You are on page 1of 28

Khayalan Mutakhir Kronologi Akhir Zaman

by Faqrul Hakim (Notes) on Friday, April 19, 2013 at 2:33am

1.
Sebelum pembaca membaca penulisan,adalah diingatkan bahawa penulisan
ini adalah tidak disandarkan kepada mana-mana fakta. Ia cuma sebagai satu
corak pemikiran yang mengajak semua pembaca memikir dan menilai daripada
perspektif lain setelah disogokkan dengan pelbagai input pembacaan. Anda berhak
melagukan penulisan saya. Jika pada awalnya anda memandang sinis, maka
sinislah hasilnya dari awal ke akhirnya.Jika anda memandang ia pada khayalan,
maka anda berkhayal hingga hujungnya.Namun jika anda betulkan niat supaya
minda anda terbuka, maka Insyaallah Allah akan membuka pengetahuan anda
selaras apa yang anda niatkan.
2.
Ia juga bukanlah perkara baru bahkan ia adalah situasi yang sudah berjalan
untuk sekian lama. Jangan sesekali pembaca menerima secara total bahkan anda
berhak untuk tidak menerimanya.Janganlah cuba untuk mengutuk dan memaki
penulisan ini kerana tanpa pengetahuan anda, sebagai pembaca juga hanya terlebih
bersangka-sangka sepertimana saya.Janganlah cuba-cuba menjadi penilai jika anda
tidak mengetahui situasi sebenar.
.
.
.
.
.
.
.
Bismillahirrahmanirrahim ..
.
.
.

.
.
.
.

3.
Saban hari kita dikejutkan oleh konflik pencerobohahan di Lahad Datu.
Namun atas usaha gigih dan bijaksana pemerintah serta kepintaran strategi pihak
ATM dan PDRM. Pencerobohan ini ditangani dengan jayanya. Namun saya
bukanlah hendak berbicara tentang konflik di LD, apa yang ingin saya sampaikan
adalah berkaitan tentang apa yang kita perlu tahu sebagai seorang Islam menangani
fitnah-fitnah di akhir zaman.
4.
Jadi penulisan ini akan menyentuh tentang beberapa pihak secara umum
dan beberapa penerangan yang juga secara umum. Yang selebihnya pembaca
semua nilaikan sendiri dengan cara yang paling berhikmah.

5.
Sebelum pencerobohan di LD berlaku,terdapat satu latihan ketenteraan di
antara US dengan Korea Selatan. Adakah latihan yang dibuat itu sebagai suka-suka
sahaja atau ada agenda di sebaliknya? Latihan ketenteraan akan melibatkan satu
pergerakan aset yang besar. Tanpa latihan, pergerakan sesuatu aset itu akan dilihat
sebagai tidak relevan, bahkan ia mampu menjejaskan hubungan diplomatik antara
negara-negara tertentu.

6.
Kita pula sekali lagi disogokkan dengan insiden kapal US yang karam di
perairan Filipina yang juga sangat hampir dengan sempadan wilayah kita. Adakah
ia juga satu kebetulan atau ia dirancang?

7.
Seperti yang kita ketahui China merupakan sebuah negara yang pesat
membangun. Cuba anda bayangkan apa produk yang tidak dimport dari China.
Semua ada bermula daripada permainan kanak-kanak, gadget hingga kepada
pasaran automatif sekalipun. Pendek kata,China sudah mengorak langkah

menguasai ekonomi dunia sebagaimana yang dibuat US dalam sejarahnya.


8.
Peningkatan China yang mendadak ini mungkin mendatangkan kesan yang
baik kepada kita kerana kita mungkin mendapat barang-barang dengan harga yang
murah. Bagi pesaing global, ia merupakan ancaman kepada kelestarian ekonomi
yang didominasi sekian lama. Jika kedudukan yang terancam ini diletakkan pada
anda, adakah anda akan membiarkan ia begitu sahaja dan menunggu tempoh
kejatuhan anda?

