You are on page 1of 1

BAB 5 KEGEMILANGAN MELAKA

5.1 Pentadbiran yang Sistematik


- Sultan Melaka telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang bersistematik
untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka.
- Sistem Pembesar Empat Lipatan telah diwujudkan yang terdiri daripada:
Raja / Sultan

1. Peranan sultan
a) Mengetuai pemerintahan dan pentadbiran
b) Menyelaras semua kegiatan ekonomi.
c) Menjadi lambang perpaduan rakyat.
d) Mengetuai hubungan diplomatik.
e) Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
f) Mengetuai angkatan tentera.
g) Melantik pembesar negeri.
2. Peranan Pembesar dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan
a) Bendahara - menjadi penasihat sultan, menteri utama, ketua turus angkatan
perang, ketua hakim, dan pemangku sultan.
b) Penghulu bendahari - menjadi pemungut hasil atau ufti, ketua segala bendahari,
ketua urus setia istana, dan ketua segala syahbandar.
c) Temenggung - menjadi ketua polis dan penjara, penguasa bandar dan Kota
Melaka, ketua protokol istana, dan hakim di darat.
d) Laksamana - menjadi ketua angkatan laut, ketua duta, pengawal peribadi
sultan, dan utusan rasmi kerajaan.
* Salin atau photostat senarai nama Sultan dan Bendahara pada m/s
3. Kawasan pegangan iaitu kawasan pentadbiran pembesar-pembesar.
a) Bendahara - Muar dan Bentan.
b) Penghulu Bendahari - Sening Hujung dan Kampar
c) Laksamana Temasik
d) Hulubalang - Sungai Raya dan Siantan
5.2 Pusat Perdagangan
1. Kedudukan geografi
- Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ini
membolehkan Melaka mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang.
- Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah,
menurunkan barang dagangan, dan mendapatkan barang-barang keperluan.
- Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera menghalang tiupan angin dan
membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat.
- Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau menjadi pedoman kepada pedagang
untuk belayar dan menuju ke Melaka serta tempat yang strategik untuk
mengawasi keselamatan Selat Melaka.

You might also like