You are on page 1of 33

1

Isi

Kandungan

Muka Surat

1.0

Pengenalan
3

2.0

Konsep

Pemasaran

Berorientasikan

5
2.1

Konsep-Konsep

7
2.2

Urusniaga

12
2.3

Perkembangan

Asas

Tanggungjawab
Dalam

dan

Sosial

Pemasaran
Perhubungan

Konsep

Pemasaran

13

3.0

Contoh-Contoh

Produk

atau

Perkhidmatan

Yang

Menepati

Konsep Pemasaran
Berorientasikan

Tanggungjawab

Sosial

18

4.0

Peranan

Pihak

Organisasi

dan

Pihak

Berwajib

Dalam

Melaksanakan Konsep
Pemasaran Berorientasikan Tanggungjawab Sosial
20

5.0

Kesimpulan

24

Rujukan
27

1.0

PENGENALAN

Dalam tugasan kali ini, saya telah diamanahkan untuk membuat kertas kerja
yang bertajuk konsep pemasaran berorientasikan tanggungjawab sosial yang
mana dalam tugasan ini saya dikehendaki menghuraikan konsep pemasaran
berorientasikan tanggungjawab sosial serta mengenal pasti kriteria produk
atau perkhidmatan yang bertepatan dengan konsep tersebut. Disamping itu,
saya juga dikehendaki memberi cadangan untuk pihak organisasi dan pihak
berwajib

dalam

melaksanakan

konsep

pemasaran

berorientasikan

tanggungjawab sosial.
Pembuka bicara yang mana kita lihat dewasa ini, kita mungkin sering
didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui media mahupun
orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan. Selain
daripada itu, kita juga tentu pernah terbaca atau terdengar perkataan
pemasaran diucap atau ditulis di dada-dada akhbar, corong radio serta
televisyen, mahupun di Internet. Di samping itu, kita juga mungkin pernah
didatangi oleh pegawai pemasaran yang ingin memasarkan produk-produk
mereka. Manakala istilah pasaran juga sudah kerap kita dengar seperti
pasaran saham, pasaran modal, pasaran global dan bermacam-macam lagi.

Dalam hal ini, sudah tentu sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada
membeli produk atau perkhidmatan dan ini termasuklah membeli barangbarang atau perkhidmatan keperluan atau kehendak kita. Dengan ini,
pemasaran adalah merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana
individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui
penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.
Justeru itu, satu daripada fungsi perniagaan ialah pemasaran yang juga
adalah merupakan kunci penting kepada sesebuah perniagaan. Ini kerana
motif perniagaan ialah untuk memperolehi keuntungan melalui pertukaran,
sedangkan untuk mengadakan dan meningkat pertukaran memerlukan
kemahiran pemasaran. Malahan pemasaran juga merupakan keperluan di
dalam semua aspek kehidupan. Hal ini diterangkan oleh Kotler dengan
menyatakan seseorang itu tidak boleh melepaskan diri dari pemasaran
seperti ia tidak boleh melepaskan diri daripada cukai pendapatan dan
kematian. Menurut Kotler selanjutnya menyebut bahawa seseorang akan
bangun pagi dengan menggosok gigi dengan menggunakan berus dan ubat
gigi yang dibuat, diiklan dan dijual serta diagih melalui proses pemasaranhidupnya sepanjang hari sehinggalah kepada tidurnya tidak terlepas
daripada dunia pemasaran (Kotler, 1981).
Apabila kita membincangkan tentang pemasaran, asas kepada subjek ini
ialah pengguna, oleh itu mempelajari pemasaran mestilah dilengkapkan
dengan memahami psikologi dan gelagat pengguna dengan menepati
konsep pemasaran berorientasikan tanggungjawab sosial serta mengenal
pasti kriteria produk atau perkhidmatan yang bertepatan dengan konsep
tersebut.
Maksud pemasaran boleh didefinisikan sebagai satu proses sosial dan
pengurusan yang melihat dimana individu atau kumpulan berinteraksi untuk
memperolehi keperluan dan kehendak mereka. Hal ini berlaku menerusi
proses-proses penciptaan, penawaran dan pertukaran nilai dan produk di
4

antara satu sama lain. Dengan perkataan lain, pemasaran adalah merupakan
proses pengwujudan sesuatu produk atau perkhidmatan itu dan kemudian
melibatkan perancangan penetapan harga. Setelah itu, promosi yang sesuai
akan dijalankan dan seterusnya berlaku proses penempatan produk atau
perkhidmatan dengan merangsang pertukaran dan belian yang mana keduadua penjual dan pembeli akan mendapat keuntungan. Oleh yang demikian,
definisi pemasaran secara keseluruhannya boleh digambarkan menerusi
rajah konsep asas pemasaran seperti yang tertera di dalam rajah 1:

Keperluan

Kehendak

Permintaan

Pasaran

Urusniaga

Pertukaran

Produk

Rajah 1: Konsep Pemasaran


Lanjutan daripada Rajah 1, pemasaran boleh didefinisikan dengan lebih
komprehensif lagi. Pemasaran kini telah didefinisikan sebagai satu proses
merancang dan melaksanakan konsep, harga, promosi dan pengagihan
produk untuk memuaskan kehendak dan keperluan semua pihak yang
terlibat di dalam urusniaga pertukaran.
Pemasaran bukan hanya sekadar jualan, skopnya adalah luas meliputi sebabsebab perlunya penciptaan produk sehingga kepada memuaskan kehendak
dan keperluan pengguna selepas mereka membeli produk yang telah dijual.
Secara umumnya, pemasaran bertanggungjawab kepada fungsi-fungsinya
yang

khusus

menggredkan,

termasuk

membeli,

membiaya,

menjual,

mengambil

risiko

mengangkut,
dan

menyimpan,

mengumpul

serta

menyimpan maklumat pemasaran bagi digunakan di dalam membuat


keputusan.
5

Begitulah secara ringkasnya serba sedikit pengenalan mengenai pengertian


pemasaran dan konsep pemasaran

berorientasikan tanggungjawab sosial.

Dalam tugasan seterusnya saya akan menjelaskan dengan lebih mendalam


lagi mengenai konsep pemasaran berorientasikan tanggungjawab sosial,
contoh produk dan perkhidmatan yang menepati dengan konsep pemasaran
berorientasikan tanggungjawab sosial, dan peranan pihak organisasi dan
juga pihak berwajib dalam melaksanakan konsep pemasaran berorientasikan
tanggungjawab sosial.

