You are on page 1of 15

PEMBELAJARAN ABAD 21

(PAK21)
10 CIRI PEMBELAJARAN ABAD 21

bertanggungjawab dgn pembelajaran mereka


9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan
pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu
bentuk ujian sahaja

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai
pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan
kaedah paling berkesan dalam pembelajara

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

6 CIRI GURU ABAD 21

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan
perbincangan bersama rakan, atau pun
penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai
aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan
putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan
tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di
ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa
berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan
pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap
dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan
menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap
pelajaran mereka
- pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam
pembelajaran, maka mereka akan lebih

1. Menguasai Subjek
- guru haruslah menguasai kandungan kurikulum
bagi subjek yang diajar.
2. Mahir dan Berketrampilan dalam
Pedagogi
- mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah
dan strategi pdp yang betul.
- mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
kondusif dan mesra pelajar.
3. Memahami Perkembangan dan
Menyayangi Murid
- psikologi pendidikan menerapkan kepentingan
guru untuk faham perkembangan muridnya,
serta menyayangi mereka seadanya.
- guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai
perkembangan murid sesuai dengan kebolehan
mereka.
4. Memahami Psikologi Pembelajaran
- memahami psikologi pembelajaran bagi
pelajarnya.
- memahami bagaimana minat dan respon
pelajar ketika belajar, membantu guru itu
berfungsi sebagai seorang pendidik baik.
5. Kemahiran Kaunseling
- kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan
pelajar.
- membantu pelajar menangani emosi, sosial dan
pelbagai perkara yang menjadi masalah kepada
mereka.
- kelebihan bagi guru-guru yang memiliki
kemahiran kaunseling.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Selain daripada murid yang memang mahir
dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan
elektronik lain, maka guru juga perlu seiring
dalam menggunakan kelebihan ini untuk
menarik minat pelajar untuk belajar.
Pembelajaran yang menggunakan lcd, game,
aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan
kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.

3 KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI


PELAJAR ABAD 21
1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi
Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka
pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap
maklumat dan media. Celik ICT orang kata.
Dengan kemajuan teknologi dan sistem
komunikasi yang bertambah canggih dengan
adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga
mendorong kepada pengukuhan kemahiran
berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi
yang berkesan juga boleh membantu pelajar
abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan
lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.
2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan
Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis
pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis
pemikiran yang sebegini mampu memberi
kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila
berkaitan dengan penyelesaian masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu
membawa pelajar abad ke 21 ke arah
perkembangan yang positif. Dengan semangat
meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka
akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang
lebih mendatangkan manfaat kepada semua.
3. Kemahiran Interpersonal dan Arah
Kendiri
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar
adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi.
Mempunyai semangat juang dan ketrampilan
diri yang unggul, serta mampu untuk

berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain.


Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat
terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar
mengikut aras masing-masing.

SUSUN ATUR KELAS ABAD 21


Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti
mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan pelajar terlibat secara aktif
dengan pdp yang berlangsung, membina ruang
autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang
pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran
mental.

3 konsep utama yang boleh digunapakai adalah


Campfire, Watering Hole dan Cave. Campfire
adalah konsep yang memberi ruang
pembelajaran daripada orang pakar atau pun
pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula
adalah ruang pembelajaran sesama rakan yang
melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang
kecil. Konsep Cave pula adalah ruang
pembelajaran individu untuk mereka yang
belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.

KONSEP 4C DALAM PEMBELAJARAN


ABAD 21
Pembelajaran Abad 21 atau ringkasnya PAK21
merupakan pendekatan yang semakin
ditekankan di Malaysia sejak kebelakangan ini.
Apatah lagi dengan keperluan guru untuk
bergerak seiring dengan kehendak pelajar masa
kini, maka pembelajaran abad 21 wajar diberi
perhatian serius bagi meningkatkan lagi kualiti
pendidikan negara. Bagi mengetahui perkara
yang perlu diberi perhatian dalam Pembelajaran
Abad 21, jom kita sambung baca artikel di
bawah ini.

