You are on page 1of 2

10 Kandungan Utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan

a. Pendidikan adalah satu usaha berterusan.


Pendidikan ialah satu proses dalam diri seseorang yang bermula sejak dari kandungan ibu lagi sehingga lah ke akhir hayat nya.
Pendidikan yang diterima oleh seseorang berlaku di mana-mana dan bukannya hanya berlaku di sekolah.
Pendidikan ini berlaku secara berterusan secara formal atau pun tidak formal.
b.Memperkembangkan lagi potensi individu
Kandungan falsafah pendidikan kebangsaan yang kedua ialah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh. Maksud
potensi individu ialah kebolehan atau pun bakat seseorang individu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.
c.Insan yang seimbang dan harmonis
Maksud insan yang seimbang dan harmonis ialah tiada sebarang perkara yang terabai dan keseimbangan bagi seseorang individu
adalah penting bagi memastikan kemajuan dirinya.
d.Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Semua potensi diri dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek disepadukan bagi menguasai kemahiran-kemahiran dan juga bidang
ilmu. Selain daripada itu nilai-nilai murni juga perlu disepadukan demi memenuhi keperluannya dalam menjalani kehidupan.
e.Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Untuk mengawal diri agar tidak melakukan kejahatan,maka kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan perlu disemaikan dalam diri
setiap individu. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ini juga terkandung dalam prinsip Rukun Negara.
Setiap individu yang mempunyai kepercayaan agama akan percaya bahawa setiap yang dilakukan di dunia ini mesti mendapat balasan
di akhirat.
f.Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Matlamat kerajaan ialah menjadikan semua rakyat Malaysia berilmu pengetahuan. Justeru itu,setiap rakyat perlu mempunyai ilmu
pengetahuan yang secukupnya.
g. Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia
Kerajaan juga mengharapkan rakyatnya berakhlak mulia,berdisplin dan hidup hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
Rakyat juga diminta untuk bersopan santun berbudi bahasa.
h. Rakyat yang bertanggungjawab
Menerusi pendidikan, rakyat dapat dididik untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan negara.
i. Rakyat yang berketerampilan
Keterampilan bermaksud menonjolkan diri. Kerajaan mengharapkan rakyatnya dapat melaksanakan tugas-tugas nya dengan cekap.
j.Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri
Manusia memang mahukan kesejahteraan diri bagi mencapai kepuasan dirinya.
Kesejahteraan diri adalah penting dalam mengharungi kehidupan yang aman dan damai.

usaha
berterusan
berakhlak
mulia

potensi
individu

menyeluruh
dan
bersepadu

berilmu

10
Kandungan
FPN
bertanggu
ngjawab

seimbang &
harmonis

berketeram
pilan

kesejahtera
an diri
Ketuhanan

You might also like