2.0

KONSEP

PEMASARAN

BERORIENTASIKAN

TANGGUNGJAWAB

SOSIAL
Takrif pemasaran menurut Kotler, 2000 bermaksud satu proses sosial dan
pengurusan oleh individu atau kumpulan untuk memperoleh sesuatu bagi
memenuhi keperluan dan kehendak melalui pertukaran antara satu sama
lain. Menurut Mohd Said Othman, 2007, pemasaran bermaksud satu proses
aktiviti atau kemahiran sosial oleh individu atau kumpulan untuk mencapai
matlamat melalui rekaan, ciptaan, pembentukan dan pertukaran barangan,
perkhidmatan, idea sesuatu yang bernilai dalam sesebuah masyarakat.
Manakala menurut Pertubuhan Ahli-ahli Pemasaran Amerika pula pemasaran
bermaksud satu proses perancangan dan pelaksanaan konsepsi, penentuan
harga, promosi, serta pengagihan idea, barangan dan perkhidmatan dalam
membentuk pertukaran yang memuaskan objektif individu dan organisasi.
Dalam erti

kata

lain

pemasaran ialah satu

proses

merancang dan

melaksanakan proses, harga, promosi dan pengagihan produk untuk


memuaskan kehendak dan keperluan individu dan organisasi. Manakala
definisi asas pemasaran ialah proses memuaskan kehendak dan keperluan
semua pihak yang terlibat di dalam urusniaga (pertukaran). Menurut Philip
Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan
dan kehendak melalui proses pertukaran.Pemasaran bukan hanya berkisar
6

tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan


seperti kajian , pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga,
pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan lain-lain lagi.
Selain daripada itu, pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk
mewujudkan pertukaran dan perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan
memuaskan keperluan dan kehendak. Pemasaran juga sebagai satu proses
di mana individu dan kumpulan mendapatkan apa yang mereka perlukan dan
kehendaki melalui pembentukan dan pertukaran produk atau nilai dengan
orang lain (Kotler dan Armstrong, 1999).
Dalam pada itu, aktiviti seperti pembangunan produk, penyelidikan ,
komunikasi, pengagihan, penentuan harga dan perkhidmatan adalah aktivitiaktiviti teras pemasaran. Walaupun kita memikirkan pemasaran sebagai
aktiviti yang dijalankan oleh penjual, pembeli juga menjalankan aktiviti
pemasaran. Pengguna menjalankan pemasaran apabila mereka mencari
produk keperluan mereka pada harga yang mereka mampu. Agen pembelian
syarikat menjalankan pemasaran apabila mereka menjejaki penjual dan
membuat tawar-menawar untuk belian yang terbaik.
Konsep pemasaran kemasyarakatan merupakan cabang di mana dalam
sesebuah organisasi perlu ada sifat kepercayaan kepada masyarakat supaya
dapat menghasilkan produk yang lebih baik seperti mana yang disasarkan
kepada kebajikan masyarakat. Ada yang mempersoalkan sama ada konsep
pemasaran ialah falsafah yang sesuai pada zaman kemerosotan alam
sekitar, kekurangan sumber, pertumbuhan penduduk letupan, kebuluran
dunia dan kemiskinan, dan diabaikan perkhidmatan sosial. Ada syarikatsyarikat yang berjaya memenuhi kemahuan pengguna dan bertindak dengan
terbaik, kepentingan jangka panjang untuk pengguna dan masyarakat.
Konsep pemasaran Sidesteps konflik berpotensi di kalangan kemahuan
pengguna,

kepentingan

pengguna,

dan

jangka

panjang

kebajikan

masyarakat. Namun beberapa firma dan industri dikritik kerana kepuasan


7

pengguna

mahu

mengorbankan

masyarakat.

Keadaan

seperti

ini

memerlukan istilah baru yang membesarkan konsep pemasaran. Kami


mencadangkan memanggil konsep pemasaran sosial, yang menyatakan
bahawa tugas organisasi

adalah untuk menentukan keperluan, kehendak

dan kepentingan pasaran sasaran dan untuk menyampaikan kepuasan yang


dikehendaki dengan lebih efektif dan efisien daripada pesaing dengan cara
yang

memelihara

atau

meningkatkan

pengguna

dan

masyarakat

kesejahteraan.
Konsep pemasaran kemasyarakatan menyeru pemasar untuk membina
pertimbangan sosial dan etika dalam amalan pemasaran mereka. Mereka
perlu mengimbangi kriteria yang sering bercanggah dengan keuntungan
syarikat, pengguna mahu kepuasan, dan kepentingan awam. Namun
beberapa syarikat telah mencapai jualan yang ketara dan keuntungan
dengan mengguna pakai dan mengamalkan konsep pemasaran sosial.
Sesetengah syarikat mengamalkan satu bentuk konsep pemasaran sosial
yang dikenali sebagai punca yang berkaitan pemasaran. Pringle dan
Thompson mentakrifkan ini sebagai kegiatan yang mana sebuah syarikat
dengan

imej,

produk,

atau

perkhidmatan

kepada

pasaran

membina

hubungan atau kerjasama untuk faedah bersama.


Di sini dapatlah di simpulkan bahawa pengertian konsep pemasaran
berorientasikan

tanggungjawab

sosial

ialah

di

mana

pemasaran

ini

bertanggungjawab kepada fungsi-fungsinya yang khusus termasuk membeli,


menjual, mengangkut, menyimpan, mengredkan, membiaya, mengambil
risiko, dan mengumpul serta menyimpan maklumat pemasaran bagi
digunakan di dalam membuat keputusan dan menepati konsep pemasaran
berorientasikan tanggungjawab sosial.

2.1

KONSEP-KONSEP ASAS DALAM PEMASARAN

Di sini saya akan menjelaskan satu persatu mengenai konsep-konsep asas


dalam pemasaran yang mana ianya berorientasikan tanggungjawab sosial,
antaranya ialah:
a) Keperluan, Kehendak dan Permintaan Pengguna.
Keperluan manusia merupakan satu pernyataan yang dapat memuaskan
semua keperluan asas. Ianya meliputi keperluan fizikal seperti makanan,
pakaian, dan tempat tinggal, keperluan sosial seperti rasa dihormati,
dihargai dan diterima dalam masyarakat, dan keperluan individu seperti ilmu
pengetahuan.
Dalam pada itu, Abraham Maslow juga telah menggariskan empat lagi
keperluan manusia seperti:
(i)

Keperluan kepada keselamatan seperti bebas daripada ancaman

(ii)
(iii)
(iv)

musuh;
Keperluan kepada kasih sayang;
Keperluan kepada kejayaan dan pencapaian; serta
Keperluan kepada memenuhi segala keinginan dan cita-cita.

Kehendak pula merupakan keinginan kepada kepuasan-kepuasan tertentu


ke atas keperluan-keperluan itu tadi. Jika keperluan manusia sama dan
terhad kepada keperluan fizikal, sosial dan individu sahaja, kehendak pula
bersifat tidak terbatas dan berbagai. Sebagai contoh, makanan sebagai
keperluan fizikal manusia boleh mempunyai kepelbagaian dari aspek
kehendak. Penduduk di Asia Tenggara lebih menginginkan nasi sebagai
makanan asasi mereka manakala penduduk di Eropah dan Amerika Utara
lebih mengkehendaki roti dan daging. Di dalam masyarakat yang sama pun,
wujud pelbagai kehendak dari sudut makanan tadi. Misalnya apabila kita
bersama rakan-rakan menjamu selera di sebuah warung, kita akan memesan
makanan mengikut selera masing-masing. Begitu juga dengan keperluan
tempat tinggal yang berbagai kehendaknya. Sebagai contoh di negara kita

terdapat berbagai jenis rumah yang boleh dimiliki seperti rumah murah,
rumah kos sederhana, rumah teres mewah dan banglo.
Akibat daripada kehendak yang pelbagai tadi, wujud permintaan di pasaran
daripada pengguna. Permintaan adalah kehendak kepada produk-produk
tertentu dan mestilah disokong oleh keupayaan dan kemampuan membeli.
Sebagai pemasar, mereka tidak mencipta keperluan manusia tetapi mereka
dapat

merangsang

kehendak

pengguna

dan

seterusnya

merangsang

permintaan. Ini boleh dilakukan dengan menjadikan produk itu tepat,


menarik, dalam kadar kemampuan dan mudah kepada pelanggan sasaran.

