You are on page 1of 9

Agensi

Antarabangsa
Unicef-United
Nations
Childrens Funds

Mohd Nur Salam Bin Saipin


Alsriedha Binti Buker
Nur Hafizza Binti Zamri

Pengenalan
Setiap hari , 19,000 kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun
mati, dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Kerana :1- Malnutrisi
2- Air yang tercemar
3- Kekurangan Vaksin
Agensi ini (Unicef) berusaha untuk menjadikan
jumlah kematian kanak-kanak atas sebab diatas
menjadi sifar

Misi Unicef
Unicef telah ditubuhkan pada tahun 1946 untuk membantu
kanak-kanak di negara-negara yang di landa Perang Dunia ke-2
Misi Unicef adalah :
1- Untuk Melindungi hak kanak-kanak: Kanak-kanak diberikan
hak-hak istimewa dalam Konvensyen mengenai Hak kanakkanak, dan perkara ini sebulat suara diterima pakai oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1989.
2- Untuk membentuk dan memenuhi keperluan asas kanakkanak- Seperti, pemakanan, air, sanitasi, penjagaan kesihatan
dan pendidikan

3 Memperluaskan peluang mereka untuk mencapai potensi


penuh mereka dalam pendidikan, dan juga perlindungan
terhadap pemburuhan kanak-kanak.
Kanak-kanak hendaklah bebas daripada diskriminasi, kerana
mereka juga mempunyai hak.
Kerajaan perlu menjaga kepentingan kanak-kanak berdasarkan
apa yang terbaik untuk mereka.
Pandangan dan perspektif mereka juga adalah penting dan
perlu diberi perhatian.

Isu Unicef

Pendidikan

Air dan
sanitasi

Perlindung
an hak
kanakkanak
Kesihatan

Isu Unicef 1- Pendidikan


Apakah yang akan terjadi jika anda tidak dapat bersekolah ?
DI negara kita sendiri, pendidikan amat dititikberatkan.
Lebih kurang 57 juta, kanak-kanak tidak mendapat pendidikan di sekolah
dan separuh daripadanya adalah kanak-kanak perempuan.
Misi Unicef adalah untuk : 1- Semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan berkualiti
2- Guru hendaklah di latih agar menjadi inovatif dan mesra kanak-kanak
3- Pembelajarna hendaklah relevan dan berkaitan dengan kehidupan mereka
dan masyarakat.
Unicef telah membina/membaiki sekolah. Melatih guru-guru sekolah. Dan
memberikan sumbangan yang banyak dalam bentuk peralatan sekolah.

Isu Unicef 2- Perlindungan


Kanak-kanak
Berjuta-juta kanak-kanak dari segenap lapisan masyarakat
menjadi mangsa kepada keganasan, eksploitasi dan penderaan.
Manakala berjuta-juta lagi yang mempunyai risiko menerima
nasib yang sama.
Unicef berusaha untuk melindungi kanak-kanak daripada kesan
konflik senjata, tradisi yang berbahaya dan ketidakadilan
kepada mereka.

Isu Unicef 3- Air dan Sanitasi


768,000,000 orang tidak mempunyai akses kepada air minum
yang bersih.
Air yang tercemar, kekurangan sanitasi menyebabkan penyakit
cirit-birit yang menyebabkan kira-kira 1,800 kanak-kanak mati
setiap hari di seluruh dunia.
Unicef bekerja di lebih 90 negara di seluruh dunia untuk
meningkatkan bekalan air dan kemudahan sanitasi di sekolahsekolah dan masyarakat untuk menggalakkan amalan
kebersihan selamat.

Isu Unicef 4- Kesihatan


Vaksinasi adalah salah satu program yang paling mudah dan kos efektif
untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak.
Vaksinasi adalah salah satu daripada penjagaan kesihatan yang
disediakan selepas kelahiran yang membolehkan kanak-kanak untuk
terus hidup dan mempunyai permulaan yang baik dalam kehidupan
mereka
Unicef mensasarkan peluang terbesar untuk kesan ( dalam tahun
pertama kanak-kanak), dan juga pelaburan berimpak tinggi (seperti
kelambu dan racun serangga untuk mencegah malaria)
Ia juga meningkatkan usaha di kawasan paling terjejas dan bagi
penduduk yang paling kurang mendapat perkhidmatan.

You might also like