You are on page 1of 10

Perkembangan sektor binaan yang pesat menyebabkan keperluan yang tinggi kepada

tenaga kerja binaan. Keperluan yang tinggi ini tidak dapat dipenuhi oleh tenaga kerja tempatan
dan akhirnya menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja asing. Akibatnya
wujud sindrom kebergantungan yang keterlaluan kepada pekerja asing, seolah-olah negara
ketandusan tenaga kerja tempatan terlatih. Sektor pembinaan Malaysia masih lagi
mengamalkan kaedah binaan yang berintensifkan buruh. Apabila negara mengalami
pembangunan pesat, banyak projek pembinaan mega, infrastruktur dan bangunan kediaman
serta perdagangan berjalan serentak. Ini menyebabkan permintaan tenaga kerja binaan asing
melonjak tinggi dari penawaran tenaga kerja binaan tempatan.
Tenaga kerja merupakan salah satu aset yang terpenting di dalam industri pembinaan
selain daripada modal, mesin, bahan dan kepakaran. Tenaga kerja di sektor pembinaan boleh
dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu tenaga kerja am, tenaga kerja separuh mahir
dan tenaga keja mahir. Walaupun keperluan tenaga kerja ini amat penting di dalam industri
pembinaan tetapi negara terpaksa mengimport tenaga kerja asing daripada negara jiran untuk
menampung kekurangan tenaga kerja tempatan yang semakin kritikal. Perkara tersebut,
mungkin berpunca daripada pemikiran masyarakat kita sendiri di Malaysia yang memandang
rendah terhadap tenaga kerja binaan ini. Pada masa hadapan, kumpulan pekerja ini akan
menjadi pekerja elit kerana bertanggungjawab menggerakkan sebahagian besar jentera
pembangunan terutamanya di sektor binaan. Seiring dengan langkah tersebut kerajaan melalui
Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia (CIDB) telah memperuntukan RM15 juta untuk
melatih 18,000 pekerja mahir tempatan dalam industri pembinaan. Menurut Mohamed Khaled
Nordin, usaha itu adalah strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah pekerja mahir tempatan
dan kemahiran yang dimiliki dalam sektor pembinaan. Langkah tersebut diharap dapat
membantu hasrat kerajaan untuk mengurangkan pengantungan terhadap buruh asing.

LATAR BELAKANG INDUSTRI BINAAN


Industri binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai
penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara. Kepentingan industri binaan ini
dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan pembinaan dalam pelbagai industri serta meliputi
pelbagai bidang. Aktiviti-aktiviti industri binaan merangkumi pelbagai sector kediaman,
industrial, komersial, pasarana dan lain- lain dan bukan hanya tertumpu kepada fasa
pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra pembinaan dan pasca pembinaan. Ianya telah
berkembang dengan baik dan merupakan nadi utama pengembangan ekonomi domestik. Di
antara tahun 1967-2002, industri binaan telah menyumbang kepada KDNK dari 5.35% pada
tahun 1983, mengalami sedikit kejatuhan pada tahun 1988 iaitu 3.22% dan meningkat semula
kepada 4.87% pada tahun 1997 dan seterusnya telah mengalami penurunan ke paras 3.34%
pada tahun 2000. Dari segi penggunaan tenaga kerja, industri binaan telah menggunakan
tenaga kerja sebanyak 9.2% daripada tenaga kerja bagi keseluruhan negara.
Dari segi fizikal, output industri binaan adalah besar, berat dan mahal serta tidak boleh
dipindah ataupun bergerak. Ia tetap di satu-satu lokasi dan melibatkan penggunaan pelbagai
bahan dan komponen binaan yang dikeluarkan oleh industri-industri perkilangan yang lain.
Output binaan ini terdiri dari pelbagai jenis bangunan, kerja-kerja kejuruteraan sivil hinggalah
kepada kerja infrastruktur. Industri pembinaan juga mempunyai beberapa faktor pengeluaran
yang memungkinkan ianya mempunyai fungsi yang sama dengan industri-industri lain. Tenaga
kerja ini merupakan tulang belakang kepada pengerak sesuatu projek pembinaan selain
daripada bahan, jentera dan modal. Tanpa tenaga kerja, sesuatu projek itu tidak mungkin dapat
dilaksanakan. Oleh itu tidak hairanlah tenaga kerja ini merupakan salah satu aset yang penting
di dalam industri binaan.

