid diukur melalui peningkatan Gred Purata.
Guru Besar juga berharap agar panitia dapat memastikan dialog prestasi dapat
dilaksanakan secara lebih teliti.

2.5. Guru Besar berharap guru-guru dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Panitia.
Beliau juga menyatakan jika pihak panitia perlukan apa-apa pertolongan maka beliau sedia
membantu.
Tindakan: Makluman
AGENDA 3 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3.1

Puan Nahaliza binti Nayan membentangkan minit mesyuarat panitia tahun lalu(2015) untuk
disahkan.
Cadangan disahkan : Puan Azizah binti Osman
Sokongan
: Puan Noremi binti Saari

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT


4.1

Tiada perkara berbangkit

AGENDA 5 : PERLANTIKAN SETIUSAHA


5.1

Mesyuarat sebulat suara melantik


Puan Nahaliza binti Nayan sebagai SU Panitia Matematik
Tahun 2016 dan semua guru mata pelajaran Matematik sebagai AJK dalam Panitia Matematik.
Tindakan: Setiausaha

AGENDA 6 : PENGURUSAN KURIKULUM


6.1

KSSR dan PBS


6.1.1 Pengerusi menegaskan bahawa KSSR dan PBS untuk Tahun1 hingga Tahun 6
diteruskan seperti biasa. Tapak pengrekodan perkembangan murid offline hendaklah
ditampal dalam RPH dan tapak tersebut perlu dilengkapi dengan nama murid.

6.1.2 Pn. Rahayu juga sebagai SU PBS mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
telah melengkapkan dan menghantar keputusan PBS offline. Guru yang belum
menghantar diminta memberi kerjasama supaya PBS berjalan lancar.
6.1.3 Untuk tahun 2016 guru-guru perlu mencetak boring offline dan lekatkan dalam buku
Rekod Mengajar masing-masing.
6.1.4 Guru-guru yang mengajar tahun 6 mestilah mendapatkan maklumat PBS daripada
panitia dan SU PBS. Ini kerana terdapat 4 sijil yang perlu dikeluarkan semasa
keputusan UPSR diumumkan.
6.2

Ujian Peperiksaan dan Pentaksiran.


Pengerusi memaklumkan bahawa Ujian dan Pentaksiran sekolah akan dilaksanakan mengikut
standard yang ditetapkan. Ujian dan peperiksaan serentak diadakan mengikut daerah dan
soalan disediakan. Pengerusi mengingatkan pelaksanaan peperiksaan dan pentaksiran
hendaklah dilaksanakan secara kemas dan teratur dan menjaga kesahan dan diproses dengan
tepat dan lancar
Ujian akan dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac dan Ogos sementara
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun akan dilangsungkan pada bulan
Mei dan Ogos.
Segala soalan ujian dan peperiksaan hendaklah disediakan mengikut format yang standard
seperti soalan UPSR iaitu melibatkan dua kertas satu dan dua.
.
Pengerusi memaklumkan penyediaan analisis item selepas peperiksaan terutama untuk murid
tahun 6 perlulah dibuat secepat mungkin. Ini bagi memudahkan pemilihan murid untuk
mengikuti program intervensi.
Tindakan: Semua ahli panitia

6.3

Headcount Sekolah
Pembentangan analisis Peperiksaan UPSR dan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran
matematik tahun 2015.
Pn Nahaliza membentangkan Peperiksaan UPSR dan Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2015
(Rujuk Lampiran I)
6.3.1 Pembentangan Headcount dan ETR UPSR 2016
Pn Nahaliza membentangkan Headcount dan ETR UPSR 2016. ETR UPSR 2016 ialah
70.21% dan GPS pula disasarkan 2.62(Rujuk Lampiran 2)
6.3.2 KPI bagi semua guru mata pelajaran ditetapkan seiring dengan KPI sekolah
berdasarkan peratus lulus. KPI mata pelajaran Matematik adalah seperti dibawah.
TAHUN
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6

KPI%
80%
80%
80%
70%
70%
70.21%

6.3.3 Pengerusi menyatakan tentang Dialog Prestasi yang akan dilaksanakan setiap kali
selepas Ujian atau peperiksaan mestilah berkualiti merangkumi data-data yang spesifik.
Perlu ada agenda dalam dialog prestasi.

