You are on page 1of 15

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja
kursus pendek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dengan jayanya.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing, En. Bostanoordin bin Ahmad karana membimbing saya dalam
melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan
sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa saya
ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dengan warga S.K Apin-Apin kerana banyak membantu
saya dalam menjalankan kajian kes ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi
anda semua tidak saya lupakan.
Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini
dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya
sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas dan
saya juga mendoakan kepada rakan rakan saya agar mereka dapat mengambil seberapa
banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian
terima kasih.
Yang benar,
Muhd Shahfardie bin satar.
PPPRPET IPGM BM
Kajian kes
Bagaimanakah untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran di
kalangan murid-murid dalam satu kelas yang memiliki aras kecerdasan yang berbeza?
Huraikan cara pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira aspek
pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang sesuai.
Analisis kajian kes adalah berdasarkan soalan berikut.
a) Huraikan apakah yang anda faham tentang kes yang dikaji.
b) Apakah konsep / model / teori yang anda perlu tahu untuk memahami dengan mendalam
kes yang dianalisis.
c) Apakah strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang
dianalisis.
Isi kandungan
1.0 Pengenalan

2.0 Pengajaran berkesan


2.1 Definisi Pengajaran Berkesan
2.2 Konsep Pengajaran Berkesan
2.3 Faktor faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran
2.4 Pendekatan
2.5 Strategi
2.6 Kaedah dan teknik
3.0 Cadangan
4.0 Penutup
5.0 Refleksi
6.0 Bibliografi
7.0 Kolaborasi
1.0 Pengenalan
Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai harganya.
Profesion guru sebagai seorang pendidik dan pengajar tidak boleh disamakan dengan
profesion yang lain. Ini adalah kerana pengorbanan dan perjuangan guru adalah semata-mata
untuk melihat anak bangsa mereka berjaya di masa hadapan. Pendidikan adalah alat yang
sangat penting untuk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara dan untuk
menentukan arah tuju negara dalam menghadapi arus pembangunan.
Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini memerlukan satu
usaha yang menyeluruh dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang
ikhlas dalam menyebarkan ilmu.
Guru bukan semata-mata sebagai pengajar lebih dari itu. Guru adalah pendidik. Konsep
pendidik dalam membawa maksud yang luas melebihi tahap pengajar. Pengajar, lebih
menjurus kepada seorang yang hanya seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan
untuk anak didiknya. Tetapi, konsep pendidik bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi
dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya
untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru, guru yang bersifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus
membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas pengajar banyak
berlegar di akal tetapi tugas pendidik berlegar di hati. Perumpamaan yang boleh
diketengahkan di sini ialah pengajar adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan
masakan seperti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala pendidik adalah

diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan
membancuh tepung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak. Maka atas
semangat inilah guru-guru perlu mencerna dan menghayati tema hari guru pada tahun ini
GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG yang sangat bertepatan dengan situasi
masyarakat masa kini.
Guru juga perlu ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Guru mesti sedia
berkorban untuk meningkatkan urusan keilmuan dan melaksanakan kewajipan terhadap
muridnya. Semasa pelajar di sekolah, adalah menjadi tanggungjawab guru melatih, mengajar
dan memupuk nilai-nilai murni termasuk hubungan kekeluargaan, kemesraan dan keikhlasan
dalam diri pelajar yang semakin terhakis.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai perspektif negatif telah dilontarkan kepada guru. Jelas di
depan muka akhbar menyiarkan guru merotan murid sampai luka, guru sepak pipi murid dan
banyak lagi. Apa yang pasti, isu ini hanya kes terpencil jika kita bandingkan kejayaan guru
yang telah melahirkan banyak pemimpin, doktor, peguam dan sebagainya.
Cabaran guru pada masa kini semakin mencabar. Dunia telah menjadi tanpa sempadan dan
teknologi semakin berkembang maju. Guru juga perlu melengkapkan diri dan mampu
melindungi anak didik mereka dari terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Perhatian guru
terhadap anak murid perlulah lebih mesra dan ikhlas agar peribadi anak murid tersebut
mudah dibentuk dengan acuan yang sepatutnya.
Memang tidak dinafikan kesan yang dibawa oleh guru di Malaysia amatlah besar. Kita boleh
berbangga dengan status Malaysia di persada antarabangsa dan kejayaan yang kita kecapi
selama ini. Namun kejayaan besar yang kita kecapi ini, ilmu yang kita ada ini, kesedaran
yang kita alami ini, semuanya bermula dengan insan yang bernama guru. Mereka adalah
insan yang tidak kenal erti penat lelah, sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak bangsa
pada masa hadapan.
Guru dengan pena dan suaranya akan membentuk suasana dan kemudiannya masyarakat serta
kejayaan negara.
Pada 3 Mac 2008 hingga 7 Mac 2008 yang lalu, kami telah menjalankan aktiviti Pengalaman
Berasakan Sekolah ( PBS ). Saya bersama 2 ahli kumpulan yang lain telah ditempatkan di
Sekolah Kebangsaan Apin-Apin. Saya melihat aktiviti PBS ini sebagai peluang kepada saya
menjalankan kajian berdasarkan kes yang telah ditugaskan kepada saya. Saya menggunakan
instrumen pemerhatian sebagai cara untuk mendapatkan maklumat mengenai pengajaran
yang berkesan bagi murid-murid yang berbeza aras kecerdasan. Saya telah mengenal pasti
sampel kajian iaitu 16 orang murid yang berumur 9 tahun. Mereka terdiri daripada 9 murid
lelaki dan 7 murid perempuan.
2.0 Pengajaran berkesan.
2.1 Definisi pengajaran berkesan.
Menurut Kamus Dewan edisi ke4 ( 2005) , pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala
sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan). Berkesan pula bermaksud menimbulkan hasil (kesudahan) yang diharapkan,
membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan), efektif.

Menurut Mok Soon Sang (2003) keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah banyak bergantung pada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid, dan
murid dengan bahan pembelajaran. Faktorfaktor yang boleh mempengaruhi corak dan
suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada 3
kategori, iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal.
Menurut Eggen & Kauchak (1998) , dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan, guru-guru
haruslah mempunyai kefahaman yang mendalam dalam bidang tersebut, dalam teknik arahan
serta memahami teori pembelajaran. Selain daripada itu, guru juga bertanggungjawab
membuat penilaian ke atas pelajar. Dalam pengajaran, guru seharusnya bekerjasama dan
bergabung tenaga sesama sendiri untuk memberikan yang terbaik kepada para murid. Tugas
pengajaran bukan sahaja memerlukan guru untuk mengeksploitasi kekuatan murid, guru juga
perlu mengeksploitasi kekuatan diri sendiri untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran sebagai satu pengalaman yang unik bagi setiap murid.
2.2 Konsep pengajaran berkesan.
Apakah itu pengajaran ? kemungkinan besar anda akan menyatakan pengajaran sebagai satu
proses penyampaian ilmu pengetahuan. Apabila seseorang ibu mengajar anaknya caracara
menjaga kebersihan diri, dia sebenarnya mengajar anaknya tentang nilai kebersihan. Semasa
anda mempelajari caracara memandu kereta pula, instruktor itu sebenarnya mengajar anda
tentang kemahiran memandu. Oleh itu, pengajaran boleh difahami sebagai proses
penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Ini seterusnya membawa kepada
perubahan tingkah laku seseorang.
Menurut Ee Ah Meng (1997 ), dalam pengajaran yang berkesan, seseorang guru hendaklah
merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan
sedia ada dan minat murid. Ini bermakna penggunaan satu pendekatan sistematik dalam
pengajaran hendaklah ditekankan. Ini dapat digambarkan melalui rajah di bawah :
Penentuan topik dan isi
Penentuan objektif
Pengubahsuaian
Penentuan kebolehan sedia ada
Pengelolaan bilik darjah
Pemilihan sumber
Pemering -

Prosedur
pengajaran

katan isi
Penentuan masa
Penentuan strategi pengajaran pembelajaran
Penganalisisan
maklum balas
Penilaian pencapaian

Objektif
pengajaran

Rajah : Pengajaran satu pendekatan sistematik. Ee Ah Meng ( 1997)