KEPENTINGAN MENGGUNAKAN TENAGA KERJA


Antara kepentingan menggunakan tenaga kerja iaitu buruh ialah dapat mengerakkan
aktiviti pembinaan. Menjalankan aktiviti pembinaan adalah tugas dan kepentingan guna tenaga
yang jelas dalam industry pembinaan. Memandangkan negara masih bergantung terhadap
sumber buruh dalam sesuatu pembinaan, penggunaan tenaga adalah sesuatu yang dianggap
penting. Tenaga buruh juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan sesebuah
syarikat atau kontraktor bagi mendapatkan tender. Untuk menjalankan sesebuah kontrak secara
berkesan, syarikat perlulah mempunyai bilangan buruh tetap yang mencukupi dan mahir bagi
menyiapkan kerja. Hal ini dapat dilihat apabila jika berlaku kurangnya tenaga kerja maka
pengangguran berlaku maka pertumbuhan sektor ekonomi negara akan menjadi perlahan dan
akibatnya keluaran negara akan berkurang kerana penggunaan tenaga adalah penting bagi
menjana ekonomi negara sekali gus menjana Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK).
Kepentingan seterusnya ialah dapat membangunkan negara justeru melahirkan
masyarakat yang produktif. Hal ini dapat dilihat apabila pendapatan sesebuah negara
berkurangan, rakyat terdedah kepada risiko kemiskinan dan kerajaan tidak dapat meneruskan
usaha memajukan negara seperti menyediakan kemudahan infrastruktur bagi menjamin
pertumbuhan ekonomi dan sebaliknya perlu merancang program bagi mengatasi masalah
kemiskinan. Perbelanjaan untuk pembangunan terpaksa dikurangkan dan ia akan melambatkan
proses pembangunan negara. Selain itu, penggunaan tenaga pada tahap maksima adalah ideal
tetapi ia adalah mustahil. Walau bagaimanapun, dengan meningkatkan guna tenaga ia dapat
melahirkan masyarkat yang produktif yang dapat menyumbingkan kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Jika setiap rakyat mempunyai pekerjaan tetap, kadar pengangguran dapat
dikurangkan sekaligus dapat mengelakkan gejala sosial berlaku.

PUNCA BERLAKUNYA KURANGNYA TENAGA KERJA YANG MAHIR


Punca yang utama dalam sektor pembinaan ini ialah masalah kekurangan guna tenaga
akan menyebabkan industri menghadapi masalah yang lain seperti kualiti yang rendah,
produktiviti kerja yang menurun, imej industri yang terjejas dan ketidakstabilan ekonomi.
Kekurangan ini terjadi apabila tidak ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri
ini kerana terpengaruh dengan kenyataan bahawa industri pembinaan mempunyai imej yang
buruk dan rendah. Persepsi ini haruslah segera diubah bagi mengelakkan imej industri terus
diburukkan. Di sektor pembinaan sahaja pertumbuhan guna tenaga adalah sangat pesat. Walau
bagaimanapun, masalah kekurangan guna tenaga khususnya dari golongan mahir semakin
berkurang memandangkan sektor pembinaan telah membenarkan untuk menggunakan khidmat
buruh asing khususnya untuk pekerjaan tidak mahir dan separuh mahir. Disebabkan sektor
pembinaan merupakan sektor yang memerlukan keperluan fizikal yang tinggi dan kesediaan
bekerja dalam keadaan yang tidak selesa dan ia kurang mendapat sambutan di kalangan
pekerja tempatan.
Antara punca kontraktor menghadapi kesukaran bersaing untuk mendapatkan tenaga
kerja tempatan adalah disebabkan sektor-sektor lain turut bersaing untuk mendapatkan tenaga
kerja sehingga terjadinya situasi kompetitif yang tinggi. Dalam realiti kehidupan seharian industri
pembinaan dilihat kurang menarik minat belia lepasan sekolah kerana kurangnya pendedahan
oleh pihak sekolah terhadap potensi yang ada di dalam sektor ini. Sudah menjadi kebiasaan
pelajar yang mempunyai pencapaian akedemik yang tinggi akan lebih berminat dengan sektor
yang menawarkan gaji lumayan serta keadaan tempat pekerjaan yang lebih baik. Situasi
sebegini turut dihadapi pengusaha sektor perladangan sehinggakan kebanyakan sektor ini
dibanjiri oleh pengunaan tenaga kerja asing yang tinggi.

