You are on page 1of 54

PEMARKAHAN

1.

TUGASAN
KUMPULA
N

2.

TUGASAN
KUMPULA
N KECIL

3.

KUIZ
JUMLAH

KRM 3043: ASAS


PENGURUSAN DATA
TUGASAN 1

KUMPULAN : MATEMATIK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA
ZUMARIAH AHMAD

NO MATRIKS
PPG/MT/01/00648/2012/2/

NO I/C
720224025

KIC

844

PENSYARAH : PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN

TARIKH SERAHAN

Soalan Tugasan

:23 NOV 2013

Anda dikehendaki membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa


dihadapi oleh murid-murid di sekolah rendah semasa mempelajari salah
satu tajuk dalam Pengurusan Data.
Tugasan anda mestilah mengandungi pengenalan kepada kesukaran dan
miskonsepsi serta faktor-faktor yang mempengaruhi punca-punca
kesukaran dan miskonsepsi yang di hadapi oleh murid-murid sekolah
rendah dalam pelajaran tajuk berkenaan.
Berikan dua contoh yang sesuai bagi setiap miskonsepsi dalam tajuk yang
dipilih. Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk membantu murid
berkenaan untuk mengatasi kesukaran dan miskonsepsi dalam tajuk
tersebut.
Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki memberi komen terhadap
kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan pengalaman anda semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

KESUKARAN DAN MISKONSEPSI MURID DALAM PENGURUSAN


DATA-PIKTOGRAF
1.0

PENGENALAN
Fenomena kesukaran dan miskonsepsi dalam mata pelajaran

matematik terutamanya dalam Pengurusan Data seperti tajuk Piktograf


merupakan suatu masalah yang seringkali dihadapi oleh murid-murid di
sekolah rendah. Permasalahan ini sering menjadi isu yang sentiasa
menjadi topik perbincangan antara pelbagai pihak termasuklah guru dan
ibubapa. Menurut Sten, matematik merupakan sains corak dan ia juga
bahasa yang memperihalkan corak. Manakala menurut Delvin pula,
matematik ialah sains tertib, corak, struktur dan hubungan-hubungan
logik. Oleh itu, matematik secara khususnya dapat didefinisikan sebagai
pembelajaran atau kajian mengenai struktur corak, perubahan dalam
ruang atau kajian mengenai dan gambar rajah.
Namun begitu, wujud pelbagai kesukaran yang dialami oleh muridmurid dalam pembelajaran Matematik . Kecuaian serta miskonsepsi
merupakan antara faktor yang dikenalpasti menjadi penyebab kepada
kesukaran dalam pembelajaran Matematik. Kesukaran yang berpunca
daripada kecuaian, tidak sukar untuk dikesan oleh guru berbanding
kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi yang agak mencabar dan
lebih sukar diatasi. Kebolehan dan pengalaman sedia ada murid adalah
pelbagai, jadi guru haruslah menggunakan pendekatan dan kaedah yang
sesuai dengan aras pemikiran murid supaya mereka boleh menguasai
ilmu matematik dan dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Dari masa ke semasa, matematik terus diberi tumpuan oleh
pelbagai lapisan masyarakat. Hal ini disebabkan matematik menjadi satu
alat yang cukup penting dalam menyelesaikan masalah termasuklah di
bidang perubatan, kejuruteraan, sains dan sains sosial. Di sebabkan
kepentingan-kepentingan tersebut, ilmu matematik mula diserapkan ke

dalam silibus pengajian bermula daripada peringkat sekolah rendah


sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Memandangkan matematik
juga merupakan ilmu asas bagi kebanyakan bidang, terutama di bidang
sains dan teknologi, maka setiap murid samada di peringkat rendah
mahupun menengah diberi penerangan yang jelas dan jitu betapa
pentingnya penguasaan ilmu matematik agar mereka mampu menguasai
bidang matematik dengan sebaik mungkin.

2.0

DEFINISI KESUKARAN DAN MISKONSEPSI


Perkataan

Miskonsepsi

dikatakan

berasal

daripada

perkataan

Inggeris iaitu misconception. Menurut Websters Third New International


Dictionary(1996), conception bermaksud kemampuan, fungsi atau proses
pembentukan idea, abstrak atau berkenaan pemahaman maksud simbol
yang mewakili idea atau abstraks. Mis pula bermaksud tidak atau salah.
Gabungan pengertian kedua-dua suku kata inilah yang membentuk idea,
abstrak atau pemahaman yang salah. Dengan kata lain, miskonsepsi
didefinisikan sebagai kekaburan dan tidak kesempurnaan atau salah
kefahaman tentang sesuatu. Miskonsepsi ini menjadi masalah yang sering
dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi
penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik
yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.
Menurut Short & Spanos 1989, matematik adalah mata pelajaran
abstrak

yang

melibatkan

penggunaan

rumus,

peraturan-peraturan

langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan.


Walaupun bahasa matematik adalah ringkas, namun ia mempunyai nilai
dan maksud yang khusus dan penting bagi setiap individu untuk
mempelajari matematik. Secara umumnya, setiap pelajar mempunyai
latar

belakang

yang

berbeza

samada

dari

segi

pergaulan

atau

kekeluargaan. Guru pula berdepan dengan pelajar yang mempunyai


pengalaman tersendiri yang dipengaruhi oleh persekitaran mereka yang
berkemungkinan bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh guru

semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak


diperbetulkan, maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang
ingin disampaikan.
Guru memainkan peranan penting dalam membantu menangani
masalah miskonsepsi yang dialami oleh murid-murid sebelum keadaan
menjadi lebih parah sejajar dengan falsafah pendidikan iaitu pendidikan
adalah bersifat berterusan. Dikhuatiri miskonsepsi yang berlaku akan
berterusan dan menjejaskan penguasaan ilmu matematik murid. Biarpun
pelbagai usaha telah dilakukan, namun penguasaan murid-murid dalam
matapelajaran

matematik

masih

ditahap

yang

merunsingkan

bagi

sesetengah pihak. Ini adalah kerana didapati masih terdapat ramai muridmurid terutama di sekolah rendah yang bermasalah untuk menguasai
matematik

terutama

bagi

tajuk

pengurusan

data

iaitu

piktograf.

Kesukaran dan miskonsepsi yang berlaku mungkin disebabkan oleh salah


faham murid-murid terhadap tajuk berkenaan. Selain itu, mereka juga
sentiasa keliru dengan soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka gagal untuk
menguasai topik tersebut.
3.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MISKONSEPSI


Dalam pembelajaran matematik, kesilapan yang berlaku pasti

ditunjangi

oleh

beberapa

sebab.

Mungkin

disebabkan

oleh

kesalahfahaman mengenai sesuatu konsep dalam matematik, atau


kurangnya konsentrasi ketika belajar, atau mungkin juga disebabkan
kegagalan untuk melihat butiran-butiran penting dalam sesuatu situasi.
Secara

umumnya,

kebanyakkan

kanak-kanak

seringkali

melakukan

kesilapan dalam matematik disebabkan masalah miskonsepsi. Selagi


guru-guru tidak peka terhadap masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh
murid-murid, maka kefahaman mereka terhadap konsep matematik
adalah salah sehinggalah konsep tersebut diperbetulkan. Sebagai seorang
guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu murid-murid
menangani masalah miskonsepsi dalam matematik demi untuk kebaikan
bersama. Antara

faktor -

faktor

yang mempengaruhi miskonsepsi

matematik murid-murid sekolah rendah terutama dalam tajuk Piktograf


ialah:
3.1

Minat
Minat terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik sedikit

sebanyak

telah

menyumbang

kepada

kesukaran

dan

miskonsepsi

terhadap matematik terutama topik piktograf. Sekiranya mereka tidak


berminat, sudah pasti mereka tidak akan memberikan tumpuan semasa
belajar, sekaligus menyukarkan mereka untuk memahami topik yang
diajar. Masalah ini akan menjadi lebih serius jika guru tidak memainkan
peranan untuk menarik minat murid-murid untuk terus belajar dengan
suasana yang gembira tetapi pada masa yang sama menumpukan
perhatian dengan apa yang diajar oleh guru.
3.2

Konsentrasi
Terdapat di kalangan murid-murid yang kurang konsentrasi atau

memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.