9.
Seperti yang kita ketahui,China juga menuntut hak mereka dilokasi-lokasi
tertentu di utara perairan Sabah yang mana menjadi pertindihan tuntutan dengan
beberapa negara lain seperti Filipina, Taiwan, Malaysia dsb. China dengan tegas
mengatakan bahawa jika sebarang tekanan diletakkan dalam situasi tersebut,
mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan kuasa ketenteraan.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

10.
Menyentuh berkenaan struktur bumi. Nabi Muhammad saw telah
mengatakan bahawa penduduk Mekah berada di Ummul Qura. Ia di tengah-tengah
bumi yang dihamparkan di antara Barat dan Timur. Penduduk Mekah juga berada
dipertengahan langit yang mana Kaabah itu setentang dengan Baitul Makmur di
langit ke tujuh. Jika terjatuh batu dari Baitul Makmur itu nescaya terjatuh di atas
Kaabah dibumi.

11.
Allah mengukuhkan bumi dengan menjadikan bukit-bukit dan gununggunung sebagai pasak. Pasak inilah yang akan mengukuhkan bumi ini sehingga ia
berterbangan apabila sangkakala ditiup. Bukit-bukit ini bukan sahaja ada di darat
bahkan di dalam laut jua.

12.
Apa pentingnya perkaitan bumi dengan semua yang saya ceritakan? Tidak
ada langsung bukan? Sabar...jangan baca separuh-separuh dan terus nilai. Baca
sampai habis dan pahamilah semua terlebih dahulu. Jika setakat ini, anda sudah
merasa bosan. Maka tinggalkanlah. Janganlah membazir masa anda untuk perkara
yang anda rasakan tidak bermanfaat.
13.
Di hujung timur dan barat, masing-masing terdapat banyak gunung dan
pulau-pulau. Sektor ini perlu diikat dengan lebih kuat jika tidak ia akan terjatuh.
Kedengaran lawak kan? Di tengah-tengah bumi iaitu Kaabah, janganlah anda
khuatiri, ia tidak akan jatuh dan runtuh melainkan dengan keruntuhan Kaabah.

Bumi akan menuju kehancuran sejurus selepas Kaabah diruntuhkan.


14.
Di hujung Timur terletaknya Kepulauan Nusantara yang terdiri dengan
ribuan pulau, bukit serta gunung-ganang. Begitulah juga dengan hujung sebelah
barat iaitu Amerika. Dipadang pasir tidak ada binaan alam seperti ini. Bahkan
manusia pula terpaksa mendirikan piramid untuk untuk mengganti struktur alam
semulajdi tersebut.
15.
Semua sedia maklum bahawa kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula
dari arah timur. Di mana arah timur? Arah timur dari Mekah adalah sangatlah luas.
Pelbagai negara akan terlibat.

16.
Saya juga ingin mengajak pembaca mengetahui bahawa Kaabah itu
bentuknya 4 segi tepat (bukan 4 segi sama). Kedudukannya juga janganlah kita
sangka bahawa bucunya menghadap ke arah empat penjuru alam,
Utara, Selatan, Timur dan Barat. Ketahuilah bahawa ia agak condong ke kiri lebih
kurang 23 darjah.

17.
Jadi, beruntunglah anda sekalian pembaca yang berada di Nusantara
bahawa anda sebenarnya tanpa anda sedar dan tanpa anda ketahui, bahawa

hakikatnya anda sedang menghadap ke arah Hajarul Aswad, objek dari angkasa.
Batu yang menjadi idaman untuk dipeluk dan dicium bagi yang berkesempatan
untuk ke Mekah.

18.
Muhammad saw Junjungan Besar Yang Mulia pernah mengatakan bahawa
kebangkitan ini datang dari arah timur.Kita mungkin merasa bangga, syok sendiri
dan sibuk menulis serta membicarakan hal ini sudah sekian lama. Ada yang claim
bahawa kebangkitan ini bermula dari Bani Jawi. Allahualam

.
.
.
.
.
.
.

19.
Tidak ada satu pun pengamalan ajaran junjungan kita yang tidak
dipesongkan oleh Iblis dan Dajjal. Siri perpecahan demi perpecahan berlaku kerana
masing-masing mempercayai dan meyakini bahawa pegangan mereka adalah yang
betul dan mengikut seperti mana perlakuan Rasulullah saw.