Yang pertama cg kena fahamkan apa yg


dimaksudkan dgn pembelajaran PAK21.
Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya
berteraskan kepada susunatur meja serta
penggunaan tools seperti traffic light, reward,
parking lot sahaja, sebaliknya lebih besar
daripada itu. PAK21 ini sebenarnya mestilah
berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting
proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan
pelajar.
C - Creativity
Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif
pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada
soalan, dan paling penting mampu menjana
pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari
segi berfikir.
C - Critical Thinking
Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar
berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan
cara teknik penyoalan yang betul. (Rujuk
sini : http://www.cikguhailmi.com/2015/05/tekni
k-penyoalan-kbat.html)
Penggunaan tools seperti I Think, peta minda,
soalan KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar
berfikir secara kreatif
(Rujuk
sini : http://www.cikguhailmi.com/2015/04/baga
imana-mengajar-pelajar-berfikir-secaraKBAT.html)
(Rujuk
sini : http://www.cikguhailmi.com/2013/11/ithink-kemahiran-berfikir-secara-kreatif-kritisdan-inovatif.html)

C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara
berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang lain.
Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi
mereka bertukar2 idea dan pandangan. Banyak
strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery
Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain (Rujuk sini
:http://www.cikguhailmi.com/2016/02/10contoh-aktiviti-pembelajaran-abad-21.html)
Cg juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti
yg menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan
koperatif.
C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu
menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan
bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham
daripada pembelajaran. Pembentangan,
penggunaan kertas mahjong, powerpoint,
gambarajah dll membolehkan pelajar untuk
berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg
lain.
(Rujuk
sini : http://www.cikguhailmi.com/2014/04/aktiv
iti-pembentangan-kimia-bab-4-jadual-berkalaunsur.html)

CONTOH RPH ABAD 21


Pembelajaran abad 21 merupakan satu keperluan
untuk pendidikan masa kini. Secara tak
langsung, guru dan pelajar harus berubah cara
mengajar dan belajar seiring dengan
perkembangan teknologi yang sedia ada.
Beberapa kemahiran penting dalam
pembelajaran abad 21 perlulah dikuasai oleh
guru dan murid. Saya kongsikan contoh
rancangan mengajar harian bagi pdp abad 21
sebagai rujukan. Semoga bermanfaat.
Harus juga difahami bahawa rph ini bukanlah
suatu kewajipan yang perlu diikuti oleh setiap
guru akan formatnya. Sebaliknya sebagai
rujukan kepada guru-guru yang sedang
merancang untuk pdp abad 21. Perlu diingat,

konsep pembelajaran abad 21 yang terdiri


daripada Creativity, Critical Thinking,
Collaboration dan Communication.
(untuk RPH boleh rujuk blog cikgu Hailmi
sebab susah nak copy)

warna kuning bermaksud guru perlu mengulangi


semula pengajaran. Penyoalan boleh
dipelbagaikan dan juga direndahkan sedikit
arasnya bagi membantu pelajar membuat
kefahaman mereka masing-masing.

TRAFFIC LIGHT UNTUK UKUR


KEFAHAMAN MURID
Idea ini saya ambil daripada yang seorang guru
yang menggunakan gelaran Sepatu Putih bagi
akaun Facebooknya dalam Cikgu Sains Kreatif.
Menggunakan pendekatan pembelajaran abad
21, maka terhasil lah Sistem kad atau sistem
warna yang menggunakan warna hijau, kuning
dan merah. Ini adalah antara cara mudah bagi
mendapatkan respon pelajar tentang kefahaman
terhadap topik yang diajar. Ada kelainan.

Cara penggunaan nya adalah setiap pelajar


diberi 1 set kad yang terdiri daripada warna
hijau, merah dan kuning. Warna warna ini
mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau
bermaksud pelajar sudah faham mengenai
objektif pembelajaran pada hari tersebut. Warna
kuning adalah pelajar masih keliru dengan
pembelajaran. Dan warna merah bermaksud
pelajar tersebut langsung tak faham dengan
pembelajaran pada hari tersebut.

Maka semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar


yang mengangkat warna hijau, guru akan terus
fokus kepada pelajar yang masih kurang faham,
iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning.
Tetapi jika ramai pelajar yang mengangkat

Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan


jika anda berminat untuk mempraktikkan sistem
traffic light ini di dalam kelas, adalah penilaian
bagi pelajar kelas hujung. Kadang-kadang
mereka sendiri pun tak pasti penilaian apa yang
sepatutnya. Kemungkinan untuk mereka
berpakat ramai-ramai mengangkat warna hijau
tentulah ada. Kerana takut disoal semula oleh
guru! ;)

Sebagai penambahbaikan, ada rakan guru yang


mencadangkan diletakkan emoticon senyum
bagi hijau, sedih untuk merah dan confuse untuk
kuning. Sedikit perkataan yang merangsang dan
memotivasikan pelajar juga dapat diletakkan
bagi meningkatkan keyakinan pelajar. Jangan
lupa laminate untuk digunakan bagi tempoh
yang lebih panjang. Selamat mencuba!