b) Produk
Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan oleh pemasar untuk
memuaskan keperluan atau kehendak manusia. Selalunya ia merangkumi 3
komponen iaitu barangan, perkhidmatan dan idea. Kebanyakan restoran
makanan segera yang ada di negara kita memasarkan produk

mereka

berdasarkan komponen tersebut. Sebagai contoh, Restoran McDonald


memasarkan produk yang berupa barangan terdiri dari semua jenis burger,
kentang goreng dan minuman. Perkhidmatan yang disediakan oleh McDonald
pula terdiri dari proses belian, masakan, tempat duduk dan sudut permainan
kanak-kanak. Idea yang diketengahkan dalam semua produk McDonald ialah
ringkas, mudah dan menjimatkan.

c) Keluaran,

dan

Perkhidmatan

oleh

Pengeluar,

Firma

atau

Organisasi
Dalam hal ini, manusia memuaskan keperluan dan kehendak mereka dengan
keluaran dan perkhidmatan. Apa sahaja yang ditawarkan kepada pasaran
untuk memuaskan sesuatu keperluan atau kehendak pengguna dinamakan
10

keluaran, yang mana ianya tidak terhad kepada barangan berbentuk fizikal.
Keluaran termasuklah entiti-entiti seperti orang, tempat, organisasi, aktiviti,
idea serta perkhidmatan. Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah yang
ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara dan tidak mendatangkan
pemilikan kepada sesuatu. Contohnya perbankan, penerbangan, hotel,
telekomunikasi elektrik, air dan pelbagai lagi.

d) Nilai dan Kepuasan Pelanggan Berkait Rapat dengan Kualiti


Produk atau Perkhidmatan
Pengguna kerap ditawarkan pelbagai pilihan keluaran dan perkhidmatan
daripada pengeluar yang berbeza bagi memenuhi keperluan mereka. Oleh
yang demikian, bagaimanakah pengguna membuat pilihan? Mereka memilih
berdasarkan tanggapan mereka sendiri terutamanya mengenai nilai keluaran
dan perkhidmatan yang diberikan.
Nilai pelanggan adalah berbeza di antara nilai yang pelanggan perolehi
setelah memiliki dan menggunakan perkhidmatan atau keluaran dengan kos
untuk mendapatkan keluaran atau perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh,
pelanggan menggunakan AirAsia kemungkinan disebabkan kosnya yang
murah. Di samping itu, layanan perkhidmatannya mungkin berbaloi dengan
wang yang dibayar serta waaktu ketibaan yang selalunya bertepatan dengan
jadual.
Manakala, bagi pelanggan yang menggunakan Malaysian Airline System
(MAS) pula ingin mendapat perkhidmatan yang cekap dan mesra, walaupun
terpaksa membayar lebih berbanding AirAsia. Di samping itu, apabila
menggunakan penerbangan MAS, pelanggan akan menerima nilai status dan
imej. Melihat kepada kedua-dua contoh bagi perkhidmatan yang sama iaitu
perkhidmatan penerbangan, jelaslah bahawa pelanggan akan menilai

11

daripada segi wang, usaha, kos mereka dengan perkhidmatan yang akan
diterima.

e) Pertukaran,

Pemindahan,

Urusniaga

dan

perhubungan

daripada Pemasaran
Pertukaran

dalam

pemasaran

merupakan

satu

perlakuan

untuk

mendapatkan sesuatu yang diingini dengan menawarkan sesuatu sebagai


pulangan. Contohnya, untuk mendapatkan barangan A dari Si D, Si B harus
ada sesuatu yang boleh diberikan kepada Si D untuk mendapatkan barangan
A itu tadi. Untuk tujuan ini, terdapat lima keadaan yang perlu dipatuhi dalam
proses pertukaran iaitu:
i)
ii)

Terdapat dua pihak dalam proses pertukaran.


Harus ada sesuatu yang bernilai untuk ditawarkan kepada pihak

iii)

lain.
Setiap pihak yang terlibat dalam proses pertukaran mampu

iv)
v)

berkomunikasi dengan baik.


Kedua-dua pihak bebas menerima dan menolak tawaran.
Setiap pihak yang percaya adalah perlu untuk berurusan dengan
pihak lain.

Apabila

persetujuan

telah

dicapai

dalam

proses

pertukaran,

proses

pemindahan pun berlaku. Pemindahan adalah dagangan nilai antara dua


pihak atau lebih. Dalam contoh yang paling klasik, Ali memberi RM1000
kepada

Abu

untuk

mendapatkan

sebuah

peti

sejuk.

Ini

bermakna

pemindahan sesuatu yang bernilai iaitu wang RM1000 daripada Ali kepada
Abu berlaku dan begitu juga pemindahan barangan iaitu peti sejuk daripada
Abu kepada Ali. Walaubagaimanapun, proses ini boleh juga berlaku secara
sistem barter iaitu pertukaran dan pemindahan barangan dengan barangan
tanpa melibatkan wang.

12

Apabila berlaku proses pertukaran dan pemindahan tadi, maka wujudlah apa
yang dipanggil urusniaga. Urusniaga wujud dalam bentuk atau barangan
dengan barangan atau perkhidmatan. Bagi sesebuah organisasi, pemasaran
melibatkan persetujuan pengguna untuk membuat pertukaran iaitu dengan
membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Organisasi tersebut
tentunya dapat mengaut keuntungan melalui jualan produk tersebut,
terutamanya jika ia dapat menjual kepada bilangan pelanggan yang ramai.
Di sini tentunya berlaku pertukaran di mana kedua-dua pihak saling
memenuhi
pertukaran

hajat

masing-masing.

tersebut,

manakala

Penjual

mendapat

pembeli

untung

mendapat

daripada

produk

atau

perkhidmatan yang memenuhi keperluan atau kehendak mereka.


f) Pasaran
Definisi pasaran ialah satu tempat yang mengandungi pelanggan yang
berpotensi berkongsi keperluan dan kehendak, dan mungkin terlibat dalam
pertukaran untuk memuaskan keperluan dan kehendak tadi. Dengan
perkataan lain, pasaran merupakan suatu tempat di mana pembeli dan
penjual berkumpul dan melakukan pertukaran barangan. Dalam dunia
perniagaan, terma pasaran sering dikaitkan dengan pelbagai kumpulan
pengguna.

Misalnya,

pasaran

berasaskan

keperluan

(seperti

pasaran

pengguna yang memerlukan makanan kesihatan sebagai diet mereka),


pasaran berasaskan produk (seperti pasaran kasut), pasaran berasaskan
demografik (seperti pasaran remaja), dan pasaran berasaskan geografik
(seperti pasaran Jepun).
Oleh yang demikian, ahli ekonomi berpendapat bahawa pasaran adalah
tempat

di

mana

kelompok

penjual

dan

pembeli

bertemu

untuk

melangsungkan aktiviti urusniaga atau pertukaran mereka. Cuba kita


bayangkan, sekiranya kita masih mengamalkan ekonomi primitif di mana
kita terpaksa memenuhi keperluan kita sendiri. Contohnya, jika kita ingin
memakan ikan, kita terpaksa menjala, jika kita ingin memakan ayam, kita
13

terpaksa menternak ayam dan jika kita ingin memakan sayur pula, kita
terpaksa menanam sayur sendiri. Alangkah mudah jika orang yang pandai
bercucuk tanam, menanam sayur lalu menjual kepada peniaga, orang yang
menternak

ayam

menjual

ternakannya

dan

nelayan

pula

menjual

tangkapannya kepada peniaga.


