You are on page 1of 3

Bahan-bahan

Untuk Ayam

1 ekor ayam potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air
rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

sudu besar Jintan Manis goreng tanpa minyak hingga naik bau

sudu besar Jintan Putih goreng tanpa minyak hingga naik bau

3 sudu besar Biji Ketumbar goreng tanpa minyak hingga naik bau

1 sudu besar Serbuk Kari Ayam

1 sudu besar Serbuk Kunyit

sudu besar Serbuk Lada Putih

3 ulas Bawang Putih

1cm Halia

Sedikit Air

1 sudu kecil Garam

Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal

Sedikit minyak masak

10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)

10 biji Cili padi

10 biji Bawang kecil/merah, hiris

3 biji Bawang putih, hiris

5 biji Tomato, potong 4

5 cm Belacan

2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit

3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan

3 ulas bawang putih

satu btg kayu manis

4 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

sedikit butter

garam

kiub pati ayam/daging

6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara
1.

Untuk Ayam Penyet

2.

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga
halus.

3.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2
cenggini best.

4.

(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak
tauhu/tempe. Tak buat.

5.

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.

6.

Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

7.

Untuk Sambal

8.

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

9.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

10.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

11.
12.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.


Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk
sehingga separa halus.

13.

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.

14.

Masukkan gula merah dan gaul rata.

15.

16.

Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut
citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal
dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup

17.

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis,
bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).

18.

Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup
semasa disajikan.

19.

20.

21.
22.

23.

Untuk Nasi

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga
menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

You might also like