Menurut B. G. Yaxley (1991) pula, pengajaran berkesan merupakan satu tindakan yang
bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Pengajaran
bersangkut paut dengan proses pengesahan, perubahan, peninjauan semula, penilaian dan
penghuraian kepercayaan, nilai dan pengertian.
Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran berkesan merupakan satu aktiviti intelek. Ia
melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan murid
dan di antara murid dengan murid. Kesemuanya merupakan satu tindakan intelek.
Seterusnya bagi melahirkan murid yang rasional dan ingin tahu, guru hendaklah memiliki
kemahiran- kemahiran seperti penentuan objektif, pemeringkatan isi pelajaran, pemilihan isi
pelajaran yang boleh memupuk perkembangan intelek dan kreativiti. Guru hendaklah juga
berkebolehan untuk menyoal agar dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan
KBKK di kalangan muridnya. Di samping itu guru juga perlu menilai kemajuan pelajar dari
semasa ke semasa. Kesemua kemahiran ini merupakan tindakan intelek atau pengajaran yang
dijalankan oleh seseorang guru.
2.3 Faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran.
Faktor murid yang mempunyai aras kecerdasan yang berbeza.
Sememangnya, sebagai seorang guru, kita semestinya sudah tahu bahawa semua manusia
walaupun sama dari segi bentuk fizikal, umur dan lain-lain, tetap wujud perbezaan di antara
mereka. Lebih lebih lagi dalam skop seorang murid. Wujudnya murid yang mempunyai aras
kecerdasan yang berbeza adalah kerana perbezaan potensi yang terdapat di dalam murid itu
sendiri. Ini dapat dilihat daripada pencapaian sampel untuk menjawab beberapa soalan yang
saya ajukan. Sebahagian murid hanya dapat menjawab soalan yang seiring dengan minat
mereka. Apabila saya ajukan soalan yang berkaitan dengan bola sepak, ratarata yang dapat
menjawab soalan saya adalah di kalangan mereka yang berpotensi dalam bidang sukan.
Apabila ditanya soalan matematik yang mudah, yang dapat menjawab ialah murid yang
berada di kalangan yang mempunyai potensi di dalam bidang akademik.
Perkataan potensi berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud keupayaan dan
kebolehan terpendam dalam diri seseorang individu, dan jika dicungkil, ia boleh digunakan
untuk melakukan sesuatu atau berkembang maju.
Potensi ini amat berkait rapat dengan bakat semula jadi manusia yang menjadi salah satu
aspek di dalam fitrah manusia dengan perkataan lain, potensi merupakan kebolehan manusia
melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya.
Dalam konteks seorang murid, potensi murid boleh ditinjau dari aspek aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Ahli ahli psikologi berpendapat bahawa potensi manusia
yang ditonjolkan dalam aspek aspek tersebut mempunyai tahap potensi yang berbeza. Ini
kerana tidak ramai orang dapat mengoptimumkan potensi mereka dalam alam kehidupan.
Untuk memperjelaskan lagi bagaimana wujudnya murid yang berbeza, kita melihat sendiri
teori pelbagai kecerdasan Howard Gardner ( 1943):
Teori pelbagai kecerdasan ( Howard Gardner )

