You are on page 1of 3

BAGAIMANA PENDIDIKAN DAPAT MENGERATKAN PERPADUAN

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari
formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang
mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta
mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi
pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam
membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem
pendidikan boleh membentuk perpaduan:
1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa
pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas
dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini &
bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.
2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui
penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara
satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.
3) Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta
kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan
masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah
untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam
konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita
negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).
4) Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap
sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran
Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama
dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam
membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan
perselisihan dalam persefahaman.
5) Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah
sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama.
Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh
itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah
sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya
mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya
menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.

DASAR PENDIDIKAN ; PENENTU PERPADUAN KAUM


Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita.
Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar
pendidikan kerajaan sejak dahulu:
1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950
sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh
berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis
pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis
sekaligus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah
menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi
antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.
2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan mengugat bahasa ibunda mereka.
Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun
mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di
atas. Walaubagaimanapun, ordina ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India,
kekurangan kewangan & ancaman komunis.
4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopor penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan
Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum
yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.
5) Kemudian, Laporan Rahman Taib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji
keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam
memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.
Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk
perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR
PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.

C. Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada
laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam
memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:

i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan


institusi-institusi pengajian tinggi.
ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di
Malaysia.
iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.

You might also like