You are on page 1of 9

Mencabut

Definisi: menarik sesuatu supaya


terlepas daripada sesuatu
Ayat : Kim Ho mencabut rumput
yang panjang di halaman
rumahnya.

Asyik
Definisi: leka
Ayat: Jangan asyik bermain
sahaja walaupun musim cuti,
leter Puan Fong kepada
anaknya.

Membubuh
Definisi: meletakkan sesuatu
Ayat: Pak Cik Meng membubuh
baja pada sayurnya supaya hidup
subur.

Menziarahi
Definisi: mengunjungi
Ayat: Saya akan menziarahi
nenek di kampung pada
minggu hadapan.

Membelai
Definisi: mengusap- usap
Ayat: Ibu membelai rambut saya
yang panjang.

Mengeratkan
Definisi: merapatkan
Ayat: Hari Keluarga itu dapat
mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

Melayari
Definisi: menghadap komputer
Ayat : Abang suka melayari
internet pada waktu lapang.

Menganjurkan
Definisi: mengadakan
Ayat: Pihak sekolah akan
menganjurkan pertandingan
melukis.

Mengabaikan
Definisi: tidak memberikan
perhatian
Ayat: Kita tidak harus
mengabaikan pelajaran dengan
hanya bersukan.

Direndam
Definisi: memasukkan sesuatu
ke dalam air
Ayat: Kain kotor itu perlu
direndam dahulu sebelum
dibasuh, beritahu ibu kepada
kakak

Mencecah
Definisi: mencapai
Ayat: Rumah banglo itu mencecah
harga lebih satu juta ringgit.

Gubahan
Definisi: karangan
Ayat: Bunga yang terletak di
atas meja itu hasil gubahan
ibu.

Penerangan
Definisi: menjelaskan

Mengusik
Definisi : mengganggu

Ayat: Penerangan yang dibuat


oleh Encik Tan itu sungguh jelas.

Ayat: Adik suka mengusik


abang,kata kakak kepada ibu.

Punca
Definisi : pangkal, permulaan,
hujung
Ayat: Punca pergaduhan itu masih
belum diketahui.

Melabelkan
Definisi: memberi label
Ayat: Kita tidak harus
melabelkan seseorang dengan
gelaran tertentu.

Menjelang
Definisi: hampir
Ayat: Perlawanan bola jarring itu
tamat menjelang petang

Meluangkan
Definisi: melapangkan
Ayat: Kita harus meluangkan
masa bersama anak- anak.

Keuntungan
Definisi: hasil pendapatan
Ayat: Keuntungan syarikat itu
pada tahun ini meningkat dua kali
ganda.

Mempromosikan
Definisi: melakukan promosi
untuk sesuatu yang
dipasarkan.
Ayat: Kim Lee mempromosikan
rojak buahnya kepada jiranjiran dan sahabat handainya.

Kehairanan
Definisi: Keanehan
Ayat: Kim Lek kehairanan apabila
melihat pemuda yang berambut
hijau itu.

Mencegah
Definisi: menghalang
Ayat: Ibu bapa dan guru- guru
haruslah bekerjasama dan
bertindak tegas bagi mencegah
masalah buli dalam kalangan
murid.

Diperam
Definisi: menyimpan buah-buahan
dengan membungkusnya supaya
cepat masak.
Ayat: Buah pisang yang belum
masak itu diperam di dalam guni
oleh Pak Amat supaya cepat
masak.

Pengawet
Definisi: bahan yang digunakan
untuk membuat sesuatu tahan
lama.
Ayat: Bahan pengawet
digunakan dalam industry
makanan supaya makanan
dapat disimpan lama.

Menghirup
Definisi: menyedut(udara)
Antonim: menghembus

Terperangkap
Definisi: terkurung
Ayat: Cikga Tan terperangkap

Ayat : Ratna berjoging di taman


sambil menghirup udara segar.

dalam kesesakan jalan raya.

Risiko
Definisi: kemungkinan atau
bahaya yang akan berlaku
Ayat: Usahawan harus berani
menanggung risiko jika ingin
berjaya .

