You are on page 1of 12

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

1. Mengapakah Peraturan Bilik Sains perlu dipatuhi oleh murid?


A. Supaya tidak dimarahi oleh guru
B. Supaya bilik sains kelihatan bersih dan teratur
C. Supaya eksperimen dapat dijalankan dengan betul
D. Menjaga keselamatan dan mewujudkan keselesaaan sewaktu belajar

2. Rakan kamu telah memecahkan sebuah tabung uji, apakah tindakan yang akan
kamu lakukan?
A. Laporkan kepada ibu bapa
B. Laporkan kepada guru sains
C. Laporkan kepada ketua kelas
D. Laporkan kepada pengawas sekolah
3. Antara yang berikut, siapakah yang mematuhi peraturan Bilik Sains?
A. Nani berlari-lari di dalam Bilik Sains
B. Kumutha mengutip serpihan bikar yang pecah
C. Alvin membawa bahan kimia keluar dari Bilik Sains
D. Amran mengemas meja dan menyusun kerusi Bilik Sains
4. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peralatan perlindungan diri semasa
melakukan eksperimen?
A. Apron
B. Topi Keledar
C. Cermin mata hitam
D. Cermin mata keselamatan
5. Pilih tindakan yang betul dan salah.

A
B
C
D

BETUL
Jangan rasa bahan kimia dengan lidah
Susun kerusi sebelum keluar
Biarkan paip air terbuka
Beratur sebelum masuk ke dalam bilik
sains

SALAH
Lakukan eksperimen tanpa disuruh
Matikan suis kipas sebelum keluar
Buang sampah di lantai
Dengar arahan daripada guru

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

6. Rajah 1 menunjukkan sejenis mikroorganisma.

Rajah 1

Apakah jenis mikroorganisma ini?


A Virus
B Bakteria
C Fungi
D Protozoa
7. Rajah 2 menunjukkan beberapa jenis makanan.

Rajah 2
Antara mikroorganisma berikut, yang manakah digunakan untuk membuat
makanan tersebut?
8. Seorang tukang masak menambahkan mikroorganisma X ke dalam roti. Selepas
30 minit doh itu naik. Apakah mikroorganisma X?
A
B
C
D

Virus
Yis
Bakteria
Kulapuk

9. Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan penyakit kurap merebak?


A
B
C
D

Nyamuk
Batuk
Bersin
Sentuhan

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

10. Antara hidupan berikut, yang manakah mikroorganisma?

A
B
C
D

I dan II
I dan III
II dan III
II dan IV
Mikroorganisma bergerak di dalam air

11. Bagaimanakah kamu memerhatikan mikroorganisma tersebut?


A
B
C
D

Dengan menyentuhnya
Dengan menggunakan bandul
Dengan menggunakan jam randik
Dengan menggunakan mikroskop

12. Manakah antara berikut bukan kesan buruk mikroorganisma?


A Selesema
B Pening kepala
C Keracunan makanan
D Kerosakan makanan
13. Manakah antara berikut merupakan faedah mikroorganisma kepada manusia?
I
II
III
IV

Boleh digunakan untuk membuat roti


Boleh digunakan untuk menghasilkan vaksin
Boleh digunakan unutk menghasilkan bom ikan
Boleh digunakan untuk mengurai bahan organik

A
B
C
D

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
I, II, III dan IV

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

14. Antara pasangan penyakit dan mikroorganisma berikut, yang manakah betul?
A Malaria fungi
B Cacar air - virus
C Beguk protozoa
D Selesema bakteria
15. Seorang murid makan sebungkus nasi lemak. Beberapa jam kemudian, dia
mengalami sakit perut dan muntah. Mengapakah murid itu sakit perut dan muntah?
A
B
C
D

Nasi lemak yang dimakannya terlalu pedas.


