You are on page 1of 24

Bertarikh pada

haribulan

2012

Di antara
SPNB/RMR/PRO-04/F-05
O

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD


(No.Syarikat : 444205-M)
Dan
SPNB CONSTRUCTION SDN BHD
(No.Syarikat : 568812-D)
Dan
ALI BIN ABU
(NO. K/P : 551018-07-5127)
(Tuantanah)
Dan
AHMAD BIN ALI
(NO. K/P : 761021-07-5220)
(Penerima Pembiayaan)
****************************************************************
PERJANJIAN PEMBINAAN & PEMBIAYAAN
****************************************************************
TETUAN IKBAL SALAM & ASSOCIATES
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
NO. 50-A & 50-B, JALAN MOLEK 2/2
TAMAN MOLEK
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR
TEL: 07-3572472
FAX: 07-3572441
(Ruj. Fail : SPNB/RMR/JHR/001)

-1-

PERJANJIAN PEMBINAAN DAN PEMBIAYAAN


PERJANJIAN INI dibuat pada hari, bulan dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 1
Jadual Pertama perjanjian ini (kemudian daripada ini dipanggil sebagai Perjanjian ini)
DI ANTARA
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (No. Syarikat : 444205-M), sebuah syarikat milik
Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat
1965 dan mempunyai alamat berdaftarnya di Tingkat 8, Wisma PERKESO, Jalan Tun Razak, 50400
Kuala Lumpur (kemudian daripada ini dipanggil sebagai SPNB) di satu pihak
DAN
Pihak di mana butir-butirnya adalah terkandung di dalam SEKSYEN 2 Jadual Pertama yang dilampirkan
di penghujung Perjanjian ini (kemudian daripada ini dipanggil sebagai Penerima Pembiayaan) di
satu pihak yang lain
DAN
Pihak di mana butir-butirnya adalah terkandung di dalam SEKSYEN 3 Jadual Pertama yang dilampirkan
di penghujung Perjanjian ini (kemudian daripada ini dipanggil sebagai Tuan Tanah) di satu pihak
yang lain
DAN
SPNB CONSTRUCTION SDN. BHD. (No. Syarikat : 568812-D), sebuah syarikat yang ditubuhkan di
Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftarnya di Tingkat 8, Wisma
PERKESO, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini dipanggil sebagai SPNBC) di
satu pihak yang lain.
BAHAWASANYA :
1.

SPNB telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pembinaan rumah di bawah
program yang dikenali sebagai RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) (selepas ini dirujuk sebagai
Program RMR) di seluruh negara bagi golongan individu yang layak untuk memohon.
Antara lain, objektif Program RMR adalah bagi membantu golongan berpendapatan rendah
seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di
rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan
selesa.

2.

Melalui pembentangan Rang Undang-Undang Pembekalan 2012 bagi Bajet untuk tahun 2012 di
Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011 oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri
Kewangan Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bahawa Program RMR akan diteruskan
bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah lebih selesa. Bagi tujuan ini,
SPNB akan diberikan peruntukan tambahan di bawah Program RMR oleh Kerajaan Malaysia
bagi membina 10,000 unit RMR dalam tahun 2012.

3.

SPNB akan melaksanakan pembinaan 10,000 unit RMR tersebut dengan reka bentuk baru
berciri dan berdasarkan kaedah Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building System)
(selepas ini dirujuk sebagai IBS) iaitu satu sistem atau kaedah pembinaan yang mana
komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut
dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan menggunakan pekerja yang minimum di tapak.

4.

Bagi tujuan tersebut di atas, SPNB telah melantik SPNBC sebagai pihak yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan pembinaan unit RMR yang mana SPNBC akan
bertanggungjawab untuk membina satu unit rumah berkeluasan seperti diperihalkan di dalam
SEKSYEN 4 Jadual Pertama (kemudian daripada ini dipanggil sebagai Bangunan tersebut)
dengan harga seperti ditetapkan di dalam SEKSYEN 5 (kemudian daripada ini dipanggil sebagai
Jumlah Kontrak) di atas tanah yang dimiliki oleh Tuan Tanah.

-2-

5.

Pemohon akan mendapat subsidi melalui Dana Skim Rumah Mesra Rakyat yang mana butirbutirnya adalah tertera di dalam SEKSYEN 6 Jadual Pertama (sementara baki daripada Jumlah
Kontrak seperti diperihalkan di dalam SEKSYEN 7(A) Jadual Pertama (selepas daripada ini
dipanggil sebagai Baki Jumlah Kontrak) dan kos pengurusan seperti diperihalkan di dalam
SEKSYEN 7(B) Jadual Pertama akan dibiayai oleh SPNB di atas permohonan Penerima
Pembiayaan berdasarkan terma dan syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini (kemudian
daripada ini dipanggil sebagai Kemudahan Pembiayaan tersebut).

6.

SPNBC akan membina sebuah rumah mengikut pelan, spesifikasi, rekabentuk berdasarkan
teknologi IBS dan Jumlah Kontrak yang diluluskan di atas tanah yang dimiliki Tuan Tanah bagi
faedah Penerima Pembiayaan yang telah diluluskan permohonan mereka oleh SPNB untuk
menyertai Projek tersebut berdasarkan Surat Tawaran yang dikeluarkan dan juga tertakluk
kepada syarat-syarat dan terma-terma seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

7.

Tuan Tanah adalah pemilik berdaftar bagi hartanah yang butirannya seperti yang terkandung di
dalam SEKSYEN 8 Jadual Pertama (kemudian daripada ini dipanggil sebagai Tanah
tersebut) yang mana sebagai sekuriti kepada pembayaran semula Kemudahan Pembiayaan
tersebut, Tuan Tanah telah bersetuju untuk menggadaikan Tanah tersebut kepada SPNB.

8.

Berdasarkan persetujuan Tuan Tanah tersebut di atas Penerima Pembiayaan telah memohon
kepada SPNB untuk Kemudahan Pembiayaan tersebut yang mana jumlahnya adalah seperti
yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 10 Jadual Pertama di dalam Perjanjian ini (kemudian
daripada ini dipanggil sebagai Jumlah Pembiayaan).

9.

Di atas permintaan Penerima Pembiayaan dan dengan persetujuan Tuan Tanah, SPNB
bersetuju, melalui Perjanjian ini, untuk memberi Kemudahan Pembiayaan tersebut untuk dan
bagi faedah Penerima Pembiayaan dan kedua-dua pihak iaitu Penerima Pembiaya dan Tuan
Tanah dengan ini bersetuju untuk memasuki Perjanjian ini tertakluk kepada terma-terma dan
syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

10.

Bagi tujuan pelaksanaan Projek tersebut, SPNB bersetuju, melalui Perjanjian ini, untuk melantik
SPNBC untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi Projek tersebut dan Tuan Tanah dan
Penerima Pembiayaan dengan ini bersetuju untuk melantik SPNBC untuk membina Bangunan
tersebut mengikut pelan-pelan yang dilampirkan sebagai LAMPIRAN A dan spesifikasi yang
dilampirkan sebagai LAMPIRAN B tertakluk kepada peruntukan dan syarat-syarat yang
terkandung dalam Perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI oleh kesemua pihak di dalam Perjanjian ini seperti
berikut:1.

TAFSIRAN
1.1

Di dalam Perjanjian ini jika konteksnya menghendaki sedemikian maka :Baki Jumlah Kontrak

Jumlah seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 7(a) Jadual


Pertama Perjanjian ini;

Borang Kecacatan
Rumah

ertinya aduan kecacatan rumah sekiranya


dinyatakan oleh Penerima Pembiayaan;

IBS

ertinya Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building


System) iaitu satu sistem atau kaedah pembinaan yang mana
komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di kilang
atau di tapak bina), diangkut dan dipasang dalam kerja
pembinaan dengan menggunakan pekerja yang minimum di
tapak;

Insuran Kebakaran

ertinya insuran untuk melindungi Bangunan tersebut dalam


keadaan malapetaka kebakaran yang akan diambil oleh SPNB
bagi faedah Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan yang
mana kosnya akan dibayar oleh Penerima Pembiayaan
bersama dengan Jumlah Bayaran Ansuran Bulanan apabila
diberi notis mengikut peruntukan Klausa 22 Perjanjian ini;
-3-

ada

yang

Jumlah Bayaran Ansuran


Bulanan

ertinya jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh


Penerima Pembiayaan kepada SPNB bagi tujuan pembayaran
kemudahan pembiayaan tersebut yang mana amaunnya
seperti dinyatakan di dalam SEKSYEN 15 Jadual Pertama
Perjanjian ini;

Jumlah Kontrak

ertinya kos keseluruhan bagi pembinaan Bangunan tersebut;

Jumlah Pembiayaan

ertinya jumlah Kemudahan Pembiayaan seperti yang


dinyatakan di dalam SEKSYEN 10 Jadual Pertama Perjanjian
ini;

Kemudahan Pembiayaan

ertinya kemudahan kredit yang diberikan bagi membiayai


Baki Jumlah Kontrak dan Kos Pengurusan seperti yang
dinyatakan di dalam SEKSYEN 7(a) dan SEKSYEN 7(b) Jadual
Pertama Perjanjian ini;

Kepentingan Sekuriti

ertinya kepentingan sekuriti seperti yang dinyatakan di dalam


SEKSYEN 11 Jadual Pertama Perjanjian ini;

Pelan Tersebut

ertinya
semua pelan-pelan yang diperlukan oleh Pihak
Berkuasa yang Berkenaan bagi tujuan pembinaan Bangunan
tersebut;

Pihak Berkuasa Yang


Berkenaan

ertinya
mana-mana
badan
kerajaan,
separuh
kerajaan, jabatan atau badan berkanun atau agensi kerajaan;

PPGB

ertinya Polisi Perlindungan Gadaijanji Berkurangan;

Penerima Pembiayaan

ertinya seperti yang dibutirkan di dalam SEKSYEN 2 Jadual


Pertama Perjanjian ini dan merangkumi dan termasuk
warisnya, wakil peribadinya, pengganti dalam hak miliknya
dan penerima serahanhaknya yang dibenarkan dan jika
terdapat dua orang atau lebih yang termasuk di dalam
perbahasan Penerima Pembiayaan, maka dalam hal
sedemikian, maka tanggungan mereka di bawah Perjanjian ini
perlu bersesama dan berasingan;

SPNB

ertinya SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (No.