Situasi

ini

berlaku

mungkin

disebabkan

pengajaran

oleh

guru

membosankan atau kurang menarik. Apabila murid-murid hilang daya


tumpuan atau konsentrasi, pasti akan berlaku miskonsepsi dalam
pembelajaran matematik terutama topik piktogaf.
3.3

Kefahaman
Masih terdapat murid yang tidak dapat berkomunikasi dengan guru

sekiranya mereka tidak faham atau masih kabur tentang sesuatu konsep
matematik terutamanya dalam topik piktograf. Ini akan memberikan
kesan negatif sekaligus boleh menyebabkan berlakunya miskonsepsi
dalam matematik. Kadar kefahaman yang rendah di kalangan muridmurid tentang konsep matematik boleh menyebabkan mereka sukar
untuk menguasai kemahiran dalam matematik.
3.4

Cuai

Ketika menjawab soalan, seringkali berlaku kecuaian di kalangan


murid-murid. Ini adalah disebabkan mereka ingin menyiapkan latihan
tersebut dalam masa yang singkat, membuat latihan sambil berbual
dengan rakan atau sebagainya. Sekiranya masalah ini tidak diatasi
dengan sebaik mungkin, berkemungkinan murid-murid akan berhadapan
dengan masalah miskonsepsi yang lebih parah lagi.
3.5

Kurang daya pendengaran/penglihatan


Selain itu, faktor yang mendorong berlakunya miskonsepsi dalam

matematik juga adalah disebabkan oleh kurang daya pendengaran atau


penglihatan yang kabur di kalangan murid-murid. Apabila kurangnya daya
pendengaran

atau

penglihatan

menyebabkan

mereka

sukar

untuk

memahami konsep matematik dengan lebih jelas dan tepat.Masalah ini


semakin mendalam sekiranya murid-murid mengambil sikap berdiam diri
dan tidak menjelaskan masalah mereka kepada guru, menyebabkan guru
tidak dapat mengesan punca kesilapan mereka.
3.6

Emosi

negatif

fisiologi mahupun

terhadap

matematik

samaada

dari

segi

psikologi

Masih terdapat di kalangan murid-murid yang beranggapan bahawa


pembelajaran matematik adalah susah, malahan mereka tidak mencuba
untuk menguasinya. Apabila minda mereka telah dikuasai oleh tanggapan
sebegini, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.
Kadar berlakunya miskonsepsi dalam matematik juga adalah tinggi. Selain
itu, terdapat juga murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan
seperti

demam

atau

jatuh

sakit

ketika

menjelang

peperiksaan

terutamanya pelajaran matematik disebabkan emosi negatif mereka.

4.0

CONTOH MISKONSEPSI

4.1

Miskonsepsi amaun yang tidak menentu. ( contoh 1)

MINGGU
Pertama
Kedua

JUMLAH MOTOSIKAL

Ketiga
Keempat
Piktograf 1
Mewakili 5 buah
Piktograf 1 menunjukkan bilangan motosikal yang dapat dijual dalam
masa 4 minggu. Berapakah bilangan pungutan terendah dan bilangan
pungutan tertinggi sekali. Cari perbezaan pungutan tersebut sekiranya
harga sebuah motosikal ialah RM 1500.00?

4.1.1 Miskonsepsi yang berlaku


Miskonsepsi bagi topik pengendalian data yang telah telah dilakukan
ialah murid saya tidak dapat memindahkan maklumat daripada piktograf
kepada nombor. Saya telah mengenalpasti punca berlakunya situasi ini.
Murid saya tidak menumpukan perhatian kepada petunjuk yang diberi di
bawah piktograf iaitu petunjuk gambar yang menunjukkan sebuah
motosikal mewakili lima buah motosikal. Oleh yang demikian, mereka
tidak dapat memindahkan maklumat dengan betul kerana mereka
mengabaikan petunjuk tersebut. Mereka tidak pandai membaca piktograf
yang diberi. Malahan terdapat juga murid-murid saya menganggap
bahawa sebuah motosikal mewakili hanya sebuah motosikal sahaja.

4.2

Tidak memahami konsep gundalan( contoh 2)


Jadual 1 menunjukkan jenis kereta di sebuah tempat letak kereta.
Warna
Persona
Proton Wira
Proton Waja
Proton Inspira

Gundalan




Jadual 1

Jumlah Kereta
2
0
1
3

Soalan
a.

Nyatakan bilangan kereta Proton Waja di tempat letak kereta.

b.

Kereta apakah yang mempunyai bilangan yang paling banyak?

4.2.1 Miskonsepsi yang berlaku


Miskonsepsi yang berlaku apabila murid-murid melihat jadual ini ialah
mereka tidak memahami konsep Gundalan dan tidak tahu nilai bagi
gundalan (Tally) itu sebenarnya mewakili berapakah bilangannya. Oleh
sebab itu, pada ruangan jumlah bilangan kereta, murid menulis jawapan
berdasarkan

kepada

garisan

yang

tidak

dipotong

kerana

mereka

menyangkakan bahawa garisan yang dipotong merupakan bilangan yang


tidak perlu dikira.
4.3

Miskonsepsi Dalam Pengurusan Data-Carta Pai ( contoh 3)


Ketika membina carta pai berdasarkan data yang telah diberikan,

terdapat sebilangan murid-murid yang masih tidak dapat membuat carta


pai yang terdiri daripada beberapa sektor. Contoh yang diberi, muridmurid diminta untuk membuat satu carta pai berdasarkan kepada data
yang diberi.
Warna
yang
perempuan

disukai

pelajar Bil.murid

Biru
Ungu
Merah
Hijau
Berdasarkan

kepada

data

diberi,

15
5
10
20
didapati

perempuan yang menyukai warna biru sebanyak

perempuan yang suka warna ungu ialah

bilangan

3
10
1
10

pelajar

, bilangan pelajar

, bilangan pelajar

perempuan yang menyukai warna merah sebanyak

pelajar perempuan yang sukakan warna hijau pula ialah

1
5

dan bilangan

2
5 .

4.3.1 Miskonsepsi yang berlaku


Kesukaran dan miskonsepsi yang berlaku ialah apabila murid-murid
tidak dapat membuat agihan tentang jumlah sektor dalam carta pai
kerana mereka tidak dapat mencari persamaan antara penyebut 5 dan 10.
Ini disebabkan mereka tidak menukarkan penyebut 5 kepada 10 dengan
cara mendarabkan 5 dengan 2.
4.3.2 Penyelesaiannya
Untuk menyelesaikan masalah di atas, pembelajaran masteri boleh
digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan

tajuk dalam unit pecahan iaitu menukarkan penyebut. Contohnya,

dengan

1
10

1
5

mempunyai penyebut yang berbeza tetapi murid-murid

boleh mendarab penyebut 5 dengan 2 untuk mendapatkan penyebut 10,


manakala pengangka 1 turut didarabkan dengan 2 menjadi 2. Akhir sekali,

penyebut adalah 10 menjadikan jawapan bagi penyelesaian di atas ialah


2
10

1
10

dengan

untuk membeolehkan murid-murid membuat

pengagihan sektor dalam carta pai dengan tepat.

4.4

Keliru jumlah bilangan dengan peratus (contoh 4)


Semasa mentaksir data daripada carta pai, sebilangan daripada

murid-murid

keliru akan jumlah bilangan dengan peratus yang diwakili

oleh warna yang digemari oleh pelajar perempuan. Ketika diminta untuk
menjawab soalan yang berkaitan dengan jumlah bilangan, sebahagian
pelajar mengambil terus nombor peratus daripada carta pai tanpa
membuat pengiraan terlebih dahulu.

warna kegemaran pelajar perempuan


1st Qtr

2nd Qtr5
20

3rd Qtr
15

4th Qtr

10

Contoh

Berdasarkan carta pai di atas, di dapati jumlah bilangan murid yang


menyertai selidik ialah 50 orang. Sekiranya ditanya peratus murid yang

menggemari warna merah, berkemungkinan murid-murid memberikan


jawapan 10 %. Ini disebabkan mereka terus memberikan jawapan
berdasarkan kepada nombor yang tertera di carta pai tersebut, tanpa
membuat pertimbangan bahawa 10 sebenarnya mewakili 10 orang murid

sedangkan sepatutnya murid mengira

10
50

x 100, untuk mendapatkan

jawapan %.
4.4.1 Penyelesaian
Untuk menyelesaikan masalah ini, murid-murid perlu diajar agar
mereka lebih memahami konsep dalam tajuk bagi pendaraban dalam unit
peratus. Sebelum itu, guru perlulah menerangkan dengan sebaik mungkin
cara-cara untuk untuk mendapatkan jawapan peratus.

5.0

LANGKAH MENGATASI KESUKARAN DAN MISKONSEPSI


Sebagai seorang guru, membantu murid-murid menangani masalah

miskonsepsi

dalam

matematik

merupakan

satu

amanah

dan

tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu itu. Kegagalan


murid-murid

dalam

menyelesaikan

masalah

matematik

mungkin

disebabkan oleh masalah miskonsepsi, oleh itu pelbagai langkah yang


boleh diambil oleh guru dalam mengatasi kesukaran dan miskonsepsi
dalam matematik. Antara langkah untuk mengatasi masalah miskonsepi
ini, guru perlulah memberi penerangan dengan lebih jelas maksud
piktograf serta fungsi dan cara untuk membaca piktograf. Kekeliruan
berkaitan dengan miskonsepsi dalam piktograf seperti contoh di atas
dapat diatasi dengan cara seperti dinyatakan di bawah

Guru perlulah memberikan pelbagai contoh agar murid lebih

memahami konsep matematik terutamanya piktograf.


Menunjukkan contoh-contoh yang lebih konkrit dan jelas untuk
memudahkan murid memahaminya.

