You are on page 1of 5

Konsep Pembelajaran Koperatif

Oleh Mohd Isa Abd Razak

Masukan terdahulu
Kaedah Pembelajaran Koperatif: Catatan Permulaan, 24 Januari 2009
Kaedah Pembelajaran Koperatif Meningkatkan Keseronokan Belajar, 12 Julai 2011
Pada alaf ini berlaku perubahan yang pesat dalam sistem ekonomi dan demografi dunia.
Kita berhadapan dengan ekonomi yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi.
Jadi, sekolah perlu menyediakan pelajar untuk mengambil bahagian dalam perubahan itu.
Pembelajaran koperatif ialah strategi pembelajaran yang berasaskan aktiviti berpasukan.
Pasukan melaksanakan permainan yang dikenali sebagai struktur.
Dari segi kognitif, pembelajaran koperatif mampu memperkembang daya pemikiran
pelajar. Pelajar tergalak untuk menggunakan pemikiran aras tinggi dan kompleks.
Aktiviti pembelajaran yang berupa permainan pula mewujudkan suasana bilik darjah
yang ceria. Aktiviti berpasukan itu menggalakkan kerjasama dan keharmonian, terutama
dalam bilik darjah yang berbilang kaum dan pelbagai status sosial. Hal ini bertepatan
dengan sistem pendidikan kita yang berhasrat untuk menghasilkan pelajar yang berupaya
menghadapi arus pembangunan ekonomi dan sosial yang begitu pantas terutama sekali
dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Justeru, pelajar lebih aktif, berinisiatif, ekspresif, bekerjasama dan kukuh-mengukuh
antara satu dengan yang lain. Hal ini selaras dengan pembentukan konsep perpaduan
dalam kalangan pelajar berbilang kaum di negara kita.
Pembelajaran koperatif menghasilkan kemahiran penguasaan emosi yang mampu
membantu pelajar menyesuaikan diri dalam masyarakat. Hal ini selaras dengan aspirasi
negara untuk mewujudkan masyarakat yang progresif, berketerampilan dan berwibawa

dalam pelbagai bidang.


Sesungguhnya sekolah bukan sekadar melahirkan pelajar yang menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran asas. Sekolah perlu menyediakan suasana yang
membolehkan pelajar berkomunikasi, sekali gus menyerap kemahiran sosial.
Pembelajaran tradisional mementingkan unsur persendirian dan pertandingan. Sebaliknya
pembelajaran koperatif bertumpu pada aktiviti berpasukan yang sesuai dengan
kemampuan individu dalam pasukan itu tanpa terlalu menekankan persaingan antara
pasukan. Aktivitinya pula mudah tetapi bermakna.
Rumusannya, strategi pembelajaran koperatif menatijahkan kesediaan pelajar untuk
menghadapi cabaran dalam masyarakat. Guru pula terlepas daripada tekanan kaedah
kuliah yang autokratif. Bahkan guru bebas daripada menghadapi masalah pengurusan
disiplin kerana wujud positiviti dalam kalangan pelajar.

Kaedah Pembelajaran Koperatif 5 - Jigsaw Puzzle


Oleh Mohd Isa Abd Razak
Jigsaw Puzzle (Cantuman)

Jigsaw ialah kata nama yang bermaksud gergaji jig, iaitu gergaji yang digunakan untuk
menghasilkan tebukan berlengkung-lengkung pada kayu, plastik dan keping-keping
logam. Daripada perkataan jigsaw terbit ungkapan jigsaw puzzle, iaitu sejenis permainan.
Bahan permainan itu ialah sekeping gambar daripada kad tebal yang dipotong berkepingkeping dan berlengkung-lengkung. Kepingan yang berlengkung-lengkung itu
dicampuradukkan. Pemain menyusun kepingan itu untuk menjadi gambar. Usaha untuk
menyusun kepingan itu rumit tetapi mengasyikkan.
Dalam struktur pembelajaran koperatif (SPK) terdapat juga jigsaw puzzle. Cirinya
seakan-akan permainan itu tetapi bahan dan pelaksanaannya tersendiri. Bahan yang lazim
digunakan ialah wacana bercetak. Penggunaan bahan digital digalakkan.
Katakan kita hendak mengajarkan tajuk Ikan Air Tawar. Dalam sesi itu kita bercadang
untuk mengetengahkan empat jenis ikan, iaitu arapaima, kelah, puyu dan belut. Katakan
pula murid kita 20 orang. Kita bentuk lima kumpulan seperti dalam rajah 1. Kumpulan ini

ialah kumpulan asal dan kita namakan Kumpulan Adil, Kumpulan Bersih, Kumpulan
Cinta, Kumpulan Damai dan Kumpulan Elok. Dalam kumpulan asal, pelajar nombor satu
menerima wacana Arapaima, pelajar nombor dua menerima wacana Kelah, pelajar
nombor tiga menerima wacana Puyu dan pelajar nombor empat menerima wacana
Belut.

Kemudian, seperti yang digambarkan dalam rajah 2, pelajar membentuk empat


kumpulan. Mereka membaca dan memahami wacana itu. Mereka boleh merujuk bahan
sokongan seperti kamus, buku glosari dan ensiklopedia, sama ada yang terpasang pada
komputer riba atau secara dalam talian. Mereka memproses dan menghadam maklumat
dalam wacana, daripada bahan sokongan dan hasil perbincangan. Akhirnya mereka arif
atau menjadi pakar tajuk itu.

Setelah menjadi pakar arapaima, pakar kelah, pakar puyu atau pakar belut, mereka
kembali membentuk kumpulan asal. Rajah 3 menggambarkan hal ini. Mula-mula pakar
arapaima menyampaikan maklumat kepakarannya kepada tiga orang rakannya. Rakan-

rakannya perlu mengemukakan pertanyaan. Pakar arapaima hendaklah menjawab


pertanyaan itu dengan menyerlahkan keterampilannya sebagai pakar. Seterusnya, pakar
kelah pula menjadi penyampai, diikuti oleh pakar puyu dan akhirnya pakar belut.

Setiap kumpulan asal yang sudah berkongsi kepakaran itu hendaklah membuat rumusan
dan refleksi. Refleksi wajar menyerlahkan nilai murni. Pensyarah atau guru yang
bertindak sebagai fasilitator kemudiannya bolehlah mengedarkan senarai rujukan dan
bahan bercetak dan/atau digital.
Tambahan
Guru, khususnya guru kawakan, memang bijak dan banyak idea. Mereka yang bijak itu
terus berlumba-lumba menghimpun kebijaksanaan dengan meningkatkan kelayakan
akademik dan profesionalisme. Universiti membuka peluang kepada mereka untuk
memperoleh ijazah. Institut pendidikan guru dan jabatan pendidikan negeri pula
menawarkan kursus peningkatan profesionalisme.

Ada antara guru kawakan bijak yang banyak idea itu suka mengusik pensyarah,
khususnya wanita muda dan comel. Ada pensyarah wanita muda comel itu berasa kurang

selesa ketika bersyarah. Cubalah SPK, khususnya jigsaw puzzle. Rasa-rasanya guru
kawakan bijak yang banyak idea itu akan menjadi kumpulan pakar yang sibuk. Rasarasanyalah, mereka kesuntukan masa. Jadi, tiada lagi renung-renungan, apalagi
lagi pertanyaan yang bernada usikan. Pakar tentulah serius!

You might also like