Syarikat : 444205-M) sebuah syarikat awam dengan liabliti
terhad milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang
ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia di bawah Akta
Syarikat 1965 dan mempunyai alamat perniagaannya di
Tingkat 8, Wisma PERKESO, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala
Lumpur dan pihak yang bertanggungjawab sebagai Pemberi
Pembiayaan;

SPNBC

ertinya SPNB CONSTRUCTION SDN. BHD. (No. Syarikat :


568812-D), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di
bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat
berdaftarnya di Tingkat 8, Wisma PERKESO, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur dan bertanggungjawab sebagai pihak
yang membina Bangunan tersebut.

Surat Tawaran

ertinya Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh SPNB kepada


Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan yang mana
butirannya seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 9
Jadual Pertama Perjanjian ini;

Senarai Kecacatan

ertinya senarai kerosakan, ketidaksempurnaan, kekecutan


atau keretakan kecil atau mana-mana kerosakan yang terjadi
disebabkan oleh bahan-bahan binaan atau mutu kerja yang
tidak memenuhi spesifikasi dan hanya disahkan oleh pegawai
SPNB;
ertinya surat SPNBC yang mengesahkan rumah tersebut siap
dibina mengikut spesifikasi;

Surat Perakuan Siap


Kerja

-4-

Surat Pengesahan
Penerimaan
Kunci Rumah
Tarikh Milikan Kosong

1.2

2.

ertinya LAPAN BELAS (18) bulan dari Tarikh Penyerahan Tapak


seperti yang diperuntukkan di dalam Klausa 14.4 Perjanjian ini
tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam
Perjanjian ini yang diserahkan kepada Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan oleh SPNBC selepas pembinaan
Bangunan tersebut disiapkan tertakluk kepada peruntukan di
dalam Klausa 14.2 dan 14.5 Perjanjian ini;

Tarikh Penyerahan Tapak

ertinya Empat Belas (14) hari dari tarikh Perjanjian ini atau
mana-mana tarikh yang dipersetujui oleh SPNBC seperti yang
diperuntukkan di dalam Klausa 14.1 Perjanjian ini, pada masa
mana ketika itu, SPNB atau SPNBC hendaklah berpuashati
bahawa apa-apa kerja-kerja meroboh atau membersihkan
struktur bangunan yang sedia ada atau apa-apa struktur atau
tanam-tanaman yang ada atau wujud di atas Tanah tersebut
atau tapak Bangunan tersebut atau kerja-kerja penambakan,
sekiranya perlu, telah dilakukan oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan dengan sempurna untuk tujuan
membolehkan SPNBC atau waklinya atau egennya atau
kontraktornya memulakan kerja-kerja pembinaan Bangunan
tersebut;

Tuan Tanah

ertinya pihak yang butirnya disebut di dalam SEKSYEN 3


Jadual Pertama di dalam Perjanjian ini termasuk warisnya,
wakil peribadinya, pengganti dalam hakmiliknya dan
penerima serahaknya yang dibenarkan dan jika terdapat dua
orang atau lebih yang termasuk dalam perbahasan Tuan
Tanah itu maka tanggungan mereka di bawah Perjanjian
perlu bersesama dan berasingan;

Perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah disifatkan dan dikira
termasuk gender feminin dan neuter dan bilangan tunggal termasuklah bilangan banyak dan
sebaliknya.
KELULUSAN PEMBINAAN DAN PEMBIAYAAN BANGUNAN TERSEBUT
2.1

3.

ertinya surat yang mengesahkan Penerima Pembiayaan telah


menerima milikan kosong Bangunan tersebut;

Sebagai balasan terhadap segala persefahaman, persetujuan, perjanjian, waad dan


akujanji pihak-pihak di dalam Perjanjian ini, maka Penerima Pembiayaan, dengan
persetujuan Tuan Tanah untuk membenarkan pembinaan Bangunan tersebut di atas
tanah milikannya dan juga tanahnya dicagar kepada SPNB sebagai sekuriti, telah
memohon dan SPNB telah menerima dan meluluskan permohonan untuk membina dan
membiaya Bangunan tersebut di bawah Projek tersebut tertakluk sentiasa kepada
syarat-syarat seperti berikut :
2.1.1

Penerima Pembiayaan dan Tuan Tanah hendaklah bersetuju ke atas pelantikan


SPNBC selaku pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja
pembinaan Bangunan tersebut yang dilantik oleh SPNB untuk Projek tersebut.

2.1.2

Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan lain di dalam Perjanjian ini


dan walau apapun yang terkandung di dalam Perjanjian ini, SPNB dan SPNBC
hendaklah bertanggungjawab untuk membina Bangunan tersebut pada Jumlah
Kontrak sebagaimana dinyatakan dalam SEKSYEN 5 Jadual Pertama di dalam
Perjanjian ini dengan kaedah pembayaran semula oleh Penerima Pembiayaan
sebagaimana dinyatakan dalam SEKSYEN 15 Jadual Pertama Perjanjian ini.

2.1.3

SPNBC akan mendirikan dan membina di atas Tanah tersebut, Bangunan


tersebut mengikut pelan-pelan dan kelulusan dari pihak Jurutera SPNBC atau
wakilnya;

2.1.4

Penerima Pembiayaan hendaklah membayar kepada SPNB Jumlah Kontrak


mengikut cara yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua seperti yang dilampirkan
di dalam Perjanjian ini.

PEMBINAAN BANGUNAN TERSEBUT


-5-

4.

3.1

SPNBC melalui wakilnya atau ejennya hendaklah membina Bangunan tersebut dengan
cara dan ciri-ciri ketukangan yang baik mengikut piawai sistem IBS, spesifikasi yang
ditetapkan dan pelan-pelan yang diperihalkan dalam Perjanjian ini.
Penerima
Pembiaya dan/atau Tuan Tanah tidak boleh sama sekali dalam apa jua keadaan
sekalipun meminta, mengarahkan atau melakukan sebarang tindakan yang
mendorong kepada perubahan dan/atau pindaan kepada spesifikasi yang ditetapkan
dan pelan-pelan yang diperihalkan di dalam Perjanjian ini melainkan kecuali apa yang
dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan dan untuk mana-mana perubahan
yang dikehendaki oleh Jurutera SPNBC, sekiranya terpakai.

3.2

SPNBC hanya bertanggungjawab untuk membina Bangunan tersebut mengikut pelanpelan dan spesifikasi seperti yang terdapat di dalam Lampiran A dan Lampiran B
sahaja, sementara tanggungjawab untuk meroboh atau membersihkan apa-apa
struktur bangunan atau apa-apa struktur atau tanam-tanaman serta juga apa-apa
kerja penambakan di atas Tanah tersebut atau tapak Bangunan tersebut adalah
menjadi tanggungjawab Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan yang hendaklah
dilakukan sebelum Tarikh Penyerahan Tapak (seperti yang didefinasikan di dalam
Klausa 14.1 Perjanjian ini) dan kos bagi tujuan tersebut adalah menjadi tanggungan
Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan.

3.3

SPNBC tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membina infrastruktur lain seperti


jalan, jalan masuk, penyambungan bekalan air dari meter ke paip utama,
penyambungan paip najis ke sistem pembentungan berpusat dan penyambungan
bekalan elektrik bagi Bangunan tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan, SPNBC hanya
bertanggungjawab untuk menyediakan infrastruktur setakat perparitan (parameter
drain) sahaja di sekeliling Bangunan tersebut termasuk paip luaran PVC (discharge
pipe) sepanjang Sepuluh (10) meter maksima dan juga paip limpah PVC bermula dari
tangki pembentungan sepanjang Sepuluh (10) meter maksima ke parit berdekatan.

3.4

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain yang terdapat di dalam Perjanjian ini,


tempoh masa pembinaan Bangunan tersebut adalah sepertimana yang dinyatakan di
dalam Inden Arahan Kerja akan disiapkan ialah dalam masa LAPAN BELAS (18) BULAN
dari Tarikh Penyerahan Tapak Tanah tersebut.

PEMBIAYAAN
4.1

Tertakluk kepada kelayakan Penerima Pembiayaan mengikut budi bicara SPNB


dan/atau apa-apa sekuriti lain yang perlu disediakan oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan kepada dan untuk faedah SPNB selaku pelaksana Projek
tersebut, SPNBC akan menyebabkan SPNB menyediakan kemudahan kredit (kemudian
daripada ini dipanggil sebagai Kemudahan Pembiayaan tersebut) bagi faedah
Penerima Pembiayaan dan/atau Tuan Tanah.