Nasi lemak yang dimakannya tidak cukup masak
Nasi lemak yang dimakannya tercemar oleh mikroorganisma
Nasi lemak yang dimakannya tidak mengandungi zat yang seimbang

16. Alia ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk majlis harijadi ibunya.
Apakah langkah yang paling berkesan yang perlu diambil oleh Alia bagi mencegah
bakteria daripada merebak pada makanan?
A
B
C
D

Memakai pakaian yang bersih


Memakai penutup mulut dan hidung
Membasuh kedua-dua belah tangan sebelum menyediakan makanan
Menggunakan pinggan kaca yang telah direndam dalam air panas

17. Salah seorang ahli keluarga kamu mengalami selesema dan batuk. Apakah cara
terbaik yang boleh dilakukan untuk menghalang penyakit itu daripada berjangkit
kepada orang lain?
A Memakai penutup mulut
B Berpindah rumah untuk sementara
C Tidak berkongsi barang-barang peribadi
D Lupuskan barang-barang yang digunakan olehnya

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

18. Rajah 3

Kertas 1

menunjukkan dua pinggan nasi, X dan Y.

Rajah 3
Pinggan Y diletakkan di atas meja manakala pinggan X diletakkan di dalam peti sejuk.
Selepas dua hari, nasi dalam pinggan X berkulapuk, manakala nasi dalam pinggan Y
tidak. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian ini?
A
B
C
D

Mikroorganisma boleh merosakkan makanan


Mikroorganisma tumbuh dengan kehadiran air
Mikroorganisma tidak bertumbuh di persekitaran yang sejuk
Mikroorganisma tumbuh dengan elok di persekitaran yang sejuk

19. Apakah yang menyebabkan persaingan antara haiwan dalam suatu habitat?
A. Sumber makanan yang terhad.
B. Sering berlaku bencana dalam habitat tersebut.
C. Terlalu banyak spesies haiwan berbeza dalam habitat tersebut.
D. Terlalu banyak sumber makanan dalam habitat tersebut.

20.
-

Hidup Bersendirian
Menunggu untuk menyerang mangsanya
Memerlukan kawasan luas untuk makanan

Haiwan yang merujuk kepada pernyataan di atas adalah


I Gajah
II Harimau Kumbang
III Singa
A. I dan II
B. I sahaja

C. II sahaja
D. I, II dan III

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

21. Manakah antara berikut merupakan kekurangan bagi haiwan yang hidup
bersendirian?
A. Dapat menguasai suatu habitat
B. Mendapat kesemua bahagian makanan
C. Bebas daripada persaingan dengan haiwan lain
D. Berusaha bersendirian untuk mempertahankan suatu wilayah
22. Antara yang berikut yang manakah menunjukkan kerjasama antara haiwan?
A

23. Antara haiwan yang berikut yang manakah telah pupus?


A.
B.
C.
D.

Burung unta
Panda
Tapir
Quagga

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

24. Rajah 4 menunjukkan interaksi antara hidupan dalam sesuatu habitat.

A.
B.
C.
D.

Rajah 4
Antara yang berikut yang manakah akan meningkatkan persaingan antara haiwan
karnivor untuk mendapatkan makanan dalam kawasan itu?
Rumput semakin banyak
Bilangan rusa berkurang
Bilangan harimau berkurang
Kehadiran sekumpulan kuda belang dikawasan tersebut

25. Zaki membela seekor kucing. Selepas beberapa minggu, dia mendapati
kucing tersebut tidak membesar. Antara yang berikut, yang manakah boleh
menambahkan saiz kucing itu?
A. Menambah seekor lagi kucing
B. Bekalkan air yang lebih banyak kepada kucing itu
C. Beri makanan yang lebih banyak kepada kucing itu
D. Sentiasa membawa kucing itu berjalan-jalan di taman
26. Rajah 5 menunjukkan dua jenis haiwan.

Rajah 5
Antara yang berikut yang manakah bukan faktor persaingan antara
haiwan-haiwan ini?
A.
C.
Air
Pasangan
B.

D.

Makanan

Tempat Tinggal

27. Antara berikut yang manakah bukan faktor persaingan antara tumbuhan.
A. Ruang
B. Air
C. Cahaya Matahari
D. Pasangan.
7

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

28. Setiap tumbuhan membekalkan tenaga kepada haiwan untuk meneruskan hidup.
Tumbuhan mendapatkan tenaga dari ________.
A. Matahari
B. Tanah
C. Air
D. Batang

Rajah -29. Rajah -- menunjukkan gambar sebatang tumbuhan yang diletakkan dalam sebuah
kotak.
Apakah yang akan berlaku pada tumbuhan tersebut jika dibiarkan selama tiga hari?
A. Tumbuhan itu akan layu
B. Tumbuhan itu akan tumbuh tegak ke atas
C. Tumbuhan itu akan tumbuh membengkok kearah lubang
D. Tumbuhan itu akan mati
30. Antara yang berikut yang manakah membantu mengurangkan persaingan antara
tumbuhan dalam suatu habitat?
A. Penyebaran biji benih
B. Jumlah hujan yang turun meningkat
C. Bilangan haiwan karnivor bertambah
D. Bilangan spesies tumbuhan bertambah
31. Rajah 6 menunjukkan pokok bunga orkid di dalam pasu yang diletakkan di dalam
rumah.

