You are on page 1of 23

BAB 5 KERADIOAKTIFAN (RADIOACTIVITY)

5.1 Nukleus suatu atom


Komposisi nukleus suatu atom
Nukleus suatu atom terdiri daripada nukleonnukleon.
Nukleon terdiri daripada proton yang bercas positif
dan neutron tidak bercas.
+
+ +
+

Nukleon

Nilai cas
(C)

Jenis
cas

Jisim
relatif

Proton

+1.6 x 10-19

Positif

Jisim
sebenar
(kg)
1.67 x 10-27

Neutron

Neutral

1.67 x 10-27

Model atom
Rutherford-Bohr

Nombor proton dan nombor nukleon


Nombor proton suatu unsur ialah bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus
atom unsur itu. Nombor proton diwakili oleh simbol Z.
Nombor proton, Z juga dikenali sebagai nombor atom.
Nombor nukleon suatu unsur ialah jumlah bilangan proton dan bilangan neutron
yang terdapat di dalam nukleus atom unsur itu. Nombor nukleon wakili oleh
simbol A.
Nombor nukleon, A juga dikenali sebagai nombor jisim.
Maka,
Bilangan neutron, N = nombor nukleon, A nombor proton, Z

Definisi nuklid
Nuklid ialah suatu spesies nukleus atom yang mempunyai bilangan proton dan
bilangan neutron yang tertentu.

Simbol bagi suatu nuklid tertentu boleh dinyatakan dengan menggunakan simbol
nuklid berikut:
Nombor nukleon
A
Simbol kimia
ZX
Nombor proton

X ialah simbol kimia bagi suatu unsur. Contohnya H ialah simbol bagi hidrogen
dan C ialah simbol bagi karbon.

Sub-sub atom seperti proton, neutron dan elektron juga boleh ditulis dalam
bentuk simbol nuklid.
Simbol nuklid bagi proton ialah 11p , simbol nuklid bagi neutron ialah 01n dan

simbol nuklid bagi elektron ialah

0
-1 e

Bagi suatu atom yang neutral, bilangan proton adalah sama dengan bilangan
elektron. Maka bilangan elektron yang mengelilingi nukleus bagi suatu atom
neutral sama dengan nilai nombor proton, Z.

135

Tentukan nombor nukleon, nombor proton dan bilangan neutron bagi nuklid-nuklid
berikut:
Nombor
Nombor
Bilangan
Unsur
Simbol unsur
nukleon, A
proton, Z
neutron, N
1
Hidrogen
1
1
0
1H

Karbon

12
6C

12

Oksigen

16
8O

16

Helium

4
2 He

Uranium

238
92 U

238

92

146

Radium

226
88 Ra

226

88

138

Thorium

232
90 Th

232

90

142

Definisi Isotop
Isotop adalah nuklid-nuklid (nukleus-nukleus atom) bagi suatu unsur yang sama
yang mempunyai bilangan proton, Z yang sama, tetapi nombor nukleon, A yang
berlainan.
Unsur hidrogen mempunyai tiga jenis isotop yang wujud secara semula jadi iaitu
protium (hidrogen), deutrium dan tritium.
Nama
isotop

Simbol
isotop

Struktur
nukleus

Nombor
nukleon, A

Nombor
proton, Z

Nombor
neutron, N

Protium
(hidrogen)

1
1H

Deuterium

2
1H

Tritium

3
1H

Isotop-isotop bagi suatu unsur yang sama menunjukkan sifat kimia yang sama
kerana bilangan proton dan bilangan elektron yang dimiliki oleh atom neutral
adalah sama.

Bagaimanapun, isotop-isotop bagi suatu unsur yang sama menunjukkan sifat


fizik yang berlainan disebabkan oleh jisim yang berlainan.

Contoh : Simbol nuklid bagi satu nukleus Protactinium-231 diberikan seperti yang
berikut:
231
91 Pa

Tentukan bilangan proton dan bilangan neutron di dalam nukleus tersebut.


Penyelesaian:
Bilangan proton = 91
Bilangan neutron = 231 91
= 140
136

5.2 Pereputan radioaktif

Keradioaktifan
Keradioaktifan ialah proses pereputan nukleus yang tidak stabil dengan
memancarkan sinaran radioaktif untuk menjadi nukleus yang lebih stabil secara
spontan dan rawak.

Proses pereputan radioaktif berlaku secara spontan kerana ia tidak dikawal dan
berlaku dengan sendiri serta tidak dipengaruhi oleh keadaan fizikal seperti suhu
dan tekanan.

Proses pereputan radioaktif dikatakan berlaku secara rawak kerana sinaran yang
dipancarkan tidak berlaku pada selang masa yang sekata dan tidak boleh diramal
ia berlaku.

Isotop-isotop yang mempunyai nukleus yang tidak stabil dikenali sebagai


radioisotop.

Jadual berikut menunjukkan contoh-contoh isotop stabil dan radioisotopnya.


Lengkapkan jadual ini dengan simbol nuklid bagi setiap radioisotop.

