You are on page 1of 1

-

Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarah, iaitu berbincang


bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.

Kegigihan Melaka menyebarkan agama Islam


a) Melalui perdagangan iaitu ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka
dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.
b) Melalui peranan tentera upahan, seperti tentera upahan dari Jawa yang memeluk
Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
c) Melalui penaklukan iaitu Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin
keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.
d) Peranan pendakwah, ulama, dan ahli agama (sufi). Mereka telah menyebarkan
Islam ke Jawa, Kalimantan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan
bukan dengan paksaan.
e) Melalui perkahwinan politik iaitu putera dan puteri Melaka herkahwin dengan
putera atau puteri raja kerajaan lain. Contohnya, puteri Sultan Mansor Shah
berkahwin dengan putera Raja Siak.
f) Peranan pemerintah Melaka, contohnya menghantar ahli agama untuk mengajar
raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta memberi galakan kepada
pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Sinar Islam di Melaka


Dalam pentadbiran, institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan
gelaran raja digantikan dengan sultan.
Menggunakan undang-undang fikah (Syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka.
Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi digunakan
secara meluas.
Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar,
mihrah, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan khat dan ukiran berbentuk
bunga, geometri, dan ayat al-Quran atau hadis.
Amalan masyarakat seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran, dan
kenduri arwah.

5.5 Pusat Kegiatan Ilmu

Peranan Istana sebagai Pusat Kegiatan Intelektual


- Istana menjadi pusat kegiatan perkembangan ilmu pengetahuan dan menjadi
tempat berkumpul untuk golongan cerdik pandai yang terdiri daripada:1) Pengarang yang mengarang sejarah, menghasilkan pelbagai jenis
kesusasteraan, menyusun salasilah raja, dan mencatat diari istana.
2) Ulama yang menulis dan menterjemah kitab agama Islam.
3) Jurutulis yang mengarang surat rasmi raja, menggubal perjanjian, dan
menjadi guru kepada anak-anak raja.
- Istana juga tempat untuk kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera dari
Arab dan Parsi.
- Istana menjadi tempat menyimpan buku penulis tempatan dan asing yang menjadi
khazanah kerajaan.
- Istana juga menjadi tempat perbincangan dan perdebatan alim ulama tentang hal
agama
- Contohnya, mereka membahaskan kitab Darul Manzum yang berkaitan dengan
aspek ketuhanan.

You might also like