6.3.3.1

Agenda Dialog Prestasi:


Kehadiran murid
Pencapaian peperiksaan
Disiplin Murid
Keberadaan guru
SKPM Standard I dan IV
Lawatan PPD
Program-program inisiatif

6.3.3.2

Program inisiatif Panitia Matematik seharusnya merangkumi;


KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
Pedagogi Abad 21
PLC (Professional Learning Communities/ Komuniti
Pembelajaran Profesional)
LINUS( Numerasi)
SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia)
Amalan guru penyayang
Fizikal asas
Bimbingan SIP(School Improvement Partner/Rakan Peningkatan
Sekolah dan SISC+ (School Improvment Specialist Coach
+/Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah)
Perkongsian pintar.
Tindakan: Makluman

6.4

Laporan LINUS/ Pemulihan


6.4.1 LINUS
Lampiran 3)

- Pn. Azizah membentangkan laporan LINUS Numerasi (Rujuk


Tindakan :Guru MT tahun 3

6.4.2 Pemulihan
Ujian

- Pn. Noremi melaporkan bagi murid Kelas Pemulihan selepas 2 kali


IPP2M, masih terdapat murid yang tidak dapat menguasai 3M
Kelas/Tahun
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Matematik
Ujian sedang dijalankan
7 orang
6 orang

* Untuk tahun 6, kelas pemulihan akan dijalankan


sehingga pertengahan tahun sahaja. Murid yang
masih perlu diberi perhatian ialah Waheeda dan Arun.
6.4.3 Pengerusi berharap jumlah murid LINUS Numerasi dan Pemulihan akan berkurangan
dari masa kesemasa.
Tindakan :Semua ahli panitia

6.5

PKB (Pemantauan Kurikulum Berkualiti )


6.5.1 Pengerusi mengingatkan bahawa PKB masih diteruskan. Semua guru dikehendaki
menghantar buku RPH setiap hari Khamis dan pagi Ahad. Buku latihan murid pula
hendaklah dihantar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru perlu melengkapkan
buku rekod mengajar dengan mengisi segala maklumat yang perlu seperti dikehendaki
oleh pihak pentadbiran. Catatan refleksi hendaklah ditulis selepas mengajar dengan
baik seperti yang disarankan dan ditulis dengan pen merah.
6.5.2 Pengerusi mengingatkan bahawa pemantauan guru-guru oleh pihak pentadbiran akan
dilaksanakan. Guru-guru hendaklah bersedia untuk proses pencerapan. PKB juga akan
melibatkan pembelajaran Abad 21.
Tindakan :Makluman

6.6

SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia)


6.6.1 Guru Besar mengingatkan kepada semua ahli panitia supaya sentiasa bersedia dengan
perubahan dan perkembangan semasa dalam pendidikan. Beliau juga berharap semua
guru dapat bekerja bersungguh-sungguh ke arah pencapaian standard kualiti yang telah
ditetapkan oleh KPM.
Tindakan :Semua ahli panitia

6.7

LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan)


6.7.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah Berjaya memenuhi 7 hari
berkursus. Untuk tahun 2016 LDP belum bermula lagi. Pengerusi seterusnya
memaklumkan bahawa KKKL adalah anjuran yang bukan di bawah KPM. Jika guru
berkursus tahun ini di bawah mata pelajaran Matematik maka salinan surat dan
maklumat tersebut akan disimpan di dalam fail panitia. Untuk kursus ada 3 fasa iaitu
Fasa Mac, Fasa Jun danFasa November. Untuk Fasa Mac perlu cukup 3 hari bermula
Januari hingga Mac.
Tindakan :Semua ahli panitia

6.8

KBAT/i-Think/PdP Abad 21/ABM


6.8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa dalam PdP guru mesti ada unsur-unsur KBAT dan iThink. Dalam kelas pula perlu ada sudut hasil kerja murid sebagai memenuhi aspirasi
PdP Abad 21. Guru-guru perlu menyediakan ABM yang merangsang pembelajaran dan
pemikiran murid seperti penggunaan ICT.
6.8.2 Pengerusi memberitahu bahawa guru-guru perlu berkongsi idea dan selalu berbincang
dalam perkara ini. Melalui PLC guru-guru dapat mencambahkan idea-idea ini dan
mencari jalan penambahbaikan atau mngenalpasti masalah yang perlu di atasi dan
mencari jalan keluar dari kekangan-kekangan yang dihadapi.
6.8.3 Mengenai ABM, pengerusi mencadangkan agar ianya ditambah mengikut keperluan.
Buat masa sekarang ABM adalah terhad. Guru-guru bolehlah memohon penggunaan
ABM sedia ada dengan mengisi Buku Penggunaan ABM. Pengerusi memaklumkan
bahawa stok peralatan dan BBB matematik telah dikemaskinikan dan segala peralatan
telah di tempatkan di dalam almari di bilik JQAF.

