You are on page 1of 12

…SENARAI KANDUNGAN…

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1 Pengenalan

2 Objektif Kajian

3 Lokasi Projek

4 Strategik Pelaksanaan

5 Masalah-Masalah

6 Kos Pelaksanaan

7 Tempoh Pelaksanaan

8 Penghargaan

9 Refleksi dan Kesimpulan

10 Lampiran

11 Lampiran A : Gambar / Foto

12 Lampiran B : Surat kebenaran ibu bapa

13 Lampiran C : Surat daripada pihak sekolah

14 Lampiran D : Surat penghargaan kepada Pn.


Hjh. Adilah bt. Idris (GKSS)
15 Lampiran E : Surat penghargaan kepada Pn.
Norizam bt. Ismail
…PENGHARGAAN…
Saya Mohamad Zuhairi Bin Zulkifli merupakan pelajar tingkatan 3 Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Gafar Kota Bharu Kelantan. Saya telah menjalankan
Projek Makanan Pelbagai Kaum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan secara
berkumpulan dengan rakan sekelas pada waktu khas yang telah ditetapkan oleh
pihak sekoalh iaitu pada 29 April 2010. Saya dan lima orang rakan, Mohd Syahrul
b. Suhaimi, Fathuddin b. Zaidi, Mohd Irfan b.Mohd Zain, Mohd Nasrul Azran b.
Muzami dan Yanis Saira, telah memilih tajuk yang selaras dengan kumpulan lain
iaitu Projek Jualan Makanan Pelbagai Kaum di Sekolah Menengah Kebangsaan
Long Gafar.

Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Guru Kanan Sains


Sosial, Pn. Hjh. Adilah bt. Idris bersetuju memilih tajuk itu kerana Malaysia
terdidri daripada masyarakat majmuk seperti Melayu, Cina, India, Iban, Punjabi,
dan Kadazan. Setiap kaum atau etnik mempunyai kebudayaan yang berbeza seperti
dari segi makanan.

Melalui Projek Jualan Makanan Pelbagai Kaum, guru-guru dan pelajar


SMKLG terutama pelajar tingkatan 3 akan disediakan dengan makanan itu seperti
makanan tradisional pelbagai kaum seperti satay, ketupat, nasi lemak, kueh teow,
roti canai, capati dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai citarasa dan keunikan
makanan tradisi tersendiri. Setelah mengadakan khidmat masyarakat dan
berbincang dengan guru-guru PSK kami, maka kami membuat keputusan untuk
membuka gerai jualan makanan pelbagai kaum yang bertempat di padang sekolah
kami.
…OBJEKTIF Projek…
Antara objektif projek makanan pelbagai kaum adalah untuk :-

a) Mengenal pasti makanan tradisional pelbagai kaum.

b) Bersikap terbuka dan menghargai makanan pelbagai kaum di


Malaysia.

c) Mendekatkan pelajar kepada jenis-jenis makanan pelbagai kaum


di Malaysia.

d) Menabung keuntungan untuk mengisi tabung kebajikan pelajar


miskin sekolah.

e) Melahirkan warga patriotic, prihatin dan bertanggungjawab


terhadap masyarakat dan Negara.

f) Mempromosikan makanan tradisi pelbagai kaum kepada warga


sekolah.
…LOKASI projek…
Untuk menjayakan Projek Jualan Makanan Pelbagai Kaum, kami telah
memilih ruang yang lapang iaitu di padang sekoalah SMKLG.
Beberapa buah gerai dibuka kerana lokasi ini muat untuk menampung
gerai-gerai serta para pelajar dan guru yang berkunjung. Kawasan ini
pada asalnya adalah padang permainan. Di kawasan ini, disediakan
tong smaph untuk memudahkan pelajar membuang bungkusan
makanan. Pendek kata, lokasi yang dipilih adalah strategic kerana
kawasannya yang luas dan mudah untuk pergerakan pelajar.
…Strategi pelaksanaan…
Sebelum memulakan kerja projek ini, ahli-ahli kumpulan kami
telah berjumpa dengan guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
sebanyak 4 kali untuk membincangkan butir-butir projek. Akhirnya,
kami sebulat suara telah mencapai kata sepakat.

a) Menenetapkan bahawa projek ini akan diadakan pada 29 April


2010 mulai jam 9.00 pagi hingga 12 tengah hari. Waktu ini
diaturkan bersesuaian dengan hari sukantara peringkat sekolah
SMKL 2010.

b) Menetapkan barang-barang jualan yang akan diniagakan pada


hari tersebut dengan mengambil kira makanan Melayu, Cina,
India, Iban dan Siam. Makanan tersebut ialah kuih muih
tradisional.

c) Mendapat kebenaran daripada ibu bapa dengan menunjukkan


surat kebenarandaripada ibu bapa.

d) Mendapat kebenaran pihak sekolah untuk menjalankan projek


tersebut.

