You are on page 1of 5

LATIHAN PENANDA WACANA

Soalan 1 hingga Soalan 25


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1.

Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya
mati.______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.
A Di samping itu
B Oleh sebab itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun

2.

Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja.______________,dia pun


mempersilakan tetamunya menjamu selera.
A Oleh itu
B Selepas itu
C Namun begitu
D Sudahlah begitu

3.

Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama lagi.______________,murid-murid


yang akan mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.
A Sebaliknya
B Di samping itu
C Lebih-lebih lagi
D Oleh sebab itu

4.

Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu.


________________,jenayah ragut masih kerap berlaku.
A Sebelum itu
B Kalau begitu
C Namun begitu
D Di samping itu

5.

Mula-mula ,saya akan menyapu sampah di halaman rumah.


_______________,saya akan membuang sampah sarap ke dalam tong sampah.
A Lantaran itu
B Sebelum itu
C Selepas itu
D Semenjak itu

6.

Aktiviti vandalisme banyak membawa keburukan dalam masyarakat.


________________, tabiat tersebut perlulah dihindarkan.
A Padahal
B Di samping itu
C Namun demikian
D Oleh yang demikian

7.

Encik Jamal tidak berpuas hati dengan perkhidmatan talian telefon di kawasan
tempat tinggalnya._______________,beliau telah pergi ke syarikat berkenaan untuk
membuat aduan.
A Justeru
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun

8.

Kira-kira lima tahun yang lalu,Encik Sariman terlibat dalam suatu kemalangan jalan
raya. ______________,dia takut untuk menunggang motosikal.
A Sebelum itu
B Namun begitu
C Semenjak itu
D Bagaimanapun

9.

Amalan menabung banyak membawa kebaikan kepada kita.____________,amalan


tersebut digalakkan terutamanya kepada murid-murid sekolah.
A Di samping itu
B Namun begitu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun

10. Encik Yuzairi berasa bimbang dengan keadaan anaknya yang sering mengalami
tekanan perasaan._____________,beliau telah menghantar anaknya untuk
mendapatkan rawatan kaunseling.
A Oleh itu
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun

11. Nasib Encik Fong sangat malang apabila kertanya rosak lagi di tengah jalan.
_____________, keretanya itu baru sahaja dibaiki semalam.
A Padahal
B Namun begitu
C Semenjak
D Oleh sebab itu

12. Zaimah suka melancong dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai
tempat yang menarik. _________________, melancong dalam negara dapat
menjimatkan belanja.
A Oleh itu
B Biarpun
C Selain itu
D Namun begitu
13. Tam Lai tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya berjimat
cermat._________________,dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan
bersama-sama dengan rakan-rakannya.
A Sebaliknya
B Semenjak itu
C Tambahan pula
D Sungguhpun begitu
14. Aiman mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia._______________,Aiman gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
A Lebih-lebih lagi
B Bagaimanapun
C Lantaran itu
D Padahal
15. Sudin seorang yang pemalas tetapi suka berangan-angan menjadi kaya.
______________, dia sering di gelar Mat jenin oleh penduduk di kampungnya.
A Namun begitu
B Bagaimanapun
C Oleh yang demikian
D Sungguhpun demikian
16. Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan iti _____________ pada musim
perayaan.
A sebab itu
B lebih-lebih lagi

C oleh sebab itu


D oleh yang demikian
17. Siti Jeslina sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolahnya.
_____________,dia tidak pernah bersikap sombong atau bangga diri.
A Oleh itu
B Di samping itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun
18. Sayur-sayuran banyak mempunyai khasiat.___________________,kita digalakkan
makan sayur-sayuran setiap hari.
A Namun begitu
B Oleh yang demikian
C Di samping itu
D Walau bagaimanapun
19. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Hashim di
tolak._______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk
berniaga.
A Di samping itu
B Oleh sebab itu
C Oleh yang demikian
D Walau bagaimanapun

20. Wabak demam denggi sering menular di negara kita. ____________,rakyat diseru
agar sentiasa menjaga kebersihan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk
aedes.
A Justeru
B Kemudian
C Semenjak itu
D Bagaimanapun
21. Golongan remaja amat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak
sihat.______________,bagi mereka yang mengalami masalah keluarga.
A Lebih-lebih lagi
B Oleh sebab itu
C Namun begitu
D Padahal

22. Rafina berasa amat sedih kerana ayahnya tidak dapat pulang pada hari itu.
___________,hari tersebut merupakan hari lahirnya yang ke sepuluh.
A Justeru
B Namun begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
23. Encik Jamilul didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah. _____________,
beliau telah dipecat oleh majikannya.
A Selepas itu
B Sebelum itu
C Lantaran itu
D Semenjak itu
24. Berita tentang peletakan jawatan Encik Rafik heboh diperkatakan oleh para
pekerjanya. ____________________,Encik Rafik telah menafikan berita tersebut.
A Biarpun
B Namun begitu
C Bagaimanapun
D Tambahan pula
25. Pengawal keselamatan itu berasa amat mengantuk kerana sudah seharian dia
berjaga._____________,dia terlena di atas kerusi.
A Selain itu
B Sebaliknya
C Lebih-lebih lagi
D Oleh sebab itu

You might also like