Renjatan
Definisi: berasa sakit apabila
bahagian tubuh terkena arus
elektrik.
Ayat: Pemuda itu meninggal
dunia akibat terkena renjatan
elektrik.

Pemberian
Definisi: sesuatu yang diberikan
Ayat: Hadiah ini merupakan
pemberian abang kepada adik
kerana lulus cemerlang dalam
peperiksaan

Prihatin
Definisi: mengambil berat
Ayat: Kita mestilah prihatin
akan nasib orang yang susah
dan tidak berkemampuan,
pesan Puan Nancy kepada
anaknya

Mengusahakan
Definisi: melaksanakan
Ayat: Abang mengusahakan
ladang ternakan lembu tenusu.

Kesesakan
Definisi: Kesempitan
Ayat : Kesesakan jalan raya itu
menyebabkan ayah terlambat
ke pejabat.

Membelek
Definisi: memerhati dengan teliti
Ayat : Saya membelek buku cerita
itu satu persatu.

Menggelongsor
Definisi: menggelincir
Ayat: Pemuda itu
menggelongsor turun daripada
tali yang dipanjatnya.

Mengelakkan
Definisi: menghindarkan diri
Ayat: Afiq memohon maaf
keapda Aiman bagi mengelakkan
permusuhan

Terhumban
Definisi: terjatuh dengan kuat
Ayat: Kereta itu telah
terhumban ke dalam gaung.

Destinasi
Definis: Tujuan, tempat
Ayat: Destinasi perkhemahan
kami kali ini ialah Sungai
Congkak.

Membiarkan
Definisi: mengabaikan
Ayat: Banyak penternak
membiarkan haiwan ternakan
mereka berkeliaran.

Menimpa
Definisi: menghempap
Ayat: Buah kelapa itu jatuh lalu
menimpa reban ayam.

Menimbus
Definisi : Mengambus sesuatu
dengan tanah.
Ayat: Abang sedang menimbus
lubang yang dalam itu.

Memaklumkan
Definisi : memberitahu
Ayat: Saya akan memaklumkan
perkara itu kepada guru besar,
kata Chin Yen kepada Lily

Pesanan
Definisi: sesuatu yang dipesan
Ayat: Saya tidak akan lupa
pesanan ibu, beritahu Manesh
kepada ibunya

Kemesraan
Definisi: keadaan berbaik-baik
Ayat: Kemesraan keluarga itu
harus dicontohi.

Menghulurkan
Definisi: memberikan
Ayat: Kita haruslah
menghulurkan bantuan kepada
orang yang memerlukan.

Ikhlas
Definisi: perbuatan yang
menunjukkan kesetiaan hati suci.
Ayat: Kita hendaklah ikhlas
sewaktu menolong orang lain,
pesan nenek kepada cucunya.

Turap
Definisi: lapisan yang
diletakkan pada sesuatu
tempat
Ayat: Turap dasar kolam itu
dengan teliti, pesan Encik Tan
kepada anaknya.

Dipraktikkan
Definisi:perbuatan melaksanakan
teori
Ayat: Semangat kerjasama
haruslah dipraktikkan dalam
kehidupan seharian.

Lambang
Definisi: tanda yang
menyatakan sesuatu
Ayat: Bendera Malaysia
merupakan lambang negara
kita.

Bergilir- gilir
Definisi: bertukar- tukar
Sinonim: berganti- ganti
Ayat: Beberapa orang pengawas
bergilir- gilir bertugas di kantin
pada waktu rehat

Menimang

Definisi: memegang sesuatu


dengan kedua-dua tangan
sambil melambung- lambung.
Ayat: Ayah menimang adik

supaya dia berhenti menangis.


Tradisional
Definisi: mengikut tradisi
Ayat: Model wanita itu memakai
pakaian tradisional kaum Melayu

Aroma
Definisi: bau yang
menyedapkan
Ayat: Aroma rempah ratus
yang dimasukkan ke dalam
gulai itu sungguh harum.

Menganyam
Definisi: menjalin secara silangmenyilang
Ayat: Nenek menganyam rotan
untuk dibuat bakul.

