You are on page 1of 9

PROPOSAL INOVATIF

LATAR BELAKANG MASALAH

A. Latar Belakang
Salah satu upaya meningkatkan pengembangan pembelajaran adalah dengan
meningkatkan inovasi para guru khususnya di bidang penggkhususannya. Dengan
bahan bantu mengajar yang efisyen mampu menajdikan sesi pembelajaran lebih
seronok dan menarik selain memberikan kesan dalam diri murid.
Pada masa kini kerajaaan amat menekankan proses pembelajaran abad ke -21,
Proses pembelajaran ini amat menitik beratkan aspek kesedian pelajar, kemahiran
guru, suasana perkembangan pembelajaran dari segi IQ dan EQ serta sekolah yang
dilengkapkan dengan infrastruktur dan kemudahan pengajaran yang menjurus
kearah abad-21. Pengembangan pembelajaran berasaskan IT (mengitegrasikan IT
dalam pembelajaran). Misalnya; mengembangkan e-learning (virtual class leraning,
internet base learning, e-books, distance learning, dan student computer base
learning) memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi dan misi
Kementerian Pendidikan Malaysia tercapai dan dapat direalisasikan.
Di peringkat sekolah

rendah murid-murid tahun 1-3 yang dikesan tidak

menguasai pembelajaran dalam bahasa, numerasi akan dipantau

dan diajar

menggunakan modul khas LINUS (Literacy and Numeracy Screening). Guru-guru


matematik bertanggaungjawab sepenuhnya terhadap modul numeracy. Namun
sejauh manakah modul yang digunakan dapat meningkatkan keupayaan murid
LINUS? Dari persoalan itu telah timbul idea untuk menghasilkan satu alat yang
dapat membantu guru-guru LINUS bagi modul numeracy untuk topik penambahan
dan penolakan nombor bulat.
Tanggunggjawab guru LINUS matematik menjadi amat berat kerana terpaksa
berhadapan dengan murid-murid yang tidak boleh membaca, menulis, mengira dan
mengitlak. Murid-murid ini perlu dibimbing dengan menggunakan bahan bantu

mengajar yang boleh merangsang minda dan pemikiran mereka dengan lebih cepat
terutamanya bagi mata pelajaran matematik. Amir Hasan (2002) bidang pendidikan
tidak dapat lari daripada menggunakannya sebagai BBM kepada guru-guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
B. Kekangan Dalam PDP
Murid-murid yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas/kurikulum biasa
tidak dapat mencapai sesuatu objektif pengajaran yang mudah dan juga
mempunyai pengamatan yang lemah atau rendah.
Murid-murid LINUS kurang fokus semasa sesi pembelajaran biasa di dalam
kelas, mereka kurang tertarik dengan teknik pengajaran secara chalk and talk.
Faktor yang menyebabkan

daya tumpuan mereka kurang kerana bermasalah

dengan kemahiran pertuturan, mereka kurang bergaul dengan rakan-rakan yang


lain serta tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasda kelas biasa
dijalankan. Dari segi penulisan pula, murid-murid LINUS tidak dapat membentuk
nombor dengan baik, mereka tidak dapat membezakan antara simbol, kedudukan
nombor bulat, operasi tambah dan tolak. Murid-murid ini tidak dapat memahami
kehendak soalan apabila diajukan dalam bentuk tulisan semasa ujian bertulis
dijalankan. Kelemahan itu mengakibatkan mereka tidak mahu berfikir dan mencari
jawapan (mengitlak).
Banyak bahan-bahan bantu mengajar yang disediakan oleh pihak sekolah namun
bahan bantu mengajar tersebut tidak dapat menarik minat seterusnya
mengukuhkan daya ingatan murid tentang sesuatu konsep atau fakta.
C. Tahap Pencapaian Pelajar
Pencapaian murid LINUS berada pada tahap yang amat rendah. Bagi contoh
soalan berikut :

