You are on page 1of 6

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

(KELAB BADMINTON)
Rujukan : 02 /

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SELAYANG

Bab (1) NAMA DAN ALAMAT :


Persatuan / Kelab / Pasukan ini dinamakan : Sukan/ Permainan Badminton (Sesi Petang)
d/a : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor D.E.

Bab (2) TUJUAN :


Tujuan Am :
1. Meningkatkan minat, teknik dan kemahiran pelajar dalam permainan badminton.
2. Sebagai langkah mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah, memberi
kegembiraan serta dapat membina kesihatan dan kesejahteraan yang lebih sempurna.

Tujuan Khas :
1. Memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan dalam bidang kesukanan,
memperkembangkan ciri-ciri sosial seperti bertimbang rasa, semangat berpasukan,
bekerjasama dan berdaya saing tinggi.
2. Memberikan kemahiran-kemahiran asas kepada pelajar dengan menggunakan teknikteknik yang betul dalam permainan badminton supaya pelajar dapat meningkatkan teknik
permainan.

AKHIR : Lain - lain perkara yang diarahkan oleh Pengerusi ( Pengetua ) dan Setiausaha Majlis Persatuan.

Bab (3) KEAHLIAN ( PARA ANGGOTA )


A
B
C

Terbuka kepada semua pelajar.


Tiap-tiap persatuan hendaklah menentukan bahawa semua ahli dapat menyertai dalam
semua kegiatan secara aktif.
Pelajar-pelajar mestilah memohon menjadi ahli pada awal tahun untuk pendaftaran.

Bab (4) GUGUR MENJADI AHLI


Bab (7) JAWATANKUASA
A
Seorang ahli itu hilang keahliannya apabila ia dipecat oleh Jawatankuasa kerana
A
Jawatankuasa
(murid) ini hendaklah
mengandungi
:
melanggar Undang-Undang
Tubuh dan
tidak menghiraukan
nasihat Jawatankuasa.
B
Menghadiri kurang 80% perjumpaan tahunan yang diwajibkan.
1.
Seorang
Pengerusi
C
Ahli yang
tidak menjelaskan yuran.
2.
Seorang
Naib
Pengerusi sekolah.
D
Berhenti dan berpindah
3.
Seorang
Setiausaha
E
Minta berhenti
menjadi ahli (beserta surat rasmi) dengan alasan yang munasabah.
4.
Seorang Penolong Setiausaha
5.
Seorang Bendahari
6.
Seorang Penolong Bendahari
7.
Lima orang
Ahli Jawatankuasa.
Bab (5) MESYUARAT
AGUNG
8.
Seorang Juru Audit
A
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali setahun di dalam bulan Januari.
B
Kesemua
ahli yang tersebut
di atas
hendaklah
dipilih
di dalam 7Mesyuarat
Agung.
Tempat persidangan
diputuskan
oleh
mesyuarat
jawatankuasa
hari sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan.
B
Mesyuarat Agung Tahunan boleh dijalankan apabila kehadiran sekurang-kurangnya 36
orang menjadi cukup koram atau tiga kali jumlah jawatankuasa Persatuan / Kelab /
Bab (8) DERMA
/ SUMBANGAN AHLI
Pasukan.
C
Berkuasa memilih 11 orang jawatankuasa.
D
Melantik seorang juruaudit.
Ahli-ahli hendaklah membayar Sumbangan Tahunan sebanyak RM3.00 bagi Kelab/Persatuan
dan RM5.00 bagi Badan Beruniform.
Tambahan dari jumlah sumbangan yang ditetapkan hendaklah dipersetujui di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan dan surat permohonan hendaklah dipanjangkan kepada penolong pendaftar.
Bab (6) MESYUARAT JAWATANKUASA
A

