You are on page 1of 19

Konsep Ketidaksamaan Peluang Pendidikan Di Negara Kita

Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan


KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
1) Definisi Ketaksamaan
Menurut Kamus Dewan edisi ke-3:
Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan
hakikat.
Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran
sosial yang sama.
Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan
Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan
Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat
Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang
Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain
Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan
2)Jantina
Gender
Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk
lelaki dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan.
Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami.
Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan
lelaki.
Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa
dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak.
Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian
akademik dan bukannya gender.
Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi
3)Murid Berkeperluan Khas
Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa.
Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi.
Persekitaran yang kurang yang kurang mesra menyebabkan golongan ini tertinggal.
Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku
Tingkah laku terbias
Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman.
Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara.
Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan
nasional.
Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan
pendidikan yang sesuai untuk golongan ini.
4)Siapakah Mereka?
Kerencatan mental
Masalah pembelajaran
Kecelaruan tingkah laku
Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi
Kecacatan penglihatan
Kecacatan fizikal
Pintar cerdas & berbakat istimewa

5)Kerencatan Akal
a) Autisme
- ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling.
- biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan.
- gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi &
komunikasi.
Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang.
Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1.
Ciri-ciri Autisme;
Suka menyendiri
Masalah bahasa & komunikasi
Asyik dengan aktiviti sendiri
Ketawa tiba-tiba
Tidak rasa sakit apabila jatuh
Tidak takut pada bahaya
Menangis/marah tanpa sebab
Mengulangi kata-kata
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal
Tidak bertentangan mata semasa bercakap
Menunjukkan dgn jara arah yang disukai
Bertingkah laku melampau
Cara Mengatasi;
Pakar jiwa.
Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian.
Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya.
Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.
b)Sindrom down
Sindrom Down
- kecacatan mental dan fizikal.
- Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang.
- Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi mendapat
sindrom down 5%.
Ciri-ciri;
Fizikal
Kepala bulat
Hidung kemik
Berbadan pendek
Mata sepet
Rupa hampir serupa
Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia
Kecerdasan
IQ rendah daripada 50
Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa
c)Cerebral palsy

Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot.


Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot.
Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain.
Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja.
Terjejas pusat kawalan otok di otak.
Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan.
Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki &
tangan kejang,masalah menghisap & menelan
Punca;
Kerosakan otak
Deman kuning yang teruk selepas lahir
Deman panas
Kelahiran awal
Kecederaan, pembengkakan otak & selaput
Jangkitan rahim
Pendarahan sebelum kelahiran
Rawatan;
Mengajar kebolehan asas.
Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih pertuturan
d) Kecacatan Penglihatan
Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille.
Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60
atau 20/200 atau kurang.
Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang.
Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan
cahaya, kanta khas dan latihan khusus.
Punca;
Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell.
Keturunan
Jangkitan kuman semasa mengandung.
Kekurangan vitamin A.
Termakan bisa
Kemalangan
Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan.
rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik putih
di tengah mata hitam.
Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata,
menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata.
Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala.
e) Kecacatan Pendengaran
Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh mendengar
tetapi kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat.
Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal.
Ciri-ciri;
Lambat menjawab pertanyaan

Lain ditanya lain dijawab


Gangguan dalam sebutan
Sukar menguasai kosa kata
Menyendiri
Punca;
Baka
Jangkitan kuman semasa mengandung
Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah
Lahir tidak cukup bulan
Demam campak
Terdedah bunyi yang sangat kuat
f)Kecelaruan Tingkah Laku
Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun.
Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas.
Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah
tingkah laku.
g)Ciri-ciri Hiperektif
Bising/merayau
Mengganggu orang tanpa sebab
Nakal & tidak takut pada hukuman
Tidak mendengar kata
Tidak menumpukan pada kelas
Tidak menyiapkan kerja sekolah
Suka membuat rekaan
Suka merosakkan harta orang
Kasar
Resah
Tidak disukai orang lain
Punca;
Kurang kasih sayang
Minta perhatian
Pengaruh cerita
Pengaruh keluarga
Kerosakan otak
Sifat semula jadi
Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil
Kebimbangan tinggi
Deraan
Keluarga terlampau keras dalam mendidik
h)Masalah Pembelajaran
Masalah Pembacaan (Dyslexia)
sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun
diajar secara lisan.
mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya.
otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik.
mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan.

Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa.


