You are on page 1of 8

Mazhab ( )ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.

Dalam agama Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang
berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi Al-Tabiin yang
mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.

Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh


dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul
yang rajih.

Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali.
Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang
sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia
menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab
lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan
dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia,
Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti
mazhab Syafie.

Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.

Isi kandungan [sorokkan]


1

Ahli Sunnah wal Jamaah

1.1

Mazhab Hanafi

1.2

Mazhab Maliki

1.3

Mazhab Syafie

1.4

Mazhab Hanbali

Syi'ah

2.1

Mazhab Jaafariyyah

2.2

Mazhab Ismailiyyah

2.3

Mazhab Zaidiyah

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Ahli Sunnah wal Jamaah[sunting | sunting sumber]


Mazhab Hanafi[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi diasaskan oleh Numan bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah.
Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak
dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah
yang dihadapi.

Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka
dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara.

Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan
tinggi dalam pemerintahan.

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau
juga sebagai ketua ahli fikir (ahli rau). Golongan cerdik pandai pada masa itu
menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan."

Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan,


baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai
zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.

Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi
beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri

Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional

Mazhab Maliki[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Mazhab Maliki

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada
tahun 93 hijrah.

Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu
hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan
Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada
masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan
suburnya di kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis
Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru.
Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis
yang pelajarinya.

Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya
menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan
anaknya mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman
Malik adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya
roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk
perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya.
Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik.
Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.

Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik
dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa
oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah
seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih
rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam
konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa
hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal
dan membelakangkannya.

Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang
dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benarbenar berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh
Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai
pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi
penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu-satu
hukum atau fatwa.

Beliau pernah berkata: Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari
jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku. Apabila beliau
ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya : Pulanglah dulu
supaya aku dapat berfikir. Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik
kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik
menangis dan berkata Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari
kiamat).

Mazhab Maliki turut digelar sebagai mazhab yang terlalu tradisional

Mazhab Syafie[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Mazhab Syafie

Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada
tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin.

Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah.

Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya
bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.

Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam
menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran
serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam
bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu
fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.

Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat
serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid)
bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: Diceritakan
kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang

pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama
dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa
mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya.
Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas
untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau
menghafaz dan menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau
pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10
tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa
Arabnya.

Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga
banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa
mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang
ilmu fikah.

Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda
bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : Tidak sesuai engkau bersyair
kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?

Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau
menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam
Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu
Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.

Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu
fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun
atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.

Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan
beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang
menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga
menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki.
Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

Mazhab Hanbali[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Mazhab Hanbali

Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di
bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah.

Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya
tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya.
Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga
menjadi seorang imam.

Seseorang pernah berkata kepadanya: Sampai bilakah engkau hendak menuntut


ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah
menjadi imam bagi seluruh umat Islam?

Imam Ibnu Hanbal menjawab: Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke
pintu kubur.

Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.

Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di
Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di
Masjidil Haram.

Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di
Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu
Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.

Syi'ah[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Syiah
Syi'ah atau lebih dikenal lengkapnya dari kalimat bersejarah Syi`ah `Ali pada awal
mula perkembangannya juga banyak memiliki aliran. Namun demikian hanya tiga
aliran yang masih ada sampai sekarang, yaitu Itsna 'Asyariah (paling banyak
diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah. Di dalam keyakinan utama Syi'ah, Ali bin Abu
Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak untuk memegang tampuk
kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin. Di antara ketiga
mazhab Syi'ah terdapat perbezaan dalam hal siapa saja yang menjadi imam dan
pengganti para imam tersebut.

Mazhab Jaafariyyah[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Jaafariyyah
Mazhab Ja'fari [1] atau Imam Dua Belas (Itsna 'Asyariah) adalah mazhab dengan
penganut yang terbesar dalam Muslim Syi'ah. Dinisbatkan kepada Imam ke-6, iaitu
Ja'far ash-Shadiq bin Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Keimaman
kemudian berlanjut yaitu sampai Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Asykari bin Ali
al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin Ali ar-Ridha bin Musa al-Kadzim bin Ja'far ashShadiq. Mazhab ini menjadi mazhab rasmi Negara Republik Islam Iran.

Mazhab Ismailiyyah[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Ismailiyah
Ismailiyah adalah mazhab dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam
Syi'ah, selepas mazhab Imam Dua Belas (Ithna 'Asyariah). Sebutan Ismailiyah
diperoleh pengikut mazhab ini kerana penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il
bin Ja'far sebagai pewaris dari Ja'far ash-Shadiq. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di
lain pihak menerima Musa al-Kadzim sebagai Imam mereka. Baik Ismailiyah
mahupun Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam Syi'ah
terdahulu, sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah awal
mazhabnya.

Mazhab Zaidiyah[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Zaidiyah
Mazhab Zaidi atau Mazhab Lima Imam berpendapat bahwa Zaid bin Ali merupakan
pengganti yang berhak atas keimaman dari ayahnya Ali Zainal Abidin, saudara
tirinya, Muhammad al-Baqir. Dinisbatkan kepada Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin
Abi Thalib. Setelah kematian imam ke-4, Ali Zainal Abidin, yang ditunjuk sebagai
imam selanjutnya adalah anak sulung beliau yang bernama Muhammad al-Baqir,
yang kemudian diteruskan oleh Ja'far ash-Shadiq. Zaid bin Ali menyatakan bahawa
imam itu harus melawan penguasa yang zalim dengan pedang. Setelah Zaid bin Ali
syahid pada masa Bani Umaiyyah, beliau digantikan anaknya Yahya bin Zaid.

You might also like