Beliau berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.
Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Gardner ( 1991),
potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu: kecerdasan linguistik,
logikal matematikal, ruang, muzik, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan
intrapersonal (kendiri).
Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti
kecerdasan linguistik, logikal matematikal dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan
kognitif seperti kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, intrpersonal, intrapersonal jarang
diadakan. Ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa guru seharusnya memberikan sepenuh
perhatian kepada pelajarnya. Keberkesanan Proses pengajarannya bergantung pada dapatan
murid yang diajarnya. Jika ada di antara murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran yang
guru berikan maka guru harus lebih fleksibel untuk menangani masalah tersebut contohnya
ketika saya memerhati guru yang sedang mengajar subjek matematik, kebanyakan murid di
dalam kelas berkenaan tidak dapat menjawab soalan yang agak mudah. Ini membuktikan
bahawa mereka kurang kecerdasan dari segi logik-matematik. Apabila saya melihat kembali
murid berkenaan ketika berada di kelas muzik, dia boleh bermain alat muzik dengan baik. Ini
menunjukkan bahawa guru seharusnya menilai murid bukan sahaja dari segi kognitif, guru
juga harus menilai mereka dari aspek bukan kognitif agar potensi atau bakat sebenar mereka
dapat dikesan.
2.4 Pendekatan
Untuk murid yang mempunyai aras kecerdasan yang berbeza contohnya sampel kajian saya
ini, pendekatan yang digunakan haruslah fleksibel dan sesuai untuk murid berkenaan.
Pertimbangan harus dilakukan oleh guru sebelum merancang sesi pengajaran. Guru harus
memilih di antara mengasingkan pelajar mengikut kecerdasan mereka ataupun
mencampuradukkan mereka.
Jika guru memilih untuk memisahkan murid mengikut aras kecerdasan mereka, guru harus
menggunakan pendekatan yang berbeza beza dalam melaksanakan proses pengajaran. Jika
guru memilih untuk mencampuradukkan mereka maka guru harus mengubahsuai proses
pengajaran agar ia dapat diterima secara optimum oleh semua murid.
Pada pendapat saya, saya memilih untuk mencampuradukkan murid murid yang saya ajar.
Rasionalnya adalah, apabila guru memilih untuk mengasingkan pelajar mengikut aras
kecerdasan mereka, ia tampak seperti memecah belah dan akan wujud sikap rendah diri
dalam murid murid yang berada di dalam kelompok sederhana dan lemah. Ini tidak baik
dalam membina keyakinan murid untuk belajar. Mereka akan merasa seperti sudah dicap oleh
guru mereka sebagai murid yang mempunyai aras seperti ini. Ini juga akan menimbulkan rasa
tidak puas hati pelajar kerana sudah semestinya guru akan memberikan layanan yang berbeza
beza kepada mereka. Apabila ini berlaku, guru akan jauh terpesong daripada matlamat
pendidikan iaitu pendidikan berkualiti untuk semua.
Tetapi saya tidak mengatakan bahawa mengasingkan murid-murid mengikut aras kecerdasan
mereka adalah salah. Guru boleh melakukan cara pengajaran berkenaan jika terdapat jurang
yang jauh di antara murid yang mempunyai kecerdasan yang lemah dengan murid yang
mempunyai kecerdasan yang tinggi.

Pada pemerhatian saya di sekolah ini, guru-guru lebih cenderung untuk mencampuradukkan
murid lemah bersama dengan murid yang cerdas. Kemungkinan guru di sekolah berkenaan
tidak mahu murid mereka merendah diri dan hilang semangat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dan mungkin juga tahap sampel saya agak sama.
Untuk kedua-dua cara pengajaran di atas, pengajaran yang sesuai guru gunakan setelah
meneliti perbezaan kecerdasan murid-murid dan menilai sejauh manakah jurang perbezaan
pengetahuan di antara murid yang lemah dengan yang cerdas.
Pendekatan eklektif.
Pendekatan eklektif merupakan pendekatan yang amat sesuai apabila berdepan dengan
keadaan seperti yang saya lihat ketika memerhati sampel kajian saya. Menggunakan keduadua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. Murid murid yang berlainan aras
kecerdasan juga belajar mengikut gaya pembelajaran yang berlainan. Oleh itu, ada pelajar
yang lebih gemar kepada pendekatan pengajaran deduktif dan ada pula yang lebih gemar
pembelajaran induktif. Gurulah yang menentukan pendekatan yang manakah lebih sesuai
bagi kumpulan murid yang berlainan kelas.
Bagi muridmurid yang gemar membuat pemerhatian, perbandingan, mencari corak atau
aliran tertentu akan membuat generalisasi, maka pendekatan induktif akan digunakan.
Sebaliknya, sesetengah murid lebih suka belajar dari satusatu definisi atau teorem dan
kemudiannya maju untuk mengaplikasikan teorem itu dalam pelbagai situasi yang khusus.
Bagi muridmurid seperti ini, pendekatan deduktif adalah lebih sesuai. Pendekatan ini
banyak digunakan dalam pengajaran matematik.
Ringkas kata, seorang guru hendaklah arif menggunakan kedua dua pendekatan, iaitu
deduktif dan induktif. Dia akan menentukan bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan
sama ada pendekatan deduktif atau induktif ataupun eklektif ( iaitu kombinasi kedua-dua
pendekatan bagi kumpulan murid yang berbeza).
Kebanyakan di antara sampel saya lebih suka memerhati dan ada juga di kalangan mereka
yang berminat dengan subjek matematik tetapi tidak ramai. Oleh itu, guru di sana
menggunakan kedua-dua pendekatan agar murid ingin belajar.,
2.5 Strategi.
Mengikut kamus dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermaksud kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu
perkara. Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dalam perkataan lain, strategi
pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah serta
teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang dalam sesuatu pendekatan dengan
berkesan.
Untuk memilih strategi yang sesuai bagi murid murid yang berlainan aras kecerdasannya,
guru guru perlu meneliti dan mencari strategi yang lebih mengutamakan kepentingan murid.
Strategi yang dimaksudkan adalah strategi pemusatan murid.

