You are on page 1of 22

TAJUK

: KESEMPURNAAN RASULULLAH

SUBJEK

: ISLAMIC STUDIES 2

KOD

: PI 2031

NAMA PELAJAR

: ZULFAHLI BIN TUAH

NO. NDP

: 28215155

BENGKEL

: PEMASANGAN PAIP MINYAK & GAS

NAMA PENGAJAR : MOHAMMAD FARIDUDDEEN ROSLI

SENARAI KANDUNGAN

MUKASURAT

Pengenalan

2-3

Sejarah ringkas Rasulullah

2,3

Isi kandungan

4-15

Akhlak Rasulullah S.A.W

4,5,

6 prinsip kepimpinan Nabi Muhammad SAW

6,7

4 Sifat Rasulullah SAW


Sifat Nabi Muhammad SAW yang harus di jadikan teladan sebagai pemimpin
Kepimpinan Rasulullah

8
9,10,
11,12,13,14,

Penutup

15

Rujukan

16

PENGENALAN
Kelahiran
Keheningan pagi Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi seisi alam Makkah
al-Mukarramah dikejutkan dengan suara tangisan seorang bayi lelaki. Lahirnya diterangi dengan cahaya
petanda dirinya bakal menerangi seluruh alam sebagai Rasul terakhir. Begitulah istimewanya kelahiran
putera Siti Aminah dan Abdullah.
Fatimah al-Thaqfiyah yang menyaksikan kelahiran nabi junjungan berkata, Saya saksikan ketika Siti
Aminah melahirkan bayi yang kemudian ternyata menjadi pemimpin dunia. Saya lihat rumah tempat bayi
itu dilahirkan bermandikan cahaya. Bintang-bintang kelihatan sangat dekat, sehingga saya bimbang kalaukalau bintang itu jatuh di atas kepala saya.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dengan gembira oleh keluarganya terutamanya Abdul Muttalib.
Seminggu kemudian, datuknya Abdul Muttalib mengadakan jamuan sempena memberi nama seperti yang
dimimpikan oleh Siti Aminah iaitu Muhammad yang membawa maksud orang yang terpuji.
Oleh kerana keturunan Baginda adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isi keturunan menjadi
bahan celaan mereka terhadap Baginda. Kaum Quraisy tidak menafikan betapa tingginya darjat dan susur
galur keturunan baginda. Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka.
Banyak riwayat menceritakan Quraisy telah mencela baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi
bukan membabitkan isu keturunan.

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/search/label/Nabi%20Muhammad


%20s.a.w#ixzz43yjtPisX NABI

MUHAMAD SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir.Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam
dan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.Baginda bukan sahaja di angkat menjadi seorang Rasul tetapi
juga sebagai seorang Khalifah yang mengetuai angkatan tentera islam,membawa perubahan kepada umat
manusia,mengajar tentang erti persaudaraan,akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana
Allah SWT.Beliau di lahirkan di mekah dan kembali ke Rahmatullah di madinah.Nabi Muhammad SAW
merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam.

BIODATA RINGKAS RASULULLAH S.A.W :


1.NAMA: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutatalib bin Hashim
2.TARIKH LAHIR : Subuh isnin,12Rabiulawal/20 April 571M (Dikenali sebagai tahun gajah; Sempena
peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
3.TEMPAT LAHIR : Dirumah Abu Talib,Makkah Al Mukarammah
4.Nama Bapa :Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
5.Nama Ibu :Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
6.Pengasuh Pertama :Barakah Al-Habsyiyyah (Di gelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW)
7.Ibu Susu Pertama: Thuwaibah (Hamba perempuan Abu Lahab)
8.Ibu Susu Kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sadiah (Lebih dikenali Halimah As-Sa diah.Suaminya
bernama Abu Kabsyah)

(ISI KANDUNGAN)

