You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HEBF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

Nama

: LOO LAI FUNG

No. Matrikulasi

: 830712085966001

No. Kad Pengenalan

: 830712085966

No. Telefon

: 017-5920186

Alamat E-mel

: llf@oum.edu.my

Tutor

: PN.HARLINA BINTI HJ ISHAK

Pusat Pembelajaran

: PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

Semester

: SEMESTER JAN 2016

Aktiviti 3 (T1A3) Refleksi


Dengan adanya kursus ini, saya telah mandapat gambaran yang jelas tentang Program
Pendidikan Inklusif. Saya juga telah dapat membina pengetahuan dan kemahiran dalam
menentukan murid-murid normal dengan murid-murid berkeperluan khas. Saya juga secara
tidak langsung mendalami kehendak, cara dan pedagogi murid-murid berkeperluan khas.
Hasil pengetahuan dan kemahiran ini, penulis cukup berkeyakinan untuk terlibat dalam
Program Pendidikan Inklusif. Penulis yakin akan berupaya untuk merancang dan mentadbir
proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu murid-murid berkeperluan khas
menguasai ilmu dan kemahiran yang sepatutnya.
Berpeluang untuk mengkaji secara mendalam mengenai pendidikan inklusif ini
sangat memberikan

pengalaman

yang

tiada tolak bandingnya.

Walaupun

selama ini

sekolah saya mempunyai beberapa orang murid berkeperluan khas, namun kekangan masa serta
murid yag terlampau ramai kadangkala saya meninggalkan mereka dengan murid lain atau kerja
lain membataskan saya untuk mendekati mereka dengan lebih dekat. Berbalik kepada aktiviti
yang dijalankan iaitu aktiviti pertama di mana saya perlu menyediakan satu kertas kerja
yang lengkap berkenaan dengan pelaksanaan pendidikan inklusif supaya ia dijalankan dengan
lebih meluas. Tugasan ini agak rumit kerana saya bukan dalam bidang ini namun berkat
perkongsian ilmu dengan rakan-rakan ilmu yang lain semua ini dapat ditempuhi. Namun saya
beterima kasih kepada guru pemulihan khas di sekolah saya yang banyak membantu.
Saya juga banyak membuat rujukan melalui internet mengenai pendidikan inklusif ini.
Melalui capaian internet pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudahnya walaupun
kadang-kadang capaian internet agak perlahan. Bagi aktiviti 2 tugasan sedikit rumit kerana saya
perlu menyediakan atau memikirkan satu program bagi murid-murid istimewa ini. Pelbagai
peringkat kajian saya perlu buat dan realisasikan. Mujurlah dalam masa kajian ini dijalankan
sekolah mewujudkan Program Mentor-Menti, bermula dengan inilah perhubungan kami makin
rapat dan pelajar memberi kerjasama yang diperlukan.

Pada pendapat saya sekolah saya belum lagi bersedia untuk melaksanakan Pendidikan
Inklusif ini secara meluas. Terdapat pelabagai masalah serta peralatan yang perlu disediakan
bagi memastikan ia berjaya sepenuhnya.Ini kerana tanpa guru yang berpengetahuan, alatan yang
bersesuaian pasti menyukarkan kejayaan pendidikan inklusif ini. Sesuatu
hendak

atau

akan

dijalankan

perlulah

dibuat

kajian

program

yang

yang terperinci supaya ia tidak

membebankan banyak pihak. Ia juga perlu dilakukan secara serius supaya kanak-kanak istimewa
ini mendapat pendidikan yang sememangnya menjadi hak mereka.
Pelbagai pihak termasuk guru, pentadbir, PIBG, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu
berganding bahu bagi memastikan Pendidikan inklusif yang dijalankan di sekolah berjalan
dengan lancar dan seiring dengan kemajuan yang dikecapi. Pengalaman yang berguna
ini, dapat membantu saya dalam mengendalikan murid-murid yang seperti ini di masa akan
dating.
Sebagai kesimpulan, Pendidikan Khas sebenarnya ada banyak jenisnya yang diwujudkan
khusus untuk manfaat kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia ini tetapi agak malang
sedikit nasibnya jika dibandingkan dengan mereka yang agak beruntung kerana dilahirkan ke
dunia ini dalam keadaan yang kita kategorikan sebagai normal anggota tubuh badannya bahkan
juga intelektualitinya. Inilah suatu amalan keadilan yang wajar kita insafi sebagai insan normal
dalam menyediakan peluang pendidikan terbuka luas untuk mereka ikuti sebagai persediaan
untuk mereka hidup berdikari bila dewasa nanti agar mereka tidak dipandang hina atau
disisihkan oleh masyarakat dek kerana ketidak normalan mereka itu yang mereka sendiri pun
sebenarnya tidak rela dilahirkan sebegitu.
Dengan adanya pendidikan ini, bermakna kita telah melaksanakan tanggungjawab kita
atau dengan kata lain, kita telah menunaikan hak mereka untuk mendapatkan hak yang sama rata
dalam pendidikan sepert imana kita yang normal telah mendapat hak-hak kita. Tidak keterlaluan
rasanya jika kita dianggap telah melakukan satu jenayah kemanusiaan bilamana kita menafikan
hak mereka untuk mendapatkan pendidikan dek kerana ketidak normalan mereka sedangkan
mereka dan kita adalah sama-sama makhluk Tuhan yang bernama manusia yang punya nafsu,
akal , hati dan juga perasaan.

