You are on page 1of 1

-

membantu Pasai menamatkan huru-hara dengan menghantar pembesar dan


tenteranya ke Pasai. Melaka mendapat bekalan lada hitam, emas, dan beras dari
Pasai.
Jawa membekalkan Melaka beras, bahan makanan, dan rempah.
Hubungan terjalin apabila Melaka menakluki Siak dan Kampar. Kampar dan Siak
menghantar ufti kepada Melaka.
Siak dan Kampar membekalkan emas untuk kegiatan perdagangan dengan
Melaka.

Hubungan antarabangsa
- Hubungan Melaka dengan China bermula pada tahun 1404 apabila Laksamana Yin
Ching melawat Melaka.
- Hubungan Melaka dengan Siam bermula apabila Melaka menghantar utusannya,
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam. Siam membekalkan kayu jati, beras,
dan bahan makanan kepada Melaka.
- Hubungan Melaka dengan Ryukyu (Jepun) terjalin melalui hubungan perdagangan
dan diplomatik. Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat kepada Raja Ryukyu
memberitahu tentang pedagang Ryukyu yang melanggar undang-undang di
Melaka.
- Hubungan Melaka dengan Gujerat (India) terjalin melalui kegiatan perdagangan.
Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam di Melaka. Pedagang
Gujerat mendapatkan rempah dari Kepulauan Melayu.
- Pedagang Arab mendapatkan emas dan rempah dari Kepulauan Melayu dan kain
sutera dan teh dari China. Pedagang Arab juga mengembangkan agama Islam di
Melaka.
5.4 Pusat Pengembangan Agama Islam
Kedatangan agama Islam ke Melaka
- Antara cara Islam disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan sultan
Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan puteri raja Pasai yang memeluk
Islam.
- Mengikut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di
Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah
yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar, dan rakyat Melaka.
- Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka
melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan
masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.
- Sifat agama Islam, iaitu toleransi, adil, dan rasional dan meliputi scmua aspek
kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk menganut
agama Islam.

Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam


Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat
pertemuan ulama dan pendakwah.
Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar
ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
Masjid, madrasah, dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan
membaca al-Quran.
Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf yang terkenal ialah
Abdul Karim al-Jili yang mengarang kitab Insan al-Kamil.
Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab
agama Islam. Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

You might also like