You are on page 1of 4

SKRIP TEATER SOLO

TAJUK :
SANG KANCIL YANG BIJAK

SANG KANCIL YANG BIJAK


Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Yang dihormati tuan pengerusi majlis,
barisan hakim yang arif lagi bijaksana. Seterusnya hadirin sekalian.
Dengarlah tuan hai cerita saya,
Kisah seekor haiwan bergeliga,
Di sebuah hutan tinggal ia,
Sang Kancil Yang Bijak itulah tajuknya.
Hai kawan-kawan. Pernahkah kawan-kawan mendengar cerita tentang Sang Kancil
yang menipu Sang Buaya? Kalau tak pernah mari dengar cerita saya.
Ceritanya bermula begini.
Di sebuah hutan, tinggal seekor binatang yang paling bijak, iaitu Sang Kancil. Sang
Kancil bukan sahaja bijak, malah, boleh memperdayakan binatang lain secara licik.
Suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan mencari makanan. Tetapi makanan di dalam
hutan ini semuanya telah habis dimakan oleh binatang lain. Sang Kancil berasa sedih
dan sangat lapar. Tiba-tiba datang seekor burung gagak.
Aaaaak Aaaaak Aaaaaak
Wahai Sang Kancil, mengapakah kau bermuram sahaja? tanya Sang Gagak.
Sebenarnya aku lapar, tetapi buah-buahan disini telah habis dimakan oleh Sang
Tupai dan Sang Monyet, jawab Sang Kancil dengan wajahnya yang muram.
Kalau begitu janganlah bermuram lagi. Di seberang sungai sana ada pelbagai jenis
buah-buahan yang segar dan enak, kata Sang Gagak terus terbang
Aaaaak Aaaaak Aaaaaak
Betulkah begitu? Tetapi di dalam sungai ini ada banyak buaya. Bagaimana aku
boleh pergi ke seberang? Fikir Sang Kancil.
Akhirnya Sang Kancil mendapat satu akal.

Wahai sahabatku yang gagah perkasa. Sang Kancil memanggil Sang Buaya dalam
sungai itu
Hah! Engkau Sang Kancil ada apa? Tanya Sang Buaya
Aku telah diperintahkan oleh raja supaya mengira binantang di dalam hutan ini.
Sekarang sampai giliran kau dan kaum kau, kata Sang Kancil
Untuk apa raja menyuruh kau mengira binatang di dalam hutan ini? Tanya Sang
Buaya kehairanan.
Oh, baginda ingin mengadakan satu jamuan untuk semua binatang termasuk
engkau, jelas Sang Kancil
Jamuan?
Kalau begitu aku akan menyuruh seluruh kaumku berbaris supaya senanglah engkau
mengira, kata Sang Buaya dengan gembira.
Sang Kancil berasa amat senang hati kerana muslihatnya telah hampir berjaya.
Hei, kawan-kawanku! Raja ingin mengadakan satu jamuan. Oleh itu, raja meminta
Sang Kancil mengira jumlah binanatang di dalam hutan ini. Berbarislah kamu semua.
Jangan tertinggal walaupun seekor! Perintah Sang Buaya
Apabila mendengar sahaja perintah itu, semua kaum buaya terus berbaris mengikut
perintah Sang Buaya
Hah! Apa yang ditunggu lagi itu, Sang Kancil kiralah sekarang, kata Sang Buaya.
Sang Kancil dengan penuh gembira melompat ke atas semua buaya itu sambil
mengira.
Satu Dua... Tiga Lekuk.
Jantan Betina Aku Ketuk.
Sesampai sahaja di seberang sungai, Sang Kancil pun melompat sambil ketawa
terbahak-bahak
Hahahahahahaha.
Eh, Sang Kancil, mengapa engkau ketawa? Apa yang lucu sangat ni? Berapakah
jumlah kami semua? Tanya Sang Buaya kehairanan.

Oh, sebenarnya raja tidak menyuruh aku mengira kamu.kata Sang Kancil
Aku hanya ingin menyeberangi sungai ini untuk memakan buaha-buahan di sini,
katanya lagi.
Cis, berani engkau menipu aku! Dahulu engkau pernah menipu aku. Sekarang engkau
tipu aku dengan keluarga aku pula! Kata Sang Buaya dengan marahnya.
Aku bersumpah tidak akan melepaskan engkau lagi alau aku berjaya menangkap
engkau suatu hari nanti! kata Sang Buaya dengan bengisnya.
Sang Buaya dan kaum keluarganya hanya mampu melihat Sang Kancil dengan rasa
yang sangat marah.
Sang Kancil pula puas memakan buah-buahan yang segar dan enak dengan gembira
sambil menyanyi
Senangnya dalam hati,
Dapat makan buah-buahan ini,
Seperti dunia,
Hai, aku yang punya.
Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah kita mestilah menggunakan akal
secara bijaksana dan janganlah kita mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.
Sekian, terima kasih.

You might also like