Si peniaga tadi yang merupakan orang tengah kemudiannya akan menjual
sayur, ikan dan ayam tersebut di tempat yang ada pasaran di mana ada
permintaan bagi barangan tersebut. Di sini berlakulah pertukaran dan
urusniaga di mana pembekal datang membekalkan hasil mereka dan
mendapatkan pula barangan keperluan yang lain. Oleh yang demikian,
dalam pasaran terdapat dua komponen iaitu penawaran dan permintaan.
Begitulah serba sedikit penjelasan daripada saya mengenai konsep-konsep
asas dalam pemasaran yang mana ianya berorientasikan tanggungjawab
sosial dalam masyarakat masa kini dan ia juga adalah kriteria produk atau
perkhidmatan yang sememangnya bertepatan dengan konsep tersebut.

2.2

URUSNIAGA DAN PERHUBUNGAN

Urusniaga merupakan pertukaran yang berlaku dalam dunia perniagaan.


Dalam perniagaan, sesuatu urusniaga dicatat atau direkodkan di antara
kedua-dua pihak (penjual dan pembeli). Lazimnya, urusniaga melibatkan
pertukaran wang dengan barangan atau perkhidmatan. Urusniaga berlaku
setelah pihak yang terbabit (penjual dan pembeli) bersetuju untuk menukar
sekurang-kurangnya dua

perkara (barangan atau perkhidmatan dengan

wang) pada masa dan tempat yang dipersetujui.

14

Manusia adalah makhluk yang hidup secara bermasyarakat. Dengan hal


yang demikian, pemasaran adalah salah satu cabang ilmu yang mengasah
kemahiran hidup bermasyarakat, yang berteraskan peraturan dan prinsip
penjagaan hak individu dan masyarakat. Seterusnya, ilmu pemasaran wujud
disebabkan manusia hidup saling memerlukan dan bergantung kepada orang
lain. Misalnya, nelayan hanya pandai menangkap ikan dan pada masa yang
sama, dia perlu makan sayur dan ayam. Oleh yang demikian, dia
memerlukan penternak dan pekebun untuk memenuhi keperluan tersebut.
Pemasaran perhubungan pula dibina berdasarkan perhubungan dengan
pelanggan, pengedar, wakil penjual dan pembekal dengan pihak pemasar.
Mereka perlu membina hubugan ekonomi dan sosial yang kukuh dengan
memenuhi

keperluan

pelanggan

dalam

mengeluarkan

produk

atau

perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.


Justeru,

rangkaian

pemasaran

perlu

di

bina

bagi

memaksimumkan

keuntungan bagi setiap urusniaga. Rangkaian tersebut terdiri daripada


syarikat

(pengeluar)

serta

pihak

yang

berkepentingan

termasuklah

pelanggan, pekerja, pembekal, pengedar, peruncit, agensi pengiklanan serta


pihak-pihak lain

yang mungkin mendapat keuntungan dari kerjasama

tersebut. Sememangnya, pengeluar harus membina rangkaian pemasaran


yang berkesan dengan pihak yang berkepentingan agar keuntungan dapat
dikecapi bersama.
Dalam hal ini, urusniaga dan pemasaran perhubungan memainkan peranan
yang amat penting dan amat bertepatan dengan konsep pemasaran yang
berorientasikan tangggunjawab sosial pada masa kini sepertimana yang
dikehendaki.

2.3

PERKEMBANGAN KONSEP PEMASARAN

15

Setelah kita mengetahui berkenaan konsep teras di dalam pemasaran, di sini


kita lihat pula apakah perkembangan konsep dalam pemasaran. Secara
keseluruhannya terdapat lima perkembangan konsep pemasaran yang boleh
dipilih oleh setiap organisasi untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti pemasaran
antaranya ialah:
i)

Konsep Pengeluaran

Ianya merupakan konsep pengurusan pasaran yang tertua. Pendekatan ini


menganggap pengguna lebih menggemari produk yang telah tersedia secara
kesuluruhannya dan dengan harga yang rendah. Oleh itu, organisasi yang
berpegang kepada pendekatan ini akan menumpukan usaha untuk mencapai
kecekapan pengeluaran yang tinggi dan pengedaran yang meluas. Andaian
tentang pengguna gemar kepada produk yang telah tersedia di pasaran dan
pada harga yang rendah bergantung kepada dua situasi. Situasi pertama
ialah apabila permintaan terhadap produk melebihi penawaran seperti yang
banyak berlaku di negara-negara sedang membangun. Dalam hal ini,
pengguna lebih menekankan minat untuk mendapatkan produk berbanding
dengan kelebihan produk. Oleh itu, pemasar akan menumpukan usaha untuk
meningkatkan pengeluaran.
Situasi yang kedua pula ialah di mana kos produk tinggi dan perlu diturunkan
untuk meluaskan pasaran. Dalam hal ini, organisasi akan menggunakan
seluruh keupayaan untuk meningkatkan pengeluaran dan menambahbaikkan teknologi untuk

menurunkan kos. Dengan menurunkan kos,

organisasi dapat mengurangkan harga produk dan seterusnya pasaran dapat


diperluaskan. Untuk menjayakan pendekatan ini, organisasi juga perlu
mencapai satu tahap yang dominan dalam pasaran. Contoh yang ada di
Malaysia ialah produk ubat gigi keluaran syarikat Colgate-Palmolive Malaysia
Sdn. Bhd. Ubat gigi jenama Colgate boleh didapati di mana-mana sahaja dan
pada bila-bila masa, dan ia dikatakan menjadi dominan dalam pasaran ubat
gigi di Malaysia.
16

ii)

Konsep Produk atau Keluaran

Di bawah pendekatan ini, pengurus organisasi menganggap pelanggan


berminat kepada produk yang dibuat dengan baik dan menghargai produk
dari segi kualiti dan apa yang sepatutnya dapat diberikan oleh produk
berkenaan. Oleh itu, pengguna akan memilih produk yang bermutu tinggi,
berprestasi tinggi dan berinovasi. Organisasi akan lebih fokus untuk
menjadikan

keluaran

penambahbaikan

sentiasa

keluaran

yang

bermutu

tinggi

berterusan.

dan

Walau

menekankan
bagaimanapun,

pendekatan ini akan menjadikan pengeluar terlalu taksub dengan produk


mereka dan merasakan produk mereka sentiasa yang terbaik tanpa
menyedari perubahan yang mungkin berlaku dalam pasaran. Hal ini kerana
syarikat-syarikat

yang

melakukan

konsep

keluaran

lazimnya

akan

menghasilkan produk mereka tanpa atau dengan sedikit maklumat daripada


pelanggan. Mereka terlalu yakin dengan keunggulan produk mereka tanpa
melihat perkembangan produk pesaing.
Pendekatan konsep pengeluaran ini juga kadangkala membawa syarikat
kepada fenomena miopia pemasaran. Syarikat yang terperangkap dengan
fenomena

ini

akan

merasa

selesa

dalam

keadaan

mereka.

Mereka

mengabaikan kelebihan pesaing-pesaing dari dalam dan luar negeri,


pasaran-pasaran luar, sumber bekalan dari luar, teknologi terkini, material,
peralatan dan cara baru mengurus organisasi dan pemasaran. Contohnya di
Malaysia, pengusaha-pengusaha syarikat teksi berfikir bahawa penumpang
hanya memerlukan teksi melebihi keperluan kepada sistem pengangkutan
yang selesa, cepat dan berkesan ke lapangan terbang. Oleh itu, mereka
terlepas pandang kemajuan persaingan perkhidmatan teksi limosin, bas-bas
shuttle dan yang terkini perkhidmatan ERL.