4.2

Tanpa prejudis kepada mana-mana peruntukan yang disebutkan oleh mana-mana


kluasa di dalam Perjanjian ini, SPNB mempunyai hak dan budi bicara tersendiri tanpa
boleh dipersoal oleh Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan di dalam
menyediakan Kemudahan Pembiayaan tersebut kepada Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan bagi tujuan menjelaskan Jumlah Pembiayaan tersebut termasuk tetapi
tidak terhad kepada gadaian ke atas Tanah tersebut.

4.3

Sekiranya Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan berjaya mendapat Kemudahan


Pembiayaan tersebut dari SPNB, Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan
dikehendaki menyempurnakan dan menandatangani dokumen Perjanjian ini dan/atau
sebarang perjanjian lain termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen Gadaian
Borang 16A Kanun Tanah Negara ke atas Tanah tersebut, sama ada atau tidak, pada
tarikh yang sama dengan Perjanjian ini.

4.4

Sekiranya Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan lewat dalam menandatangani/


memeterai/menyempurnakan Perjanjian ini dan/atau apa-apa dokumen yang
bersangkutan dengan Kemudahan Pembiayaan tersebut atau Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan gagal menandatangani/memeterai/menyempurnakan dokumen
yang bersangkutan dengan gadaian mengikut keadaannya, setelah menerima notis
dari SPNBC/SPNB, maka Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan akan
bertanggungjawab ke atas apa-apa bayaran kemajuan yang kena dibayar menurut
Klausa 5.8.
-6-

4.5

Tanpa menyentuh apa-apa syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini, di


dalam keadaan di mana umur Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan didapati
lebih daripada had yang telah ditetapkan oleh SPNB atau di dalam keadaan yang
dianggap sesuai pada budibicara SPNB, Kemudahan Pembiayaan tersebut boleh
diluluskan kepada mana-mana Permohonan yang bersesuaian dengan syarat
Kemudahan Pembiayaan tersebut hanya digunakan bagi tujuan pembinaan rumah
mengikut syarat-syarat Perjanjian ini.

4.6

Tertakluk kepada Klausa 4.11 di dalam Perjanjian ini jumlah Kemudahan Pembiayaan
tersebut hendaklahlah tidak melebihi Jumlah Maksima Pengeluaran Pembiayaan.

4.7

Bayaran terhadap kerja-kerja pembinaan hendaklah dibuat terus oleh SPNB kepada
pihak SPNBC atau wakilnya yang dilantik secara sah dan dibuat secara berperingkat
mengikut Jadual Bayaran Jumlah Kontrak seperti yang dinyatakan di dalam Jadual
Kedua Perjanjian ini DENGAN SYARAT Syarat-Syarat Mutlak yang dinyatakan di dalam
Jadual Ketiga Perjanjian ini telah dipenuhi dan/atau dipatuhi oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan dan sijil telah dikeluarkan oleh SPNBC dan pegawai yang dilantik
oleh SPNB telah membuat pengesahan muktamad ke atas sijil tersebut.

4.8
di
4.9

5.

Had masa maksima Kemudahan Pembiayaan tersebut adalah seperti yang dinyatakan
dalam SEKSYEN 16 Jadual Pertama Perjanjian ini kecuali ianya dilanjutkan masa melalui
notis bertulis oleh SPNB.

Kemudahan Pembiayaan tersebut tidak dikenakan sebarang faedah. Walau


bagaimanapun SPNB tidak bertanggungjawab ke atas sebarang denda ke atas
kelewatan pembayaran yang mungkin dikenakan terhadap Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan oleh SPNBC, jika ada. SPNB juga tidak bertanggungjawab untuk
menanggung, membayar atau membiaya kos penginapan atau kediaman Tuan Tanah
dan/atau Penerima Pembiayaan semasa pembinaan Bangunan tersebut dijalankan
mahupun sebelum dan/atau selepas milikan kosong Tanah tersebut bagi tujuan
pembinaan diserahkan oleh Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan kepada SPNBC
dan juga milikan kosong Bangunan tersebut diserahkan semula oleh SPNBC kepada
Tuan
Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan selepas siap pembinaan Bangunan
tersebut.

4.10

SPNB akan membiaya kos untuk Polisi Perlindungan Gadaijanji Berkurangan (kemudian
daripada ini dipanggil sebagai PPGB) dan kos guaman bagi penyediaan Perjanjian ini
sahaja, sekiranya ada sementara Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan
bertanggungjawab untuk kos Insuran Kebakaran serta apa-apa kos sampingan yang
lain, sekiranya ada dan di dalam hal sedemikian, SPNB mempunyai hak yang mutlak
untuk menuntut kos-kos tersebut, sama ada berasingan atau bersama dengan
Kemudahan Pembiayaan tersebut sekiranya SPNB telah mendahulukan pembayaran
bagi tujuan tersebut dan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan akan membayar
bayaran-bayaran tersebut mengikut notis yang diberikan oleh SPNB, sama ada atau
tidak, bersama Jumlah Bayaran Ansuran Bulanan atau sebaliknya.

4.11

Pengeluaran Kemudahan Pembiayaan tersebut hanya boleh dibuat oleh Tuan Tanah
dan/atau Penerima Pembiayaan setelah segala bentuk dokumen dan/atau perkaraperkara yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 17 Jadual Pertama (kemudian daripada ini
dipanggil sebagai Syarat-Syarat Mutlak tersebut) dipenuhi dan/atau dipatuhi oleh
Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dan diterima oleh SPNB.

PEMBAYARAN BALIK PEMBIAYAAN


5.1

Bayaran Balik Secara Bulanan


5.1.1

Penerima Pembiayaan akan membuat bayaran balik bulanan secara ansuran


Kemudahan Pembiayaan tersebut mengikut jumlah yang telah ditetapkan
seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 15 Jadual Pertama (kemudian
daripada ini dipanggil sebagai Jumlah Bayaran Ansuran Bulanan) dan akan
dibayar balik oleh Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan pada Tarikh
Bayaran Balik Bulanan seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 12 Jadual
-7-

Pertama, bermula pada Tarikh Permulaan Bayaran Balik seperti diperihalkan di


dalam Seksyen 13 Jadual Pertama dan Tarikh Terakhir Bayaran Balik adalah
seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 14 Jadual Pertama Perjanjian ini.

5.2

5.1.2

SPNB berhak untuk mengubah jumlah Kemudahan Pembiayaan tersebut dan


had masa dalam keadaan di mana jumlah pembayaran tersebut tidak dibuat
sepenuhnya dalam jangka masa yang ditetapkan di bawah Klausa 4.9 dan
SPNB selepas itu berhak untuk tidak meneruskan pengeluaran baki
Kemudahan Pembiayaan tersebut atau mana-mana bahagian Kemudahan
Pembiayaan tersebut yang tidak dibuat oleh SPNB dan bayaran balik oleh
Penerima Pembiayaan kepada SPNB akan hanya dikenakan terhadap jumlah
Kemudahan Pembiayaan tersebut yang dikeluarkan sahaja termasuk bayaranbayaran lain yang bersangkutan seperti yang tertera di dalam Klausa 4.10
Perjanjian ini.

5.1.3

SPNB berhak untuk mengubah bayaran balik secara bulanan tersebut di atas
bagi memastikan jumlah bayaran yang kena dibayar oleh Penerima
Pembiayaan akan dibayar secara penuh pada Tarikh Terakhir Bayaran Balik.

5.1.4

Walau apa pun yang diperuntukkan di dalam Perjanjian ini, SPNB mempunyai
hak yang mutlak untuk menukar atau meminda Tarikh Terakhir Bayaran Balik
seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 14 Jadual Pertama Perjanjian ini
sekiranya pada pendapat SPNB ianya perlu dilakukan.

Bayaran Balik Sebahagian


5.2.1

5.3

Bayaran Balik Penuh


5.3.1

6.

Penerima Pembiayaan boleh membuat pembayaran sebahagian jumlah yang


perlu dibayar dengan Satu (1) bulan notis bertulis kepada SPNB menyatakan
jumlah bayaran yang ingin dijelaskan.

Penerima Pembiayaan boleh membuat pembayaran penuh jumlah yang perlu


dibayar di dalam akaun Penerima Pembiayaan dengan memberi Satu (1) bulan
notis bertulis kepada SPNB. Walau bagaimana pun, tanpa menyentuh manamana syarat di dalam Perjanjian ini, Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan tidak dibenarkan untuk menjelaskan dengan sepenuhnya
Kemudahan Pembiayaan tersebut sehingga selepas tempoh Sepuluh (10)
tahun daripada Tarikh Permulaan Bayaran Balik.

5.4

Tanpa mengambil kira peruntukan di atas, sekiranya Penerima Pembiayaan ingin


menjelaskan keseluruhan kemudahan Pembiayaan dalam tempoh kurang dari Sepuluh
(10) tahun, maka Penerima Pembiayaan hendaklah membayar keseluruhan Jumlah
Kontrak. Selain dari itu, Penerima Pembiayaan juga akan dikehendaki menjelaskan
segala kos-kos dan perbelanjaan dan apa-apa yang bersangkutan dengan Perjanjian ini
yang telah dikeluarkan oleh SPNB termasuk duti setem, bayaran pendaftaran dan
penalti (jika ada) serta bayaran perundangan yang berkaitan dan bersangkutan
dengan penyediaan dan pelaksanaan Perjanjian ini.