Guru perlu memastikan atau mengingatkan murid-murid agar


melihat pada petunjuk yang dinyatakan apabila menjawab soalan

jenis piktograf.
Guru perlu menjelaskan dengan lebih terperinci serta memberi
penekanan bahawa sebuah gambar motosikal itu tidak semestinya
mewakili hanya sebuah motosikal sahaja.
Menurut Nor Asmah(2000), pendekatan yang sesuai perlu dicari dan

digunakan. Refleksi ke atas pendekatan perlu dibuat dan perlu diulangi


kitaran sehingga membuahkan kejayaan. Persekitaran pembelajaran yang
banyak

membantu

serta

menggalakkan

penaakulan

matematik

seterusnya mampu meningkatkan kecenderungan murid-murid terhadap


matematik perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh guru-guru agar
dapat menjana minda pelajar ke arah yang positif. Antara kaedah
pengajaran yang mampu membantu murid murid mengatasi masalah
miskonsepsi mereka ialah dengan menggalakkan mereka berkongsi dan
berbincang kerana ini mampu memperkembangkan interpretasi konsep
matematik mereka. Prinsip-prinsip pengajaran ini ialah:
5.1

Kefahaman Konsep Dalam Matematik


Konsep Matematik merupakan idea yang diabstrakkan daripada

contoh-contoh konkrit. Mengajar konsep adalah kompleks kerana murid


datang ke sekolah dengan pelbagai pengalaman dan kebolehan tersendiri.
Konsep berkembang dari berbagai pengalaman Matematik yang konkrit
kepada yang abstrak. Kemampuan murid-murid untuk mempelajari
konsep-konsep matematik adalah berbeza. Sebahagian kanak-kanak
lambat memahami konsep matematik, ada yang cepat malahan terdapat
juga kanak-kanak yang tidak dapat menerima atau memahami konsep
yang disampaikan oleh guru secara lengkap dan tepat. Dalam menangani
permasalahan

ini,

guru

sewajarnya

melihat

sejauh

mana

konsep

matematik kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara terbaik


untuk mengatasi dan membantunya agar mereka lebih memahami konsep
tersebut.

Penekanan kepada pemahaman konsep dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik telah disarankan oleh pelbagai pihak. Secara
ringkas, ujian bertulis dan temubual klinikal adalah diperlukan untuk
mengenalpasti samada seseorang itu benar-benar memahami apa yang
dipelajari. Ahli faham binaan mengesyorkan supaya temuduga klinikal
digunakan untuk mencungkil pengetahuan yang dibina oleh seseorang
guru atau murid-murid( Rees & Barr, 1984; Ginsburg, et.al., 1993;
Johansson,

1993;

Nik

Azis,

1996;

Mohd

Nor,

1995).

Murid-murid

seharusnya boleh menerangkan bagaimana dan kenapa sesuatu jalan


pengiraan itu dilakukan.

5.2

Komunikasi Dalam Matematik


Peranan

komunikasi

dalam

Matematik

melibatkan

perwakilan

konsep, maklumat dan perkaitan seperti simbol, rumus, nombor, gambar


rajah, bentuk dan graf ke dunia sebenar dalam kehidupan seharian.
Komunikasi tentang idea Matematikdapa t membantu murid menjelaskan
dan memperkukuhkan pemahaman Matematik. Perkongsian pemahaman
Matematik secara penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan ibu
bapa secara tidak langsung dapat membantu murid meningkatkan
keyakinan

diri

dan

memudahkan

guru

memantau

perkembangan

kemahiran Matematik mereka.


Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematik
adalah keupayaan untuk memberi penerangan secara efektif, memahami
dan mengaplikasikan notasi Matematik dengan betul. Murid perlu
menggunakan laras bahasa dan simbol matematik dengan betul bagi
memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan dengan tepat.
Komunikasi secara matematik juga melibatkan pelbagai penggunaan
media seperti carta, graf, manipulatif, kalkulator dan sebagainya. Murid
perlu diberi peluang untuk berkomunikasi secara aktif dalam pelbagai
suasana, contohnya berkomunikasi semasa melakukan aktiviti secara

berpasangan, berkumpulan atau memberi penerangan kepada seluruh


kelas.
Kepentingan berkomunikasi secara Matematik dapat membantu
guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan. Selain itu, ia adapat membantu guru menilai tahap kefahaman
dan kelemahan murid sekaligus membantu murid memproses maklumat
dan pengetahuan yang diperolehi dengan lebih bermakna.

5.3

Pembelajaran Dan pengajaran Yang Berkesan


Menurut Eh Ah Meng (1993), mengatakan bahawa pembelajaran

adalah satu proses

mempertoleh pengatahuan, kemahiran, sikap dan

nilai yang baru. Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan perlu


kepada rancangan pengajaran tahunan dan harian yang dibahagikan
dengan bijak. Di samping itu, perwatakan dan ketrampilan guru turut
memainkan peranan yang penting.Guru perlu merancang pengurusan bilik
darjah yang kondusif dan mesra pengguna di samping perlu sentiasa
bermotivasi

dengan

murid-murid.

Memulakan

pembelajaran

dan

pengajaran dengan set induksi yang menarik serta penggunaan bahan


bantu mengajar

boleh menarik minat dan tumpuan murid-murid terus

belajar.
5.4

Sebelum mengajar, uji nilai kerangka konsep murid yang

sedia ada.
Kebiasaannya, guru menggunakan kaedah ujian untuk menilai
pencapaian

murid-murid.

Kaedah

ini

perlu

diubah

untuk

menilai

intepretasi intuitif dan kaedah murid sebelum memulakan sesi pengajaran


dan pembelajaran. Masa yang diambil tidaklah berpanjangan, hanya
dengan

mengemukakan

beberapa

soalan

yang

kritis.

Guru

berbincang untuk mendapatkan jawapan serta pandangan murid.

akan

6.0

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penerangan yang telah dihuraikan, pada hakikatnya


guru-guru mampu untuk mengurangkan kesukaran dan miskonsepsi yang
biasa dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah terutama ketika mereka
mempelajari tajuk pengurusan data iaitu piktograf. Sebagai seorang guru,
tugas utama adalah untuk membantu dan membimbing murid-murid yang
mengalami pelbagai masalah pembelajaran, sekaligus menanam minat
agar

mereka

menyeronokkan.

dapat

belajar

matematik

dalam

suasana

yang

Menurut Ginsburg(1977), miskonsepsi lahir dari apa

yang telah diajarkan. Walaupun pelajaran yang diturunkanoleh mereka


tersebut tidak logik dan salah, tetapi dari segi perspektif kanak-kanak, ia
sangat sesuai dan benar. Matematik merupakan mata pelajaran yang
kumulatif ataupun bertambah-tambah, maka kita mempelajari sesuatu
yang lalu dengan berpandukan pembelajaran masa lalu.
Bagi sesetengah pembelajaran yang terdahulu sepertimana yang
digariskan dalam kurikulum, miskonsepsi adalah betul. Kebanyakkan
punca

miskonsepsi

adalah

kerana

generalisasi

melampau

overgeneralizationdalam pengetahuan sedia ada yang hanya tepat


untuk pembelajaran awal. Skema yang telahpun terbina dalam minda
kanak-kanak sukar untuk diubah.

7.0

Rujukan

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh dan Sazelli
Ab. Ghani: Modul Asas Pengurusan Data (2012); UPSI, Tanjong Malim,
Perak.
Effandi Zakaria, Nor Azah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad, Trend
Pengajaran dan

Pembelajaran : Utusan Publications.

http://www.academia.edu/2460395/ Pengajaran Pengurusan Data Dalam


Matematik Sekolah Rendah 2.

TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU


KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN
DAN
REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
1. ZUMARIAH BT AHMAD
NO.KP : 720224-02-5844
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00648/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN

: KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KUMPULAN

: MATEMATIK

PENSYARAH

: PUAN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDIN

TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan


pengalaman anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Ketika prose pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan di


dalam kelas 5 Dahlia, saya dapati masih terdapat beberapa orang murid
saya

yang

pengurusan

menghadapi

kesukaran

data.

pandangan

Pada

dan

miskonsepsi

saya,

topik

dalam

tajuk

pengurusan

data

sebenarnya merupakan topik yang agak mudah, namun begitu tidak


kepada murid-murid saya. Mereka menyatakan tajuk ini agak sukar untuk
difahami.

Kesukaran

untuk

mempelajari

tajuk

ini

berkemungkinan

disebabkan oleh masalah miskonsepsi yang wujud sekaligus membatasi


tahap kefahaman mereka. Lantaran itu, sebagai seorang guru, tugas dan
tanggungjawab saya ialah mencari sebab serta cara untuk mengatasi
masalah ini.
Terdapat beberapa miskonsepsi yang berlaku dalam tajuk ini iaitu:
i.
Kekeliruan berkaitan dengan wakil piktograf
Kebanyakkan murid-murid selalu keliru ketika mereka menjawab soalan
berkaitan dengan bilangan yang diwakili oleh sesuatu gambar disebabkan
oleh kecuaian seperti contoh di bawah:
Bilangan Murid Tahun 5 SK Bukit Sentosa
5 Anggerik
5 Bakawali
5 Cempaka
5 Dahlia

= Mewakili 10 orang murid


Murid-murid kelas saya dikehendaki mencari bilangan murid-murid bagi
kelas 5 Anggerik. Jawapan yang saya perolehi ialah kebanyakkan muridmurid menjawab 4 orang . Ini adalah kerana kereka menyangkakan
bilangan seorang murid sepertimana dalam gambar mewakili hanya

seorang, sedangkan hakikat sebenarnya adalah 40 orang.

Sepatutnya

murid-murid melihat maklumat yang diberikan iaitu satu gambar mewakili


10 orang.

ii.

Kesukaran mencari kekerapan berdasarkan data yang diberi.