Sedangkan kalau pada binatang pun, mereka juga ada hak tersendiri yang perlu kita
hormati, inikan pula pada manusia, makhluk Tuhan yang sama seperti kita cumanya mereka itu
agak kurang normal sepertimana kita. Sudahlah mereka kurang bernasib baik, kita yang
normal ini pula tanpa rasa belas kasihan semakin menambah kesengsaraan dan keperitan yang
sudah sediakala mereka deritai.
Jadi memang wajarlah Pendidikan Khas ini kita sediakan untuk mereka dengan harapan
mereka mampu berdikari dan dapat
sebaliknya,

memandang

rendah

diterima
pada

baik

dalam

masyarakat

dan

bukan

mereka, menghina mereka ataupun menyisihkan

mereka dari masyarakat. Sebenarnya bukan setakat pendidikan ini saja, kemudahan-kemudahan
awam pada hari ini perlu lebih mesra pengguna-pengguna OKU dan peluang-peluang pekerjaan
juga sepatutnya perlu lebih luas terbuka untuk mereka. Walaubagainama pun, sebelum saya
menamatkan refleksi ini, kali ini saya rasa saya perlu buat penegasan bahawa sudah tiba saat
dan ketikanya dimana dalam usia 57 tahun negara ini merdeka, di saat, kita mengejar status
sebagai negara maju, di sudut lain pula kita mahu memartabatkan tahap pendidikan yang bertaraf
dunia, mewujudkan pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas sepatutnya sudah menjadi
salah satu agenda utama negara.
Program seperti Program Permata Pintar kendalian UKM dan dibawah naungan isteri
Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor amat wajar diberi sokongan. Cumanya
kalau boleh, perkembangannya perlu lebih dipertonjolkan lagi dan produknya perlu dipaparkan
dan dipertontonkan pada umum bagi memperlihatkan bahawa keberhasilan daripada programnya
adalah sesuatu yang memberangsangkan dan membanggakan kita semua. Program Permata
Pintar perlu menunjukkan atau menyerlahkan kehebatan yang programnya bias mampu
membuahkan hasil yang negara boleh banggakan. Akhir kata, pendidikan dan pembangunan
modal insan sememangnya amat penting kerana kanak-kanak pada hari ini adalah pemimpin
negara di masa depan. Mereka perlu diberi peluang yang sebaik-baiknya untuk bekalan hidup
mereka di masa depan bila mereka dewasa nanti.

Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai kelemahan dan kelebihan masingmasing. Sebagai seorang guru, kelebihan dan kelemahan itu perlu diolah dengan bijak untuk
membentuk insan yang berilmu dan berkemahiran. Kanak-kana berkeperluan khas juga perlu
menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan. Tanpa ilmu dan kemahiran mereka akan mudah
tergugat dan menerima risiko cabaran. Oleh sebab itu, guru yang ada pada hari ini, perlu
mengenalpasti murid-murid berkeperluan khas dan menyediakan teknik dan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berupaya membantu mereka menguasai ilmu dan kemahiran.

Kesimpulannya, kursus HBEF3503 Pendidikan Inklusif merupakan satu kursus yang


memberikan saya peluang kepada saya untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran saya
dalam bidang perguruan dengan lebih baik. Saya bersyukur dengan rakan-rakan, guru dan
pensyarah pembimbing yang banyak membantu saya sepanjang mengikuti kursus ini dan juga
dalam menyiapkan tugasan ini. Kesempatan untuk menghasilkan tugasan ini mengajar saya
untuk bersikap lebih profesional dalam menguruskan masa bekerja dan masalah belajar. Segala
kemahiran dan pengetahuan yang saya miliki sepanjang mengikuti kursus ini akan saya
aplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada masa hadapan supaya menjadi
lebih berkesan dan interaktif. Akhir kata, untuk memajukan negara, kita juga dalam masa yang
sama mesti memajukan mutu pendidikan kita.
Sekian terima kasih.

You might also like