Isotop stabil
Karbon-12

Simbol
12
6C

Radioisotop
Karbon-14

Simbol
14
6C

Natrium-23

23
11 Na

Natrium-24

24
11 Na

Kobalt-59

59
27 Co

Kobalt-60

60
27 Co

Plumbum-207

207
82 Pb

Plumbum-210

210
82 Pb

Tiga jenis sinaran radioaktif yang boleh dikeluarkan oleh nukleus yang tidak
stabil semasa reputan radioaktif ialah:
(a) Zarah alfa ()
Zarah alfa ialah nukleus helium ( 42 He ) dan bercas positif
(b) Zarah beta ()
Zarah beta ialah elektron ( -01 e ) yang bergerak dengan laju dan bercas negatif
(c) Sinar gama ()
Sinar gama ialah gelombang elektromagnet yang berfrekuensi tinggi dan tidak
bercas.

Perbandingan ciri-ciri bagi tiga jenis sinaran radioaktif


Perbandingan tiga jenis sinaran radioaktif boleh dibuat dengan membincangkan
sifat semulajadi mereka iaitu dari segi:
(a) Kesan pengionan
(b) Kuasa penembusan
(c) Pemesongan oleh medan elektrik
(d) Pemesongan oleh medan magnet
(e) Julat pancaran di dalam udara
Perbezaan sifat-sifat semulajadi sinaran radioaktif ini membolehkan kita
mengesan sinaran radioaktif dengan menggunakan pengesan sinaran radioaktif
tertentu seperti pembilang bunga api, kebuk awan dan tiub Geiger-Mller.
137

(a) Kesan pengionan


Sinaran radioaktif seperti zarah alfa (), zarah beta () dan sinar gama () boleh
mengionkan molekul-molekul udara di sekelilingnya ketika bergerak merentasi
molekul-molekul udara.

Kuasa pengionan ialah keupayaan sesuatu sinaran radioaktif menyesarkan


elektron daripada molekul udara bagi menghasilkan satu pasangan ion.

Contoh kesan pengionan oleh zarah alfa, terhadap molekul udara:

+
Elektron

Elektron

Zarah
Proton
Neutron

Proton
Neutron

Zarah alfa () mempunyai kuasa pengionan yan paling tinggi kerana ia


mempunyai jisim yang paling besar berbanding zarah beta () dan sinar gama ().

Sinar gama () mempunyai kuasa pengionan yang paling rendah kerana sinar
gama () tidak mempunyai jisim dan merupakan gelombang elektromagnet yang
membawa tenaga yang tinggi.

(b) Kuasa penembusan


Kuasa penembusan sinaran radioaktif merujuk kepada keupayaan sinaran itu
untuk melepasi dan menembusi sesuatu halangan.

Kuasa penembusan dipengaruhi oleh kuasa pengionan. Semakin tinggi kuasa


pengionan, semakin rendah kuasa penembusan sesuatu sinaran.

Zarah alfa () boleh dihentikan dengan menggunakan sehelai kertas sahaja


kerana kuasa penembusan zarah alfa yang sangat rendah.

Zarah beta () pula boleh dihalang dengan menggunakan kepingan logam nipis
seperti aluminium setebal 3 mm.

Sinar gama () mempunyai kuasa penembusan paling tinggi tidak dapat dihalang
sepenuhnya tetapi keamatannya boleh dikurangkan dengan menggunakan
kepingan plumbum atau dinding konkrit yang cukup tebal.

Zarah alfa ()
Zarah beta ()

Sinar gama ()
Kertas aluminium Plumbum

138

(c) Pemesongan oleh medan elektrik


Apabila suatu sinaran melalui suatu medan elektrik, lintasan sinaran radioaktif
tersebut boleh mengalami perubahan arah.

Zarah alfa () yang bercas positif akan dipesongkan ke arah plat negatif dan zarah
beta () yang bercas negatif akan dipesongkan ke arah plat positif.

Sinar gama () tidak dipengaruhi oleh medan elektrik kerana ia merupakan


gelombang elektromagnet dan tidak bercas.
()

Sumber bahan
radioaktif

(+)
Pemesongan zarah beta () lebih ketara daripada pemesongan zarah alfa (). Ini
kerana jisim zarah beta () adalah jauh lebih kecil daripada jisim zarah alfa ().
Inersia zarah beta () yang lebih kecil menyebabkan zarah beta () lebih mudah
dipesongkan.

(d) Pemesongan oleh medan magnet


Cas yang dibawa oleh suatu sinaran radioaktif menyebabkan sinaran tersebut
terpesong di dalam suatu medan magnet.

Zarah alfa () dan zarah beta () dipesongkan pada arah yang berbeza kerana
membawa cas yang berlainan.

Zarah beta () mengalami pemesongan yang lebih ketara kerana jisim relatif yang
kecil berbanding zarah alfa ().

Sinar gama () tidak dipesongkan oleh medan magnet kerana tidak membawa
sebarang cas.

Arah medan magnet


masuk ke arah kertas

Arah medan magnet


keluar dari arah kertas

Arah pesongan sinaran ditentukan dengan menggunakan Petua Tangan Kiri


Fleming.
139

Ciri-ciri sinaran radioaktif


Ciri-ciri
Sifat semulajadi

Zarah alfa ()

Zarah beta ()

Sinar gama ()

Simbol
Cas
Kuasa pengionan

Kuasa penembusan
Julat pancaran di
udara
Kesan medan
elektrik
Kesan medan
magnet
Halaju

Nukleus helium

Elekron

atau
Positif
(+2e)
Menghasilkan
banyak ion udara
(Tinggi)

atau
Negatif
(-1e)
Bilangan ion yang
terhasil kurang
daripada zarah .
(Sederhana)

Lemah
Beberapa
centimeter
Terpesong ke arah
plat negatif
Terpesong dengan
magnitud kecil
0.1 c

Sederhana
Beberapa meter

4
2 He

Sinaran
elektromagnet

0
-1 e

Terpesong ke arah
plat positif
Terpesong dengan
magnitud besar
0.3 0.9 c

Tidak bercas
Bilangan ion
kurang daripada
zarah dan zarah
.
(Lemah)
Tinggi
Beberapa ratus
meter
Tidak terpesong
Tidak terpesong
Halaju cahaya, c

Alat pengesan sinaran radioaktif


Sifat-sifat sinaran radioaktif yang membolehkannya dikesan ialah:
(a) Sinaran radioaktif boleh menghitamkan filem atau plat fotograf.
(b) Sinaran radioaktif boleh mengionkan atom-atom udara.