Rezeki
Definisi: bahan keperluan
untuk hidup
Ayat: Pak Jali berusaha mencari
rezeki untuk keluarganya.

Mendidih
Definisi: meluap- luap kerana
dipanaskan
Ayat: Mak Kiah merebus jagung
sehingga air mendidih.

Menggoreng
Definisi: memasak dengan
minyak
Ayat: Kakak menggoreng dua
biji karipap di dalam kuali.

Kesyukuran
Definisi: rasa berterima kasih
Ayat: Encik Karim mengadakan
majlis kesyukuran sempena
kelahiran anaknya.

Warisan
Definisi: harta peninggalan
Ayat: Kota AFamosa
merupakan warisan yang
terkenal di negeri Melaka.

Melibatkan
Definisi: menyertai kegiatan
Ayat: Kemalangan ngeri itu
melibatkan sebuah kereta dan
sebuah lori

Menyaksikan
Definisi: melihat
Ayat: Murid- murid berkumpul
di dewan sekolah untuk
menyaksikan pertandingan
syarahan antara kelas.

Mengisytiharkan
Definisi: mengumumkan
Sinonim: memaklumkan
Ayat: Datuk Abdul Razak
mengisytiharkan majlis
perkahwinan anaknya yang akan
diadakan di sebuah hotel.

Dieksport
Definisi: penghantaran
barangan atau perkhidmatan
ke luar negara untuk tujuan
dagangan.
Ayat: Kelapa sawit itu akan
dieksport ke luar negara.

Menjuarai
Definisi: menjadi johan
Ayat: Idora sangat gembira
kerana menjuarai pertandingan
melukis peringkat sekolah.

Menyinari
Definisi: memancarkan cahaya
Ayat: Cahaya lampu itu dapat
menyinari seluruh ruang di
dalam bilik tidurnya.

Melantik
Definisi: mengangkat seseorang
untuk memegang sesuatu
jawatan
Ayat: Cikgu Nelly telah melantik
Jin Rui sebagai ketua kelas

Menceburkan
Definisi: berada dalam sesuatu
keadaan
Ayat: Liyana menceburkan diri
dalam tarian balet sejak
berusia 5 tahun.

Pengumuman
Definisi: pemberitahuan kepada
orang ramai
Ayat: Cikgu Zambri membuat
pengumuman mengenai aktiviti
pada Hari Sukan.

Pembekal
Definisi: orang yang
menyediakan bekalan
Ayat Puan Cheng menjual hasil
tanamannya kepada pembekal
dari bandar.

Memerah
Definisi: memicit untuk
mengeluarkan air.
Ayat: Kak Nisa memerah pakaian
sebelum dijemur di ampaian.

Mencelah
Definisi: memotong cakap
orang
Ayat: Jit Meng gemar mencelah
ketika ibu dan bapanya sedang
bercakap

Menikmati
Definisi: merasai sesuatu yang
sedap
Ayat: Jing Qi menikmati nasi
lemak dan teh ais di gerai Mak
Piah
Beriadah
Definisi: melakukan latihan gerak
badan
Ayat: Datuk masih kuat beriadah
walaupun sudah tua.

Membasmi
Definisi: menghapuskan
Ayat: Basuh tangan sebelum
makan untuk membasmi
pembiakan bakteria.

Mencipta
Definisi: menghasilkan sesuatu

Ditakung
Definisi: perbuatan menadah

Disembur
Definisi: keluar dengan
memancut
Ayat: Bilik itu berbau harum
apabila disembur dengan
pewangi.

dengan daya fikiran


Ayat: Puan Anita mencipta resepi
baharu membuat kek limau.

Ayat: Air hujan ditakung untuk


menyiram tanaman.

Pencemaran
Definisi: perbuatan yang
mengotorkan
Ayat: Amalan kitar semula dapat
memelihara alam sekitar daripada
pencemaran.

Perlindungan
Definisi: tempat untuk
berteduh
Ayat: Setiap ibu bapa sentiasa
memberi perlindungan kepada
anak- anak mereka.