Belia berkelulusan graduan dilihat banyak menganggur walhal mereka sebenarnya


boleh menceburi sektor lain seperti pembinaan biarpun tidak berkaitan dengan bidang yang
diperlajari. Dengan kadar pengangguran yang tinggi, lulusan graduan tidak seharusnya terlalu
memilih pekerjaan dan sepatutnya merebut segala peluang yang ada di dalam sektor-sektor
yang menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti pembinaan. Dengan kehadiran
pelbagai teknologi terkini sektor ini bukan lagi seumpama kerja-kerja kampung murahan, ia
telah berada dikelasnya yang tersendiri. Dengan adanya pengalaman sebagai buruh binaan am
sebenarnya mereka mampu berusaha mempelajari ilmu menjadi kontraktor yang berjaya.
Pengajaran mengenai elemen-elemen yang berkaitan dengan pembinaan telah mula
dimasukan di dalam subjek-subjek perlajaran di universiti dan kolej. Walaupun terdapat
golongan belia yang kurang menyerlah di dalam bidang akademik tetapi mereka sebenarnya
mampu memajukan diri di dalam bidang yang berkaitan kemahiran. Merekrut belia tempatan
sebenarnya akan membawa kebaikan kepada semua pihak kerana dengan cara ini ekonomi
negara akan meningkat, statistik pengangguran akan berkurangan malah kadar jenayah turut
dijangka menurun.
Sistem upah pekerja di sektor pembinaan berasaskan bayaran mengikut hall bekerja
,kuantiti atau produktiviti. Jangka masa bekerja bergantung kepada peringkat kerja pembinaan
dan kesinambungan pekerjaan bergantung kepada kebolehan kontraktor mendapatkan projek
baru. Sistem upah ini merupakan amalan lazim dan ia memberikan kebaikan serta risiko yang
rendah kepada kontraktor. Para kontraktor tidak mungkin beralih kepada sistem pekerjaan atau
penggajian tetap memandangkan sektor pembinaan merupakan industri berisiko tinggi dan
mempunyai banyak persaingan disamping sukar untuk mendapatkan projek secara berterusan.
Tenaga kerja tempatan lebih sanggup bekerja di sektor lain yang menawarkan upah yang lebih
rendah asalkan memperolehi pekerjaan dan pendapatan terjamin atau tetap. Selagi mana