(1) Filem atau plat fotograf


Filem atau plat fotograf boleh mengesan
ketiga-tiga jenis sinaran radioaktif.
Argentum bromide yang peka kepada cahaya
dan sinaran radioaktif disalutkan pada
permukaan plat fotograf.
Unsur argentum akan menghitamkan plat
fotograf apabila sinaran menembusinya.
Plat fotograf digunakan sebagai lencana khas
yang dipakai oleh pekerja semasa
mengendalikan bahan radioaktif di makmal dan
reaktor nuklear kerana alat ini boleh
menunjukkan dos sinaran yang terdedah pada
seseorang pekerja.

140

(2) Elektroskop bercas


Elektroskop bercas ialah alat yang paling
sesuai untuk mengesan zarah alfa () kerana
kuasa pengionan yang tinggi berbanding
dengan zarah beta () dan sinar gama ().
Apabila satu sumber alfa dibawa mendekati
ceper sebuah elektroskop yang bercas positif,
didapati pencapahan kerajang emas akan
berkurang.
Ini kerana zarah alfa mengionkan molekulmolekul udara di sepanjang lintasannya dan
menghasilkan pasangan-pasangan ion.
Ion-ion negatif yang terhasil akan tertarik
kepada ceper elektroskop yang bercas positif
itu dan menyahcaskannya. Maka, kerajang
emas menguncup.
(3) Pembilang bunga api
Pembilang bunga api sesuai digunakan untuk
mengesan zarah alfa () kerana mempunyai
kuasa pengionan yang tinggi.
Apabila sumber alfa didekatkan dengan kasa
dawai, bunga api dilihat dan bunyi percikan
didengari.
Ini kerana zarah alfa mengionkan molekulmolekul udara di ruang antara kasa dawai
dengan dawai halus. Ion positif dan ion negatif
tertarik kepada terminal masing-masing yang
bertentangan cas.
Pengionan sekunder terjadi apabila ion-ion
berlanggar dengan molekul-molekul udara yang
lain menyebabkan bunga api terhasil.
Bilangan bunga yang terhasil memberikan satu
sukatan keamatan sinar itu.

Pengionan
molekul udara

+ + +

+ + +
+
+
+
+
+
+
+

Sumber
radioaktif

Kerajang
emas
menguncup

+
+
+

+
+

Sumber alfa

3 kV

Kasa
dawai

+
Bunga api

Dawai halus

(4) Tiub Geiger-Mller


Tiub Geiger-Mller boleh digunakan untuk
mengesan zarah alfa, zarah beta dan sinar
Sumber
radioaktif Tiub GM
gama.
Apabila satu sinar radioaktif memasuki tiub GM
sinaran itu mengionkan molekul-molekul gas
neon di dalamnya.
Ion positif dipecutkan ke katod manakala ionion negatif dipecutkan ke anod.
Perlanggaran ion-ion dengan atom-atom neon
yang lain menyebabkan pengionan sekunder
berlaku.
Katod
Pergerakan ion-ion ke elektrod masing-masing
menghasilkan satu denyutan arus yang kecil.
Denyutan ini akan diperkuatkan oleh satu
Mica
amplifier dan dibilang oleh sebuah pembilang.
Gas neon
Pembilang akan merekodkan bilangan
Anod
denyutan arus dalam satu selang masa
tertentu.
141

Pembilang

450 V

Pembilang

(5) Kebuk awan


Kebuk awan boleh mengesan ketiga-tiga jenis
sinaran radioaktif.
Apabila sinar radioaktif melalui ruang di
bahagian atas ia mengionkan molekul-molekul
udara di sepanjang lintasannya.
Wap yang tepu lampau mengkondensasi pada
ion-ion itu untuk membentuk titisan-titisan air
yang halus dan kelihatan sebagai runut-runut
putih.
Cahaya disinarkan di sisi kebuk itu supaya
runut-runut putih itu dapat diperhatikan.
Rupa bentuk runut yang terhasil bagi ketigatiga sinaran radioaktif adalah berbeza.

Kepingan felt
Ruang tepu
dengan wap
alkohol

Sumber alfa

Ais kering

Span

Pandangan atas:
Runut yang dihasilkan dalam
kebuk awan

(a) Runut dihasilkan oleh zarah alfa

Sumber alfa ()

(b) Runut dihasilkan oleh zarah beta

Sumber beta ()

(c) Runut dihasilkan oleh sinar gama

Sumber gama ()

142

Kuasa pengionan zarah alfa


yang tinggi menghasilkan
banyak pasangan ion, maka
runut kelihatan padat.
Jisim zarah alfa yang besar
menyebabkan ia tidak
terpesong oleh molekul
udara dalam lintasannya,
maka kelihatan lurus.
Kuasa pengionan yang
sederhana menyebabkan
runut kelihatan kurang
padat.
Jisim yang kecil
menyebabkan ia
dipesongkan oleh molekulmolekul udara dalam
lintasannya dan kelihatan
tidak lurus.
Kuasa pengionan sinar gama
yang sangat rendah
menghasilkan sedikit
pasangan ion menyebabkan
runut kelihatan pendek dan
berselerak.
Sinar gama tidak mempunyai
jisim.