Huruf yang digemari oleh murid

Melihat kepada dataHdi atas,


murid saya yang
G masih
A terdapat
G
G sebilangan
D
menghadapi masalah kesukaran dan miskonsepsi dan keliru dengan
kekerapan bagi setiap huruf . Mereka menghadapi masalah kerana
kesilapan dan kecuaian ketika mengira hurf-huruf seperti ketika diminta
mengira huruf G, terdapat murid yang menjawab 3, ada yang menjawab
4 manakala terdapat juga yang menjawab 7. Jawapan yang diberikan
adalah berbeza kerana kesilapan mereka untuk mengira bilangan huruf.
Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membimbing murid-murid saya
menggunakan

kaedah

gundalan

untuk

merekod

kekerapan.Saya

mengingatkan murid bahawa mencatat gundalan tersebut mengikut


supaya mendapat jawapan yang lebih tepat.
Huruf
A
D
G
H
K

Gundalan

Jadual
1

Kekerapan
3
5
9
4
2

iii.
Kesukaran dalam membina graf palang.
Meskipun murid-murid saya telah memahami kaedah gundalan , namun
mereka masih kurang faham atau masih menghadapi masalah kesukaran
dan miskonsepsi untuk melukis graf palang. Mereka masih keliru kerana
tidak tahu makalumat yang manakah perlu diletakkan pada paksi

menegak dan yang mana pula harus diletakkan pada aksi melintang. Cara
untuk

menentukan

perbezaan

angka

pada

setiap

petak

juga

mendatangkan masalah kepada mereka, kerana nombor yang terdapat


adalah gabungan antara nombor genap dan ganjil.
Sebagai kesimpulannya, tajuk pengurusan pangkalan data ini
merupakan tajuk yang agak sukar untuk difahami, namun ianya penting
kerana sentiasa digunakan dalam pelbagai

urusan dalam kehidupan

seharian

graf,

yang

melibatkan

penggunaan

data

dan

carta.

Memandangkan ianya begitu penting, maka sebagai seorang guru,


tanggungjawab yang dipikul di bahu kita merupakan satu amanah yang
harus

dilaksanakan

membantu

sebaik

sebaik
mungkin

mungkin.

Tugas

murid-murid

kita

kita

adalah

agar

mendidik

mereka

dapat

menguasai ilmu pengurusan data agar mereka tertipu oleh pewakilan data
yang banyak mengelirukan mereka. Miskonsepsi yang berlaku harus
diatasi dengan memberikan cara penyelesaian yang terbaik serta
memberikan kaedah serta konsep yang dapat membantu mereka
mengatasi masalah ini.
Selain itu, kecuaian serta kurang memberi tumpuan semasa guru
mengajar juga menyumbang kepada masalah kesukaran dan miskonsepsi
dalam pembelajaran matematik. Oleh sebab itu, guru berperanan untuk
meningkatkan kemahiran mengajar agar pengajaran dan pembelajaran
tidak membosankan murid. Dari segi kecuaian murid pula,guru perlu
sentiasa mengingatkan murid-murid agar sentisa teliti ketika menjawab
soalan .

REFLEKSI INDIVIDU
ZUMARIAH AHMAD- PPG/MT/00648/2012/KIC

Alhamdulillah, bersyukur kerana akhirnya siap juga tugasan yang


diberikan merskipun pelbagai halangan, namun semuanya dapat diatasi
hasli usaha dan kerjasama semua ahli kumpulan.
Pada awal perbincangan, kami membuat kajian dan pemantauan di
sekolah masing-masing untuk mencari kesukaran serta miskonsepsi yang
dihadapi

oleh

murid-murid

saya

terutama

dalam

pembelajaran

matematik. Selepas itu, saya mengadakan perbincangan dengan ahli


kumpulan yang lain untuk melihat hasil kajian dan pemantauan kami
semua. Saya mendapati rupanya terdapat beberapa persamaan dan
perbezaan kesukaran dan miskonsepsi murid-murid dalam pembelajaran
matematik antara murid di sekolah saya dengan murid di sekolah rakan
sekumpulan saya yang lain. Kami saling berhubung antara satu sama lain
meskipun masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri. Topik dalam
setiap kali pertemuan kami ialah berkaitan dengan miskonsep yang
dihadapi murid-murid, faktor-faktor penyebab berlakunya miskonsepsi
serta langkah-langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasim masalah
miskonsepsi ini.
Melalui tugasan yang diberikan ini juga banyak membantu saya
untuk mengatasi masalah kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh
murid-murid saya. Sesungguhnya saya berasa sungguh gembira apabila
langkah-langkah untuk mengatasi masalah kesukaran dan miskonsepsi itu

saya aplikasikan semasa saya mengajar sekaligus telah membantu muridmurid

di

kelas

saya

untuk

belajar

dalam

suasana

yang

lebih

menyeronokkan kerana mereka mudah faham akan apa yang saya


ajar.Sebagai seorang guru, tanggungjawab dan amanah yang diberikan
akan saya jalankan dengan sebaik mungkin demi untuk melihat muridmurid saya mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaj dalam
pembelajaran matematik, malahan apa jua mata pelajaran yang lain.
Ketika proses pengajaran dan pembelajaran juga, saya telah
mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya murid-murid saya dapat
memahami apa yang diajar sekaligus dapat menggunakannya ketika
menjalankan urusan seharian. Jika murid saya masih tidak memahami
akan konsep yang diajar, saya akan menggunakan bahan konkrit bagi
membantu mereka memahami konsep dengan lebih mudah serta dapat
mengelakkan miskonsepsi yang berlaku.

TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU


KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN
DAN
REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
2. YUSMAL ZURAIDI MAT YUSOFF
NO.KP : 820916035523
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00645/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN

: KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KUMPULAN

: MATEMATIK

PENSYARAH

: PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN

TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan


pengalaman anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Di peringkat sekolah rendah, pengajaran matematik lebih


menekankan kepada penguasaan perwakailan data. Antara perwakilan
data yang diberi penekanan ialah seperti carta palang, carta bar,
piktograf, carta pai dan juga purata. Penekanan kepada menganalisis dan
menginterperasikan data bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan
kepada murid-murid malahan dapat membantu mereka dalam urusan
seharian. Murid juga memperolehi pengalaman bermakna ketika
mempelajari konsep ini. Melalui pengalaman ini, secara tidak langsung
membantu murid-murid memahami konsep dan mereka
mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka sendiri.
Ketika di sekolah rendah , murid-murid tahap 2 iaitu murid tahun 4,
5 dan 6 mempelajari pengurusan data melalui tajuk perwakilan data.
Berdasarkan kepada tajuk tersebut, murid-murid hanya perlu membaca

dan menginterpretasi data dari piktograf dan graf bar. Penting kepada
murid-murid untuk memahami dan menguasai topik perwakilan data.
Kesukaran dan miskonsepsi murid-murid dalam pembelajaran matematik
tidak terhad kepada satu faktor sahaja. Antaranya miskonsepsi dalam
membaca data dari piktograf, kecuaian murid itu sendiri dalam meneliti
nilai yang diwakilkan oleh simbol.
Dalam piktograf, data yang diwakilkan adalah melalui simbol
ataupun gambar. Murid perlu melihat maklumat yang diberi untuk
mengetahui nilai bagi gambar yang diwakilkan itu. Ketika ini, murid perlu
melihat dengan teliti nilai tersebut sama ada simbol tersebut di lukis
simbol penuh, separuh atau suku kerana nilainya adalah berbeza. Guru
perlu sentiasa mengingatkan kepada murid-murid agar lebih berhati-hati
semasa membaca data dari piktograf.
Perwakilan data dalam bentuk gambar,visual atau simbol amat
berguna kerana murid-murid akan mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian. Selain itu, murid juga akan lebih mudah untuk memahami
konsep yang ingin dipelajari sekaligus membantu mengelakkan
berlakunya masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran
matematik.
Seseorang guru yang berdedikasi seharusnya memahami isi
kandungan pedagogi supaya matlamat pengajaran dan pembelajaran
akan tercapai, meskipun pelbagai cabaran perlu ditempuhi untuk
mencapai kejayaan tersebut. Kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi
oleh murid-murid merupakan cabaran yang perlu ditangani oleh
seseorang guru agar konsep kefahaman murid tidak bercanggah dengan
apa yang dipelajarinya. Murid-murid juga perlu menguasai empat operasi
asas kerana interpretasi data kebiasaannya melibatkan empat operasi
asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Justeru itu, guru
perlu menitikberatkan kemahiran asas murid di samping kesukaran dan
miskonsepsi murid juga perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran agar proses ini menjadi lebih bermakna dan berkesan.