Penggunaan
Definisi: kegiatan menggunakan
sesuatu
Ayat: Penggunaan mesin basuh
boleh memudahkan dan
meringankan kerja rumah.

Canggih
Definisi: moden
Antonim: mundur
Ayat: Negara kita mempunyai
kemudahan pengangkutan
awam yang canggih.

Berulang- alik
Definisi: pergi ke suatu tempat
dan balik
Ayat: Kim terpaksa berulang- alik
ke hospital untuk menjaga
ayahnya yang sakit.

Merakamkan
Definisi: proses mengekalkan
bunyi, suara, gambar dan lainlain.
Ayat: Jurugambar itu sedang
merakamkan gambar foto
beberapa ekor rama-rama.

Dipaparkan
Definisi: dibentangkan
Sinonim: dipampangkan
Ayat: Gambar- gambar yang telah
ditangkap boleh dipaparkan
semula melalui komputer.

Berpatutan
Definisi: tidak lebih dan tidak
kurang
Sinonim: setimpal
Ayat: Kedai runcit itu menjual
barang- barang dengan harga
yang berpatutan.

Mencetak
Definisi: mengecap tulisan atau
gambar pada kertas.

Tertarik
Definsi: berasa suka
Ayat: Chuan tertarik dengan

Ayat: Jenny mencetak gambar .

keindahan pulau itu.

Menjala
Definisi: menangkap ikan dengan
menggunakan jala
Ayat: Pak Jali sedang menjala ikan
di tengah laut.

Menoreh
Definisi: menggores dengan
dalam pada kulit kayu
Ayat: Pada setiap pagi, datuk
saya menoreh getah.

Motivasi
Definisi: semangat yang kuat
yang mendorong seseorang
berusaha
Ayat: Cikgu Soo sering memberi
motivasi kepada murid- muridnya
supaya belajar bersungguhsungguh

Memetik
Definisi: mengambil buah,
bunga, pucuk dan lain- lain
daripada tangkainya.
Ayat: Puan Laila memetik
bunga seri pagi yang ditanam
di hadapan rumahnya.

Memantulkan
Definisi: melantun
Ayat: Cermin ialah bahan yang
boleh memantulkan cahaya.

Berjasa
Definisi: berbuat kebaikan
Sinonim: berkhidmat
Ayat: Askar berjasa demi
keselamatan negara.

Rombongan
Definisi: sekumpulan orang
Ayat: Rombongan kami disambut
mesra oleh penghuni Rumah Sinar
Harapan

Proses
Definisi: kaedah teknik operasi
yang digunakan dalam
industria untuk membuat
sesuatu
Ayat: Kami mempelajari proses
membuat kerepek pisang di
kilang itu.

Teknik
Definisi: kaedah pelaksanaan
sesuatu kerja
Ayat: Amirah mempelajari teknik
menjahit baju kurung daripada
neneknya.

Toksik
Definisi: beracun
Ayat: Seorang lelaki sedang
membuang sisa toksik ke
dalam sungai

Kempen
Definisi: segala usaha untuk
mempengaruhi pendapat umum

Melepaskan
Definisi: membebaskan
Ayat: Alex melepaskan burang

Ayat: Kempen Hari Tanpa Beg


Plastik diadakan pada setiap hari
Sabtu di negara kita.

yang ditangkapnya semalam

Industri
Definisi: perusahaan untuk
membuat dan menghasilkan
barangan
Ayat: Industri kraf tangan di
Malaysia semakin meluas

Menguji
Definisi: memeriksa sesuatu
untuk mengetahui keadaan
Ayat: Peserta pertandingan kuiz
sains itu ditanya dengan soalan
yang sukar untuk menguji
kefahamannya.

Pengalaman
Definisi: apa yang dialami dan
dirasai
Ayat: Pengalaman menaiki kereta
kabel di Pulau Langkawi tidak
dapat dilupakan olehnya.

Teknologi
Definisi: kajian yang
menggunakan pengetahuan
sains
Ayat: Teknologi yang canggih
dapat memudahkan urusan
seharian manusia.

You might also like