Reputan radioaktif
Reputan radioaktif ialah proses di mana nukleus yang tidak stabil berubah
menjadi nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.
Terdapat tiga jenis reputan radioaktif iaitu reputan alfa, reputan beta dan reputan
gama.

(1) Reputan alfa ()


Reputan alfa berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan
memancarkan satu zarah alfa () iaitu nukleus helium, 42 He .

2p

Z2

Z
mereput

2n

N2

Zarah alfa ()

Atom X

Atom Y
Z = nombor proton

N = nombor neutron

Dalam proses reputan ini, satu zarah alfa (nukleus helium 42 He ) dengan 2
proton dan 2 neutron dipancarkan. Maka atom baru Y yang terbentuk
mempunyai nombor proton, Z yang berkurang sebanyak 2 unit dan nombor
nukleon, A yang berkurang sebanyak 4 unit.

Perubahan dalam nombor nukleon dan nombor proton boleh diwakili oleh
persamaan berikut:

A
A4
4
Z X Z2Y 2 He

Contoh-contoh persamaan reputan alfa:


(i) 92 U 90Th 2 He
238

234

(ii) 88 Ra 86 Rn 2 He
226

222

Lengkapkan persamaan-persamaan di bawah:


230

(a)

234
90Th

(c)

212
208
84 Po 82 Pb

(e)

222
86 Rn

88

4
Ra + 2 He

(b)

4
2 He

4
218
84 Po + 2 He

143

222
226
88 Ra 86

4
Rn + 2 He

4
222
80 Hg + 2 He

(d)

206
82 Pb

(f)

234
210
90Th 78 Pt

4
2 He

(2) Reputan beta ()


Reputan beta berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan
memancarkan satu zarah beta () iaitu elektron yang berhalaju tinggi.

Z+1
mereput

N1
Zarah beta ()

Atom X

Atom Y
Z = nombor proton

N = nombor neutron

Dalam proses reputan beta, satu daripada neutron-neutron dalam nukleus itu
akan bertukar menjadi satu proton dan elektron.

Proton yang terhasil itu kekal di dalam nukleus, manakala elektron yang
terhasil dipancarkan sebagai zarah beta berhalaju tinggi.

Atom Y yang terbentuk mempunyai nombor proton, Z yang bertambah


sebanyak 1 unit dan nombor nukleon, A tidak berubah.

Perubahan dalam nombor nukleon dan nombor proton boleh diwakili oleh
persamaan berikut:
A
A
0
Z XZ 1Y -1e

Contoh-contoh persamaan reputan beta :

(i)

234
234
0
90Th 91 Pa -1e

(ii)

234
234
0
91Pa 92 U -1e

Lengkapkan persamaan-persamaan di bawah:

(a)

(c)

(e)

210
210
82 Pb 83

24
10 Ne

Bi -1e

24
11Na

(b)

24
11Na

(d)

239
91 Pa

-01e

232
208
6
90Th 82 Pb

4
2 He

144

0
-1 e

24
12

Mg -1e

239
92 U

-01e

(3) Reputan gama ()


Dalam proses reputan gama, tenaga dibebaskan dalam bentuk sinaran
elektromagnet.

Selepas pengeluaran zarah alfa dan zarah beta, sesetengah nukleus masih
berada dalam keadaan bertenaga yang lebih tinggi daripada biasa.

Pada ketika proton-proton dan neutron-neutron dalam nukleus itu menyusun


semula untuk menjadi lebih stabil, tenaga lebihan padanya akan dikeluarkan
sebagai sinaran elektromagnet berfrekuensi amat tinggi yang dinamakan sinar
gama.

Pemancaran sinar gama tidak mengubah nombor proton dan nombor nukleon
sesuatu atom seperti persamaan berikut:

A
A
Z X Z X (Sinar gama)

Contoh persamaan reputan gama :

(a)

60
60
27 Co27 Co

(c)

238
234
4
U

Th

92
90
2 He

214
214
0
82 Pb 83 Bi -1e

(b)

Lengkapkan persamaan-persamaan berikut:

(a)

137
137
Ba
56 Ba 56

(c)

192
77 Ir

192
78 Pt

(b)

152
66 Dy

152
66 Dy

-01e

Siri reputan
Sesetengah nukleus tidak menjadi stabil walaupun ia telah melalui proses
reputan. Ini kerana nukleus baru yang terhasil masih tidak stabil.

Oleh yang demikian, satu siri reputan akan berlaku sehingga nukleus asal
mereput menjadi satu nukleus yang stabil.

Berikut ialah satu contoh siri reputan:

238
234
234
234

92 U
90Th
91Pa
92 U

145

206
....210

84 Po
82 Pb

Berikut ialah siri reputan radioaktif uranium-238 ke Radium-226 yang lebih stabil.

Nombor nukleon, A

Nombor proton, Z

Berdasarkan rajah siri reputan radioaktif di atas,


(i)

Tuliskan persamaan reputan uranium-238 ke Torium-234.


