You are on page 1of 1

2.

Pemangkin kemajuan perdagangan di Melaka


- Beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai pendorong kepada kemajuan
perdagangan di pelabuhan Melaka, iaitu:a) Peranan Syahbandar
menguruskan pasar dan gudang, memeriksa alat timbang, sukat, dan
mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan
keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan, dan
keselamatan pedagang
b) Peranan Laksamana dan Orang Laut
menjaga perairan Selat Melaka dan menjamin keselamatan pedagang.
c) Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tata tertib
berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan
tanggungjawab anak kapal, kiwi, dan nakhoda.
d) Kemudahan di pelabuhan
Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat menyimpan barang,
tempat tinggal untuk pedagang, pengangkutan, tenaga pekerja,
kemudahan membaiki kapal, dan bekalan makanan dan minuman.
e) Sistem cukai dan Surat Kebenaran Berniaga
Cukai yang berpatutan.
Pedagang dari Barat dikenakan cukai 6%, pedagang yang tinggal
tetap di Melaka dikenakan cukai 3%, dan pedagang dari China dan
Jepun hanya perlu memberi hadiah.
Pedagang juga perlu mendapatkan surat kebenaran berniaga yang
membolehkan kerajaan Melaka mengawal dan memantau aktiviti
perdagangan di pelabuhannya.
f)

Penggunaan Sistem Mata Wang


Penggunaan mata wang logam yang diperbuat daripada timah yang
dipanggil calains
Mata wang emas tempatan serta mata wang emas, wang perak, dan
wang timah dari Pedir, Pasai, Kembayat, dan Gujerat juga digunakan
dalam sistem jual beli di Pelabuhan Melaka.

g) Pelabuhan Entrepot
Pelabuhan Melaka merupakan pelabuhan entrepot, iaitu pusat
pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar
barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.
h) Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca atau bahasa perantaraan
antara pedagang dengan pembesar dan pedagang lain.
5.3 Kematangan Hubungan Luar
Hubungan serantau
- Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin melalui perkahwinan antara sultan
Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan puteri Pasai.
- Hubungan juga terjalin dalam bentuk pertukaran pendapat tentang hukum agama
Islam. Kedudukan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Kerajaan Melaka pernah

You might also like