Murid-murid LINUS tidak menjawab soalan yang diajukan kerana mereka


belum menguasai tajuk nombor bulat, mengenalpasti kedudukan nombor serta tidak
dapat menulis nombor dengan betul di ruang yang disediakan. Aras soalan yang
disediakan ini adalah tahap paling rendah bagi murid-murid biasa. Dalam ujian
yang telah diberikan kepada 10 orang murid LINUS

tahun 3 hanya seorang

menjawab betul dua soalan yang diajukan dan 7 orang jawab dengan tidak tepat dan
2 orang murid tidak menjawab langsung.
Satu lagi betuk soalan yang agak kompleks telah diberikan kepada mereka, iaitu
menyelesaikan operasi tolak dan tambah. Murid LINUS ini tidak dapat menjawab
dengan betul dan tepat. ke semua soalan. Contoh soalan :

Jumlah markah yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan hanya seorang
murid yang mendapat markah 2/17 dan sembilan orang tidak mendapat sebarang

markah. Disini jelas menunjukkan prestasi murid LINUS jauh tertinggal di


belakang kawan-kawan yang belajar di dalam kelas biasa. Guru-guru jangan asyik
bertanyakan soalan apa yang murid ini mampu buat? Sebaliknya memikirkan
apakah yang mampu kita buat untuk murid-murid ini.
D. KEPENTINGAN
Guru yang terlibat dalam mengendalikan modul numeracy haruslah berfikiran
kreatif dan inovatif mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan teknik dan
kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Kedah pengajaran yang hanya
menggunakan chalk and talk perlu diganti dengan pengajaran menggunakan
bahan bantu mengajar yang berinovasi dan menarik. Bahan bantu mengajar yang
dihasilkan perlulah mengambil kira kesan pada masa hadapan murid-murid LINUS
ini.
Melaui idea yang diketengahkan ini diharap dapat membantu guru-guru LINUS
yang mengajar modul Numeracy dengan lebih berkesan. Bahan bnatu mengajar
yang dihasilkan ini boleh memastikan murid belajar dengan usaha sendiri dan
secara masteri. Murid akan lebih berminat dengan bahan bantu mengajar ini yang
mempunyai pelbagai fungsi dan mampu meningkatkan daya

ingatan murid.

Secara tidak langsung murid akan belajar mengikut kefahaman mereka serta
mewujudkan konsep koloborasi dengan guru yang membimbing.

MATERIAL
Produk ini dihasilkan daripada bahan yang ringan dan boleh simpan serta
mudah dibawa kemana sahaja. Bahan asasnya teridri daripada kepingan plastik
yang tebal dan plastik lutcahaya bagi paparan depan. Dengan mengggunakan
komponen-komponen elektronik bagi menghasil sistem pencahayaan yang dapat
menarik minat murid, produk ini juga turut dilengkapi sistem bunyi dari buzzer.
Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan :

Kepingan perspek keras (legap)

Kepingan perspek ( lutsinar)

Gam

Papan litar elektronik

LED (pelbagai warna)

Buzzer

Wayar

Kapasitor

Perintang

Bateri AA

Pemegang Bateri

Alat pateri

Timah elektronik

JUMLAH KOS
Bahan

Kos

Kepingan perspek keras (legap) RM1.00 sekeping (10cm x 10cm)


RM1.50 sekeping (10cm x 10cm)
Kepingan perspek ( lutsinar)

Papan litar elektronik

RM3.00 sekeping (100cm)

LED (pelbagai warna)

RM0.50 sebiji

Buzzer

RM2.00 sebiji

Wayar

RM1.00 semeter

Kapasitor

RM0.50 sebiji

Perintang

RM1.50 sebiji

Bateri AA

RM1.00 sebiji

Pemegang Bateri

RM1.50 sebiji

Alat pateri

RM10.00

Timah elektronik

RM2.00 semeter

Jumlah :