238
92

(ii)

U 234
90 Th

4
2 He

Tentukan bilangan zarah alfa dan bilangan zarah beta yang terhasil daripada
siri reputan radioaktif tersebut.
3
2
Bilangan zarah alfa = ......................... Bilangan zarah beta =...........................

Separuh hayat
Separuh hayat suatu unsur radioaktif ditakrifkan sebagai masa yang diambil
untuk separuh daripada nukleus unsur asal mereput menjadi nukleus unsur baru.

Separuh hayat juga boleh ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk keaktifan
unsur itu berkurang menjadi separuh daripada keaktifan asalnya.

Keaktifan suatu unsur radioaktif biasanya diukur dalam unit bilangan per saat.
Bilangan per saat merujuk kepada bilangan reputan yang berlaku dalam satu saat.

Keaktifan atau kadar reputan suatu unsur radioaktif itu dapat ditentukan dengan
menggunakan tiub Geiger-Mller dan pembilang.

146

Konsep separuh hayat boleh digambarkan seperti berikut:


No

T1

2T 1

1
No
2

1
No
4

Unsur-unsur radioaktif yang berlainan mempunyai separuh hayat yang berbeza.


Unsur radioaktif
Uranium-238
Karbon-14
Radium-226
Kobalt-60
Fosforus-32
Iodin-131
Natrium-24
Protactinium-234
Radon-220
Polonium-214

Separuh hayat
4 500 juta tahun
5 730 tahun
1 620 tahun
5.3 tahun
15 hari
8 hari
15 jam
72 saat
56 saat
0.164 saat

Nilai separuh hayat boleh ditentukan daripada graf lengkung keaktifan melawan
masa atau graf bilangan atom, N radioaktif melawan masa.
N

Keaktifan/Bilangan per saat


Ao

No

1
Ao
2
1
Ao
4

1
No
2
1
No
4

T1
2

2T 1

Masa/ saat

T1

2T 1

Masa/ saat

Contoh penyelesaian masalah:


Satu sampel radioaktif mempunyai separuh hayat 20 minit. Berapa pecahan daripada
bilangan atom asal yang belum mereput selepas 1 jam?
T 1 20 minit
2

60 minit 3 T 1
2

1
1
1
N 0
N 0
N 0
N0
T1
T1
T1
2
4
8
2
2
2
Pecahan yang masih belum mereput

147

1
daripada bil atom asal.
8

Latihan 5.4 Penyelesaian masalah melibatkan separuh hayat


(1) Separuh hayat satu bahan radioaktif ialah 10 hari. Berapakah peratus atom
radioaktif asal yang telah mereput selepas 30 hari.

100% T

50% T

25% T

12.5%
10 hari
10 hari
10 hari
1
2

1
2

1
2

Peratus yang telah mereput 100 % - 12.5 %


87.5 %
(2) Jika masa yang diambil untuk keaktifan suatu sampel bahan radioaktif mereput
dari 960 kepada 120 bilangan per minit ialah 168 saat, berapakah separuh hayat
bahan radioaktif itu?
960
480
240
120
T
T
T
1
2

1
2

1
2

3T 1 168 saat
2

T1
2

168 saat
36 saat
3

(3) Satu sampel iodin-131 didapati mempunyai keaktifan 800 bilangan per saat.
Berapakah keaktifan sampel iodin-131 selepas 16 hari jika separuh hayat iodin131 ialah 8 hari?

800 T
400 T
200
8 hari
8 hari
1
2

1
2

Keaktifan selepas 16 hari ialah 200 bilangan per saat

(4) Fosforus-32 mempunyai separuh hayat 15 hari. Berapa lamakah masa yang
diambil untuk 75% daripada atom-atom satu sampel fosforus-32 mereput?

50% T

25%0
100% T
15 hari
15 hari
1
2

1
2

Masa yang diambil untuk mereput sebanyak 75% ialah 30 hari

(5) Tentukan separuh hayat sampel radioaktif daripada graf susutan keaktifan
melawan masa berikut:
Keaktifan/Bilangan per saat
800

T 1 2 jam

600

400
200
1 2 34567 8

Masa/jam

148

5.3 Kegunaan radioisotop

Radioisotop ialah isotop dengan nukleus yang tidak stabil. Radioisotop akan
mereput dengan memancarkan zarah alfa, zarah beta atau sinaran gama.
Sinaran radioaktif yang dikeluarkan membolehkan radioisotop tertentu digunakan
dengan meluas dalam bidang perubatan, pertanian dan perindustrian.
Antara ciri-ciri sinaran radioaktif ialah
Sinar radioaktif boleh dikesan menggunakan pengesan tertentu.
Sinar radioaktif mempunyai kuasa penembusan tertentu.
Sinar radioaktif mempunyai kuasa pengionan tertentu.
Sinar radioaktif boleh membunuh sel.