AKHLAK RASULULLAH S.A.W


Sifat mulia rasulullah s.a.w telah diperlihatkan dalam ratusan kejadian dan kenyataannya bersinar terang
seperti sang suria.Sifat seperti murah hati,welas asih,pengorbanan,keberanian,kesolehan kepuasan hati
atas apa yang serta menarik diri dari duniawi,semuanya itu jelas sekali pada diri rasulullah s.a.w
dibandingkan nabi-nabi lain.
Dari sejak hari pertama baginda diutus sampai dengan saat baginda kembali kepada Allah s.w.t, baginda
tidak pernah menganggap ada benda lain yang lebih penting melainkan Allah s.w.t.Beliau memberikan
bukti keberanian,kesetiaan dan keteguhan hati di medan perang menghadapi ribuan musuh dimana maut
sentiasa menanti semata-mata hanya kerana Allah.
Sifat akhlak mulia akhlak mulia tersebut tidak mungkin dimanifestasikan tanpa melalui tahap kesulitan dan
dugaan serta tahap kekuasaan dan kemakmuran .Kebijaksanaan yang sempurna dari Allah s.w.t
mengharuskan bahawa para nabi serta sahabatnya diberikan kedua bentuk kesempatan tersebut yang
sebenarnya merupakan realisasi ribuan berkat.
Rasulullah saw adalah seorang pribadi yang sempurna. Perawakannya menunjukkan bahwa Beliau
memang pantas dipilih sebagai seorang Rasulullah saw sekaligus Nabi akhir zaman. Cahaya kenabiannya
hingga meluluh lantakkan berbagai sifat tercela. Dalam kesempatan kali ini, kami akan membahas sekilas
perwatakan Beliau:
Beliau seorang yang jujur, dimulai dari seorang yatim piatu dan ditinggal ibunya semenjak umur 6 tahun
membuat pribadi Beliau menjadi seorang yang tegas dan berwibawa. Kejujuran Beliau saat diasuh oleh
pamannya terlihat saat Beliau diajak untuk memelihara ternak pamannya. Bahkan pamannya sangat takjub
atas kejujuran Beliau hingga diberikanlah gelar al-amien karna sikap Beliau tersebut.Rambut Rasulullah
lurus dan sedikit berombak. Beliau tidak berperawakan gemuk dan tidak pula tampak terlalu berat, beliau
berperawakan baik dan tegak. Warna kulit beliau cerah, mata beliau hitam dengan bulu mata yang
panjang. Sendi-sendi tulang beliau kuat dan dada beliau cukup kekar,demikian pula tangan dan kaki beliau.
Badan beliau tidak berbulu tebal, tapi hanya bulu-bulu tipis dari dada ke bawah sampai di pusar beliau.
Jika beliau sedang berhadapan dengan seseorang, maka beliau akan mengarahkan wajah beliau ke
orang tersebut (penuh perhatian). Diantara tulang belikat beliau tanda kenabian beliau. Beliau
adalah orang yang paling baik hati, orang yang paling jujur, orang yang paling dirindukan dan sebaikbaik keturunan. Siapa saja yang mendekati beliau akan langsung merasa hormat dan khidmat. Dan
siapa yang bergaul dengan beliau akan langsung menghargai dan mencintainya. Saya belum pernah
melihat orang lain seperti beliau.

Beliau seorang yang pemalu, bukti Rasulullah saw mempunyai keimanan yang kuat yaitu terlihat dari rasa
malu Beliau terhadap orang lain. Bahkan mimik wajah Beliau sangat terlihat jika Beliau menyukai sesuatu
atau tidak. Dan Beliau bersabda dalam hadits shahih malu sebagian dari iman.
Rasulullah itu lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Jika beliau tidak menyukai sesuatu, niscaya
kami dapat mengetahui ketidak sukaan beliau itu dari wajahnya.
Beliau seorang yang rendah hati, Rasulullah saw adalah seseorang yang rendah hati. Tidak pernah
meninggikan atau dalam artian berbicara atas segala kelebihan yang Beliau miliki. Sehingga orang-orang
yang berbicara pada Beliau nampak tercengang dan kagum atas sifat yang Beliau miliki tersebut.
Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah. Beliau mengajak laki-laki itu berbicara sehingga
membuatnya menggigil ketakutan. Rasulullah berkata kepadanya: Tenangkanlah dirimu! Sesungguhnya
aku bukanlah seorang raja. Aku hanyalah putra seorang wanita yang biasa memakan dendeng.
Beliau seorang yang mandiri, walau pun Rasulullah saw mempunyai 2 orang pembantu namun Beliau tetap
bersikap mandiri dalam mengerjakan berbagai hal. Bahkan pembantu Beliau pernah mengatakan Belia tak
pernah memintaku berbuat sesuatu yang Beliau bisa mengerjakannya dan Beliau sekali pun tak pernah
mengeluh apalagi berkata ahh.
Apakah yang dilakukan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam di dalam rumah? Ia radhiyallahu anha
menjawab: Beliau shallallahu alaihi wasallam adalah seorang manusia biasa.Beliau menambal pakaian
sendiri, memerah susu dan melayani diri beliau sendiri. [4]
Beliau seorang yang sederhana, sesungguhnya Rasulullah saw itu amatlah sangat kaya raya. Namun
Beliau tak pernah memperlihatkan kekayaannya tersebut kepada orang lain. Bahkan pada saat pernikahan
Beliau dengan Siti Khadijah, Beliau melamar dengan 600 ekor unta dan 30 kg emas murni. Subhanallah.
Wallahualam.
Kami, keluarga Muhammad, tidak pernah menyalakan tungku masak selama sebulan penuh, makanan
kami hanyalah kurma dan air. [5]
Beliau seorang yang terpuji, tak ada nabi yang mempunyai sifat tercela sedikit pun kecuali Rasulullah saw.
Karena hati Beliau telah disucikan oleh Allah azza wa jalla dengan perantara malaikat jibril agar hati Beliau
diisi dengan cahaya sepenuhnya. Inilah bukti bahwa Rasulullah saw adalah manusia paling sempurna.
Rasulullah SAW bukanlah seorang yang keji dan tidak suka berkata keji, beliau bukan seorang yang suka
berteriak-teriak di pasar dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Bahkan sebaliknya, beliau suka
memaafkan dan merelakan. [6].