REFLEKSI TUGASAN
YUSMAL ZURAIDI

Tugasan berkumpulan ini dilakukan secara bergabung tenaga dan


usaha untuk mencari pelbagai sumber maklumat berkaitan dengan tajuk
tugasan yang telah diberikan. Sebaik sahaja menerima tugas, kami mula

berbincang dan membuat agihan tugas untuk meringankan beban


tugasan ini disamping setiap ahli kumpulan mendapat ilmu yang
bermanfaat setelah tugasan ini berjaya disiapkan. Kami membuat rujukan
daripada pelbagai sumber seperti pencarian maklumat daripada internet,
berbincang dengan guru-guru di sekolah masing-masing, daripada bahanbahan bacaan ilmiah dan sebagainya.
Kesukaran untuk bertemu bagi membincangkan tugasan kami
merupakan salah satu cabaran yang harus kami tangani dengan sebaik
mungkin. Oleh itu, kemudahan telekomunikasi seperti telefon, email dan
facebook menjadi penghubung antara kami semua dan alhamdulillah,
akhirnya tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya bersama ilmu
yang bermanfaat untuk dibekalkan kepada anak anak didik kami.
Ilmu yang saya perolehi terutamanya berkaitan dengan masalah
pembelajaran iaitu kesukaran dan miskonsepi dalam pembelajaran
matematik seperti dalam tajuk perwakilan data banyak membantu saya
dala proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru,
kadangkala kita juga terlepas pandang akan kesukaran dan miskonsepsi
yang dihadapi oleh murid-murid terutama dalam tajuk perwakilan data,
mungkin kerana ia tajuk terakhir di dalam sukatan pelajaran yang
membuatkan guru-guru ingin menghabiskan sukatan pelajaran sebelum
peperiksaan akhir tahun. Walaubagaimanapun, hasil kajian yang telah
kami semua jalankan, saya mendapati miskonsepsi ini sebenarnya lebih
berkaitan dengan sikap murid-murid yang cuai ketika menjawab soalan
matematik.

Ini disebabkan mereka menganggap tajuk piktograf adalah

mudah sekaligus mereka menjawab sambil lewa. Oleh itu, guru-guru


sewajarnya sentiasa mengingatkan murid-murid untuk menitikberatkan
pengetahuan berkaitan dengan pembelajaran matematik.

TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU


KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN
DAN
REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
3. WAN AZIMAH IBRAHIM
NO.KP : 750819035782
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00636/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN

: KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KUMPULAN

: MATEMATIK

PENSYARAH

: PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN

TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan


pengalaman anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Ketika proses pengajaran dan pembelajaran matematik berlaku, saya


telah mengenalpasti terdapat sebahagian murid telah menghadapi
miskonsepsi dan kesukaran dalam topik pengurusan data. Ini adalah
kerana saya telah mengesan terdapat murid yang salah menjawab seperti
dalam tajuk piktograf. Hal ini disebabkan mereka tidak memberi perhatian
kepada maklumat yang diberi seperti berapakah nilai atau bilangan yang
diwakili oleh satu gambar.Sepatutnya murid melihat nial pada gambar
terlebih dahulu sebelum memberi jawapan ketika menjawab soalan
matematik.
Bukan sahaja dalam bahagian piktograf, malahan dalam bahagian
membina graf palang juga, murid-murid menghadapi kesukaran dan
miskonsepi.

Kesukaran yang berlaku di mana murid-murid tidak dapat

menentukan bilangan yang perlu ditulis dalam setiap petak.


Cara

ke Bilangan

Sekolah
Murid
Berjalan kaki
32
Basikal
21
Motosikal
15
Kereta
18
Data A
: Cara Murid Tahun 5 Ke Sekolah
Melihat kepada data di atas, bilangan murid-murid yang datang ke
sekolah ialah 32, 21, 15, dan 18. Jika ingin membina graf palang, muridmurid perlu menentukan kekerapan bilangan yang perlu di tulis pada
paksinya. Murid-murid perlu memikirkan nombor yang sesuai yang perlu
di tulis untuk mewakili setiap unit. Setelah membanding data-data,
gandaan 3 sesuai digunakan pada paksi y iaitu paksi yang menegak bagi
graf palang.
Selain itu, ketika membina graf palang juga menimbulkan kesukaran
dan miskonsepsi kerana murid-murid seringkali keliru untuk membina graf

palang kerana mereka tahu di mana perlu diletakkan paksi Y dan di mana
pula hendak diletakkan paksi X. Jika ini berlaku, tugas seseorang guru
adalah membimbing murid-murid untuk membina graf palang dengan
sebaik mungkin agar mereka tidak tersalah konsep.
Di samping itu, saya juga dapat mengesan terdapat sebilangan
murid-murid yang tidak memahami cara-cara untuk mengira bilangan
peratusan murid-murid dalam carta pai. Situasi ini menyebabkan jawapan
yang di beri adalah tidak menepati kehendak soalan.
Secara umumnya, kesukaran dan miskonsepsi biasanya disebabkan
oleh kecuaian murid-murid. Namun begitu, terdapat juga penyebab
kepada kesukaran dan miskonsepsi itu berlaku adalah disebab oleh guru
itu sendiri. Keadaan ini terjadi apabila guru-guru mengajar sambil lewa
sahaja dan tidak memberikan tumpuan terhadap semua murid ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sekiranya situasi ini
berlarutan dan tidak ditangani dengan segera, akan berlaku
kesalahfahaman konsep di kalangan murid-murid. Ini akan memberi kesan
jangka panjang kepada murid-murid kerana mereka akan memikirkan
konsep matematik yang mereka pelajari semasa di sekolah rendah adalah
betul walaupun ada hakikatnya konsep tersebut adalah salah. Meskipun,
bukan mudah untuk memperbaiki kesukaran dan miskonsepsi yang
kadang kala telah sebati di jiwa murid-murid, namun guru hendaklah
sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu pengajaran dan tidak jemujemu membantu murid dari masa ke semasa.

REFLEKSI TUGASAN
WAN AZIMAH IBRAHIM

Rentetan daripada tugasan yang diberi, saya membuat


perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan dalam usaha untuk
menyiapkan tugasan ini. Melalui perbincangan ini, saya mendapati
masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik di
sekolah masing-masing hampir sama. Selepas itu, kami mengadakan
perbincangan untuk menentukan topik yang ingin dikaji, faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya miskonsepsi serta langkah-langkah untuk
mengatasinya.
Saya juga meminta pandangan dan pendapat daripada rakan
sejawat di sekolah saya tentang permasalahan ini. Daripada keterangan,
pendapat serta pandangan yang diberikan, saya dapat membuat rumusan
dan sekaligus merangsangkan idea saya yang baru dalam pengajaran
Matematik. Dalam usaha untuk mengatasi masalah kesukaran dan
miskonsepsi murid-murid saya, saya telah mempelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran agar mereka lebih memahami konsep
matematik yang diajar. Jika seseorang guru hanya menggunakan kaedah
penerangan atau pengajaran berbentuk sehala semasa mengajar
terutama bagi topik pengurusan data, sudah pasti objektif pengajaran
sukar untuk dicapai sekaligus menyebabkan murid-murid tidak
memahami konsep matematik yang diajar.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah pembelajaran yang


menggunakan alat bantu mengajar dan ini memberi peluang kepada
murid-murid saya membuat penyelidikan dan mengumpul maklumat dan
data-data. Selepas itu, saya membimbing mereka untuk membina carta
pai serta membantu mereka mentaksir data. Meskipun pengajaran ini
memerlukan masa yang agak lama serta tahap kesabaran yang tinggi,
namun saya berpuas hati kerana kebanyakkan murid-murid saya telah
memahami konsep matematik. Walaupun begitu, masih terdapat lagi
beberapa orang murid yang tidak berjaya menguasai konsep matematik
yang berkaitan dengan pengurusan data. Ini adalah kerana kecuaian
mereka ketika mengira data-data yang diberikan. Apabila situasi ini
berlaku, saya perlu sering mengingatkan murid-murid saya agar berhatihati ketika membuat pengiraan.

TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU


KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN
DAN
REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
4. ZAM ZAMILA JOHARI
NO.KP : 780610095052
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00647/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN

: KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KUMPULAN

: MATEMATIK

PENSYARAH

: PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN

TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan


pengalaman anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Dalam pembelajaran matematik, pengurusan data merupakan salah


satu tajuk yang tidak kurang pentingnya. Ini adalah kerana pengurusan
data merupakan topik yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian
dan diaplikasikan untuk kegunaannya dalam pelbagai bidang yang
berguna kepada masyarakat dan negara. Memandangkan kegunaannya
yang meluas, pelbagai kaedah pembelajaran diperkenalkan agar muridmurid dapat mempelajari sekaligus menguasai topik tersebut. Walaupun
begitu, masih terdapat segelintir murid-murid yang mengalami kesukaran
da miskonsepsi dalam matematik meskipun pelbagai kaedah pengajaran
yang digunakan.
Berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai seorang guru dan
mengajar mata pelajaran matematik, terdapat beberapa kesukaran dan

miskonsepsi dalam matematik seperti kesalahan kefahaman dalam


konsep matematik, kesalahan transformasi, kesalahan dalam proses
kemahiran dan juga kecuaian dalam pengiraan. Miskonsepsi juga terjadi
kerana terdapat permasalahan murid-murid saya

yang lebih suka

menghafal formula daripada memahami sesuatu konsep matematik


terutama

dalam

pengurusan

data.

Dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, selaku seorang guru, saya memainkan peranan dan


bertanggungjawab

untuk

menangani

permasalahan

ini

seterusnya

membantu murid-murid agar mereka lebih memahami konsep yang diajar.


Proses pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas
memerlukan strategi yang kemas dan teratur agar dapat mengatasi
masalah kesukaran dan miskonsepsi murid-murid dalam pembelajaran
matematik. Penyelesaian masalah merupakan suatu proses

yang

memerlukan

ada,

kemahiran

murid-murid
dan

mengenalpasti

segala
suatu

mengaplikasikan
bentuk

keadaan

pengetahuan

kefahaman
yang

pada

berbeza

sedia

dirinya

dari

untuk

kebiasaanya.