Revolusi Syiah Iran

Ritual2 Syiah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

20.
Episod kebangkitan ini bukannya disenangi oleh kelompok musuh Islam.
Kebangkitan Islam bermakna kejatuhan dan kehancuran mereka. Adakah mereka
akan membiarkan ia berlaku sebegitu sahaja? Tidak!

21.
Perancangan yang rapi, berkurun-kurun lamanya telah diadun dan
disebatikan ke dalam setiap jiwa umat Muhammad supaya kebangkitan Islam itu
sendiri akan ditentang sendiri oleh pencinta dan perindu Nabi Muhammad dengan
alasan ajaran yang dibawa itu sesat lagi menyesatkan. Musuh bertepuk tangan dan
kadangkala menyulam jarum beracun.
22.
Harapan untuk kebangkitan Islam ini hanya bermula dari dari timur ini,
tanah ini. Adakah mungkin anda sebagai pembaca mengharapkan detonator
kebangkitan Islam tercetus dari Eropah? Tidak bukan?

23.
Melaka adalah sebuah negeri di Selat Melaka. Satu ketika dulu pernah
terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menjadi tumpuan seantero
dunia. Melaka pernah menguasai jajahan yang begitu luas dengan penguasaan
darat dan maritim yang begitu hebat. Walhal pada dan ketika itu bukannya ada
teknologi satelit, radar, dan peralatan yang canggih-manggih. Sayang, percaturan
Allah mengatasi segala-galanya.

24.
Seperti yang saya katakan di atas. China ketika ini sedang mengorak
langkah menjadi kuasa ekonomi yang dominan. Jika anda sebagai seteru,
bagaimanakah anda hendak recounter perkembangan ini?
25.
Jawapannya mudah, menubuhkan Melaka Baru. Kelakar bukan? Baca
dulu!!! Ia bukan sekadar teori...Jika saya menguasai Melaka Baru ini maka saya
akan mengawal seluruh Asia Tenggara hingga ke Pasifik. Semua perdagangan akan
tertumpu ke sini. Jika tidak pun sebarang pergerakan laluan perdangan perlu
mendapat izin Melaka Baru. Saya akan tinggalkan kisah Melaka Baru di sini
dan anda sendiri link kan idea penulisan saya kepada penerangan-penerangan
seterusnya.

26.
Jika kita bermain catur, lazimnya kita akan menolak Pawn/Bidak terlebih
dahulu. Pergerakan bidak ini akan menentukan opening sama ada berunsurkan
defensif atau offensif. Setiap pemain akan menganalisis ancaman dan langkahlangkah seterusnya. Pada ketika itu, aset-aset utama seperti Knight, Bishop, Castle
dan Queen sentiasa bersedia dalam posisi masing-masing sementara menunggu

ruang dan peluang.

27.
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pencerohohan di LD hanyalah
gerakan Pawn. Gerakan asas kepada gerakan yang jauh lebih rumit dan
komplikated. Gerakan pawn itu hanya untuk menentukan bagaimana lawan
mengendalikan situasi dan mengumpul maklumat kekuatan,strategi, tindakan dan
seumpamanya. Alhamdulillah kita berjaya menangani dengan bijaksana. Gerakan
pawn telah dineutralise ketika ini.

28.
Sabah....apa yang anda tahu berkenaan Sabah? Sabah sebuah negeri dalam
Malaysia yang mempunyai tanah yang luas serta aset galian petroleum dalam tanah
yang sangat bernilai. Berbelas kali ganda dibandingkan dengan Filipina. Sabah
adalah sebuah tanah besar yang kuat dan dikelilingi oleh pulau-pulau pasak bumi
di sekelilingnya. Ada sumber petroleum lagi!
29.
Seperti yang kita ketahui bahawa US mempunyai pangkalan tentera yang
besar di Singapore, Filipina dan Jepun. Anda lihatlah dalam atlas, di mana lokasi
Sabah dalam 3 penjuru penempatan US ini? Ia seolah-olah berada di tengah-tengah
sebuah segi tiga. Adakah ia kebetulan?
30.
Jikalau anda membaca buku yang bertajuk Startup Nation. Anda boleh
lihat bagaimana Israel membangunkan negaranya dari sebuah wilayah sempit lagi
terhimpit kepada sebuah negara yang yang digeruni.Di dalam buku tersebut juga
digarapkan bahawa Singapore juga membangun dengan mastermind yang berasal
dari Israel. Dalam bahasa mudah, Singapore adalah cerminan Israel di sebelah
Timur.