5.5

Mana-mana bayaran awal dibuat adalah terpakai ke atas obligasi bayaran balik oleh
Penerima Pembiayaan.

5.6

Semua bayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia.

5.7

Semua bayaran hendaklah dibuat tanpa tolakan, tuntutan balas dan apa-apa
pemotongan.

5.8

Setiap notis meminta bayaran daripada Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan
hendaklah disokong dengan satu Surat Perakuan Siap Kerja dan Surat Penyerahan
Kunci Rumah dan setiap surat yang bertandatangan sedemikian akan menjadi bukti
bahawa kerja yang tersebut itu telah siap sepenuhnya mengikut Jadual Kedua. Pegawai
yang dilantik oleh SPNB akan membuat pengesahan muktamad ke atas surat-surat
tersebut.

SEKURITI

-8-

7.

6.1

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan hendaklah menandatangani dokumendokumen yang bersangkutan dengan gadaian, sekiranya pada pendapat dan budibicara
SPNB ianya perlu bagi menjamin pembayaran balik Kemudahan Pembiayaan tersebut
dan lain-lain bayaran di bawah Perjanjian ini.

6.2

SPNB berhak untuk mendapatkan gantian kepada Kepentingan Sekuriti atau sekuriti
tambahan dan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan hendaklah memenuhi
permintaan tersebut dengan menandatangani atau menyebabkan mana-mana pihak
ketiga menandatangani apa-apa dokumen yang diterima pakai oleh SPNB.

6.3

Kepentingan Sekuriti yang diwujudkan bagi SPNB akan menjadi sekuriti bagi semua
hutang yang sedia ada dan bayaran tertunggak, sekiranya ada, yang mungkin wujud
akibat daripada obligasi Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan kepada SPNB
berhubung dengan Kemudahan Pembiayaan tersebut.

KAVEAT
7.1

8.

PERNYATAAN DAN WARANTI


8.1

8.2

9.

SPNB berhak, sekiranya pada budi bicaranya difikirkan perlu, memasukkan Kaveat bagi
memaklumkan kepentingannya di dalam Perjanjian ini ke atas Tanah tersebut.

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dengan ini sesungguhnya menyatakan dan
memberi jaminan kepada SPNB bahawa:8.1.1

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan mempunyai kuasa penuh untuk


memasuki dan melaksanakan obligasi di bawah Perjanjian ini.

8.1.2

Kemudahan Pembiayaan tersebut tidak akan dikira sebagai perkara yang


membatalkan di bawah mana-mana perjanjian oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan dengan mana-mana pihak ketiga.

8.1.3

Tiada prosiding undang-undang sedang atau yang Tuan Tanah dan/atau


Penerima Pembiayaan tahu akan dikenakan ke atasnya dan Tuan Tanah
dan/atau Penerima Pembiayaan tidak melakukan perbuatan bankrap atau
menjadi bankrap atau melanggar mana-mana penghakiman atau perintah
mahkamah.

8.1.4

Semua maklumat yang diberi kepada SPNB adalah benar dan tidak
mengandungi apa-apa fakta yang boleh memberi kesan kepada pemberian
Kemudahan Pembiayaan tersebut oleh SPNB kepada Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan.

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dengan ini mengaku dan menyedari
bahawa kebenaran dan ketepatan perkara-perkara yang dinyatakan di dalam Seksyen
ini dan mana pernyataan lain yang terdapat di dalam Perjanjian ini dan/atau lain-lain
dokumen yang berhubung kait dengan Perjanjian ini adalah benar dan merupakan
perkara asas yang diterima pakai oleh SPNB di dalam membuat keputusannya untuk
memberi Kemudahan Pembiayaan tersebut dan sekiranya terdapat apa-apa saja
pernyataan silap, sama ada sengaja atau sebaliknya, yang mana pernyataan tersebut
akan memudaratkan SPNB untuk meneruskan dengan Perjanjian ini dan/atau memberi
Kemudahan Pembiayaan tersebut, maka di dalam keadaan sedemikian SPNB
mempunyai hak yang mutlak untuk menilai semula, menggantung, menarik balik
semula atau menamatkan Kemudahan Pembiayaan tersebut atau mana-mana
bahagian daripadanya.

WAAD DAN AKUJANJI


9.1

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dengan ini berwaad dan mengakujanji
bahawa dari tarikh Perjanjian ini dan selagi wujudnya apa-apa bayaran yang masih
tertunggak yang perlu dibayar oleh Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan kepada
SPNB di bawah Kemudahan Pembiayaan tersebut, Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan:
9.1.1

Akan membuat pembayaran balik Kemudahan Pembiayaan tersebut mengikut


Jumlah Bayaran Ansuran Bulanan pada Tarikh Bayaran Balik Bulanan atau pada
-9-

apa-apa jumlah atau tarikh yang mungkin ditetapkan oleh SPNB terkemudian
dari tarikh Perjanjian ini.

10.

9.1.2

Akan menjaga dan memastikan Bangunan tersebut di dalam keadaan yang


baik dan akan membenarkan SPNB atau agennya memasuki Bangunan
tersebut dan/atau Tanah tersebut pada waktu yang munasabah bagi
memastikan perkara tersebut dan sekiranya pada pendapat SPNB terdapat
kerosakan dilakukan ke atas Bangunan tersebut, maka Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan akan, dengan kos sendiri membaik pulih kerosakan
tersebut.

9.1.3

Akan mematuhi dan menunaikan segala syarat-syarat dan obligasi di bawah


Perjanjian Pembinaan.

9.1.4

Akan menandatangani sebarang dokumen bagi maksud tambahan


Kepentingan Sekuriti termasuk tetapi tidak terhad kepada gadaian ke atas
Tanah tersebut bagi faedah SPNB seperti yang disebut di dalam Klausa 6
Perjanjian ini sekiranya pada pendapat SPNB ianya perlu bagi menjamin
kepentingan SPNB di dalam hal yang bersangkutan dengan Kemudahan
Pembiayaan tersebut.

9.1.5

Akan membayar kos Insuran Kebakaran yang didahulukan oleh SPNB mengikut
notis yang diberikan oleh SPNB, sama ada atau tidak, bersama dengan Jumlah
Bayaran Ansuran Bulanan.

9.1.6

Tidak akan menjual Bangunan tersebut dan/atau Tanah tersebut dan juga tidak
akan menggadai Tanah tersebut kepada mana-mana pihak ketiga selagi
Kemudahan Pembiayaan tersebut dan mana-mana kepentingan atau apa-apa
bayaran yang tertunggak dan masih terhutang oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayan kepada SPNB masih tidak selesai dibayar keseluruhannya
dan/atau bayaran balik penuh masih tidak dilakukan oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan.

9.2

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dengan ini faham dan akur bahawa
pembinaan Bangunan tersebut adalah menggunakan sistem teknologi IBS yang dari
segi kaedah pembinaannya adalah berbeza daripada pembinaan bangunan secara
konvensional dan kedua-dua pihak akur berwaad dan berakujanji bahawa kedua-dua
pihak tidak mempunyai bantahan, keraguan dan/atau kemusykilan mengenai sistem
IBS tersebut walaupun pembinaannya adalah berbeza daripada pembinaan secara
konvensional.

9.3

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dengan ini berwaad dan berakujanji
bahawa apabila Bangunan tersebut siap kelak kedua-dua pihak akan menerima
Bangunan tersebut tanpa sebarang bantahan, keraguan dan/atau kemusykilan
khususnya ke atas bahan-bahan/komponen-komponen yang digunakan, hasil
ketukangan, spesifikasi, reka bentuk dan kualiti Bangunan.

KEMUNGKIRAN OLEH TUAN TANAH DAN/ATAU PENERIMA PEMBIAYAAN


10.1

Jika Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan:


10.1.1 melakukan apa-apa perlanggaran terhadap had-had dan syarat-syarat yang
terkandung dalam Perjanjian ini atau tidak melaksanakan atau mematuhi
semua atau mana-mana waad Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan
yang terkandung dalam Perjanjian ini; atau
10.1.2 sebelum pembayaran penuh Jumlah Kontrak Bangunan tersebut, melakukan
perbuatan kebankrapan atau membuat apa-apa komposisi atau perkiraan
dengan pemiutang-pemiutangnya; atau
10.1.3 menanggung apa-apa pelaksanaan hukuman yang dikenakan ke atas dirinya
atau harta/asetnya; atau
10.1.4 mengarahkan pemberhentian kerja-kerja pembinaan Bangunan tersebut;
10.1.5 gagal memenuhi terma-terma dan syarat-syarat SPNB dalam jangka masa
yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini.
-10-

10.1.6 gagal membuat pembayaran ke atas bayaran ansuran bulanan dan/atau lainlain bayaran yang kena dibayar dalam tempoh yang ditetapkan oleh SPNB.
10.1.7 gagal mematuhi mana-mana terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian
ini.
10.1.8 Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan telah menjual atau berusaha untuk
menjual Bangunan tersebut dan/atau Tanah tersebut dan/atau Harta tersebut
kepada mana-mana pihak ketiga dengan atau tanpa pengetahuan SPNB.
10.1.9 pihak-pihak kepada Kepentingan Sekuriti gagal untuk mematuhi mana-mana
bayaran di bawah syarat-syarat Kepentingan Sekuriti.
10.1.10 sesuatu keadaan yang wujud mengikut pendapat SPNB bahawa ianya akan
menangguh dan menghalang Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan atau
pihak-pihak kepada Kepentingan Sekuriti menjalankan obligasinya.
10.1.11 gagal memenuhi kehendak atau lain-lain kemudahan yang diberi oleh SPNB
atau mana-mana pihak ketiga kepada Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan.
10.1.12 Kepentingan Sekuriti tidak boleh dikuatkuasakan jika Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan atau pihak kepada Kepentingan Sekuriti meninggal
dunia atau jatuh bankrap.
10.1.13 keadaan menjadi mustahil atau tidak sah di sisi undang-undang bagi SPNB
atau Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan untuk menjalankan obligasi di
bawah Perjanjian ini.
11.