Penyelesaian masalah juga datang dari pelbagai aspek kehidupan


sebenar, aspek matematik dan sebagainya.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak bersesuaian dengan
pengajaran dan pembelajaran juga boleh menyebabkan berlakunya
kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran konsep matematik di
kalangan murid-murid.

Dalam

situasi

ini

dan berdasarkan

kepada

pengalaman saya sendiri, semasa saya mengajar topik data, saya hanya
menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar. Disebabkan
gambar tersebut dalam bilangan yang terhad, menyebabkan murid-murid
saya

berebut-rebut

untuk

melihat

gambar

tersebut.

Situasi

ini

menyebabkan mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika


proses pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu. Lantaran itu, mereka
menghadapi

masalah

kefahaman

konsep

seterusnya

mengalami

miskonsepsi atau kesukaran. Sebagai contohnya, kefahaman murid-murid


mengenai perwakilan simbol alam dunia fiskal adalah penting agar muridmurid mudah untuk mengingati konsep matematik yang diajar. Pada

pandangan saya, penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian


dapat menjamin murid-murid untuk memahami konsep yang diajar.

REFLEKSI TUGASAN
ZAM ZAMILA JOHARI

Tugasan berkaitan dengan kesukaran dan miskonsepsi tentang


pembelajaran

matematik

yang

dihadapi

oleh

murid

murid

saya

merupakan satu kerja kursus yang agak mencabar bagi saya. Namun
cabaran itu membangkitkan semangat saya untuk mencari jalan untuk
mengatasi

masalah

berkaitan

dengan

kesukaran

dan

miskonsepsi

tersebut. Semasa saya menyiapkan tugasan ini, saya juga sering


mengadakan

perbincangan

secara

berkumpulan

dengan

rakan

sekumpulan saya. Kami bertukar-tukar pandangan dan pendapat masingmasing. Di samping itu, kami juga membuat tinjauan berkaitan dengan
kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik yang berlaku
di sekolah masing-masing.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah berlakunya
masalah kesukaran dan miskonsepsi pembelajaran matematik muridmurid di sekolah. Antara masalah yang biasa dihadapi oleh murid-murid
ialah salah faham mengenai konsep dalam sesuatu topik seperti dalam
topik pengurusan data, kecuaian ketika menjawab soalan, tidak memberi
tumpuan ketika guru mengajar dan sebagainya. Walaupun begitu,
miskonsepsi juga berlaku

disebabkan oleh kelemahan guru-guru ketika

mengadakan pengajaran dan pembelajaran, guru gagal menerangkan


konsep matematik yang di ajar dengan betul, bahan bantu mengajar juga
tidak memberangsangkan murid-murid. Berdasarkan perkongsian ilmu
dan idea rakan-rakan di samping pengalaman saya sendiri, saya
mendapat ilham untuk menyiapkan tugasan saya. Ilmu yang saya
perolehi, dapat saya gunakan untuk membantu dan membimbing muridmurid saya dalam menangani masalah kesukaran dan miskonsepsi
pembelajaran matematik.
Selain perbincangan bersama rakan-rakan, saya juga membuat
rujukan di dalam internet, bahan-bahan ilmiah serta pendapat dan
pandangan guru-guru matematik di sekolah saya. Saya juga menilai hasil
kerja murid-murid saya seterusnya membuat analisa terhadap kesukaran
dan miskonsepsi yang mereka hadapi. Berdasarkan hasil kajian tersebut,
saya mendapati murid-murid saya begitu berminat untuk mempelajari
topik pengurusan data, namun terdapat segelintir daripada mereka yang
masih tidak dapat menguasai kemahiran yang diajarkan dalam topik

tersebut. Berkemungkinan kesukaran dan miskonsepsi yang berlaku


disebabkan oleh kecuaian mereka sendiri.
mudah

Mereka mengambil jalan

ketika menjawab soalan yang diberikan. Sebagai contohnya

dalam bahagian piktograf, sepatutnya murid memberi fokus kepada


maklumat kepada jumlah nilai yang diwakili oleh satu gambar. Kealpaan
tersebut adalah kerana murid lebih menumpukan kepada melihat gambar
yang

terdapat

dalam

gambar

dalam

piktograf

tersebut.

Mereka

menyangkakan satu gambar adalah mewakili hanya satu sahaja.


Saya berasa gembira dan bersyukur sekali kerana tugasan ini bukan
sahaja dapat saya siapkan dalam masa yang telah ditetapkan tetapi, saya
memperolehi banyak ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk saya
curahkankepada anak-anak didik saya. Pengetahuan yang diperolehi ini
secara tidak langsung meningkatkan profesionalisme saya dalam mata
pelajaran matematik khususnya. Saya

amat berharap agar dapat

membimbing murid-murid saya yang masih dibelenggu dengan masalah


kesukaran dan miskonsepsi dalam mata pelajaran matematik bukan
sahaja dalam tajuk pengurusan data, malahan apa juga tajuk yang
berkaitan dengan matematik.

TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU


KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN
DAN
REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
5. RIDUAN SHAFIE
NO.KP : 781023035615
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00598/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN

: KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KUMPULAN

: MATEMATIK

PENSYARAH

TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan


pengalaman anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Miskonsepsi merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh


murid-murid dalam pembelajaran matematik sekaligus menjadi
penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik
terutama yang berkaitan dengan pengurusan data. Permasalahan ini
dapat dikesan ketika saya menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan kepada pengalaman saya itu,
terdapat segelintir murid-murid saya yang masih tidak dapat menjawab
dengan betul soalan yang saya berikan. Selepas itu, saya mengubah
teknik pengajaran saya supaya murid-murid lebih memahami konsep
yang diajar.
Selain itu, kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran
matematik juga boleh berlaku akibat pendekatan yang digunakan oleh
guru ketika mengajar. Guru-guru harus harus menitikberatkan strategi
pengajaran supaya kemahiran topik seperti pengurusan data dapat
dikuasai oleh murid-murid. Perancangan dalam memilih kaedah
pengajaran yang sesuai dengan kemahiran daras murid-murid, bahan
bantu mengajar, serta pendekatan yang sesuai semasa proses pengajaran
dan pembelajaran membantu murid agar mereka lebih memahami konsep
yang diajar. Jika murid-murid telah memahami akan konsep matematik
yang diajar, secara tidak langsung akan membantu mengatasi masalah
kesukaran dan miskonsepsi dikalangan murid-murid. Percakapan dan
penerangan seseorang guru ketika mengajar juga perlulah jelas, terang,
serta mudah difahami oleh murid. Guru juga haruslah menerangkan

dengan betul mengenai konsep-konsep dalam pembelajaran matematik


seperti topik pengurusan data.
Bahan bantu mengajar juga mempengaruhi murid-murid ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pengalaman ketika saya
mengajar topik pengurusan data contohnya, ketika itu saya mengajar
tanpa menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Ketika sedang
mengajar, saya mendapati terdapat segelintir murid-murid saya yang
masih kurang faham akan pengajaran pada hari itu iaitu dalam
pemindahan konsep matematik yang abstrak atau aspek konseptual
dengan kenyataan. Terdapat beberapa soalan yang diberikan tidak dapat
di jawab oleh murid-murid saya. Oleh itu, saya berpendapat bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik yang
diajar adalah sangat diharapkan.
Kanak-kanak kebiasaannya mudah melakukan kesilapan disebabkan
oleh miskonsepsi dalam matematik. Lantaran itu, sebagai seorang guru,
kita bukan sahaja perlu sentiasa peka kepada permasalahan mereka,
malahan kita juga bertanggungjawab untuk bertanyakan masalah
pembelajaran yang mereka hadapi terutamanya berkaitan dengan
konsep matematik dan bersedia untuk membantu mereka mengatasi
masalah berkenaan. Pembentukan konsep matematik dalam minda muridmurid bergantung kepada cara guru menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran dengan kaedah yang berkesan. Guru perlu memastikan
murid-murid menguasai konsep matematik yang diajar terlebih dahulu
sebelum membina konsep yang baru. Kesukaran dalam memahami dan
membentuk pengetahuan konseptual di kalangan murid-murid merupakan
masalah yang sudah sekian lama di hadapi oleh murid-murid, namun
masalah ini masih lagi sukar untuk diatasi. Lantaran itu, melalui
pengajaran dan program pemulihan yang baik dan terancang, kefahaman
konsep dapat diterapkan dalam minda murid-murid agar mereka tidak
mewarisi miskonsepsi dan kesukaran dalam matematik.

REFLEKSI TUGASAN
RIDUAN
Tugasan yang diberikan ini banyak mendatangkan kebaikan kepada
saya untuk saya terapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
demi kepentingan murid-murid saya nanti. Meskipun saya seorang guru,
saya perlu mencari seberapa banyak ilmu yang bermanafaat terutama
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran matematik supaya dapat
membantu anak didik saya yang menghadapi kesukaran dan miskonsepsi
matematik seperti dalam topik pengurusan data.
Selepas menerima tugasan,saya berbincang bersama dengan ahli
kumpulan saya untuk mencari maklumat dan idea untuk menyiapkan

tugasan ini. Oleh kerana kekangan masa disebabkan masalah yang


dihadapi

oleh

ahli

kumpulan

yang

lain,

perjumpaan

kami

untuk

berbincang berkaitan dengan tugasan yang diberikan agak terhad.