31.
Saya injectkan satu idea untuk konstruksi minda. Bagaimana jika
ditakdirkan bahawa Sabah terlepas ke tangan US? Apa jua sebab, kita tunggu
dulu... Implikasinya adalah tertubuhnya sebuah wilayah yang saya namakan
sebagai Melaka Baru seperti di atas. Dengan sumber galian yang ada, adalah
sangat mencukupi untuk saya sustain hingga 100 tahun lamanya dan dengan
kecanggihan teknologi yang saya miliki, saya mampu menguasai Laut China
Selatan hingga ke Pasifik. Nah!!! Ini zaman baru, teknologi baru.
32.
Saya akan menguasai dan mengekang China secara tidak langsung kerana
semua perjalanan merentasi Laut China Selatan haruslah dengan keizinan saya.
Semua penerbangan sama ada military atau komersial haruslah mendapat izin saya.
Tak bagitau pun x apa...saya akan tahu juga tatkala anda start enjin aircraft.
33.
Selama ini US hanya menempatkan aset ketenteraan dengan negara yang
berasaskan kepulauan (Philipine, Singapore & Japan). Dari segi strategik, ia
bukanlah sebuah lokasi yang sesuai untuk penempatan dan atur gerak ketumbukan
ketenteraan yang besar. Semuanya tidak mempunyai aset galian yang besar, bahkan
tidak ada pun. Apa yang lebih penting,ia bukanlah sebuah negara muslim yang
boleh diperkotak katikan sesuka hati mereka.
34.
Adakah anda menyangka US adalah sebuah negara Kristian? Jawab pada
hati anda sendiri? Jika mereka negara kristian mengapa paderi-paderi mereka
memakai penutup kepala seperti kopiah Yahudi? Apakah anda mengetahui sejarah
yang tertulis di dalam Al Quran bahawa, Kristian dan Yahudi tidak pernah berbaik.
Hubungan baik yang dijalin berabad lamanya iniadakah sesuatu perbuatan yang

suka sama suka? Islam? Adakah keduanya meredhai kebangkitan Islam? Tidak!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
35.
Kebangkitan Islam jika bermula dari tanah ini perlu dikawal sepenuhnya.
Langkah pencegahan perlu dibuat lebih awal.Penempatan satu ketumbukan yang
besar ditanah yang strategik dan boleh dipertahankan akan menjadi deterent action

kepada kebangkitan Islam. Paling tidak pun mendapat maklumat untuk


pengawalan.
36.
Perlu diingat, mereka mengkaji Islam dan Al Quran melebihi dari kita
memahaminya. Mereka lebih bersedia kerana grand mission mereka adalah
menyesatkan sebanyak mungkin anak Adam. Menyesatkan sebanyak mungkin
anak Adam.
Dalam kes LD atau kes-kes lain yang mungkin akan timbul, amat mudah
untuk dunia menyalahkan Malaysia jika taktik sebagaimana ke atas Syria dibuat.
Menyekat akses internet dan membiarkan hanya agensi berita mereka memainkan
peranan.Semua akan memandang serong kepada sebuah negara Islam. Hanya yang
minoriti mengecam dengan sekeras-kerasnya. Hanya sekadar kecaman. Kecaman
sekeras kerasnya dan tidak lebih dari kecaman.
37.
Jika manipulasi berita seluruh dunia menyalahkan Malaysia ke atas sesuatu
krisis dengan mengambil kes LD contohnya tanpa memberi ruang untuk Malaysia
membela diri, natijahnya dengan beberapa deklarasi PBB, tanah-air Malaysia yang
kita cintai halal diserang. Adakah keterlaluan khayalan saya? Jikalau tak Malaysia,
Sabah pun jadilah....
38.
Ramai pihak ketika ini meyakini bahawa kebangkitan Islam akhir zaman
ini akan bermula dari tanah ini. Sejauh mana kebenarannya, sama sama kita
nantikan. Namun sebagai santapan minda sebagaimana saya nyatakan di atas untuk
membawa pembaca berfikir dalam perspektif yang lain, saya cuba sajikan beberapa
hipotesis.
.
.
.
.