6 PRINSIP KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW

1.MENOMBORSATUKAN FUNGSI SEBAGAI LANDASAN DALAM MEMILIH ORANG ATAU


SESUATU,BUKAN PENAMPILAN ATAU FAKTOR LUARAN LAIN
*FUNGSI SAHABAT TERDEKAT RASULULLAH
-ABU BAKAR ASSIDIQ (Bersifat percaya sepenuhnya kepada Rasulullah,adalah sahabat utama.ini
bermakna kepercayaan daripada orang lain adalah modal seorang pemimpin.)
-UMAR IBNU KHATTAB (Bersifat kuat,berani dan tidak kenal takut dalam menegakkan kebenaran)
-USTMAN IBNU AFFAN (Seorang pedagang kaya raya yang rela menafkahkan seluruh harta kekayaannya
untuk perjuangan Muhammad SAW.)
-ALI IBNU ABI THALIB (Seorang pemuda yang berani dan tegas,penuh idea kreatif,rela berkorban dan
lebih suka bekerja daripada bicara)
2.MENGUTAMAKAN SEGI KEMANFAATAN DARIPADA KESIA-SIAAN
*Tiada YANG SUKAR UNTUK DIRINYA DAN TERMUDAH UNTUK UMATNYA
*Ketika orang lain disuruh mencari perkataan, perbuatan bahkan diamnya Muhammad yang menjadi siasia dan tidak bermakna.
3.LEBIH MEMENTINGKAN ORANG LAIN DARIPADA DIRINYA SENDIRI
*Ketika datingnya wahyu untuk melakukan hijrah dari kota makkah ke madinah,Muhammad SAW baru
berangkat ke madinah setelah semua kaum musliminmakkah berangkat terlebih dulu.padahal pada saat itu
beliau terancam akan di bunuh,namun tetap mengutamakan keselamatan kaumnya yang lebih lemah.
4.MENDAHULUKAN YANG LEBIH MENDESAK DARIPADA YANG BOLEH DITUNDA
*Ketika ada yang bertanya kepadanya,mana yang harus di pilih apakah menyelamatkan seorang anak
yang sedang menghadapi bahaya atau meneruskan solatt,maka beliau menyuruh untuk membatalkan solat
dan menyelamatkan anak yang sedang menghadapi bahaya.
*ketika kaum yahudi yang berada dalam kekuasaan muslimin meminta perlindungan kepadanya dari
gangguan orang islam di Madinah,beliau sampai mengeluarkan pernyataan bahawa barang siapa yang
mengganggu dan menyakitiorang yahudi yang meminta perlindungan,maka sama dengan menyatakan
perang kepada Allah dan Rasulnya.

5.MEMILIH JALAN
jalan yang termudah dalam beragama,maka beliau memilih untuk mengurangkan tidur,makan dan shalat
sampai bengkak kakinya.

6.LEBIH MENDAHULUKAN TUJUAN AKHIRAT DARIPADA MAKSUD DUNIAWI


*Muhammad SAW menunjukan bahawa jalan akhirat itu lebih utama daripada kenikmatan dunia dengan
seluruh isinya ini.pandangannya yang selalu melihat akhirat sebagai tujuan ,maka tiada yang boleh
menggoyahkan keyakinannya untuk menegakkan kebenaran.
* Seandainya kalian letakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku,maka aku tidak akan
berhenti dalam menyampaikan risalah ini. Demikian Muhammad SAW berkata kepada para pemimpin
Quraisy yang mencuba menyuap Muhammad SAW dengan harta benda, menjanjikan kedudukan tertinggi
di kalangan suku suku Arab dan jugadiberikan wanita-wanita cantik asalkan Muhammad SAW mahu
menghentiakn dakwahnya di kalangan mereka.