Lantaran itu, kami hanya mampu berhubung di alam maya iaitu
berkomunikasi melalui telefon, facebook, email dan sebagainya. Saya
bersyukur kerana semua ahli kumpulan saya sentiasa bekerjasama untuk
mencari maklumat berkaitan dengan tugasan ini dari pelbagai sumber
seperti pencarian di internet, bahan-bahan ilmiah serta menemubual
dengan beberapa orang guru matematik di sekolah masing-masing.
Kemudian kami berbincang bersama ahli kumpulan dan membuat analisa
tentang hasil dapatan kami.
Selepas

kami

berjaya

mengumpul

maklumat-maklumat

yang

diperlukan seperti faktor-faktor atau punca-punca yang menyumbang


kepada

masalah

kesukaran

dan

miskonsepsi

dalam

pembelajaran

matematik iaitu miskonsepsi dalam pengurusan data yang dihadapi oleh


murid-murid. Kami saling berbincang dan bertukar-tukar pandangan,
secara tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk mendalami
masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik yang
dihadapi oleh murid-murid saya sendiri. Saya berharap agar ilmu serta
pengalaman yang saya perolehi ini, akan saya aplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran saya dengan sebaik mungkin supaya
murid-murid saya tidak mengalami kesukaran dan miskonsepsi dalam
pemmbelajaran matematik lagi.
Selain itu, dalam masa saya menyiapkan tugasan ini bersama-sama
dengan rakan-rakan, telah membuatkan hubungan silaturrahim antara
kami menjadi semakin erat. Sikap toleransi dan saling bekerjasama antara
kami serta hubungan yang baik terjalin

di antara rakan-rakan sekuliah

serta pensyarah kami yang sentiasa memberi tunjuk ajar memudahkan


kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Saya juga
lebih mengenali sikap bukan sahaja rakan-rakan sekumpulan, malahan
saya juga sentiasa berhubung dengan lebih rapat dengan guru-guru di
sekolah saya terutama dengan guru-guru matematik dan kami saling

bertukar-tukar pandangan demi untuk kebaikan murid-murid kami.


Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama dengan pensyarah dan
rakan rakan sekumpulan dalam melaksanakan tugasan ini membolehkan
saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya untuk berkomunikasi
terutamanya berkomunikasi dengan murid-murid saya ketika proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, dengan adanya tugasan kerja khusus ini, telah
memberikan banyak faedah kepada saya terutamanya cara-cara untuk
mengatasi masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran
matematik di kalangan murid-murid sekolah. Saya berharap agar saya
mampu menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal
insan yang berkualiti sejajar dengan harapan negara.

TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU


KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN
DAN
REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
6. THANALETCHIMI A/P RAMANAIDO
NO.KP : 840127025320
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00630/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN

: KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KUMPULAN

: MATEMATIK

PENSYARAH

TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan


pengalaman anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Dalam pembelajaran matematik, miskonsepsi dapat dirumuskan


sebagai salah tanggapan, kefahaman yang tidak jelas diteima pada satu
masa pembelajaran.

Selaku seorang guru matematik, saya mendapati

tajuk pengurusan data merupakan satu tajuk yang agak sukar untuk
dikuasai oleh murid-murid sederhana dan murid lemah. Meskipun dalam
topik pengurusan data ini melibatkan proses pengiraan serta pembinaan
yang mudah dan telahpun mereka pelajari dalam topik sebelumnya,
namun masih ada murid yang memberikan jawapan yang salah ketika
menjawab soalan yang diberikan. Apabila keadaan ini berlaku, saya mula
memikirkan di manakah silapnya murid-murid berkenaan atau kesilapan
itu berpunca daripada saya sendiri. Setelah saya membuat perbincangan
antara guru-guru matematik di sekolah saya serta saya meneliti bukubuku latihan yang dibuat oleh murid-murid saya , saya mendapati
beberapa kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid
saya.
Miskonsepsi

yang

berlaku

pada

murid-murid

dalam

topik

pengurusan data berkemungkinan disebabkan oleh guru tidak mengaitkan


isi

pelajaran

dengan

pengetahuan

sedia

ada

murid.

Sekiranya

pengetahuan sedia ada murid adalah bercanggah dengan pengajaran


guru atau kaedah yang diajar, maka di sini akan mewujukan kesukaran
dan

miskonsepsi

dalam

pembelajaran

matematik.

Kesukaran

dan

miskonsepsi ini akan menjadi semakin rumit jika guru tidak peka dan
mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.
Murid-murid juga mengalami kesukaran untuk menentukan nilai dan
skala yang perlu ditulis pada paksi menegak dan melintang. Keadaan ini
terjadi adalah disebabkan murid tidak dapat menghubungkaitkan antara
data pada jadual yang diberi dengan membilang dengan kumpulan.
Situasi ini mengelirukan murid sekaligus menyukarkan mereka untuk
membuat keputusan terhadap skala pada paksi. Sebagai contohnya, nilai
pada paksi menegak 3, 6, 12, 21 dan 24 diberi . Murid diminta membina
satu carta palang. Di sini murid perlu memikirkan nombor yang sesuai
untuk diletakkan pada skala di antara setiap palang.

Nilai yang perlu

diletakkan antara palang ialah 3, iaitu mengira secara tiga-tiga. Ada


ketikanya, murid juga bermasalah untuk melukis saiz bagi setiap palang
dengan betul. Palang

yang tidak setara akan menyebabkan salah

tanggapan wujud di dalam minda mereka.


Dalam kes pembinaan carta pai pula, masalah yang sering berlaku
ialah dalam proses mengintepretasikan maklumat kepada bentuk pecahan
dan pengiraan pecahan kepada peratus. Sekiranya mereka tidak dapat
mengira dengan tepat, sudah pasti mereka juga gagal menghasilkan
sebuah carta pai yang betul.
yang

menyatakan

bahawa

Mereka juga kurang jelas dengan konsep


sebahagian

daripada

carta

pai

adalah

sebahagian pecahan dari keseluruhan data.Oleh sebab itu, proses


mengintepretasikan data kepada bentuk pecahan amatlah perlu bagi
pembinaan carta pai berbentuk pecahan. Apabila data telah ditulis dalam
bentuk pecahan, kelihatan pula sebilangan daripada murid-murid yang
berhadapan dengan masalah dalam mengira peratus. Ini adalah kerana
mereka

tidak

mengaitkan

pecahan

dengan

peratus

dengan

cara

mendarabkan pecahan dengan 100% atau menukarkan penyebut kepada


100 bersamaan dengan pengangka. Keseluruhan

carta pai

yang telah

siap dibina tidak dapat diperjelaskan dengan baik oleh murid-murid.


Sebagai kesimpulannya, pengetahuan yang mendalam seseorang
guru itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting demi
untuk meningkatkan tahap kefahaman murid-murid. Konsep yang di
sampaikan oleh guru merupakan aspek yang penting dan berguna untuk
membimbing murid-murid agar mereka dapat menguasainya sekaligus
mampu mengurangkan kesukaran dan miskonsepsi murid-murid dalam
pembelajaran

matematik.

Guru

yang

tidak

memiliki

pengetahuan

konsepsual yang kukuh akan membawa kepada masalah kesukaran dan


miskonsepsi

murid-muriddalam

menyelesaikan

masalah

matematik.

Bimbingan dan usaha seorang guru amatlah perlu bagi membantu muridmurid setiap kali mereka menghadapi masalah seperti kesukaran dan
miskonsepsi untuk menyelesaikan masalah matematik.

REFLEKSI TUGASAN
THANALETCHIMI A/P RAMANAIDO

Tugasan mengenai kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh


murid-murid dalam pembelajaran matematik merupakan satu tugasan
yang banyak memberikan manafaat kepada saya. Meskipun terdapat
pelbagai

masalah

yang

sering

dihadapi

oleh

murid-murid

dalam

pembelajaran matematik khususnya di sekolah-sekolah, namun ianya


tidak diberi perhatian serta dikaji dengan lebih mendalam.
Ketika tugasan ini dijalankan, saya telah mengadakan perbincangan
di antara ahli-ahli kumpulan saya yang lain. Kerjasama yang diberikan
oleh setiap ahli kumpulan memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan. Kami turut membuat tinjauan akan masalah yang
dihadapi oleh murid-murid di sekolah masing-masing terutamanya dalam
topik pengurusan data. Saya juga telah mengenalpasti beberapa masalah
yang menjadi punca kepada berlakunya kesukaran dan miskonsepsi
murid-murid dalam pembelajaran matematik.
Pada mulanya, saya mencari maklumat berkaitan dengan kesukaran
dan miskonsepsi dengan melakukan pencarian di internet, saya juga

membaca pelbagai bahan bacaan ilmiah di samping berbincang dengan


guru-guru matematik di sekolah saya. Selepas itu, saya mengumpul
semua maklumat yang diperolehi dan membuat analisa untuk mencari
maklumat yang diperlukan. Saya juga membuat kajian terhadap hasil
kerja murid untuk mengenalpasti masalah kesukaran dan miskonsepsi
yang dihadapi oleh mereka terutama dalam topik pengurusan data.
Antara perkara perkara yang dikaji adalah seperti beriktu:

Sejauh manakah murid-murid saya memahami tentang isi

dalam topik pengurusan data?