Strategi pemusatan murid.


Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid murid digalakkan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang
pemimpin yang membimbing murid murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada
secara berkumpulan atau secara individu.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada
aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan penyoalan,
penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan, dan sumbang saran menjadi
pertimbangan asas semasa menggunakan strategi pemusatan murid.
Ciri ciri strategi pemusatan murid.
1) Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting,
sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti
pembelajaran.
2) Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru
menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas
dengan memberi jawapan mereka.
3) Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid murid sentiasa digalakkan memberi
pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
4) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran murid.
5) Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.
6) Ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengkaji
kelemahan- kelemahan murid.
7) Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid murid
memahami fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.
Di bawah strategi pemusatan murid, murid murid menunjukkan sifat kreatif dan
berinisiatif.
Semasa saya memerhatikan sampel saya sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani, guru
hanya memberi arahan dan murid-murid lebih suka melakukan sesuatu aktiviti dengan
sendirinya. Contohnya ketika guru mengarahkan mereka untuk menjalankan pemanasan
badan. Secara sukarela, seorang murid bertindak sebagai ketua dan mereka melakukan
aktiviti tersebut dengan gembira dan tanpa paksaan dari guru. Ini adalah digalakkan kerana
pengajaran lebih mengutamakan penglibatan murid dan guru hanya sebagai pembimbing.
2.6 Kaedah dan teknik