17

iii)

Konsep Jualan

Pendekatan ini merupakan satu lagi pendekatan umum tentang pemasaran.


Pendekatan ini menganggap pengguna tidak akan membeli produk jika tidak
didekati.

Syarikat-syarikat

yang

mengamalkan

pendekatan

ini

sering

mengandaikan pengguna selalunya menunjukkan sikap ketidakmampuan


membeli atau penolakan membeli. Oleh itu mereka harus dipujuk dalam
proses

pembelian. Untuk

menjayakan pendekatan ini,

syarikat

perlu

mengambil langkah yang agresif dalam usaha jualan dan promosi untuk
merangsang belian di kalangan pengguna.
Dari

aspek

jenis

barangan,

pendekatan

ini

sesuai

digunakan

untuk

memasarkan barangan tidak dicari seperti insuran, ensiklopedia dan


sebagainya. Ini kerana pengguna tidak terfikir untuk merancang pembelian
item-item berkenaan melainkan didekati oleh pemasar. Pendekatan ini juga
sesuai digunakan untuk sektor bukan-untung seperti pengumpul dana,
pejabat pendaftaran kolej dan parti-parti politik. Contohnya setiap parti
politik secara drastik akan menjual calon mereka kepada pengundi. Oleh
itu, mereka akan melakukan apa sahaja cara promosi untuk mendekati
pengundi seperti ceramah, mengunjungi rumah-rumah kebajikan, melawat
hospital, menyumbangkan derma kepada tabung-tabung kebajikan dan
sebagainya. Dalam sesetengah hal pula, pendekatan jualan juga digunakan
apabila syarikat mengalami keadaan lebihan pengeluaran. Fokus mereka
ialah untuk menjual apa yang telah dibuat, bukannya buat apa yang
diperlukan oleh pasaran.

iv)

Konsep Pemasaran

Pendekatan ini merupakan pendekatan yang menandingi tiga pendekatan


awal yang telah dibincangkan. Falsafah pendekatan ini ialah untuk mencapai
matlamat organisasi, firma haruslah lebih efektif daripada pesaing mereka
18

dalam aktiviti-aktiviti pemasaran secara bersepadu ke arah mengenal pasti


dan memuaskan keperluan dan kehendak pasaran sasar mereka. Pendekatan
ini berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu pasaran sasar, keperluan
pengguna, kesepaduan pasaran dan keuntungan.
Dalam membincangkan pasaran sasar, tidak ada sebuah syarikat pun
dengan mudah dapat beroperasi di semua pasaran dan dapat memuaskan
setiap keperluan. Sebagai contoh, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tidak
dapat memberikan penyelesaian terbaik terhadap masalah pengangkutan
domestik di Malaysia walaupun ia dikatakan dominan. Sesuatu yang terbaik
yang boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat untuk menguasai pasaran sasar
mereka ialah apabila mereka mampu mentakrifkan sasaran pasaran dengan
penuh terperinci dan menyediakan satu program pemasaran yang tepat.
Inilah yang dapat dilihat dari persaingan dan perkembangan perkhidmatan
prabayar telefon mudah alih di Malaysia. Kejayaan perkhidmatan seperti
Hotlink daripada maxis dapat dilihat daripada sambutan pasaran sasar
mereka yang terdiri daripada golongan remaja dan eksekutif muda dengan
menawarkan produk-produk dalam Hotlink yang menarik gaya hidup
golongan berkenaan.
Namun begitu, walau pun syarikat mampu mentakrif pasaran sasar mereka,
risiko kegagalan boleh berlaku jika mereka tidak peka dengan keperluan
pengguna yang menjadi tunjang kedua pendekatan pemasaran moden. Oleh
itu, memahami keperluan dan kehendak pengguna bukanlah satu tugas yang
mudah. Sesetengah pengguna mempunyai keperluan yang mereka sendiri
tidak menyedarinya. Ada juga yang tidak dapat menyatakan dengan jelas
keperluan mereka atau memerlukan tafsiran lain untuk memahami keperluan
mereka.Jelasnya, pemikiran yang berorientasikan pengguna memerlukan
syarikat

mengenal

pasti

keperluan

pengguna itu sendiri.

19

pengguna

dari

sudut

pandangan

Aspek ketiga yang menjadi tunjang pendekatan pemasaran moden ialah


kesepaduan pemasaran. Ini hanya boleh dicapai apabila semua bahagian
dalam sesuatu organisasi itu bekerjasama kea rah memberikan yang terbaik
untuk memenuhi kepentingan pengguna. Walau bagaimanapun, bukanlah
mudah untuk semua individu dalam sesebuah organisasi itu dilatih dan
bermotivasi untuk bekerja ke arah kepentingan pengguna. Kesepaduan
pemasaran akan berlaku berdasar dua tahap.
Pertama, pelbagai fungsi pemasaran seperti jentera jualan, pengiklanan,
pengurusan produk, penyelidikan pemasaran dan sebagainya perlu sebati
dan

boleh

bekerjasama.

Semua

fungsi-fungsi

berkenaan

mestilah

berkodinasi selaras dari sudut pandangan pengguna. Kedua, bahagian


pemasaran sendiri harus mempunyai kordinasi dengan bahagian-bahagian
lain dalam organisasi. Hal ini akan berkesan apabila semua individu dalam
organisasi berkenaan menghargai peranan mereka ke atas kepuasan
pengguna. Untuk menggalakkan kerja sepasukan dalam semua jabatan,
syarikat harus menjalankan pemasaran dalaman seiring dengan pemasaran
luaran. Pemasaran luaran ialah pemasaran yang menjurus kepada pengguna
di luar syarikat. Pemasaran dalaman ialah pemasaran yang kejayaannya
boleh dilihat menerusi keberkesanan proses pengambilan pekerja, skim
latihan dan motivasi yang dapat membentuk pekerja untuk memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.
Aspek seterusnya yang menjadi tunjang keempat pendekatan pemasaran
moden ialah keuntungan. Ianya merupakan sasaran unggul dalam konsep
pemasaran yang melihat organisasi mencapai matlamatnya. Dalam firma
swasta, matlamat penting ialah keuntungan. Dalam organisasi bukan untung
atau organisasi awam, matlamat penting ialah organisasi itu terus hidup dan
dapat menarik dana yang mencukupi untuk mereka meneruskan aktiviti
mereka. Syarikat akan mendapat keuntungan dengan keupayaan mereka
memenuhi kepuasan pengguna berbanding dengan apa yang dilakukan oleh
pesaing-pesaing mereka.
20

v)

Konsep Pemasaran Kemasyarakatan

Menerusi pendekatan pemasaran kemasyarakatan, syarikat atau firma harus


menekankan isu dan kebajikan pelanggan disamping memberi kepuasan
kepada pelanggan dengan memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Pendekatan ini memerlukan organisasi mengimbangi antara keuntungan
syarikat, kepuasan kehendak pengguna dan kepentingan awam.
Sejak kebelakangan ini, timbul persoalan sama ada konsep pemasaran
merupakan sesuatu yang sesuai dalam era kemerosotan kualiti alam sekitar,
sumber-sumber yang semakin terhad, ledakan pertumbuhan penduduk,
kelaparan dan kemiskinan sedunia, dan pengabaian khidmat sosial. Sebagai
contoh, dalam kes syarikat Pan Parmacheutical Australia yang didakwa telah
melanggar etika pengeluaran sehingga menyebabkan pengguna menjadi
mangsa

ubat-ubatan

yang

dikeluarkan

oleh

syarikat

berkenaan.