PENAMATAN PERJANJIAN
11.1 SPNBC
Jika berlaku kejadian-kejadian seperti mana tertera dalam Klausa 10 Perjanjian ini,
Jumlah Kontrak hendaklah diuruskan sepertimana berikut:
11.1.1 bayaran kemajuan yang dahulunya telahpun dibayar oleh atau bagi pihak Tuan
Tanah kepada SPNBC dikehendaki diuruskan dan dilupuskan seperti berikut:
(a)

pertamanya, Dana Skim Rumah Mesra Rakyat yang mana jumlahnya


dinyatakan di dalam SEKSYEN 6 Jadual Pertama Perjanjian ini
hendaklah dirampas oleh SPNBC. Sekiranya SPNBC belum dibayar lagi
wang tersebut, maka adalah menjadi tanggungjawab Penerima
Pembiayaan untuk membayar SPNBC jumlah tersebut atau apa-apa
lagi perbelanjaan bagi kerja-kerja yang telah dijalankan atau dilakukan
oleh SPNBC setakat masa tersebut.

(b)

keduanya, baki dari Dana Skim Rumah Mesra Rakyat, jika ada, akan
diserahkan kepada Kerajaan Malaysia; dan

(c)

Baki Jumlah Kontrak atau mana-mana bahagian daripadanya yang


telah dikeluarkan atau dibayar oleh SPNB kepada SPNBC untuk faedah
Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan berdasarkan Kemudahan
Pembiayaan tersebut akan dibayar balik kepada SPNB dan ditanggung
sendiri oleh Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan termasuk apaapa kos lain yang bersangkutan dengannya.

11.1.2 Kecuali seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 10 di atas, dengan


penamatan Perjanjian di bawah Klausa 11 ini, maka mana-mana pihak tidak
boleh membuat apa-apa tuntutan tambahan terhadap pihak yang satu lagi
mengenai kos, gantirugi, pampasan atau selainnya di bawah Perjanjian ini; dan
11.1.3 Jika Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan tidak mematuhi mana-mana
syarat Perjanjian ini, SPNBC dikehendaki memberi notis secara bertulis kepada
Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan melalui Surat Berdaftar tidak
-11-

kurang dari Tiga Puluh (30)


hari untuk Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan membetulkan kemungkiran tersebut dan jika tidak, akan
dianggapkan Perjanjian ini sebagai telah ditamatkan oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan. Perjanjian ini disifatkan sebagai ditamatkan selepas
tamatnya tempoh notis tersebut.
11.1.4 Peruntukan Klausa 11.1.1(a) diulangi dalam Klausa ini dimana sekiranya
pembinaan Bangunan tersebut telah melebihi tahap Satu Pertiga (1/3)
daripada Jumlah Kontrak menurut Jadual Kedua Perjanjian ini dan Tuan Tanah
dan/atau Penerima Pembiayaan melakukan kemungkiran di bawah Klausa 10
Perjanjian ini maka SPNBC mempunyai hak untuk membatalkan Perjanjian ini
dan berhak merampas setakat Satu Pertiga (1/3) dari Jumlah Kontrak serta
juga mempunyai apa-apa hak tuntutan terhadap Tuan Tanah yang difikirkan
sesuai dan dibenarkan oleh undang-undang kepada SPNBC untuk menuntut.
11.1.5 Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dengan ini bersetuju bahawa Tuan
Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan tidak mempunyai sebarang hak untuk
menamatkan Perjanjian ini atas apa-apa alasan sekalipun kecuali ditamatkan
oleh SPNBC mengikut peruntukan Klausa 11.1.4 Perjanjian ini.
11.1.6 Sebagai amplifikasi kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di
atas ini dan sekira berlakunya kemungkiran pada Perjanjian ini seperti yang
dinyatakan di dalam Klausa 10, adalah dipersetujui bahawa Tuan Tanah
dan/atau Penerima Pembiayaan bertanggungjawab untuk membayar kepada
SPNBC untuk kesemua perbelanjaan, yang antara lain adalah termasuk kos-kos
pembinaan Bangunan tersebut, kos guaman dan lain-lain kos sampingan yang
dialami oleh SPNBC akibat kemungkiran tersebut.
11.2

SPNB
Tertakluk kepada Klausa 10 Perjanjian ini, maka SPNB boleh menamatkan Perjanjian ini
jika sedemikan halnya :
11.2.1 Jika mana-mana atau semua keadaan yang membatalkan di atas wujud, SPNB
berhak untuk menarik balik Kemudahan Pembiayaan tersebut serta-merta dan
mana-mana wang Pembiayaan yang telah didahulukan bagi tujuan Kemudahan
Pembiayaan tersebut hendaklah dibayar balik oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan kepada SPNB dalam tempoh yang akan ditetapkan oleh
SPNB dan SPNB juga berhak melaksanakan semua hak dan remedinya di
bawah undang-undang dan ekuiti.
11.2.2 Segala kos yang timbul akibat dari keadaan-keadaan yang membatalkan
seperti tersebut di atas termasuk fi guaman dan apa-apa prosiding yang timbul
akibat dari keadaan-keadaan di atas akan ditanggung sepenuhnya oleh Tuan
Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dan SPNB berhak menuntut dari Tuan
Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan segala perbelanjaan yang telah
didahulukan bagi tujuan tersebut.
11.2.3 SPNB berhak melaksanakan hak-hak remedinya sejajar termasuk hak dan
perlaksanaan di bawah tuntutan sivil bagi menuntut jumlah yang tertunggak
oleh Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan.
11.2.4 Walauapapun peruntukan di dalam klausa-klausa 10 dan 11 di atas sekiranya
Tanah tersebut pada bila-bila masa menjadi hal perkara yang berhubung
dengan pengambilan tanah balik oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan
Tanah 1960, maka Jumlah Pembiayaan dan/atau bakinya yang belum habis
dibayar dan/atau lain-lain kos yang terakru
hendaklah diuruskan dan
dilupuskan mengikut budibicara SPNB.

11.3

Kecuali seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 10 di atas, dengan penamatan


Perjanjian di bawah Klausa 11 ini, maka mana-mana pihak tidak boleh membuat apaapa tuntutan tambahan terhadap pihak yang satu lagi mengenai kos, gantirugi,
pampasan atau selainnya di bawah Perjanjian ini dan tiap-tiap pihak kepada Perjanjian
ini hendaklah membayar kosnya sendiri dalam perkara ini. Tuan Tanah dan/atau
Pemohon dengan ini bersetuju bahawa Pemohon dan/atau Tuan Tanah tidak
mempunyai sebarang hak untuk menamatkan Perjanjian ini atas apa-apa alasan
sekalipun kecuali ditamatkan oleh SPNBC mengikut peruntukan Perjanjian ini.
-12-

12.

13.

14.

CARA MENYERAHKAN MILIKAN KOSONG BANGUNAN


12.1

Apabila Surat Perakuan Siap Kerja (kemudian daripada ini disebut sebagai Surat
tersebut) dikeluarkan oleh Jurutera SPNBC yang memperakukan bahawa pembinaan
Bangunan tersebut telah siap dengan sempurnanya seorang pegawai yang dilantik
khas oleh SPNB akan membuat pengesahan muktamad ke atas Surat tersebut dan
Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan telah membayar semua wang yang kena
dibayar di bawah Klausa 5.8 dan semua wang lain yang kena dibayar di bawah
Perjanjian ini dan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan telah mematuhi semua
syarat dan waad di pihak dirinya di bawah Perjanjian ini, SPNBC dikehendaki
membenarkan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan untuk mengambil pemilikan
kosong Bangunan tersebut.

12.2

Apabila tamat Empat Belas (14) hari dari tarikh Surat Penyerahan Milikan Kosong yang
meminta Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan mengambil milikan kosong
Bangunan tersebut (samada Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan sebenarnya
memiliki atau menduduki Bangunan tersebut atau tidak) Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan adalah disifatkan telah menerima pemilikan kosong.

12.3

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dikehendaki untuk membuat pemeriksaan


ke atas Bangunan tersebut pada Tarikh Milikan Kosong dan kemudiannya hendaklah
menandatangani Surat Pengesahan Penerimaan Kunci Rumah (kemudian daripada ini
dipanggil Surat Penerimaan).

12.4

Sekiranya Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan mendapati terdapatnya


kecacatan atau kerosakan yang disebabkan oleh kecacatan ketukangan kerja atau
bahan-bahan atau Bangunan tersebut tidak dibina mengikut spesifikasi dan pelan
sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan setelah
pemeriksaan dilakukan dengan SPNBC pada Tarikh Milikan Kosong maka Tuan Tanah
dan/atau Penerima Pembiayaan dikehendaki menyenaraikan di dalam Borang
Kecacatan Rumah yang disediakan oleh SPNBC (kemudian daripada ini dipanggil
Senarai Kecacatan) sebarang kecacatan yang terdapat pada Bangunan tersebut dan
menyerahkan Senarai Kecacatan kepada SPNBC.