10 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN


ABAD 21
Pembelajaran Abad 21 merupakan isu
pendidikan paling trending di Malaysia untuk
tahun 2015 hingga tahun 2016 ini. Pelaksanaan
berperingkat bermula daripada penyediaan bilik
kelas, susunatur dan keperluan fizikal dalam
bilik darjah abad 21, kemudian diteruskan
dengan penyediaan rancangan mengajar dan
pelaksanaan P&P Abad 21. Saya kongsikan 10
contoh aktiviti pembelajaran yang boleh
dilaksanakan untuk pembelajaran abad 21.

GALLERY WALK SEBAGAI STRATEGI


PEMBELAJARAN ABAD 21
Gallery Walk merupakan antara satu strategi
pengajaran yang sangat sesuai untuk
dipraktikkan bagi pembelajaran abad ke 21.
Perbincangan secara berkumpulan, dan juga
student- centred ini membolehkan pelajar untuk
terhubung secara aktif semasa sesi pdp.
Berkolaborasi dalam kumpulan kecil untuk
berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui
soalan, dokumen, gambar, situasi dan juga teks.
1. Bahagi Kumpulan
Langkah pertama adalah dengan membahagikan
pelajar kepada beberapa kumpulan. Dalam
pengajaran ini, saya menggunakan tajuk 'Ciriciri Mikroorganisma' dengan membahagikan
pelajar kepada 5 kumpulan.

2. Tugasan Kumpulan
Setiap kumpulan diberikan tugas dengan tajuk
yang berbeza. Contoh, pembahagian tajuk
adalah seperti berikut:
Kumpulan 1 : Ciri-ciri Virus
Kumpulan 2 : Ciri-ciri Bakteria
Kumpulan 3 : Ciri-ciri Protozoa
Kumpulan 4 : Ciri-ciri Alga
Kumpulan 5 : Ciri-ciri Fungi
3. Pelajar Sedia Bahan
Lebih kurang 20 minit masa diperuntukkan
kepada pelajar untuk menyediakan bahan
pembentangan mereka. Saya mengarahkan
pelajar supaya membahagikan tugasan dengan
baik supaya menjimatkan masa. Mereka juga
dibekalkan dengan marker, kertas mahjong,
pensil warna, krayon dan beberapa lagi bahan
bantu jika nak digunakan.
4. Sesi Pembentangan
Selesai menyediakan bahan pembentangan,
pelajar diberi masa untuk menampal kertas
mahjong mereka di sudut yang ditetapkan dalam
kelas. Setiap kumpulan melakukan persediaan
akhir dengan memilih seorang daripada
kalangan mereka untuk menjadi pembentang di
sudut tersebut.
5. Mula!
Maka bermulalah sesi pembentangan di sudut
masing-masing. Kumpulan tadi akan bergerak
ke sudut lain mengikut pusingan jam.
Pembentang yang dipilih tadi akan kekal
menunggu di sudut mereka dengan kumpulan
baru. Pembentang akan menceritakan segala info
yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.
Jika ada soalan daripada tetamu, mereka akan
cuba sebaik mungkin untuk memberikan
jawapan yang terbaik. Setiap kumpulan hanya
diperuntukkan masa lebih kurang 5 - 7 minit
bagi setiap sudut.
Saya juga memberi kebebasan kepada pelajar
untuk membawa buku teks, buku nota dan
bahan-bahan lain. Jika mereka berjaya mengesan
sebarang kesilapan atau tambahan yang boleh

dilakukan pada persembahan kawan mereka,


mereka dibenarkan untuk menulis menggunakan
marker. Tetapi dengan syarat, menulis nama
siapa yang membetulkan info tersebut.
6. Penutup
Selesai semua bergerak ke setiap sudut, maka
tiba giliran ketua-ketua kumpulan tersebut pula
untuk bergerak ke sudut yang lain. Giliran
mereka pula untuk mendengar rakan mereka
membentangkan kepada mereka. Pelajar lain
pula mengemaskini nota mereka dan melakukan
semakan semula apa yang telah dinyatakan oleh
rakan-rakan mereka tadi.

