You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

PUAN SAIDATLNISA BINTI ABDULLAH


Ketibaan

HAS

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun di tutur pembuka bicara.
Mengumumkan dan Mempersilakan yang di raikan Pn.Saidatulnisa binti Abdullah
diiringi yang berusaha tuan pengetua, SMK Taman Dato Harun, Tuan Haji Ghumiat
bin Kamdi.

Alu-aluan
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna

RAMA

Kami bawakan kepada anda Majlis THE JOURNEY OF PN. SAIDATULNISA IN


SMKTDH sempena persaraan Pn. Saidatulnisa binti Abdullah, Penolong Kanan
Pentadbiran SMKTDH.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T, Salam sejahtera dan
salam 1 Malaysia.
Yang diraikan,
Puan Saidatulnisa bt Abdullah, Mantan Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Tmn
Dato Harun,
Yang Berusaha,
Tuan Haji Ghumiat bin Kamdi, Pengetua SMK Taman Dato Harun.
Yang Dihormati,
Puan Hanifah bt Mohd Sirat, Penolong Kanan HEM,
Cik Hajah Norsinta bt Awad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Maznah binti Abu Hassan, Guru Penolong Petang,
Barisan Pengetua dan Pentadbir Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Utama
En..Yang Dipertua PIBG SMK Taman Dato Harun
Seterusnya Barisan ketua-ketua bidang, guru-guru cemerlang, kaunselor, ketua
panitia, guru-guru, murid-murid , hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
Selamat Datang ke Majlis Datang ke Majlis The Journey Of Pn. Saidatulnisa in
SMKTDH sempena persaraan Pn. Saidatulnisa Binti Abdullah, Penolong Kanan 1,
SMK Taman Dato Harun.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bacaan
Doa

HAS

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Khalid bin Usoh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(DOA)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Khalid atas bacaan doa itu tadi.

RAMA

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Yang Diraikan Pn. Saidatulnisa binti Abdullah, sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Pen. Kanan
Pentadbiran di SMKTDH.

HAS

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan yang Berusaha Tn Haji Ghumiat
bin Kamdi, Pengetua SMKTDH untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
(UCAPAN)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan yang
telah disampaikan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

RAMA

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang
bertajuk The Journey of Pn. Saidatulnisa binti Abdullah in SMKTDH .
(PERSEMBAHAN POWER POINT)
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi
sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.

HAS

Seterusnya tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada yang
diraikan Pn. Saidatulnisa. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
(UCAPAN)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang
diraikan Pn. Saidatulnisa atas ucapan itu tadi.
Sundah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

RAMA

Hadirin sekalian,
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada _________________________________ yang akan
menyampaikan ______________________________________. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Itulah sebentar tadi persembahan pelajar yang cukup istimewa.

HAS

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Tuan Hj. Ghumiat Bin Kamdi, Pengetua SMK Taman Dato Harun untuk mengiringi
yang diraikan Pn. Saidatulnisa bagi menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

*IKUT SENARAI*

RAMA

Seterusnya majlis menjemput wakil guru matapelajaran, ketua panitia, dan


kakitangan sekolah menyampaikan hadiah kepada yang diraikan Pn.
Saidatulnisa.
*IKUT SENARAI*

HAS

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan saidatulnisa
binti Abdullah atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan

HAS

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan
Intaikami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan Pn.
Saidatulnisa kerana sudi bersama kita pada hari yang bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar yang diraikan Pn. Saidatulnisa bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis persaraan Pn.
Saidatulnisa.

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sebagai acara penutup Majlis Send

RAMA

Off, Pn. Saidatulnisa akan menaiki kereta dan keluar dari perkarangan sekolah
dengan iringan kompang.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
SekianTerima kasih

You might also like