12.5

Kegagalan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan menyerahkan Senarai


Kecacatan kepada SPNBC dalam masa Empat Belas (14) Hari dari Tarikh Milikan Kosong
akan melenyapkan hak Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan untuk membuat
sebarang aduan mahu pun tuntutan terhadap perkara yang sama dan SPNBC
kemudian daripada itu tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa
kecacatan susulan atau lain-lain kerosakan ke atas Bangunan tersebut.

TEMPOH LIABILITI KECACATAN


13.1

Apa-apa kecacatan, pengecutan atau kekurangan pada Bangunan tersebut yang


menjadi ketara kepada Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dalam tempoh Dua
Belas (12) bulan kalendar selepas Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan
mengambil Tarikh Milikan Kosong Bangunan tersebut dan yang disebabkan oleh
kecacatan kemahiran kerja atau bahan-bahan atau Bangunan tersebut tidak dibina
mengikut pelan dan perihalan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini,
hendaklah diperbaiki dan diperbetulkan oleh SPNBC dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari
dari penerimaan notis bertulis mengenainya daripada Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan.

13.2

Kegagalan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan menyerahkan Senarai


Kecacatan kepada SPNBC dalam masa Dua Belas (12) bulan dari Tarikh Milikan Kosong
akan melenyapkan hak Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan untuk membuat
sebarang aduan mahupun tuntutan terhadap perkara yang sama dan Tuan Tanah
dan/atau Penerima Pembiayaan dengan itu dianggap telah pun menandatangani Surat
Penerimaan dan SPNBC kemudian daripada itu tidak boleh dipertanggungjawabkan
terhadap apa-apa kecacatan, susutan atau lain-lain kerosakan ke atas Bangunan
tersebut.

MASA UNTUK MENYERAHKAN PEMILIKAN KOSONG TANAH

-13-

14.1

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan hendaklah menyerahkan milikan kosong


Tanah tersebut kepada SPNBC selewat-lewatnya Empat Belas (14) hari dari tarikh
Perjanjian ini bagi tujuan pembinaan Bangunan tersebut atau mana-mana tarikh yang
dipersetujui oleh SPNBC (kemudian daripada ini dipanggil sebagai Tarikh Penyerahan
Tapak).

14.2

SPNBC hendaklah memulakan kerja-kerja pembinaan Bangunan tersebut serta merta


dari Tarikh Penyerahan Tapak Tanah tersebut diserahkan oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan kepada SPNBC atau mana-mana tarikh yang dipersetujui oleh
SPNBC.

14.3

Sebelum Penerima Pembiayaan dan/atau Tuan Tanah menyerahkan Hartanah dan


tapak kepada SPNBC bagi tujuan pembinaan dan menjalakan kerja-kerja yang
berkaitan Pemohon hendaklah bertanggungjawab dan bertanggungan dengan usaha
dan kos Pemohonan sendiri untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:14.3.1 menyediakan tapak yang sesuai bagi tujuan pembinaan bangunan tersebut;
14.3.2 meroboh dan membersihkan apa-apa sahaja bentuk struktur bangunan,
batuan, tanah yang tidak rata, tanaman, semak samun, pokok-pokok dan
sebarang bentuk struktur lain yang boleh menghalang, melambatkan,
mencacatkan dan menyusahkan pihak SPNBC bagi menjalankan kerja-kerja
pembinaan di atas hartanah dan tapak bangunan tersebut;
14.3.3 membuat kerja-kerja penambakan dan meratakan di atas hartanah dan tapak
yang berkaitan;
14.3.4 menyediakan laluan masuk yang sempurna dan sesuai dan jika perlu meminta
kebenaran kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan semua pihak yang
berkaitan dan bersebelahan/ berdekatan dengan Hartanah/ tapak tersebut
bagi membolehkan SPNBC mendapat akses yang sempurna bagi memasuki
Hartanah tersebut bagi tujuan membawa masuk jentera-jentera pembinaan,
peralatan-peralatan pembinaan, perkerja-perkerja dan lain-lain perkara yang
bersangkutan bagi tujuan membina dan menyiapkan Bangunan tersebut.

14.4

Tarikh Penyerahan Tapak seperti yang diperuntukan di dalam Klausa 14.1 tidak dikira
sempurna selagi pemohon tidak mematuhi keseluruhan peruntukan Klausa 14.3
tersebut di atas atau apa sahaja perkara-perkara lain yang timbul yang difikir perlu
dilakukan oleh Pemohon oleh SPNBC sebelum Hartanah/ Tapak tersebut diserahkan
kepada SPNBC.

14.5

SPNBC tidak akan bertanggungan dan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk


kos dan gantirugi yang timbul jika Pemohon tidak mematuhi Klausa 14.3 tersebut dan
SPNBC juga berhak untuk menamatkan Perjanjian ini selaras dengan peruntukanperuntukan yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

14.6

SPNBC tidak bertanggungan dan bertanggungjawab untuk membayar sebarang bentuk


ganti rugi dan kos kepada Pemohon jika berlaku kelewatan dalam menyerahkan
milikan kosong Hartanah/ Tapak tersebut.

14.7

Walau apa pun yang diperuntukkan di dalam Klausa 14.1, Tarikh Penyerahan Tapak
tidak dikira sempurna selagi apa-apa struktur bangunan atau apa-apa struktur atau
tanam-tanaman yang terdapat di atas Tanah tersebut atau tapak Bangunan tersebut
tidak dirobohkan atau dibersihkan terlebih dahulu oleh Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan sebelum Tarikh Penyerahan Tapak dan juga sekiranya pada pendapat
SPNBC atau SPNB, kerja-kerja menambak tanah tapak Bangunan tersebut, sekiranya
perlu, tidak dilakukan atau dilakukan dengan tidak sempurna oleh Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan.

14.8

Tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini termasuk


Klausa 12 dan Klausa 14.10 di bawah, Bangunan tersebut hendaklah disiapkan oleh
SPNBC dan pemilikan kosong Bangunan tersebut diserahkan kepada Tuan Tanah
dan/atau Penerima Pembiayaan dalam tempoh Lapan Belas (18) bulan dari Tarikh
Penyerahan Tapak (kemudian daripada ini dipanggil sebagai Tarikh Milikan Kosong).

14.9

Walau apapun peruntukan di dalam Klausa 17 dan 14.4, jika SPNBC gagal
menyerahkan pemilikan kosong Bangunan tersebut pada Tarikh Milikan Kosong, SPNBC
-14-

tidak bertanggungjawab untuk membayar apa-apa gantirugi atau kos kepada Tuan
Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan
tidak berhak menuntut sebarang kos atau apa-apa gantirugi di atas kelewatan
tersebut.

15.

16.

14.10

Jika pada pendapat SPNBC, Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan perlu
mengosongkan Tanah tersebut pada Tarikh Penyerahan Tapak atau pada bila-bila masa
semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan, maka adalah menjadi obligatori kepada Tuan
Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan SPNB mengosongkan Tanah tersebut pada masa
yang ditetapkan oleh SPNBC.

14.11

Walau apapun peruntukan di dalam Klausa 14.6 di atas dan/atau seandainya SPNBC
secara nyata atau tidak membenarkan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan
mendiami Tanah tersebut semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan dan/atau Tuan
Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan tidak mengosongkan Tanah tersebut seperti
yang diarah oleh SPNBC, maka SPNBC tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa
kos mahupun sebarang kemalangan termasuk kemalangan jiwa yang mungkin timbul
dari perihal tersebut dan SPNBC juga berhak untuk menamatkan Perjanjian ini di mana
selepas itu peruntukan-peruntukan Klausa 11 akan terpakai.

TANGGUNGAN KOS SEMASA PEMBINAAN


15.1

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan bertanggungjawab ke atas kos penginapan


dan/atau kediaman sendiri serta keluarga semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan
oleh
SPNBC.
SPNBC/SPNB
tidak
bertanggungjawab
untuk
menyediakan
penginapan/kediaman untuk Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan serta
keluarganya sebelum dan selepas milikan kosong diserahkan, mahupun apa-apa kos
yang bersangkutan dari perihal tersebut.