Pengerusi juga berharap agar segala pergerakan peralatan dapat direkodkan di dalam
buku keluar masuk dan segala peralatan yang digunakan mestilah dikembalikan di
tempat asal selepas digunakan.
6.8.4 Pn. Noremi bersetuju dengan cadangan tersebut dan meminta pihak pentadbiran
bekerjasama terutama dalam masalah kewangan untuk pembelian peralatan.
6.8.5 Pn. Nahaliza juga bersetuju dan mencadangkan semua guru matematik menyenaraikan
keperluan peralatan mengikut tahap dan menentukan satu masa untuk membina pralatan
tersebut.
6.8.6 Pengerusi menyatakan beliau akan berbincang dengan pihak pentadbiran mengenai kos
yang diperlukan setelah guru-guru menyenaraikan peralatan tersebut.
6.8.7 Guru Besar menyatakan segala keperluan panitia dalam bentuk kewangan akan dibantu.
Setiap permohonan bantuan dalam bentuk kewangan mestilah dalam bentuk kertas
kerja.
Tindakan : Makluman
6.9

Pengurusan Panitia Matematik


6.9.1 Pengerusi berharap semua guru-guru sudah ada jadual waktu, Buku Rekod Mengajar,
KSSR, DSKP, Modul PdP dan buku-buku rujukan. Jika ada masalah bolehlah berjumpa
dengan Ketua Panitia.
6.9.2 Pengerusi mengingatkan tentang Semarak MMI. Buku keberadaan guru hendaklah
ditandatangani sebagai bukti PdP dijalankan.
6.9.3 Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli panitia supaya menulis buku rekod
mengajar mengikut format yang telah ditetapkan.
6.9.4 Pengerusi memaklumkan kepada guru tahap 1 bahawa penggunaan buku BLA (Buku
Latihan Aktiviti) adalah wajib disamping buku tulis, sementara latihan aktiviti di buku
teks adalah diwajibkan bagi tahap 2.
Pengerusi juga mengingatkan kepada semua ahli supaya dapat menyemak dan
menandatangani semua latihan yang diberikan kepada murid.
6.9.5 Perancangan Tahunan Panitia
Pengerusi membentangkan perancangan tahunan panitia matematik dan dipersetujui
oleh semua ahli panitia. ( lihat lampiran )
Tindakan :Semua ahli panitia
6.9.6 Perancangan strategik/ PelanTindakan panitia
Pengerusi menyatakan bahawa Perancangan strategik/ PelanTindakan panitia akan
diadakan dalam satu mesyuarat khas secepat mungkin.
Tindakan :Semua ahli panitia
6.9.7 Fail Panitia
Bagi melengkapkan fail panitia semua ahli diminta mengisi biodata diri masing-masing
dan menyerahkan jadual peribadi kepada pengerusi.

Tindakan :SU Panitia Matematik

6.9.8 Agihan tugas mengajar mata pelajaran Matematik tahun 2016.


Tahun 1C :
Tahun 1P :
Tahun 2C :
Tahun 2P :
Tahun 3C :
Tahun 3P :
Tahun 4C :
Tahun 4P :
Tahun 5C :
Tahun 5P :
Tahun 6C :
Tahun 6P :

Puan Rahayu binti Hamzah


Puan Rahayu binti Hamzah
Puan Rahayu binti Hamzah
Puan Rahayu binti Hamzah
Encik Kamal Husni bin Ahmad Badri
Encik Kamal Husni bin Ahmad Badri
Nahaliza binti Nayan
Encik Kamal Husni bin Ahmad Badri
Puan Nahaliza binti Nayan
Puan Nahaliza binti Nayan
Puan Nahaliza binti Nayan
Puan Rozidah binti Noran