Sekurang-kurangnya diadakan dua kali sebulan dengan dihadiri oleh tidak kurang
daripada 8 orang ( dua pertiga daripada jumlah jawatankuasa ).
Bab (9) KEWAJIPAN DAN HAK AHLI
B
Mesyuarat Jawatankuasa pertama di antaranya hendaklah menerima Minit Mesyuarat
Agung Tahunan dan menyediakan rancangan sepanjang tahun.
A
Ahli yang telah gugur keahliannya mengikut bab 4 ceraian a hingga e, lucut segala
C
Mesyuarat Jawatankuasa terakhir ( Penyelarasan ) hendaklah diadakan selewathaknya di atas peraturan ini.
lewatnya sebulan sebelum sekolah ditutup untuk cuti akhir penggal persekolahan tiapB
Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan
tiap tahun. Diantaranya hendaklah mempastikan Laporan Tahunan dan Penyata Kiratersebut, hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat / perjumpaan dan berpakaian seragam
kira telah disediakan.
sekolah atau uniform yang ditetapkan.
D
Setiausaha hendaklah memberitahu mengenai Mesyuarat Jawatankuasa dan Agenda,
C
Ahli-ahli yang telah dipecat atau telah digugur hak keahliannya bolehlah membuat
tujuh hari sebelum diadakan mesyuarat tersebut.
rayuan bertulis pada Jawatankuasa Persatuan untuk mendapatkan pertimbangan
kemasukkannya semula.
D
Ahli-ahli dilarang sama sekali menyiarkan surat-surat pekeliling atau sebarang surat
mengenai persatuan ini.

Bab (10) PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH DAN PERATURAN


A
B
C

Undang-undang tubuh ini tidak boleh ditambah atau dipinda atau dibatalkan kecuali
didalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Pindaan atau tambahan pada undang-undang tidak boleh dijalankan kuatkuasanya
sebelum dibenarkan oleh Majlis Persatuan Sekolah.
Jawatankuasa persatuan hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada pengetua,
laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan,

jawatankuasa atau ahli persatuan.


Laporan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang
laporan tentang perubahan itu dibuat dan hendaklah disahkan dengan tandatangan
pengerusi dan setiausaha persatuan.

Bab (11) KEWANGAN PERSATUAN / KELAB / PASUKAN


A
B
C
D
E
F

Sumber kewangan - Baki Wang Tahun Lepas, Yuran Ahli, Derma dan Peruntukan yang diberi oleh
Sekolah.
Bendahari Kehormat di benarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM10.00 pada sesuatu
ketika.
Bakinya hendaklah disimpan oleh Pemegang Amanah yang ditentukan oleh Pengetua selaku
Pengerusi Majlis Persatuan (Tabung Kebajikan Sekolah).
Pada masa penyerahan atau pengeluaran melalui Pemegang Amanah oleh Bendahari maka
hendaklah dicatatkan dan ditandatangani sebagai tanda pengesahan.
Kewangan persatuan bermula pada awal Januari dan berakhir 2 minggu sebelum cuti persekolahan.
Baki wang berdasarkan Penyata Kira-kira Tahunan hendaklah diserahkan atau dimaklumkan
kepada Pengerusi Majlis Persatuan ( Pengetua ) oleh Pemegang Amanah serta dicatatkan dan
ditandatangani dalam tiga salinan.

BAB (12) TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


A

PENGERUSI

1.
2.
3.
4.
5.

Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat kecuali dalam Mesyuarat Agung.


Berhak memberi keputusan undi kepada bilangan yang sama.
Menyaksikan dan menandatangani tanda pengesahan wang daripada Bendahari kepada Pemegang
Amanah dan sebaliknya.
Menandatangani minit mesyuarat sebelum disahkan.
Menjaga dan mentadbir hal ehwal perjalanan persatuan ini.

NAIB PENGERUSI
Menggantikan dan membantu tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

SETIAUSAHA

1.
2.
3.
4.

Mengelolakan urusan-urusan dan kerja-kerja persatuan.


Bertanggungjawab mengutus surat-surat persatuan yang ditentukan oleh Jawatankuasa.
Hadir dalam semua mesyuarat dan menulis semua minit.
Menyediakan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan membentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa pertama.
Menyediakan Laporan Tahunan dan membentangkannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Terakhir
( Penyelarasan )
Menyimpan buku daftar ahli-ahli persatuan serta butir-butir mengenai No. Kad Pengenalan /
Tingkatan / Tahun / Alamat / No. Tel. dan lain-lain butir yang di perlukan.

5.
6.

PENOLONG SETIAUSAHA
Membantu Setiausaha dalam menjalankan semua urusan dan kerja-kerja persatuan serta
menggantikan tempat setiausaha apabila ketiadaannya.