15.2

Pemohon tidak dibenarkan sama sekali berada di tapak pembinaan dan pada masa
SPNBC atau wakil atau ejennya yang dilantik oleh SPNBC menjalankan kerja-kerja
pembinaan bagi membina Bangunan tersebut dan jika perkara ini tidak dipatuhi pihak
SPNB dan/atau SPNBC tidak akan bertanggungjawab dan bertanggungan ke atas
sebarang bentuk laibiliti, kerugian, tuntutan atau tindakan yang berhubung dengan
kecederaan diri, kemalangan, kecacatan atau kematian kepada Pemohon atau
wakilnya semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak dan hartanah tersebut;

15.3

Pemohon tidak dibenarkan sama sekali untuk mengarahkan, memohon dan meminta
SPNBC dan/atau SPNB atau sesiapa ejen,pekerja atau kontraktor SPNBC tanpa
kebenaran bertulis daripada SPNBC menjalankan dan membuat sebarang bentuk kerjakerja tambahan dan pengubahsuaian sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja
pembinaan Bangunan tersebut dijalankan. Walau bagaimanapun Pemohon hanya
dibenarkan berbuat demikian setelah milikan kosong Bangunan tersebut diserahkan
kepada Pemohon DENGAN SYARAT segala bentuk penambahan dan pengubahsuaian ke
atas mana-mana bahagian Bangunan tersebut hendaklah tertakluk kepada kelulusan
dan kebenaran bertulis daripda SPNBC dan juga pihak berkuasa yang berkaitan seperti
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan kerja-kerja
penambahan dan pengubahsuaian yang berkaitan Bangunan tersebut hendaklah
dilakukan oleh Kontraktor SPNBC yang mahir dalam sistem pembinaan IBS dan pihak
SPNBC tidak akan bertanggungan dan bertanggungjawab ke atas segala bentuk ganti
rugi, tuntutan dan kos kepada Pemohon akibat kerosakan, kebocoran sambungan
diantara kompenen-kompenen bangunan, pengecutan, keruntuhan kos dan kerugian
yang bersangkutan serta yang akan timbul ke atas Bangunan tersebut sekiranya
syarat ini tidak dipatuhi.

KERJA TAMBAHAN /UBAHSUAIAN


Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan tidak dibenarkan sama sekali untuk meminta atau
mengarah SPNBC membuat sebarang kerja-kerja tambahan dan/atau pengubahsuaian semasa
kerja-kerja pembinaan Bangunan tersebut dijalankan dan hanya dibenarkan berbuat demikian,
tertakluk kepada kelulusan SPNB.

17.

MASA MERUPAKAN PATI KONTRAK


Masa menjadi pati kontrak berhubungan dengan segala peruntukan dalam Perjanjian ini.

18.

PEMATUHAN UNDANG-UNDANG BERTULIS


-15-

Di dalam menjalankan kerja-kerja membangun dan menyiapkan Bangunan tersebut, SPNBC


dikehendaki mematuhi peruntukan-peruntukan dan kehendak-kehendak mana-mana Akta,
Enakmen, Ordinan, Peraturan dan Undang-Undang kecil yang sedang berkuatkuasa mengenai
Bangunan tersebut dan akan menanggung apa-apa kerugian terhadap semua denda, penalti
atau kerugian yang tertanggung disebabkan perlanggaran oleh SPNBC terhadap apa-apa
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis.
19.

LANJUTAN MASA
SPNBC berhak menangguhkan/melanjutkan masa bagi kerja-kerja pembinaan sekiranya
keadaan-keadan di bawah ini wujud:
a).

force majeure; atau

b).

cuaca buruk yang luar biasa; atau

c).

kerugian dan kekurangan bahan binaan atau kerosakan akibat kebakaran,


banjir besar, bencana alam, malapetaka; atau

d).

mogok awam, rusuhan, revolusi atau mogok yang melibatkan pertikaian


perdagangan atau mana-mana pertikaian perdagangan yang melibatkan
persediaan, pembuatan atau pengangkutan mana-mana barang-barang atau
bahan-bahan yang perlu di bawah kerja pembinaan; atau

e).

kelewatan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan menyerahkan tapak


pembinaan.

DENGAN SYARAT BAHAWA SPNBC dikehendaki dengan sedaya upayanya mengelakkan


daripada
penangguhan dan perlu membuat segala yang munasabah untuk meneruskan dengan kerjakerja mengikut kehendak SPNBC dan jika demikian halnya Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan tidak berhak untuk menuntut gantirugi.
20.

BAYARAN GUAMAN, KOS DAN LAIN-LAIN


Segala bayaran guaman terhadap Perjanjian ini termasuk segala perbelanjaan, kos dan duti
setem terhadap Perjanjian ini akan ditanggung dan dibayar oleh SPNBC dan SPNB.

21.

BAYARAN CUKAI TANAH


Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan bertanggungjawab untuk membayar tanpa gagal,
cukai tahunan bagi Tanah tersebut. SPNB bolehlah membuat pilihan walaupun tidak menjadi
kewajipannya atau tanggungannya menjelaskan bayaran tersebut dan menuntut semula
bayaran tersebut dari Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan jika tanpa menjelaskan
bayaran tersebut boleh menjejaskan kepentingan SPNB dalam Perjanjian ini.

22.

PENYAMPAIAN DOKUMEN-DOKUMEN
22.1

Apa-apa notis permintaan atau tuntutan dan apa-apa notis secara bertulis yang
hendak disampaikan oleh mana-mana pihak kepada pihak yang satu lagi di bawah
Perjanjian ini menjadi sebagai penyampaian yang sempurna, disampaikan melalui satu
daripada cara-cara yang berikut:
22.1.1 jika dihantar kepada Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan disifatkan
sebagai penyampaian sempurna jika ianya disampaikan ke alamat terakhir
yang diketahui atau alamat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini; atau
22.1.2 jika dihantar oleh pihak atau peguamcaranya melalui surat pos berdaftar ke
alamat pihak yang satu lagi dan seperti yang tersebut terdahulu dari ini ia
perlu disifatkan telah diterima pada masa bila surat berdaftarnya itu boleh
disampaikan mengikut perjalanan biasa pos; atau
22.1.3 jika diberi oleh pihak atau peguamcaranya kepada pihak yang satu lagi atau
peguamcaranya dengan tangan.

-16-

22.2
23.

Apa jua pertukaran alamat oleh mana-mana satu pihak perlu diberitahu kepada pihak
yang satu lagi melalui notis bertulis.

LAIN-LAIN SYARAT
23.1

Kenyataan Muktamad
Mana-mana penyata berkaitan jumlah bayaran yang terhutang yang disampaikan
kepada Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan adalah dikira benar kecuali bagi
kesilapan nyata atau di mana terbukti wujudnya salah kira.

23.2

Lien dan Penolakan


SPNB mempunyai hak ke atas semua harta (alih dan tidak alih) Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan sama ada ianya berada atau tidak dalam jagaan/possesi SPNB.

23.3

Pindaan dan Kelonggaran


23.3.1 Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan bersetuju bahawa SPNB boleh
pada bila-bila masa tanpa menjejaskan Kepentingan Sekuriti dengan
menyerahkan notis bertulis kepada Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan:a).

mengubah Perjanjian ini;

b).

mengubah
Pengeluaran
Pembiayaan
Kemudahan
Pembiayaan
tememberi kelonggaran kepada Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan atau pihak-pihak kepada Kepentingan Sekuriti;

c).

meminta Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan menandatangani


apa-apa Kepentingan Sekuriti yang difikirkan perlu termasuk dan tidak
terhad kepada menggadai Tanah tersebut bagi faedah SPNB; dan

23.3.2 mengubah mana-mana terma, jumlah pembiayaan, kadar bayaran balik, harga
kontrak berdasarkan keperluan yang berlaku dalam industri pembinaan dari
masa ke semasa.

23.4

23.3.3 Kesemua pihak di dalam Perjanjian ini adalah mengakui walau apa pun
peruntukan Surat Tawaran atau klausa-klausa lain Perjanjian ini adalah menjadi
satu intipati Perjanjian bahawa walaupun SPNB telah melakukan dengan
sedaya upaya untuk menentukan jumlah sebenar Jumlah Pembiayaan, Jumlah
Kontrak dan Jumlah Bayaran Balik Pembiayaan SPNB adalah berhak untuk
mengubah jumlah-jumlah tersebut berdasarkan kelulusan akhir dari Lembaga
Pengarah SPNB.
Orang Yang Terikat Kepada Perjanjian
Perjanjian ini mengikat kepada pengganti dalam hak milik dan penerima serahak yang
dibenarkan kepada waris, wakil peribadi, pengganti dalam hak milik dan penerima
serahak yang dibenarkan oleh SPNB atau undang-undang kepada Pemohonan.

23.5

Pindahan Kepentingan
SPNB boleh pada bila-bila masa dengan atau tanpa kebenaran Tuan Tanah dan/atau
Penerima Pembiayaan memindahkan Perjanjian ini dan Kepentingan Sekuriti kepada
mana-mana pihak.

23.6

Hak Tolakan dan Penyatuan


Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain yang SPNB mungkin ada, SPNB boleh tanpa
memberikan notis kepada Penerima Pembiayaan, menggabungkan dan menyatukan
apa-apa atau semua jumlah pembiayaan yang diberikan oleh SPNB kepada Penerima
Pembiayaan terhadap tanggungan Penerima Pembiayaan dengan SPNB serta menolak
dan memindahkan apa-apa jumlah yang masih belum dikreditkan ke dalam apa-apa
pembiayaan tersebut untuk menjelaskan apa-apa tanggungan Penerima Pembiayaan
kepada SPNB di bawah mana-mana pembiayaan, perjanjian atau kontrak samada
tanggungan tersebut ialah utama, sampingan, bersesama atau berasingan.
-17-

24.

PENGGABUNGAN SURAT TAWARAN KE DALAM PERJANJIAN INI


Kesemua peruntukan di dalam Surat Tawaran adalah dianggap sebagai sebahagian daripada
Perjanjian ini dan sekiranya terdapat percanggahan peruntukan di antara Surat Tawaran dan
juga peruntukan di dalam Perjanjian ini maka peruntukan di dalam Perjanjian ini berkuatkuasa
dan terpakai untuk tujuan interpretasi dan penguatkuasaan Perjanjian ini.

25.