Bidang perubatan
Rawatan kanser/Radioterapi
Sinar gama daripada Cobalt-60
digunakan untuk membunuh sel
kanser.
Sinar gama dipancarkan daripada
lubang seni pada bongkah plumbum
supaya satu alur sinar yang halus
dan ditujukan tepat kepada sel kanser
untuk mengelak kerosakan kepada
tisu-tisu yang sihat.
Isotop fosforus-32 dan strontium-90
mengeluarkan zarah beta dapat
merawat kanser kulit.
Sinar gama dipancarkan
kepada sel kanser
Penyurihan radioaktif
Natrium-24 yang memancar sinar
gama digunakan mengesan
kedudukan salur darah tersumbat
akibat daripada pembekuan darah.
Fosforus-32 yang memancar sinar
beta digunakan untuk menentukan
kedudukan tumor otak.
Iodin-131 yang memancar sinar gama
diguna untuk menentukan aktiviti
kelenjar tiroid.
Surihan tiroid
Penstrilan
Sinar gama daripada Cobalt-60
digunakan untuk membasmikan
bakteria dalam proses penstrilan alatalat perubatan seperti termometer,
alat bedah, jarum suntikan, picagari
dan sebagainya.

Sinar gama

Peralatan perubatan yang didedahkan


dengan sinar gama
149

Bidang pertanian
Pengawalan serangga perosak
Sinar gama digunakan untuk
membunuh kumbang dan serangga
perosak dalam bidang pertanian.
Dos sinar gama yang kecil digunakan
untuk menjadikan serangga perosak
itu mandul dan pembiakannya dapat
dikawal.
Lalat buah
Mengkaji kadar penyerapan baja
tumbuhan
Radioisotop seperti fosforus-32 dan
nitrogen-15 dicampurkan ke dalam
baja.
Selepas baja itu disiram, kadar
penyerapan dan jumlah yang diserap
oleh tumbuhan dapat ditentukan
dengan mengesan kuantiti
radioisotop yang terkandung dalam
daun dan batangnya menggunakan
pembilang Geiger Muller.

Penentuan kadar penyerapan baja

Bidang perindustrian
Penyemak aras pengisian tin dan
Sumber radioaktif
bungkusan
Di kilang menbuat makanan, tin-tin
atau bungkusan-bungkusan yang
telah diisi akan diangkut di atas satu
tali sawat yang melalui satu punca
sinar beta dan alat pengesan seperti
tiub GM.
Jika terdapat bungkusan atau tin
yang kurang penuh, tiub GM akan
memberi satu bacaan yang lebih
Pembilang meter
tinggi daripada nilai bacaan piawai.
Mengesan kebocoran paip di bawah
tanah
Radioisotop yang mempunyai
setengah hayat pendek seperti
natrium-24 dimasukkan ke dalam
saluran paip air atau gas yang disyaki
bocor.
Alat pengesan seperti tiub GM
kemudian digerakkan di atas
permukaan tanah di sepanjang paip
itu.
Tempat di mana tiub GM
menunjukkan bacaan yang paling
tinggi adalah tempat kemungkinan
besar kebocoran berlaku.

150

Pembilang
Pengesan

Paip bawah tanah

Mengesan ketebalan bahan


Keseragaman ketebalan sesuatu
bahan seperti kertas, kepingan
aluminium boleh disemak dengan
melalukan bahan-bahan itu di antara
satu punca beta dan sebuah alat
pengesan tiub GM.
Bacaan alat pengesan itu akan
berkurang jika ketebalan kepingan
bahan itu bertambah.

Pengesan

Kepingan
bahan

Pengelek

Sumber
beta

Pengawetan makanan
Sinar gama boleh digunakan untuk
membunuh mikroorganisma seperti
bakteria dan spora kulat yang
terdapat dalam makanan supaya
tempoh penyimpanan makanan
dalam bungkusan dan tin dapat
dilanjutkan.
Kaedah ini adalah mudah, selamat
dan tidak mengubah nilai zat
makanan itu.
Buah-buahan dan makanan dalam tin
biasa menggunakan kaedah ini.

5.4 Tenaga Nuklear

Unit Jisim Atom (u.j.a.)


Jisim satu atom adalah sangat kecil dan sukar diukur dalam unit ukuran jisim
biasa seperti gram atau kilogram.

Maka, satu unit yang menggunakan perbandingan (relatif) di antara jisim atom
lain dengan jisim satu atom karbon-12 telah digunakan.

Isotop karbon-12 digunakan sebagai rujukan kerana ia terkandung dalam banyak


sebatian yang ditemui di Bumi.

Unit untuk pengukuran jisim atom ini dinamakan unit jisim atom (u.j.a).

Jisim satu atom karbon-12 = 1.993 10-26 kg.

1 u.j.a. ditakrifkan sebagai jisim yang sama dengan

1
daripada jisim atom
12

karbon-12, iaitu:
1 u.j.a. =

1
jisim satu atom isotop karbon-12
12

1 u.j.a. =

1
1.993 10-26 kg
12

1 u.j.a. = 1.66 10-27 kg

151

Tenaga nuklear
Dalam suatu tindak balas nuklear atau reputan radioaktif, didapati jumlah jisim
nukleus atom baru dan zarah yang terhasil adalah sentiasa kurang daripada jisim
nukleus atom asal.

Kehilangan atau penyusutan jisim ini telah bertukar menjadi tenaga. Tenaga
dalam bentuk haba telah dibebaskan semasa tindak balas nuklear atau pereputan
berlaku.

Albert Einstein, seorang ahli fizik yang terkemuka telah mengemukakan satu
prinsip yang mengaitkan hubungan antara jisim dengan tenaga, iaitu Prinsip
Keabadian Jisim-Tenaga Einstein yang menyatakan bahawa jisim dan tenaga
boleh saling bertukar antara satu sama lain.