Tindakan :Semua ahli panitia


6.10

Program Peningkatan Akademik


6.10.1

Program Peningkatan Akademik Tahun 6


6.10.1.1 Program Kelas Tambahan UPSR dijalankan 4 hari seminggu. Matematik
hari Ahad ( Pn. Rozidah binti Noran-Pk1) kelas 6P dan hari Isnin (Pn.
Nahaliza binti Nayan) kelas 6C. Kelas bermula dari jam 1.30 hingga
pukul 3.00 petang.
6.10.1.2 Kem Kecemerlangan UPSR (Bulan Mei) dijalankan oleh Guru
Bimbingan (En. Zakaria bin Ismail) untuk memberi suntikan semangat
dan pendedahan kepada murid teknik-teknik menjawab soalan dengan
lebih baik bagi meningkatkan prestasi murid. Fasilitator dari luar akan
dipanggil.
6.10.1.3 Gempur UPSR (Bulan 8)- menjawab soalan-soalan peperiksaan.
6.10.1.4 Guru Muda (Bimbing Rakan Sebaya) akan dijalankan sepanjang masa.
6.10.1.5 Kelas Intervensi bagi menganalisis item soalan selepas ujian TOV untuk
mengenalpasti kelemahan murid dalam menjawab soalan dari segi
kaedah dan teknik.

6.10.2

Program Kelas Pemulihan Tahap 2


6.10.2.1 Pn. Noremi binti Saari menjalankan kelas pemulihan matematik
mengikut jadual waktu yang ditetapkan.(Kelas pemulihan dibuat di Pusat
Sumber).

6.10.3

Program LINUS Numerasi


Dijalankan oleh guru-guru LINUS Tahap 1. Pn. Azizah Osman sebagai
penyelaras. 6.10.3.1
Program LINUS Wow, Saya Boleh. Hadiah disediakan
bagi murid LINUS
yang menunjukkan peningkatan setiap bulan. Hadiah diberi pada hari
perhimpuan mingguan.

6.10.3.2 Kem LINUS 2016, From Zero to Hero yang akan dilaksanakan dalam
bulan Julai.
6.10.3.3 Permainan LINUS (contoh: Dam Ular)
6.10.3.4 Mewujudkan sudut LINUS di dalam kelas.
6.10.3.5 Program Bimbingan rakan sebaya. Murid-murid yang cemerlang
ditugaskan membimbing murid-murid yang lemah semasa guru tidak ada
di dalam kelas, pada waktu rehat atau sebelum sesi persekolahan
bermula. Murid-murid yang dijadikan sebagai guru atau doctor bagi
Klinik Matematik akan diberi tag sebagai penghargaan.
6.10.4

Program Bijak Sifir


6.10.4.1 Bijak Sifir dijalankan waktu mata pelajaran matematik. Murid membaca
satu sifir sebelum PdP dimulakan. Budak yang berjaya menghafal
diberi hadiah sebatang pensel.

6.10.5

Klinik Matematik
6.10.5.1 Dijalankan oleh guru-guru Matematik dan murid cemerlang untuk
selesaikan masalah murid yang terlalu lemah dalam matematik. Klinik
Matematik disediakan dengan peralatan yang lengkap. Satu bilik khas
diperlukan. Buat sementara waktu bilik j-Qaf akan digunakan. Klinik
ini dibuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Murid
pembimbing akan diberi tag warna sebagai pengiktirafan sebagai murid
pembimbing dan akan diberi intensif jika berjaya memulihkan murid
yang dibimbingnya.

6.10.6

Program Semarak MMI


6.10.6.1 Program ini dijalankan oleh guru ganti. Bagi guru matematik yang
mengganti guru yang tidak hadir atau berkursus maka bolehlah
menggunakan masa ini untuk mengajar matematik. Buku berbentuk
aktiviti latihan telah disediakan bagi mata pelajaran Matematik di dalam
setiap kelas. Hasil kerja murid dalam buku ini perlu ditandatangani dan
buku ini akan dipantau oleh pentadbir.

6.10.7

Dialog Prestasi
6.10.7.1 Dialog Prestasi akan dijalankan selepas setiap kali dilaksanakan ujian
atau peperiksaan. Segala data dari ujian atau peperiksaan akan dianalisis
dan dibuat postmortem untuk mencari kekuatan atau kelemahan dan
mencari jalan penyelesaian serta penambaikkan.