39.
Kebangkitan Islam bermakna naiknya kembali Sistem Pemerintahan
Khalifah setelah genap 100 tahun (tahun ini) ia jatuh. Bagaimanakah Islam akan
naik kembali? Adakah anda merasakan bahawa Islam akan naik melalui
ketenteraan, ekonomi, penguasaan angkasa lepas, sejarah atau sebagainya? Anda
boleh kemukakan pnadangan anda sendiri.

40.
Jika kita menyelusuri sejarah tamadun-tamadun lama di dalam Al Quran,
kenaikan sesuatu bangsa lazimnya bermula selepas episod bencana yang membawa
keinsafan sehingga setiap insan kembali kepada Rabb. Seterusnya setiap tamadun
bangsa berevolusi sesuai dengan intelektual masing-masing sehingga akhirnya
dikatakan kononnya begitu canggih,moden dan bertamadun. Walhal kembali
kepada satu tahap menghampiri nafsu kebinatangan. Tidak ada yang terbaik pada
umat yang akhir itu melainkan yang terbaik pada umat yang awal itu.
41.
Tamadun bangsa ini mula melupakan sejarah dan mula melupakan ajaran
yang dibawa Pesuruh kepada Sang Pencipta. Akhirnya segala kecanggihan dan
kehebatan Allah tarik kembali dengan bermacam-macam jenis bencana di darat
dan di laut. Itu adalah kisah umat-umat terdahulu yang direkodkan sebagai
ulangan.
42.
Segala kecanggihan era umat Muhammad ini tercetus selepas revolusi di
Eropah, kita kononnya menghampiri satu tahap kemodenan yang tidak dapat
dibayangkan. Lantas pada masa yang sama,sebahagian yang sangat-sangat besar
dari kita mula melupai ajaran yang dibawa Pesuruh Allah Muhammad Rahmatan

Lil Alamin. Mujurlah kita umat kekasih Allah,jika tidak sudah tentu untung nasib
kita seperti mana umat-umat terdahulu.
43.
Daripada Tanah, Air, Api dan Angin, Allah mengurniakan kita segala rezeki
dan daripada keempat-empat unsur tersebut jugalah Allah datangkan malapetaka
atas sebab kerosakan yang kita sendiri jana. Jangan terkejut jika satu hari nanti
ditakdirkan bahawa unsur-unsur ini akan menyerbu kita untuk memperingati kita
supaya kita bersatu dan bangkit kembali.Itu adalah kitaran alam atas sebab kita

sendiri. Ini injection idea yang baru untuk kita fikirkan.

44.
Jadi, bagaimanakah sistem Khalifah akan bangkit? Bagi yang masih tidak
terjawab, saya suntikkan lagi beberapa senario.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

45.
Negara kita akan menghadapi PRU tidaklama lagi. Sebagai rakyat
Malaysia, yang hidup dalam kerajaan Sistem Beraja Demokrasi Berparlimen kita
berhak menjalankan tanggungjawab masing-masing. Namun apakah keputusan
yang dimenangi akan memuaskan hati pihak lawan? Benarkah menggariskan
hukum dan undang-undang adalah hak kita?

46.
Baik yang menang itu kerajaan sedia ada,yang kalah akan tetap tidak
berpuas hati dan menjalankan pelbagai agenda untuk menunjukkan rasa tidak puas
hati. Jika yang menang itu pembangkang yang ada ketika ini, adakah kerajaan
sedia ada rela berundur. Ia mungkin akan mencatat sejarah yang paling unik. Kita
nantikan!
47.
Anda tahu bahawa rujukan undang-undang negara yang utama adalah
Perlembagaan Malaysia. Kerajaan demokrasi pula terdiri dari 3 badan iaitu
Eksekutif, Legislatif dan Judicial. Semua perkara haruslah melalui 2 dewan iaitu
Dewan rakyat dan Dewan Negara.
48.
Sebagai satu injection minda untuk lebih konstruktif, katakan selepas
pilihan raya berlakunya beberapa ketidak senangan yang mencetuskan huru hara.
Dan di atas dari peta kita berlakunya konflik nuklear yang tidak dapat dibendung
antara Korea Utara vs US+Korea Selatan. Korea utara dijadikan kambing hitam!