sektor ini tidak dapat memberikan persepsi status kerjaya yang terjamin, selama itulah usaha
menarik tenaga kerja tempatan terutamanya belia-belia lepasan sekolah akan kurang berjaya.
Seterusnya ialah pembangunan sumber tenaga kurang berkesan dalam kalangan
pekerja pembinaan.Pembangunan sumber tenaga pada setiap sektor adalah berbeza. Ini
kerana terdapat pelbagai faktor yang menyumbangkan pembangunan sumber manusia
antaranya cara pengurusan, program latihan dan minat. Jika diperhatikan dalam sektor
pembinaan sahaja setiap tenaga kerja mestilah terlatih dan berkemahiran bagi mencapai kualiti
yang diingini. Oleh itu, setiap buruh atau tenaga kerja ini haruslah mendapat pendedahan dan
kemahiran yang mencukupi. Terdapat pelbagai latihan dan program yang perlu dijalani adalah
antara faktor pembangunan sumber tenaga dalam sektor pembinaan sukar untuk ditingkatkan.
Kebanyakan pekerja pembinaan ini hanya mengambil remeh tentang kerja yang dilakukan
kerana mereka berpendapat bahawa kerja pembinaan ini hanyalah pekerjaan yang biasa.
Pekerjaan di sektor pembinaan telah menjadi pilihan terakhir dan jika bekerja pun hanya
untuk sementara. Di antara sebab-sebab ianya berlaku demikian ialah kerana tidak wujudnya
pembangunan kerjaya yang meyakinkan bagi tenaga kerja binaan. Oleh sebab itu, usaha
menarik minat masyarakat tempatan menceburi sektor binaan kurang mendapat sambutan
terutamanya di kalangan belia lepasan sekolah. Jika adapun, mereka lebih cenderung
menceburi bidang tred yang lebih memberi nilai tambah seperti elektrikal, hawa dingin dan
sebagainya.Manakala tenaga kerja binaan tempatan yang telah terlatih pula sering mengubah
haluan ke sektor lain yang memberikan kerjaya yang lebih terjamin dan persekitaran pekerjaan
yang lebih selesa. Industri pembinaan juga mempunyai stigma bahawa satu industri yang
memberi pulangan yang rendah, memerlukan tenaga fizikal yang kuat, industri yang tidak perlu
menggunakan fikiran, kerja yang lasak dan terdedah kepada unsur negatif. Imej negatif ini telah
menular ke sekolah-sekolah menengah. Persepsi yang negatif ini seharusnya diperbetulkan
kerana di sinilah sumber tenaga yang menjadi harapan utama untuk menampung kekurangan

tenaga kerja tempatan. Oleh itu, masalah utama pengurangan pekerja mahir ialah di peringkat
kemasukan (entrance) pekerja-pekerja baru
KESAN KEKURANGAN TENAGA KERJA YANG MAHIR DALAM INDUSTRI PEMBINAAN.
Kesan yang dirasakan paling ketara ialah disebabkan permintaan terhadap tenaga asing
ini menyebabkan pengangguran yang berlaku di kalangan rakyat tempatan. Permintaan yang
tinggi terhadap tenaga buruh telah menyebabkan negara kebanjiran dengan warga asing.
Permintaan terhadap buruh asing berlaku apabila buruh tempatan menolak pekerjaan yang
menawarkan gaji yang rendah, latihan yang kurang dan ketiadaan minat dan kemahiran pekerja
tempatan yang kurang. Kemasukan pekerja asing ini berlaku kerana banyak projek pembinaan
yang terjejas dan terbengkalai kerana kekurangan tenaga mahir tempatan. Hal ini kerana,
rakyat tempatan semakin kurang berkemahiran di dalam sesetengah bidang kerana telah
dikuasai oleh pekerja asing. Selain daripada itu, kedatangan pekerja asing dalam jumlah yang
ramai akan menimbulkan pelbagai masalah seperti masalah sosial, berlaku pegaduhan,
menganggu ketenteraman awam dan membawa masalah kesihatan.
Kesan yang seterusnya akan berlaku kekurangan tenaga mahir dalam pembinaan ialah
projek pembinaan akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Hal ini kerana,
kekurangan tenaga mahir boleh menyebabkan projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Ini kerana menyiapkan kerja pada masa yang telah ditetapkan adalah
merupakan salah satu kriteria pada sesorang pekerja mahir. Dengan tenaga kerja terutamanya
tenaga mahir yang tidak mencukupi, proses pembinaaan akan lambat. Walaupun diberi
pelanjutan masa dan pekerja bekerja lebih masa (overtime) tetapi masalah ini tidak dapat
mengubah keadaan, malah mungkin akan mengurangkan produktiviti dan kualiti kerja. Keadaan
ini akan mengakibatkan pihak yang terlibat mengalami kerugian yang besar.

LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL DALAM MENGATASI MASALAH KEKURANGAN TENAGA


MAHIR.
Malaysia tidak boleh berterusan bergantung kepada khidmat pekerja asing kerana
dalam jangka masa panjang ia akan memberi kesan negatif kepada imbangan pembayaran luar
dan juga meningkatnya masalah sosial yang dikaitkan dengan keselamatan nasional. Oleh itu,
banyak usaha-usaha untuk melatih tenaga kerja tempatan telah dirancang dan sedang giat
dilaksanakan. Disamping itu, peralihan teknologi pembinaan juga turut diberikan penekanan.
Buat masa ini Kementerian Sumber Manusia mempunyai institusi latihan industri yang bersedia
untuk melatih belia-belia lepasan sekolah melalui Institut Latihan Perindustrian yang beroperasi
di seluruh negara. Majlis Amanah Rakyat, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan
juga mempunyai institusi latihan vokasional diseluruh negara seperti Institut Kemahiran Mara
dan Pusat Giat Mara. Kementerian Pengajian Tinggi juga bertanggungjawab mengendalikan
politeknik-politeknik dan kolej komuniti. Dalam masa yang sama , Kementerian Belia dan Sukan
juga menyediakan latihan industri khusus untuk belia-belia menerusi Institut Kemahiran Belia
Negara di seluruh negara.
Langkah ini dilakukan untuk mengurangkan tenaga mahir iaitu buruh. Penggunaan
Sistem Binaan Berindustri (Industrialized Building System) atau ringkasnya IBS akan dapat
mengurangkan penggunaan tenaga kerja buruh dalam proses pembinaan. IBS bukan sahaja
dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja buruh tetapi boleh meningkatkan lagi
kecekapan pembinaan, kualiti binaan yang konsisten dan persekitaran yang terkawal serra
kemas. Sistem seperti ini telah terbukti keberkesanannya khasnya di negara-negara maju yang
telah lama menggunakan kaedah binaan IBS. Dengan membudayakan sektor pembinaan

Malaysia kepada kaedah binaan IBS, adalah diharapkan dapat dikurangkan penggunaan
tenaga buruh asing dan proses pembinaan seterusnya diharapkan dapat mengimbangi jumlah
penawaran tenaga kerja binaan tempatan.
KESIMPULAN
Keseluruhannya, isu tenaga kerja tidak dapat dielakkan sepenuhnya.Penyelesaian
jangka pendek iaitu dengan bergantung kepada tenaga kerja asing hanyalah sekadar
penyelesaian yang bersifat sementara yang merugikan negara dalam jangka panjang.
Penyelesaian jangka panjang bergantung kepada rekabentuk program pendidikan yang
pastinya memerlukan sokongan dan komitmen semua pihak terutamanya pemain-pemain
dalam industri binaan. Bagaimanapun, tanggungjawab bukanlah terletak kepada pemilik projek
semata-semata. Kontraktor juga harus melihat masalah ini sebagai masalah mereka juga.
Perubahan sikap terhadap industri pembinaan mestilah datang dari semua pihak yang terlibat
dalam industri binaan. Kontraktor juga harus menawarkan faedah-faedah tertentu bagi menarik
minat dan mengekalkan tenaga kerja dalam jangka panjang. Berkongsi sebahagian dari
keuntungan akan menyebabkan tenaga kerja ini mempunyai minat secara peribadi terhadap
syarikat dan ini akan meningkatkan prestasi syarikat dari masa ke semasa.
Kerja yang dilakukan juga akan lebih berkualiti. Bayaran lebih masa juga turut
menyumbang kepada pengekalan tenaga kerja. Kekurangan tenaga kerja juga boleh di atasi
dengan meningkatkan imej dan rasa bangga pekerja binaan itu sendiri. Ini boleh dilakukan
dengan meraikan kejayaan dalam menyiapkan kerja dengan baik. Ianya juga boleh dilakukan di
peringkat lebih tinggi umpamanya peringkat kebangsaan. Dengan ini kontraktor mempunyai
pilihan yang jelas bagaimana mereka boleh membantu masalah kekurangan tenaga kerja
binaan ini. Ini bermakna industri pembinaan negara masih mempunyai banyak peluang
pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi masalah pergantungan kepada

tenaga kerja asing dan sekali gus menjimatkan pengaliran wang Malaysia ke luar negara (CIMP
2005).

RUJUKAN
www.Dwnekonomi.dbp.my/wordpress
www.farihinzul1974.blogspot.my
www.ukurbahan-qs.blogspot.my
www.ippbm.gov.my
www.utusan.com.my
www.kpkt.gov.my

10

You might also like