Fungsi Guru Sepanjang Gallery Walk


1) Guru berfungsi sebagai perancang kepada
pelaksanaan aktiviti dengan memilih topik yang
sesuai, pembahagian kumpulan dan juga
menyediakan bahan yang mungkin digunakan
oleh pelajar
2) Guru berfungsi sebagai fasilitator sepanjang
aktiviti berlangsung dengan memberi bimbingan
kepada pelajar dari setiap kumpulan mengenai
apa yang perlu diceritakan dalam pembentangan
mereka kelak.
3) Guru berfungsi sebagai pemerhati dan
pemantau bagi memastikan setiap pelajar aktif
dan belajar sepanjang tempoh pembentangan
setiap kumpulan.

APA ITU FLIPPED CLASSROOM?


Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang
menggalakkan lebih banyak strategi
pembelajaran. Antara yang popular adalah
Flipped Classroom. Dikesan mula aktif
dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia
di Woodland Park High School, flipped
classroom semakin mendapat tempat dalam
kalangan pendidik dengan wujudnya Khan
Academy. Jom kita dalami lagi apa yang
dimaksudkan dengan flipped classroom.

Apa Itu Flipped Classroom?


Flipped Classroom merupakan model
pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa
kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui
video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan
sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan
pengukuhan kepada pelajar secara individu.

Kelebihan Flipped Classroom


Antara kelebihan menggunakan Flipped
Classroom sebagai pendekatan pembelajaran
adalah :
1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan
berkolaborasi sesama rakan
2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih
aktif
3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya
mengajar
4. Menggalakkan 'independent learning'
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk
bekerja secara individu
Berikut adalah contoh perbezaan sesi
pembelajaran yang melibatkan kelas tradisional
dan juga kelas yang sudah diflipped.

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk


ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas,
hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan
aktiviti. Mudah kan?

Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana


Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi
pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang
sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya
berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira
sebagai Flipped Classroom.
Dalam sesetengah keadaan, ianya juga
melibatkan perbincangan secara online dan
menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih
dikira sebagai Flipped Classroom.

Pengalaman Flipped Classroom


Secara praktikalnya, mungkin sebahagian
daripada kita sudah lama mengamalkan konsep
pembelajaran sebegini. Iaitu dengan menyuruh
pelajar menonton video dan kemudiannya
melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Itu
lah Flipped Classroom!Saya kongsikan sedikit
pengalaman saya melakukan Flipped Classroom
bersama pelajar saya di SMK Jerlun.
Sehari sebelum
Bagi tugasan membina model Sistem Pernafasan
Manusia, saya telah memberikan pelajar
sekeping kertas tertulis link kepada video dan
juga link kepada website bagi rujukan pelajar.
Semasa di Rumah
Di rumah, pelajar menonton video dan
melakukan bacaan dan sedikit kajian mengenai

tugasan. Mereka juga menyediakan semua bahan


dan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti pada
hari esok nya. Semuanya dilakukan oleh pelajar,
secara individu atau berkumpulan. Tetapi, yang
paling penting adalah proses pembelajaran yang
berlangsung di rumah.
Semasa Waktu P&P
Keesokan harinya sewaktu kelas Sains, mereka
hanya perlu memasang semua peralatan.
Perbincangan dan kolaborasi antara pelajar
berlangsung semasa penyediaan model. Guru
hanya tidak lagi perlu menceritakan semuanya
dari A ke Z. Sebaliknya hanya menjadi
pemudahcara sepanjang kelas berlangsung.
Masa saya kini tidak dibazirkan lagi dengan sesi
lecture yang menggunakan banyak masa. Pelajar
sendiri telah mengambil alih sesi tersebut
dengan menonton video pada hari sebelumnya.
Masa dalam kelas hanya tertumpu kepada proses
pembelajaran sebenar.
Akhir kelas, pelajar membentang hasil kerja
mereka masing-masing. Projek yang mereka
buat dalam kelas, tetapi dengan menggunakan
bahan dan kajian yang mereka buat di rumah
melalui tontonan video dan bacaan di Internet.
Mudah kan?
Kesimpulannya, pada saya dengan
menggunakan pendekatan Flipped Classroom
ini, tugas-tugas mengajar menjadi lebih mudah
dan lebih bermakna. Part yang saya suka adalah
melalui ini juga akan menggalakkan pelajar
untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka. Tidak mengharap usaha
guru semata-mata. Maka waktu p&p dalam kelas
akan dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan
dan lebih bermakna.
Saya akui pasti akan ada beberapa kekangan
untuk model ini. Liputan internet yang terhad,
latar belakang murid, sikap murid dan beberapa
faktor lain lagi. Tetapi, saya menyeru kita warga
pendidik mencuba sebaik mungkin apa yang
terdaya jika berpeluang, memberi peluang
kepada pelajar kita untuk merasa pengalaman