Ditakdirkan Allah pula berlakunya beberapa bencana alam di sekitar. Bagaimana


pola pergerakan angin monsun dilautan ketika itu? Semua jenis kerosakan didarat
dan dilaut Allah telah nyatakan dalam Al Quran bahawa ia berpunca dari kita
manusia sendiri.
49. Apa pilihan yang ada pada kerajaan ketika itu? Apa pilihan? Maka darurat
terpaksa diisytiharkan sebagaimana yang terjadi di pinggiran US apabila terkena
taufan. Itu US tanah yang luas. Kita tanah pulau dan semenajung yang
memanjang? Mungkin satu negara akan terlibat. Mungkin.....
50.
Apakah implikasi sekiranya darurat diisytiharkan? Anda mungkin boleh
mengambil contoh MAGERAN di Kelantan tahun 1978 sebagai contoh. Itu sahaja
contoh yang ada sebagai pilihan. Jika dalam konteks negara, sudah tentu
pemerintahan akan ditadbir oleh Tentera dengan Kuasa SPB YDP Agung.

51.
Adakah selamanya tentera akan memerintah? Tidak, ia cuma untuk tempoh
yang sementara sahaja. Pada masa itu tiada lagi Dewan, tiada lagi menteri dan
tiada lagi badan-badan kehakiman serta undang-undang. Yang tinggal hanya
undang-undang ketika darurat.

52.
Selepas MAGERAN diisytiharkan. Seorang pemimpin baru harus diberi
mandat untuk mentadbir negara secara sementara.Siapakah calon yang difikirkan
sesuai ketika itu? Rakyat tidak akan peduli siapa asalkan ia adalah pemimpin yang
mampu menjaga kebajikan rakyat. Pada masa itu rakyat sibuk menyelamatkan diri
dari konfliks negara, bencana alam serta konflik antarabangsa.
53.
Jika ini terjadi, terpulang pada Agung untuk melantiknya, mungkin bekas
Perdana Menteri sebelum darurat diisytiharkan,mungkin juga karakter lain dan
banyak mungkin lagi. Inikan injection khayalan untuk konstruksi minda.
54.
Namun sebagai orang Islam, alangkah bahagianya jika pemerintah yang
dilantik itu benar-benar seorang khalifah yang akan menyatukan semua orang
Islam dan juga bukan Islam di bawah naungannya.

55.
Mungkin khalifah yang dilantik untuk memegang mandat akan melantik
ahli-ahli majlis syura mengikut sistem khalifah.Tidak ada lagi pilihan raya untuk
memilih ahli majlis. Apakah anda menyangka ini bertentangan dengan
perlembagaan??? Orang yang diberi mandat mentadbir negara oleh Agung berhak
memilih ahli kabinet pilihannya. Pentadbiran untuk tempoh mandat akan mengikut

acuannya.

56.
Pada ketika itu dengan pelbagai injection yang saya berikan di atas adakah
rakyat jelata sekalian mempunyai masa untuk mempertikaikan sistem
pemerintahan dan calon-calon yang dilantik? Anda semua sudah tidak
mempedulikan hal negara ketika itu kerana masing-masing sibuk menjaga
keselamatan diri masing-masing. Bahkan sistem Islam yang naik itu juga
berkebajikan untuk menjaga warganegaranya yang bukan Islam. Mereka juga
cukup yakin dengan sistem Islam yang pada awalnya ditentang dari segala segi
oleh orang Islam sendiri. Adakah selepas mandat berkahir, seluruh warganegara
ingin berpaling kembali kepada demokrasi? Fikirkan! Janji-janji Allah dalam
jadual akhir zaman tetap akan berlaku.
57.
Selepas naiknya sistem khalifah di Malaysia, apa respons ketua negaranegara Islam yang lain? Apa pula respon dari negara-negara bukan Islam. Musuhmusuh Islam sudah memasang pasak lebih awal dan mereka ada terlalu hampir.
Namun unsur alam adalah di luar kawalan mereka. Percaturan Allah lebih
bijaksana.
58.
Kenaikan kembali sistem khalifah yang dipelopori di Malaysia mula
mengejutkan dunia. Berbondong-bondong orang Islam seluruh dunia menumpukan
fokus kepada Nusantara. Pada masa itu,akan adakah lagi wilayah? Jika anda
menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Cukuplah sekadar menggunakan
passport Lailaha Ilallah. Ramai yang datang berbaiah.Namun siapakah yang
dibaiah?