BIDANGKUASA DAN UNDANG-UNDANG TERPAKAI


Perjanjian ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan mahkamah-mahkamah di
Malaysia mempunyai bidang kuasa di dalam semua perkara yang timbul berhubung dengan
Perjanjian ini, dan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dengan ini menyerahkan diri
dan aset mereka kepada bidang kuasa tersebut dalam semua perkara yang timbul berhubung
dengan Perjanjian ini.

26.

SURATCARA PRINSIPAL DAN SUBSIDIARI


MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI bahawa suratcara-suratcara yang dinyatakan di
dalam SEKSYEN 18 Jadual Pertama disifatkan sebagai Satu (1) transaksi kepada Kemudahan
Pembiayaan tersebut untuk menjamin mana-mana bayaran yang kena dibayar oleh
Permohonan di bawah Perjanjian ini kepada SPNB dan bagi tujuan Seksyen 4(3) Jadual Pertama
Akta Duti Setem 1949, Perjanjian ini disifatkan sebagai suratcara prinsipal dan dokumendokumen sekuriti yang lainnya disifatkan sebagai suratcara-suratcara subsidiari.

********************************************************************************

RUANGAN INI SENGAJA DIKOSONGKAN


********************************************************************************
Pada menyaksikan hal di atas pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan
mereka pada hari, bulan dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam SEKSYEN 1 Jadual Pertama
Perjanjian ini.

DITANDATANGANI untuk dan bagi


pihak SYARIKAT PERUMAHAN
NEGARA BERHAD (No. Syarikat :
444205-M) yang namanya tersebut
di atas oleh wakilnya yang diberi
kuasa dengan sempurnanya
di hadapan :

DITANDATANGANI oleh
Tuan Tanah yang namanya
tersebut di atas di hadapan :

)
)
)
)

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA


BERHAD
oleh wakilnya

)
)
)
)
)
)

.....................................................................................
.......

.....................................................................................
......
NAMA :
NO. K/P
:

-18-

DITANDATANGANI oleh
Penerima Pembiayaan yang namanya
tersebut di atas di hadapan :

)
)
)
)

.....................................................................................
......
NAMA :
NO. K/P
:

DITANDATANGANI untuk dan bagi pihak )


SPNB CONSTRUCTION SDN. BHD.
(No. Syarikat : 568812-D) yang namanya
tersebut di atas oleh wakilnya
)
di hadapan:)

)
)

SPNB CONSTRUCTION SDN BHD


oleh wakilnya

.........................................................................................

JADUAL PERTAMA
SEKSYEN

PERKARA

BUTIRAN

1.

Tarikh Perjanjian ini

2.

Nama dan alamat pos


Penerima Pembiayaan

3.

Nama dan Butir-butir Tuan


Tanah

4.

Keluasan Bangunan
Tersebut

5.

Jumlah Kontrak

Ringgit Malaysia Enam Puluh Lima Ribu (RM65,000.00)


sahaja

6.

Jumlah subsidi

Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu (RM20,000.00) sahaja

Baki Jumlah Kontrak

Ringgit Malaysia Empat Puluh Lima Ribu


(RM45,000.00) sahaja

7(a).

Seribu (1,000) Kaki Persegi

-19-

7(b).

Kos Pengurusan

8.

Butir Tanah

9.

Surat Tawaran

Ringgit Malaysia Sembilan Ratus (RM900.00) sahaja

Ringgit Malaysia Empat Puluh Lima Ribu Sembilan


Ratus (RM45,900) sahaja

10.

Jumlah Pembiayaan

11.

Butir Kepentingan Sekuriti

1. Perjanjian ini
2. Gadaian

12.

Tarikh Bayaran Balik


Bulanan

Pada atau sebelum 7 haribulan setiap bulan

13.

Tarikh Permulaan Bayaran


Balik

Bayaran ansuran pertama akan bermula pada atau


sebelum 7hb bulan berikutnya setelah Tarikh Milikan
Kosong (seperti yang didefinasikan di dalam Perjanjian
ini) atau mana-mana tarikh yang akan diberitahu oleh
Pembiaya kepada Penerima Pembiayaan.

14.

Tarikh Terakhir Bayaran


Balik

Tidak melebihi 306 bulan dari Tarikh Permulaan


Bayaran Balik.

15.

Jumlah Bayaran
Bulanan

Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh (RM150.00)


sahaja bermula pada tarikh yang dirujuk di dalam
Seksyen 13 Jadual Pertama ini selama Tiga Ratus Enam
(306) bulan.

16.

Had Masa Maksimum


Pengeluaran Pembiayaan

Lapan belas (18) bulan dari tarikh Perjanjian ini.

17.

Syarat-Syarat Mutlak

Rujuk kepada Jadual Ketiga Perjanjian ini

18.

Butir-butir
Suratcara
Prinsipal dan Subsidiari

Perjanjian ini - Prinsipal;

Ansuran

Gadaian (sekiranya ada) - Subsidiari

-20-

JADUAL KEDUA

Butiran Jumlah Kontrak tersebut bagi seunit Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:
Seksyen

Ansuran-ansuran kena dibayar

1.

Kos Operasi termasuk Pembayaran Yuran


Guaman, Pengurusan Insurans kepada
Pemohon dan Kos Pengurusan SPNB.

2.

Pembayaran kepada kerja-kerja pembinaan


tersebut merangkumi :
(i)

Kontraktor IBS

JUMLAH

-21-

Jumlah (RM)

RM10,000.00

100

RM55,000.00

100

RM 65,000.00

JADUAL KETIGA
(dibaca dan diterjemahkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini)
SYARAT-SYARAT MUTLAK
a)

Surat tawaran telah diterima oleh Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan sebagai
persetujuan Penerima Pembiayaan di atas terma dan syarat yang terkandung di dalamnya dan
telah ditandatangani dan diserahkan kembali kepada SPNB;

b)

SPNB telah memastikan Penjanjian ini dan dokumen-dokumen yang berkaitan telah
ditandatangani oleh pihak-pihak di bawah Perjanjian ini, disetem dan didaftarkan di pejabat
pendaftar yang difikirkan sesuai dan perlu oleh SPNB;

c)

Jika perlu atau SPNB telah membuat carian rasmi ke atas Tanah tersebut di pejabat tanah
negeri yang berkenaan dan memastikan bahawa Tanah tersebut bebas dari sebarang sekatan
kepentingan atau sebagainya;

d)

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan hendaklah menyerahkan bukti yang memuaskan
kepada SPNB bahawa semua kelulusan dan kebenaran (jika perlu) berkaitan Perjanjian ini dan
dokumen yang berkaitan telah diperolehi dan boleh dikuatkuasakan;

e)

Jika perlu atau relevan Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan hendaklah menyediakan
dokumen-dokumen yang membuktikan hak/kepentingan Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan ke atas Tanah tersebut kepada SPNB;

f)

Kaveat Persendirian atau Kaveat Pemegang Lien jika diperlukan hendaklah dimasukkan oleh
atau bagi pihak SPNB berkaitan Tanah tersebut;

g)

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan hendaklahlah menyerahkan salinan asal Perjanjian
ini kepada SPNB;

h)

Jika perlu atau relevan, Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan dikehendaki menyerahkan
salinan asal resit cukai tanah pada tahun yang terkini yang dibayar untuk Tanah tersebut
kepada SPNB;

i)

Jika pada pendapat dan budibicara SPNB ianya perlu, Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan dikehendaki menyerahkan salinan asal suratan hakmilik Tanah tersebut kepada
SPNB;

j)

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan hendaklah menyerahkan kepada SPNB surat
akujanji yang telah ditandatangani menyatakan bahawa Tuan Tanah dan/atau Penerima
Pembiayaan bukan seorang yang bankrap dan tiada prosiding mahkamah sedang dijalankan
keatasnya atau SPNB telah menerima keputusan dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang
menyatakan perkara yang sama;

-22-

k)

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan hendaklahlah memuaskan hati SPNB bahawa
semua waad dan akujanji yang dibuat olehnya setakat tarikh perjanjian dan dokumen yang
berkaitan ditandatangani adalah benar;

l)

Di mana pembinaan Bangunan tersebut masih di dalam proses pembinaan, SPNB berpuas hati
bahawa Kemudahan Pembiayaan tersebut pada masa tersebut diperlukan bagi menyiapkan
pembinaaan tersebut dan SPNB perlu menerima sijil dari Jurutera SPNBC bagi peringkatperingkat kerja-kerja pembinaan yang telah siap mengikut jadual bayaran di dalam Perjanjian
ini dan berpuas hati terhadap mana-mana bentuk sijil itu diserahkan dan seorang pegawai
yang dilantik khas oleh SPNB telah membuat pengesahan muktamad keatas sijil tersebut;

m)

Tiada perlanggaran waad, akujanji atau salahlaku atau perlanggaran waad yang dinyatakan di
dalam Perjanjian ini dan dokumen yang berkaitan;

n)

Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan (dan SPNBC di mana terpakai) telah melaksanakan
atau menyebabkan melaksanakan kesemua terma, syarat, waad, tanggungjawab dan obligasi
yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini dan dokumen-dokumen sekuriti yang berkenaan yang
mana akan menjadi sah dan terpakai;

o) Tuan Tanah dan/atau Penerima Pembiayaan telah mengambil Insuran Kebakaran bagi melindungi
Bangunan tersebut.

LAMPIRAN A
(Pelan-pelan)

-23-

LAMPIRAN B
(Rekabentuk/Spesifikasi)

-24-

You might also like