pembelajaran yang berbeza. Belum cuba, belum


tahu kan.. :)
Demikian lah perkongsian saya mengenai model
pembelajaran Flipped Classroom. Artikel ini
saya tulis berdasarkan pembacaan dan juga
perkongsian pengalaman saya sendiri
menjalankan Flipped Classroom kepada pelajarpelajar saya. Anda ada kisah menarik untuk
dikongsikan? Jom tulis komen di bawah untuk
kita dapat manfaat bersama-sama.

NOTA TAMBAHAN : KONSEP PETA


iTHINK
iTHINK bermaksud innovative thinking
(Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis
dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta
telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4
SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh
Malaysia.
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan
PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin
menurun dalam subjek bahasa, Sains dan
Matematik. Kajian mendapati murid
berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk
mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program
i-THINK ialah adalah bertujuan
untuk melahirkan modal insan masa depan yang
mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan
inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam


Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang
dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran
secara visual yang mudah digunapakai dan
difahami merentasi kurikulum. Ia boleh
digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun.
Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh
digunakan.
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea
dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan
sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat
mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)


Bubble Map digunakan untuk memperkaya
kebolehan murid bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan
perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


Double Bubble Map digunakan untuk
membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)


Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan
bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)


Brace Map digunakan untuk menganalisis objek
fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau
imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian
kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)


Flow Map digunakan untuk membuat urutan
sesuatu proses.

PANDUAN PEMBELAJARAN KOPERATIF


(PAK21)

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan
dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.
Segiempat yang berada di tengah adalah
peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri
adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala
bahagian sebelah kanan pula adalah akibat
daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)


Bridge Map digunakan untuk memberi peluang
kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses
analogi dengan menggunakan faktor
penghubungan.

1. KAEDAH SHARE N TURN


1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut
pusingan jam.
- A ke B
- B ke C
- C ke D.
- D ke A atau
- Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas
ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan
sehingga kita mendapat kertas kira semuala yang
mengandungi 4 isi atau idea

2. KAEDAH THINK PAIR SHARE


1. Berfikir sendirian
2. Bercakap dengan rakan berdua
3. Membentang atau menerangkan dalam
kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga
rakannya.
4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan
diberi oleh guru)

3. KAEDAH GALLERY WALK


1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan
yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja
kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa
maklumat yang perlu mereka cari)
2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja
kumlupan lain atau ambil maklumat atau data
yang diminta oleh guru.

3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar


menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja
kumpulan lain.

4. KAEDAH RALLAY ROBIN


1. Guru menyoal atau bertanya pelajar.
2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan
sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya
atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan
pandangan ahli kumpulan.

5. KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING


1. Meminta pelajar menulis soalan dikad
2. Jawapan ditulis dibelakang.
3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh
pelajar
4. Menyerahkan kepada pelajar
5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan
dan jawapan.
6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang
berlainan kad untuk disoal.
7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab
soalan tersebut.
8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab.

6. KAEDAH IDEA RUSH


1. Fikir apa yang guru soal
2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam
kumpulan dengan kuat
3. Pelajar laian tidak dibenarkan menulis idea
yang sudah ditulis oleh rakan
4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2
yang terbaik

7. KAEDAH FAN N PICK


1. Duduk dalam kumpulan.
2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri
sendiri
- Cth 1-2-3-4
3. Tunggu guru memberi kad
4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk
membaca, mencabut dan
menjawab soalan.
No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada
murid ke 2
No.2: menjawab solan
No.3 : menilai jawapan betul atau salah
No.4. Merumus jawapan tersebut

You might also like