6.10.8

Program PdP abad 21


6.10.8.1 PLC(Prinsip asas PLC yang perlu diberi keutamaan iaitu

memastikan pembelajaran murid, berlakunya budaya kolaboratif


dan berfokuskan kepada pencapaiaan), i-Think(penggunaan peta
minda yang pelbagai), KBAT(persoalan yang mencabar pemikiran),
penyusunan kelas, bilik darjah berinformasi, papan pamer hasil kerja
murid, pebelajaran berasaskan projek, pembelajaran kendiri,
pembelajaran berasaskan inquiri, kerja secara kolaboratif, ICT,
Projek (melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses

penyediaan draf (lebih dari sekali), perbincangan / sumbangsaran /


kritikan dan persembahan/pameran. Murid diberi peluang terlibat
secara aktif menjadi mentor dan pembimbing kepada rakan sebaya,
kemahiran berkomunikasi dan jati diri,
kajian perlu menjadi amalan,
(Rujuk Lampiran Abad 21)

Pembelajaran melalui

6.10.8.2 PdP abad 21 mesti dijalankan oleh guru mengikut kesesuaian


waktu dan menepati perenggan diatas(6.10.8.1). Pemantauan akan
dibuat oleh pentadbiran.
Tindakan : Semua ahli panitia

AGENDA 7

: KEWANGAN PANITIA

7.1 Guru Besar membentangkan kewangan PCG bagi tahun 2016. Agihan dibuat atas dasar

80%
dan bagi tahun ini perbelanjaan berhemah adalah disarankan.
Walau
bagaimana pun semua panitia boleh memohon mengikut prosedur yang ditetapkan
seperti biasa.
Beliau juga memaklumkan bahawa langkah penjimatan dari kos kertas perlu diambil kira
dan begitu ia tidak menjejaskan pengurusan pdp (Rujuk lampiran).
Tindakan : Makluman
AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN

7.1 Maklumat tambahan oleh Penolong kanan Pentadbiran. Pn. Rozidah memaklumkan
mesyuarat Panitia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Beliau
mengharapkan agar semua guru yang mempunyai bilik-bilik khas memastikan agar
bilik-bilik tersebut dijaga dengan baik, sekiranya membeli apa-apa barangan masukkan
dalam buku stok dan kemaskini buku stok.
7.2 Jadual waktu untuk tahun 2016 sudah selesai dan diguna pakai bermula 3 Januari 2016.
Purata waktu bagi semua guru ialah 26 hingga 30 waktu. Guru-guru boleh menyemak
jadual masing-masing supaya jadual tidak bertindan. Jika ada masalah boleh berjumpa
dengan Pn Rozidah.
7.3 Pengerusi turut memaklumkan bahawa sekolah akan menerima kerusi meja sebanyak 30
buah di SK Bukit Pak Kiau.
7.4 Buku Keberadaan Guru telah disediakan. Beliau berharap agar murid yang dilantik dapat
menjaga buku tersebut supaya bersih dan dalam keadaan baik.
7.5 Pn Rozidah juga mengharapkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dengan
baik dan sentiasa menjaga MMI. Masuk ke kelas tepat pada waktu dan sekiranya terlibat
dengan aktiviti lain mestilah maklumkan pada pihak pentadbir. Makluman juga kepada
guru-guru agar menandatangani buku keberadaan guru yang diletakkan di atas meja
setiap kelas sebagai bukti PdP dijalankan.
7.6 Pn. Rozidah memaklumkan SAPS akan dibuka selepas peperiksaan.TOV dan ETR perlu
diisi sebelum mengisi markah pada ujian bulanan 1.