4 SIFAT RASULULLAH SAW

1.AMANAH
*AMANAH ertinya benar benar boleh di percayai.
*jika satu urusan diserahkan kepadanya,nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan di uruskan
dengan sebaik baik nya.

2.SIDDIQ
*SIDDIQ ertinya benar.
*pada diri Rasulullah SAW, bukan sahaja perkataannya yang benar malah perbuatannya juga benar,yakin
sejalan dengan ucapanya.

3.TABLIGH
*Tabligh ertinya menyampaikan
*segala firman Allah yang di tujukan kepada manusia di sampaikan oleh baginda.Tidak ada yang
disembunyikan walaupun ianya menyinggung baginda sendiri.

4.FATHOHAH
*Fathohah ertinya bijaksana
*baginda mampu mengatur umatnya sehingga Berjaya mentrasformasikan bangsa arab jahiliah yang
asalnya bodoh,kasar,berpecah belah serta sentiasa berperang antara suku,menjadi satu bangsa yang
berbudaya dan berpengatahuan.itu semua memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.

Sifat dan Kepribadian Rasulullah SAW yang Wajib Kita Teladani

Banyak sekali hal yang perlu kita contoh dari kehidupan Rasulullah SAW. Karena, beliau memang diutus
oleh Allah SWT untuk memperbaiki budi pekerti dan akhlak manusia.
Sebagaimana dalam Firman Allah SWT yang artinya: "Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan
yang baik bagimu, (yaitu) orang yang mengharap (ridha) Allah, (kedatangan) hari akhirat dan mengingat
Allah sebanyak-banyaknya..."QS. Al-Ahzab : 21
Rasulullah senantiasa menunjukkan akhlak yang terpuji, sehingga beliau dapat menjadi contoh teladan
dalam kehidupan di dunia yang fana ini. Beliau mempunyai kepribadian yang utuh dan terpuji, yaitu FAST
(Fathanah, Amanah, Shidiq dan Tabligh). Dan yang paling menonjol dari beliau adalah senantiasa
konsekuen dan konsisten dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.
Keteladanan Rasulullah SAW ini ternyata sangat berpengaruh terhadap gaya hidup dan karakter para
sahabat-Nya. Para sahabat yang merupakan kader dan santri periode pertama beliau, tumbuh menjadi
pribadi-pribadi yang luar biasa dan di kemudian hari menjadi pemimpin-pemimpin umat dalam rangka
meneruskan perjuangan da'wah islam sepeninggal Rasulullah SAW (Khalifah). Para sahabat adalah
merupakan kader terbaik umat di masa lalu, maupun di masa yang akan datang. Keteguhan dalam
memegang prinsip-prinsip kebenaran, keadilan dan kejujuran tidak bisa disangsikan lagi.
Keikhlasan untuk beramal baik dengan harta, kedudukan dan bahkan jiwanya sekaligus sudah tidak bisa
dipungkiri lagi. Sebagai contoh adalah Abu Bakar yang ikhlas menyerahkan semua harta bendanya untuk
kepentingan perjuangan da'wah Nabi Muhammad SAW, Umar bin Khatab yang dengan kesederhanaannya
walaupun telah menjadi khalifah tidak pernah sombong, Usman bin Affan yang rela memberikan semua
harta dagangannya demi menyelamatkan jiwa penduduk yang terancam bahaya kelaparan dan Ali bin Abi
Thalib yang selalu bersikap zuhud dalam kehidupannya.
Sahabat Abu Bakar, Umar bin Khatab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib adalah khalifah-khalifah yang
meneruskan perjuangan da'wah setelah Rasulullah SAW meninggal dunia. Di samping mereka, masih
banyak lagi sahabat-sahabat yang sangat teguh berjuang bersama Rasulullah SAW untuk menegakkan
panji-panji kebenaran baik pada periode Makkah atau Madinah. Kesemuanya adalah kader terbaik yang
pernah ada di dunia ini untuk masa yang telah lalu ataupun masa yang akan datang.