Ini

merupakan satu contoh yang mana produk syarikat berkenaan yang berupa
produk

makanan

tambahan

sepatutnya

memberi

manfaat

kepada

masyarakat pengguna.
Tegasnya, konsep pemasaran kemasyarakatan ini lebih menggalakkan
pemasar

mempertimbangkan

aspek

sosial

dan

etika

dalam

amalan

pemasaran mereka. Keseimbangan diperlukan antara keuntungan syarikat,


kepuasan kehendak pengguna dan kepentingan awam. Antara contoh lain di
Malaysia ialah yang diamalkan oleh beberapa syarikat seperti syarikat
pembuat biskut Munchys yang membuat sumbangan sepuluh sen untuk
setiap belian produk mereka kepada tabung kanak-kanak tidak berubah.
Begitulah

diantaranya

penjelasan

mengenai

perkembangan

konsep

pemasaran yang berorientasikan tanggungjawab sosial yang mana konsep


tersebut sangat memberi keutamaan dalam membina jalinan hubungan yang
baik dengan memenuhi kehendak dan kepuasan setiap pelanggan serta
masyarakat.

21

3.0

CONTOH-CONTOH
MENEPATI

PRODUK

KONSEP

ATAU

PERKHIDMATAN

PEMASARAN

YANG

BERORIENTASIKAN

TANGGUNGJAWAB SOSIAL.

Pemasaran sosial adalah satu konsep pemasaran yang menekankan


kesedaran sosial sebagai sebahagian daripada pelan pemasaran secara
keseluruhan. Pemasaran sosial adalah apabila syarikat memasarkan produk
yang bukan sahaja dengan keperluan pengguna dan syarikat di fikiran, tetapi
juga

jangka

masa

panjang

kesejahteraan

masyarakat

secara

keseluruhannya. Syarikat-syarikat yang menghasilkan kempen pemasaran


sosial yang berkesan menggabungkan pertimbangan sosial dan etika ke
dalam pelan pemasaran. Terdapat banyak cara syarikat boleh mencapai
matlamat ini.
Tujuan pemasaran sosial adalah bagi syarikat untuk memenuhi keperluan
dan keperluan pengguna semasa mempertimbangkan jangka baik masa
panjang

masyarakat.

Dalam

jenis

ini

pemasaran,

syarikat

yang

menggunakan pendirian sedar sosial sebagai satu cara untuk menarik


pengguna yang boleh menghargai hasrat syarikat untuk memasarkan produk
dengan memberi pertimbangan untuk masyarakat. Akibatnya, kebimbangan
syarikat bagi masyarakat, seolah-olah lebih keuntungan, meletakkan syarikat
itu dalam cahaya yang baik dan boleh membantu menjual lebih banyak
produk.
Kempen pemasaran yang menekankan kesihatan pengguna adalah kempen
yang jatuh ke dalam strategi pemasaran masyarakat. Syarikat-syarikat yang
22

memasarkan bahan-bahan organik atau bahan kimia atau bahan tambahan


dalam produk mereka mempertimbangkan kesihatan pengguna dalam
membuat produk mereka. Ini membimbangkan kepada kesihatan pengguna
menjadi titik yang kuat dalam proses pemasaran. Produk yang meletakkan
nilai yang tinggi kepada kesihatan pengguna memenuhi kriteria pemasaran
masyarakat,

memenuhi

keperluan

pengguna,

keperluan

syarikat

dan

manfaat jangka panjang masyarakat atau ahli-ahlinya.


Syarikat-syarikat yang memberi penekanan kepada produk kitar semula dan
bahan organik yang tidak akan merosakkan lapisan ozon jatuh di bawah
strategi pemasaran masyarakat. Syarikat-syarikat yang membuat produk
dari bahan kitar semula boleh memasarkan diri mereka sebagai sebuah
syarikat yang prihatin tentang kesan jangka panjang kepada masyarakat. Ini
tidak hanya memohon kepada bahan yang digunakan untuk menghasilkan
produk. Sesetengah syarikat memasarkan diri mereka sebagai kuota hijau
dan menekankan bahawa ia menggunakan semua produk kitar semula pada
hari-hari operasi perniagaan. Syarikat yang tidak mengimport bahan mentah
mengamalkan bentuk yang lebih terkandung pemasaran kemasyarakatan
oleh produk pemasaran dibuat dengan bahan-bahan yang diperolehi
daripada sumber-sumber tempatan. Ini jenis pemasaran mengambil kira
kesejahteraan struktur sosial tempatan. Sebuah syarikat yang membeli
bahan-bahan mentah daripada petani tempatan atau perniagaan boleh
memasarkan produknya menggunakan fakta ini sebagai bahagian penting
dalam strategi pemasaran.
Antara contoh-contoh lain mengenai produk atau perkhidmatan yang
menepati konsep pemasaran yang berorientasikan tanggungjawab sosial
adalah seperti berikut:
1. Kebanyakan syarikat mengakui bahawa aktiviti-aktiviti sosial yang
memperbaiki imej di kalangan pelanggan, pemegang saham, komuniti
kewangan

dan

orang

awam
23

yang

lain.

Amalan

etika

dan

tanggungjawab sosial perniagaan ini adalah semata-mata untuk


kebaikan dan bukan menyebabkan imej yang baik sahaja, tetapi
akhirnya juga untuk peningkatan jualan.
2. The Body Shop: The Body Shop International adalah jenama kecantikan
asal semula jadi dan beretika. Body Shop juga adalah sebuah syarikat
kosmetik yang ditemui oleh Anita Roddick. Syarikat itu hanya
menggunakan bahan-bahan yang berasaskan sayur-sayuran atau
tumbuhan untuk produknya.. Ia adalah bertentangan dengan ujian
haiwan, menyokong perdagangan masyarakat, aktifkan harga diri,
mempertahankan hak asasi manusia, dan perlindungan keseluruhan
planet ini. Syarikat ini mempunyai amal mereka sendiri untuk
membantu mereka yang bekerja bagi mencapai kemajuan dalam
bidang hak asasi manusia dan awam, serta perlindungan alam sekitar
dan haiwan. Oleh itu, syarikat ini benar-benar menepati konsep
pemasaran masyarakat.
3. AVON: Produk Avon telah memulakan program yang dikenali sebagai
program mencegah kanser payudara dengan kerjasama Perikatan
Kebangsaan kanser payudara yang diasaskan oleh (NABCO). Mereka
mula

menjual

pin

merah

jambu

yang

menggambarkan

simbol

antarabangsa yang mana untuk kanser payudara sebanyak $2 dan


mendermakan $1 untuk NABCO. Melalui perang salib wakil jualan Avon
telah dibangkitkan bilion ringgit untuk pendidikan kanser payudara dan
akses kepada perkhidmatan pengesanan awal bagi wanita yang kurang
mendapat liputan. Di samping itu Avon mendapat 45000000 AS dari
jualan orang yang telah dilatih untuk membincangkan payudara dan
kepentingan

pengesanan

awal

dengan

pelanggan

mereka

dan

diedarkan 80 juta risalah mengenai pengesanan kanser payudara


tersebut.
4. Ariel adalah bahan pencuci yang dikeluarkan oleh Procter dan Gamble.
Ariel menjalankan kempen khas pengumpulan dana untuk kelas
dilucutkan dunia khususnya negara-negara membangun. Ia juga