Hubungan antara jisim dengan tenaga telah dirumuskan dalam persamaan


Einstein iaitu:

E = mc2
Dengan:

E = jumlah tenaga yang dibebaskan akibat penyusutan jisim (dalam unit Joule)
m = jisim yang telah menyusut yang disebut cacat jisim (dalam unit kg)
c = halaju cahaya iaitu 3.0 108 m s-1

Contoh penyelesaian masalah (1):


Persamaan di bawah menunjukkan isotop radium-226 mereput menjadi radon-222
dengan memancarkan zarah alfa. Hitungkan :
(i)
Kehilangan jisim atau cacat jisim, m.
(ii)
Tenaga yang dibebaskan.
226
88 Ra

Jisim atom

226
88 Ra

222
86 Rn

Jisim atom

= 226.54

4
2 He

222
86 Rn

= 222.018 u.j.a

4
Jisim zarah 2 He = 4.003 u.j.a

Penyelesaian:
(i)
Kehilangan jisim, m
= Jumlah jisim awal jumlah jisim akhir
= 226.54 u.j.a (222.018 u.j.a + 4.003 u.j.a)
= 0.519 u.j.a

(ii)

1 u.j.a.
= 1.66 10-27 kg
Maka, m = 0.519 1.66 10-27 kg
m = 8.6154 10-28 kg
Tenaga yang dibebaskan, E = mc2
= 8.6154 10-28 (3.0 108)2
= 7.75386 10-11 J
152

Proses-proses penghasilan tenaga nuklear


(a) Pembelahan Nukleus (Nuclear fission)

Pembelahan nukleus ialah satu tindak balas di mana satu nukleus yang berjisim
besar dipecahkan kepada dua atau lebih nukleus yang baru yang lebih ringan dan
lebih stabil.
Apabila proses ini berlaku terdapat penyusutan jisim dan jisim yang telah hilang itu
berubah kepada tenaga haba yang besar.
Contoh proses pembelahan nukleus ialah pembelahan radioisotop Uranium-235.

Nukleus
tak stabil

Apabila satu nukleus uranium-235 dibedil oleh satu neutron, satu nukleus baru
yang tidak stabil, seperti uranium-236 terhasil.
Pembelahan nukleus terus berlaku supaya menghasilkan nukleus yang lebih stabil.
Nukleus-nukleus barium-141 dan kripton-92 yang lebih stabil serta tiga neutron
baru dihasilkan.
Jisim yang telah hilang berubah kepada tenaga haba mengikut persamaan E = mc2.
Tindak balas di atas ditunjukkan dalam persamaan berikut:
235
92 U

01n

236
92 U

141
56 Ba

92
36 Kr

3 01 n tenaga

Tindak balas berantai (Chain reaction)


Proses pembelahan satu nukleus uranium menghasilkan tiga neutron yang baru.
Jika tiga neutron yang dibebaskan itu membedil pada nukleus uranium-235 yang
lain, proses pembelahan nukleus akan berulang, maka semakin besar tenaga
dihasilkan.
Rajah di bawah menunjukkan satu contoh tindak balas berantai.

Neutron

153

Tenaga haba yang dibebaskan semasa tindak balas berantai boleh digunakan
untuk:
(a) Menjana tenaga elektrik (tindak balas secara terkawal dalam sebuah reaktor
nuklear)
(b) Membuat bom atom (tindak balas berantai tidak terkawal).

(b) Proses pelakuran nukleus (Nuclear fussion)

Pelakuran nukleus berlaku apabila dua atom yang ringan bercantum untuk
membentuk satu atom yang lebih besar di samping membebaskan tenaga haba
yang besar.
Pelakuran nukleus hanya berlaku pada keadaan suhu yang amat tinggi.
Contoh proses pelakuran nukleus ditunjukkan dalam persamaan berikut:
2
1H

31H
42 He 01n tenaga

Nukleus deuterium dan tritium yang berhalaju tinggi berlanggar lalu bercantum
pada suhu yang sangat tinggi.
Satu nukleus helium-4 yang lebih besar terbentuk dan satu neutron dibebaskan
seperti dalam rajah di bawah.

Tenaga

Tenaga haba yang dibekalkan daripada matahari merupakan haba yang dibebaskan
akibat proses pelakuran nukleus yang berlaku di permukaan matahari.

Contoh penyelesaian masalah (2):


Persamaan berikut menunjukkan proses pelakuran isotop hidrogen:
2
2
32 He 01n tenaga
1H 1H
Maklumat berikut mengenai zarah-zarah yang terlibat dalam persamaan di atas:
Jisim deuterium = 2.015 u.j.a
Jisim helium-3 = 3.017 u.j.a
Jisim neutron = 1.009 u.j.a
1 u.j.a = 1.66 10-27 kg
8
-1
Halaju cahaya, c = 3.0 10 m s
Berdasarkan maklumat yang diberikan, hitungkan:
(a) Kehilangan jisim.
Kehilangan jisim, m
= Jumlah jisim awal jumlah jisim akhir
= (2.015 + 2.015) (3.017 + 1.009)
= 4.030 4.026 = 0.404 u.j.a
= 0.004 1.66 10-27 kg = 6.64 10-30 kg
(b) Tenaga yang dibebaskan dalam proses pelakuran itu.