Memilih kaedah dan teknik seharusnya sepadan dengan pendekatan dan strategi agar
perancangan kita sebagai guru jelas dan tersusun. Ini akan memudahkan kita melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Melihat pada ciri ciri bagi strategi
pemusatan murid, terdapat 2 teknik pengajaran yang amat sesuai. Teknik berkenaan di bawah
kaedah pemudahcaraan.
Kaedah pemudahcaraan
Pemudahcaraan merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan. Di bawah bidang
pendidikan, pemudahcaraan ialah proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran
agar dapat dijalankan dengan lancar. Maka kemahiran pemudahcaraan merupakan kecekapan
guru yang berjaya memotivasikan pelajarpelajar bersedia untuk belajar, membimbing
mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar, menggalakkan mereka melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan melicinkan segala proses pembelajaran secara
terus menerus tanpa sebarang gangguan atau hentian.
Guru yang menguasai kemahiran pemudahcaraan ialah guru yang cekap menggunakan
kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat pemimpin.
Di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran pemudahcaraan merupakan
kemahiran yang amat penting dan sesuai untuk aktiviti perbincangan, sama ada secara kelas
atau secara kumpulan.
1) Teknik penyoalan
Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir
semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal.
Misalnya, di dalam induksi set, iaitu peringkat permulaan sesuatu pelajaran, kemahiran
penyoalan digunakan untuk menolong pelajar mengingati kembali ilmu pengetahuan lepas
yang berkaitan. Di dalam peringkat perkembangan, kemahiran penyoalan digunakan untuk
mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih
berkesan. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian
objektif pelajaran. Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan
untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan. Ia merupakan penggunaan kaedah
pemudahcaraan untuk mencungkil fikiran pelajar dan membimbing mereka menjalankan
aktiviti dan tugasan secara langkah demi langkah hingga mencapai objektif pelajaran.
2) Teknik perbincangan.
Perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti
perbualan di antara guru dan murid murid dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti pembelajaran
secara bertukar tukar fikiran atau idea secara berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara
melalui perbualan di bawah penyeliaan seorang guru.
Pada peringkat permulaan, guru biasanya mengemukakan topik perbincangan dan soalansoalan yang berkaitan dengan sesuatu topik. Semasa aktiviti perbincangan, murid murid
digalakkan memainkan peranan yang aktif untuk memberikan pandangan masing masing.
Guru hanya memberi panduan dan bimbingan sahaja. Segala aktiviti perbincangan harus
dijalankan oleh murid murid sendiri. Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid
murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, terdapat bayak topik yang
sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan, khasnya bagi mata pelajaran Pendidikan
Moral, Bahasa, Dan sejarah. Di antara topik topik yang sesuai dibincangkan ialah topik isu
semasa, peristiwa, sejarah, watak cerita, sastera, konsep keluarga, kebersihan, pencemaran,
perpaduan rakyat, peranan murid dan sebagainya. Di samping itu, sebahagian topik mata
pelajaran yang lain juga boleh menggunakan teknik perbincangan.
Kaedah pemudahcaraan adalah yang paling sesuai diaplikasikan kepada sampel kajian saya,
ini kerana mereka lebih suka dan senang apabila selesa ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Selesa yang saya maksudkan ialah guru tidak terlalu menekan mereka,
guru hanya memberi motivasi kepada murid tersebut. peneguhan positif juga perlu diberikan
oleh guru supaya murid lebih suka dan gembira ketika menerima ilmu.
3.0 Cadangan.
Sebelum mencari cara penyelesaian bagi kes ini, kita perlu melihat secara umum kajian kes
ini agar cadangan yang dikemukakan tidak tersasar. Untuk melihat secara umum, lebih sesuai
jika kita menggunakan peta minda. Ungkapkan kajian kes secara peta minda agar persoalan
dapat dijelaskan dengan terperinci dan sistematik.
Yang terlibat di dalam mencapai objektif
ini?
Individu yang meningkatkan
Individu yang ditingkatkan
Objektif
Meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran
Halangan
Halangan
Individu yang ditingkatkan memiliki kecerdasan aras yang berbeza
P&P

Dalam peta minda di atas, kita dapat melihat secara umum dari 2 perspektif yang berlainan. 2
perspektif tersebut ialah dari perspektif seorang individu yang meningkatkan dan individu
yang ditingkatkan. Individu yang meningkatkan ialah guru dan yang ditingkatkan ialah murid
murid.
Kedua dua pihak, iaitu guru dan murid ingin mencapai objektif iaitu guru ingin
meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran muridnya dan murid ingin
meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran dirinya sendiri. Kedua dua
pihak juga akan mengalami halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi di
dalam kajian kes sudah menetapkan bahawa halangan yang dikaji adalah dari aspek
perbezaan aras kecerdasan murid.
Jadi , untuk menyelesaikan kajian kes ini, kita perlu melihat dari perspektif seorang guru dan
apakah yang akan dilakukan oleh guru berkenaan apabila mempunyai murid yang berlainan
aras? Untuk melihat secara jelas dari perspektif seorang guru :
pengajaran dan pembelajaran
Cara

Untuk meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran


Objektif
Masalah
Perbezaan aras kecerdasan murid

Melihat daripada perspektif seorang guru, kita boleh mentafsirkannya peta minda tersebut,
iaitu:
1) Guru mempunyai kuasa autonomi untuk mengawal cara
2) Guru mesti mencapai objektif.
3) Tetapi wujud masalah untuk mencapai objektif.
Setelah melihat dengan jelas, barulah kita dapat mencari kekuatan guru untuk menyelesaikan
masalah kajian kes ini iaitu guru mempunyai kuasa untuk mengawal cara proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Inilah kekuatan yang harus digunakan guru
untuk menyelesaikan masalah sekali gus mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Ini amat berkait rapat dengan pembelajaran berkesan. Pembelajaran yang berkesan berlaku
apabila guru menggunakan cara yang betul dan sesuai semasa menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran. cara pengajaran haruslah dikawal dengan sepenuhnya oleh guru agar
kumpulan sasaran dapat mencapai objektif pengajaran walaupun mereka mempunyai
perbezaan dari segi aras kecerdasan.
Cara ini termasuklah menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang betul dan
sesuai. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik ini perlu fleksibel dan dapat diterima dengan
mudah oleh semua murid. Di atas, saya sudah mencadangkan beberapa pendekatan, strategi,