e) Bekerjasama menyediakan juadah yang hendak dijual pada hari


itu.

f) Membahagikan tugas-tugas pada setiap ahli kumpulan.


membahagikan tugas-tugas kepada setiap ahli kumpulan
untuk :

a) Mendapatkan semua surat kebenaran.

b) Menentukan menu makanan tradisional yang hendak dijual pada


hari tersebut, memikirkan sumber modal atau tajaan dan cara-
cara memasak.

c) Membahagikan tugas sewaktu hari jualan.

d) Mmebahagikan tugas untuk menyediakan tapak gerai jualan


serta pihak-pihak yang sudi memberi bantuan.

e) Menguruskan agihan makanan dan minuman kepada ahli


kumpulan.

f) Menyediakan kupon jualan.


…LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN…

(A)

1. Saya dan rakan-rakan telah berada ditapak gerai jualan untuk menghiasi
tapak gerai membersihkan kawasan sekeliling menyediakan kerusi dan meja
di tempat yang dikhaskan untuk projek PSK ini.
2. Kami telah menyediakan label untuk nama makanan tradisional pelbagai
kaum serta harga jualan setiap makanan.
3. Ahli-ahli kumpulan lain juga menyediakan beberapa papan tanda berkaitan
seperti slogan SILA BERATUR, JAGALAH KEBERSIHAN KAWASAN
GERAI DAN JANGAN MEMBUANG SAMPAH DI MERATA TEMPAT.
4. Kami juga sepakat untuk menyediakan ruang yang berbeza untuk makanan
pelbagai kaum.
5. Semua ahli kumpulan kami, bekerjasama membeli bahan-bahan basah dan
kering dari pasraya berdekatan untuk memasak.
6. Ahli kumpulan kami kemudiannya berkumpul di rumah Zuhairi untuk
menyediakan bahan-bahan masakan.

(B) Pukul 7.30 hingga 12.30 tengah hari

1. Saya dan rakan-rakan telah berada di ruang masing-masing mengikut


jadual yang ditetapkan. Saya sendiri bertugas untuk mengawasi disiplin
para pelajar yang berkunjung ke gerai pada hari itu. Tugasan ini saya
laksanakan bersama Irfan.
2. Selain itu, ahli kumpulan kami iaitu menguruskan jualan dan kewangan
pula dikendalikan oleh Syahrul dan Fathuddin. Mereka msing-masing
berpakaian lengkap dengan topi dan apron.
3. Sepanjang tempoh jualan diadakan kumpulan kami telah berjaya menjual
kesemua makanan dan kuih muih tradisional pada hari itu.
4. Sebagai langkah akhir, semua pelajar tingkatan 3 telah mengemaskan tapak
gerai jualan. Mengutip sampah yang bertaburan seperti plastic, pembalut
makanan dan minuman serta sisa-sisa makanan yang tertinggal. Ahli
kumpulan kami turut menyusun semula meja dan kerusi ditempat yang
diambil.
…MASALAH2 PELAKSANAAN…
Projek Khidmat Masyarakat bagi matapelajaran PSK tingkatan 3 ini tidak
menghadapi banyak masalah kerana seluruh warga sekolah pelajar tingkatan 3
SMKLG khususnya ahli kumpulan kami telah memeberi sumbangan dan
kerjasama yang baik, semua ahli kumpulan kami bertungkus-lumus untuk
menyiapkan makanan yang hemdak dijual. Kami juga bekerjasama membungkus
makanan yang disediakan serta menghias gerai pada hari Khamis, 29 April 2010.
Walau bagaimanapun terdapat sedikit masalah atau kekurangan yang
dihadapi seperti berikut :

-pelajar tidak beratur semasa membeli makanan sehingga jurujual kelam kabut
menghulurkan makanan.

-Sebahagian kecil pelajar menggunakan wang kertas berniali besar, menyulitkan


kami untuk membyara baki mereka kerana kekurangan wang syiling.

-makanan yang dijual habis terlau awal.


…kos pelaksanaan…

Bagi menyiapkan Folio PSK, kami tidak memerlukan kos yang mahal
kerana kertas A4 dan kulit depan disediakan oleh Panitia PSK, SMKLG. Kami
hanya menyediakan bajet untuk mencuci gambar lebih kuran RM 3.50 untuk kos
tersebut. Selain itu, kos untuk memasak makanan tradisional pelbagai kaumtelah
dibiayai oleh pihak sekolah yang berjumlah RM 45.00. Kos untuk hiasan gerai pula
diperuntukkan sebanyak RM 45.00 bagi para pelajar yang terlibat secara langsung
untuk membantu pihak sekolah, menghiasi gerai menjaga gerai, menjual makanan
telah disediakan makanan percuma oleh pihak sekolah.

Bajet keseluruhan adalah seperti berikut :-

Sumbangan panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk hiasan gerai.