Berikut adalah beberapa Sifat dan Kepribadian Rasulullah SAW yang Wajib Kita Teladani, antara
lain:
1. Sangat Bijaksana dalam Menjalankan Da'wah (Tercermin ketika Nabi Muhammad SAW mendamaikan
perselisihan di antara para pemuka Quraisy tentang siapa yang berhak untuk mengembalikan Hajar Aswad
ke tempat semula)
2. Pribadi yang Sabar dan Pemaaf (Tercermin ketika Nabi Muhammad SAW memaafkan seorang panglima
kafir yang datang dan menghunuskan pedang ke hadapan Rasulullah SAW)
3. Bersifat Jujur dan Setia pada Janji (Tercermin ketika Nabi Muhammad SAW berdagang ataupun ketika
berbicara dan berperilaku, walaupun terhadap orang-orang kafir Makkah)
4. Berperilaku Santun dan Kasih Sayang kepada Semua Orang (Tercermin dalam kehidupan sehari-hari
Rasulullah SAW)
5. Berpegang Teguh pada Aqidah yang Benar sebagai Landasan Da'wah-Nya (Tercermin ketika
mengemban tugas yang sangat berat untuk berda'wah dan menghadapi orang-orang dari kaum kafir
Quraisy)
6. Selalu Tawakkal kepada Allah SWT (Tercermin ketika Nabi Muhammad SAW selalu mendapat tantangan
dan cobaan di setiap harinya)
7. Senantiasa Ta'at dalam Melaksanakan Perintah Allah SWT dan Menjauhi Segala Larangan-Nya
(Tercermin dalam kehidupan sehari-hari Rasulullah SAW).

Kepemimpinan Nabi : Sebagai Pemimpin Agama :

Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh untuk setiap sifat
terpuji ).
Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang pendakwah, nabi
menunjukkan sifat sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran
yang dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang
Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa
kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT
Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat
(solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan
antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis.
Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan hadis

Sebagai Pemimpin Politik :

mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.


Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya menyelesaikan
pertelingkahan antara ketua ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan
semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah.
Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu
dan dua
Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah dan Mesir.
Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara
kolektif.

Sebagai Pemimpin Tentera :

menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan


menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda
akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt
Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan
perang secara adil kepada kawan kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan
pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum kaum yang lemah.
Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera
Islanm.
Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang
Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati.
Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
Patuh kepada ketua.
Tidak boleh lari dari medan peperangan.
Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

Sebagai Pemimpin Masyarakat :

berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.


Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah
Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan.
Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
Menaikkan taraf wanita .
Menghapuskan batas batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang
Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar
Sahifah Madinah ).
Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing masing.
Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing
contohnya Sad bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sad bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan
penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani Quraizah, Sad bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana
beliau lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah

Ketua Hakim :

Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.


Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan
terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda
sayangi.

Sebagai Perancang Ekonomi :

Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah dan
menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi
Kesimpulan :
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi
dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan.
Kepimpinan nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik
dan teratur.

PENUTUP:

Rasulullah SAW adalah pesuruh Allah dan Pemimpin semua umat Islam.Dawah Rasulullah pada zaman
dahulu adalah satu kejayaan terbesar dan ia juga merupakan tunjuk ajar kepada kita ke arah jalan yang
benar.Oleh sebab itu, kita perlulah menghargai jasa-jasa dan pengorbanan baginda untuk menegakkan
agama Islam.Antara cara-cara menghargai jasa-jasa beliau ialah sentiasa beribadat kepada Allah dan
Rasulnya.Selain itu, berzikir dan mengikuti segala sunah-sunah baginda juga adalah cara-cara untuk
sentiasa mengingati baginda.Kita patut bersyukur akan perjuangan Dawah baginda yang sampai juga
kepada kita pada hari ini.Akhir sekali,.kita perlu sentiasa bersyukur dan beribadat kepada Allah s.w.t dan
Rasulnya.

SUMBER RUJUKAN

[1] Hadits Riwayat dari Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib (ra) juga meriwayatkan.
[2] Hadits Riwayat Al-Bukhari. Abu Said Al-Khudri RA mengatakan.
[3] Hadits Riwayat Ibnu Majah. Ibnu Masud Radhiyallahu anhu berkata.
[4] Hadits Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Aisyah radhiyallahu anha pernah ditanya.
[5] Hadits Riwayat Al-Bukhari. Aisyah radhiyallahu anha menuturkan:
[6] Hadits Riwayat Ahmad. Aisyah radhiyallahu anha menuturkan.
Hak Cipta: Luqman Abdurrahman Shaleh (cara-rasulullah.com) beserta (sahabatnya) Sri Wahyuni.
-Madinahsyariahsupermarket.blogspot.my
-www.tongkronganislami.net
-www.Ahmad-sanusi-husain.com
-situsguru.wordpress.com
- http://al-islam.mywapblog.com/sifat-dan-kepribadian-rasulullah-saw.xhtml
- https://fastnote.wordpress.com/kepimpinan-nabi-muhammad-s-a-w/