kaedah dan teknik yang sesuai untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
berkesan kepada murid yang mempunyai aras kecerdasan yang berbeza.
Cadangan :
1) Pendekatan eklektif.
2) Strategi pemusatan murid
3) Kaedah pemudahcaraan dan teknik penyoalan dan perbincangan.
Di atas merupakan cadangan saya untuk menyelesaikan masalah guru. tetapi ia tidak
bermaksud guru perlu menggunakan cadangan ini, guru boleh menggunakan cara lain yang
mungkin lebih berkesan untuk murid mereka. Guru hanya perlu membuat pertimbangan dan
perlu lebih kreatif agar cara pengajaran lebih menarik dan memberi kesan kepada murid.
Yang paling penting ialah, perancangan guru sebelum melaksanakan proses pengajaran
haruslah dirancang dengan sistematik dan fleksibel supaya ia sesuai dengan murid murid.
4.0 Penutup
Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah
strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai,
pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan
dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan atau penerapan nilai ilmu. Ini
juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada murid, apa
nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjolkan supaya pelajar ikut dan contohi
dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa apa apa mata pelajaran bukan sahaja untuk lulus
peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani,
intelek, emosi dan sosial.
Jadi, penekanannya ialah penghayatan Ilmu, bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar
terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu, tetapi
gagal memberi pendidikan ilmu tersebut, iaitu gagal mendidik manusia untuk menjadi
manusia kerana tugas utama guru ialah memanusiakan manusia.
Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan sahaja memberi
kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh murid, tetapi yang
boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru
mempengaruhi sikap murid. (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan
berpakaian, penghayatan nilai ilmu, penjagaan masa pengajaran (engagement time),
ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua
mencerminkan guru Muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).
5.0 Refleksi
Pengajaran berkesan merupakan salah satu tanggungjawab dan tugas utama yang harus
dipikul oleh semua guru. Ia memperlihatkan lagi bahawa tanggungjawab seorang guru bukan
hanya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu memastikan bahawa

ilmu yang ingin disampaikannya mesti diterima oleh murid walaupun dalam kuantiti yang
sedikit.
Untuk memastikan bahawa murid menerima ilmu tersebut, guru harus mengkaji bagaimana
cara pengajaran yang perlu dilakukannya supaya murid dapat menerimanya dengan mudah.
Dapatan saya daripada kerja kursus ini ialah, saya memahami dengan lebih mendalam
bagaimana untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran apabila berdepan dengan
murid murid yang mempunyai perbezaan dari segi aras kecerdasan. Isu ini sememangnya
menghantui guru guru sekarang. Guru tidak sepatutnya mempersalahkan murid yang
dilahirkan sedemikian, guru perlu mengkaji bagaimana murid tersebut belajar atau boleh
menerima ilmu dengan mudah dan gunakan kajian tersebut sebgai kekuatan untuk berdepan
murid tersebut.
Guru juga perlu kreatif dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar ia sesuai
untuk muridnya. Sememangnya ia agak sukar tapi itulah tanggungjawab guru. walau macam
mana pun murid yang dihadapinya dia mesti juga mencorak kehidupan mereka.
6.0 Bibliografi
Ee Ah Meng (1997) Pedagogi lll. Fajar bakti Sdn. Bhd.
Eggen, P.D. , Kauchak, D.P (1998). Learning and teaching : research based methods. USA:
Allyn & Bacon
Howard gardner (1991), multiple intelegences : the theory in practice. Basic books, new york.
Kamus dewan edisi ke 4 (200..)
Mok soon sang (2003), ilmu pendidikan untuk KPLI (sekolah rendah : komponen 1&2)
psikologi pendidikan dan pedagogi. Kumpulan budiman sdn bhd,
s. Jaya.
Yaxley, B. G. Developing teachers theories of teaching, falmer press, London, 1991.

You might also like