59.
Orang yang dilantik atas takdir Allah itu juga tidak pernah berkehendakan
jawatan dan pangkat. Jika dia benar-benar tulus hati dia akan menolak, namun atas
desakan semua, dia dititah dan terpaksa menerima.
60.
Ditakdirkan bahawa segala usahanya dipermudahkan. Kekayaan datang
melimpah ruah. Doa iringan dari seluruh umat Islam di seantero dunia
menggegarkan arsy. Dia tidak pernah kalah dalam usahanya.
61.
Siapakah beliau sebenarnya? Mungkin orang menyangka dia adalah
Pemuda Bani Tamim, mungkin orang menyangka dia adalah Al Mahdi yang
ditunggu-tunggu. Di dalam kesibukan menjaga urusan peribadi ketika itu, seluruh

Nusantara dan dunia mula berteori siapakah dia. Dia bukanlah sesiapa, namun
dialah penyedia tapak awal kepada orang lain. Dan dialah yang mempelopori
bendera hitam baru atas kalimah Lailaha Ilallah.

62.
Orang-orang yang meletakkan urusan dunia melebihi kepentingan akhirat
akan merasa susah hati dan tergugat. Bala bencana bertimpa-timpa tidak disangka.
Sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk mengangkat senjata secara global
dan terang-terangan. Semakin kuat tekanan diberikan, semakin orang Islam
bersatu.
63.
Saat kemunculan watak-watak utama akhir zaman sudah begitu hampir.
Adakah kita seronok dengan urusan-urusan dunia kita. Adakah kita merasa kita

begitu hebat dengan kononnya Quran penuh di dada. Adakah kita merasa amalan
kita sudah cukup? Atau adakah kita syok sendiri menerjah Wall FB berbicara
perihal agama namun dimasa yang sama kita tidak mengikut apa yang disuruh
agama, kita tidak meninggalkan tegahan agama.
64.
Semua yang berlaku diatas dunia ini semuanya sudah dicaturkan dengan
begitu rapi. Tidak ada yang sekecil mana sekalipun tidak dirancang. Tidak ada
sekecil ajaran Islam pun tidak ada diseleweng. Kesalahan syarak yang besar
menjadi biasa, kesalahan yang kecil dilupa begitu sahaja.
67.
Saya bukanlah sesiapa pun. Saya menulis pun ikut suka-suka saya.
Menterjemah apa yang ada di minda ke atas kertas cukup-cukup terseksa. Saya
injectkan pelbagai senario khayalan, tidak lain dan tidak bukan untuk membawa
minda semua pembaca memikirkan sebagai kemungkinan.
68.
Cukup-cukup lah bangsa Islam kita ketinggalan, marilah kita semua
menjadi pendahulu grup hadapan. Jangan kita menjadi musuh kepada diri kita
sendiri. Janganlah lagi kita menjadi duri dalam daging kepada agama dan bangsa
Islam kita.
69.
Anda sebagai pembaca, tahniah kerana membaca sampai habis khayalan
dan dongengan saya. Jika anda tidak sengaja skip beberapa nombor bilangan,
biarkanlah. Namun janganlah sesekali skip dalam perjuangan Islam. Meruntuhkan
agama pada diri bermakna meruntuhkan Islam pada seluruh isinya. Islam tidak
berdiri seorang, Islam berdiri pada jemaah.
70.
Saya akhirkan di sini pada Nombor 70. Semuanya saya kembalikan semua
urusan pada Allah. Dia yang melancarkan jari jemari dan penulisan dari hati saya.
Anggaplah ia sebagai sebuah novel fantasi. Kembalilah kepada Al Quran, Hadis
dan Itrah Ahlulbhait. Nescaya kita akan mendapat hasanah di dunia dan di akhirat.
Insyaallah.
Dari Allah Kerana Allah

You might also like