24

menyumbang sebahagian daripada keuntungan dari setiap beg yang


dijual kepada pembangunan masyarakat.
5. British Tembakau Amerika Syarikat (BAT): BAT adalah sebuah syarikat
yang berasaskan Tembakau British. Didapati dalam tahun 1902 BAT
terlibat bekerja untuk masyarakat di setiap bahagian dunia. Ia
menjalankan penanaman pokok sebagai daripada strategi pemasaran
sosial di mana ia memang menepati konsep tanggungjawab sosial.
Itulah di antaranya contoh-contoh produk dan perkhidmatan yang
menepati konsep pemasaran yang berorientasikan tanggungjawab
sosial

yang

perniagaan

mana
tentang

tanggungjawab
tanggungjawab

sosial

merupakan

mereka

kesedaran

terhadap

kebajikan

pekerja, masyarakat, negara, pengguna dan sebagainya. Perniagaan


bertanggungjawab kepada masyarakat dengan menyediakan peluangpeluang pekerjaan, menjual barangniaga yang baik dan bermutu,
memberikan

perkhidmatan

yang

diperlukan

oleh

masyarakat,

membantu negara pada amnya dalam meningkatkan kedudukan


ekonomi

dan

menganggap

objektif-objektif
perkara-perkara

lain.
yang

Peniaga-peniaga

yang

boleh

ini

dilakukan

sedar

sebagai

tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat, pengguna, pekerja


dan negara.

4.0

PERANAN PIHAK ORGANISASI DAN PIHAK BERWAJIB DALAM


MELAKSANAKAN

KONSEP

PEMASARAN

BERORIENTASIKAN

TANGGUNGJAWAB SOSIAL.

Pemasaran memainkan peranan yang amat penting di dalam menjayakan


perniagaan kecil terutamanya yang baru bermula. Sesebuah perniagaan
kecil perlu membina networking yang kukuh dengan pembekal dan
pelanggan. Oleh itu ia perlu membina relationship marketing yang
bermakna dan ia perlu membina hubungan jangka panjang cost-effective
25

dengan pelanggan individu. Dalam hal ini, semua pihak organisasi dan pihak
berwajib memainkan peranan yang amat penting dalam melaksanakan
konsep pemasaran yang berorientasikan tanggungjawab sosial. Antara pihak
yang bertanggungjawab adalah seperti berikut:

1) Pihak Pengurusan
Pihak pengurusan adalah mereka yang diamanahkan dan diharapkan dapat
menjana

keuntungan

syarikat

dari

aktiviti-aktiviti

pemasaran

yang

dijalankan. Mereka adalah individu atau sekumpulan individu yang akan


memastikan

matlamat

dan

objektif

pemasaran

tercapai.

Apa

yang

diharapkan oleh mereka adalah keuntungan kerana dengan keuntungan,


kelangsungan syarikat dalam pemasaran akan berlaku. Pihak pengurusan
juga

perlu

memastikan

keuntungan

dalam

aktiviti

pemasaran

untuk

memenuhi tuntutan dan kehendak pihak-pihak lain yang terlibat dalam


persekitaran tugas. Pengurusan juga adalah universal iaitu ia bukan sahaja
berhubung dengan organisasi perniagaan malah organisasi awam seperti
hospital,sekolah, kementerian, kesatuan-kesatuan dan lain-lain organisasi. Di
sini pengurus mempunyai tugas menyelaraskan dan mengawal kerja yang
dilakukan oleh orang bawahan untuk mencapai matlamat tertentu. Matlamat
itu

tidak

akan

tercapai

sekiranya

dilakukan

oleh

pengurus

secara

berseorangan sahaja.

2) Pihak Pelabur atau Pembiaya


Pihak ini merupakan pihak yang membeli saham syarikat dan inginkan
pulangan yang baik dari pelaburan mereka. Pelabur boleh terdiri daripada
individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan.
Syarikat perlu memikirkan aktiviti pemasaran yang menguntungkan kerana
ada pelabur yang mementingkan pulangan dividen dalam jangka masa
26

panjang. Ini perlu untuk memastikan pelabur tidak memilih alternatif


pelaburan yang lain. Pelabur adalah pemilik yang menyumbangkan modal
dan teknologi dalam perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Pemodal
atau pembiaya merupakan pelabur syarikat. Mereka membeli saham syarikat
dan inginkan pulangan yang baik berbanding dengan pelaburan-pelaburan
lain.

Oleh

itu

syarikat

perlu

memikirkan

projek-projek

yang

dapat

menguntungkan supaya pelabur tidak memilih alternatif lain untuk membuat


palaburan.

3) Pihak Pekerja
Pekerja merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam aktiviti
pengeluaran dan pemasaran. Mereka diberi gaji dan faedah-faedah lain
seperti bonus, faedah rawatan kesihatan percuma, cuti tahunan, peluang
melanjutkan pelajaran, perumahan dan lain-lain lagi. Ini semua sebagai
penghargaan atas sumbangan pekerja dalam pemasaran. Sekiranya aktiviti
pemasaran tidak mendatangkan keuntungan yang diharapkan, semua
kemudahan itu tidak dapat diberikan kepada pekerja. Akibatnya, ada
sebahagian pekerja yang akan berpindah ke syarikat lain. Ini akan merugikan
syarikat jika pekerja yang berpindah itu merupakan pekerja-pekerja mahir
dan terlatih dalam aktiviti pemasaran.

4) Pihak Pengguna
Pengguna adalah pembeli produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
perniagaan. Kehendak dan citarasa pengguna mempengaruhi keputusan
perniagaan terhadap jenis atau harga produk yang hendak dipasarkan.
Pelanggan juga sebagai pengguna dalam usaha untuk memenuhi keperluan
dan kehendaknya. Kejayaan sesebuah syarikat dalam aktiviti pemasarannya
sangat bergantung kepada pelanggan. Pelanggan pula terdiri daripada
27

individu, institusi, firma dan kerajaan. Pelanggan mahukan kepuasan dalam


penggunaan barang atau perkhidmatan dari segi nilai berbanding dengan
kos.

Pelanggan

mempunyai

pilihan

bagi

kebanyakan

barangan

dan

perkhidmatan kecuali barangan yang dikeluarkan oleh firma oligopoli dan


monopoli yang hanya dikuasai oleh firma tertentu sahaja. Contohnya
penghasilan minyak di Malaysia hanya dikuasai oleh beberapa firma seperti
Shell,

Esso,

BP

dan

Petronas.

Untuk

memberikan

barangan

atau

perkhidmatan yang terbaik, syarikat memerlukan keuntungan kerana


dengan keuntungan yang baik sahaja syarikat dapat melabur semula untuk
menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik tadi. Oleh itu, setiap firma
harus memikirkan sama ada keluaran mereka dapat memenuhi kehendak
pelanggan atau tidak.
5) Pihak Pembekal
Pembekal merupakan pihak yang membekalkan keperluan bahan oleh
sesebuah syarikat pengeluar barangan atau perkhidmatan. Hubungan yang
baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin operasi syarikat tidak
terganggu. Pemilihan pembekal yang dapat membantu dan menyediakan
pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti penghantaran segera,
tempoh kredit, bahan mentah berkualiti dan harga setanding akan dapat
membantu

perjalanan

operasi

syarikat.

Ini

akan

melicinkan

aktiviti

pemasaran.