Rajah 6
Pokok bunga orkid tersebut itu layu selepas tiga hari.
Antara yang berikut, yang manakah membantu menyelesaikan masalah ini?
A. Meletak baja setiap hari
B. Membalut pokok bunga orkid dengan plastik
C. Meletakkan pokok bunga orkid di halaman rumah
D. Menyiram pokok bunga tersebut dengan air yang banyak
8

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

32. Mengapakah pokok pitis-pitis menumpang pada pokok yang lebih tinggi?
A. Untuk menjauhkan diri daripada pemangsa
B. Untuk mendapatkan udara yang lebih segar
C. Untuk mendapatkan air hujan yang lebih banyak
D. Untuk melakukan proses fotosintesis dengan lebih baik
33. Rajah 7 menunjukkan sejenis interaksi antara pakis langsuyar dan pokok mangga.

A.
B.
C.
D.

Rajah 7
Apakah jenis interaksi yang ditunjukkan dalam Rajah 7?
Mutualisme
Parasitisme
Komensialisme
Mangsa pemangsa

34. Jadual menunjukkan bilangan biji benih kacang panjang ditanam di dalam bekas P,
Q, R dan S. Semua bekas mempunyai saiz dan jenis tanah yang sama.
Bekas
Bilangan biji benih

A.
B.
C.
D.

14

Selepas 2 minggu, tumbuhan dalam bekas yang manakah akan tumbuh paling
subur?
P
Q
R
S

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

35. Sheeda menternak 50 ekor ayam di dalam satu reban. Dia mendapati sebahagian
daripada ayam-ayam itu tidak membesar. Apakah yang Sheeda perlu lakukan untuk
meningkatkan saiz ayam-ayam itu?
A. Memelihara lebih banyak ayam jantan
B. Memasukkan lebih banyak ayam di dalam reban
C. Meletakkan beberapa ekor ayam betina di dalam reban itu
D. Mengasingkan ayam-ayam itu ke dalam beberapa reban yang lain
36. Walter dan rakan-rakannya ingin mengkaji persaingan tumbuhan. Antara yang
berikut yang manakah pembolehubah dimanipulasi dalam penyiasatan tersebut?
A. Jenis pasu
B. Jenis biji benih
C. Lokasi penyiasatan
D. Jarak di antara biji benih
37. Rajah di bawah menunjukkan carta palang bagi ketinggian empat jenis pokok.

Tumbuhan manakah yang perlu ditanam bersama untuk mengelakkan persaingan


terhadap cahaya Matahari?
A. P dan Q
B. R dan S
C. Q dan R
D. P, R dan S

10

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

38. Jadual di bawah menunjukkan penyiasatan tentang bilangan tikus di kawasan


sawah padi.
MINGGU
1
2
3

BILANGAN TIKUS
20
11
2

Apakah inferens yang boleh dibuat tentang bilangan tikus?


A. Pertambahan bilangan ular
B. Pengurangan bilangan ular
C. Pertambahan bilangan padi
D. Pertambahan bilangan belalang
39. Rajah di bawah menunjukkan suatu penyiasatan.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?


A. Tumbuhan memerlukan cahaya untuk hidup
B. Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup
C. Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya
D. Tumbuhan semakin layu selepas seminggu

11

Ujian 1 2016

Sains Tahun 6

Kertas 1

40. Rajah di bawah menunjukkan satu rantai makanan di kawasan sawah padi.

Apakah yang akan berlaku kepada kepada bilangan padi dan ular jika bilangan burung
pipit meningkat dengan mendadak?
PADI
A Bertambah
B Berkurang
C Bertambah
D Berkurang

ULAR
Bertambah
Bertambah
Berkurang
Berkurang

KERTAS SOALAN TAMAT

12

You might also like