RM25.50

KEASLIAN PRODUK
Idea untuk produk ini adalah secara bersama, yang diilhamkan atas kesedaran
dan inisiatif bagi membuat satu bentuk inovasi bagi keperluan guru-guru yang

mengajar matematik menerusi modul LINUS tahun 3. Perbincangan bersama telah


dilakukan hamper 2 minggu bagi menjana idea produk yang berkualiti, murah,
efisyen dan bermanfaat.
Hasil dari perbincangan maka satu reka bentuk produk telah dilakarkan pada
peringkat awal. Segala usaha lakaran iini telah dilakukan oleh Puan Najah
Suhaimi. Berasaskan model elektronik board. Lakaran susulan telah dilakukan oleh
Cik Zainah Ismail dengan penambahbaikan dari segi panel dan fungsi setiap
struktur. Hasil rekabentuk ini adalah asli tanpa meniru atau mengambil daripada
mana-mana sumber yang telah menghasilkan produk mereka sama ada di Malaysia
atau luar negara. Hasil lakaran dan rekabentuk juga adalah berpandukan nasihat dan
pendapat daripada pihak UTM dengan bimbingan Dr Mahyudin. Segala usaha
dalam memastikan rekabentuk produk dan lakaran akan dilakukan bagi
mendapatkan hak paten bagi produk ini nanti.
Diatas inisiatif bersama maka produk ini diharap dapat didaftarkan dengan
Intelectual Property Corporation of Malaysia (My IPO) dibawah undang-undang
Patenst Act 1983 sekiranya produk ini menepati piawai yang ditetapkan. Dengan
adanya usahasama daripada pihak UTM dan pelajar diharap banyak lagi produkproduk inovasi yang dapat dihasilkan seterusnya dapat dipasarkan di masa akan
datang.

ANALISIS MASALAH
Analisis Bahan Sedia ada
Kaedah/Pendekatan
Guru menggunakan kaedah penerangan

Isu
Mudah bagi guru tetapi membosankan

(Chalk and Talk) menggunakan papan

bagi murid

putih/papan hitam
Penggunaan ICT semasa aktiviti dalam

Kekurangan kemudahan ICT dan capaian

kelas

internet, peruntukan masa yang tidak


mencukupi.

UJIAN DIAGNOSTIK

ANGGARAN KOS PROJEK


Kos Bahan
Bahan
Kepingan perspek keras
(legap)
Kepingan perspek (lutsinar)
Papan litar elektronik
LED (pelbagai warna)
Buzzer
Wayar
Kapasitor
Perintang
Bateri AA
Pemegang Bateri
Alat pateri
Timah elektronik
Butang pelbagai saiz
Soft-pad square button
Kadbod

Kos Seunit
RM1.00
(10cm x 10cm)

Kuantiti
1

RM1.50
(10cm x 10cm)
RM3.00 (100cm)
RM0.50
RM2.00
RM1.00/m
RM0.50
RM1.50
RM1.00
RM1.50
RM10.00
RM2.00/m
RM0.30
RM0.50
RM3.00

1.50

1
10
1
2m
10
10
2
1
1
2m
30
15
1

3.00
5.00
2.00
2.00
5.00
15.00
2.00
1.50
10.00
4.00
9.00
12.50
3.00

JUMLAH

76.50

Kos Upah
RM3.00 x 3 orang x 5 jam = RM45.00

Jumlah (RM)
1.00

Kos Overhed
Elektrik = RM2.00
Lain-lain = RM2.00
Jumlah RM4.00
KOS PROJEK = RM76.50 + RM45.00 + RM4.00 = RM125.50
ASPEK KOMERSIAL
Projek yang dinamai BIMBo (Best Electronic Mathematic Board) ini belum lagi
direkacipta oleh mana-mana orang perorangan atau agensi di Malaysia. Maka ia
mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
Selain itu, BIMBo ini mempunyai pasaran yang luas kerana terdapat banyak sekolah
rendah baik Sekolah Kebangsaan mahu pun Sekolah Jenis Kebangsaan yang
mempunyai murid LINUS yang memerlukan produk ini sebagai bahan bantu belajar.
Produk ini juga ringan dan mudah dibawa ke mana-mana kerana proses pengajaran dan
pembelajaran tidak semestinya berlaku dalam bilik darjah sahaja. Oleh yang demikian,
produk ini mudah dibawa ke tempat lain sekiranya guru ingin mengajar dalam suasana
yang berbeza.
BIMBo juga mempunyai pelbagai warna yang boleh menarik minat murid untuk belajar
dan berfungsi untuk mengukuhkan pengetahuan murid dalam aspek numerasi.
Harga yang ditawarkan juga murah berbanding produk bahan bantu mengajar lain yang
sukar diperolehi dan mahal harganya.

You might also like