7.7 Guru Besar mengharapkan supaya semua guru isi markah murid dalam SAPS dengan
segera setelah selesai ujian atau peperiksaan. Dan beliau memaklumkan bagi tahun 2016
ada 3 peperiksaan iaitu Ujian bulanan 1 kali, peperiksaan pertengahan tahun dan
peperiksaan akhir tahun. Manakala bagi tahun 6 pula ada tambahan iaitu peperiksaan
percubaan yang perlu diisi dalam SAPS. Guru kelas perlu cetak keputusan dan simpan di
dalam fail panitia masing-masing bagi setiap kali peperiksaan.
7.8 Guru Besar juga memaklumkan dalam prestasi mesti dinyatakan 3 perkara iaitu peratus
murid yang mencapai semua A, peratus murid yang gagal semua dan peratus murid yang
lulus semua mata pelajaran.
Tindakan : Semua guru
7.9 Pengurusan Linus perlu dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Walaupun tumpuan
kepada LINUS namun kelas arus perdana juga harus diutamakan pada tahun 2016. Ini
kerana peratus sekolah adalah bergantung kepada murid arus perdana. Mulai tahun 2016
LINUS akan dilanjutkan ke tahun 4. Semua guru diharapkan sentiasa bersedia.
Tindakan : Guru Linus
7.10 Guru Besar memaklumkan tentang projek khas sekolah dalam memantapkan pengurusan
kurikulum iaitu pengurusan waktu kelas ganti yang digunakan secara maksima dengan
penggunaan buku kerja. Projek ini akan dipanjangkan dalam mesyuarat PIBG untuk
mendapat persetujuan waris.
Tindakan : Makluman semua guru
7.11 Pengurusan kerohanian juga harus dimantapkan terutamana sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu bacaan doa belajar untuk membuka minda murid
untuk belajar.
Tindakan : Makluman semua guru
7.12 Dalam pengurusan penilaian dan peperiksaan ia adalah mengikut takwim yang
ditetapkan. Julat markah untuk tahun 2016 masih lagi dalam proses penetapan.
7.13 Guru Besar juga memaklumkan sekiranya membeli apa-apa barangan masukkan dalam
buku stok dan kemaskini buku stok atas panitia yang terdapat di pejabat.Pengawai Aset
merupakan Pn. Rosnani dan dibantu oleh Puan Zamzarina.
Tindakan : Pn. Rosnani dan Pn. Zamzarina
7.14 Guru Besar juga memaklumkan bahawa kewangan agak susut. Jadi perlu berjimat
terutamanya dalam penggunaan kertas. Pengurusan kewangan juga akan dilaksanakan
secara teratur berdasarkan fokus sekolah bagi tahun 2016.
Tindakan : Makluman semua guru

AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Pengerusi mengharapkan agar semua guru bekerjasama untuk meningkatkan prestasi
akademik Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit.
8.2

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran Guru Besar, PK Pentadbiran dan
semua ahli panitia dalam mesyuarat Panitia Matematik Kali-1.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Laporan disedia kan oleh,

.
( PN NAHALIZA BT NAYAN)
Setiausaha Panitia Matematik,
SK Kampong Bukit

Disemak oleh,

...
(PN ROZIDAH BINTI NORAN)
PK Pentadbiran
SK Kampong Bukit

LAMPIRAN ABAD 21
Kemahiran pembelajaran dan pembelajaran (PdP) yang terdapat dalam abad ke-21 ialah:
i. Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
ii. Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
iii. Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)
Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah:
i.
Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
ii.
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
iii.
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
iv. Literasi Maklumat (Information Literacy)
v. Literasi Media (Media Literacy)
vi.
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology Literacy)
vii.
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
viii.
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
ix.
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
x.
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
xi.
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut:
i.
Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum)
ii.
Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
iii.
Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka
iv. Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology)
v. Memiliki kemahiran kaunseling
vi.
Menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah:
i.
Berupaya membuat hubung-kait
ii.
Bijak menyoal
iii.
Yakin berkomunikasi
iv. Mengambil risiko
v. Dahagakan ilmu
vi.
Ingin tahu
vii.
Menjana idea
viii.
Fleksibel
ix.
Tidak berputus asa
x.
Mendengar dan membuat refleksi
xi.
Berkemahiran kritis
xii.
Menguasai kemahiran literasi
xiii.
Berani mencuba
xiv. Mampu berfikir sendiri
xv. Membuat inisiatif
xvi.
Mampu bekerja dengan orang lain

xvii.
xviii.
xix.

Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi

BILIK DARJAH ABAD KE-21


Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:
i.
ii.

Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid
supaya menarik dan bermakna.
Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara
koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:


Bilik darjah sebagai bilik sumber
i.
ii.
iii.

Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).


Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit) Instant
Access / Interactive/ dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih /soft board.
Hasil kerja murid dipamerkan.

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC)


i.
Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).
ii.
Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal
iii.
Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) Instant Access/
Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih / soft board.
iv. Hasil kerja murid dipamerkan.
v. SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas yang
mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong
vi.
Bilik darjah terbuka (Outdoor Classroom)
vii.
Lorong bermaklumat
viii.
Ruang santai

You might also like