 RM 450.00 ( RM 150 untuk setiap kategori makanan iaitu Melayu, Cina,
India )
 RM 45.00 ( RM 15.00 untuk setiap kategori gerai )
…TEMPOH PELAKSANAAN…

Projek PSK tingkatan 3 2010 telah memakan masa lebih daripada sepuluh
jam. Kerja-kerja projek telah bermula sejak 25 April 2010 apabila guru PSK
mengadakan mesyuarat bersama para pelajar, menerangkan latar belakang Projek
Khidmat Masyarakat yang hendak dilaksanakan dan menubuhkan AJK bagi setiap
kumpulan. Mesyuarat berlangsung selama 2 jam dari pukul 2 hingga 4 petang.
Kemudian satu perjumpaan telah diadakan pada 28 April 2010 untuk menghias
tapak gerai jualan makanan, membeli bahan mentah untuk memasak serta
menyediakan senarai tugas setiap ahli kumpulan. Perjumpaan pada hari ini
berlarutan sehingga 3 jam bermula pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Semua
pelajar 3 Amanah hadir dan berkumpul di kantin sekolah. Pada 29 April 2010, para
pelajar tingkatan 3 termasuk ahli kumpulan kami telah memulakan kerja Projek
ialah JUALAN MAKANAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM yang bermula
dari jam 8 pagi hingga 2.00 petang. Sesudah itu, para pelajar tingkatan 3 telah
mengemaskan gerai jualan dan mengutip sampah sarap yang ada dan menyusun
semula kerusi serta meja ditempat yang diambil. Jadi jumlah tempoh pelaksanaan
kerja Projek Khidmat Masyarakat pada tahun ini adalah melebihi 10 jam.
…penghargaan…
Sepanjang tempoh Projek Khidmat Masyarakat ini berlangsung, saya telah
dapat melaksanakan projek dengan sempurna kerana bantuan, sokongan dan
kerjasama yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Justeru, saya ingin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada :-

a) Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu Pn. Norizam bt. Ismail yang
sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang pelaksaan projek ini
berlangsung.

b) Ibu bapa saya, Zulkifli Bin Hasan dan Azizai Bt. Hj. Abdullah yang telah
memberi sokongan semangat dan mengeluarkan sedikit modal kepada saya untuk
menyempurnakan kerja projek ini.

c) Tuan Pengetua SMKLG, Tuan Haji Mohamad b. Yang, yang telah memberi
kebenaran serta sokongan kepada ahli kumpulan saya untuk menjalankan projek
ini dengan jayanya.

d) Pn. Hajah Adilah bt. Idris iatu Guru Kanan Sains Sosial kerana sudi
membimbing dan memantau kerja Projek Khidmat Masyarakat ini sehingga
berlangsung dengan jayanya.

e) Ketua Panitia PSK iatu En. Mohd Rafi, GKSS, kerana telah mengusahakan
agihan kertas putih, kertas warna dan ‘binding tape’ secara percuma kepada
pelajar tingkatan 3 untuk menyiapkan folio PSK ini.

f) Guru-guru PSK, ibu bapa dan rakan-rakan yang telah meminjamkan bahan-
bahan serta alat seperti apron, sudu, dulang, pinggan mangkuk, alas meja dan lain-
lain lagi secara percuma.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih


kepada ahli-ahli kumpulan yang telah bekerja secara bertungkus-lumus dan
menunjukkan semangat yang begitu tinggi terhadap projek ini.
Syabas diucapkan kepada mereka semua ats kesungguhan yang ditunjukkan untuk
menjayakan projek ini.
…REFLEKSI & KESIMPULAN…

Secara keseluruhan, projek mempamerkan pakaian tradisional di SMK


Long Gafar telah dijalankan dengan jayanya dan dapat memberi peluang kepada
semua warga SMK Long Gafar untuk mengenali, menghargai, dan seterusnya
bersikap terbuka terhadap pakaian taradisional kaum-kaum itu.

Semasa menjalankan projek ini,setiap ahli kumpulan berpeluang mengenali


satu sama lain dengan lebih dekat lagi dan dapat merapatkan hubungan kami.
Sungguhpun projek ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Kami berasa
puas hati dan bangga kerana dapat memberi sumbngan kepada sekolah. Hasil
usaha kami dapat dinikmati oleh semua warga SMKLG.

Daripada projek ini, saya mempelajari bahawa Khidmat Masyarakat


merupakan satu amalan hidup yang sungguh murni. Melalui sumbangan dari
semua warga sekolah mendapat manfaat, termasuk kami sendiri. Apabila saya
melihat murid-murid begitu tertarik dan gembira menyaksikan Projek Jualan
Makanan dan membeli makanan tersebut sehingga habis. Saya sedar bahawa usaha
saya dan rakan-rakan tidak sia-sia.

You might also like