Ciri-ciri;
Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak.
Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira.
Melakukan banyak kesilapan ejaan.
Lambat atau terhenti-henti ketika membaca.
Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d.
Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini.
Boleh dipulihkan.
i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas
Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi.
Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar.
Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif.
Ingatan yang baik.
Cepat menguasai kemahiran baru.
Menunjukkan bakat luar biasa.
Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru.
Menyusun turutan secara logik.
Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah.
Boleh berbincang & menghuraikan idea.
Minat menulis & membaca.
Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari.
Inisiatif & mahu bekerja sendiri.
Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar.
Menunjukkan kepintaran & kelucuan.
Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal.
Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh.
Sangat kritikal pada diri sendiri.
6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN )
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar
dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital
dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang
golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.
YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein
( Perutusan Tahun Baru, 2006 )
A) Pengenalan

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar


dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan
kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai


kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa
dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha

memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang


disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan
tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan
kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang
perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha
menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga
(RMKe-3).

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai


banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum
selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

B)Dasar dan Matlamat

1.

Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk
memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan
yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah
mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti
dan kualiti dapat ditingkatkan.

2.

Jurang bandar dan luar bandar

Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada
segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang
Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.
Jurang Digital
Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT
antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.
Jurang antara tahap pencapaian pelajar
Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M,
kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir
daripada sistem pendidikan.
Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas.
Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan
penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar
bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.
Jurang sosioekonomi

Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan,


disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas


o Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih
belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula
berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di
sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama
sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.
Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 3035KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan
diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya
untuk p&p.
o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah
dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan
melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub
(tube well).
Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian
hujan pula menggunakan air tadahan hujan.
3. Sekolah Kurang Murid
Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan
sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir
90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan
peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.
Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti
ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar
dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman.
Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran
kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri
daripada pelbagai tahun persekolahan.
4. Cabaran KPM
Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian
dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar
yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.
Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan
dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang
mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar
SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses
akan dibina.

a)
b)
c)
d)

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGAN


KPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan
golongan kurang upaya melalui program berikut;
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
Bantuan Makanan Asrama.
Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

e)
f)
g)
h)
i)
j)

Jaket Keselamatan
Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Skim Baucer Tuisyen (SBT)
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
Asrama Harian
FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI
MASYARAKAT PEDALAMAN

Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu


bidang.
Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh
guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak
menarik.
Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid
di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan
menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri.
Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu
kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk
mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.
Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab.
Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat
penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya
kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan
prasarana sekolah yang teruk.
Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia
menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal
ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah
untuk memajukan diri mereka sendiri.
Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang
merangsang.
Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan
ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam
aspek pendidikan.
Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran
anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak
berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka
melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.
Ketaksamaan Kelas Sosial
Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan
Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum

Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan)


Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat )
Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan
Kelas sosial masyarakat:
Sistem feudal
Rakyat bawahan@marhain
Golongan pembesar
Golongan istana
Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:
Kemudahan mendapatkan guru
Bahan-bahan rujukan
Peluang kerjaya selepas tamat belajar
Kelas sosial masyarakat:
Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah:
Golongan petani
Golongan masyarakat kampung
Golongan yang tinggal di bandar
Golongan kurang berkemampuan
Golongan pemimpin
Golongan berada
Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:
Kemudahan mendapatkan guru
Kemudahan peralatan fizikal di sekolah
Kelas tambahan@tuisyen
Pembiayaan kewangan
Bahan-bahan rujukan
Peluang-peluang melanjutkan pelajaran
Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous


Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum
menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional.
Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan
nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum
menerima sebarang perubahan luar.

Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka.

Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah &


Sarawak.
Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei.
Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit.

Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous


learning system) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan


kemampuan mempelajari sesuatu.

Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga.


Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan
proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan
dengan kudrat dan perkembangan manusia.

Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat
perkara.
manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.
memikirkannya secara konseptual.
mengamati sesuatu sambil merenung, dan
mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif
iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami
pengalaman nyata.

Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous.


Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan
nilai-nilai budaya

Orang Asli
Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan
kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.
Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di
mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara
pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002)
Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG
ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa
depan kaum mereka.
`Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan
dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.
Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang
perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar
pendemokrasian pendidikan.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli
tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan
tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke
sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.
Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang
rendah (Mustaffa Omar, 2004).

Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di
tahap rendah.
Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta
huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus).
Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih.
Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan.
Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk.
Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah.
Taraf sosio-ekonomi yang rendah.
Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu
normal atau berkeperluan khas.
Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang
memuaskan.
Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan
pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah.
Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli
berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan
atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit.
Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka.
Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan
kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan
daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah,
makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan
kebudayaan).
Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran begitu
prihatin terhadap masalah dan isu-isu pendidikan serta sedaya upaya menyediakan peluang
pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat. Pelbagai isu pendidikan
termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur pendidikan diberi cukup perhatian. Selain itu,
dasar-dasar yang digubal seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dibentang di
Parlimen turut memperkukuhkan lagi pendidikan di Malaysia. Petikan dari ucapan mantan
Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006 jelas menterjemahkan misi dan visi
kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang pendidikan agar tidak ada golongan
yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun begitu, masih terdapat ketaksamaan
peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia.

Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa faktor


penyumbang masalah termasuklah:

Kelas sosial

Jantina

Kumpulan minoriti

Murid berkeperluan khas

Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

Perbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagi
membincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum Cina
sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian daripada
etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia, Masyarakat Cina
adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada keseluruhan
penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya, bahasa pertuturan dan
sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua lagi masyarakat utama di
Malaysia iaitu kaum Melayu dan India.

Kelas sosial

Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandarbandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini
terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan
pecah dan perintah. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih
baik berbanding kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan
pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia

maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar.
Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang
lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di
kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang
rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan
yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar
menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka
akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan,
menjual di kedai runcit dan sebagainya.

Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi


masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan
yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat
menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula sanggup
menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbanding sekolah kerajaan. Mengikut
siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar
anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan pendidikan yang lebih baik
berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan
lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap
hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka
mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang
baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-rata
kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan
kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina.

Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelum merdeka
lagi adalah isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata-rata lebih selesa
bertutur dalam bahasa ibunda mereka (malah masih ada yang tidak fasih berbahasa
Kebangsaan), mereka lebih senang memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan dan
sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan semestinya kepada sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun, peruntukan yang besar diberikan
kepada kedua-dua bentuk sekolah ini. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini
menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikan kepada setiap etnik di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan,


pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap
anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari
ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik
semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang pendidikan bagi
setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina
memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik
Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara keputusan
peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini melebarkan
jurang ketaksamaan peluang pendidikan.

Jantina

Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara.


Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering
dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus kejuruteraan
masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan
kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan
peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini.

Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki
sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan
ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan
perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap
aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan,
kedoktoran serta kulinari.

Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua
jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM)
pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah

sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron,
bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang
berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal
dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri. Ini
berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi
memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku
karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar
pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus
pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah
daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama.

Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika
disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat
tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas
meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang
mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu.
Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT
malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih terdapat lagi stigma
kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak
dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa
wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada golongan wanita
yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau
rendah.

Kumpulan minoriti

Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah


masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini
banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada kaum
Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan
kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan
amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan
ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari
bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu

menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor scrambler untuk sampai ke
penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit
terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi bukan
menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya, kerja-kerja
untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan.

Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata.
Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki
buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong
daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka yang
bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa yang
kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan dengan kerjakerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil perhatian serius
kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama rata dalam
peluang pendidikan.

Murid berkeperluan khas

Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal.
Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat
mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada
terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi pendidikan
khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan
khas, iaitu:

Kerencatan mental

Bermasalah pembelajaran

Kecelaruan tingkah laku

Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

Cacat penglihatan

Cacat fizikal

Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak
mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu dengan
baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik.

Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara

Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung
atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan
memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

(i)

Individu

Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan


membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar lain.
Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran kerana
faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang berminat
untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang pintar. Seterusnya,
individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup dalam kejahilan,
tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada.

Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini
kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain.
Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain
atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain.

(ii) Keluarga

Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang
ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih
berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang
masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang.
Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan
yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.

(iii) Masyarakat

Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga.
Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti
masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek pendidikan malah
tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi,
masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyakarat lain.

(iv) Negara

Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal
insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya
saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah
digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara

akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan,
kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai
lagi andaian negatif bakal terjadi.

Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan
sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru-guru, masyarakat
sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi azam dan tekad
menjadi tunjang perjuangan.

You might also like