BENDAHARI

1.
2.
3.
F

Bertanggungjawab mengenai hal kewangan persatuan dan segala buku-buku yang berkaitan
dengan kewangan.
Membentangkan Penyata Kewangan Persatuan pada setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa terakhir
( penyelarasan ). Penyata ini hendaklah diterima oleh Jawatankuasa untuk dibentangkan dan
diluluskan dalam Mesyuarat Agung.
Menyimpan segala kira-kira perbelanjaan persatuan, resit-resit dan menyediakan segala penyata
berkenaan pada bila-bila masa dikehendaki.
PENOLONG BENDAHARI
Menolong bendahari dan menggantikan bendahari apabila ketiadaannya.

JAWATANKUASA

1.
2.
3.

Bertanggungjawab atas kemajuan semua mesyuarat.


Hendaklah hadir dan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Jika seseorang AJK tidak dapat hadir mesyuarat, hendaklah memaklumkan secara bersurat kepada
Setiausaha dengan alasan yang munasabah.
Jika seseorang AJK tidak dapat hadir dalam 3 kali mesyuarat tanpa mengemukakan alasan yang
munasabah, dengan persetujuan Jawatankuasa boleh dipecat atau dilucutkan jawatannya.
Mereka hendaklah dilantik menjadi Pengerusi/AJK untuk biro Jawatankuasa yang dibentuk.
Setiap AJK mestilah mematuhi etika kerahsiaan.

4.
5.
6.

BAB (13) PENAUNG


Pengetua adalah sebagai Pengerusi Majlis Persatuan dengan sendirinya merangkap Penaung.

BAB (14) PENASIHAT/PEMIMPIN


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi melantik Ahli Jawatankuasa.


Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
Minit Mesyuarat Agung, Perlembagaan Persatuan dan Perancangan Aktiviti Utama Persatuan
hendaklah diserahkan kepada Pengetua secara bertaip, 14 hari dari tarikh Mesyuarat Agung.
Penasihat-penasihat persatuan ini dilantik oleh Pengetua di awal tahun. Jika lebih daripada
seorang, seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai Ketua Penasihat.
Penasihat-penasihat hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung.
Penasihat-penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan aktiviti persatuan.
Penasihat hendaklah membimbing jawatankuasa dan ahli.
Penasihat hendaklah menandatangani dan menyerahkan Buku Kehadiran Aktiviti Kokurikulum
pelajar pada hari yang sama aktiviti dijalankan.
Penasihat hendaklah menandatangani/dimaklumkan sebelum diedarkan atau ditampal semua surat
pemberitahuan, surat permohonan atau jemputan.
Segala surat menyurat hendaklah melalui Pengetua.
Penasihat hendaklah menentukan semua laporan/minit mesyuarat, laporan tahunan dan laporan
kewangan disediakan dengan lengkap dan diserahkankan kepada Penyelaras Kokurikulum
masing-masing dua (2) minggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan.

BAB (15) PENGGANTUNGAN PERSATUAN


1 Persatuan ini tidak boleh digantung / dibubarkan oleh ahli-ahli atau penasihat.
.
2 Pengetua berhak mengGantung / membubarkan apabila perlu.

.
3 Apabila ini berlaku segala harta hendaklah diserahkan kepada Majlis Persatuan sekolah itu sendiri.
.

BAB (16) TAFSIRAN


Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam undang-undang Tubuh
(Perlembagaan) perkara itu hendaklah dirujuk kepada Pengerusi /Setiausaha Majlis Persatuan.
Keputusan Pengerusi ( Pengetua ) adalah muktamad.

____________________________
( Tandatangan Pengerusi )
Nama : ADRYNI NUR HANIS BINTI ABDUL RAHIM
Ting : 2 E

__________________________________
( Tandatangan Setiausaha )
Nama : LIM VON LAN
Ting : 1 C

_________________________________
( Tandatangan Bendahari )
Nama : METHESH RAO A/L PRABHAKARAN
Ting : 2 E

_______________________________
( Tandatangan Guru Penasihat)

_________________________________
(Tandatangan PK Kokurikulum)

Nama : TUAN AIDIL KHAIRUDDIN

Nama : __________________________

Tarikh :

Tarikh : ___________________________

20.02.2016

_________________________________
Pen. Pendaftar Sekolah
Tarikh : ______________________

You might also like