6) Pihak Kerajaan
Dalam hal yang demikian, pihak kerajaanlah yang memainkan peranan yang
paling utama di dalam setiap organisasi syarikat dan juga pengeluaran
sesuatu produk yang mana ia memastikan setiap syarikat tersebut mesti
menepati segala peraturan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan bagi syarikat itu sendiri dan juga kepentingan hak-hak masyarakat
28

dalam hal-hal pasaran dan pemasaran. Tanpa kebenaran dan kelulusan dari
pihak kerajaan, mana-mana syarikat dan pemgeluar sesuatu produk itu tidak
dibenarkan mengeluar dan memasarkannya kepada masyarakat. Oleh itu,
kepada pihak pengurus mesti memastikan syarikat dan produk yang ingin
dikeluarkan dan dipasarkan itu mesti mendapat kelulusan dan kebenaran
dari pihak kerajaan terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Kerajaan merupakan pengguna barangan dan perkhidmatan
terbesar

dalam

sesebuah

negara.

Kerajaan

juga

ingin

mewujudkan

kesejahteraan ekonomi dan mengharapkan firma-firma dapat membantu


negara menambah pendapatan negara dan mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan. Selain daripada itu, kerajaan juga memastikan firma tersebut
mematuhi peraturan dan undang-undang negara khasnya dalam penjagaan
alam sekitar. Hasil pengeluaran firma juga merupakan imej negara dan
penjagaan kualiti adalah penting supaya dapat bersaing di pasaran
antarabangsa.

7) Pihak JAKIM

Selain daripada itu, dalam pemasaran ini juga pihak JAKIM memainkan
peranan yang amat penting bagi memastikan sesebuah syarikat dan produk
yang ingin memasarkan sesuatu barangan itu mesti mendapat cop kelulusan
daripada pihak JAKIM terlebih dahulu. Yang mana tugas pihak JAKIM adalah
memastikan syarikat dan pengeluaran produk itu terjamin halal kesuciannya
dan selamat digunakan oleh masyarakat di luar sana. Seperti yang kita lihat,
jika sesebuah syarikat atau firma itu terdapat sijil pengesahan kelulusan
daripada pihak JAKIM, itu menandakan syarikat atau firma tersebut telah
layak menjalankan pemasaran. Dan jika kita lihat pada pengeluaran sesuatu
produk atau barangan itu pula, didapati ada cop pengesahan daripada pihak
29

JAKIM, itu juga menandakan barangan atau produk tersebut halal dan sah
dipasarkan dan digunakan.
Begitulah serba sedikit penerangan mengenai peranan pihak organisasi dan
pihak

berwajib

dalam

melaksanakan

konsep

pemasaran

yang

berorientasikan sosial yang mana masing-masing mesti memainkan peranan


dalam melaksanakan sesuatu perkara dengan mengikut peraturan-peraturan
seperti

yang

telah

ditetapkan

oleh

pihak-pihak

tertentu

dan

saling

memerlukan di antara satu sama lain.

5.0

KESIMPULAN

Pemasaran sosial adalah satu disiplin yang bermula pada tahun 1971
bersama dengan Kotler dan Zaltman. Ia juga ditakrifkan sebagai adaptasi
teknologi

pemasaran

komersial

kepada

program

yang

direka

untuk

mempengaruhi tingkah laku secara sukarela sasaran untuk meningkatkan


kebajikan peribadi mereka dan masyarakat di mana mereka adalah
sebahagian pemasaran sosial yang lebih menggunakan cara tradisional,
teknik komersial, dan strategi memberi tumpuan kepada jualan untuk
mencapai

matlamat

sosial

yang

baik

dan

yang

lebih

besar

serta

menggalakkan dengan adanya sesuatu kempen. Barangan demerit, sebagai


contohnya pengumpulan dana bukan untuk keuntungan organisasi atau
menghalang penggunaan akan tetapi barangan demerit adalah cara untuk
mempromosikan kesejahteraan masyarakat. Contoh lain seperti kempen
tidak merokok atau menggalakkan penggunaan kerusi tali pinggang. Satu
lagi ciri pemasaran sosial yang dirancang untuk mempengaruhi tingkah laku
individu untuk meningkatkan kesejahteraan mereka. Ia termasuk lebih
daripada pengiklanan di media cetak, radio atau televisyen dan tajaan atau
30

pemasaran online. Dan ia juga biasanya dirancang atau dilaksanakan oleh


badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Satu contoh yang jelas yang
membezakan masyarakat dari pemasaran sosial adalah kempen pemasaran
di tempat larangan merokok. Ia memberi tumpuan iklan berhenti merokok
adalah contoh pemasaran sosial, tetapi jika strategi pemasaran dan teknik
yang digunakan dalam kempen tumpuan kepada peningkatan kesejahteraan
masyarakat, kempen yang sama boleh menjadi contoh kepada pemasaran
masyarakat.

Pelbagai percubaan untuk menentukan objektif pemasaran masyarakat telah


berkata, seperti

tanggungjawab sosial membayangkan bahawa pembuat

keputusan perniagaan adalah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan


yang juga melindungi dan meningkatkan masyarakat serta kepentingan
perniagaan mempunyai tanggungjawab untuk membantu pengguna. Justeru
kewajipan untuk menggalakkan perniagaan yang betul dengan adanya nilai
kuota penggunaan. Pemimpin perniagaan yang diberi mandat adalah untuk
mengambil peranan kepimpinan dalam kemajuan masyarakat kita ke tahap
baru.

Untuk itu pemasaran perlulah dilakukan dengan kaedah yang betul untuk
mengelakkan sebarang kerumitan terutama dalam memperkenalkan produk
keluaran syarikat dan dalam usaha meraih minat dan kepercayaan
pelanggan. Pemasaran merupakan satu elemen penting dalam perniagaan.
Selain itu, elemen yang cukup penting dalam pemasaran ialah sasaran
pasaran atau segmentasi pasaran yang perlu dilakukan secara berhati-hati.
Ini adalah kerana sasaran yang salah atau kurang tepat akan memberi kesan
terhadap permintaan dan penjualan produk. Justeru sasaran yang tepat akan
pula membantu meningkatkan penjualan selain kejayaan dan kepuasan
dalam perniagaan. Untuk mendapatkan sasaran pasaran yang tepat,
31

penyelidikan pasaran perlulah dilakukan terutama dalam menilai gelagat


pengguna.

Penyelidikan

gelagat

pengguna

ini

penting

juga

dalam

menempatkan produk keluaran kepada pengguna yang tepat.

Kesimpulannya, akhir kalam, setelah diperincikan dalam semua penerangan


di atas, itulah hasil penjelasan yang menghalusinya berkenaan dengan
konsep pemasaran, contoh produk atau perkhidmatan yang menepati
konsep pemasaran berorientasikan tanggungjawab sosial, serta peranan
pihak

organisasi

dan

pihak

berwajib

dalam

melaksanakan

konsep

pemasaran yang berorientasikan tanggungjawab sosial. Yang mana sedikit


sebanyak kita memahami kepentingan pemasaran terutama dalam bidang
perniagaan. Kepentingannya bukan setakat meningkatkan jualan malah
dalam memperkenalkan produk dan imej syarikat.

32

RUJUKAN

Ismah Osman, Disember 2011, ABSS2103 Prinsip Pemasaran, Meteor Doc.


Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Sabri Hj. Hussin, Jeffry Muhammad dan Rohayu Bujang, Pengurusan


Perniagaan Jilid 1, Pemasaran dan Persekitaran, Malaysia.2345 PEL 07 06 05.

http://www.thomsonlearningasia.com
http://www.societal marketing.com

33

You might also like