E = mc2= 6.64 10-30 (3.0 108)2 = 5.976 10-13 J

154

Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear


Kegunaan tenaga nuklear yang utama ialah dalam penjanaan tenaga elektrik di
stesen janakuasa yang menggunakan reaktor nuklear.
Terdapat dua proses yang boleh menghasilkan tenaga nuklear iaitu pembelahan
nukleus dan pelakuran nukleus.
Walau bagaimanapun, hanya proses pembelahan nukleus digunakan untuk
menghasilkan tenaga nuklear di dalam reaktor nuklear kerana proses pelakuran
nukleus sukar dikawal dan memerlukan suhu yang amat tinggi.
Di dalam reaktor nuklear, tindak balas berantai yang terkawal berlaku dan tenaga
haba dibebaskan pada kadar yang tetap.
Air panas

Rod pengawal Boron

Menyerap tenaga haba


daripada tindak balas berantai
untuk menghasilkan stim

Mengawal kadar tindak balas


dengan menyerap neutron
yang berlebihan

Stim dialirkan untuk


memutarkan turbin

Rod Uranium
Menghasilkan tenaga nuklear
melalui proses pembelahan
nukleus

Air sejuk dialirkan


untuk dididihkan

Teras grafit
Mengawal kadar tindak balas
dengan memperlahankan
neutron yang terhasil

Dinding konkrit tebal


Melindungi alam sekitar
daripada sinaran radioaktif

Rajah reaktor nuklear

Dalam reaktor nuklear, proses pembelahan nukleus uranium-235 membebaskan


tenaga haba yang banyak.
Tenaga haba kemudian memanaskan air. Air panas itu dialirkan ke luar reaktor
untuk mendidihkan air sejuk menjadi stim.
Stim memutarkan turbin dan seterusnya memutarkan dinamo di dalam penjana
elektrik untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Selain daripada menjana elektrik, tenaga nuklear juga digunakan sebagai sumber
tenaga dalam kapal laut, kapal selam dan satelit serta digunakan untuk
pengekstrakan minyak daripada tanah dan pembersihan minyak.
Kos penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear lebih murah berbanding
pembakaran bahan api fosil.
Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear tidak mengeluarkan bahan
pencemar seperti gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.
Kemalangan nuklear yang mengakibatkan kematian adalah pada tahap yang
rendah.
Walau bagaimanapun, kos pembinaan reaktor nuklear adalah tinggi dan
memerlukan teknologi dan kepakaran yang termaju.
155

5.5 Kepentingan pengurusan bahan radioaktif


Kesan negatif bahan radioaktif

Tenaga nuklear boleh menjadi suatu ancaman yang serius terhadap keselamatan
dan kesihatan orang ramai kerana sinaran radioaktif boleh terbocor jika
berlakunya kemalangan dalam logi nuklear.
Sinaran radioaktif yang terbocor akibat daripada kemalangan yang berlaku boleh:
(1) Mencemarkan alam sekikar
(2) Memusnahkan atau merosakan semua benda hidup
(3) Menyebabkan masalah genetik seperti mutasi sel.

Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan radioaktif


1. Semua bahan radioaktif hendaklah disimpan di dalam bekas berdinding plumbum
setebal beberapa sentimeter.
2. Reaktor nuklear mesti dilindungi dengan menggunakan dinding plumbum yang
tebal dan dikelilingi oleh dinding konkrit beberapa meter tebalnya.
3. Label sumber radioaktif pada bekas yang mengandungi bahan
radioaktif perlu dicatatkan dengan kelas menggunakan simbol
radioaktif.
4. Sumber radioaktif yang kuat hendaklah dikendalikan dengan
menggunakan alat kawalan jauh melalui skrin kaca berplumbum.
5. Sumber radioaktif yang lemah boleh dikendalikan dengan menggunakan
penyepit.
6. Pakaian pelindungan dan sarung tangan harus digunakan semasa bekerja dengan
bahan radioaktif.
7. Lencana filem perlu dipakai untuk memantau dos sinaran yang diterima oleh
pekerja.
8. Sisa radioaktif hendaklah diuruskan mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

Pengurusan sisa radioaktif


Sisa radioaktif merupakan bahan pembuangan daripada sesuatu aktiviti industri
yang menggunakan bahan radioaktif yang ditinggalkan selepas sesuatu proses
pereputan radioaktif. Sisa ini masih mampu mengeluarkan sinaran radioaktif.
Sisa-sisa ini wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas yang mempunyai
separuh hayat yang berbeza.
Pengurusan sisa radioaktif dikelaskan kepada 3 paras:
1. Sisa radioaktif paras rendah
Sumber hospital, makmal, kilang dan stesen jana kuasa nuklear. Tidak begitu
berbahaya dan mempunyai separuh hayat yang pendek. Dilupuskan dengan
kaedah pembakaran dan ditanam.
2. Sisa radiaktif paras sederhana
Sumber stesen jana kuasa nuklear. Mempunyai keaktifan yang agak tinggi
dan separuh hayat yang panjang. Ia dikeraskan dalam blok kontrit atau
bitumen sebelum dibuang. Sisa yang mempunyai separuh hayat melebihi 30
tahun ditanam di bawah tanah yang dalam.
3. Sisa radioaktif paras tinggi
Sumber stesen jana kuasa nuklear seperti rod uranium. Mempunyai keaktifan
yang sangat tinggi dan separuh hayat yang sangat panjang. Sisa disimpan
dalam bekas keluli tebal kemudian ditanam pada kedalaman 600 m dari
permukaan bumi di kawasan yang bebas daripada kejadian gempa bumi.
156

157

You might also like