Bagaimanakah cara yang dapat
membantu

murid-murid

saya

saya

menangani

lakukan
masalah

untuk
yang

mereka hadapi?
Mengapakah
mereka

menyelesaikan soalah yang diberikan?


Apakah kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid

menghadapi

kesukaran

untuk

ketika menjawab soalan yang diberikan?


Hasil kajian didapati bahawa meskipun murid-murid berminat
terhadap topik pengurusan data, namun mereka masih melakukan
kesilapan dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Selain itu mereka
juga masih tidak memahami dan menguasai konsep yang diajar dan amat
memerlukan bimbingan guru untuk menyelesaikan soalan yang diberikan.
Miskonsepsi yang timbul adalah disebabkan murid-murid masih kabur dan
kurang memahami konsep matematik seperti dalam topik pengurusan
data. Dalam menghadapi situasi seperti ini guru seharusnya peka
terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid untuk mengelakkan
berlakunya kesukaran dan miskonsepsi.
Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana meskipun pelbagai
halangan yang menjadi cabaran kepada saya dalam usaha untuk
menyiapkan kerja khusus ini seperti kekangan masa disebabkan oleh
kesibukan tugas masing-masing, tempat tinggal kami yang berjauhan
menyebabkan kami sukar untuk bertemu dan berbincang tugasan yang
diberikan, namun tugasan ini berjaya juga disiapkan dalam tempoh yang

diberikan.Selain

itu,

saya

juga

berupaya

untuk

meningkatkan

profesionalisme saya dalam bidang keguruan ekoran daripada pelbagai


ilmu pengetahuan yang saya perolehi sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini. Pengalaman ini membuahkan hasil yang cukup bermakna
untuk saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi
untuk kebaikan murid-murid saya.

TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU


KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KOMEN
DAN
REFLEKSI TUGASAN

NAMA AHLI :
7. YUVANESWARI A/P RAMAN
NO.KP :
NO. MATRIK: PPG/MT/01/00646/2012/2/KIC

MATA PELAJARAN

: KRM 3043 ASAS PENGURUSAN DATA

KUMPULAN

: MATEMATIK

PENSYARAH

: PN NOOR KHALIZA MOHD KHAIRUDDIN

TARIKH SERAH: 16 NOVEMBER 2013

Komen terhadap kesukaran dan miskonsepsi berdasarkan


pengalaman anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan kepada pengalaman saya mengajar matematik kepada


murid-murid di tahun 4 dan tahun 5, sebilangan murid-murid menghadapi
masalah kesukaran dan miskonsepsi dalam pembelajaran matematik
terutama

dalam

topik

pengurusan

data.

Antara

kesukaran

dan

miskonsepsi dalam topik pengurusan data yang telah dikenal pasti adalah
seperti :

Murid

masih

tidak

memahami

maksud

maklumat

diberikan untuk mewakili bilangan nombor


diberikan . Contohnya

yang

yang

mewakili 5 buah buku, tetapi

kebanyakkan murid akan menganggapkannya hanya sebuah

buku sahaja.
Murid masih tidak dapat mengenalpasti skala selang kelas
bagi paksi X dan paksi Y dengan tepat semasa mereka
melukis graf palang.

Kesukaran

dan

miskonsepsi

dalam

pembelajaran

matematik

terutama dalam topik pengurusan data juga berlaku ketika murid mencari
nilai median bagi suatu siri data. Hal ini berlaku kerana murid baru
diperkenalkan dengan mod, min dan median. Hakikatnya mereka masih
kurang memahami akan konsep min, mod dan median. Contohnya:
3,2,6,4,1,8
- Kesilapan yang berlaku ialah murid-murid terlupa atau tidak menyusun
terlebih dahulu set data tersebut dan membuat kesimpulan akhir bahawa
jawapan bagi penyelesaian tersebut adalah 8.
Mengikut padangan dan hasil dapatan tugasan saya, kesukaran dan
miskonsepsi dalam pembelajaran matematik sepertimana yang dihadapi
oleh murid-murid terutama dalam topik pengurusan data

dapat diatasi

dengan cara murid itu sendiri rajin menanyakan soalan sekiranya tidak
memahami konsep, memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran semasa guru mengajar.
Selain itu, kesukaran murid-murid untuk membuat perkaitan dalam
pembelajaran

matematik

miskonsepsi kepada

juga

boleh

menimbulkan

kesukaran

dan

murid-murid tersebut. Contohnya, perkaitan di

antara nombor dengan kuantiti. Sekiranya murid tidak menguasai


kemahiran ini, mereka sukar untuk mengingatkan kembali pelajaran lalu
sekaligus menyukarkan mereka untuk membuat aplikasi dalam situasi

yang baru. Bagi segelintir murid pula, miskonsepsi dan kesukaran yang
mereka hadapi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik mungkin
disebabkan oleh masalah kurang

kemahiran membaca, menulis dan

berkomunikasi. Masalah ini semakin berlanjutan kerana adanya istilahistilah matematik yang jarang-jarang sekali mereka dengar apatah lagi
mereka gunakan dalam kehidupan seharian Contoh istilah matematik
yang digunakan dalam pembelajaran matematik khususnya dalam topik
pengurusan data seperti min, mod, median, gundalan, dan sebagainya.
Berdasarkan kepada pemerhatian saya semasa menyemak jawapan
murid-murid, saya mendapati mereka menghadapi kesukaran untuk
memahami carta-carta. Kebanyakkan daripada mereka tidak tahu untuk
membaca data pada carta apai kerana carta itu tidak menunjukkan
sebarang peratusan. Penguasaan matematik yang lemah menyumbang
kepada kesukaran dan miskonsepsi dalam menilai carta pai iaitu konsep
asas matematik ( pecahan dan darab) .Ini adalah disebabkan carta pai
perlu diselesaikan dengan pengiraan.
Meskipun dalam piktograf, maklumat yang diberikan adalah jelas,
namun masih terdapat murid yang tidak

menjawab soalan yang

mempunyai aras yang tinggi. Sekiranya soalan yang diberikan adalah


jenis soalan terus atau mempunyai satu operasi sahaja, murid-murid
dapat menjawab manakala bagi soalan yang mempunyai pelbagai
kemahiran atau memerlukan murid-murid memikirkan dengan lebih
terperinci, mereka tidak dapat menjawabnya dengan jawapan yang betul.
Sebagai kesimpulannya, pemahaman atau konsep yang salah akan
mendorong kepada kesukaran dan miskonsepsi di kalangan murid-murid
dalam pembelajaran matematik terutama dalam pengurusan data seperti
topik piktograf.

REFLEKSI TUGASAN
YUVA
Tugasan ini adalah berkaitan dengan perbincangan kesukaran dan
miskonsepsi yang seringkali dihadapi oleh murid-murid di sekolah rendah
semasa mempelajari tajuk pengurusan data. Secara berkumpulan kami
menyiapkan

tugasan

ini,

alhamdulillah

akhirnya

kami

berjaya

menyiapkannya dalam masa yang diberikan. Tugasan yang diberikan


memerlukan kami mengumpulkan maklumat tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi kesukaran dan miskonsepsi, conton-contoh bagi setiap
miskonsepsi seta langkah-langkah untuk mengatasi masalah kesukaran
dan miskonsepsi dalam pengurusan data.
Melalui tugasan yang diberikan ini, saya telah memperolehi pelbagai
ilmu pengetahuan yang berguna dan saya manafaatkan ilmu tersebut ke
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah saya. Antaranya
ialah pengalaman yang diperolehi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berkaitan dengan kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi
oleh murid-murid kami. Setiap ahli dalam kumpulan kami menyumbang
idea masing-masing dalam usaha untuk menghasilkan tugasan ini. Idea
ahli kumpulan saya itu, saya gabungkan dan saya gunakan demi untuk
membantu murid-murid saya yang menghadapi masalah kesukaran dan
miskonsepsi dalam pembelajaran matematik terutamanya dalam tajuk
pengurusan data.
Selain itu, saya mendapat kerjasama yang cukup baik daripada ahli
kumpulan saya meskipun kami sentiasa sibuk dengan urusan masingmasing. Namun begitu, ahli kumpulan saya sedia berkorban masa dan
tenaga dan berkumpul untuk membincangkan tugasan ini. Sekiranya tidak
dapat berjumpa, kami seringkali berhubung melalui talian telefon, email
atau facebook.

Selesai menjalani tugasan yang diberikan, saya mendapati tugasan


ini sangat bermakna kerana kami generasi guru yang baru akan
menyambung kesinambungan guru-guru terdahulu. Guru-guru perlu lebih
kreatif, inovatif serta mampu mempelbagaikan cara dan kaedah tertentu
untuk membantu dan membimbing murid-murid mengatasi masalah
kesukaran dan miskonsepsi murid-murid dalam pembelajaran matematik
terutamanya dalam tajuk pengurusan data. Akhirnya, saya juga lebih
mengetahui kaedah yang dapat membantu murid-murid lemah dalam
menguasai kemahiran berkaitan konsep dalam pembelajaran matematik.

You might also like